sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan STPM Semester 2

 

2.4 Penerokaan

2.4 Penerokaan

Soalan 95: Huraikan sumbangan al-Mas’udi dalam bidang penerokaan.

Pendahuluan

  • Al-Mas’udi atau nama sebenarnya ialah Abu al-Hasan Ali bin Husayn bin Ali al-Mas’udi merupakan seorang tokoh pelayar yang berasal dari Iraq. Beliau dilahirkan di Baghdad, Iraq pada akhir abad ke-9 M.
  • berketurunan Arab, iaitub dari keturunan Abdullah al-Mas’ud, yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. meninggal di Fustst pada 345 H/956 M.

Isi-isi Penting:

Faktor beliau belayar dan menyelidik:

  • Faktor persekitaran – keadaan kawasan tanah arab yang dikelilingi padang pasir yang luas memerlukan mereka menguasai ilmu astronomi, ilmu mengesan air, ilmu meramal cuaca, ilmu mengesan kedudukan dan sebagainya.
  • Faktor budaya – factor pekerjaan(perdagangan), adat istiadat seperti haji yang memerlukan pengetahuan tentang kaji bintang bagi tujuan mengetahui arah dan keperluan untuk hidup di padang pasir yang juga memerlukan kemahiran.
  • Faktor nilai dan sikap – semasa zaman Islam, aktiviti pelayaran dan geogafi mencapai kemajuan berbanding semasa zaman peradaban Yunani yang berada pada tahap. Islam itu sendiri menggalakkan penyelidikan dan perkaa ini banyak dinyatakan dalam al-Quran.

Ringkasan Pelayaran dan Penyelidikan al-Mas’udi

  • Al-Mas’udi mula belayar antara tahun 914 hingga 915 M. Di India, beliau juga melakukan penyelidikan berkenaan flora dan fauna di persisiran laut Bombay.
  • Beliau meneruskan pelayaran bersama dengan pelayar lain ke Deccan, Sri Lanka, Indochina dan China.
  • Beliau juga mengunjungi pantai Laut Kaspia dan menyusuri Turkimenistan (Asia Tengah), Tiberis dan Gujerat.

Sumbangan al-Mas’udi dalam Bidang Geografi

  • Sumbangan beliau tidak terbatas dalam satu bidang sahaja tetapi dalam banyak bidang termasuk astonomi, sejarah, geografi kemanusiaan dan fizikal.
  • Karyanya Muruj al-Dhahab wa Ma’adin al-Jawahir dianggap sebagai ensiklopedia geografi yang terawal. Kajiannya menggabungkan ilmu geografi dan dislipin sejarah agar ia menjadi lebih menarik.
  • Beliau membuat kajian tentang tanah fay’ dan mengkaji perbezaan aspek wilayah. Beliau juga pernah mengkaji flora dan fauna.
  • Beliau juga Berjaya mengupas secara terperinci kawasan-kawasan di India seperti Makram, Sind dan Pantai Barat India standing dengan apa yang dihasilkan oleh Ibn Kurdabih dan Istakri.

Sumbangan al-Mas’udi dalam Bidang pelayaran

  • Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang pelayaran. Al-Mas’udi menjelaskan tentang laluan pelayaran bagi bangsa Arab melalui pantai Afrika yang dinyatakan dalam buki beliau, Muruj al-Dhahab.
  • Al-Mas’udi telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelaut-pelaut dan ahli-ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-namasungsi yang dilalui oleh mereka dalam pelayaran.

Penutup

  • Beliau wajar dianggap sebagai tokoh ilmuan berikutan kemampuannya mengemukakan dan melontarkan idea-idea yang berkaitan bidang geografi dan  pelayaran.

Soalan 96: Al-Mas’udi telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang intelektual dan pelayaran. Bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan

  • nama sebenarnya Abu al-Hassan Ali bin Husayn bin. Ali al-Masudi. dilahirkan pada 283 Hijrah dan beliau berketurunan Arab. ajaran Islam sememangnya menggalakkan umatnya menjelajah dengan tujuan untuk menambahkan keimanan, menyebarkan dakwah dan menambahkan ilmu pengetahuan
  • penjelajahan yang dilakukanoleh al-Masudi telah memberikan sumbangan yang yang besar dalam bidang intelektual dan pelayaran

Isi-Isi

  1. Hasil karya al-Masudi
  • pelayaran al-Masudi meliputi China, India, Sri Lanka, Alam Melayu dan Indocina. hasil pelayarannya telah dibukukan dalam karya Muruj al-Dhahab dalam 9 jilid. catatan-catatan yang terdapat dalam buku ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan bidang geografi. beliau telah berjaya menggabungkan disiplin geografi dengan sejarah dalam karya ini
  • beliau berjaya menjelaskan kejadian gempa bumi dan perairan Laut Mati. hasil karya lain ialah akhbar al-Zaman sebanyak 30 jilid dan kitab al-Tanbihwa al-Ishraf. hasil-hasil karya ini telah berjaya meningkat keintelektualan Islam dan perkembangan tamadun dunia
  1. Teori Determinisme Alam Sekitar
  • iklim dan persekitaran mempengaruhi perkembangan tingkah laku manusia. hasil penyelidikannya adalah mendalam sehingga dapat mengaitkan penduduk di kawasan lintang tinggi dipengaruhi oleh bulan dan penduduknya dikatakan panjang umur
  • perwatakan dan gaya hidup orang Badwi ada kaitan dengan persekitaran padang pasir yang memerlukan ketegasan, kearifan dan kecergasan tubuh badan
  1. Bidang Geografi
  • beliau menekankan nama-nama tempat dan kedudukannya, jarak antara satu dengan yang lain dan keadaan tempat tersebut. maklumat ini amat berguna kepada peneroka lain dan memberikan pengetahuan yang lengkap kepada sesiapa sahaja tentang sesuatu tempat
  • di India pula, beliau menganalisa fauna dan flora. Nama diberikan kepada pelbagai binatang yang terdapat di India. Antaranya gajah, burung kakak tua dan burung merak. catatan ini sangat berguna kepada bidang keintelektualan
  1. Bidang Pelayaran
  • beliau telah menjelaskan dengan tepat arah dan haluan pelayaran. beliau telah menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelaut dan ahli pelayaran tentang kekeliruan mereka dengan nama-nama sungai yang mereka lalui dalam pelayaran beliau juga membetulkan kesilapan pelaut-pelaut yang menyatakan setiap laut adalah berasingan. Sebenarnya setiap laut adalah bersambungan seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi
  • beliau telah memperbetulkan tanggapan orang Arab Bahasa Laut Kaspia dan Laut Hitam bersambungan. Kedua-dua laut ini tidak bersambungan. beliau telah berjaya menganggarkan jarak di antara benua Eropah dengan benua China iaitu bersamaan dengan separuh daripada lingkungan bumi. penemuan-penemuan ini telah memberikan maklumat yang berguna kepada pelaut-pelaut yang melakukan pelayaran

Kesimpulan

  • sememangnya hasil-hasil penerokaan al-Masudi telah memberikan sumbangan besar dalam bidang intelektual dan pelayaran
  • penyelidikan yang dilakukannya telah berjaya memperkenalkan kepada penduduk di Tanah Arab kepada dunia luar. Seterusnya dapat menambahkan keimanan umat Islam

Soalan 97: Huraikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan

Pendahuluan

  • Nama penuh beliau ialah Shihab al-Din Ahmad bin majid al-Nadji. Beliau dilahirkan di Julphar (Oman) dan merupakan pelayar Arab termuka pada abad ke-15 M. Datuk dan bapanya mahir dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran serta arif dengan Laut Merah.
  • Ibn Majid digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi.

Isi-isi Penting:

  1. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.Buku beliau yang paling ialah al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid  (kaedah dan faedah ilmu laut).Buku bertarikh 1490 M.Ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan mengandungi 12 bab.
  2. Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut Merah,dan Lautan China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.
  3. Di dalam buku ini, Ibn Majid menulis tentang permulaan pelayaran, jarum magnet,dan angin monson yang sesuai bagi melakukan pelayaran mengikut perkiraan orang parsi.
  4. Ibn Majid menghasilkan Hawiyat al-ikhtisar fi Usul ‘Ilm Al-Bihar’ berkaitan tanda hampirnya barat,ilmu bintang,ilmu astronomi.
  5. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan sebelumnya.Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.
  6. Ibn Majid menjadi jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi (pantai timur Afrika) hingga ke Kalikat, India. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malemo Canaqua. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid, mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Penutup

  • Ibn Majid telah memberikan sumbangan yang besar dalam ilmu penjelajahan dan penerokaan

Soalan 98: Huraikan sumbangan Ibnu Battutah terhadap perkembangan tamadun manusia.

Pengenalan

  • nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawati. dilahirkan pd tahun 730 Hijrah (1304 Masihi) di Tanjah, Maghribi. bapa dan datuknya terdiri daripada ulama. beliau menerima pendidikan agama Islam sejak kecil. sumbangan terpenting dalam bidang pelayaran melalui karya Tuhfat al-Nazar.
  • pengembaraan beliau meliputi 4 peringkat iaitu:- peringkat 1 : merentasi Afrika Utara ke Makkah, peringkat 2 : dari Makkah ke selatan Iraq (Baghdad) dan balik semula ke Makkah, peringkat 3 : dari Makkah menuju ke Yaman, Oman, Bahrain, Syria, Sudan dan Turki dan peringkat 4 : dari Makkah ke selatan Rusia, India, Jawa, Sumatera, China dan Andalusia. sarjana Barat menggelarkan Ibnu Battutah sebagai The Prince of Muslim Travelers

Isi-Isi

  1. Hasil karya menjadi sumber sejarah abad pertengahan
  • beliau seorang tokoh pengembara dan sejarawan Islam yang terkenal pada abad pertengahan. terkenal dalam kalangan masyarakat antarabangsa. hasil pelayaran beliau banyak memberikan pendedahan kepada masyarakat dunia dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan
  • di India : beliau memfokuskan tentang: kepelbagaian kepercayaan masyarakat Hindu seperti adat suttee (adat membakar diri oleh balu-balu yang beragama Hindu)dan kepentingan Sungai Ganges kepada masyarakat di India untuk upacara penyucian diri. dari aspek yang lain : beliau mengupas isu kedudukan dan perkembangan agama Islam di beberapa negara di Asia Tenggara, China dan lain-lain
  1. Gambaran umum tentang negara Islam
  • beliau banyak membuat catatan sejarah negara India semasa pemerintahan Muhammad Tughliq (era Kesultanan Delhi), Anatolia, Afrika Timur dan Barat serta negara Maldives. catatan pengembaraan beliau juga menyentuh kota-kota terkenal seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan Isfahan
  • beliau turut mencatat sejarah perkembangan tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Kaabah, makam para imam. hasil pelayaran ini memberikan gambaran perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam
  1. Kepentingan karya al-Rihlah
  • beliau telah merekodkan pengembaraannya dalam kitab Tuhfat al-Nazar. kitab ini lebih dikenali sebagai al-Rihlah Ibnu Battutah. hasil catatan beliau telah mendapat perhatian dan menjadi rujukan oleh sarjana sejarah di seluruh dunia
  • karya ini diterjemah ke dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan sebagainya. karya beliau yang diterjemah dalam bahasa Inggeris oleh Profesor H.A.R. Gibb dikenali sebagai The Travels of Ibn Battutah
  1. Motivasi kepada pelayar lain
  • kejayaan beliau dalam pelayaran telah menjadi dorongan kepada pelayar Islam yang lain untuk mengikut jejak langkahnya. hasilnya : muncul beberapa tokoh baharu seperti Ibnu Hawqal dan Sulayman al-Mahri
  • contoh : pada tahun 947 – 973 Masihi : Ibnu Hawqal telah belayar ke Afrika Utara, Sepanyol, selatan Sahara, negara-negara Arab, Armenia, Azerbaijan dan Sicily
  1. Sumbangan dalam bidang geografi
  • sumbangan beliau juga meningkatkan pengetahuan dalam disiplin ilmu geografi. beliau gemar mencatat keadaan geografi kawasan yang dilawati
  • antara catatan beliau yang penting ialah keadaan iklim khatulistiwa yang tidak sepanas iklim di Afrika Utara. catatan ini dapat mempengaruhi saudagar ketika memilih pangkalan pelabuhan untuk disinggahi oleh mereka
  1. Sumbangan dalam bidang sejarah
  • beliau banyak menulis kisah pensejarahan sesebuah negara yang dilawati. ketika sampai di negara tersebut : beliau berjumpa dengan pemerintah, wazir dan pegawai tinggi
  • dalam catatan beliau : banyak dimasukkan fakta yang sahih dan tepat serta disokong dengan sumber-sumber lain yang berkaitan. di Kota Konstantinople : beliau mencatat keindahan kota itu yang dilengkapi dengan pasar, jalan raya yang dibina daripada batu, kewujudan gereja besar seperti St Sophies. di Pasai, Sumatera pula beliau gambarkan sebagai kawasan yang amat subur dan dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih dan gaharu

Kesimpulan

  • kejayaan beliau selama 28 tahun yang merentasi sejauh 120 000 km telah meletakkan beliau sebaris dengan ahli pelayaran yang terkemuka seperti Marco Polo. yang paling penting ialah catatan beliau telah menjadi sumber rujukan ilmuwan yang berikutnya
  • sumbangan beliau telah membantu mencorakkan perkembangan intelektual sejagat

Soalan 99: Huraikan sumbangan Ibn Batuttah dalam bidang penerokaan.

Pendahuluan

  • Nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah al-Lawati,dilahirkan pada tahun 1304M di Tanger, maghribi. Sejarah pengembaraannya bermula ketika berusia 21 tahun.Beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mengerjakan ibadat haji di Makkah dan mendalami ilmu agama Islam.Pengembaraan beliau melalui kawasan-kawasan seperti Maghribi,Palestin,Mesir,Syam dan Madinah.
  • Beliau dikatakan seorang yang berperibadi mulia,berwibawa,pandai berdiplomasi, tegas, gigih dan pandai berkomunikasi dalam bahasa asing. Contohnya: bahasa Parsi dan Turki. Sarjana atau orientalis barat menamakannya sebagai The Prince of Muslims Travellers.

Isi-isi penting

  1. Karya dan catatan pengembaraan Ibn Battutah
  • Karya atau sumbangan beliau menjadi sumber sejarah bagi pelbagai Negara yang dilawatinya.
  • Melalui karya al-Rihlah,pembaca didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti agama,politik,sosial,ekonomi dan kebudayaan masyarakat khususnya di negara-negara seperti Afrika barat dan India.
  • Contohnya di India, catatannya berkisar tentang pelbagai kepercayaan masyarakat agama Hindu, kepentingan sungai Ganges khususnya untuk penyucian diri.
  1. Catatan menggambarkan Negara Islam
  • Berkaitan dengan sejarah islam di India semasa pemerintahan Muhammad Tughluq. Ibn battutah juga menulis tentang kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah,Konstantinople dll. Di samping iitu,catatan tentng tempat-tempat yang pernah dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram,makam Imam dan Kaabah.
  • Catatan beliau mendapat tumpuan para sarjana Barat di seluruh dunia. Karya ini kemudian diterjemahkan dalam bahasa asing,termasuk bahasa Inggeris,Perancis,Belanda dan Jerman. Terjemahan karyanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh prof.H.A.R Gibb bertajuk “The Travels of Ibnu Battutah”.
  1. Menjadi pendorong kepada para pelayar Islam
  • Para pelayar Islam mengikut jejak langkah beliau. Sebagai contoh Ibn Hawqal telah berlayar ke Afrika Utara, Sepanyol, Sahara dan Negara-negara Arab dari tahun 947 hingga 973M.
  • Sementara Sulayman al-Mahri Berjaya merentasi lautan antarabangsa seperti lautan pasifik,lautan Artik dan lautan Atlantik.
  1. Karya Ibn Battutah meningkatkan ilmu geografi dan persejarahan
  • Karyanya mencatatkan tentang kedudukan geografi dan iklim. Sebagai contoh, beliau menulis tentang iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim Afrika. Hal ini dapat menentukan pemilihan tapak bagi sebuah pangkalan perdagangan.
  • Di Konstantinople beliau mencatat akan keindahan kota tersebut, berkaitan seni bina seperti kewujudan Gereja Besar St. Sophies.

Penutup

  • Kejayaan Ibn Battutah telah meletakkan beliau setaraf dengan pelayar terkenal seperti Marco Polo. Keperibadian dan kemahiran beliau berkomunikasi dalam bahasa asing telah menyebabkan beliau diberi layanan yang baik oleh pemerintah atau masyarakat setiap negara yang dikunjungi.

Soalan 100: Bincangkan Kepentingan pelayaran yang dilakukan oleh Ibn Battutah terhadap perkembangan  tamadun manusia .

Pendahuluan :

  • Ibnu Battutah atau nama sebenarnya Muhammad bin Abd Allah al-Lawati dilahirkan pada tahun 1304 M di Tanger, Maghribi . Sumbangan Terpenting beliau dalam bidang pelayaran ialah kemampuannya menghasilkan karya yang berjudul Tuhfat al-Nazar Atau lebih dikenali sebagai al-Rihlah.
  • Sarjana atau orientalis Barat menyifatkan Ibn Battutah sebagai The Prince of Muslim Travellers

Isi-isi penting :

  1. pengembaraannya Menjadi sumber sejarah abad pertengahan
  • Khalayak pembaca didedahkan kepada pelbagai aspek kehidupan seperti agama, polotik, social, ekonomi dan Kebudayaan masyarakat di Afrika Barat dan di India.
  • Di India, catatannya berkisar tentang pelbagai kepercayaan yang diamal oleh masyarakat Hindu, malah beliau turut menyatakan khususnya untuk upacara penyucian diri.

2.Gambaran tentang Negara islam

  • Catatan sejarah India sewaktu pemerintahan Muhammad Tughluq,  Anatolia,  Afrika Timur dan barat serta Maldives.
  • Ibn Battutah juga menulis catatan tentang kota-kota seperti Iskandariah, Damsyik, Makkah, Konstantinople, Syiraz dan sifahan. Di samping itu, Terdapat juga catatatan tentang tempat-tempat yang dilawati di Makkah seperti Masjidil Haram, Makam Imam dan Kaabah.

3.Kepentingan karya al-Rihlah

  • Mendapat tumpuan para sarjana barat di Seluruh dunia. Karya ini kemudian telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Belanda dan Jerman.
  • Terjemahan Keryanya dalam bahasa Inggeris diusahakan oleh Profesor H. A. R. Gibb dikenali sabagai The travels of Ibnu Batuttah.

4.Rangsangan Kepada Pelayar lain

  • Pendorong kepada para pelayar Islam yang lain untuk mengikut jejak langkahnya. Kemunculan beberapa orang tokoh lain sperti Ibn Hawqal dan Sulayman al-Mahri
  • Ibn Hawqal umpamanya tlah memulakan pelayaran ke Afrika Utara, Sepanyol, Selatan Sahara, Negara-negara Arab , Armenia, Azerbaijan dan Sicily dari tahun 947 hingga 973 M

5.Bidang Geogarafi

  • Meningkatkan pengetahuan ilmu geografi. Mencatatkan keadaan geografi sesebuah Negara. Antara catatan terpenting ialah tentang iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara.
  • Catatan seumpama ini dapat menentukan pemilihan tapak bagi sesebuah pangkalan perdagangan.

6.Bidang Sejarah dan Persejarahan

  • Menggarap penulisan dalam bidang persejarahan apabila Berjaya menemui ramai pemerintahan, wazir dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang majoritynya bolh dipastikan dengan sumber-sumber lain.
  • Di Konstantinople, beliau mencatat akan keindahan kota ini yang dilengkapi dengan pasar atau gudang membeli-belah, Jalan raya yang indah yang dibina daripada batu, dan kewijudan sebuah Gereja Besar St. Sophies di tengah-tengah kota berkenaan. Pasai dicatatkan sebagai kawasan yang subur yang dipenuhi dengan Pokok Kelapa, Cengkih dan gaharu.

Kesimpulan.

  • Kejayaan pelayaran Ibn Battutah selama 28 tahun merentasi sejauh 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M telah meletakkan beliau setaraf dengan pengembara atau pelayar terkenal seperti Marco Polo .
  • Keberanian Ibn Battutah dalam pengembaraan menyebabkan ramai sarjana menggelar beliau sebagai The Prince of Muslim Travelers .

 

Kredit Nota Blog sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *