Bentuk Pemerintahan STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Bentuk Pemerintahan STPM Semester 2

 

1.6 Bentuk Pemerintahan

1.6 Bentuk Pemerintahan

Soalan 28: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman khulafah al-Rasyidin pada abad ke-7 masihi.

Pendahuluan

  • Kerajaan khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih sebagai umat Islam Khalifah yang pertama,malah Kerajaan ini juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Talib. Dengan ini, gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Madinah kekal menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Namun, Masjid Nabawi menjadi tumpuan lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran.

Isi-isi penting:

Pemerintahan dan pentadbiran pusat

  1. Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
  2. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, loparan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
  3. Selain daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk Hal-ewal politik,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil (kerajaan wilayah) yang bernaung dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan kerajaan pusat ialah Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan Bani Uthmaniyah yang berpusat di Turki.
  4. kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran untuk kemajuan kerajaan wilayah. Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu atau secara musyawarah.  Struktur pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan mengikut sunnah(hadis). Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan, membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula berhak meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.

Pemerintahan dan pentadbiran wilayah

  1. Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman pemerintahan khalifah Abu Bakar al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah, Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa. Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin.Setiap wilayah berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
  2. Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokasi yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha Tentera, Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.
  3. Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan zaman semasa pemerintahan ialah Khulafa’ al-Rasyidin berwilayah di Makkah, Baghdad dan Damsyik. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah berwilayah di Makkah, Madinah  dan Baghbad. Manakala pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah berwilayah di Makkah, Madinah dan Damsyik. Individu yang dilantik memegang jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan baitulamal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
  4. Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai kuasa autonomi yang terhad. Namun, Pemerintah tertinggi di kerajaan wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah tertinggi kerajaan pusat, iaitu Khalifah.Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesar seperti kadi dan wazir yang dilantik oleh Khalifah.  Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran kerajaan pusat.
  5. Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam semua perkara seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya.Tetapi karajaan wilayah harus mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan dikenakan ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai contoh, memecat gabenor dan pegawai kerajaan.

Penutup

  • Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin yang telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
  • Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.

Soalan 29: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-16 dan 17 Masihi.

Pendahuluan

  • Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 Masihi. Pada tahun 1453 Masihi, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
  • Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.

Isi-Isi Penting :

  1. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Pusat
  • Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik, pentadbiran dan kewangan. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan), seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
  • Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan berperang sesama orang Islam. Mufti juga  diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
  • Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada Byzantine. Sistem pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief . Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak. Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda. Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.
  • Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa’). Ketua ini dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang beylerbey; terbesar ialah Beylerbey, Anatolia dan yang kedua Beylerbey Rumali di Eropah. Bey-bey ini juga memakai gelaran Pasha. Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
  • Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah  bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah fief daripada orang yang melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname (1530 M). Walaubagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat-syaratnya diketatkan.
  • Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah sehingga 11 500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).
  1. Struktur Pemerintahan dan Pentadbiran Wilayah
  • Setiap wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
  • Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan Al-Quran dan hadis.
  • Multezim pula bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
  • Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Ada kalanya, golongan ini berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.

Penutup

  • Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.
  • Pada tahun 1924 M, tamatnya zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Soalan 30:  Huraikan sistem pemerintahan kesultanan Andalusia pada abad ke-13

Pendahuluan

  • Pada abad ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan kemunculan kerajaan islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492 M. Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum kemunculan kerajaan ini, Andalusia mnjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau juga dikenali sebagai Ibn Hud.
  • Sebelum pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada dibawah pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M.

Isi-isi Penting:

  1. Pemerintahan kerajaan al-Muwahhidun
  • Berjaya menguasai beberapa buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun demikian ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah. Pemerintahn yang terakhir iaitual-mustansir tidak berupaya mengembalikan semula kadaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-Muwahhidun yang ditawan oleh tentera Kristian.
  • Pemimpin al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsure-unsur Syiah seperti al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walaubagaimanpun,  penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan system demokrasi islam.
  • Pentadbiran kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah berasaskan sumber perundangan daripada mazhab maliki. Hal ini secara tidak langsung telah melemahkan golongan yang tidak berpegang terhadap fahaman syiah.
  1. Perjanjian damai
  • Bagi mewujudkan iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan pernah mengadakan perjanjian damai dengan Raja leon dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya berkekalan selama 10 tahun sahaja. Semasa pemerintahan al-Nasir, Bainda terpaksa melepaskan wilayah kekuasaan kepada tentera Kristian.
  1. Murcia sebagai pusat pemerintahannya
  • Abu Abd Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami ata Ibn Hud berusaha menerajui pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya.
  • Pada tahun 1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-Mukminin Sayf al-Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah Berjaya menawan Murcia daripada wakil kerajaan al-muwahhidun. Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova, Seville, Granada, Almeria, Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.
  1. Melaksanakan syariah islam
  • Ibn Hud bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasai. Beliau juga telah memaklmkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang kejayaan penguasaannya terhadap Bandar-bandar tersebut.
  • Walaubagaimanapun, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Huda mat getir. Akibat tekanan dan serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau mengalami kekalahan termasuk Di Cardova
  1. Saingan daripada al-Ahmar
  • Kerajaan al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada al-Ahmar yang kemudiannya Berjaya membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn al-Ahmar juga berusaha mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan abbasiyah di Baghdad.
  • Implikasinya , pada tahun 1231 M, beliau Berjaya memperluaskan pemerintahannya dengan menduduki wilayah-wilayah seperti Carmona, Cardova, dan Seville. Beliau juga telah bekerjasama dengan pemimpin di Seville, iaituu al-Bajji bagi menewaskan Ibn Hud
  1. Berjaya menyingkirkan al-Bajji
  • Sebagai seorang yang hebat berpolitik, beliau kemudiannya Berjaya menyingkirkan al-Bajji dengan melakukan pembunuhan secara rahsiah. Bermula pada tahun 1232 M , beliau Berjaya memperoleh kesetiaan penduduk jerz, Malaga dan kawasan sekitarnya.
  • Disebabkan pentadbiran kota Seville serta kota-kota lain di bahagian barat andalus di pegang oleh pemimpin tempatan yang sedia memberikan ketaatan kepadanya, maka Ibn al-Ahmar telah membentuk kuasa ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut.
  1. Mengamalkan pentadbiran yang zalim
  • Ibn al-Ahmar terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M, iaitu apabila beliau Berjaya menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang mengamalkan pentadbira yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada bersedia memberikan kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar
  • Pada tahun 1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandataingani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju menyerahkan wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera kepada Castille yang ketika itu berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.
  • Beliau menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian di Granada dan menjamin penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalus.

Kesimpulan

  • Sepanjang penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah Berjaya menguasai Granada dan wilayah-wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera Kristian,
  • Kekuasaan beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah diteruskan oleh 21 orang sultan berikutnya sehingga lah kerajaan ini berakhir pada tahun 1492 M.

Soalan 31: Huraikan sistem pemerintahan kesultanan Moghul di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi

Pendahuluan

  • Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur/Baber berikutan kejayaannya mengalahkan sultan Ibrahim Lodi. Dalam perang panipat sekali gus Berjaya membentuk kerajaan Mughal.
  • Kerajaan ini mempunyai beberapa orang pemerintah yang berwibawa. Antaranya ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar  oleh Britishpadapertengahan abad ke 17 M

Isi-isi Penting:

  1. Pemerintahan  kerajaan Moghul  mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya.  Akbar telah membentuk sistem ‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan bangsawan) merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.
  1. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar ‘wazir’. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja.
  1. Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn kpd 18 buah wilayah@ subas  dan d’tmpatkan seorang gabenor (subadar) yg merangkap ketua tentera. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan, ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan  ‘Sadr-us-Sudur’ yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan. ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman dan perundangan.  Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar.
  1. Manakala  pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-1707 sebagai maharaja berjaya menghadapi segala permasalahan yg berlaku di empayarnya dgan berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama. Beliau bercita-cita menjadikan seluruh india mnjadi sebuah negara yg mengamalkan mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMAAH . Mereka menyakat pengaruh HINDU dan melarang org islam masuk  ke sekolah hindu.  Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula amalan syura dalam pemerintahan.dri pemerintahan Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila ulama memainkan peranan mereka dalam menasihati pemerintah dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
  1. Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn polisi Aurangzeb dan ingin menumpaskan kerajaan mughal mnakala golongan syiah pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap syiah adalah golongan sesat yg hampir sama dgan hindu.

Kesimpulan

  • Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
  • Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama memainkan peranan penting menasihati pemerintah.

Soalan 32: Huraikan organisasi pentadbiran dalam pentadbiran pusat dan wilayah yang dijalankan oleh Maharaja Akhbar.

Pendahuluan

  • Jalaluddin Muhammad Akhbar (Akhbar Agung)ialah anak kepada Humayun, iaitu pemerintah empayar Moghul yang kedua (1556 – 1605M). Pada 14 Februari 1556, Akhbar menggantikan ayahnya yang meninggal dunia. Akhbar menjadi pemerintah Moghul yang ketiga. Semamsa menaiki takhta beliau berusia 13 tahun. Ketika pemerintahannya, Akhbar Berjaya menghapuskan ancaman daripada Sher Shah
  • Berkahwin dengan seorang puteri Rajput. Dirundung malang pada tahun-tahun akhir pemerintahannya akibat salah laku anak-anaknya. Akhbar meninggal dunia pada 15 Oktober 1605 dan disemadikan di Sikandra, berhampiran Agra.

Isi-isi Penting:

Pentadbiran Pusat dan Wilayah

  • Akhbar menjalankan system pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah. Telah mengasingkan politik dengan agama dan menghapuskan perbezaan dari segi agama dan bangsa. Contohnya orang bukan Islam mendapat kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam bagi mengisi jawatan dan pentadbiran
  • Pada tahun 1581M, baginda memperkenalkan agama baharu, iaitu Din Ilahi (gabungan agama Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster)
  • Telah meghapuskan amalan perhambaan dan disokong oleh rakyat. Turut menghapuskan bayaran jizyah dengan alas an mewujudkan keadilan dan membekalkan kestabilan empayarnya
  • Kerajaan Akhbar berasaskan pewarisan dan baginda menjadi ketua Negara yang bergelar sultan (maharaja). Sultan memerintah dan mempunyai kuasa mutlak serta dibantu oleh pegawai yang dilantik seperti Bairam Khan (perdana Menteri) Navratnas (Sembilan Permata)

OrganisasiPentadbiran

      Peringkat Pusat:

  • Mewujudkan Mansabdar yang dijalankan oleh pegawai yang  dilantik untuk melakukan tugas-tugas pentadbiran awam. Serta ditugaskan memerintah dan melengkapkan pasukan tentera diraja
  • Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat. Di setiap peringkat, Mansabdar memerintah satu batalion tenetra (antara 10 hingga 1000 orang)
  • Jawatan-jawatan utama yang lain, iaitu:
  1. a)Wakil (perdana menteri)
  2. b)Wazir (menteri) – Menteri kewangan ialah menteri paling kanan selepas perdana menteri
  3. c)Ketua Turus Angkatan Tentera – dipanggil sebagai ‘Khan Qanan’. Ia bertanggunjawab terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul keluarga diraja sahaja
  4. d)Kadi besar – bertanggungjawab terhadap kehakiman
  5. e)Muhtasib – menjaga moral awam
  6. f)Diwan – mengurus hal-hal kewangan
  7. g)Mir Bakshi – menjaga soal akaun dan gaji tentera
  8. h)Sard-us-Sudur – bertanggungjawab tentang hal agama dan kebajikan
  9. i)Kotwal – menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi pengintip dan mengesan pencuri

      Peringkat Wilayah:

  • India dibahagikan kepada 18 wilayah(subas) ketika akhbar memerintah
  • Di setiap wilayah (subas) dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar)
  • Faudjar bertanggungjawab menguruskan pentadbiran diperingkat daerah
  • Di setiap sarkar dibahagikan kepada parganah (mukim) dan mahal (kampung)

Kesimpulan

  • Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
  • Pemerintahan  kerajaan Moghul  mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya.

 

Kerdit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *