Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata STPM Semester 3

Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata

 

3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata

3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan dan Bersenjata

Soalan 147:  Nilaikan penentangan rakyat terhadap penjajah secara berperlembagaan di Myanmar pada abad ke-20

Pendahuluan :

  • Perjuangan kemerdekaan dilakukan sebelum kedatangan Jepun lagi. Pada mulanya, pemimpin Aung San mengalu-alukan kedatangan Jepun tetapi kemudiannya mengubah pendirian disebabkan dasar Jepun. Oleh itu, mereka telah memulakan gerakan anti-Jepun sejak tahun 1942. Selepas tamat perang dunia kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Kuasa Berikat, British kembali semula ke Myanmar.
  • Terdapat penentangan dan perselisihan antara golongan nasionalis dngan British tetapi segala-galanya dapat diselesaikan secara berperlembagaan iaitu secara aman dan tanpa peperangan.

Isi-isi penting :

  1. a)Sebelum British kembali semula ke Myanmar, mereka telah dijanjikan taraf kerajaan sendiri tetapi pada peringkat awal kedatangan mereka, British berusaha memecahbelahkan perpaduan rakyat. Usaha British ini ditentang oleh golongan nasionalis.
  2. b)Pertubuhan Anti-Fasis (PAF) yang pada mulanya ditubuhkan golongan Thakin untuk menentang Jepun telah ditukar nama kepada Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang bertujuan untuk mencapai kemerdekaan.
  3. c)Apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945, British kembali semula ke Myanmar. Gabenor British, Jeneral Sir Hubert Rance berunding dengan para nasionalis Myanmar. Pihak British mencadangkan LPRAF diberi perwakilan minoriti dalam Dewan Eksekutif namun cadangan tersebut ditolak Aung San dan melancarkan satu mogok kebangsaan.
  4. d)Aung San merupakan pemimpin yang diplomatik dan bijak. Dengan sifat itu, beliau berjaya mendapat sokongan puak-puak Karen, Shan, Kachin dan Chui yang pada mulanya enggan tunduk kepada puak Myanmar. Aung San juga membebsakan LPRAF daripada ancaman anasir komunis supaya Liga ini lebih diterima oleh puak British.
  5. e)Disember 1946, wujudnya Perjanjian Atlee-Aung San. Antara isu yang dibincangkan ialah pilihan raya umum akan diadakan 4 bulan selepas perjanjian tersebut, British menyokong penyertaan Myanmar dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta sebuah Dewan Perlembagaan dibentuk.
  6. f)Pada pilihan raya umum yg diadakan pada bulan April 1947, LPRAF mendapat kejayaan cemerlang dan U Nu dilantik sebagai Presiden manakala pemimpin utama Myanmar, Aung San dibunuh oleh orang upahan U Saw.
  7. g)U Nu meneruskan usaha menggubal perlembagaan baharu Myanmar. Satu rombongan yg diketuai beliau bertolak ke London untuk menandatangani Rang Undang-undang Kemerdekaan Myanmar yang menyerahkan kerajaan Myanmar kepada Presiden Kesatuan Myanmar.

Penutup :

  • Rakyat Myanmar di bawah pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan British semasa serangan Jepun di Myanmar. Akan tetapi, terdapat penentangan terhadap British selepas tamatnya perang dunia kedua.
  • Penentangan di Myanmar akhirnya membawa kepada perundingan dan perjanjian. Penentangan di Myanmar bercorak penentangan secara berperlembagaan.

Soalan 148: Galurkan penentangan rakyat secara bersenjata di Indonesia pada abad ke-20

Pendahuluan

  • Selepas Jepun menyerah kalah, Belanda kembali semula ke Indonesia manakala British ke Myanmar. Pendudukan Jepun telah menyemarakkan semangat nasionalisme sehingga masyarakat tempatan dengan dengan berani dan tegasnya menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Perkara yang penting selepas Perang Pasifik ialah hak kemerdekaan perlu dikembalikan kepada masyarakat tempatan.
  • Penduduk Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka secara bersenjata. Bagi para nasionalis, kehadiran Belanda tidak lagi diperlukan. Apa yang diperjuangkan mereka ialah pengiktirafan Belanda terhadap kemerdekaan negara yang telah diisytiharkan sebelum kembalinya pihak Belanda. Penentangan antara nasionalis Indonesia dengan Belanda memperlihatkan satu siri pemberontakan sehingga membawa kepada campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Isi-isi Penting:

  1. a)Kabinet Soekarno terpaksa dibubarkan pada 14 November 1945 apabila Leftenan Gabenor Belanda, Dr.Van Mook tidak mengakuinya sebagai ketua kerajaan Indonesia. Beliau mempunyai rancagan sendiri untuk Indonesia. Kaninet Perdana Menteri dibentuk dan diketuai oleh Sultan Sjahrir. Belanda menandatangani Perjanjian Hubungan Sivil Anglo-Belanda dengan British untuk menempatkan tentera British di Indonesia untuk mengawal keadaan di Indonesia.
  1. b)Pada bulan Julai 1946, Dr.Van Mook telah mengadakan rundingan dengan wakil dari wilayah-wilayah Borneo dan Kepulauan Luar yang telah ditawan olehnya. Dr. Van Mook mencadangakan Indonesia dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Jawa, Sumatera, Borneo, dan Timur Raya. Rancangan Dr.Van Mook ini adalah untuk melemahkan Republik Indonesia. Perundingan antara Belanda dan Indonesia berlangsung antara bulan Oktober dan November 1946 di Langgajati berhampiran dengan Cheribon. Pesuruhjaya Khas Belanda, Lord Killearn dilantik sebagai pengerusi.
  1. c)Van Mook berjaya membentuk negara boneka yang digelar “Negara Indonesia Timur” melalui Persidangan Den Pasar di Bali pada 18 Disember 1946. Negara boneka ini dikawal oleh beliau. Belanda melancarkan tindakan polis dengan menghantar dua unit tentera Belanda di Jakarta dan Bandung untuk menduduki Jawa Barat manakala dua angkatan dari Surabaya bergerak ke Jawa Timur dan Madura. Serangan juga dilancarkan ke atas kawasan sekitar Medan, Palembang, Semarang, dan Padang.
  1. d)Tindakan keras Belanda membawa kepada campur tangan kuasa yang lain. British dan Amerika Syarikat menentang tindakan ketenteraan Belanda itu. India dan Australia membawa isu ketenteraan Belanda ke atas Indonesia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB). Majlis Keselamatan kemudiannya mengarahakan gencatan senjata bai kedua-dua pihak Belanda dan Indonesia pada 1 Ogos 1947. Belanda telah mencabuli Perjanjian Renaville apabila memlulakan tindakan ketenteraan ke atas Republic Indonesia. Belanda menyerang dan menawan bnadar Yogjakarta. Tentera Belanda juga menangkap dan memenjarakan Soekarno, Syahrir dan Hatta.
  1. e)Melihat keadaan ini, para nasionalis Indonesia meneruskan perjuangan mereka melancarkan perang gerila. Mereka menentang Belanda dengan hebatnya. Perbincangan meja bulat diadakan pada bulan Ogos hingga Oktober 1949 dengan persetujuan Republik Indonesia akan mendapat kedaulatannya semula dan mencapai kemerdekaan.

Penutup

  • Pendudukan Jepun membangkitkan semangat kebangsaan rakyat Indonesia dan Myanmar sehingga apabila pihak Penjajah Belanda dan British kembali semula, mereka menuntut kemerdekaan. Belanda tidak ingin memberi kemerdekaan kepada Indonesia, malah berusaha mengukuhkan kuasanya. Rakyat Indonesia di bawah pimpinan para nasionalis seperti Soekarno, Hatta, dan Syahrir menentang usaha Belanda itu. Penentangan secara bersenjata memperlihatkan meletusnya Oerang Kemerdekaan Indonesia atau dikenali sebagai Revolusi Indonesia.
  • Penentangan rakyat Indonesia secara bersenjata membawa kepada penglibatan negara-negara luar seperti India, Australia, Amerika Syarikat, dan Britain. Akhirnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah campur tangan dan Belanda terpaksa tunduk kepada resolusi PBB untuk memulihkan kedaulatan dan kemerdekaan Indonesia.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *