Reaksi Masyarakat Tempatan India Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Reaksi Masyarakat Tempatan India Sejarah STPM Semester 1

 

Reaksi Masyarakat Tempatan India

4.1.2  Reaksi Masyarakat Tempatan di India

Soalan 98 (a): Huraikan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di India pada abad ke-19

Pendahuluan

  • Ramai sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857 menandakan permulaan kesedaran kebangsaan dalam kalangan orang India.
  • Namun demikian, terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kesedaran kebangsaan bermula sebelum tahun 1857 lagi.

Isi-isi penting

  1. Pendidikan barat
  • Pendidikan barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan barat adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.
  • Kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British. Di samping itu, kerajaan British juga berpendapat pendidikan barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British
  1. Bahasa Inggeris

  • Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat. Bahasa Inggeris berperanan sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah daripada segi agama, bangsa dan wilayah
  • Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang di tuturkan oleh penduduk di seluruh dunia. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah dapat menghalang masalah kewujudan bahasa-bahasa daerah.
  1. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam

  • Kerajaan British mengamalkan diskriminas dalam pengambilan orang India bagi memenuhi jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di India.
  • Namun begitu, kerajaan British tidak mengambil sebarang langkah untuk menguatkuasakan janji-janji yang terkandung di dalam akta. Kerajaan British menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di britain berdasarkan sukatan pelajaran Britain.
  1. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan

  • Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan peranan dalam mencetuskan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat India. Pembinaan landasan kereta api dan jalan raya menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.
  • Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap meningkatkan mobiliti dan merapatkan hubungan antara mereka. Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan membolehkan idea nasionalisme dapat di sebarkan dengan pantas ke seluruh India.
  1. Dasar pentadbiran Lytton

  • Dasar pentadbiran lord lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat India. Pelbagai akta yang di perkenalkan oleh lytton seperti akta senjata dan akta akhbar vernakular melahirkan sentimen anti Inggeris.
  • Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap akhbar-akhbar vernakular menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka. Lytton mengambil langkah-langkah seperti menggalakkan import dan mengehadkan umur penyertaan perkhidmatan awam kepada 18 tahun.

Penutup

  • Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India berjuang menentang penjajahan British.
  • Rakyat India berjuang untuk mempertahankan negara dari penjajah agar rakyat India tidak ditindas dari penjajahan British.

Soalan 98 (b): Bincangkan isu-isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India terhadap British.

Pendahaluan 

  • Kuasa Barat mengalami perubahan besar dalam bidang ekonomi kesan daripada Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah yang bermula di England pada abad ke-18. Kesan daripada revolusi itu telah membawa kepada pertumbuhan kilang, Bandar-bandar baharu, pertambahan penduduk, dan kekayaan kepada negara-negara Barat.
  • Mereka memerlukan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri-industri di Eropah dan pasaran untuk barangan keluaran mereka.  Oleh itu mereka perlu memperluaskan kuasa di kawasan yang kaya dengan bahan mentah, khususnya di India.

 Isi-isi penting:

  1.  Dahagi India
  • Kebangkitan terbesar masyarakat India menentang kuasa Barat berlaku pada tahun 1857 yang dikenali sebagai Dahagi India.  Kebangkitan ini dianggap sebagai turning point kepada perjuangan orang India dibebaskan tanah air mereka daripada belenggu penjajahan Barat.
  • Peristiwa Dahagi India hanya semata-mata kebangkitan sepoi yang tidak berpuas hati terhadap isu peluru rifle. Peluru rifle ini menggunaka lemak lembu yang merupakan sesuatu yang haram kepada penganut agama hindu.
  1.  Perasaan tidak puas hati terhadap pembaharuan sosial British
  • Tindakan Gabenor Jeneral British di India, Lord William Bentick menghapuskan amalan suttee dan thugee yang diamalkan sejak turun-temurun menimbulkan rasa kurang senang orang Hindu terhadap pentadbiran British di India. Melalui amalan suttee, seseorang balu beragama Hidu akan dibakar bersama-sama mayat suami mereka semasa upacara pengebumian.
  • Amalan thugee pula ialah budaya merompak dan pembunuhan jalanan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata. Mereka mencekik pengembara-pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. Bentick turut menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan. Pihak British melihat adat ini sebagai tidak berperikemanusiaan lalu menggubal undang-undang pada tahun 1928 bagi menghapuskan amalan ini.
  • Lord Dalhousie, pengganti Bentick pula meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu, satu undang-undang yang melanggar tradisi masyarakat Hindu.
  1.  Teknologi baharu yang dibawa oleh Barat bercanggah dengan amalan tradisi
  • Penduduk tempatan hanya dibenarkan menaiki kereta api kelas tiga sedangkan kelas satu dan dua hanya utuk pegawai-pegawai Inggeris.
  • Diskriminasi sebegini menjejaskan imej masyarakat India yang berkasta tinggi.
  1. Alasan penyalahtadbiran
  • Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alas an penyalahtadbiran pembesar tempatan dan berjanji untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Lord Ellenborough ingin merampas Sind dan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir di Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan beberapa sebahagian besar wilayah mereka dan tidak dibenarkan membuat mata wang sendiri. Hanya mata wang British sah.
  • Amir-amir marah dan menyerang British. Mereka ditewaskan dan Sind diletakkan di bawah pentadbiran British. Ellenborough berjaya menguasai wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian ketua puak Maratha, iaitu Daulat Rao Sindhia.
  1.  British meneruskan usaha menakluk India
  • Lord Dalhousie meneruskan usaha untuk menakluk lebih banyak wilayah di India. Melalui tiga cara iaitu; Menakluk Punjab. Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab berjaya dikuasai. Cara kedua melalui “Undang-undang Lesap Waris”. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris selepas kemangkatan mereka, secara automatik negeri itu akan jatuh kepada pihak British.
  • Beberapa wilayah diperoleh British melalui doktrin ini, iaitu Sarata, Jaipur, Jhansi, dan Tanjore.
  • Cara ketiga melalui “kebaikan untuk diperintah”. Cara ini dilakukan atas alasan berlakunya penganiayaan, kezaliman, dan ketidakstabilan politik dalam sesebuah negeri.

Penutup

  • Isu-isu ini mendatangkan kemarahan kepada peduduk Negara India.
  • Ekoran itu beberapa langkah penentangan telah dilakukan kepada pihak British.

Soalan 99: Huraikan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat India terhadap perluasan kuasa barat.

Pendahuluan                                                                                                                                                                             Masyarakat India terhadap perluasan kuasa barat tlah menimbulkan rasa  tidak  puas hati yang berlaku pada tahun 1857 untuk membebaskan tanah air dari jajahan kuasa barat.  Pada tahun 1857 perluasan kuasa barat telah menganggap hanya semata-mata kebangkitan tentera yang tidak puas hati.

  • Golongan pembesar tempatan adalah pemegang kuasa telah kehilangan kedudukan dan menjejaskan sumber pendapatan dengan cara British iaitu merampas wilayah-wilayah di India dianggap mencabul hak serta kedaulatan pemimpin serta penduduk tempatan.

 Isi-isi penting

  1. Punca meletusnya Dahagi India akibat perasaan dendam daripada kaum Brahmin dan rajput yang berkasta tinggi ,tindakan British menghantar mereka berkhidmat di luar  negara dianggap mencemarkan kedudukan mereka. Penghantaran tentera India yang berkhidmat di kawasan  luar bertujuan mengatasi ketidakseimbangan bilangan tentera India dan tentera British. Golongan tentera India bimbang tidak di beri elaun dan sering di diskriminasikan dalam kenaikan pangkat.
  1. Rasa tidak puas hati dalam kalangan India akibat minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang rifle royal enfield dibuat daripada lemak khinzir dan lemak lembu. peluru rifle turut tersebar yang hujungnya terpaksa digigit sebelum dimasukkan.peluru tersebut di salut dengan lemak babi serta lembu. Pihak British menarik balik peluru digantikan dengan peluru berbalut kertas.Tetapi,pihak India masih menganggap peluru disapu lemak  babi dan lembu serta dianggap menghina agama hindu dan islam.
  1. India akhirnya mara ke delhi dan mengisytiharkan waris keturunan moghul iaitu bhahadur shah II sebagai maharaja delhi. pasukan tersebut telah menyerang tentera British di    allaahabad. tentera British bersama keluarga mereka ditembak dan kemudianya tentera  British berjaya menewaskan nana saheb serta menawan cowpore. Pihak British berjaya menawan kembali delhi setelah dikepung selama empat bulan. maharaja delhi ditangkap dan puteranya ditembak.pada tahun 1858 Dahagi India berjaya ditamatkan sepenuhnya.
  1. Pihak British turut menghadapi tentangan daripada pemimpin di bengal yang diketuai oleh haji shariatullah. gerakan mereka dikenali sebagai gerakan faraidi. bagi mereka yang  menentang British adalah perlu kerana India bukan lagi negara islam tetapi telah menjadi   negara perang.  Selepas kematian haji shariatullah,perjuangannya diteruskan oleh anaknya iaitu dudhu nayan.dudhu nayan ditangkap serta dipenjarakan pada tahun 1857. Dahagi India bukanlah berpunca daripada ketidakpuasan hati golongan sepoi semata-mata.

Penutup

  • Penentangan masyarakat India terhadap British yang dapat dilihat menekan penduduk tempatan.pihak penjajah selalu menganggap mereka lebih hebat menyebabkan mereka cenderung menggubal dasar. Pengambilan tanah penduduk tempatan untuk dibangunkan projek-projek yang langsung membawa keuntungan sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan.
  • Penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan pentadbiran khususnya diutara India sebagai bahasa perantaraan utama. bagi pengisian jawatan dan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam tidak diberikan kepada rakyat tempatan walaupun ada kalangan keluarga yang layak.  Keadaan tersebut menjadikan segenap lapisan masyarakat India merasakan tidak puas hati selain melancarkan penentangan tehadap penjajah tersebut diterjemahkan melalui Dahagi India 1857.

Soalan 100: Bincangkan faktor-faktor dan peristiwa tercetusnya Dahagi di India pada tahun-1857

Pendahuluan

  • Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap  pemerintahan British yang di kenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang di lancarkan oleh sepoi –sepoi yang menentang pemerintahan British di India. Org India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan Negara daripada pemerintahan British.
  • Selain sepoi, golongan putera,nawad, dan pembesar yang kehilangan gelaran  tanah dan kuasa ,turut menyertai pemberontakan ter sebut . Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberpa buah kawasan tertentu sahaja. Sebahagian besar penduduk tidak terlibat dalam pemberontakan tersebut. Dalam pada itu ,bukan semua askar bangkit menentang bitish. Askar-askar sikh dan rejimen tempatan yang lain  bertindak menyebelahi British.

Isi-isi Penting:

Penghapusan amalan Suttee

  • Faktor yang menyebabkan muncul rasa tidak puas hati dlam kalangan penduduk di India terhadap pemerintahan British ialah penghapusan amalan suttee. Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk  beragama hindu sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
  • Pada tahun 1828,LORD WILLIAM BENTICK merupakan Gabenor Jeneral British di India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini. Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk  yang beragama hindu terhadap pemerintahan British.

Penghapusan amalan Thuggee

  • Faktor seterusnya yang mencetusnya peristiwa Dahagi India ialah tindakan bitish menghapuskan amalan Thuggee. Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang ersenjata terhadap saudagar dan pengembara.
  • Kumplan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini menmbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini mendapat sokongan dari pada golongan agama. LORD WILLIAM BENTICK bertindak mengharamkan amaan ini ,menimbulkan kemarahan golongan agama yang menyokongnya,

Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan

  • Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin) yang tinggi kepada bakal suami mereka.
  • Lord William Bentick  mengharamkan amalan ini kerana di aggap tidak berperikemanusiaan.

Pengenalan Akta Kahwin semula

  • Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu hindu. Mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana dalam perkhawinan semula adalah tidak di benarkan sama sekali dalam masyarakst hindu.
  • Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.

Pengenalan Sistem pendidikan Barat

  • Menimbulkan rasa tidakpuas hati dalamkalangan masyarakat terhadap penjajah. British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi sekolah dan kolej. Bahasa Inggeris jiga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran dan kehakiman.
  • Jawatan-jawatan pengting di berikan kepada yang berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak di berikan kepada penduduk tempatan yang tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.

Pengenalan Teknologi Barat

  • Pemerintahan British memperkenalkan  sistem perhubungan dan pengankutan moden seperti pembinaan landasan keretapi dan sistem telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak turun-temurun oleh masyarakat India.
  • Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ke-3  manakala kelas 1 dan 2 pula untuk pegaai-pegawai Inggeris. Perkembngan ini menjejskan pendidikan masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga terpaksa menaiki gerabak kelas ke3 bersama dengan penduduk kasta rendah. Pengenalan  teknolog ibarat di anggap sebagai satu langkah British untuk mencemarkan adat resam dan agama hindu.

Dasar Pengilhakan

  • Dasar pengilhakan yang diperkenalkan oleh Lord  dalhausie merancakkan penentangan penduduk India terhadap penjajahan British. Menurut dasar ini, lord Dalhausie telah merampas hak dan kedaulatan pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu undang-undang lesap waris, hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhausie mengilhakan bebrapa buah wilayah seperti Punjab, karnatik, tanjor, Jhansi, baghat, jaitpur, oudh, dan sambalpur.
  • Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putra-putra raja tempatan seperti nana sahed, nawab dari karnatik dan raja tanjor menyertai penentanagn terhadap penjajah British. Nana sahed merupakan anak angkat baji rao (pemerintah wilayah Peshawar) tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya.  Manakala nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah oudh dibawah pentadbiran mereka atas alasan keadaan huru hara di oudh dan amalan rasuah eka atas alasan keadaan huru hara di oudh dan amalan rasuah berleluasa dalam kalangan pemerintah oudh.

Perasaan dendam terhadap Sepoi India.

  • Faktor serta merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India. British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan rajput yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di Wilayah oudh. Tindkan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar Negara menimbulkan kemarahan kerana tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
  • Malah terdapat kepercayaan dalam penganut agama hindu bahawa kesucian kasta mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan. Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi India daripada rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa dibubarkan.

Pengenalan Peraturan Baharu

  • Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleh pengenalan dasar dan peraturan baharu oleh British. Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk terhadap pemerintahan British ialah akta penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
  • Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa menaggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan dari Negara luar.

Akta pengambilan khidmat awam

  • Semasa pentadbiran Lord canning akta pengambilan khidmat awam memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat dalam dan luar Negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak mendapat elaun tambahan.
  • Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran Britsh dalam soal kenaikkan pangkat dan jawatan . Tentera India diberi gaji yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.

Kes senapang Riffle Royal Enfield

  • Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang riffle royal enfield mengandungi lemak babi dan lemak lembu. Selain itu, tersebar berita bhawa sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu minggit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
  • Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beraga hindu dan islam merasakan bahawa pentadbiran British segaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama.

Kesimpulan

  • Selepas menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalan sistem pentadbiran di India. British membubarkan SHTI dan meletakkan pentadbiran India dibawah mahkota British.
  • Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.

Soalan 101: Huraikan kesan-kesan Dahagi di India pada tahun 1857

Pendahuluan

  • Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang pemerintahan British di India.
  • Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada pemerintahan British. Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British kerana askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British.

Isi-isi Penting:

  1. Pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
  • Peristiwa Dahagi India yang tercetus pada tahun 1857 jelas menunjukkan kegagalan Syarikat HIndia Timur Inggeris (SHTI) memerintah dan mentadbir Benua Kecil India. Mengikut Akta Kerajaan India yang dikuatkuasakan pada tahun1858, SHTI telah dibubarkan. Pentadbiran India diletakkan di bawah pentadbiran Mahkota British pada 2 Ogos 1858.
  • Perkembangan menyebabkan Benua Kecil India menjadi Tanah Jajahan Mahkota British Semua dasar dan hal ehwal pentadbiran India diletakkan di bawah Setiausaha Negara India yang dibantu oleh Majlis yang terdiri daripada 15 orang ahli. Pentadbiran dijalankan oleh Gabenor Jeneral yang diberikan gelaran Wizurai.
  1. Perubahan Sistem Pentadbiran
  • Kerajaan British telah menubuhkan Majlis Kerja dan Majlis Perwakilan bagi melicinkan sistem pentadbiran. Akta Majlis India 1861, menambahkan bilangan perwakilan dalam Majlis Kerja dan Majlis Perundangan.
  • Tahun 1862, perwakilan daripada kalangan orang-orang India dilantik dalam Majlis Perundangan. Perwakilan terdiri daripada golongan bangsawan yang tidak memahami hasrat orang-orang India.
  1. Penghapusan undang-undang lesap waris
  • Kerajaan British mengambil keputusan untuk menghapuskan Undang-Undang Lesap Waris yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan.
  • Pemimpin yang tidak mempunyai waris dibenarkan mengambil anak angkat untuk dijadikan waris yang sah terhadap semua harta dan peninggalan mereka.
  1. Kedudukan putera-putera raja
  • Tahun 1858, Ratu Victoria mengumumkan bahawa putera-putera raja tempatan tidak akan kehilangan hak-hak seperti yang dinyatakan dalam perjanjian sebelum ini.
  • Baginda memberi keampunan kepada mereka yang terlibat dalam Dahagi India kecuali meraka yang terlibat dalam pembunuhan rakyat British.
  1. Pemerintahan Kerajaan Mughal berakhir
  • September 1857, British Berjaya menawan semula kota Delhi daripada pemberontakan. Menangkap Maharaja Bahadur Shah II dan baginda dibuang negeri ke Myanmar.
  • Pemberontakan 1857 telah menyebabkan pemerintahan Mughal Di India berakhir dan diganti oleh pemerintahan British.

Penutup

  • Dahagi merupakan pemberontakan sepoi bagi menentang pemerintahan British di India. Peristiwa Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila British bertindak memenjarakan sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru senapang Riffle.
  • Menjelang tahun 1858, pihak British Berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh benua kecil India.

Soalan 102: Huraikan Faktor-faktor  kegagalan Dahagi di India

Pendahuluan

  • Pada tahun 1857, berlaku penentangan terhadap pemerintahan British yang dikenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang pemerintahan British di India.
  • Orang India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan negara daripada pemerintahan British. Dalam pada itu, bukan semua askar bangkit menentang British kerana askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain bertindak menyebelahi British.

Isi-isi Penting:

  1. Tiada perpaduan
  • Faktor utama  kegagalan Dahagi India   adalah  disebabkan tiadanya perpaduan dalam kalaangan pemberontakan. Terdiri daripada beberapa pelbagai lapisan masyarakat,seperti  penduduk tempatan,petani ,tentera,dan pemimpin-pemimpin tempatan menentang demi kepentingan masing-masing.
  • Ratu Jhansi berjuang untuk mempertahankan hak baginda sebagai putera raja. Nana saheb berjuang untuk membalas dendam atas kehilangan tanah ayahandanya. Sepoi-sepoi pula berjuang disebabkan oleh faktor peribadi seperti kehilangan kedudukan dan bayaran upah yang rendah.
  1. Tiada Sokongan
  • Dahagi India juga tidak dapat sokongan padu daripada semua lapisan penduduk India .Sebahagian masyarakat sikh tidak menyokong Dahagi India.
  • Golongan yang berpendidikan barat, tuan-tuan tanah, golongan petani serta peniaga turut menyokong pemerintahan britsh yang akan menyediakan peluang ekonomi yang baik.
  1. Dasar Toleransi Lord Canning
  • Lord canning dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh orang Indiameredakan kemarahan orang India terhadap pemerintahan British
  • Sepoi-sepoi India juga menaruh harapan yang tinggi terhadap perubahan yang akan di bawa oleh lord canning dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
  1. Kekurangan Pemimpin
  • Dahagi juga gagal disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berwibawa dalam kalangan pemberontak.
  • Tidak wujud kesepakatan dalam kalangan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam pemberontakan.

Penutup

  • Dahagi merupakan pemberontakan sepoi bagi menentang pemerintahan British di India. Peristiwa Dahagi bermula pada 10 Mei 1857 di Meerut apabila British bertindak memenjarakan sepoi-sepoi yang enggan menggunakan peluru senapang Riffle.
  • Menjelang tahun 1858, pihak British Berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke seluruh benua kecil India.

Soalan 103 (a): Terangkan kronologi usaha-usaha mendaulatkan India dalam menuju kemerdekaan pada abad ke-20

Pendahuluan

  • Usaha-usaha menjadikan India sebagai sebuah negara  yang berdaulat pada abab ke-20 berjalan  dengan rancak
  • Setelahhampir setengah abab usaha itu  berlaku, barulah India keluar dari belenggu penjajahan

Isi-isi penting:

  1. Sepanjang tempoh 1905-1918, muncul gerakan bersifat radikal  yang deketuai oleh BG. TILAK, LALA LAJPAT RAI, BIPIN CHANDRA PAI, dan AUROBINDHO GHOSH. Tokoh-tokoh ini memainkan  peranan yang penting dalam mengerakan penentangan terhadap British. Mereka mahukan tindakan dilakukan terhadap penjajah British dan menyarankan supaya memulaukan segala perkara yang berkaitan dengan  penjajah  British Masyarakat islam secara umumnya menganggap TURKI mewakili pemerintahan islam dan khalifah TURKI dianggap khalifah  islam sejagat.. Abu kalam azad  khan, Muhammad  ali, dan shaukat ali melancarkan gerakan yang dinamakan gerakakn khilafah. Pemimpin gerakan ini mendakwa India bukanlah Negara islam dan menyarankan masysrakat islam berhijrah ke Negara islam, iaitu Afghasnistan. Selepas perang dunia pertama, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi enggan berkerjasama dengan pihak British. Gandha memimpin kongres kebangsaan India (INC) dari tahun 1920 hingga tahun 1939. Prinsip swadesi atau berdikari sendiri bagi mendapatkan keperluan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
  1. Gandhi menyarankan penduduk India kembali kepada kehidupan sederhana, mengunakan barangan buatan India  seperti kapas, dan memasuki sekolah-sekolah India. Melalui prinsip ini timbul kesedaran dalam kalangan penduduk India sepaya menghargai produk sendiri yang mengalami kemerosotan sejak tahun ke-18 kesan monopoli perdagangan penjajah British, perancis dan portoga. Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Baginya melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain. Gandhi mungkin terpengaruh dengan kesan buruk yang di terima daripada peristiwa Dahagi India. Salah satu daripada prinsip ahimsa adalah mogok lapar yang di lakukan pada tahun 1920. Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan British tidak berguna kerana tiada penentangan bersenjata.
  1. Akibat desakan orang India, beberapa akta telah digubal bagi mempercepatkan orang tempatan memerintah India. Antaranya termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Momage-Chelmsford. Pada bulan mac 1930, Gandhi melancarkan gerakan penentangan awam dan peristiwa itu dikenali sebagai perarakan garam. Kerajaan British yang memonopoli pengeluran garam telah menaikkan harga garam dan tindakan itu menimbulkan kesukaran terutama golongan bawahan. Pihak British menahan dan memenjarakan pemimpon-pemimpin INC termasuk Gandhi pada bulan mei 1930 dan mengharamkan parti INC. Bagaimanapun di Landon, satu desakan agar British mengadakan perdamaian dengan INC. Persidangan meja bulat diadakan.
  1. Pada tahun 1930, persidangan meja bulat yang di hadiri oleh raja-raja India, orang islam, hundu, kristian, dan sikh gagal mencapai kata sepakat. INC memboikot persidangan itu. Tidak lama kemudian, British bekerjasam dengan INC dan menganjurkan pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju dengan membatalkan kempen melanggar perintah awam. Sebagai balasan, British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan. Gandhi yang menghadiri persidangan itu mendapati pegawai-pegawai British bergodak-dalik dalam hal memberi peluang kepada orang India mentadbir Negara mereka sendiri. British mendakwa Gandhi gagal menyakinkan mereka cara menyelesaikan perpaduan dalam kalangan masyarakat India. Sikap British itu mengecewakan Gandhi dan menjalankan semula gerakan menentang British setelah pulang ke India. Sekali lagi beliau di tahan.  Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak British mengumumkan anugerah perkauman pada bulan ogos 1932. Menurut peraturan ini, masyarakat India dari golongan bawahan di beri pilihan raya secara berasingan. Gandhi membantah dan mengadakan mogok lapar di penjara. Walau bagaimanapun Gandhi menghentikan mogok lapar apabila British memperkenankan pakatan poona(1932). Melalui pakatan ini, British bersetuju memberikan 143 kerusi kepada kelas bawahan atas dasar persamaan bukan perkauman
  1. Persidangan meja bulat ke 3 diadakan bagi menyelesaikan isi-isi berkaitan dengan perlembagaan. Kerajaan British mencadangkan usul-usul dan kemudiannya dikenali sebagai akta kerajaan India 1935. Melalui akta ini dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan India dan memberi kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan British. Akta ini melantik gabenor jeneral yang bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri,  pertahanan dan keagamaan. Melalui perlembagaan ini, satu pilihan raya akan diadakan pada tahun 1937. Pengenalan akta tersebut masih tidak memuaskan hati pemimpin politik di India kerana kuasa mutlak masih berada di tangan gabenor jeneral dan gabenor wilayah.
  1. Dalam pilihan raya umum 1937, INC memenangi 716 kerusi daripada 1161 kerusi yang dipertandingkan. INC mencapai kemenangan besar di lapan wilayah sementara liga muslim menguasai 3 kawasan sahaja. Liga muslim mendakwa INC memperjuangkan nasib orang hindu sahaja. Muhammad Ali Jinnah mendesak wilayah-wilayah mejoriti penduduknya beragama islam berjuang dibawah liga muslim. Beliau juga meminta parti Unionist pimpinan sikander Hyatt Khan agar menyertai liga muslim demi perjuangan masyarakat islam di India. Bermula dari sinilah, idea penubuhan Pakistan diperjuangkan diperingkat lebih luas. Pada tahun 1940-an, liga muslim menerima sokongan sebilangan orang islam tetapi menjadi sebuah parti massa yang mendapat sokongan semua lapisan masyarakat. Isu pertikaian hindu dan islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral India, Lord Louis Mountbatten bersama-sama peminpin INC dan LIGA MUSLIM telah mencapai kata sepakat. Kebuntuan politik mungkin dapat diselesaikan jika India dipecahkan kepada dua iaitu satu untuk orang hundu dan satu untuk orang islam.
  1. Pada bulan ogos 1945, merupakan tarikh keramat bagi kedua-dua buah Negara, iaitu berakhirnya era penjajahan British. Pakistan mencapai kemerdekaan pada 14 ogos 1945 dan India mencapai kemerdekaan pada 15 ogos 1945. Muhammad Ali Jinnah dilantik sebagai gabenor jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru sebagai perdana menteri India yang pertama.

Penutup

  • Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan India daripada penjajahan dan menjadi sebuah Negara yang berdaulat.
  • Bagaimanapun usaha membebaskan diri dari penjajahan British terjejas kesan konflik antara orang hindu dan islam dan akhirnya menyebabkan India berpecah kepada dua buah Negara iaitu India dan Pakistan

Soalan 103 (b) : Huraikan perkembangan Kongres Kebangsaan India (1885-1919)

Pendahuluan:

  • tahun 1905 sehingga 1918 deklonisasi di India dikenali sebagai tahap militant. Hal ini kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang diketuai oleh B.G.Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal  dan Aurobindo Ghosh. Tokoh-tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menggerakan penentangan terhadap British kerana bagi mereka tindakan yang keras harus dilakukan  terhadap penjajah British harus dipulaukan termasuklah barangan, institusi pendidikan, perkhidmatan kerajaan, undang-undang dan mahkamah.
  • Jika langkah tersebut dijalankan secara berterusan, pastinya melemahkan kedudukan British di India. Bagaimanapun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militant untuk membebaskan India daripada British namun menemui kegagalan. Berikut adalah Perkembangan Kongres Kebangsaan India dari tahun 1885-1919

Isi-isi Penting:

Penubuhan kongres kebangsaan India

  • Kebangkitan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat India terhadap pemerintahan British melahirkan kebimbangan orang Eropah. Perkembangan ini menyebabkan timbul keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi bagi membolehkan rakyat menyalurkan pandangan mereka kepada pemerintah.
  • Allan Octavian Hume (A.O.Hume), seorang kakitangan kerajaan yang bersara menyeru kepada siswazah univetsiti Culcutta agar menubuhkan sebuah organisasi untuk kemajuan moral, material dan politik tanah air mereka. Beliau mendapat sokongan daripada Wizurai Lord Dufferin bagi organisasi yang bakal ditubuhkan.
  • Ekoran seruan A.O. Hume, seramai 72 pemimpin India mengadakan pertemuan di Bombay pada 25 hingga 31 disember 1885. Pertemuan ini meletakkan asas bagi penubuhan kongres kebangsaan India di bawah pimpinan W.C Banerjee pada tahun 1885.

Dasar  kongres kebangsaan India

  • Kongres kebangsaan India tidak mengamalkan dasar Anti British. Kongres menumpahkan taat setia yang tidak yang berbelah bagi terhadap pemerintahan British. Pemimpin-pemimpin kongres kebangsaan India mempunyai kepercayaan terhadap sistem keadilan dan Liberisme yang di amalkan oleh British. Oleh sebab itu, kongres kebangsaan India tidak menggunakan pendekatan yang agresif dalam penentangan terhadap kerajaan.
  • Pada peringkat ini, kongres kebangsaan India mengamalkan dasar kesederhanaan dan melancarkan serangan mengikut perlembagaan. Pegawai kerajaan juga terlibat dalam persidangan kongres serta mengambil bahagian dalam perbincangan yang diadakan.
  • Persidangan kedua yang diadakan di Culcutta pada tahun 1886, Lord Dufferin meraikan beberapa orang pemimpin pertubuhan tersebut. Walaupun pemimpin-pemimpin kongers kebngsaan India sering mengkritik dasar yang di amalkan pihak British namun mereka tetap menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan.

Sikap kerajaan terhadap kongres

  • Pada awalnya wujud hubungan baik antara kerajaan British dengan kongres. Namu begitu hubungan baik mereka tidak kekal lama. Hubungan renggang kerana lord Dufferin mengatakan Kongres adalah ‘Microscopic Minority’.
  • Kenyataan itu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan Kongres. Golongan terpelajar menganggap kritikan itu seperti tidak adil.
  • Walaupun mereka adalah minoriti, mereka tetap memainkan peranan sebagai jurucakap kepada penduduk India yang tidak terpelajar. Malah golongan terpelajar memainkan peranan melindungi kepentingan rakyat da  keperluan masyarakat keseluruhan Negara.

Akta majlis 1892

  • Semenjak penubuhan Kongres, mereka manuntut supaya kerajaan British dapat meningkatkan penyertaan ornag India dalam pemerintahan. Perkembangan ini menyebabkan Lord Dufferin meluluskan akta Majlis India 1892 bagi menambahkan penglibatan orang India dalam pentadbiran.
  • Antara perubahan yang dilakukan bagi meningkatkan penyertaan orang India ialah: Bilangan majlis Wizurai ditambah menjadi 16 orang dan Anggota tersebut terdiri daripada 6 rasmi dan  10 tidak rasmi.
  • Dalam pada itu, majlis perudangan wilayah ditambah menjadi 20 orang. Anggota tidak rasmi diberi kuasa untuk menyuarakan hak dan kepentingan rakyat.

Kemunculan golongan Ekstremis

  • Akta piagam India yang diluluskan oleh parlimen British pada tahun 1892 menimbulkan rasa tidak puas hati golongan nasionalis India. Tindakan Lord Elgin mengenakan cukai bagi pakaian buatan tempatan menambahkan lagi kemarahan golongan nasionalis India.
  • Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan Ekstermis yang disertai oleh golongan muda. Mereka mengambil tindakan tegas termasuk keganasan sekiranya diperlukan terhadap kerajaan.
  • Golongan ini juga tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan oleh golongan Liberal ketika berurusan dengan kerajaan. Golongan ini merncang program menentang kerajaan di bawah pimpinan Bal Gangadar Tilak, Lajpat Raid an Bipin Chandra Pal.

Bal Gangadhar Tilak

  • Beliau merupakan pemimpin golongan Ekstremis yang terkenal dalam Kongres kebangsaan India. Beliau juga tokoh terkenal yang mengkritik dasar yang dilaksanakan oleh British.
  • Beliau muncul sebagai ahli politik yang disegani ekoran perjuangan membela nasib rakyat yang menderita akibat kebuluran yang melanda India tahun 1896. Beliau mengkritik tindakan Britis yang tidak memberi bantuan kepada rakayat yang menderita akibat kebuluran. Beliau  menggesa kerajaan agar menguatkuasakan kanun bantuan kebuluran.

Persidangan surat 1907

  • Perbezaan pendapat antara golongan Ektermis dengan golongan sederhana semakin ketara dalam persidangan kongres di surat tahun 1907. Perpecahan antara golongan menyebabkan perbalahan dalam menentukan calon presiden. Golongan Ekstremis mengukuhkan kedudukan mereka dengan mencalonkan pemimpin mereka Lal Rajpat Lai sebagi calon presiden. Golongan sederhana menentang cadangan itu dengan mencalonkan DR Rash Behari Ghoshsebagai presiden.
  • Dalam pada itu, resolusi yang yang dikemukakan oleh golongan Ekstremis agar kongres berjuang keraha kerajaan  sendiri  ditolak golongan sederhana. Golongan Ekstremis tidak berpuas hati dengan dasar kerjasama yang diamalkan oleh golongan sederhana. Mereka menggunakan dasar kekerasan untuk memaksa kerajaan memberikan perhatian terhadap tuntutan mereka.

Pakatan Lucknow

  • Pada tahun 1916, satu pakatan yang dikenali sebagai Pakatan Lucknow ditandatangani antara Kongres dan Liga Islam. Antara faktor  yang mendorong penubuhan pakatan Lucknow ialah: Britain tidak memberikan bantuan kepada Turki semasa perang dunia pertama; Empayar Turki berada di ambang perpecahan semasa perang dunia pertama. Kongres bersetuju untuk menerima pilihan raya berasingan bagi orang Islam. Kedua-dua pihak mengisytiharkan bahawa matlamat utama mereka adalah pencapaian taraf dominan.
  • Ekoran dari pakatan Lucknow gerakan kebangsaan menjadi amat popular.  Perkembangan ini menyebabkan kerajaan British memberikan lebih banyak konsesi kepada rakyat India pada tahun 1917.

Deklarasi ogos 1917

  • Pada 20 ogos 1917, Edwin Montagu iaitu setiausaha Negara India mengumumkan deklarasi yang amat bersejarah.  Antara perkara yang dijanjikan dalam deklarasi tersebut: Menambahkan penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam, Membangunkan institusi pemerintahan sendiri secara berperingkat.
  • Edwin Montagu mengadakan lawatan ke India pada tahun 1916 untuk mengetahui keadaan politik di India. Hasil lawatan tersebut, beliau mengeluarkan laporan tentang reformasi perlembagaan India pada bulan april 1918. Laporan tersebut meletakkan asas bagi pengenalanAkta kerajaan India 1919 yang  juga dikenali sebagai Reformasi Montagu-Chelmsford.

Penutup:

  • Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para pemimpin India dalam menghadapi tekanan barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat dalam membebaskan India daripada penjajahan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat.
  • Bagaimanapun usaha membebaskan diri daripada penjajahan British terjejas kesan konflik antara orang Hindu dan Islam yang akhirnya menyebabkan India berpecah kepada dua Negara iaitu India dan Pakistan.

Soalan 104. Terangkan tranformasi sosial, ekonomi dan kemunculan intelektual tempatan di Negara India

Pendahuluan

  • Lebih kurang 80 peratus penduduk India tinggal di kampong yang jumlahnya  menjangkau  setengah juta kampung.
  • Kampong merupakan unit politik dan ekonomi yang berdikari dan anggotanya bergantung antra satu sama lain.

Isi-isi penting:

Transformasi sosial

  • Melalui sistem jajmani, berlaku tanggungjawab turun-temurun antara dua atau lebih keluarga tertentu daripada beberapa kasta di  sesuatu  kawasan. Individu, keluarga atau kampong yang menerima perkhidmatan di panggil  jajman dan yang memberi perkhidmatan  di panggil kamin.
  • Jajmin berkasta atasan,  kamin berkasta rendah dan tidak mempunyai  tanah. Berlaku integrasi kasta-kasta. Kebajikan kamin terjamin khususnya sewaktu perkahwinan,  kematian dan memerlukan bantuan kawangan.

Transfomasi ekonomi

  • Proses industrilisasi turut membawa kesan. Berdasarkan doktrin laissez-faire  atau ekonomi bebas, pihak British telah menjadikan India sebagai kawasan pembekal bahan  mentah.
  • India juga  menjadi tempat longokan barang buatan British. Kewujudan pasar telah memberikan peluang kepada penduduk kampong berhijrah ke kawasan Bandar.

Reformasi brahmo samaj

  • Merupakan gerakan reformasi yang pertama dan berkesan. Diasaskan oleh raja ram mohan ray yang dianggap bapa pemodenan India atau bapa pemulihan hindu. Dilihat sebagai pergerakan pertama yang di asaskan secara tersusun oleh golongan berpendidikan.
  • Antara usaha yang diperjuangkan oleh raja ram mohan roy melalui brahmo samaj ialah menghapuskan amalan suttee, pembungan bayi perempuan dan penyembahan patung.

Reformasi arya samaj

  • Gerakan pemulihan hindu diasaskan oleh swami dayananda saraswati, seorang Brahmin dari gujerat. Dayananda cuba untuk membentuk bangsa India berdasarkan tradisi, agama, dan budaya tempatan bukan dipengaruhi oleh budaya dan tamadun India. Antara usahanya ialah memulihkan kesucian veda dan menjalankan aktiviti  menghindukan semula bekas penganut agama hindu yang telah menganut agama kristian dan islam.
  • Cuba mengembalikan sistem pendidikan berasaskan veda dengan menegaskan bahawa segala bentuk ilmu pengetahuan yang berkaitan saintifik, sosial, dan kerohanian boleh diperolehi oleh ajaran veda.

Transformasi intelektual

  • Pihak barat cuba mengembangkan ajaran kristian melalui penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.  sekolah ini dibuka di benares. Hindu free school dibina di simla oleh rasik Krishna malik. Pada tahun 1817,  kolej hindu dibuka di Calcutta
  • Amalan keagamaan masyarakat hindu dan islam amat kuat di India. Pergerarakan reformasi muslim menggunakan pendekatan baru pada awal  abab ke 20 dengan munculnya syed ahmad khan. Beliau menubuhkan  sekolah Inggeris di mudarabad  dan ghazipur. Untuk memperluaskan ilmu barat,  beliau telah menubuhkan the translation society di ghazipur yang kemudian di  kenali sebagai the scientific society.
  • Pada tahun 1864, sekolah yang dinamakan mohammeda anglo-oriental college telah didirikan. Kemudian, institusi ini dinamakan muslim university of Aligarh. Kurikulum di universiti itu mengikut kurikulum eropah dan pengajian dibahagikan kepada dua, iaitu pengajian barat  (moden) dan pengajian timur yang diajar dalam bahasa urdu
  • Pada tahun 1886, beliau membentuk mohammadan education conference yang mengadakan persidangan dalam kalangan cendiakawan islam untuk membincangkan isu pendidikan masyarakat islam di India..

Penutup

  • Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan India daripada penjajahan dan menjadi sebuah Negara yang berdaulat.
  • Bagaimanapun usaha membebaskan diri dari penjajahan British terjejas kesan konflik antara orang hindu dan islam dan akhirnya menyebabkan India berpecah kepada dua buah Negara iaitu India dan Pakistan

 

Baca juga >> Reaksi masyarakat tempatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *