Perkembangan Intelektual zaman kerajaan Abbasiyah STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Perkembangan Intelektual zaman kerajaan Abbasiyah STPM Semester 2

 

2.3 Perkembangan Intelektual

2.3 Perkembangan Intelektual

Soalan 83: Bincangkan perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Abbasiyah abad ke-11 hingga abad ke-13 M.

Pendahuluan

  • Ilmu-ilmu dalam tamadun islam secara umumnya terbahagi kepada dua cabang yang jelas, iaitu ilmu naqli (revealed sciences) yang juga disebut sebagai ilmu wahyu dan ilmu aqli (rational sciences). Namun, ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa benar.  Ilmu naqli merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemudiannya diperturunkan kepada para sahabatnya. Ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syar’iyyah  yang mana meliputi tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa Arab dan ilmu sirah.
  • Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-Quran hanya layak di jelaskan oleh baginda sahaja. Tidak ada orang yang berani dan boleh mentafsir al-Quran semasa Nabi Muhammad masih hidup.  Namun selepas kewafatan baginda, tugas mentafsir al-Quran telah disandang oleh sahabat baginda yang alim dan dipercayai seperti Ibnu Abbas.  Selepas zaman sahabat nabi, tugas tersebut telah di ambil alih oleh golongan tabi’in dan seterusnya para ulama. Ilmu naqli pada zaman kerajaan abbasiyah berkembang pada abad ke- 11 hingga abad ke-13 masihi.

Isi-isi Penting:

  1. Pada zaman kerajaaan bani abbasiyah, para ulama merupakan nadi perkembangan ilmu naqli pada masa itu. Golongan pemerintah pada masa itu jarang sekali membantu para ulama dalam usaha untuk membangunkan ilmu ini kerana mereka lebih memberi perhatian kepada pembangunan ilmu aqli.
  2. Zaman kerajaan Saljuk, seoarang wazir kepada pemerintahan Abbasiyah zaman Saljuk bernama Nizam al-muluk yang sangat berminat dalam bidang ilmu. Beliau sangat berjasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau telah mendirikan Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada tahun 1067 m. Madrasah ini merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama.
  3. Antara guru yang mengajar di sini ialah Imam al-Ghazali dan Abu Ishaq al-Syirazi. Kedua-dua tokoh ini merupakan guru kepada Nizam al-Muluk.
  4. Muncul Ibn Maskawaih (936-1030 M.) yang terkenal sebagai ahli falsafah akhlak. Terutamanya melalui karyanya Tahzibul-Akhlak.
  5. Kemunculan al-Ghazali (1058-1111 M.) dalam suasana ketika pemujaan terhadap falsafah Yunani telah mencapai kemuncaknya, hingga menggoncang akidah masyarakat islam. Di peringkat awal, al-Ghazali turut berkecimpung dengan falsafah Yunani, tetapi akhirnya beliau menyerang ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah.
  6. Pada zaman ini juga, muncul seorang tokoh matematik iaitu Umar Khayyam. Beliau merupakan ahli dalam bidang algebra. Beliau Berjaya menyelesaikan masalah cubic equation (persamaan isi padu) dan mengenal pasti sebanyak 13 jenis. Beliau juga terkenal dalam bidang geometri. Beliau telah diperintahkan oleh pemerintah Saljuk memperbaiki sistem takwim.

Penutup

  • Kesimpulannya, ilmu naqli telah berkembang pada zaman abbasiyah pada abad ke-11 hingga abad ke-13 lagi.

Soalan 84: Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman kerajaan Abbasiyah abad ke-11 hingga ke-13 M.

Pendahuluan

  • Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai zaman kemuncaknya ketika pemerintahan Khalifah al-Ma’mun. Meskipun kerajaan ini melalui era kemerosotan pada zaman pemerintahan Bani Buwaih dan Bani Saljuk, namun peranannya dalam bidang ilmu tetap utuh.
  • Pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ilmu akli (bukan agama) telah mengalami perkembangan yang membanggakan berikutan kelahiran ramai tokoh ilmuan yang unggul dalam bidang-bidang tertentu.

Isi-isi penting

  1. Pada tahap ketiga pemerintahan kerajaan Abbasiyah, ia berada di bawah kekuasaan Bani Buwaih. Pada zaman ini, telah muncul ahli-ahli fikir terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina, al-Biruni, Ibn Miskawayh dan golongan pelajar Ikhwan al-Safa. Al-Farabi, Ibn Sina dan al-Biruni merupakan ilmuwan terkenal dalam bidang falsafah. Manakala Ibn Miskawayh pula bukan sahaja dapat menguasai ilmu falsafah tetapi juga merupakan seorang ahli sejarah yang berwibawa.
  2. Menjelang abad ke-11 M, al-Istakhri merupakan tokoh falsafah yang turut terlibat dengan aktiviti pelayaran, di samping juga  merupakan seorang ahli ilmu bumi. Sementara a-Nasawi pula menyumbangkan kemahirannya dalam bidang matematik dengan memperkenalkan huruf (angka) India ke wilayah Arab.
  3. Pada zaman kekuasaan Bani Saljuk (1055-1199 M) pula, perkembangan kedua-dua ilmu ini agak ketara dengan terdirinya Universiti Nizamiyah dan Hanafiah serta cawangan-cawangan Universiti Nizamiyah pada setiap kota Iraq dan Khurasan. Penubuhan institusi ini penting kerana ia telah Berjaya melahirkan ramai cendekiawan Islam dalam ilmu akli.
  4. Hujjat al-Islam yang terkenal, iaitu Imam al-Ghazali merupakan individu yang pakar dalam ilmu akli. Beliau telah menghasilkan karya Tahajut al-Falsafah. Beliau juga merupakan antara ahli falsafah yang unggul dalam sejarah perkembangan falsafah islam.
  5. Umar al-Khayyam pula bukan sekadar seorang ahli falsafah, malah beliau juga mahir dalam bidang algebra dan geometri. Kehebatannya dalam bidang matematik menyebabkan Malik Shah Jalal memerintahkannya supaya memperbaiki sistem takwim.

Penutup

  • Perkembangan pesat dalam ilmu aqli ini pada zaman kekuasaan Bani Saljuk bukan sahaja disebabkan oleh kemunculan tokoh ilmuan, tetapi turut dibantu oleh peranan pentadbir seperti Nizam al-Mulk (Perdana Menteri), yang sentiasa bersama dengan pemerintah seperti sultan Malik Shah (Jalal al-Daulah Malik Shah I) dan khalifah al- Qa’im bagi menaungi kegiatan ilmu pengetahuan di samping sikap mereka yang amat gemar mendampingi para ulama.

Soalan 85: Bincangkan perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umaiyah di Andalus abad ke-11 hingga ke-13 masihi.

Pendahuluan

  • Ilmu naqli merupakan kumpulan ilmu tertinggi kerana ilmu ini datang dari sumber yang sentiasa benar dan tidak diragui. Ilmu naqli juga merupakan ilmu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w kemudian diperturunkan kepada para sahabatnya.ilmu ini lebih dikenali sebagai ilmu syar’iyyah meliputi tafsir al-quran, ilmu hadis, ilmu usuluddin, ilmu fiqah, ilmu tasawwuf, ilmu bahasa arab dan ilmu sirah.
  • Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, ilmu naqli seperti ilmu tafsir al-quran hanyalah layak dijelaskan oleh baginda sahaja. tidak ada orang yang boleh dan berani untuk mentafsir al-quran semasa Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. namun selepas kewafatan baginda,tugas mentafsir al-quran disandang oleh para sahabat baginda yang alim lagi dipercayai seperti ibnu abbas. selepas zaman sahabat nabi, tugas ini dipikul pula oleh golongan tabi’in dan seterusnya para ulama.

Isi-isi penting:

  1. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umayyah di Andalusia, ilmu naqli berkembang subur di wilayah islam sebelah timur yang lain. ramai sarjana islam yang lahir di bumi Andalusia semasa 800 tahun pemerintahan kerajaan Khalifah Umayyah. sarjana-sarjana tersebut berkecimpung dalam bidang fiqah, hadis, tasawwuf dan qiraat.
  2. Pemerintah yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu naqli ialah Abdul Rahman III dan anaknya, al-Hakam II yang memerintah pada abad ke-10 masihi. Mereka mendirikan sekolah-sekolah agama dan menjemput para ulama dari timur mengajar di Andalusia. usaha mereka telah diteruskan oleh pemerintah-pemerintah islam seterusnya. dalam tempoh ini juga, muncul ramai tokoh agama yang terkemuka di andalusia khususnya pada abad ke-11 dan abad ke-12 masihi.
  3. Dalam bidang fiqah, sarjana-sarjana terkemuka seperti; Abu al-Qasim Abdullah dari Granada, menghasilkan kitab al-Tashil li Ulum al-Tanzil dan kitab al-Anwar al-Saniyyah fi al-Alfaz al-Saniyyah. Ibn Hazm (994-1065 M.) dianggap imam dalam ilmu fiqah. antara kitab dan syariah yang beliau hasilkan ialah Masa’il Usul al-Fiqh,al-Ahkam fi Usul al-Ahkam dan Ibtal al-Qiyas wa al-Ra’y wa al-Istihsan wa al-Taqlid. Karya Ibn Hazm paling penting ialah al-Fasl fi al-Milal wa ‘i-ahwa’ wa ‘i-nithal’.karya ini merupakan sebuah buku kajian tentang sejarah para nabi,perbincangan segala agama,pendapat ahli falsafah, dan hujah yang menolak golongan anti-Tuhan  khasnya penentang Islam.
  1. Perkembangan bidang hadis pula dapat diukur dengan kemunculan tokoh terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr (978-1070 M.) Ibn Abd al-Barr  merupakan seorang ulama hadis yang terkenal di Sepanyol dan Afrika Utara. Beliau mendalami sejarah para sahabat nabi Muhammad s.a.w. dan ilmu Mustalah Hadis.karya beliau paling agung ialah al-Istiab li Sahabah. Beliau juga pernah dilantik menjadi kadi di Lisbon, Portugal. Ibrahim al-Ansari pula menghasilkan kitab al-Arbain Hadithan al-Buldaniyyah dan kitab fi Tabyin al-Mushkilat al-Hadithah.
  1. Kejatuhan kerajaan Bani Umayyah pada tahun 1031 M. tidak menjejaskan perkembangan aktiviti keilmuan di Andalusia. Hal ini kerana pemerintah al-Muwahiddun yang berkuasa selepasnya turut mengambil terhadap perkembangan ilmu. Pemerintah al-muwahiddun berusaha gigih mengumpul para cendekiawan dari seluruh dunia bagi mengisi keperluan tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi yang mereka dirikan.
  1. Pemerintah al-muwahiddun juga bertanggungjawab dalam perkembangan ilmu tafsir di andalusia. sarjana islam digalakkan membuat tafsir bukan sahaja mengikut ayat tetapi juga membuat pelbagai ulasan dan pendapat tentang ayat yang dibaca.mereka juga menghuraikan maksud sesetengah ayat secar mendalam dan terperinci berbanding sebelumnya.
  1. Pada abad ke-12 masihi, Qadi Iyad yang berasal dari Ceuta merupakan tokoh agama dan seorang pakar dalam bidang hadis, fiqah, dan sejarah dan menghasilkan lebih 20 kitab dalam bidang-bidang tersebut. Beliau pernah bertugas sebagai tokoh agama mahzab Maliki dan menjadi penasihat kerajaan al-Murabitun.

Penutup:

  • Sementara dalam ilmu tasawwuf,lahir tokoh seperti Abu Hasan Ali bin Farhun,Ibrahim bin Muhammad Ibrahim bin Ubaidus yang menulis kitab Manahib al-Uqul wa Haqaiq al-Ma’qul,dan Abu Abdullah Muhammad al-Ansari yang mengarang Baghiyah al-Salik fi Ashraf al-Masalik.
  • Bidang seperti qiraat dan cabang-cabang kecil ilmu naqli turut melahirkan ramai tokoh ternama seperti Abu Amru al-Dani,Ibn Abd Barr,Abu al-Walid al-Baji,dan al-Shatibi.

Soalan 86: Bincangkan perkembangan ilmu aqli pada zaman kerajaan Umaiyah di Andalus abad ke-11 hingga ke-13 M

Pendahuluan

  • Perkembangan ilmu aqli lebih berkembang pesat pada zaman Khalifah Umaiyah kerana mendapat galakan dan insentif daripada pemerintah. Ilmu aqli merupakan ilmu yang bersumberkan akal manusia yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan ada kalanya benar atau salah.
  •  Ilmu aqli terbahagi kepada tiga pecahan besar, iaitu ilmu kemanusian, ilmu sains sosial dan ilmu sains tulen. Ilmu aqli mula berkembang selepas Islam berjaya menakluk wilayah Parsi dan jajahan Rom.

Isi-isi penting:

  1. Golongan intelektual Islam di Andalusia berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah Islam. Ilmu falsafah berkembang pesat di Andalusia ketika masyarakat Kristian di Eropah berada dalam Zaman Gelap. Terdapat beberapa tokoh falsafah yang terkenal di Andalusia seperti Ibn Rushd, Ibn Bajjah, Ibn Tufail, Ibn Maimon, Said Ibn Fattuh dan Ibn Hazm.
  1. Selain itu, bidang astronomi berkembang pesat di Andalusia apabila ahli astronomi berjaya mencipta alat astrolab bernama Safihah dan membolehkan orang Eropah menentukan saiz bumi dengan lebih tepat berbanding pengiraan yang dilakukan oleh ahli astronomi Greek. Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya yang dikenali sebagai al-Zarqali (Arzachd) merupakan ahli astronomi pertama yang mengemukakan teori bintang, pergerakan planet dan kedudukan matahari. Beliau membina sebuah jam air yang menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan.
  1. Perkembangan Ilmu matematik berkait rapat dengan bidang astronomi iaitu matematik tulen dan matematik gunaan. Antara ahli matematik terawal ialah Abu Habbah bin Ubaidah Manakala, Abu Ayyub merupakan sarjana terkenal dalam bidang geometri. Kemunculan ilmuan Islam yang memperkenalkan teknologi dalam bidang kimia membolehkan mereka mencipta banyak ubat baharu serta menghasilkan pharmacopoeia iaitu daftar buku ubat-ubatan dan menubuhkan kedai-kedai apotekaris atau farmasi.
  1. Ilmu perubatan di Andalusia sangat memberangsangkan malah pencapaian mereka lebih tinggi berbanding pencapaian ahli perubatan di sebelah Timur.  Abu al-Qassim al-Zahrawi telah menulis sebuah ensiklopedia perubatan lengkap berjudul Kitab al-Tasrif yang membincangkan tentang pembedahan seperti pemotongan anggota badan, pembedahan gigi dan mata serta rawatan anggota yang luka dan parah. Abu Marwan Ibn Zuhr menerangkan tentang penyakit tumor mediastinal dan penanahan di dalam ruang paru-paru. Ibn Zuhr dianggap doktor Muslim yang pertama kerana berjaya memberi penjelasan tentang penyakit barah dalam perut dan rawatan penyakit buah pinggang.
  1. Ilmu geografi iaitu Abu Ubaid Abdullah bin Abd. Aziz al-Bakhri merupakan tokoh geografi yang terkenal di Andalusia. Beliau menghasilkan Kitab al-Masalik wa al-Mamalik dan sebuah kamus geografi bertajuk Mu’jam ma isti’jam. Selain itu, Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Abdullah bin Idrisi al-Sharif merupakan orang pertama yang menghasilkan peta dunia seperti peta glob yang diperbuat daripada perak. Penguasaan dalam pelbagai ilmu, menyebabkan sarjana Islam menggembangkan idea yang mengatakan bumi ini berbentuk sfera dengan menggabungkan ilmu geografi, astronomi dan matematik.

Penutup

  • Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelaslah bahawa tamadun Islam di Andalusia banyak membantu perkembangan ilmu yang menjadi asas ilmu pengetahuan moden.

Soalan 87: Huraikan faktor-faktor perkembangan ilmu pada zaman kerajaan Umaiyah di Andalus abad ke-11 hingga ke-13 M

Pendahuluan

  • Pemerintah memainkan peranan yang penting dalam kemajuan intelektual di Andalusia. pemerintah-pemerintah Bani Umayyah di Andalusia berminat dengan ilmu pengetahuan dan menjemput serta mengumpulkan ramai golongan intelektual dari pelbagai tempat. Dibentuk melalui sistem pelajaran yang intensif,membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-sarjana dari timur bagi mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
  • Andalusia berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam bidang termasuk sains dan teknologi hasil daripada sekolah, perpustakaan dan universiti di bandar cordova.

Isi-isi penting:

  1. Peranan pemerintah dalam menekankan kemajuan intelektual di Andalusia kerana minat mereka dengan ilmu pengatahuan. Khalifah menjemput serta mengumpulkan ramai intelektal dari pelbagai tempat di Andalusia. Kegiatan ilmu pengetahuan dibentuk melalui sistem pelajaran yang intensif, membawa masuk buku-buku, guru-guru dan sarjana-sarjana dari timur ke Andalusia di samping menghantar pelajar-pelajar ke timur bagi mempelajar pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Khalifah mendirikan sekolah, perpustakaan dan universiti di bandar Cordova. Kesannya, Andalusia berjaya menghasilkan golongan ulama yang terkenal dalam pelbagai bidang termasuk sains dan  teknologi.
  1. Pemerintah Andalusia membari penghargaan dan penghormatan yang tinggi terhadap golongan sarjana yang dianggap sebagai teras negara. Sumbangan mereka dalam sesuatu bidang dianggap oleh pemerintah melebihi sumbangan para pentadbir.
  1. Masyarakat Andalusia yang berlainan agama berminat dengan ilmu pengetahuan. mereka sanggup mengembara ke dalam negeri atau luar negara untuk mendalami pelbagai ilmu pengetahuan. Golongan wanita turut terlibat dalam kegiatan keilmuan terutamanya bagi golongan yang miskin sebagai menyalin al-Quran dan buku. Aktiviti ini dilakukan di kedai-kedai buku.
  2. Masyarakat Andalusia cuba menguasai bahasa arab dengan menghafal al-Quran, membaca dan menulis dengan menggunakan bahasa al-Quran, mempelajari puisi, dan perkara-perkara yang membantu mereka menguasai bahasa arab.
  1. Kota cordova menjadi pusat keilmuan yang termasyur di Eropah. pasarnya yang terkenal dengan aktiviti penjualan buku. Penjual dan pembeli datang dari pelbagai tempat di Andalusia.
  1. Perpustakaan menjadi pemangkin kepada perkembangan institusi pengajian dan intelektual. perpustakaan merupakan tempat untuk mengumpul bahan atau sumber ilmu zaman lalu dan kini yang digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mendapatkan ilmu. Tumpuan ini diberikan untuk melahirkan pemimpin yang berkemampuan dan bertanggungjawab,amanah,dan bertaqwa. pembangunan manusia merujuk kepada pembangunan berdasarkan agama.

Penutup

  • Berdasarkan bukti yang dinyatakan, jelaslah bahawa tamadun Islam di Andalusia banyak membantu perkembangan ilmu yang menjadi asas ilmu pengetahuan moden.

Soalan 88: Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam perkembangan intelektual Islam

Pendahuluan

  • Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi / Abu Abdullah / Al-Goritmi,  Al-Cowarizmi atau Al-Gorism (kalangan orang Barat), al-Khawarizmi (sempena nama tempat kelahirannya Khwarizmi atau Khuway yang sekarang dipanggil Republik Uzbekistan). Berbangsa Parsi, lahir pada tahun 780 M dan berhijrah ke Baghdad (meninggal disana pada tahun 846 M) .
  • Seorang tokoh dan ulama yang warak dalam Islam. Rajin dalam menuntut ilmu sehingga sanggup berulang alik ke negara India untuk menimba ilmu daripada seorang tokoh metematik India pada masa itu Karkah, membuatkan beliau tekenal sebagai seorang intelektual Islam berjasa besar

Isi-isi Penting:

  1. Menyandang Jawatan Penting
  • Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun (Zaman Abbasiyah) , beliau pernah dilantik menyandang jawatan-jawatan penting iaitu Penasihat Bidang Astronomi , Pengawas Khalifah , Pengurus Marsod ( bilik pemerhati bintang ) . Beliau juga pernah berkhidmat di bawah penyeliaan Hunayn bin Ishaq di Baitul Hikmah (pusat penterjemahan buku-buku asing kepada bahasa Arab) .
  • Beliau sangat penting kepada negara dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan berjasa dalam menterjemah , memudahkan dan menambahbaik buku-buku dari luar untuk kegunaan ilmuan Islam .
  1. Bapa Matematik Moden
  • Melalui kitabnya Al-Mukhtasar fi Hisab Al-Jabr Wal-Muqaba , beliau memperkenalkan algebra iaitu salah satu kaedah dalam matematik dan berguna dalam setiap bidang astronomi . Menyelesaikan masalah masyarakat pada masa itu dalam urusan pembahagian zakat , harta pusaka, wasiat dan lain-lain .
  • Algebra bermaksud mengubah nombor atau nilai kepada bentuk huruf dan tanda yang lebih ringkas dan mudah difahami . Sumbangan beliau dalam bidang algebra memang tidak dapat disangkal , kitab beliau ini dicetak semula oleh Dr.Ali Musthafa Musyarrafah dan Dr.Muhammad Mursi Ahmad ke dalam Bahasa Arab berdasarkan naskhah asal tulisan tangan yang disimpan rapi di Pepustakaan Bodlein, Oxford . Al-Gorithm (satu istilah dalam metematik moden ) dipetik sempena nama beliau al-Khawarizmi .
  1. Peneroka Ilmu Geometri & Astronomi
  • Terdapat ramai tokoh Greek yang menerokai bidang geometri , namun terdapat 1 bab dalam kitab Al-Mukhtasar tulisan al-Khawarizmi yang menceritakan secara lebih terperinci tentang ilmu geometri tanpa ada unsur-unsur pengaruh Greek dari segi istilah mahupun unsur-unsur Euklid (Sarjana Geometri Greek terkenal) , yang membuatkan tokoh-tokoh Greek terdahulu kagum dengan beliau. Sebelum kegemilangan Tamadun Islam , Tamadun Yunani adalah pelopor ilmu astronomi dan geometri namun masih kurang berkembang .
  • Kedatangan al-Khawarizmi kedalam bidang ini mengangkat Tamadun Islam, lalu memperkenalkan algebra untuk digunakan dalam kaedah mengira astronomi.  Al-Khawarizmi memperkenalkan juga pengiraan segi 3 tegak, segi 4 selari, teorem dan luas setiap bentuk dalam bab sukatan luasnya al-Misahah . Dalam sebuah buku yang berjudul Zaij Al-Sindhind (Astronomical Tables of Sind and Hind) al-Khawarizmi ada membincangkan tentang peredaran matahari, bulan dan 5 planet yang diketahui pada ketika itu . Beliau orang pertama yang menghitung jadual astronomi dan memperkenalkan sifir trigonometri .
  1. Ahli Geografi Islam
  • Beliau satu-satunya tokoh ilmuan Islam yang pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi pada tahun 830 M , dengan mendapati ukurannya ialah 40.248 km berbanding penemuan masa sekarang iaitu 40.070 km .  Dalam sebuah bukunya yang berjudul Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) beliau mengemukakan beberapa koordinat tempat di Lautan Medditeranean, Asia dan Afrika berdasarkan karya Ptolemy .
  • Pada Zaman Khalifah al-Makmun , al-Khawarizmi telah melakar peta dunia serta menjalankan pemantauan dan kajian terhadap bumi bersama 70 ahli geografi yang lain . Beliau kemudian menulis sebuah buku bertajuk Taqwiinul Buldaan dimana beliau menerangkan secara terperinci buku penulisan Bethmulus (tokoh ilmu Barat) dengan berpandukan buku-buku beliau yang lama seperti Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) .

Penutup

  • Al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh ilmu yang mengharumkan agama Islam dalam menyebarkan pelbagai ilmu bukan sahaja dalam kalangan orang Islam juga kepada seluruh masyarakat dunia . Ilmu algebra yang beliau perkenalkan digunakan sehingga sekarang dalam dunia Metemarik Moden, berjaya menyelesaikan permasalahan masyarakat dalam pelbagai bidang .
  • Mengangkat martabat orang Islam dalam kalangan tokoh Greek dan Barat. Kitab-kitab dan buku-buku peninggalan beliau berguna kepada seluruh masyarakat dunia dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini .

Soalan 89: Huraikan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik

Pendahuluan :

  • Nama sebenar al-khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-khwarizmi . Di kenali sebagai al-Khwarizmi , al-Cowarizmi , al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi dan al-Gorismi . Dilahirkan pada tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M . Beliau juga merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri , muzik , kejuruteraan , sejarah islam dan kimia .
  • Beliau juga dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau . Beliau lebih dikenali sebagai sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang yang ahli sains islam yang terulung dalam bidang matematik .

Isi-isi penting :

  1. Kepakarannya dalam matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah
  • Khalifah Harun al-Rashid telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah .
  • Beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana khalifah oleh khalifah al-Ma’mun . Malah , Baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana , termasuk al-khwarizmi .
  1. Memperkenalkan sistem nombor
  • Menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu
  • Merupakan orang pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui penggunaan angka sifar , akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti .
  1. Pengenalan sistem angka yang sistematik
  • Membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa , log , kosinus dan sebagainya. Malah , membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat .
  • Angka yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan CIFRE, CHIFFRE dan ZERO .
  1. Pengenalan sistem al-Jabar (Algebra)
  • Memperkenalkan jurusan aritmetik, iaitu al-Jabar. Melalui kaedah ini , penggunaan simbol yang mewakili nombor , nilai atau pemboleh ubah membolehkan banyak masalah pengiraan dapat diselesaikan .
  • -Buku yang memperkenalkan kaedah aritmetik al-Jabar ini turut diterjemahkan ke bahasa latin dan menjadi rujukan di university-universiti di Eropah mulai abad ke-12 hingga abad ke-16 M .
  1. Pengenalan istilah baharu
  • Istilah-istilah baharu tentang ilmu matematik diperkenalkan dan digunakan sehingga kini ,iaitu pemboleh ubah , pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar.
  • Dalam kitab tersebut mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topic seperti pengiraan darab , campur tolak dan bahagi, persamaan , timbangan dan ukuran , keluasan bulatan dan segi tiga dan isi padu piramid dn kon .
  1. Pengiraan pembahagian harta pusaka
  • Menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.
  • Ilmu yang diperkenalkan dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks yang tidak dihuraikan dalam al-Quran dan hadis dan ianya tidak bertentangan dengan kedua-duanya .

Penutup :

  • Sesungguhnya kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang matematik terbukti bukan sahaja beliau disanjung oleh umat islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana barat .
  • Apa yang lebih menarik lagi ialah kepakaran beliau dalam bidang ini turut sama digunakan dalam kajiannya dalam bidang astronomi dan geografi .

Soalan 90: Huraikan sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan intelektual Islam

Pendahuluan

  • Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-hasan bin Ali bin Sina dan berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Aviceanna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 M di Bukhara, Turkestan. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu umpamanya, beliau pernah membaca buku membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
  • Beliau Berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu Naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Beliau juga seorang penganut agama yang taat dan beliau serig kali berdoa kepada Allah SWT ketika menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Semasa beliau berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat daripada usaha dan kesungguhan, beliau telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

Isi-isi Penting:

  1. Sumbangan dalam Bidang Perubatan
  • Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke 11 M. Pada usia 12 tahun, ketika berada di Kawarazm, beliaumula menulis karnya yang pertama, iaitu Al-Majnu yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap diikuti dengan buku-buku lain. Buku-buku yang dihasilkan termasuklah risalah yg berukuran kecil, telah dihimpunkan dan dimuatkan dalam satu buku besar yg berjudul Essai de BibliogaraphieAvicenna yg dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo. Antara buku yg amat terkenal berjudul al-Qanun fi al-Tibb.
  • Karya teragungnya, al-Qanun fi al-Tibb merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan yg terdapat dalam buku itu masih diterima dalam dunia perubatan moden masa kini. Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke BahasaLatin. Buku ini menjadi rujukan utama di kalangan university Eropah pada tahun 1500M. Buku tersebut telah dicetak sebanyak 16 kali. Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Selain itu, buku tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
  • Beliau juga merupakan individu terawal yg mengemukakan teori Anatomi dan Fisiologi yang mnggambarkan analogy manusia terhadap Negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro kosmos(dunia besar). Penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana menyatupadukan teori Perubatan Yunani  seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi, di samping pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” Raja Diraja Doktor oleh kaum Latin. Antara gelaran lain ialah “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia islam ia dianggap telah mencapai tahap kemuncak kecemerlangan. Ia puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran.
  • Ibnu Sina pernah menjadi Doktor Diraja kepada Sultan Nuh II bin Mansur di Bukhara pada tahun 997M bersamaan ketika beliau berusia 17 tahun. Tidak adseorang doctor pun yg Berjaya mengubati Sultan,, akan tetapi dengan berkat pertolongan Ibnu Sina, baginda dapat kembali sihat.
  • Al-Qanun fi al-Tibb telah membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar  tentang cara-cara pembedahan dan penekenan tentang pembersihan luka. Malhan buku itu menjelaskan keterangan  di samping gambar hisan sekaligus menampakkan ilmu anatomi Ibnu Sina yg luas.
  • Beliau sering melakukan penyelidikan. Impaknya, beliau menemui penyakit baharu sera puncanya. Pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air juga salah satu punca penularan kepada kebanyakan penyakit. Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yg giat melakukan penyelidika, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentigan ubat bius Selain itu, beliau juga telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain.
  1. Bidang Falsafah
  • Bidang falsafah Ibnu Sina yg terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu logic,psikologi dan metafizik. beliau telah menghasilkan karya falsafahnya dengan memuatkan bersama sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa’.
  • Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Beliau cuba mengharmonikan antara falsafah dengan agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agama dengan menggunakan akal dan yakin bahawa roh tidak pernah musnah.
  1. Bidang Geografi
  • Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai  berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli Geografi Yunani dan Romani sejak daripada  Herodotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious.
  • Menurut Ibnu Sina, kesan daripada aliran sungai terhadap kawasan bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang amat produktif.
  1. Bidang Geologi dan Kimia
  • Sumbangan Ibnu Sina ,kesan dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina menngenai ilmu mineral yang menjadi sumber geologi di Eropah.
  • Dalam bidang kimia, ia meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu ‘Bapa Kimia Muslim’.
  1. Bidang Psikologi
  • Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics atau “psychosomatics”
  • Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja. Dengan perkataan lai, Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.
  • Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Kesimpulan

  • Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat.
  • Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang perubatan  malah merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .

Soalan 91: Bincangkan sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan

Pendahuluan

  • Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina , berkuturunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara , Turkestan. Merupakan seorang yang berinovatif. Sifat ini terbukti apabila beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan .
  • Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan . Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka .

Isi-isi Penting

 1 . Menghasilkan karya perubatan , iaitu al-Qanun fi al-Tibb

  • Karya tersebut merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di university-universiti di Eropah .  Segala rumusan yang terdapat dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden hingga ke hari ini .
  • Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 . Buku ini telah dicetak sebanyak 16 kali . Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi (Hebrew) . Selain itu , buku tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris , Perancis , Sepanyol dan Itali .

2 . Mengemukakan Teori-teori Anatomi dan Fisiologi .

  • Menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makro kosmos (dunia besar). Misalnya , digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi .

3 . Menyatukan dengan teori perubatan Yunani

  • Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai “Bapa Doktor Perubatan” kerana beliau telah menyatukan teori perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen dan pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dengan pengalaman beliau sendiri .

4 . Menyembuhkan pemerintah Bukhara

  • Diberi gelaran “Medicorum Principal” atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik
  • Gelaran lain yang diberikan diberikan kepadanya adalah sebagai “Raja Ubat” . Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap telah mencapai tahap kemuncak kecermelangan (zenith), iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran setelah berjaya menyembuhkan penyakit pemerintah Bukhara

5 . Membincangkan kaedah pembedahan

  • Karya beliau , iaitu Qanun fi al-Tibb telah mengajar  tentang cara-cara pembedahan serta menekankan keperluan terhadap pembersihan luka .
  • Dinyatakan juga tentang keterangan-keterangan dengan lebih jelas , di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibn Sina yang luas .

6      . Kerap melakukan penyelidikan

  • Menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit . Jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox) dan penyakit jiwa. Mendedahkan bahawa penyakit  batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit . Beliau juga mengenal pasti bahawa air merupakan pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit .
  • Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi . Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit . Menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius dan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain .

Kesimpulan

  • Sesungguhnya kewibawaan Ibn Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti . Beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjan-sarjana Barat.
  • Lebih menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang perubatan  malah merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .

Soalan 92: Huraikan sumbangan al-Ghazali dalam perkembangan intelektual Islam.

Pendahuluan

  • Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin ahmad. Dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersamaan 1058 masihi dan dikenali sebagai ‘al-ghazali’ bersempena dengan nama kampung kelahirannya Ghazala. al-ghazali berasal daripada keluarga yang miskin. Bapanya seorang yang soleh dan bekerja sebagai penenun benang. Beliau ingin melihat anaknya menjadi orang yang alim dan soleh. Selain itu, Al-ghazali seorang yang bijaksana, kuat ingatan, berpegang teguh, kepada syariat islam, tekun belajar, dan bijak berhujah. Beliau juga kuat beribadat, warak dan tidak meyukai kemewahan. Disamping itu, Beliau juga digelar sebagai (Hujjatun islam) kerana kepetahan, kemasyhuran dan kekuatannya  dalam membela islam.  Imam al-ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah islam yang terkemuka.
  • Pada peringkat awalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang guru kerana kemiskinanya. Beliau juga belajar di sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam Al-mulk di thus dan melanjutkan pelajaran di thus ke jarjan dan naisabur. selain itu, beliau belajar pelbagai ilmu fikah, ilmu kalam, ilmu falsafah daripada imam Al-Harmain di Naisabur. Beliau dilantik sebagai tenaga pengajar kanan di Baghdad.
  • Beliau menghembuskan nafas terakhir di thus pada hari isnin  14 jamadilakhir tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi.

Isi-isi penting

  1. Bidang Falsafah

Al-Ghazali lebih terkenal dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Muqasid ul-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah barat tentang fizik dan metafizik dari sudut pandangan Islam yang dihasilkan di Baghdad dan memaparkan kritikan dan kecaman hebat terhadap ilmu falsafah Barat. Contohnya, beliau menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia yang berasal daripada keadaan tidak ada dan diciptakan oleh Tuhan.

  1. Bidang Kegamaan

Sumbangan beliau seterusnya ialah dalam bidang keagamaan. Karya beliau iaitu kitab Ihya’ Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu agama) telah dihuraikan oleh ramai ulama selepasnya,. Oleh kerana keraguannya yang tinggi terhadap aspek ketauhidan yang diperolehnya, al-ghazali pernah melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran semata-mata untuk memahami dengan terperinci tentang ajaran islam serta membangunkan kembali ajaran islam. Kitab ini menjadi pegangan umat Islam masa kini dan diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, Turki, Jerman dan Urdu

  1. Bidang Sains Politik

Beliau turut dikaitkan dengan bidang sains politik. Terdapat bukti yang nyata bahawa al-ghazali pernah belajar ilmu sains politik daripada gurunya, Imam juwaini yang pernah bertugas sebagai imam masjidil Haram, Makkah, Masjid Nabawi dan Madinah. Buku penulisan beliau dibahagikan kepada teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Antara buku-buku yang dihasilkan ialah Mustazh-hiri danal-Munqiz. Karyanya berjudul al-iqtiad fil-Itiqad membincangkan tentang soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik seseorang pemimpin seperti mana terkandung dalam karyanya al-Tik al-Masbuk Fi nasihat al-Muluk.

  1. Bidang pendidikan.

Berdasarkan pengalaman al-Ghazali sebagai pelajar, guru dan ketua di Universiti Nizamiyah, beliau banyak memberikan pandangan dalam bidang pendidikan. Kitab beliau yang berjudul Ayyuha al-Walad (Aduhai Anakku) menjelaskan tentang kewajiban ibu bapa terhadap anak-anak dan kewajiban seorang murid dan guru. Kitab ini dianggap penting kerana mengandungi nasihat beliau kepada muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada 8 perkara dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.

Penutup

  • Imam al-Ghazali seorang yang tabah dan bersemangat kuat untuk menuntut ilmu dan berjaya menghafal al-quran dalam usia yang muda.
  • Selain itu, beliau dapat menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa arab dan parsi. Disamping itu, beliau juga menguasai hadis, usuluddin, tasawuf dan falsafah serta sanggup mengembara untuk mendapatkan ilmu ALLAH.

Soalan 93: Bincangkan peranan Ibnu Khaldun dalam bidang pensejarahan.

Pengenalan

  • nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan. beliau dilahirkan  di Khalduniyah, Tunisia pada 1 Ramadan 732H atau 1332M. berketurunan Arab Hadramaut @ Arab Yaman. meninggal dunia pada 808H atau 1406 M di Kaherah,Mesir ketika berumur 87 tahun. mempunyai perwatakan yang tekun sejak kecil, kuat ingatan, berjiwa pemimpin, kreatif dan bijak berpidato
  • Ibn Khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al’Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik serta ilmu aqli seperti falsafah, matematik dan sejarah. beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli persuratan di Istana Faz, Hajib di Bougie dan Hakim mahkamah-mahkamah Raja di Mesir. sarjana Barat seperti G.Sarton menyatakan bahawa Ibnu Khaldun merupakan ahli sejarah dan falsafah agung sepanjang zaman

Isi-Isi

  1. Kitab al-Ibar
  • kitab ini merupakan sumbangan utama beliau. kitab agung dalam bidang pensejarahan. kitab ini merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan
  • terbahagi kepada 3 bab dan diasingkan dalam tujuh bab terdiri daripada bahagian asasi dan  bukan asasi. kitab ini banyak membantu ahli-ahli sejarah menghasilkan karya atau kajian yang benar dan berbentuk ilmiah
  1. Muqaddimah Ibnu Khaldun
  • merupakan pengenalan kepada kitab Al-Ibar. mengandungi 700 muka surat yang membahaskan isu-isu tentang sejarah dan pensejarahan dalam pendahuluan beliau membincangkan aspek sejarah,tema-tema dan kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa sejarah. kitab ini cuba memahami pola perubahan kepada organisasi politik dan sosial manusia. kitab ini turut menjelaskan peristiwa sejarah harus dikaji dan difahami
  • merupakan sumbangan agung dalam bidang pensejarahan. kitab ini diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Perancis,Turki,Jerman, Inggeris, Sepanyol dan Melayu. hasil pemikirannya dijadikan asas panduan kepada perkembangan ilmu sosiologi di Eropah. menjadi rujukan semua pelajar di dunia dan rujukan utama sehingga kini
  1. Bidang pengkajian sejarah
  • beliau mengutarakan beberapa konsep dan prinsip pengkajian sejarah. beliau  menekankan konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia. beliau telah meluaskan ruang lingkup kajian sejarah, iaitu aspek geografi dan sosiologi
  • prinsip utama yang beliau kemukakan ialah prinsip hubungan antara sebab dan akibat. sejarah manusia ditentukan oleh manusia sendiri kecuali jika melanggar hukum Tuhan
  1. Mengkaji sejarah daripada perspektif sosiologi
  • pendekatan ini digunakan untuk mengumpulkan maklumat berhubung dengan kehidupan sosial umat Islam. menurutnya ,sejarah menentukan peristiwa-peristiwa luaran manakala ilmu sosiologi
  • menerangkan aspek dalaman iaitu sifat-sifat semula jadi
  1. Penekanan kepada aspek-aspek dalaman
  • kaedah penyelidikan beliau mirip kepada kaedah sosiologi. beliau menghasilkan sejarah khas yang mengandungi dua kualiti,zahir dan batin
  • penjelasan dan pengetahuan yang mendalam  tentang sesuatu peristiwa dan sebabnya diberikan dalam aspek batin. sejarah berkait rapat dengan latar belakang masyarakat
  1. Bidang teori dan pendekatan sejarah
  • beliau memperkenalkan pendekatan multidisciplinary dalam pengkajian sejarah. disiplin ilmu lain seperti geografi dan sosiologi digunakan
  • penggabungan ilmu atau disiplin ini membantu dalam memberikan satu penilaian yang kritis terhadap peristiwa sejarah
  1. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sikap berat sebelah
  • tokoh sejarah yang dapat menjelaskan sebab ahli-ahli sejarah berat sebelah dan tidak ada tafsiran yang jujur. ini disebabkan wujud semangat kepartian yang menghalang pertimbangan yang waras
  • selain itu ahli sejarah juga gagal dalam memahami sumber kerana tidak mengesahkan sumber tersebut. ahli sejarah juga gagal menempatkan seuatu kejadian dalam hubungan yang sebenarnya
  1. Perkara yang perlu dilakukan untuk menganalisis laporan sejarah
  • Ibnu Khalidun menegaskan pentingnya perbandingan peristiwa sejarah berdasarkan kaedah dan sebab musabab. kajian terhadap peristiwa lalu  harus dilakukan lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa yang sedang berlaku
  • Ibnu Khaldun juga mengambil kira iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. beliau juga mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku

Kesimpulan

  • peranan dan sumbangan Ibnu Khaldun tidak ternilai ketokohannya dalam bidang pensejarahan juga tidak dapat dinafikan hasil karyanya memberikan sumbangan besar kepada peradaban manusia
  • beliau merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya dalam bidang pensejarahan Ibnu Khaldun telah meletakkan asas bagi perkembangan sejarah bercorak saintifik.

Soalan 94: Huraikan sumbangan Ibnu khaldun dalam perkembangan intelektual Islam.

Pendahuluan

  • Nama sebenar ibnu khaldun ialah Abdul ar-Rahman bin Muhammad bin khaldun al-Hadrami.Mana khaldun berasal dari nasab keturunan Khalid bin uthman, seorang tentera yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia,nama Khalid berubah menjadi khaldun.Selain itu, Beliau berketurunan Hadramaut, yaman tetapi di lahirkan di tunisiapada 1331masihi/732 hijrah dan meninggal dunia pada 1404 masihi./808 hijrah di  mesir. Ibnu khaldun merupakan seorang sarjana islam dalam bidang sejarah,sosioiogi,politik,agama.Semasa kecil,beliau dididik oleh bapanya dan berguru dengan ramai sarjana islam yang hebat di Tunisia.
  • Zaman mudah beliau banyak di habiskan merantau dan berkerja serta terlibat dengan bidang politik sehingga pernah di penjarakan beberapa kali kerana difitnah orang sekeliling yang iri hati meelihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.Di samping itu,beliau juga telah banyak memegang jawatan penting semasa berada di Tunisia magribi,dab mesir. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di istana faz,menjadi Hajib (sama taraf dengan Perdana Menteri) di bougie,menjadi orang tengah antara perang perebutan kuasa kerabat diraja,dan Hakim Mahkamah-Mahkamah Raja di Mesir.
  • Setelah menunaikan fardhu haji pada tahun 749 Hijrah, beliau telah memberikan sepenuh tumpuan dalam bidang penulisan. Penulisaannya merupakan himpunan daripada pembelajaran dan pengalaman yang diperolehinya dalam bidang ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa terutama dalam bidang politik.

Isi-isi Penting:

  1. Karya teragung Ibnu Khaldun yang mengangkat beliau sehingga diberi gelaran (Bapa Ketamadunan)  ialah kitab Al-Ibar. Dalam kitab ini, yang paling menonjol ialah pengenalan pada kitab yang diberi nama Muqaddimah Ibnu khaldun setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Dalam kitab Muqaddimah, Ibnu khaldun membahagikan kepada pendahuluan dan enam bab utama.  Dalam pendahuluan, beliau membicarakan tentang sejarah, tema-tema,dan kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa yang terjadi.Bab pertama memuatkan kajian pertumbuhan umat manusia.Bab kedua menceritakan kehidupan desa dan kaum Badwi manakala bab ketiga membahaskan tentang Negara,institusi Khalifah,dan sesebuah kerajaan.
  2. Di dalam bab 4,ibnu khaldun menyatakan kajiannya tentang perkembangan negeri-negeri dan kota-kota serta bagaimana untuk membezakan antara satu kota dengan kota yang lain melalui bentuk bangunan, social, ekonomi, dan bahasa.Bab kelima menerangkan tentang kehidupan ekonomi penduduk sesuatu tempat dan bab keenam dimuatkan tentang cara mempelajari ilmu pengetahuan.Melalui Muqaddimah,ahli sejarah cuba memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia.
  1. Menurut ibnu khaldun, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Beliau menganggarkan kadar tempoh sesebuah peradaban terbahagi kepada empat generasi, iaitu generasi pengamal, generasi pengikut, generasi pemelihara, dan generasi pemusnah tradisi.
  1. Ibnu Khaldun turut memperbaharui kaedah penyelidikan sosiologi. Beliau menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab sejarah. Menurut beliau, jika pengkaji hanya mengkaji sesuatu peristiwa tanpa mengetahui latar belakangnya, maka pengkaji hanya menghasilkan sejarah am. Sebaliknya, jika seseorang pengkaji itu menitikberatkan dekua-duanya, maka sejarah itu dianggap sejarah khas. Sejarah khas terbahagi kepada dua,iatu zahir dan batin.zahir yang di maksudkan ialah kejadian sesuatu peristiwa seperti berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan, atau kemajuan sesebuah masyarakat. Batin pula bermaksud tinjauan dan penyelidikanserta keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu kejadian dan sebab musababnya.
  1. Kajian Ibnu khaldun memberi penekanan dalam aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat. Para pengkaji sebelum ibnu khldun kurang mengetahui tentang sosiologi masyarakat dan mereka menulis berdasarkan maklumat yang diberikan tanpa mengetahui tentang asal-usul, sifat semula jadi,atau sebab-sebab berlakunya sesuatu kejadian.
  1. Ibnu khaldun juga merupakan ahli ekonomi Islam yang melihat kepentingan tenaga kerja dan kaitannya dengan penawaran dan permintaan.Bagi beliau, kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dan permintaan.Menurut Ibnu khaldun, buruh merupakan factor pengeluaran utama walaupun terdapat faktor-faktor lain untuk menghasilkan pengeluaran.

Penutup

  • Ibnu Khaldun seorang yang kuat untuk menuntut ilmu dan berjaya menghasilkan karya-karya yang amat berguna kepada perkembangan ilmu khususnya ilmu sosiologi dan sejarah. Sarjana Barat seperti Toynbee dan R. Nicholson menganggap beliau sebagai ahli fikir dan tokoh intelektual yang tiada bandingnya
  • Ibnu khldun merupakan  ahli sejarah dan ahli falsafah agung sepanjang zaman yang bermula dari zaman ahli sejarah klasik sehinggalah zaman Machiavelli, Bodin dan Vico.

 

kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *