Dekolonisasi dan Kedaulatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Dekolonisasi dan Kedaulatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

4.3 Dekolonisasi dan Kedaulatan

4.3          Dekolonisasi dan Kedaulatan (China dan India)

4.3.1 Dekolonisasi China

Soalan 119: Bincangkan factor-fakor  tercetusnya revolusi di China pada abad ke-19

Pendahuluan:

  • Revolusi China pada abad ke-19 bertujuan untuk menggulingkan dinasti Manchu yang telah memerintah China sejak tahun 1644. Dalam pada masa itu usaha yang telah di ambil  untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu menerusi Gerakan Islah dan Gerakan Pembaharuan Manchu. Gerakan Revolusioner yang berkembang di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah menyebabkan kemunculan gerakan tersebut..
  • Revolusi China telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung turun daripada takhta pada 12 Februari 1912.

Isi-isi Penting :

  1.   Kelemahan Kerajaan Manchu.
  • Pada pertengahan abad ke-19 lagi kerajaan Manchu telah mengalami kemerosotan,antara kemerosotan kerajaan yang jelas ketara dari segi aspek pentadbiran dan ketenteraan. Kelemahan dalam bidang pentadbiran yang dapat di lihat adalah seperti pengawai kerajaan Manchu tidak cekap menjalankan pentadbiran , kerajaan juga tidak mengambil langkah untuk membaiki taraf hidup rakyat selain dari itu kerajaan juga tidak menjaga kebajikan rakyatnya..
  • Kelemahan-kelemahan kerajaan Manchu dalam bidang ketenteraan adalah kekalahan kerajaan Manchu dalam peperangan,s eperti Perang Candu 1 dan 2, dan juga Perang China-Jepun (1894-1895).. Selain dari itu, kerajaan juga terpaksa menandatanganni perjanjian-perjanjian yang berat sebelah dengan kuasa-kuasa barat seperti Perjanjian Nanking (1842) dan Protokol Boxer (1901).
  1. Ketiadaan Pemimpin Yang Cekap
  • Maharaja Dowager dan Maharaja Kuang-hsu telah meninggal dunia pada tahun 1911.
  • Selepas kematian Dowager , Hsuan-tung yang berusia tiga tahun telah dilantik sebagai maharaja. Manakalah ayahnya, Putera Chun dilantik sebagai Pemangku Raja..
  1. Sentimen Anti Manchu
  • Sentimen anti Manchu yang amat menebal dalam kalangan orang cina turut menyumbang kepada pencetus Revolusi China 1911. Gerakan anti Manchu telah dilancarkan oleh orang cina untuk bertujuan menggulingkan dinasti Manchu dan mengembalikan pemerintahan dinasti Ming. Gerakan ini telah dilancarkan oleh golongan yang masih setia kepada dinasti Ming.
  • Sejak tahun 1644, orang Cina menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan pemberontakkan bagi menggulingkan dinasti Manchu. Antara pemberontakan anti Manchu yang telah dijalankan adalah 1673-1681 Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries, 1796-1804 Pemberontakan Teratai Putih, 1850-1864 Pemberontakan Taiping. Pemberontak –pemberontakan antiManchu meletakan asas kepada pencetusan Revolusi China 1911.
  1. Kesengsaraan Sosial.
  • Antara tahun 1885-1911 bilangan penduduk di China meningkat daripada 337juta orang kepada 430juta orang.
  1. Masalah Ekonomi.
  • Salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Revolusi China 1911 adalah masalah ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan Manchu. Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku antara tahun 1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil pertanian. Perkembangan ini menyebabkan berlaku kebuluran di wilayah-wilayah seperti Kiangsu, Shantung, Anhui, Chekiang, dan Hupeh.
  • Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan Manchu mengenakan cukai-cukai yang tinggi. Cukai yang tinggi menambahkan penderitaan rakyat hingga mereka terpaksa menggadaikan tanah kepada tuan-tuan tanah.

Penutup :

  • Faktor-faktor tercetusnya revolusi China di sebabkan ketidakpuasan hati masyarakat Cina dengan sistem pemerintahan dinasti Manchu.

Soalan 120: Bincangkan peranan Dr. Sun Yat Sen ke atas Revolusi di China pada abad ke-19

Pendahuluan :

 

  • Dalam penentangan kerajaan Manchu, Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan yang penting. Beliau dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shan, kwangtung di China Selatan. Beliau menerima pendidikan Barat di Sekolah Mubaligh Anglican dan Kolej Oahu di Honolulu, Hawaii. Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Queens College di Hong Kong.
  • Beliau telah menubuhkan Pertubuhan Revolusioner, Parti Revolusi, menyebarkan perasaan Antimanchu, mengemukakan Ideologi Revolusi dan melancarkan Pemberontakan.

Isi-isi Penting :

  1. Pertubuhan Revolusioner
  • Pertubuhan Revolusioner, iaitu Hsing Chung-Hui ditubuhkan di Honolulu, Hawaii pada tahun 1894. Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah menggulingkan kerajaan Manchu dan beliau telah mendapat sokongan daripada orang cina bagi melancarkan pemberontakan tersebut.
  • Pada tahun 1895, golongan revolusioner merancang untuk menawan Canton bertujuan untuk menjadikan Canton sebagai ibu pejabat Hsing Chung-hui, namun percubaan mereka gagal dan Dr. Sun Yat Sen mendapatkan perlindungan di Jepun. Beliau menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui.
  1. Parti Revolusi
  • Dr. Sun Yat Sen Menubuhkan Parti Revolusi yang di kenali sebagai Tung Meng-Hui di Tokyo pada tahun 1905, yang merupakan gabungan Hsing Chung-Hui dengan dua buah persatuan revolusioner, iaitu Hua Hsing-Hu dan Kung Fu-Hui. Matlamat utama penubuhan Tung Meng-hui adalah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu, menubuhkan kerajaan republik, menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China dan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan.
  • Cawangan-cawangan Tung Meng-Hui ditubuhkan di Brusells, San Francisco, Singapura, Tanah Melayu, Honolulu dan juga di bandar-bandar utama di seluruh China. Manakala, menerusi cawangan-cawangan di seberang laut, beliau memungut wang dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan.
  1. Penyebaran Perasaan Anti manchu
  • Dr. Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan antiManchu dalam kalangan rakyat Cina dan menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo. Gerakan Revolusioner beliau mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kezaliman Manchu, kongsi-kongsi gelap dan tentera yang mendapat latihan barat.
  1. Mengemukakan Ideologi Revolusi
  • Dr. Sun Yat Sen mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan dan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu I), iaitu nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan sosial. Dengan itu, beliau berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi ideologi tersebut. Antara prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh melalui Ideologi Nasionalisme (Min-tsu chui-i) yang berprinsip rakyat seharusnya menumpuhkan taat setia kepada negara dan melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet dan orang Islam.
  • Selain itu, Ideologi Demokrasi (Min-Chuan) yang berprinsipkan Kerajaan yang menjamin kedaulatan rakyat ditubuhkan dan pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mahir. Ideologi Kebajikan Sosial (Min-sheng chui-i) yang berprinsip iaitu kuasa digunakan untuk menentukan keperluan rakyat dan pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki kehidupan petani. Prinsip tersebut telah pun diterima sebagai ideologi utama revolusi Tung Meng-Hui dan beliau meletakkan asas kepada perkembangan Gerakan Revolusioner di China.
  1. Melancarkan Pemberontakan
  • Sekitar tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancangkan 10 pemberontakan di China. Akhirnya, pemberontakan-pemberontakan tersebut telah menjejaskan martabat dan maruah Kerajaan Manchu.

Penutup

 

  • Dalam penentangan kerajaan Manchu, Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan yang penting.

Soalan 121: Huraikan faktor-faktor Gerakan 4 Mei dan kesan-kesannya di China.

Pendahuluan:

  • Gerakan  4  mei  merujuk   kepada   demonstrasi  yang  dilancarkan  oleh  pelajar-pelajar Universiti  Peking  pada  4  Mei  1919. Merupakan  kebangkitan  nasionalisme  rakyat  cina  terhadap  kegiatan  imperialisme  yang  ditekankan  ke  atas  mereka  dan  juga  merupakan sebahagian  daripada  gerakan  intelektual  yang  berlaku  antara  tahun  1917-1923. Kemunculan  gerakan  4  Mei  disebabkan  oleh  perasan  tidak  puas  hati  terhadap  keputusan  Perjanjian  Versailles  yang  memihak  kepada  Jepun.
  • Lebih  kurang  5000  pensyarah  dan  mahasiswa  Universiti  Peking  mengadakan  demonstrasi  membantah  keputusan  Perjanjian Versailles  dan  demonstrasi  pelajar  mendapat  sokongan  dan  sambutan  yang  amat  menggalakkan  daripada  rakyat  Cina. Perkembangan   tersebut  telah  menyebabkan  rusuhan  dan  pemogokan  diadakan  di  seluruh  negara  dan  matlamat  utamanya  adalah  menyelamatkan  China  daripada  ancaman kuasa-kuasa  asing.

Isi-isi penting:

  1. Ketidakstabilan  politik
  • Perselisihan  faham  timbul  dalam  kalangan  pemimpin-pemimpin  di  China  menyebabkan  mereka  tidak  dapat  membentuk  sesebuah  kerajaan  yang  kukuh. Mereka  juga  gagal  mengatur  program-program bagi  membangunkan  negara  yang  mundur.  Pada  masa  itu,  perselisihan  faham  antara  Presiden Yuan  Shih-kai  dengan  Dr.  Sun  Yat  Sen  memburukkan  lagi  keadaan  politik  di  China.
  • Keadaan  politik  semakin  meruncingkan  apabila  munculnya  zaman  kehulubalangan  selepas  kematian  Yuan Shih-kai.
  1. Kemunculan  golongan  saudagar  dan  pekerja
  • Semasa  perang  dunia  pertama  (1914-1918),  perusahan  besi  dan  keluli  berkembang  pesat  di  China. Pihak  Berikat  memerlukan  bekalan  besi  dan  keluli  serta  kelengkapan  perang. Perkembangan  tersebut  menyebabkan  permintaan  untuk  bekalan  besi  dan  keluli  meningkat  dan  muncul  golongan  saudagar  dan  pekerja.
  • Golongan  saudagar  dan  pekerja  tidak  berpuas  hati  dengan  pergolakan  politik  yang  berlaku  di  China  dan  juga  amalan  rasuah  serta  penyelewengan  yang  dilakukan  oleh  pegawai-pegawai  kerajaan.
  1. Perkembangan  intelektualisme
  • Antara  tahun  1903  hingga  1919,  semakin  ramai  pelajar  China  dari  luar  negeri pulang  ke  tanah  air.  Mereka  menyedari  pelbagai  kepincangan  yang  berlaku  di  dalam  negara  mereka.  Mereka  mula  mengatur  langkah-langkah  untuk  melakukan  pembaharuan  bagi  membangunkan  negara  mereka.  Dalam  masa  itu,  Universiti  Peking  memainkan  peranan  sebagai  pusat  perkembangan  intelektual  di  China.
  • Tenaga  pengajar  universiti  tersebut  memainkan  peranan  menyebarkan  idea  baharu  kepada  pelajar-pelajar.  Mereka  yang  terpengaruh  dengan  idea  baharu  berperanan  dalam  kebangkitan  Gerakan  4  Mei.
  1. Faktor  luar  negeri
  • Peristiwa  penting  yang  memberi  kesan  mendalam  ialah  Revolusi  Bolshevik  yang  berlaku  di  Russia  pada  tahun  1917. Kejayaan  Revolusi  Bolshevik  menggulingkan  kerajan  Tsar  dan  membentuk  sebuah  kerajaan  yang  moden.
  • Selain  itu,  revolusi  sosial  yang  tercetus  di  Finland,  Jerman,  Australia,  dan Hungary turut  mempengaruhi  pencetusan  Gerakan  4  Mei.
  1. Pengambilan  wilayah  Shantung  oleh  Jepun
  • Jepun  bertindak  menguasai  wilayah  Shantung  daripada  Jerman  pada  Perang  Dunia  Pertama  dan  menempatkan  pasukan  tenteranya  bagi  mengukuhkan  kedudukan  di  wilayah  tersebut. Jepun  telah  mengalahkan  Jerman  di  Shantung  dan  merampas  konsesi  Jerman  di  Shantung.
  • Pada  18 Januari  1915,  Jepun  telah  mengemukakan  tuntutan  yang dikenali  sebagai  “21 permintaan”  untuk  dilaksanakan oleh  China  dan  menjadikan  negeri  China  sebagai protektorat  Jepun. Antara  perkara-perkara  yang  terkandung  dalam  tuntutan  tersebut  ialah; China  tidak  menyerahkan  atau  memajak  mana-mana  wilayahnya  kepada  kuasa  ketiga; China  dikehendaki  melantik  penasihat-penasihat  Jepun  dalam  bidang  kewangan,  ketenteraan,  dan  pasukan  polis dan China  harus  menerima  keputusan  yang  dicapai  oleh  Jepun  dengan  Jerman  berhubung  dengan  hak-hak  Jerman  di  wilayah  Shantung.
  1. Mempertahankan  kedaulatan  negara
  • Gerakan  4  Mei  yang  dilancarkan  oleh  golongan  pelajar  mempertahankan  kedaulatan  China  daripada  pencerobohan  kuasa  asing. Ekoran  daripada  tekanan  yang  diberikan  oleh  golongan  pelajar,  kerajaan China membuat  keputusan  untuk  menolak  Perjanjian  Versailles.
  • Pada  masa  yang  sama,  ahli-ahli  politik  yang  bertanggungjawab  bagi  penerimaan  21  tuntutan  Jepun  terpaksa  meletakkan  jawatan.  Jepun  terpaksa  untuk  bersetuju  menarik  diri  dari  wilayah  Shantung  dalam  Persidangan   Washington  1921-1922.
  1. Melahirkan  semangat  kebangsaan
  • Golongan  pelajar  muncul  sebagai  pejuang  bagi  mempertahankan  kepentingan  dan  kedaulatan  negara.  Mereka  juga  mengadakan  demonstrasi  dan  memulaukan  barang-barang  buatan  Jepun  serta  melahirkan  perasaan  antiJepun  dalam  kalangan  rakyat  China.
  • Demonstrasi  dan  pemogokan  yang  dilancarkan  oleh  golongan  pelajar-pelajar  mendapat  sambutan  di  seluruh  negara.  Pekerja-pekerja  juga  mengadakan  demonstrasi  secara  besar-besaran  di  Peking,  Shanghai,  Hankow,  dan  Tientsin.
  1. Perkembangan  fahaman  komunis
  • Gerakan  4  Mei  meletakan  asas  bagi  perkembangan  fahaman  komunis  di  China  dan  mula  bertapak  serta  mempengaruhi  pelajar-pelajar  daripada  Universiti  Peking. Perkembangan  fahaman  komunis  dalam  kalangan  pelajar  terserlah  apabila  Pertubuhan  Pengajian  Marxism  telah  ditubuhkan  di  Universiti  Peking  oleh  Li Ta-chao  pada  tahun  1918.  Kebanyakan  daripada  anggotanya  terdiri  daripada  pelajar-pelajar  Universiti  Peking  seperti  Li Ta-chao,  Chang Kuo-tao,  Mao  Tse-tung,  dan  Chen  Tu-hsiu  yang  memainkan  peranan  dalam  perkembangan  fahaman  komunis.
  • Fahaman  komunis  bertapak  kukuh  apabila  Parti  Komunis  China  ditubuhkan  oleh  Chen  Tu-hsiu  dan  Li  Ta-chao  pada  tahun  1921.
  1. Melemahkan  kedudukan  hulubalang-hulubalang
  • Gerakan  4  Mei  telah  menyebabkan  kedudukan  hulubalang  menjadi  semakin  lemah. Malah  golongan  pelajar  menyalahkan  golongan  hulubalang  kerana  gagal  mempertahankan  kepentingan  China  dalam  Perjanjian  Versailles.
  • Kabinet  juga  terpaksa  dibubarkan  ekoran  desakan  orang  ramai.
  1. Mengukuhkan  kedudukan  Kuomintang
  • Rakyat  memberi  sokongan  kepada  kuomintang  yang  berjuang  untuk  menyatukan  China.
  • Malah  memberikan  dorogan  kepada  Dr.  Sun  Yat  sen  untuk  mengukuhkan kuasa di China  dan  membentuk  kerajaan  baharu  di  Nanking  pada  tahun  1928.

 Penutup :

  • Pada  bulan  April  1919,  Persidangan  Versailles   membuat  keputusan  agar  wilayah  Shantung  diserahkan  kepada  Jepun  dan  keputusan  tersebut  menimbulkan  rasa  tidak  puas hati  dalam  kalangan  golongan  radikal  dalam  masyarakat  cina. Demonstrasi   serta  pemulauan  yang  dilakukan  oleh  saudagar-saudagar  telah  melumpuhkan  ekonomi  China. Perkembangan  ini  telah  menyebabkan  pihak  berkuasa  bertindak  membebaskan  pelajar-pelajar  yang  ditangkap  pada  7  mei  1919.
  • Dalam  masa  yang  sama,  Presiden  Hsu  Shih-chang  mengarahkan  perwakilan  China  yang  menyertai  Persidangan  Versailles supaya  menolak  syarat-syarat  Perjanjian  Versailles. Pada  28  Jun  1919,  perwakilan  China  tidak  menghadiri  upacara  menandatangani  Perjanjian  Versailles. Tindakan  perwakilan  China  yang  meninggalkan  Versailles  tanpa  menandatangani  Perjanjian  Versailles  menyebabkan  keadaan  di  China  pulih.

4.3.2 Dekolonisasi India

Soalan 122:  Bincangkan dekolonisasi di Negara India

Pendahuluan

  • Pada tahun 1905 sehingga 1918 deklonisasi di India dikenali sebagai tahap militant .Hal ini kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang diketuai oleh B.G.Tilak, Lala Lajpat Rai , Bipin Chandra Pal  dan Aurobindo Ghosh .Tokoh-tokoh tersebut memainkan peranan penting dalam menggerakan penentangan terhadap British kerana bagi mereka tindakan yang keras harus dilakukan  terhadap penjajah British harus dipulaukan termasuklah barangan,institusi pendidikan,perkhidmatankerajaan, undang-undang dan mahkamah.
  • Jika langkah tersebut dijalankan secara berterusan , pastinya melemahkan kedudukan British di India. Bagaimanapun, menjelang tahun 1920 , usaha golongan militant untuk membebaskan India daripada British namun menemui kegagalan. Berikut adalah Usaha-usaha mendaulatkan India.

Isi-isi Penting:

  1. Melancarkan gerakan khilafat.
  • Masyarakat islam di India menganggap musuh kerajaan turki juga musuh islam . Abul kalam azad khan ,Muhammad ali dan shaukat ali melancarkan gerakan yang dinamakan gerakan khalifah .Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
  • Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
  • Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa India bukanlah Negara islam dan menyarankan supaya masyarakat islam berhijrah ke Negara islam iaitu Afghanistan.
  1. Perjuangan penduduk tempatan bersifat sederhana
  • Selepas perang dunia pertama , perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi enggan bekerjasama dengan pihak British .Gandhi merupakan pemimpin kongres kebangsaan India (INC)  dari tahun 1920 sehigga tahun 1939.
  • Dianggarkan antara 500 000 hingga 2 juta masyarakat islam berhijrah ke Afghanistan. Kegagalan pemerintah Afghanistan memenuhi tuntutan golongan ini menyebabkan penghijraan mereka sebagai usaha yang sia-sia.
  1. Pemulauan terhadap barangan eropah dan barangan British berlaku.
  • Prinsip swadesi  atau berdikari bagi memenuhi keperluaan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Gandhi menyarankan agar tindakan pemulauan terhadapa barangan eropah dan barangan buatan British dilakukan .
  • Menurut Ghandi ,kebijaksanaan penjajah British ialah menjadikan India sebagai tempat untuk memasarkan barang kilangnya .Ghandi menjadi diri sebagai contoh dengan tidak menggunakan barang barat.
  1. Penentangan melalui mogok lapar.
  • Salah satu tindakan popular melalui prinsip ahimsa ialah mogok lapar yang dilakukan pada tahun 1920. Penentangan melalui mogok lapar menyebabkan kekuatan tentera British tidak berguna kerana tidak ada penentangan bersenjata daripada pengikut Mahatma Gandhi.
  • Tindakan melalui tiga prinsip iaitu satyagraha,ahimsa,dan swadesi  memaksa British member kemerdekaan kepada India pada tahun 1947. Menawarkan jawatan Presiden atau perdana meneri kepada Mahatma Gandhi ,tetapi beliau  menolak kerana perjuangannya bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan.
  1. Mengadakan gerakan penentang awam
  • Usaha besar kearah pembebasan tanah air berlaku pada bulan mac 1930 apabila Gandhi bertindak mengadakan gerakan penentang awam dan peristiwa ini dikenali sebagaiPerarakan Garam .Kerajaan  British yang memonopoli garam telah menaikkan harga garam yang menyebabkan timbulnya kesukaran terutama golongan bawahan.
  • Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam dari Ahmadabad menuju ke pantai Gujerat .Perarakan ini juga dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya memulakan perjalanan tanpa menggunakan kasut dari Sabarmati Ashram sehingga ke pantai Gujerat. British telah bertindak menahan dan memenjarakan pemimpi-pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan mengharamkan INC.
  1. Persidangan Meja Bulat.
  • Pada tahun 1930 , persidangan meja bulat diadakan yang dihadiri Raja- raja India , orang islam,  hindu ,kristian ,dan sind gagal mencapai kata sepakat . INC memboikot persidangan ini.
  • Seterusnya  British telah berkerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931.Berdasarkan pakatan tersebut  M.Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan British akan menarik balik egala tindakan kekerasan dan member jaminan untuk  membebaskan nasionalis India yang ditahan.
  1. Mengadakan mogok lapar di penjara.
  • Selepas itu, INC bersetuju mengadakan Persidangan Meja Bulat kedua. Keadaan tersebut membayangkan British member status dan autoriti kepada INC sebagai jurucakap kepada rakyat India. M.Gandhi mendapati pegawai –pegawai British berdolak-dalik dalam hal memberi kuasa kepada orang India untuk mentadbir Negara mereka sendiri .
  • British mendakwa M.Gandhi gagal meyakinkan mereka tentang cara menyelesaikan perpaduan dalam kalangan rakyat India. Sikap British mengecewakan M.Gandhi dan beliau terus menentang British .Sekali lagi ,beliau ditahan dan beliau terus mengadakan mogok lapar namun menghentikannay apabila British memperkenalkan Pakatan Poona pada tahun1932.
  1. Penghijrahan terbesar dalam sejarah dunia.
  • Liga muslim mendakwa INC sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang hindu  sahaja. Muhammad Ali Jinnah mendesak wilayah-wilayah yang majoriti penduduknya beragama islam seperti sind,Punjabi dan Bengal di bawah liga muslim. Bermula dari hal tersebut, idea penubuhan Pakistan diperjuangkan di peringkatyang lebih luas. Pada tahun 1940-an, liga muslim menerima sokongan sebilangan orang islam tetapi menjadi sebuah parti massa yang mendapat sokongan daipada semua lapisan masyarakat.
  • Isu pertikaian hindu dan islam tidak dapat dibendung lagi . Gabenor Jeneral India , Lord Louis mountbatten bersama-sama dengan pemimpin INC dan liga muslim telah mencapaikata sepakat. Kebuntuan politik mungkin dapat diselesaikan jika India dipecahkan kepada dua iaitu satu tempat bagi hindu manakal satu tempat lagi untuk orang islam.
  • Maka berlakulah penghijhraan terbesar dalam sejarah dunia yang membabitkan pergerakan orang islam memasuki Pakistan dan hindu memasuki India. Dalam proses penghijrahan berlaku banyak pertumpahan darah dan beribu orang terkorban. Pada bulan ogos 1945,menjadi tarikh keramat buat kedua-dua Negara apabila berakhirnya era penjajahan British di India dan kemunculan India dan Pakistan sebagai Negara yang bebas berdaulat.

Penutup:

  • Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan India daripada penjajahan dan menjadi sebuah negar yang berdaulat . Bagaimanapun usaha membebaskan diri daripada penjajahan British terjejas kesan konflik antara orang hindu dan islam yang akhirnya menyebabkan India berpecah kepada dua Negara iaitu inida dan Pakistan.
  • Kesimpulannya ,jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri .. Bagaimanpun semangat kental yang ditunjukan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekana barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak dikira di mana kita berada. Sungguhpun jalan penyelesaian yang diambil oleh masyarakat islam di India dengan menubuhkan negar baharu,Pakistan, mungkin jalan terbaik bagi mengurangkan jumlah korban yang lebih ramai.

Soalan 123: Huraikan perkembangan  Gerakan Kebangsaan India pada 1919-1935 .

Pendahuluan

  • Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) . Beliau telah menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili pelbagai kelompok daripada masyarakat bawahan kepada masyarakat atasan.
  • Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa, dan swadesi. Mahatma Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Bagi beliau,  melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain .

Isi-isi penting  

  1. Usaha besar ke arah pembebasan tanah air berlaku pada bulan Mac 1930 apabila Mahatma Gandhi bertindak mengadakan gerakan penentangan awan dan peristiwa ini dikenali sebagai Perarakan Garam . Kerajaan British yang memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan harga garam dan tindakan tersebut menimbulkan kesukaran terutamanya golongan bawahan. Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam dari Ahmadabad menuju ke pantai Gujeret . Perarakan ini dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya memulakan perjalanan tanpa memakai kasut dari Sabarmati ashram menuju ke pantai Dandi di Gujerat .
  1. Di London, satu desakan agar kerajaan British mengadakan perdamaian dengan INC dengan mengadakan satu persidangan di London dikenali sebagai persidangan Meja Bulat . Pada tahun 1930 , Persidangan Meja Bulat yang dihadiri oleh raja-raja India , orang islam , hindu , kristian , sikh gagal mencapai kata sepakat INC . British telah bekerjasama dengan INC dan menganjurkan pakatan Gandhi-Irwin pada 1931 . Berdasarkan pakatan tersebut : Mahatma Gandi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan , British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan .
  1. Persidangan Meja Bulat ketiga diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perlembagaan. kerajaan British mencadangkan usul-usul yang kemudiannya dikenali Akta Kerajaan India 1935. Berdasarkan akta kerajaan India 1935. Dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan India dan memberikan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan British .
  2. Melantik Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar negeri, pertahanan dan keagamaan.
  1. Mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1937.

Kesimpulan 

  • Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri . Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di mana kita berada .

Soalan 124: Huraikan perkembangan Gerakan Kebangsaan di India tahun 1935-1947

Pendahuluan

  • Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) . Beliau telah menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili pelbagai kelompok daripada masyarakat bawahan kepada masyarakat atasan.
  • Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa, dan swadesi. Mahatma Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Bagi beliau,  melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain .

Isi-isi Penting:

Akta Kerajaan India 1935

  • Akta kerajaan India diluluskan pada Ogos 1935 yang menimbulkan perasaan tidak puas hati parti-parti politik. Kongres kebangsaan India dan liga muslim di bawah pimpinan jinnah menolak akta ini.
  • Rasa tidak puas hati timbul kerana akta ini tidak menjamin taraf dominion yang di tuntut oleh golongan nasionalis India. Hal ehwal pertahanan dan hubungan luar India masih di kuasai oleh orang Inggeris.

Pilihan raya 1937

  • Pilihan raya majlis perundangan provinsi yang dijanjikan dalam akta kerajaan India 1937. Dalam pilihan raya tersebut, kongres kebangsaan India mencapai kejayaan yg memberangsangkan.
  • Kongres telah menguasai majlis perundangan di madras, provinsi bersatu, provinsi tengah dan orissa. Kongres turut menguasai separuh daripada kerusi yang di pertandingkan di bombay dan satu per tiga kerusi yang dipertandingkan di wilayah barat laut dan assam. Pada keseluruhannya kongres memenangi 714 daripada 1585 kerusi yang di pertandingkan.

Idea penubuhan pakistan

  • Keputusan kongres menolak cadangan membentuk kementerian-kementerian gabungan mencemaskan jinnah. Oleh itu, liga islam mengambil keputusan bahawa tidak boleh mengharap keadilan daripada kongres. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara kongres dan liga islam menjadi buruk.
  • Mohammad Ali Jinnah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara yang berasingan bagi orang islam. Revolusi mengenai penubuhan Pakistan diluluskan dalam Persidangan Liga Islam di lahore pada tahun 1940.

Kemunculan sayap kiri

  • Kongres menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dengan penyertaan ramai orang menjadi anggota pertubuhan tersebut. Perkembangan ini menyebabkan muncul kumpulan sayap kiri dalam kongres di bawah pimpinan Subash Candra Bose.
  • Kumpulan sayap kiri menuntut agar kongres kebangsaan di India mengambil tindakan keras terhadap pihak British. Kumpulan sayap kiri menjadi lebih aktif dan berpengaruh apabila Subash Candra Bose dipilih menjadi presiden kongres. Namun begitu , beliau terpaksa meletak jawatan apabila berlaku penentangan daripada musuh-musuhnya.

Nasionalisme India semasa perang dunia kedua

  • Semasa perang dunia kedua, British melibatkan India dalam peperangan tersebut tanpa berunding dengan pemimpin tempatan. Perkembangan ini menyebabkan kongres menuntut agar wizurai menjelaskan matlamat British menyertai peperangan dan implikasinya terhadap India.
  • Selain itu kongres juga menuntut penubuhan sebuah kerajaan pusat kebangsaan bagi membuktikan niat baiknya. Kongres tidak berpuas hati dengan respon kerajaan British terhadap tuntutannya. Perkembangan ini menyebabkan menteri-menteri kongres meletak jawatan sebagai tanda bantahan mereka.

Tawaran ogos

  • Dalam pada itu, keadaan politik di Eropah berubah ekoran kejayaan Jerman menawan Perancis pada tahun1940. Perkembangan ini menyebabkan British mendapaat ancaman daripada Jerman. Dalam keadaan ini, British memerlukan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin kongres bagi menghadapi situasi di Eropah.
  • Ogos 1940, Lord Linlithgow menawarkan kepeda pemimpin-pemimpin kongres untuk membincangkan perkembangan politik di India. Beliau juga bersetuju menubuhkan sebuah badan perwakilan yang akan diterima oleh parlimen British.

Utusan cripss, Mac 1942

  • Dalam pada itu, kejayaan Jepun menguasai negara-negara di asia tenggara seperti myanmar dan tanah melayu menimbulkan kebimbangan British. Jepun turut mengumumkan bahawa matlamat utama serangan terhadap India adalah untuk membebeskan negara tersebut daripada pemerintahan British.
  • Propaganda Jepun mendapat sokongan daripada orang India di seberang laut dan tentera British India. Perkembangan ini membawa kepada penubuhan  Liga Kemerdekaan India dan Tentera kebangsaan India bagi membebaskan India daripada pemerintahan British. Ancaman Jepun telah menyedarkan British tentang kepentingan hubungan persahabatan dengan kongres kebangsaan India.

Pergerakan keluar dari India (1942)

  • Kongres telah meluluskan resolusi dala persidangan yang diadakan di bombay pada bulan ogos 1942 menuntut agar British menarik diri daripada India. Resolusi keluar dari India mendapatan sambutan ahli-ahli kongres di seluruh India. Dalam pada itu, kongres mengumumkan gerakan penderhakaan awam akan dilancarkan sekiranya British enggan berundur dari India.
  • Kerajaan British bertindak segera dengan menangkap gandhi dan beberapa orang pemimpin kongres untuk menggagalkan gerakan tersebut. Tindakan ini menyebabkan 60000 orang di tahan manakala 10000 orang menjadi mangsa rusuhan dan keganasan yang berlaku di seluruh India.

Perjuangan tentera kebangsaan India.

  • Subash candra bose telah menubuhkan tentera pembebasan India untuk membebaskan India. Subash candra bose mendapatkan bantuan daripada Jepun untuk memimpin gerakan pembebasan India di asia tenggara. Beliau menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan di singapura yang di kenali sebagai Azad Hind.
  • Seterusnya, beliau menggerakkan tentera pembebasan India ke sempadan India untuk menyertai tentera Jepun dalam usaha membebaskan India. Walau bagaimanapun, Kuasa Berikat berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun dan mengusir mereka dari sempadan India.

Rancangan wavell.

  • Dalam pada itu, liga islam menuntut sebuah negara yang berasingan bagi orang islam iaitu pakistan. Jinnah menyatakan pendirian bahawa pembahagian India adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah. Pendirian jinnah membentuk sebuah negara yang berasingan bagi orang islam menghancurkan harapan orang India bagi membentuk sebuah negara yang bersatu.
  • Lord Wavell menjemput gandhi, jinnah dan pemimpin-pemimpin lain untuk mengadakan perbincangan  di  Silma pada 25 jun 1945. Namun begitu, perbincangan tersebut gagal mencapai kata sepakat dalam kalangan pemimpin kongres.

Perutusan kabinet

  • Dalam pada itu, Clement Atlee (Perdana Menteri Britain) menghantar satu utusan yang dikenali sebagai Utusan Kabinet ke India pada bulan Mac 1946. Matlamat utama Utusan Kabinet adalah mencari jalan untuk memberi kemerdekaan kepada India dan menggubal perlembagaan baharu.
  • Utusan kabinet mengumumkan laporan pada 6 Mei 1946. Antara syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut adalah : Mewujudkan sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Indian Union, Terdiri daripada gabungan provinsi dan negeri dan Kerajaan pusat kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar dan perhubungan
  • Kongres bersetuju menyertai Dewan Perwakilan dan akan melibatkan diri dalam Kerajaan Sementara yang bakal ditubuhkan. Pendirian Wavell menyebabkan Liga islam membuat keputusan untuk menolak semua cadangan perutusan kabinet.

Penubuhan kerajaan sementara

  • Parti kongres menguasai majoriti kerusi dalam pilihan raya yang diadakan pada bulan julai 1946. Kemenangan kongres menimbulkan kebimbangan orang islam dan Jinnah mengambil tindakan bagi pembentuk negara pakistan. Tercetusnya rusuhan perkauman di Culcutta, Bihar dan seterusnya tersebar ke seluruh negara.
  • Pada 2 September 1946, Lord Wavell mengambil keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dengan Jawaharlal Nehru sebagai Timbalan Presiden. Liga islam menyertai kerajaan sementara pada 15 Oktober 1946. Lord Wavell diganti oleh Lord Maountbatten sebagai wizurai terakhir untuk menguatkuasakan rancangan kemerdekaan India

Kesimpulan 

  • Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri . Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di mana kita berada

Baca juga >> Konflik Antarabangsa Sejarah Dunia STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah 

 

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *