Konflik Antarabangsa Sejarah Dunia STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Konflik Antarabangsa Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

4.2 Konflik Antarabangsa

4.2  Konflik Antarabangsa (Dunia, Eropah dan Asia)

4.2.1 Perang Dunia Pertama

Soalan 105. Bincangkan sebab-sebab meletusnya perang dunia pertama pada 1914-1918 di eropah

Pendahuluan

  • Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan Negara-negara eropah. Perang dunia pertama melibabkan dua pihak iaitu triple alliance (perikatan tiga kuasa) dan triple entente (pakatan tiga kuasa)
  • Negara-negara di asia dan afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kudua-dua benua tersebut menjadi rebutan Negara-negara eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Akhirnya triple entente dibawah pimpinan Rusia Berjaya menewaskan triple alliance yang diketuai Jerman.

Isi-isi penting

  1. Kegagalan sistem pakatan
  • Salah satu puncanya ialah kegagalan sistem pakatan berfungsi untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan Negara-negara eropah. Sistem ini wujud selepas prusia(Jerman) mengalahkan perancis pada tahun 1870 yang menyebabkan eropah terbahagi kepada dua blok iaitu triple alliance dan triple entente. Britain hanya memberi sokongan kepada sekutunya. Pada bulan ogos 1914 setelah Jerman menyerang Belgium. Belgium ialah Negara berkecuali yang di jamin oleh Negara-negara eropah.
  • Sistem pakatan kuasa tidak lagi sesuai pada abab ke 20 di sebabkan persaingan Negara-negara eropah untuk mendapatkan pengaruh dirantau Balkan setelah runtuhnya empayar turki, uthmaniyah, dan kebimbangan Britain terhadap pembesar tentera laut Jerman. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911-1914 di Negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal Negara-negara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
  • Selepas tahun 1908, Negara seperti Serbia yang disokong rusia bagitu bebas bertindak dengan menggunakan tentera sehingga sistem pakatan tidak dapat mengawal Negara-negara yang melanggar peraturan yang dipersetujui.
  1. Imperialisme ekonomi
  • Pada penghujung abab ke 19, Negara-negara eropah seperti Jerman, Britain, perancis, dan itali percaya untuk menjadi kuasa besar, sebuah Negara perlu mempunyai tanah jajahan. Keadaan ini menyebabkan Negara-negar tersebut bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Pada tahun 1980-an, Jerman memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di afrika daripada Negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan perancis. Itali pula cuba untuk mendapatkan bekas tanah jajahan tukri uthmaniyah dengan menakluki cyrenaika dfan Tripoli dan menjadikan tanah jajahan baru yang dikenali Libya
  • Apabila Jerman membesarkan angkatan lautnya, Britain merasa bimbang kerana tanah jajahan diseberang laut  merupakan tonggak kemakmuran Negara. Oleh itu Britain memerlukan angkatan laut yang kuat bagi melindungi empayarnya dan perjalanan perdagangan antarabangsa yang cukup menguntungkannya. Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya, iaitu Britain dan perancis. Pada tahun 1865, Britain mengeluarkan besi melebihi Jerman. Bagaimanapun, pada tahun 1900, jika digabungkan keluaran Britain dan perancis, tidak mampu untun menandingi keluaran besi di Jerman.
  • Pedagang British sering melihat pedagang Jerman menjual barangan yang murah daripada pedagang yang lain di pasaran antarabangsa, mereka juga melihat pegawai-pegawai Jerman terlibat dalam persaingan merebut wilayah dibeberapa kawasan di afrika, timur tengah, dan asia timur.
  1. Perlumbaan senjata dan mobilisasi ketenteraan
  • Perlumbaan senjata berlaku terutamanya antara Jerman, Britain, dan perancis. Disatu pihak, perlumbaan senjata ini menguntungkan syarikat pengeluaran senjata seperti syarikat krupp di Jerman dan Coventry ordnance work di Britain. Tahun 1906, Britain Berjaya menghasilkan HMS dreadnought, sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia ketika itu serta berkuasa tinggi yang berupaya menguasai lautan. Tindakan tersebut bertujuan menyaingi angkatan tentera Jerman yang dianggap menyaingi kekuatan tentera Britain. Pembinanan kapal perang dan persaingan dalam bidang ketenteraan menelan belanja yang besar.
  • Golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran disebauh Negara. Nilai-nilal ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan seharian. Justeru, pengistiharan perang yang di buat kerajaan pada tahun 1914 mendapat sokongan daripada rakyat. Penigkatan bilangan angkatan tentera yang ketara, selepas tahun 1900 di rusiamenigkatkan bilangan tentera hingga mencecah 1.3juta orang dan di Jerman dan perancis masing-masing mempunyai jumlah tentera seramai 900 000 orang menyebabkan perang tidak dapat di elakkan.
  1. Idea dan pendidikan.
  • Seorang pemikir Jerman, Frendrich Nietzsche dalam tulisannya menyelar nilai-nilai masyaratkat borjois eropah. Bagi pengikutnya, friendrich menawarkan pembebasan diri daripada nilai liberal dan rasional yang di anggap mengongkong generasi baharu pada awal abab ke 20. Idea nya apa popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, rusia dan Serbia. Sistem pendidikan yang dilaksanakan dibeberapa nagara eropah turut meniup semangan patriotic yang akhirnya menyemai bibit-bibit kearah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa Jerman kerana para pemimpinnya berpendapat hanya melalui bahasa sikap mencintai Negara dapat diwujudkan dalam kalangan generasi muda.
  • Dismping itu, persatuan belia di Jerman diasuh supaya mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota di beritahu bahawa mati dimedah pentempuran lebih baik daripda mati di atas katil. Malahan rakyat Jerman dianggap mulia disisi masyarakat jika nama-nama mereka yang terkorban dipahat di tugu peringatan.
  • Di perancis, pendidikan sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang. Secara tersirat kerajaan meminta rakyatnya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap pelajar di beritahu kewajiban mempertahankan Negara perancis yang paling cantik dan makmur di dunia. Pelajar yang di beritahu sejak abab ke18 lagi, perancis telah menyumbang kepada dunia idea-idea tentang keadilan dan kemanusiaan serta menyebut perancis merupakan Negara paling adil di dunia.
  1. Pembunuhan Archduke franz Ferdinand
  • Peristiwa pembunuhan beliau dan isterinya di sarajeva pada 28 jun 1914 menjadi sebab serta merta seluruh eropah terjerumus dalm perang dunia pertama. Dengan tidak menghiraukan amaran anti – Austria oleh golongan nasionalis bosnia berketurunan serb, bakal raja Austria dan isterinya mengunjungi bosni. Mereka di tembak oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahi kongsi gelap black hand. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan serbia. Kerajaan Austria menganggap Serbia sudah lama menghsut rakyat Austria yang berbangsa serb supaya berusaha membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan Jerman.
  • Melihat keadaan tersebut, rusia yang merupakan sekuti Serbia memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia menyerang Austria. Kerajaan Jerman bimbang dengan perkembangan tersebut dan meminta rusia menghentikan persiapanya. Rusia pula enggan menurut saranan Jerman itu menyebabkan Jerman mengistiharkan perang terhadap rusia dan sekuti-sekutunya.

Penutup

  • Bermula pada awal abab ke 20 hingga pertengahan abab ke 20, dunia menyaksiakan kerakusan pemimpin-pemimpin Negara tertentu bertindak menguasai antara satu sama lain. Perang dunia pertama membawa Jerman, rusia, Austria-hungary, perancis, Britain dan lain-lain terlibat dengan perebuatn kuasa politik dan kancah peperangan yang membawa bukan sedikit kerugian kepada Negara-negara terlibat.
  • Keadaan politik yang berlaku di eropah pada awal abab ke 20 tidak mengizinkan masyarakat hidup aman dan harmoni. Persaingan antara kuasa-kuasa barat dan masalah ekonomi menyumbang kepada perang dunia pertama.

Soalan 106: Huraikan kesan-kesan politik, ekonomi, dan sosial akibat daripada perang dunia pertama

Pendahuluan

  • Perang dunia pertama yang meletus antara tahun 1914 meninggalkan kesan yang besar dalam sejaran dunia.
  • Kesan-kesan perang dunia pertama dapat dilihat daripada bidang politik, ekonomi, dan sosial.

Isi isi penting

  1. Kesan politik di Rusia

  • Perang dunia pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di rusia di bawah kerajaan tsar yang memerintah rusia selama 400 tahun. Perang dunia pertama telah menguji kemempuan kerajaan menghadapi cabaran semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh rusia khususnya dalm pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan tsar. Kekalahan besar tentera dimedan peperangan menyebabkan sebahagian tentera berbelah-bagi kesetian mereka kepada kerajaan tsar
  • Pejuang revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja, dan petani telah berpecah ekoran perbezaan kepentingan. Bagaimanapun Lenin Berjaya mendapatkan sokongan pekerja dan petani kerana menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh petani. Dengan sokongan mereka dan tentera komunis yang berdisiplin, lenin Berjaya menggulingkan kerajaan tsar. Perang dunia pertama telah memulakan sebuah kerajaan komunis pertama didunia dibawah pemerintahan lenin.
  1. Kesan politik di Jerman dan Austria hungary
  • Perang dunia pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja, dan tentera. Penentangan terhadap perang juga turut timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam perang dunia pertama.
  • Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang ambing disamping keadaan perang yang tidak menentu Kaiser wilhem ll bersetuju turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda. Parti sosial democrat pimpinan friedrich ebert telah membentuk sebuah kerajaan republic yang dikenali sebagai republic weimer. Bagaimanapun republik ini masih menggunakan khidmat golongan tentera dan pentadbiran lama untuk mengendalikan urusan Negara sehingga adolf hitler berkuasan pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut apa-apa sahaja kemahuannya dalam usaha menguasai eropah.
  • Kerajaan Austria hungary turut mengalami kemusnahan apabila dinasti hubsburg ditamatkan. Ini menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, pole, Slovak, finn dan Lithuania. Kerajaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan lahirnya Negara-negara baharu seperti  Czechoslovakia, Estonia, finland, hungary, Latvia, Lithuania, Rumania, Yugoslavia.
  1. Termeterinya perjanjian versailles
  • Ditandatangani pada tahun 1919 telah menamapkan perang dunia pertama. Perjanjian ini di anggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman terpaksa menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente). Antara syarat yang mesti dipatuhi oleh Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasik ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu, membayar ganti rugi dan pemapasan perang yang tinggi dan mengurangkan tenteranya daripada 400 000 orang kepada 200 000 menjelang 30 september 1919 dan 100 000 menjelang 13 mac 1920.
  • Matlamat perjanjian ini adalah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman begitu marah dan terhina dengan syarat-syarat tersebut. Perdana menteri Jerman , philipp scheldemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke versailes terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu untuk ingkar dan berperang semula.
  1. Terbentuknya liga bangsa.
  • Selepas perang dunia pertama, liga bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan Negara-negara anggota dapat di selesaikan melalui rundingan. Hampir semua Negara eropah kecuali rusia dan amerika syarikat menyertai pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada British, perancis, itali dan Jepun. Diperingkat awal, pertubuhan ini Berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dan Greece pada tahun 1926.
  • Bagaimanapun, ketiadaan amerika syarikat dan rusia melemahkan pertubuhan ini dan kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti pernaklukan itali terhadap habsyah dan penaklukan Jepun keatas manchucia. Liga ini dibubarkan pada bulan april 1945.
  1. Kesan ekonomi
  • Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan masalah inflasi. Kesannya kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti kerajaan pada tahun 1917 di berlin dan leipzip yang melibapkan hamper 300 000 pekerja. Pada tahun 1922, nilai matawang Jerman telah menjunam turun hingga kurang daripada seperseratus daripad nilainya pada tahun 19914. Pengeluaran industri Jerman juga terjeja. Pemgeluaran arang batu dan besi Jerman jauh berkurang daripada jumpah pengeluaran sebelum perang.
  • Di rusia timbul masalah dalam sector pertanian akibat kekurangan buruh kerana empat juta buruh dalam sector ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurang. Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan memberi kesan kepada tentera rusia yang berada di medan perang kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
  • Pasaran dunia mula dilantik alih amerika syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh Negara-negara eropah terutama Britain, sebuah Negara industri dunia yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan dunia yang besar. Perang dunia pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan besarnya.
  1. Kesan sosial
  • Perang dunia pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula perang ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$36 760 juta.
  • Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berusia 45 tahun ke bawah, manakala bilangan tercedera dianggarkan berjumlah dua juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat perancis terkorban dan 3.5 juta tercedera. Pencemaran udara da bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia.

Penutup

  • Perang dunia pertama telah mengubah landskap politik Negara-negara eropah kesan keruntuhan beberapa empayar dan kemunculan Negara-negara baharu.
  • Ketidakpiasan hati Jerman terhadap perjanjian Versailles merupakan salah satu punca meletusnya perang dunia ke dua.

Soalan 107: Huraikan kesan Perang Dunia Pertama dari segi Politik

Pendahuluan

  • Perang Dunia Pertama meletus pada awal bulan Ogos 1914 merupakan peperangan yang melibatkan Britain, Perancis, Jerman, Rusia, Austri-Hungary, Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki. Peperangan ini bermula dengan serangan Jermann ke atas Belgium pada 4 Ogos 1914.  Penyertaan Amerika Syarikat pada tahun1917 di pihak Britain-Perancis menyebabkan Jerman dan sekutunya dapat ditewaskan. Perang ini ditamatkan menerusi beberapa perjanjian yang dibuat secara berasingan antara pihak yang menang dengan pihak yang kalah.
  • Dalam hal ini, Perjanjian Versailles yang diadakan antara Jerman dengan pihak yang menang merupakan perjanjian yang amat penting dan meninggalkan implikasi yang amat mendalam terhadap sejarah Eropah selanjutnya.  Dalam jangka pendek atau panjang. Perang dunia pertama telah memberi impak yang amat mendalam kepada negara-negara Eropah.

Isi-isi Penting:

  1. Keruntuhan Pemerintahan Monarki.
  • Perang Dunia Pertama telah melenyapkan pemerintahan monarki.Perang ini menyebabkan sistem pemerintahan beraja di Jerman,Rusia,dan Turki berakhir.pada tahun 1925,sultan empayar Turki Uthmaniyah turun daripada takhta ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
  • Perkembangan ini menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah yang meliputi Poland,Bulgaria,Czechoslovakia dan Finland berakhir.sistem pemerintahan beraja berakhir di Jerman apabila Kaiser William II,Raja Jerman dibuang negeri ke Belanda.Pemerintahan beraja berakhir di Rusia apabila tercetus Revolusi Rusia pada tahun 1917.
  1. Kebangkitan Demokrasi
  • merupakan salah satu kesan Perang Dunia Pertama  dari aspek politik.Kerajaan Monarki berakhir dan diganti dengan kerajaan bercorak demokrasi selepas tamat perang. Selain itu, kemunculan kerajaan republik di Rusia, Turki, Jerman, Austria,Poland, Lithhuania, Latvia dan Estonia.
  • Di Jerman, sebuah kerajaan republik didirikan apabila bekas maharaja emapayar Jerman dibuang negeri. Austria menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan. Revolusi Rusia telah menumbangkan kerajaan beraja dan muncul kerajaan komunis yang pertama di bawah pimpinan Vladimir Lenin.
  1. kemunculan Negara-negara Baharu.
  • Perjanjian Versailles (1919),telah mengubah peta Eropah,Antara negara-negara baharu yang ditubuhkan daripada empayar Rusia ialah Poland,Finland,Estonia,Latvia dan Lithuania manakala negara baharu dari empayar Turki Uthmaniyah ialah Lebanon,Syria dan Iraq.Seterusnya dari empayar Austria-Hungary ialah Austria, Hungary, Czehoslovakia dan Yugoslavia. Perkembangan semangat Antarabangsa. Kemunculan semangat antarabangsa dalam kalangan bangsa Eropah dan di selurh dunia.Kesedaran ini meletakkan asas bag Persidangan Damai Paris yang diadakan di Paris pada 18 Januari 1919.
  1. Penubuhan Liga Bangsa
  • ialah kesan amat signifikann ekoran tercetus Perang Dunia Pertama.Badan antarabangsa ini ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Versailles pada tahun 1919.Di samping itu, kesan -kesan lain dari aspek politik ialah Jerman kehilangan wilayah. Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.Wilayah Alscace dan Lorraine telah diserahkan kepada Belgium.wilayah-wilayah Memel,Lithuania,dan barat Prusia diserahkann kepada Poland yang baharu diwujudkan.
  • Wilayah Lembah Saar diserahkan kepada Perancis sebagai pampasan perang.wilayah ini ditadbir Liga Bangsa bagi temphh 15 tahun. Jerman dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland, Czechoslovakia. Jerman juga kehilangan sebahagian besar tanah jajahan di Afrika dann rantau Pasifik kepada British, Perancis dan Jepun. Selain itu,Jerman dikehendaki menyerahkan hak istimwanya terhadap China,Thailand,Mesir,Morocco dan Liberia.
  1. Kekuatan Tentera Jerman Dilumpuhkan.
  • Menerusi Perjanjian Versailles,asas ketenteraan Jerman dihapuskan sama sekali.antara peruntukan utama dalam perjanjian ini adalah pelucutan senjata terhadap Jerman.
  • selain itu, Jerman dikehendaki mengehadkan jumlah tenterenya kepada 100000 orang tentera sahaja dan dilarang menempatkan tenteranya di wilayah Rhineland yang terletak berhampiran dengan Perancis.
  1. Perkembangan Nasionalisme.
  • Perang Dunia Pertama telah melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara bangsa.Konsep nasionalisme menjadi teras kepada pembentukan negara bangsa.Pengumuman Presiden Woodrow Wilson mengenai hak menentukan nasib sendiri telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di India dan Asia Tenggara.

Kesimpulanya,

  • Perang Dunia Pertama memberi impak kepada semua aspek umumnya dari aspek politik. Pelbagai perubahan dalam aspek politik disebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama seperti keruntuhan monarki dan Jerman kehilangan wilayah serta muncul negara-negara baharu.

Soalan 108: Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama dari aspek sosial dan ekonomi.

Pendahuluan

  • Perang Dunia Pertama berlangsung antara rahun 1914 hingga 1918. Berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah seperti, Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Australia, Hungary, Serbia, Italia, Belgium dan Turki. Seterusnya, Negara di Asia dan di Afrika turut terlibat apabila wilayah mereka dijadikan rebutan negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Peperangan ini melibatkan dua pihak.
  • Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin Rusia Berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.

Isi-isi Penting:

Aspek Sosial

  1. Kehilangan nyawa
  • Perang dunia pertama telah menyebabkan ramai anggota tentera dan orang awam terkorban. Perang menyebabkan 10 juta orang anggota tentera terkorban manakala 20 juta tercedera.
  • Dianggarkan lebih kurang 13 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.
  1. Semangat perkauman luntur
  • Semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal dalam kalangan bangsa Eropah mulai luntur. Sebelum perang, rakyat Britian, Perancis dan Jermanmementingkan keagungan bangsa.
  • Orang Eropah memandang rendah orang kulit hitam(India). Semua bangsa serta dalam perang.Tentera India dan Afrika bantu British
  1. Peningkatan peranan wanita
  • Golongan lelaki terpaksa menyertai tentera untuk mempertahankan negara. Disebabkan itu, wujudnya kekurangan tenaga kerja (perkilangan dan pejabat)
  • Wanita berpeluang berkerja dalam sector perkilanagan dan pengurusan.
  1. Institusi pendidikan tidak berfungsi
  • Terpaksa ditutup apabila perang meluas.
  • Pelajar-pelajar diwajibkan menyertai ketenteraan dan mengambil bahagian dalam peperangan.
  1. Rekaan peralatan perang moden.
  • Banyak peralatan dan senjata telah dicipta.
  • Kapal terbang dan kapal tentera laut menyebabkan berlaku perubahan yang ketara dalam taktik perang.

Aspek Ekonomi

  1. Kos perbelanjaan perang yang tinggi
  • Di anggarkan US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara yang terlibat sepanjang peperangan. Purata 80 juta rupees dibelanjakan oleh negara yang terlibat setiap hari.
  • Britain membelanjakan : 1) 15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 dan 60 lac pounds pada tahun 1917-1918
  1. Hutang Antarabangsa
  • Menanggung hutang yang tinggi. Britain tanggung hutang. Dianggarkan 74350 lac pound.
  • Francis 1474720 lac pound Perancis dan Jerman 1606000 lac Marks
  1. Peningkatan cukai
  • Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi menanggung perbelanjaan perang yang tinggi.
  • Mata wang kerja diperkenalkan.
  1. Peningkatan harga barang
  • Peningkatan harga barang secara mendadak dan Berlakunya inflasi
  • Kekurangan bekalan makanan
  1. Pasaran dunia
  • Dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.Britain sebagai negara industri menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.

Penutup:

  • Kesimpulannya, kesan Perang Dunia pertama dari segi sosial, ramai anggota tentera dan orang awam terkorban dan semangat perkauman dalam kalangan bangsa Eropah luntur. Malah, golongan wanita melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi dan politik negara. Disamping itu, institusi pendidikan di tutup dan peralatan canggih direka. Manakala, dari segi Ekonomi pula ia memakan kos perbelanjaan yang tinggi dan beban hutang perang yang tinggi. Selain itu, cukai tinggi dikenakan terhadap rakyat dan berlaku inflasi dan kebuluran.

4.2.2  Perang Dunia Kedua

Soalan 109: Bincangkan sebab-sebab meletusnya Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

  • Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945.
  • Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia manakala Pakatan Paksi yang dianggotao oleh Jerman,Itali dan Jepun.
  • Perang dunia kedua melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah, Asia, Afrika, dan Kepulauan Pasifik.

Isi-Isi Penting

1) Pertembungan Ideaologi Demokrasi Menentang Fasisme/Nazisme

  • Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang menjadi dictator Itali antara tahun 1922 hingga tahun 1943.Nazisme pula,muncul di Jerman lewat tahun 1920-an dan mejadi idealogi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman pada tahun 1933. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu.Benito Mussolini menubuhkan satu pasukan tentera khas bagi menghapuskan semua tentangan serta mengukuhkan penguasaanya sebagai ketua parti dan ketua negara.Fasisme menekankan dasar perluasan wilayah.
  • Adolf Hitler telah dilantik sebagai Canselor (Perdana Menteri) pada tahun 1933, mempunyai tentera peribadi (Parti Nazi) telah mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan melantik dirinya sebagai dictator Jerman sehingga tahun 1945. Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara,mengagungkan bangsa Jerman (bersifat anti-Yahudi dan anti-Slav),dan menyatukan bangsa Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan Timur. Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Eopah Timur merupakan kawasan penting bagi bangsa dan negara Jerman.

2) Kelemahan Perjanjian Versailles

  • Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin negara terumanya Jerman.Justeru itu,perang dunia kedua sering disebut “World War 2 resulted from the unfinished business of World War 1”. Adolf Hitler yang tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles telah melanggar perjanjian tersebut.Pada tahun 1935,Hitler telah mengumumkan pembentukan Tentera Udara Jerman.Seminggu selepas itu,Jerman memperkenalkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang mempunyai 500 000 anggota.Pada tahun 1936,tentera Jerman menawan kembali daerah Saar dan Rhineland yang diberikan kepada Perancis.
  • Adolf Hitler seterusnya beralih ke Poland. Tindakan, Adolf Hitler itu membimbangkan Britain dan Perancis,dan kedua-dua kuasa itu memberi jaminan akan membantu Poland jika diserang oleh Jerman.Pada bulan September 1939,seperti diduga Jerman menyerang Poland.Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.Dengan itu bermulalah Perang Dunia Kedua.
  • Perjanjian Versailles gagal memusnahkan negara Jerman seblaliknya Jerman hanya dapat dilemahkan buat sementara waktu sahaja.Ada dalam kalangan pemimpin Eropah yang tidak mahu Jerman dilemahkan terus kerana Jerman boleh member sumbangan kepada kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik di Eropah. Selain itu, Itali yang berada di pihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles.Hal ini kerana Itali tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya seperti tanah jajahan.

3) Desakan Ekonomi

  • Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York pada tahun 1929 dikatakan menjadi punca bermulanya kemelesetan ekonomi dunia.Para pemodal (pelabur) di Amerika Syarikat terjejas teruk sehingga mereka terpaksa menarik balik semua pinjaman yang telah berikan kepada pelabur di Eropah.Keadaan ini menyebabkan keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Semasa kemelesetan ekonomi,para petani kecil menghadapi masaalah memasarkan gandum sehingga remain petani menjadi miskin.Masaalah yang dihadapi oleh sector pertanian turut memberi kesan kepada industri pengguna dan kerjaan.
  • Masaalah pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya dalam kalangan kakitangan awam,manakala graduan universiti pula ramai yang menjadi penganggur.Di Jerman,pada tahun 1932 terdapat hampir enam juta pekerja yang menganggur. Krisis sistem kredit dan institusi bank turut menjejaskan perdangangan antarabangsa di Eropah.Pada tahun 1932,sebuah bank di Austria telah mengamalkan dasar tutup pintu. Pengunduran Britain daripada melibatkan diri dalam perdangangan di Eropah memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan kedudukan ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah yang kemudiannya menyebarkan pengaruh politiknya.

4) Sikap Negara-Negara Terlibat

  • Ameirka Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar pemencilan yang diamalkan sejak sekian lama.Amerika Syarikat berasa tergugat dengan dasar perluasan kuasa Jepun dan curiga dengan sikap British. Menjelang tahun 1930-an,Jepun cuba bersaing dengan Britain untuk menguasai perdangangan di China.Britain sedar bahawa tidak ada harapan untuk menewaskan Jepun jika mereka berperang di Asia Timur kerana Jepun memiliki angkatan tentera yang kuat manakala tentera British jumlahnya kecil di Asia Timur berbanding Jepun.
  • Oleh itu Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun dan menyatakan besediaan berunding soal pembahagian keuntungan yang diperolehi daripda aktiviti perdangangan di China.Sekiranya Amerika Syarikat bergabung dengan Britain untuk menyerang Jepun,sudah tentu Jepun dapat di tewaskan. Presiden Franklin D.Roosevelt member amaran kepada rakyat Amerika Syarikat supaya menyokong kerajaan kerana sikap agresif Jepun menguasai China pada tahun 1937 sebagai “the epidemic of world lawlessness is spreading”.
  1. C)  Penutup
  • Wujud 2 pemimpin iaitu Benito Mussolini yang mempunyai fahaman Fasisme dan Adolf Hitler yang mempunyai fahaman Nazism.
  • Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman kerana kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampas an perang yang tinggi.

Soalan 110: Huraikan peristiwa perang dunia kedua secara kronologi

Pendahuluan 

  • Selepas tamat perang dunia pertama, masih wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan  negara yang terlibat dalam peperangan tersebut. Antara Negara yang paling terjejas adalah Jerman. Jerman menganggap syarat-syarat yang di tetapkan dalam Perjanjian Versailles berta sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak tidak mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mengukuhkan kekuatan tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan Kuasa Berikat yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu, Jerman mewujudkan pakatan dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
  • Perkembangan ini telah menyebabkan wujud ketegangan antara kedua-dua belah pihak hingga menyebabkan dunia berada di ambang peperangan. Perang dunia kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1 september 1939.

Isi-isi Penting:

  1. Peperangan bermula
  • Menjelang awal tahun 1939, pasukan tentera Jerman menawan seluruh Czechoslovakia. Selepas itu, Jerman menuntut agar bandar raya daniz di Poland diserahkan kepada mereka dan menuntut sebidang tanah yang terletak di antara Jerman dan Prusia.
  • Perang Dumia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1 september 1939. Perkembangan ini menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 3 september 1939.
  1. Serangan blitzkrieg
  • Selepas peperangan diisytiharkan, Hitler menunjukkan kekuatannya menerusi serangan yang di kenali sebagai ‘Blitzkrieg’ atau serangan kilat. Panglima-panglima perang Jerman seperti Heinz Gderian dan Erwin Rommel telah menggunakan taktik ini dengan berkesan dalam medan perang. Pada 27 september 1939, pasukan tentera Jerman Berjaya menawan Poland dan keadaan menjadi senyap untuk beberapa bulan, iaitu antara bulan oktober 1939 hingga bulan april 1940.
  • Dalam tempoh tersebut, berlaku peperanga kecil. Tempoh waktu ini di kenali sebagai sitzkrieg ataupun Phoney War. Dalam pada itu, Rusia mengambil kesempatan melanggar dan menawan Latvia, Lithuania, Estonia dan beberapa bahagian Finland.
  1. Penaklukan barat daya Eropah
  • Menjelang bulan april 1940, tentera Jerman Berjaya menakluk Denmark dan Norway tanpa sebarang tentangan yang kuat. Pada bulan mei 1940, Jerman Berjaya menawan Belanda, Belgium dan Luxemburg. Selepas itu, tentera Jerman merempuh banteng pertahanan pasukan tenytera Berikat dan mara menuju ke Selat Inggeris.
  • Tentera Perancis dan British tidak dapat mempertahankan kemaraan tentera Jerman dan terpaksa berundur hingga ke pelabuhan Dunkrik. Adalah dianggarkan seramai 300 000 anggota tentera British terperangkap di pelabuhan Dunkrik.Dengan bantuan 900 buah kapal, tentera-tentera British Berjaya menyeberang Selat Inggeris.
  • Selepas itu, Jerman mula melancarkan serangan terhadap tentera Perancis di bahagian selatan. Pada bulan jun 1940, pasukan tentera Jerman Berjaya masuk ke wilayah Perancis selepas menyeberang Sungai Somme. Pada 14 jun 1940, tentera Jerman Berjaya menawan Paris dan akhirnya kerajaan Perancis menyerah diri pada 17 jun 1940.
  1. Empayar Jepun tumbang
  • Menjelang tahun 1942, Jepun mula mengalami kekalahan dalam pertempuran dengan tentera laut Amerika Syarikat di rantau Pasifik. Pada tahun 1942, Amerika Syarikat Berjaya menguasai kepulauan Marshall dan kepulauan Marianas daripada Jepun. Pada tahun 1945, Amerika Syarikat Berjaya menguasai Filipina daripada Jepun. Pangkalan-pangkalan tentera ini digunakan oleh kapal terbang B-29 milik Amerika Syarikat untuk mengebom bandar-bandar perusahaan Jepun yang penting.
  • Dalam satu battalion angkatan laut Amerika Syarikat bersedia untuk membuat serangan akhir ke atas Jepun. Sementara itu, tentera British di bawah pimpinan Lord Mountbatten mengundurkan tentera Jepun dari Myanmar. Tentera Jepun juga bersedia untuk menawan Tanah Melayu. Dalam pada itu, tentera pimpinan Chiang KaiShek mula menentang Jepun di China.
  1. Bom atom
  • Pada 26 Julai 1945, kerajaan Britain, Amerika Syarikat dan China membuat pengisytiharan bersama meminta Jepun supaya menyerah diri. Pada 6 Ogos 1945, sebuah kapal terbang B-29 telah menggugurkan bom atom ke atas bandar raya Hiroshima. Serangan tersebut menyebabkan hampir 60 000 nyawa terkorban dan lebih kurang 100 000 orang cedera. Pada 9 Ogos 1945, sebuah lagi bom atom digugurkan ke atas bandar Nagasaki. Pada masa yang sama, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas Jepun
  • Pada 14 Ogos 1945, kerajaan Jepun bersetuju tanpa syarat untuk menyerah diri. Penyerahan diri telah ditandatangani dengan rasminya pada 2 September 1945 di dalam kapal perang Amerika, Missouri di Teluk Tokyo. Peristiwa tersebut menandakan bahawa Perang Dunia Kedua tamat.

Penutup 

  • Peristiwa Perang Dunia Kedua ini menimbulkan banyak kesan kepada Negara Jerman, Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat . Dari sudut politik, penubuhan badan dunia yang dikenali sebagai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), kebangkitan semangat kebangsaan, Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia, perpecahan negara Jeman dan perubahan sempadan negara-negara Eropah.
  • Dari sudut ekonomi pula, kemusnahan ekonomi negara-negara Eropah, banyak nyawa yang terkorban dalam sejarah manusia dan Negara yang menang menuntut ganti rugi daripada Negara yang kalah dalam perang. Manakala dari sudut sosial pula, perubahan peranan kepada golongan wanita, timbul masalah pelarian dan perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah perang.

Soalan 111: Huraikan kesan-kesan akibat daripada Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan

  • Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat ,Britain, Perancis dan Rusia manakala Pakatan Paksi yang dianggotao oleh Jerman, Itali dan Jepun.
  • Perang dunia kedua melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah,Asia,Afrika, dan Kepulauan Pasifik.

 Isi-Isi Penting

1) Kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru

  • Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua,muncul dua kuasa besar baharu,iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.Kedua-dua kuasa tersebut berada dalam satu pakatan yang sama semasa Perang Dunia Kedua.Persaingan kedua-dua kuasa ini dalam kancah Perang Dingin menyebabkan dunia turut berpecah kepada tiga kelompok iaitu Negara-negara pro-Amerika Syarikat,Negara-negara pro-Soviet Union dan Negara-negara berkecuali.
  • Eropah terbahagi kepada dua blok,iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.Jerman dibahagi kepada dua dan Tembok Berlin memisahkan di bawah pengaruh komunis (Jerman Timur) dan pengaruh demokrasi (Jerman Barat).
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1945,iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal mengawal daripada berlakunya Perang Dunia Kedua. Sebuah majlis keselamatan telah dibentuk bagi mengawal keamanan antarabangsa.Majlis Keselamatan dianggotai oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat,Rusia,Perancis,Britain dan China.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa imperialis Barat tidak mampu lagi untuk mempertahankan empayar masing-masing di Asia dan Afrika sehingga proses kearah memerdekakan tanah jajahan itu tidak dapat dielakan.

2) Kesan Ekonomi dan Sosial

  • Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam.Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam di seberang laut telah dibawa pulang ke Jepun.Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan.Lebih kurang 167 000 bekas angota tentera Jepun dilarang mengambil bahagian dalam politik secara terbuka.Mereka didapati membawa Jepun ke kancah peperangan.
  • Program mengubah status petani-penyewa kepada perani-pemilik dilaksanakan. Hampir empat juta ekar tanah pertanian dibahagikan kepada tiga juta perani yang dahulunya menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah.
  • Selain itu, SCAP menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampong.Kurikulum pendidikan disusun semula dan semua kandungan yang berunsur ketenteraan dan ultra-nasionalis dihapuskan.Sebaliknya,digantikan dengan perkara yang menyemai sifat demokrasi, bertanggungjawab, dan individualisme.
  • Beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam bidang ekonomi ,politik,dan pendidikan telah mempercepatkan proses pemulihan Jepun serta membuka jalan kearah pemodenan Jepun.

3) Perang Dunia Kedua dan Penduduk Jepun

  • Nasionalisme di Burma dan Indonesia mendapat latihan ketenteraan di Jepun,Mereka menjadikan latihan tersebut sebagai usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.Hubungan antara Jepun dan Asia Tenggara turut terjejas buat sementara waktu dan dipulihkan secara beransur-ansur pada tahun 1950-an.
  • Dalam perjanjian San Francisco 1951 menetapkan bahawa Jepun membayar ganti rugi kepada negara-negara yang pernah ditaklukinya,walaupun keupayaan Jepun berbuat demikian agak terhad. Bagaimanapun, hubungan Jepun dan Asia Tenggara dapat dipulihkan dengan lebih cepar kerana kepentingan strategik Amerika Syarikat ekoran Perang Dingin.Bagi Amerika Syarikat,kemajuan ekonomi dapat menyekat pengaruh komunis di Asia Tenggara.

4) Jepun dibangunkan semula

  • Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia. Negara-negara Asia Tenggara seperti Burma,Filipina,dan Indonesia amat memerlukan bantuan luar negara bagi membiayai rancangan ekonomi selepas mencapai kemerdekaan.
  • Perang dunia kedua mengorbankan banyak nyawa.Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkorban akibat serangan bom manakala tenteranya berjumlah 500 000 terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi turut dialami oleh Rusia.Lebih kurang tujuh juta orang awam dan 11 juta tentera terkorban.Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera,lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Britain. Jumlah kematian berpunca daripada serangan tentera, serangan bom, serangan roket, penyakit, kekurangan makanan, pembunuhan dengan niat, dan kerja berat.

Penutup

  • Wujud dua kuasa besar iaitu Amerika Syaritkat dan Soviet Union. Dan terbentuk sebuah pertubuhan iaitu (PBB) dimana untuk mengawal keselamatan negeri.
  • Pihak bersekutu iaitu SCAP telah banyak menolong rakyat Jepun yang berada dalam kesusahan seklaigus memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam bidang ekonomi,politik dan pendidikan. Akibat daripada Perang Dunia Kedua banyak kematian telah berlaku.

Soalan 112: Huraikan Kesan Dari Aspek Politik Dan Ekonomi Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan :

  • Perang dunia kedua tercetus apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Poland pada tahun 1939. Dalam peperangan tersebut, Britain, Rusia, Perancis, dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat.
  • Dalam pada itu, Jerman, Itali, dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik.

Isi-isi Penting :

Aspek Politik

  1. a) Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
  • Selepas Perang Dunia Kedua, badan dunia yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. PBB memainkan peranan memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan. PBB juga memainkan peranan yang lebih aktif dengan memberikan bantuan kemanusian serta mencegah wabak penyakit berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.
  • Perang dunia kedua menunjukkan bahawa liga bangsa yang ditubuhkan selepas perang dunia kedua pertama gagal memainkan peranan dengan berkesan bagi menghalang peperangan.
  1. b) Dekolonisasi

  • Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk di Asia dan Afrika.  Perkembangan ini telah menyebabkan muncul gerakan nasionalisme bagi membebaskan tanah air daripada penjajah.
  • Selepas tamat perang, negara-negara Eropah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanh jajahan mereka. Perkembangan ini telah menyebabkan India dan Pakistan mencapai kemerdekaan daripada Britain pada bulan Ogos 1947. Seterusnya, Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan.
  1. c) Perang Dingin

  • Selepas perang tamat, Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia.  Hubungan antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi tegang sehingga mencetuskan perang dingin.
  • Semasa perang ini berlangsung, kedua-dua kuasa besar tersebut menggunakan pendekatan untuk mengukuhkan ideologi masing-masing. Perang ini berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
  1. d) Perpecahan Jerman

  • Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman dibahagikan kepada empat buah zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat, dan Soviet Union. Pada bulan Disember 1946, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka.
  • Dalam pada itu, Rusia bertindak membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan darat yang menghubungkan Jerman Timur dan Jerman Barat. Tindakan Rusia menyebabkan penduduk di Jerman Barat menghadapi masalah kebuluran.
  1. e) Perubahan Sempadan Negara-Negara Eropah

  • Perang Dunia Kedua menyebabkan berlaku perubahan dalam sempadan negara-negara Eropah. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi wilayah Jerman, Finland, Poland, Czechoslovakia, Romania, dan Jepun.
  • Perancis bertindak menguasai wilayah Saar dari Jerman manakala Poland menguasai wilayah Silesia dari Jerman. Poland mendapat ganti rugi dengan menguasai wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman. Jerman terlah kehilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia Kedua.

Aspek ekonomi :

               

  1. a) Kemusnahan ekonomi

  • Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara Eropah musnah. Peperangan ini menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang luas rosak dan pengeluaran hasil pertanian merosot.
  • Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara Eropah pada tahun 1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang dikeluarkan pada tahun 1938.
  1. b) Kehilangan nyawa

  • Perang dunia kedua merupakan peperangan yang mengorbankan banyak nyawa dalam sejarah manusia. Selain serangan bom, angka kematian yang tinggi juga disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kekurangan makanan.
  • Sementara itu, dalam kalangan pihak Berikat, negara yang mengalami kehilangan nyawa paling tinggi ialah Rusia.
  1. c) Ganti rugi perang

  • Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut ganti rugi daripada negara-negara yang kalah dalam peperangan. Menurut Perjanjian Damai Paris, Hungary, Findlad, dan Romania dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Soviet Union.
  • Amerika Syarikat turut mendapatkan paten (hak cipta) bagi semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saitis Jerman.

Penutup :

  • Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik. Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.

Soalan 113: Huraikan kesan dari aspek sosial dan ketenteraan Perang Dunia Kedua.

Pengenalan:

  • Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh Chinadengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
  • Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara KomanwelPerancisAmerika SyarikatKesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.

Isi-isi Penting:

Kesan Sosial

Perubahan Peranan Wanita.

  • Perang Dunia Kedua telah menyebabkan wanita turut mengalami perubahan. Penglibatan ramai golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan pekerja di sector perindustrian dan perkilangan.
  • Kaum wanita mula mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh kaum lelaki di sektor perindustrian. Ramai kaun wanita kini menjadi pekerja dan buruh di kilang-kilang.

Masalah Pelarian.

  • Lebih kurang enam juta kumpulan etnik minority Jerman di Czechlovakia dan Hungrary  menjadi pelarian.
  • Ratusan ribu pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke Negara asal mereka telah menjadi orang pelarian.

Perbicaraan Jenayah Perang.

  • Selepas tamat Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah telah diadakan di Nuremberg. Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945 hingga 1947 terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang.
  • Perbicaraan ini telah dikendalikan oleh para hakim dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia. Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah pengadilan atas tuduhan jenayah perang. 25 orang tekah dikenakan hukuman mati, 20 orang dikenakan hukuman penjara manakala 35 orang dibebaskan.

Kesan Ketenteraan

Kemajuan Teknologi Perang

  • Perang dunia kedua juga menyaksikan perkembangan pesat dalam teknologi peperangan.Perkembangan teknologi peperangan telah menyebabkan Negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta kapal-kapal terbang yang mengunakan teknologi terkini.
  • Selain itu, menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, peluru berpandu turut digunakan dalam medan peperangan.

Teknologi Nuklear

  • Perkembangan yang paling penting dalam bidang teknologi ketenteraan ialah kemajuan dalam penggunaan senjata nuclear. Menerusi Projek Manhattan, saintis Amerika Syarikat dan Britain di bawah pimpinan Robert Oppenheimer Berjaya mencipta bom atom.
  • Kemuncak kepada perkembangan teknologi nuclear adalah pengguguran bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

 

 Teknologi Persenjataan

  • Selepas tamat Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam peperangan mula melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih.

Penutup:

  • Umumnya dapat dikatakan bahawa peperangan dimulai saat Jerman menginvasi Polandia pada 1 September 1939, dan berakhir pada tanggal 14 OGOS 1945 pada saat Jepun menyerah kepada tentara Amerika Serikat.
  • Secara rasmi PD II berakhir ketika Jepun menandatangani dokumen Japanese Instrument of Surrender di atas kapal USS Missouri pada  2 September 1945, 6 tahun setelah perang dimulai.

Soalan 114: Terangkan sebab-sebab meletusnya perang kedua di Asia.

Pendahuluan

  • Selepas 20-tahun tamatnya Perang Dunia Pertama,sekali lagi dunia diselubungi peristiwa ngen yang lebih dasyat iaitu perang dunia kedua.Perang ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945.
  • Melibatkan dua pakatan iaitu kuasa berikat yang dianggotai Amerika Sarikat, Britain, Perancis, dan Rusia.Pakatan Paksi yang disertai Jerman,Itali,dan Jepun. Melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di Eropah, Asia, Afrika,dan Kepulauan Pasifik.

Isi-isi Penting

  1. Nasionalisme Melampau (Ultranasionalisme)
  • Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran baru nasionalisme Jepun.Beliau mencadangkan pembentukan semula Negara Jepun oleh tentera dan dilakukan atas nama maharaja. Pada tahun 1927,sebuah organisasi sulit telah ditubuhkan oleh pegawai-pegawai muda tentera termasuk mereka yang berkhidmat di Staf Angkatan Bersenjata di Tokyo bagi merancang perubahan politik Jepun. Pegawai-pegawai kerajaan khususnya di Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan ketenteraman awam turut menyokong pasukan tentera. Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera ini berpunca daripada kemerosotan politik berparti dan masalah kemelesetan ekonomi.Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan perjalanan demikrasi Barat kerana gejala rasuah berleluasa yang berlaku dalam kalangan ahli-ahli parlimen Jepun.
  • Selain itu,ahli-ahli politik dilihat mempunyai hubungan erat dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.Gejala rasuah merupakan salah satu punca melemahkan kerajaan (parti politik) yang memerintah dan membantu golongan tentera merampas kuasa politik di Jepun. Tindakan tentera merampas kuasa turut dipengaruhi oleh kebimbangan bahawa kerajaan awam akan menyekat tentera seperti yang pernah dialkuakan  oleh Hamaguchi pada tahun 1930.Hamaguchi telah memberi sokongan kepada Perjanjian Tentera Laut London yang mengenakan pelbagai sekatan kepada tentera laut Jepun.Sekatan yang dikenakan bertujuan menghalang angkatan tentera laut Jepun daripada menandingi kekuatan tentera Barat.
  • Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929 telah memberi kesan ketara kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani.Permintaan sutera mentah yang menjadi eksport tunggal Jepun yang terbesar dalam pasaran Amerika Syarikat jatuh mendadak.Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima kesan yang sangat besar.
  • Keengganan kerajaan menurunkan cukai ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh sebanyak 50 peratus berserta hutang yang semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun.Banyak berlaku kes kebuluran di kawasan pertanian ditambah pula dengan hasil padi yang tidak menjadi.Selain itu,berlaku pergaduhan antara petani,penyewa dan tuan tanah di kawasan-kawasan tertentu.
  • Teras anggota tentera datangnya dari kaum petani dan ramai pegawai tentera berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil.Mereka terharu dengan pendritaan golongan petani dan bagi pegawai-pegawai pula,mereka simpati dengan keadaan petani dan merasai bahawa politik berparlimen sedang merosakkan Jepun dan hanya dengan mengambil ahli pemerintahan golongan tentera sahaja,negara Jepun dapat diselamatkan.
  • Pada tahun 1934, Jepun telah menarik balik sokongan yang pernah diberikannya kepada Perjanjian Tentera Laut London dan Washington kerana pada pandangan Jepun.Selepas tahun 1936,kedudukan tentera dalam politik tidak lagi dicabar. Golongan tentera berjaya mendominasikan kerajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Februari 1936.Seramai 1 400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang,dan Bangunan Diet.
  • Pada tahun 1940, parti-parti politik telah dimansuhkan.Sehubungan itu, kerajaan mula menyediakan Jepun kea rah peperangan.Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun.
  1. Ekonomi
  • kesan pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada industi merupakan salah satu factor Jepun melakukan imperialisme dan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang diperoleh dari luar negara kesan pasaran domestic yang lemah serta bahan mentah yang terhad. Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun.Di kedua-dua kawasan ini,Jepun merupakan pelabur kedua terbesar selepas Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan,orang Jepun juga menguasai perdagangan dalam negeri.
  • Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrahan Jepun.Antara tahun 1932 hingga 1937,Jepun telah menumpukan sepenuh perhatian kepada wilayah ini kerana mempunyai arang batu dan besi yang boleh digunakan untuk industri kereta dan kapal terbang.Manchuria juga boleh dijadikan pusat penghasilan makanan yang berpotensi. Sejak dahulu lagi Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dan China.Kedua-dua negara menghadapi beberapa isu.Salah satu daripadanya berhubung dengan 800 000 rakyat korea di Manchuria yang telah menjadi warganegara Jepun selepas tahun 1910.Orang China menentang perolehan tanah di Manchuria oleh orang Korea.
  • Jepun dan China juga berselisih faham tentang isu perkhidmatan kereta api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun.Kerajaan China menentang monopoli perkhidmatan kereta api tersebut oleh Jepun lantas kerajaan China membina landasan kereta api baharu yang selari dengan landasan kereta apai tersebut.Keadan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun. Pada tahun 1937,meletus perang China-Jepun yang berakhir dengan kemengan di pihak Jepun.Amerika Syarikat berazam mahu menghentikan penduduk Jepun di China lalu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua eksport ke Jepun serta membekukan harta Jepun di Amereika Syarikat.
  • Langkah yang sama diambil oleh Britain dan Belanda.Dengan itu, Jepun kehilangan sumber minyak dan sumber ini amat penting bagi tujuan menjalankan dasar imperialisme.Kuasa-Jepun meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun igin menakluk Asia Tenggara dengan tujuan mendapatkan logam dan minyak dari rantau ini dan tidak lagi bergantung kepada bekalan dari amerika Syarikat.
  1. Keselamatan Negara
  • Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia Kedua di Asia. Isu keselamatan negara bukan muncul secara mendadak tetapi telah diutarakan sekitar pertengahan abad ke-18.Ketika itu Jepun menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat,seorang Intelek Jepun,Yoshida Shoin mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan Pertahananya dengan memajukan Pulau Hokaido,menakluki Kepulauan Ryukyu (Okinawa),menguasai Manchuria,Farmosa (Taiwan),dan menjadikan Korea sebagai negeri naungan.
  • Seorang lagi tokoh di Jepun yang membicarakan konsep keselamatan negara Jepun ialah Yamagata Aritomo.Beliau ialah pemimpin kerajaan Meiji dan pengasas tentera Jepun moden.Oleh kerana pada tahun 1880-an dan 1890-an,Jepun masih lagi menghadapi asakan kuasa Rusia dan Britain,Yamagata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara.Yamagata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan yang berhampiran:Jepun yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.
  • Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia dan garis kepentingan negara berubah lagi selepas berlakunya perang China-Jepun pada tahun 1937.

Penutup

  • Keghairahan Jepun untuk menjadi kuasa dominan di Asia membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa Barat mempuyai kepentingan ekonomi di Asia.
  • Ancaman Jepun terhadap kepentingan keselamatan dan ekonomi Barat menyebabkan kuasa Barat berusaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan Jepun.

4.2.3 Perang Dingin

Soalan 115: Huraikan faktor-faktor tercetusnya Perang Dingin (1945-1955)

Pendahuluan

  • Istilah perang dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapan kepada Jawatankuasa Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujut arntara Amerika Syarikat dan Soviet Union.
  • Perang ini merujuk kepada konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui cara-cara politik,ekonomi,dan psikologi.Apabila tercatusnya perang dingin, kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversive, propaganda, pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.

Isi-isi Penting

  1. Perbezaan Ideologi Politik
  • Perbezaan ideology politik.Terdapat perbezaan ideology politik yang amat ketara antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa besar ini mengamalkan sistem pemerintahan yang amat bertengagan. Amerika Syarikat memperjuangkan sistem pemerintahan yang megutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul, menyuarakan pendapat, dan kebebasan media manakala Soviet Union pula merupakan jaguh sistem pemerintahan sosialis yang beteraskan ideologi komunis.
  • Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di  Soviet Union diterajui oleh Parti Komunis.Dalam sistempemerintahan komunis, rakyat  tidak di beri kebebasan untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka.  Perbezaan ideologi politik antara sistem pemerintahan demokrasi dan sistem pemerintahan komunis menyebabkan hubugan antara kuasa besar ini menjadi rengang.

 

  1. Perbezaan Sistem Ekonomi
  • Dalam sapek ekonomi, Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem yg bebas daripada campur tagan kerajaan dan mengalakkan ekonimi perdagangan bebas.
  •  Soviet Union pula tidak mengalakkan kegiatan ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi barat dan Soviet Union tidak mengalakkan Negara-negara sosialis melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa dan bimbang pangaruh dari barat akan mengancam regim totalitarian tersebut. Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan mengancam regim totalitarian.
  1. Kemunculan Kuasa Dunia Yang Baharu        
  • Perang Dunia Kedua menyebabkan bilangan Negara yang bertaraf kuasa besar dunia telah berkurangan. Negara-negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan dan menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua. Britian dan Perancis telah menjadi lemah daripada segi ketenteraan dan ekonomi.Malah Negara seperti Britian, Jerman, Jepun, dan Perancis kini bergantung kepada Amerika Syarikat yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membagunkan semula ekonomi mereka.
  • Perkembangan ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia, iaitu Amerika Syarikat dan soviet Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

 

  1. Dasar Peluasan Pengaruh Soviet Union Di Eropah
  • Menjelang akhir tahun 1944, Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak membebaskan dan mengawal sebahagian besar Negara-negara di Eropah Timur di bawah pengaruh mereka. Semasa persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945, Soviet Unoin menguasai kawan yang meganjur hingga ke garisan Curzon yang dijadikan sempadan antara Soviet Union dan Poland.
  • Semasa Perang Dunia Kedua hamper tamat, Soviet Union bertindak megukuhkan cengkamannya terhadap Negara-negara di Eropah Timur.Malah tentera Merah Soviet Union turut menpegaruhi pilihan raya yang diadakan di Negara-negara Eropah Timur.Selain itu,kerajaan-kerajaan yang bertindak di Eropah Timur juga didominasi oleh golongan komunis.
  • Stalin mengalakkan golongan komunis di Eropah Barat untuk memainkan peranan aktif dalam pilihan raya umum yang diadakan di Negara-negara tersebut.Perkembangan ini menyebabkan hubugan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat menjadi regang dan tercetus Perang Dingin.
  1. Perkembanagan semasa Perang Dunia Kedua
  • Menyebabkan hubugan antara Amerika Syarikat, Soviet Union, dan Britian telah menjadi renggang sebelum Perang Dunia Kedua tamat.Hubugan yang semakin renggang antara ketiga-tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam Persidangan Yalta(Februaru 1945) dan Persidangan Piotsdam(Julai 1945) yang diadakan untuk menentukan alah tujuh dan kerjasama antara negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua tamat.
  • Dalam persidangan di Yalta, tiga pemimpin utama.iaitu Roosevelt, Winton Churchill, dan Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur yang diduduki atau dibebaskan oleh Soviet Union.Dalam pada itu, Stalin pula berazam untuk menubukan kerajaan komunis di Negara-negara yang didudukinya demi keselamatan pada masa itu.
  • Dalam Persidangan Potsdamyang diadakan pada Julai 1945 Prisiden America Syarikat Harry Truman menuntut agar pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur yang dikuasai oleh Soviet Union.Tetapi stalin menolak tuntutan Harry Truman kerana Negara-negara tersebut akan menubuhkan kerajaan anti-Soviet Union.

 

  1. Hubugan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Hubugan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union  menjadi semakin buruk seklepas bulan Mei 1945.Hal ini kerana tindakan Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Soviet Union untuk membagunkan semukla negaraselepas perang megeruhkan hubungan antara kedua-dua kuasa besar tersebut.
  • Hubugan bertamba buruk lagi apabila Winston Churchill dalam ucapannya pada Mac 1946 menyatakan bahawa terdapat `tisai besi` yang menganjur dari Stettin di Baltik hinhha keTrieste di Adriatik.Menurut beliau `tirai besi` ini memisahkan Eropah Timur degan Eropah Barat.
  • Amerika Syarikat dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak ke Eropah Barat.Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada `teori domino` iaitu apabila sesebuah Negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu Negara-negara lain akan jatuh ke tagan komunis.
  • Perkembagan ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britian hingga kedua-dua Negara tersebut bertekad bagi menyekat perkembagan komunis di mana-mana Negara.Keadaan ini telah mencetuskan ketegangan antara kedua-dua Negara serta merancakkan Perang Dingin.

Penutup

  • Kedua-dua kuasa besar ini bersaing antara satu sma lain debgabn pelbagai pendekatan seperti diplomatic, ekonomi, politik, dan psikologi untuk megukuhkan ideology dan pengaruh masing-masing. Perang dingin bermula di benua Eropah telah tersebar ke bahagian lain seluruh dunia.
  • Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980am dan berahir ekoran daripada keruntuhan Negara-negara komunis di Eropah timur pada tahun 1989.

Soalan 116: Huraikan faktor-faktor perang dingin di Eropah pada tahun 1945-1955

Pendahuluan :

  • Istilah perang dingin dipelopori oleh Bernard Baruch dalam ucapannya kepada Jawatankuasa Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Ini merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini berlaku tanpa sebarang pertempuran bersenjata. Negara-negara komunis diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
  • Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalinkan kegiatan subversif, propaganda, pengintipan dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka. Menurut sejarawan, perang dingin bermula pada tahun 1947, apabila Presiden Harry Truman, mengisytiharkan dasar antikomunis yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’. Perang ini berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an.

Isi-isi penting :

  1. Doktrin Truman
  • Perang dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan bahawa segala bantuan yang diberikan kepada Soniet Union dihentikan. Pada Oktober 1945, beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak mengiktiraf mana-mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya.
  • Pada tahun 1946, Presiden Harry Truma menekankan dasar Amerika Syarikat yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung pengaruh komunis. Kenyataan ini, menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat menentang peluasan pengaruh Soviet Union dan ideology komunis keseluruh dunia. Berpandukan kepada doktrin, Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Turki dan Greece untuk menghadapi ancaman komunis.
  1. Tirai besi
  • Pada bulan Mac 1946, Perdana Menteri Britian Winston Churchill memberitahu bahawa terdapat ‘tirai besi’ yang memisahkan Eropah kepada 2 blok yang bermusuhan, iaitu blok komunis dan blok bukan komunis.
  • Kewujudan tirai besi menyebabkan hubungan perdagangan antara blok-blok ini amat terhad, manakala hubungan biasa secara perseorangan hampir tidak wujud.
  1. Rancangan Marshall
  • Pada tahun 1947, Amerika Syarikat melancarkan perancangan Rancangan Marshall untuk membantu negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik di negara tersebut. Soviet Union menolak Rancangan Marshall walaupun pada awalnya menyertai perbincangan rancangan ini. Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam hal negara lain.
  • Soviet Union enggan menerima bantuan dan memaksa negara-negara Eropah timur yang lain untuk berbuat demikian. Di bawah Rancangan Marshall, Amerika Syarikat membekalkan bahan-bahan mentah, jentera, minyak dan baja bernilai $ 3000 juta dollar Amerika.
  1. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC)
  • Penubuhan OEEC untuk menguruskan Rancangan Marshall menambahkan ketegangan antara timur dan barat. Pertubuhan ini dianggotai oleh 16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Melalui pertubuhan ini, Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi menjalinkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara. Ekoran dari bantuan itu, Eropah barat mengalami pemulihan ekonomi yang ketara.
  • Pembangunan ekonomi dan kemakmuran yang dikecapi oleh penduduk menyebabkan perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat.
  1. CAMECON
  • Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall, Soviet Union mula mengawal negara-negara Eropah timur di bawah pengaruh komunis. Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform untuk menyelaraskan kegiatan parti-parti komunis Eropah.
  • Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama ekonomi bagi negar-negara Eropah Timur dalam COMECON. Perkembangan ini melebarkan jurang antara Timur dan Barat di Eropah.
  1. Perkembangan pengaruh komunis di Eropah Timur :
  • Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Soviet Union mula mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur, dengan menempatkan tenteranya di Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia, bahagian timur Jerman dan Austria. Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis, malah menggunakan kuasanya untuk mengendalikan dasar-dasar dalam dan luar negara-negara tersebut.
  • Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintah  komunis jelas ketara di Poland, Czechoslovakia dan Yugoslovia.

(1) Pengaruh komunis di Poland

  • Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam mengukuhkan pengaruh komunis di Poland. Parti yang bukan komunis seperti Parti Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja Poland yang merupakan parti politik komunis. Malah Soviet Union juga bertindak menyingkirkan 75 000 anggota komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan serta panduan yang ditetapkan oleh Soviet Union.
  • Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis, Gomulka dipaksa meletakkan jawatan kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslovia.

 

(2) Pengaruh komunis di Czechoslovakia :

  • Sebelum Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia merupakan negara yang paling maju dalam bidang perindutrian di Eropah Timur dan mempunyai pengalaman dalam pemerintahan demokrasi. Selepas Perang Dunia Kedua, Parti Komunis mendapat sokongan yang meluas daripada golongan pekerja dan intelek ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman. Parti komunis telah menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan parti-parti berhaluan kiri di bawah kepimpinan Klement Gottwald.
  • Pada bulan Febuari 1948, kerajaan baharu ditubuhkan oleh Parti Komunis dan Parti Demokrat. Seterusnya berlaku gerakan untuk menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan-jawatan kerajaan. Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan dalam parti itu. Pemimpin-pemimpin yang menunjukan taat setia kepada Rusia dikekalkan berkuasa.

(3) Pengaruh komunis di Yugoslavia :

  • Parti Komunis Yugoslavia dibawah pimpinan Tito tidak mempunyai hubungan mesra dengan Soviet Union. Menjelang tahun 1948, timbul perselisihan faham yang amat ketara antara Tito dan Stalin. Soviet Union menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tuntutan Yugoslavia terhadap Carinthia di Austria. Malah Rusia juga menuduh Yugoslovia memberi layanan buruk terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut. Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito enggan menerima rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin.
  • Dalam pada itu, Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu pakatan dalam kalangan negara-negara Balkan. Rancangan Tito bertentangan dengan kehendak Soviet Union sehingga beliau dituduh sebagai tali barut Amerika Syarikat. Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia disingkirkan daripada Gerakan Komunis Antarabangsa.
  • Dalam pada itu, kuasa-kuasa Barat pula bersedia menghulurkan bantuan ekonomi kepada Yugoslavia. Komunisme nasional bebas yang diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripada negara-negara komunis lain. Ekoran perkembangan ini, Soviet Union mula menjalankan gerakan pembersihan dalam kalangan pemimpin-pemimpin komunis tempatan di Hungary, Poland, Romania, Bulgaria dan Czechoslovakia.

(4) Pengaruh komunis di Greek :

  • Semasa Perang Dunia Kedua, Parti Komunis Greek memainkan peranan dalam penentangan terhadap Jerman. Pada tahun 1944, Parti Komunis turut menyertai kerajaan campuran. Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan kerajaan agar gerila komunis meletakkan senjata.
  • Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan berjaya dalam pilihan raya umum. Kejayaan ini disusuli dengan tindakan menindas penyokong-penyokong komunis. Golongan komunis mewujudkan pasukan gerila di Macedonia untuk bertindak balas. Komunis turut mendapat bantuan dan sokongan daripada Yugoslavia. Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan Amerika Syarikat selepas tahun 1947. Menjelang tahun 1949, gerila-gerila komunis dapat ditewaskan.
  1. Perkembangan politik di Eropah Barat :
  • Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula ekonomi mereka. Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi, pengangguran dan kebuluran. Perkembangan ini menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat sokongan rakyat di Perancis dan Itali. Umpamanya, kerajaan campuran pertama diwujudkan di Perancis di bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti Komunis Perancis.
  • Menjelang tahun 1947, Parti Komunis menjadi pembangkang di Perancis dan mula mendapat tempat di Itali pada tahun 1948. Parti Komunis Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh de Gasperi yang merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat.
  1. Masalah perpecahan Jerman
  • Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua adalah pembinaan semula ekonomi dan politik Jerman. Negara Jerman telah dibahagikan kepada 4 kawasan yang ditadbir oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, British dan Perancis. Manakala ibu negeri Jerman, Berlin dibahagikan kepada 4 sektor. Suruhanjaya Kawalan Berikat telah ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman. Menjelang tahun 1948, Soviet Union telah memiliknegarakan semula industry di Jerman Timur, juga bertindak merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar.  Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti Komunis dan Parti Sosial Demokrat. Sebenarnya, sistem pentadbiran komunis telah diperkenalkan oleh Soviet Union di Jerman Timur.
  • Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah menyatukan kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka untuk tujuan ekonomi. Pada tahun 1948, Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis telah membuat keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian London. Perkembangan ini menyebabkan muncul dua buah parti politik, iaitu Parti Kristian Demokrat di bawah pimpinan Konrad Adenauer dan Parti Sosial Demokrat di bawah pimpinan Kurt Schumacher di Jerman Barat.  Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan yang agak ketara Jerman Barat dan Jerma Timur. Perpecahan ini menyebabkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat semakin renggang.
  1. Pengepungan Berlin :
  • Pada bulan Febuari 1948, panglima tentera Soviet Union, Sokolovsky mendakwa seluruh Kota Berlin adalah sebahagian daripada Rusia. Sementara itu, pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Belgium, Belanda dan Luxembourg yang mengadakan pertemuan di London bersetuju untuk mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat. Konfrontasi secara terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan untuk menilai semula mata wang Jerman. Tujuan penilaian semula mata wang ini dilakukan adalah untuk Membantu pemulihan ekonomi dan Menentang pasaran gelap
  • Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang wang bertentangan dengan Perjanjian Postdam. Malah Soviet Union berpendapat tindakan tersebut akan menyebabkan nilai mata wang Jerman Timur merosot dn ini menghalang hubungan ekonomi antara Jerman Timur dan Jerman Barat.  Seterusnya, Soviet Union mengambil langkah untuk menghalang penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin. Pada bulan Jun 1948, Soviet Union menutup semua laluan darat ke bahagian barat Berlin. Ini menyebabkan bahagian yang di kuasai oleh Barat mendapat bekalan melalui pengangkutan udara.
  • Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh kedua-dua pihak dan sebagai susulannya, jalan-jalan darat dibuka semula. Dalam perjanjian tersebut keempat-empat kuasa yang mentadbir Jerman bersetuju Jerman yang akan dibahagikan pada masa akn dtang. Perjanjian tersebut membawa kpd penubuhan 2 buah ngara iaitu : Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur). Republik Persekutuan Jerman ditubuhkan pada bulan Mei 1949 dan ibu negerinya terletak di Bonn. Manakala, Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada Oktober 1949 dengan ibu negerinya di Berlin.

Kesimpulan

  • Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di Vietnam.
  • Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO, SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali menerusi NAM.

Soalan 117: Huraikan Perang Dingin di Asia pada tahun 1945-1955

Pendahuluan

  • Selepas tamat perang dunia kedua, keadaan politik dinegara-negara asia menjadi tidak stabil. Di China berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze Tung dan puak Kuomintang dibawah pimpinan  Chiang Kai-Shek.
  • Keadaan menjadi buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu, Amerika Syrikat dan Soviet Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara. Peperangan ini berlaku dinegara-negara asia disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa besar iaitu, Perang Korea(1950-1953) dan Perang Vietnam Pertama(1946-1954).

Isi-isi Penting:

  1. China menyertai blok komunis

  • Pada tahun 1930-an kerajaan nasionalis China dibawah pimpinan chiang kai-shek menerima cabaran daripada pihak komunis. Pada tahun 1949, Parti Komunis China pimpinan Mao Tze Tung berjaya menewaskan Kuomintang dalam perang saudara. Pemimpin Kuomintang, Chiang kai-shek berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan dengan bantuan Amerika Syrikat.
  • Penyertaan China dalam blok komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara dramatis. Amerika Syrikat memberikan bantuan kepada Chiang kai-shek untuk menentang penguasaan komunis namun usaha tersebut menemui kegagalan. Amerika Syrikat bertindak tidak mengiktiraf kerajaan komunis dan mendesak Taiwan mengekalkan kerusi China di bangsa-bangsa bersatu.
  1. Perang korea (1950-1953)

  • Perang korea yang meletus pada tahun 1950 telah merancakkan perang dingin antara Amerika Syrikat dan Soviet Union. Selepas perang dingin kedua, tentera Amerika Syrikat menduduki bahagian korea selatan manakala Soviet Union menguasai korea utara. Pada bulan Februari 1948, korea utara mengisytiharkan dirinya sebagai Republik Demokrat Rakyat Korea. Kerajaan yang berasingan ditubuhkan di Korea Selatan dibawah pimpinan Presiden Dr.Syngman Rhee.
  • Selepas pengunduran  tentera Amerika Syrikat pada tahun 1948 dan tentera Soviet Union pada tahun 1946wujud ketegangan antara korea utara dan korea selatan. Keadaan politik di korea selatan tidak stabil dan pengaruh komunis mula menular dalam kalangan rakyat miskin. Pada bulan Jun 1950, tentera Korea Utara menyeberangi garis lintang 38 darjah dan menceroboh korea selatan.
  • Majlis keselamatan PBB bertindak meluluskan resolusi mengutuk tindakan korea utara. Pasukan tentera Amerika Syrikat dihantar  ke korea selatan dan diikuti oleh tentera British, tentera Komanwel dan Turki sebagai sebahagian daripada pasukan tentera PPB. Pasukan tentera PPB dibawah pimpinan Jeneral MacArthur berjaya mara ke garis lintang 38 darjah. Jeneral Mac Arthur merancang untuk terus mara ke utara hingga ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China. Kerajaan China menghantar askar-askarnya untuk membantu Korea Utara.
  • Tentera PBB pimpinan Jeneral MacArthur mengalami kekalahan dan berundur ke selatan. MacArthur bercadang untuk mengebom pusat-pusat industri China di Vumuria. Amerika Syarikat menarik balik daripada mengambil risiko ini dan MacArthus dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman. Cadangan Soviet Union di PBB, satu perdamaian sementara diwujudkan pada bulan Jun 1951. Peperangan di Korea jelas menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang menular di rantau Timur Jauh.
  1. Perang Vietnam

  • Selepas perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-kuasa besar di Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman daripada komunis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian utara Vietnam jatuh ke tangan komunis.
  • Rundingan yang diadakan di Geneva bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berdasarkan garis lintang 17 darjah. Kerajaan komunis telah ditubuhkan di bahagian utara di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Kerajaan bukan komunis ditubuhkan di selatan di bawah pimpinan Ngo Dinh Diem. Pada tahun 1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam Selatan.
  • Saki-baki anggota gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam Selatan mula menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Amerika Syarikat menambah bantuan tentera kepada Vietnam Selatan. Amerika Syarikat bertindak melancarkan serangan bom di Vietnam Utara mulai tahun 1965.
  • Pada tahun 1967, Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tentera untuk berjuang bersama tentera Vietnam Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat bantuan ketenteraan daripada Soviet Union dan China.
  1. Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)

  • Pada tahun 1954, satu pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan. Negara-negara yang dianggotai pakatan ini terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, Britain, Perancis, New Zealand, Filipina, Thailand, dan Pakistan.
  • Penubuhan SEATO adalah menyekat keluasan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Myanmar dan Indonesia tidak menyertai SEATO kerana bimbang pakatan tersebut meningkatkan ketidakstabilan politik di rantau Asia Tenggara. Negara-negara tersebut mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal ketenteraan.

Kesimpulan

  • Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di Vietnam.
  • Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO, SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali menerusi NAM.

Soalan 118: Huraikan kesan-kesan perang dingin pada tahun 1945-1955.

Pendahuluan:

  • perang dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Perang ini melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi.
  • Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalanan kegiatan subversive, propaganda, pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.

Isi-isi Penting:

Kemunculan Perikatan Tentera

  • Selepas Perang Dingin Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat. Kebangkitan Soviet Union menyebabkan negara-negara Eropah Barat mewujudkan Perikatan Tentera.
  • Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian Brusells. Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.

Penubuhan Pakatan NATO dan WARSAW

  • Pada tahun 1949 pula, Blok Komunis menyertai China selepas Parti Komunis China (PKC) memenangi Perang Saudara dimana PKC dipimpin oleh Mao Tse-Tung. Kerana perbezaan pengamalan sistem politik dan ekonomi, kedua-dua blok bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan seperti perang kilat.  Amerika Syarikat (AS) membentuk pakatan tentera yang digelar sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO). NATO disertai oleh negara-negara yang mengalami ancaman daripada komunis.
  • Sebagai balasan, Blok Komunis menubuhkan Pakatan Warsaw yang beranggotakan seluruh negara-negara Eropah Timur. NATO dan Pakatan Warsaw ini masing-masing mempunyai senjata nuklear. Manakala satu lagi pakatan iaitu South-East Asia Treaty Organisation (SEATO) yang disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand ditubuhkan bagi menghalang komunis ataupun kerajaan Rusia dan China berpengaruh di Asia .

Dunia terbahagi kepada Blok Kapitalis dan Blok Komunis

  • Akibat Perang Dingin yang paling ketara adalah, terbahaginya dunia kepada dua blok yang berbeza iaitu Blok Kapitalis dana Blok Komunis. Dapat dilihat bahawa, Jerman telah berpecah kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat dimana ini melambangkan bagaimana blok-blok ini wujud .
  • Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat manakala tentera Rusia berpihak di Jerman Timur. Sistem demokrasi diamalkan oleh Jerman Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan sistem komunis. Tembok Berlin telah dibina bagi memisahkan dua negara Jerman, dimana Ibu kota lama Jerman dibahagikan dua kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia .

Perlumbaan senjata dan ketenteraan

  • Pertelagahan dua kuasa besar ini menyebabkan masing-masing mahu memberi perhatian terhadap keupayaan ketenteraan. Akibatnya berlaku perlumbaan senjata tetapi masing-masing cuba mengelakkan perselisihan yang mungkin akan tercetusnya peperangan yang lebih besar.  AS dan Rusia menggunakan pelbagai inisiatif bagi memperjuangkan kepentingan masing-masing termasuklah melakukan kegiatan subversif ,  pengintipan , dan berperang melalui sekutu-sekutu mereka sehingga melibatkan benua Asia.
  • Contohnya yang berlaku di China, AS cuba membantu Chiang Kai-Shek menentang Parti Komunis China (PKC). Namun, PKC memenanginya dan membawa kepada penyatuan AS dengan Jepun yang sebelumnya adalah negara musuh yang sangat ditakuti . Ini kerana, AS mahu membantu Jepun menggugat keselamatan China .

Kemunculan negara-negara berkecuali

  • Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunie ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada blok komunis atau blok kapitalis.
  • Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis.

Tamparan buat Asia

  • Perang Dingin juga memberi tamparan hebat buat Asia apabila tercetus di benua Asia sebuah peperangan yang berlanjutan selama tiga tahun iaitu Perang Korea. Dalang berlakunya Perang Korea ini adalah dua kuasa besar yang terlibat dalam Peang Dingin, dimana Rusia dan China memberi sokongan kepada Korea Utara menentang Korea Selatan yang mendapat pula sokongan daripada AS.
  • Sehingga kini kita dapat lihat bagaimana kesan Perang Dingin ini telah membina tembok yang cukup kuat antara dua buah kerajaan negara Korea. Begitu juga yang berlaku di Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Mujurlah Vietnam mampu menyelesaikan konflik mereka sendiri atas pimpinan nasionalis mereka Ho Chi Minh.  Biarpun politik dunia dipengaruhi oleh Perang Dingin, banyak negara yang tidak mahu terlibat dalam persengketaan mereka dan tidak menyokong mana-mana blok  dan negara-negara ini digelar sebagai Negara-negara Dunia Ketiga .

Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)

  • Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis yang dikenali sebagai SEATO ditubuhkan.
  • Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.

Penutup

  • Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989. Biarpun politik dunia di pengaruhi oleh Perang Dingin, tetapi byk Negara yg tidak mahu melibatkan diri dalam persengketaan tersebut. Mereka tidak mahu menyokong komunis dan kapitalis. Negara-negara tersebut digelar Negara-negara dunia ketiga.
  • Persaingan antara dua kuasa bersa iatu rusia dan Amerika syarikat dan kemerosotan ekonomi di eropah merupakan factor dominan berlakunya Perang dingin.

 

Baca juga >> Reaksi Masyarakat Tempatan India Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *