Gerakan Nasionalisme Nota STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Gerakan Nasionalisme Nota STPM Semester 2

 

3.3 Gerakan Nasionalisme

3.3 Gerakan Nasionalisme Mesir dan Syria

Soalan 115: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir abad ke-20M

Pendahuluan

  • Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah,namun pengaruh British di mesir sangat kuat. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya perang dunia pertama. selepas itu,pihak british mula melonggarkan sedikit cengkamannya ke atas pentadbiran dalam negeri mesir,namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di mesir.
  • Dengan melantik seorang konsul jeneral,iaitu Lord Cromer,british seolah-olah memerintah mesir pada ketika itu. Jentera pentadbiran tradisional di bawah kepimpinan Khedif,iaitu wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah,namun pemerintah mesir hanyalah seperti boneka untuk mengawal penduduk tempatan sahaja. Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehinggakan membawa kepada semangat anti-british dan pengaruh kuasa asing.

Isi-isi penting

  1. Pengaruh agama
  • Melihatkan cara british di mesir yang cuba untuk membaratkan masyarakat mesir serta menjauhkan agama islam daripada tertegak di mesir,muncul golongan rerformis islam menentang pihak british.pergerakan ini dinamakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh sheikh Hassan al-Banna. Sebagai sebuah pergerakan islam,Ikhwanul Muslimin cuba menegakkan kembali islam di mesir berlandaskan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w dan menolak modenisme yang berbentuk sekular yang telah meresap masuk dalam masyarakat mesir ketika itu.
  • Gerakan ikhwanul muslimin menggunakan pengaruh agama dengan menyedarkan umat islam mesir untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan syirik,khurafat dan sebagainya serta berbalik kepada islam. Ikhwanul muslimin semakin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat.
  • Antaranya termasuklah syaikh ali abdul raziq yang menulis buku berjudul islam dan dasar-dasar pemerintahan.beliau menyokong tindakan Mustafa kamal Ataturk kerana memisahkan antara agama dengan politik. Ali menegaskan bahawa islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara bahkan adanya khalifah islam itu akan membawa bencana kepada umatnya.
  1. Peranan bahasa dan kesusasteraan
  • Boutros ghali seorang berbangsa Qibti iaitu penduduk asal mesir yang memegang jawatan sebagai hakim telah dibunuh pada tahun 1910 selepas menandatangani perjanjian pemerintahan bersama sudan. Pembunuhan beliau berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak parlimen mesir bagi memberikan konsesi terusan suez yang lebih kepada pihak british.
  • Kematian beliau diabadikan oleh penyajak ahmad shawqi dan hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-muayyaddan al-liwa.sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.
  • Golongan modenis islam yang dipelopori oleh rasyid rida sangat lantang memperjuangkan bahasa arab mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa inggeris dan bahasa perancis.dengan cara ini ,dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit.
  1. Pengaruh kewartawanan
  • Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk mesir yang rata-rata beragama islam ketika itu. Penulisan rasyid rida melalui akhbar salafiya banyak membuka minda rakyat mesir pada waktu itu.rasyid rida merupakan orang kanan kepada Muhammad abduh,dan penulisannya banyak menyentuh soal modenisasi islam.
  • Rasyid rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan menyalahkan dan menganggap penjajah yang membuatkan umat islam mundur.beliau dan pendukung modenisasi islam cuba menegakkan warisan dan keperibadian arab terutamanya bahasa arab mesir iaitu lanjah misriyah.
  • Penulis wanita juga giat memperjuangkan hak mereka seperti malak hifni nasif yang menggunakan nama pena bahithat al-badiya.beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka dalam penulisannya dan mesejnya sampai kepada masyarakat terutama golongan intelektual.
  1. Peranan pendidikan
  • British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di mesir walaupun mereka mampu membiayainya.hal ini memberi kesan kepada golongan muslim di mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka.lebih teruk lagi,kesemua jawatan kerajaan diisi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada keluarga berada.
  • Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk tempatan,dan gaji yang diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.
  • Pada tahun 1908, rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan dan beberapa tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah university swasta mereka sendiri.selepas melihat usaha mereka ini,barulah kerajaan mula mengambil berat tentang penubuhan universiti ini.
  • Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.ramai daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.
  • Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh pembelajaran mereka.selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british melalui guru-guru mereka yang berbangsa perancis.
  • Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih berkhidmat di mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas mesir dari perancis.
  1. Peranan golongan intelektual
  • Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang kuasa barat di mesir terbahagi kepada dua,iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan barat.
  • Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa kamil dan mohammed farid.mustafa kamil cukup terkenal dalam kalangan masyarakat mesir kerana sikapnya yang keras dalam menentang british.
  • Beliau menyokong nasionalisme sekular  seperti yang berlaku di dunia barat,dan cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan qibti.cita-cita Mustafa kamil adalah untuk merebut kemerdekaan daripada british dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-barat.
  • Sheikh Hassan al-banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menetang british melalui penubuhan ikhwanul muslimin.pertubuhan ini merupakan sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan di seluruh mesir.
  • Melalui ikhwanul muslimin,sheikh Hassan al-banna melaksanakan program-program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di mesir dengan tujuan untuk membina sebuah kerajaan islam.
  • Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera mesir memberikan sumbangan yang cukup besar dalam gerakan nasionalisme mesir.ini terbukti apabila golongan pegawai-pegawai tentera berketurunan Fellahin bangkit menetang british dan pemerintahan khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang suda korup.
  1. Pengaruh luar
  • Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan penduduk mesir bangkit melawan kuasa asing ialah perang dunia pertama.
  • Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh british untuk meninggalkan ladang-ladang mereka dan menyertai perang dunia pertama dengan membantu pertubuhan palang merah dan menjadi kuli kepada tentera british di palestin,Gallipoli serta perancis.
  • Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta ini.

Penutup

  • Gabungan faktor-faktor yang dibincangkan tadi menimbulkan gerakan nasionalisme di mesir pada abad ke-20m.
  • Bagaimanapun faktor pengaruh agama,peranan golongan intelektual,dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di negara sungai Nil.

Soalan 116: Perincikan usaha dan peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh intelektual Mesir iaitu Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir.

Pendahuluan

  • Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, Mesir merupakan sebahagian daripada kerjaan Turki Uthmaniyah. Pada tahun1798 Masihi ,Mesir telah dikuasai oleh Perancis(diketuai oleh Napoleon Bonaparte) selama tiga tahun. Tahun 1801 selepas pakatan Uthmaniyah-British telah berjaya mengalahkan Perancis dan British telah mengambil alih pemerintahan di Mesir. British mula menguasai Mesir dengan sumber ekonomi yang berharga seperti minyak.
  • Tindakan British yang mengeksploitasi masyarkat Mesir demi kepentingan mereka telah mengakibatkan berlakunya penindasan – jaul ketinggalan berbanding golongan pendatang. Menyedari keadaan tersebut, timbul gerakan semangat nasionalisme bagi memulihkan keadaan ini yang dipelopori golongan intelektual tempatan seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad  Rashid Rida.

Isi-isi

  1. Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Biodata Muhammad Abduh (1849-1905M)

Biodata Muhammad Abduh

  • Nama penuh- Muhammad bin Abduh bin Hasan Khayr Allah. Lahir di desa Mahallat Nashr, al-Buhayrah, Mesir tahun 1849 Masihi dan meninggal pada 1905M. Berketurunan-bangsa Turki sebelah ayahnya Abduh bin Hasan Khayr Allah. Pendidikan- awal mempelajari Al-Quran, hafal kitab umur 12 tahun. Formal di Masjid Ahmadi dan bapa saudaranya Shaykh Darwish Khidr di Shibral Khit. Melanjut pelajaran di Universiti Al-Azhar di Kaherah tamat tahun 1877 Masihi Ketika ini (1869Masihi) bertemu dengan tokoh reformasi dunia Islam, Sayyid Jamal al-Din al Afghani dalam sebuah diskusi. Terpengaruh dengan fahaman Al –Afghani yang merupakan seorang pemikir moden yang memiliki semangat tinggi untuk mengembalikan kegemilangan umat islam yang ketika itu berada di bawah penjajahan Barat dan  menolak kefanatikan

Usaha Pembaharuan (Reformasi ) Muhammad Abduh.

  1. Pendidikan Masalah Pendidikan Dualisme di Mesir
  • Semasa era Shaykh Muhamad Abduh, Mesir mempunyai dua sistem pendidikan yang berlainan dari segi matlamatnya iaitu: Sistem Pendidikan Tradisional yang menfokuskan kepada ilmu-ilmu keagamaan-golongan konsevertif. Sistem pendidikan moden yang mengambil contoh dari Barat-Muhammad Ali Pasha.  Muhammad Abduh melihat bahaya akan timbul berikutan daripada dualisme dalam pendidikan. Akibatnya, sistem pendidikan tradisional akan melahirkan ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu moden. Manakala sekolah kerajaan yang moden melahirkan lulusan yang kurang  ilmu agamanya. Berikutan perbezaan yang wujud, semasa menjadi pensyarah di Dar al-Ulum dan Universiti al-Azhar Shaykh beliau berani melakukan perubahan-perubahan radikal. Berusaha memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden. kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden buang amalan kolot dan fanatik
  • Sekembalinya dari buangan pada tahun 1888M, Muhammad Abduh cuba menangani isu pendidikan dan memberi laporan kepada pihak berkuasa mengenai rancangan pendidikan untuk membaiki kemerosotan di Universiti al-Azhar. Caranya ialah melakukan penambahan ilmu-ilmu moden dalam Universiti al-Azhar di samping memperkukuhkan ilmu-ilmu agama di sekolah-sekolah kerajaan supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pendidikan tersebut-Dar al Ulum 1871. Meskipun pembaharuan yang diperkenalkan mendapat sambutan perlahan pada peringakat awal, namun pembaharuan telah mewujudkan suasana keilmuan baharu di Universiti al-Azhar sekaligus telah dapat menyediakan asas perubahan seterusnya. Reformasi Pendidikan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh di Universiti al-Azhar pad akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menaikkan imej universiti tersebut dan menjadi simbol modenisasi dalam Islam.
  1. Masalah Buta Huruf Dalam Kalangan rakyat Mesir
  • Reformasi juga dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalamkalangan rakyat Mesir. Shaykh Muhammad Abduh mendapati pihak kerajaan gagal menyediakan pendidikan yang sesuai kepada rakyat Mesir –menyebabkan berlakunya buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir. Sistem pendidikan yang dirancang oleh penjajah ketika itu tidak memberi faedah kepada sebahagian besar rakyat Mesir. Contohnya, golongan petani  yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara hidup terbiar, kehadiran ke sekolah hanya 4% sahaja. Didapati setelah empat dekad penjajahn British 92% penduduk lelaki dan 99% penduduk wanita buta huruf.
  • Tindakan – kegiatan penterjemahan buku ilmiah ke dalam bahasa Arab dilakukan bagi membolehkan rakyat Mesir membaca dan memahaminya. Setelah beliau kembali ke Mesir selepasdipecat mendapat tugas oleh pemerintah untuk terbit majalah al-Waqa’I al- Misriyyah. Kesempatan ini diguna oleh beliau untuk bekongsi isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sperti nasib rakyat, pendidikan dan pengajaran.
  1. Gerakan Nasionalisme
  • Muhammad Abduh dan Al-Afghani telah meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Mesir. Menyusun gerakan untuk memberim kesedaran kepada seluruh umat Islam untuk menentang penjajahan Barat dalam al-Urwahal-Wuthqa. Melindungi masyarkat tempatan dibelenggu penjajah yang menindas dan menguasai ekonomi dan politik di Negara Mesir.
  • Kesannya, semangat kebangsaan bergema seluruh dunia dan member pengaruh kuat kebangkitan umat Islam menentang penjajahan. Akibatnya, pihak British berasa bimbang dan akhirnya pemerintah British menyekat kemasukan majalah tersebut ke wilayah Mesir dan India. Tetapi gerakan Muhammad Abduh tetap diteruskan  setelah beliau menjadi mufti Mesir pada 1899 kembali berjuang meniup roh perubahan dan kebangkitan kepada umat Islam.

Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935)

Biodata Muhammad Rashid Rida;

  • Nama- Muhammad Rashid bin Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla al-Khalifa. Lahir- di Qalamun, Tripoli, Lubnan 23 September 1865. Pendidikan- kanak-kanak belajar di kuttab setelah lancar membaca dan menulis beliau belajar di Madrasah al-Rashidiyyah.
  • Mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf, dan ilmu agama lain seperti akidah dan ibadah. Pendidikan tinggi umur 18 tahun melanjut pengajian di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiah yang didirikan oleh Shaykh Husayin al-Jisr.  Mempelajari mantik falsafah dan ilmu agama lain.  Mempelajari bahasa Turki Prancis dan karya-karya imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah.

Usaha-usaha Muhammad Rashid Rida:

  1. Seorang Reformis Pembaharuan Pendidikan:
  • Merupakan penulis yang prolifik berpengaruh dengan reformasi Islam, pen- Arabisama dan Nasionalisma Arab. Idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida ditanam oleh Syaykh Husayin al-Jsir. Ketika menuntut Rida juga mengikuti perkembangan dunia Islam melalui akhbar al-‘Urwah al- Wuthqa melalui akhbar ini beliau mengenali gagasan permikiran dua orang tokoh pembaharuan yang sangat dikaguminya iaitu al-afghani dan Muhammad Abduh.Penelitian terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah telah memberikannya inspirasi mengenai  kepentingan membaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran Islan dalam kalangan umatnya.
  • Sepanjang karer interlektualnya Rida mendukung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran umat Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin. Namun begitu Rida juga menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban barat dan mengambil aspek-aspek positif seperti ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da’wah al-Irshad pada tahun 1912 di Khahirah. Idea-idea Muhammad Rashid Rida amat mempengaruhi pendidikan Islam pada abad ke-20 Masihi dalam pembangunan dan perlaksanaan falsafah politik sebuah “Negara Islam”.
  1. Pemimpin Politik
  • Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Pesiden Kongres Syria pada tahun 1920. Di samping sebagai wakil deligasi Palestin Syria ke Giniva Pada tahun 1921.
  • Menghadiri persidangan Islam di Makkah 1926 dan diJerusalem pada tahun 1931.

Kesimpulan

  • Kesimpulannya, sumbangan kedua-dua tokoh reformasi ini telah berjaya membawa perubahan dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir untuk berubah dan memerdekakan diri daripada penjajahan barat.
  • Berikutan perentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922.
  • Gerakan reformasi oleh kedua-dua tokoh ini telah berjaya mempengaruhi gerakan Nasionalisma di seluruh dunia Islam dan mereka menjadi benteng umat Islam daripada idea  dan pemikiran barat yang tidak selari dengan syariat Islam.

Soalan 117: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 Masehi.

Pendahuluan

  • Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar turki uthmaniyah yang menaungii Negara-negara arab islam. Kuasa imperialis barat mula mengambil alih peranan empayar turki uthmaniyah. Di Syria, perancis telah diberi mandate untuk menjaga hal ehwal Negara tersebut. Walaupun perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah Negara tersebut selama tujuh tahun..
  • Pada tahun 1927, perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh parti blok nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan perancis tanpa mendapt kemerdekaan penuh.

Isi-isi penting

  1. Pengaruh agama
  • Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua Negara dan bangsa arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria. Kedudukan palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berberat perihal saudara islam mereka di palestin
  • Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang palestin jelas kelihatan apabila golongan turki muda yang memerintah turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah.
  1. Peranan bahasa dan kesusteraan
  • Perancis cuba menonjool kan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minority. Dengan alas an tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Antara kesan ketara dasar berkenanan ialah perjuangan bahasa oelh golongan minority agar diiktiraf seperti bangsa kurdi yang meninginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki  oleh puak kurdi.
  • Di alexandrett, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa turki.
  1. Peranan pendidikan
  • Sebuat akademik telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistic di seluruh pelusuk tanah arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menyuasaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyrakat arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu dibawah satu perkara, iaitu bahasa arab.
  • Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah Negara arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan turki uthmaniyah. Di damsyik dan Beirut, beberapa buah university yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempetan.
  1. Peranan golongan intelektual
  • Rasyid rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme islam yang awalnya dipelopoti oleh jamaluddin al-afghani dan Muhammad abduh. Raysid rida mengkaji kelemahan masyrakat islam ketika itu dibandingkan dengan masyrakat colonial barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyrakat islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.
  • Penulis beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.
  1. Pengaruh luar
  • Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar turki uthmaniyah. Oleh kerana dasar pan-islamisme menjadi dasar kerajaan turki uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menagkis ancaman pihak barat.
  • Shakid arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan turki uthmaniyah dan menolak konspirasi barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan turki uthmaniyah. Syaked arselan yang berasal dari lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak british semasa perang dunia pertama, iaitu pada tahun 1916.

Penutup

  • Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918 , terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20m.
  • Gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua Negara dan bangsa arab.

 

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *