Perhubungan Luar Sejarah Dunia STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Perhubungan Luar Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

4.4 Perhubungan Luar

4.4  Perhubungan Luar (PBB, Komanwel dan NATO)

4.4.1 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Soalan 125: Huraikan matlamat dan dasar penubuhan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)

Pendahuluan:

  • Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia dengan cara perundingan, bermuafakat dan bertukar-tukar fikiran dengan Negara anggota. Persidangan Dumbarton Oaks mencadangkan supaya dibentuk 4 cawangan PBB ; iaitu Perhimpunan Agung , Mahkamah Keadilan Antarabangsa , Jabatan Setiausaha dan Majlis Ekonomi dan Kemasyarakatan.
  • Cara mengundi dalam Majlis Keselamatan diputuskan 5 kuasa besar; Amerika Syarikat , Russia , Britain , Perancis , dan China. Ditubuhkan pada 24 oktober 1945, 51 buah Negara telah menandatangani pengisytiharan PBB di San Francisco dan dianggap sebagai ahli asal pertubuhan ini.

Isi-isi penting:

  1. Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.Terdapat empat matlamat piagam PBB,iaitu Menjamin keamanan dan keselamatan dunia, Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. PBB boleh menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.
  1. Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB dan negara-negara anggotannya ialah PBB didasarkan kepada persamaan taraf dan kedaulatan semua negara anggotannya. Setiap negara anggota akan mematuhi kewajipannnya mengikut piagam PBB.
  1. Semua negara anggota akan menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan perasaan dan semangat dan keyakinan yang tinggi tanpa menggugat keamanan, keselamatan, dan keadilan sejagat.
  1. Negara-negara anggota tidak boleh menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap kawasan atau kemerdekaan sesebuah Negara ataupun dengan cara yang tidak sesuai dengan semangat PBB.
  1. Negara-negara anggota diminta memberi bantuan dalam apa sahaja tindakan yang diambil oleh PBB dan dikehendaki tidak memberi kerjasama kepada mana-mana pihak yang dikenakan tindakan oleh PBB.PBB akan memastikan supaya Negara-negara yang tidak menyertai pertubuhan ini mematuhi dasar-dasar PBB setakat yang perlu bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.
  1. PBB tidak akan mencapai mencampuri urusan dalaman sesebuah Negara yang berkaitan dengan bidang perundangan. Dasar ini akan diketepikan apabila tindakan terpaksa diambil untuk menghadapi ugutan yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.

Penutup:

  • PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantungan antara satu sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Soalan 126: Bincangkan peranan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pendahuluan:

  • PBB melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan. PBB mewujudkan enam organisasi. Organisasi tersebut ialah Perhimpunan Agung, Majlis keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Majlis  Amanah, dan Sekretariat.

Isi-isi penting:

Majlis Perhimpunan Agung

  • Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah . Majlis ini mempunyai hak melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Perhimpunan Agung merupakan satu-satunya badan yang diwakili oleh semua negara anggota dan setiap negara mempunyai satu undi. Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan dunia.Mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang politik. Menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia. Mengawas dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah.Membuat syor untuk menyelesaikan sebarang masalah secara damai. Menimbang dan meluluskan perbelanjaan PBB.

Majlis Keselamatan

  • Majlis Keselamatan bertanggungjawab secara langsung dalam hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan dunia. Sehingga tahun 1965, majlis ini mempunyai 11 ahli dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.tindakan yang boleh diambil oleh Majlis keselamatan dalam menyelesaikan sebarang pertelingkahan. Meminta semua Negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan negara yang ingkar itu. Meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut, udara, perhubungan pos dan telegram, radio atau sebarang bentuk komunikasi. Meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi dengan Negara tersebut dan mengambil tindakan ketenteraan terhadap Negara tersebut sama ada melalui sekatan darat, laut atau udara.

Majlis Ekonomi

  • Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusian dan kebudayaan. Majlis ini bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun dan bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung. Tugas majlis ini ialah membuat kajian, laporan, dan syor dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan dan sebagainnya. Agensi-agensi yang turut membantu majlis ini termasuklah Food and Agriculture Organization (FAO), United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO),International Labour Organisation (ILO), United Nations Conference on Trade and Development(UNCTAD), International Bank for Reconstruction and Development( IBRD) dan International Monetary Fund (IMF).

Majlis Amanah

  • Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah sehingga wilayah itu mampu membentuk pemerintahan sendiri. Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dari Jerman,itali, dan Jepun. Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea ditadbir oleh Austrialia.Samon Barat ditadbir oleh New Zealand Cameroon, Tanganyika dan togoland ditadbir oleh Britain akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda. Mahkamah ini mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun dan berhak untuk dilantik semula. Memberi nasihat atas permintaan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan  dan mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya. Mahkamah ini tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang dibuatnya.

Sekretariat PBB

  • Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB atas cadangan dan sokongan Majlis keselamatan. Sekretariat ini beribu pejabat di New York. Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada kewibawaan. Setiausaha Agung melantik kakitangan jabatannya bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran PBB yang terdiri lebih daripada 3000 pegawai dan kakitangan.

Penutup:

  • PBB mewujudkan enam organisasi bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan dalam memastikan organisasi ini terus memainkan peranan penting dalam isu-isu sejagat.
  • PBB harus terus menjaga keamanan dan kesejahteraan negara-negara di dunia tanpa diselubungi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China yang mempunyai kuasa veto dalam memutuskan apa jua keputusan dalam menjalankan peranannya.

Soalan 127: Huraikan pencapaian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Pendahuluan 

  • Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.  Matlamat utama penubuhan PPB  adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PPB  juga memainkan peranan menyelesaikan knoflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan.
  • Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB  telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara  keamanana dan kesejahteraan masyarakat dunia.

Isi-isi Penting

  1. a)Kemerdekaan wilayah jajahan
  • PPB  memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Piagam PPB, Negara-negara anggoto PPB diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat perlindungan daripada keganasan, menggalakkan pemerintahan sendiri.
  • Pada tahun 1960 , PPB  meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara  yang dijajah.
  1. b)   Masalah pelarian

  • PPB  memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah menubuhkan International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan semula, mengahantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1 000 000 pelarian.
  • Bagi menangani masalah pelarian,  PPB  mengadakan rundingan diplomatik bagi  menempatkan pelarian dinegara-negara tertentu.
  • Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR) ditubuhkan untuk menengani masalah pelarian dengan lebih berkesan.
  1. c)  Dasar  apartheid

  • Pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PPB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah apartheid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih.
  • PPB  menyarankan semua negara anggota PPB menutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. Pada tahun 1963,  Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.
  1. d) Hak asasi sejagat

  • Pada tahun 1948, PPB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
  • Pada tahun 1966,  Majlis Perhimpunan PPB  meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait dengan hak asasi sejagat  iaitu, Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik malah Perjanjian  Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi,Sosial Dan kebudayaan.
  1. e)  Menangani konflik antarabangsa

  • Majlis keselamatan PPB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. Pada tahun 1946,  Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet union dari utara iran. Pada tahun 1956,  Majlis keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
  • Pada tahun 1960 – 1962,  PPb mengantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada tahun 1964 – 1974, PPB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada merebak.
  1. f)  Membantu  negara  mangsa  perang

  • PBB  turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas perang dunia kedua. Pada peringkat  awal, uasah  PPB  hanya tertumpu kepada negara-negara sekutu blok barat.
  • PBB  juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin, dan Afrika. PBB juga memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB  juga memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.
  1. g)  Pembangunan  negara  mundur

  • PBB  juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negar-negara mundur. PBB  menubuhkan International  Development  Association (IDA).  Sebagai badan gabungan Bank Dunia.
  • Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa.

  1. h)  Perebutan pulau

  • PBB  juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara yang terlibat dapat dikurangakn. PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulaunan spratly oleh China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei, dan Malaysia.
  • PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan oleh majlis perhimpunan agung pada November 1994.

  1. i)  Perlumbaan senjata

  • PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia. PBB  mengambil langkah untuk menykat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.
  • Kejayaan yang dicapai oleh PPB ialah,  mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan yang kedua  yang dicapai oleh PPB ialah  mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk mencapai  gencatan senjatah.

Kesimpulan

  • Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu Berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
  • PPB  mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.

4.4.2 Pertubuhan Komanwel

Soalan 128: Huraikan sejarah perkembangan Komanwel serta peranan Negara United Kingdom dan India.

Pendahuluan:

  • Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 (melalui Statue of West Minister) dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yg telah merdeka. Kini, negara anggota Komanwel tersebar di setiap Benua dan penduduknya pula terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya. Komanwel pada abad ke  21 meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan penduduknya yang di anggarkan melebihi 2.1 billion orang pada tahun 2005.
  • Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip Komanwel sebagai asas hubungan dalam kalangan negara Komanwel.

 Isi- isi penting

  1. Sejarah perkembangan Komanwel
  • Idea untuk memberikan hak berkerajaan sendiri kepada tanah jajahan British , sebenarnya terkandung dalam laporan Lord Durham (1839)  yang diperkenalkan di kanada pada tahun 1847. Pada tahun 1867, Kanada merupakan tanah jajahan yang pertama memperoleh taraf berkerajaan sendiri . Seterusnya, diikuti oleh Australia (1901 ), New Zealand (1907) dan Afrika Selatan (1910). Walaupun mendapat taraf pemerintahan sendiri, namun kuasa yang dimiliki pelbagai  wilayah ini masih terhad . Parlimen Britian mempunyai kuasa untuk menggubal  undang-undang berhubung dengan hal ehwal pertahanan, dasar luar dan sebagainya .
  • Hasil dari Laporan Balfour, persidangan empyar 1926 telah mengisytiharkan bahawa Negara dominan bebas  dari ikatan   Britain dari sudut undang-undang setelah statutue  of Westminster diluluskan pada tahun 1931. Statue ini telah menghapuskan penguasaan parlimen Britain tehadap hal ehwal Negara-negara dominan.
  1. Peranan Negara United Kingdom
  2. a) Unitd Kingdom (UK)
  • UK boleh dianggap sebagi pengasas dan ketua Komanwel .. Jika UK tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya,sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahanya akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga dikaitkan dengan desakan rakyat Britain supaya dipraktikan cita-cita untuk membimbing tanah jajahan. Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan mengurus bekas –bekas Negara yang dijajah mempunyai mekanisme sendiri.
  • Bekas tanah jajahan tidak  dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa.  Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang diamanhakna kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi.
  • Penubuhan Komanwel adalha langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahanya akan  mengukuhkan ekonomi Negara –negara berkenan. Walau bagaimanapun , tidak dinafikan pada tahun 1950-an Britain menggunakan pertubuhan ini untuk kepentingan sendiri khususnya dalam bidang ekonomi. Negara Komanwelmengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah , jut , getah , minyak sawit ,dan koko dunia . Negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.
  • Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di Negara bekas tanah jajahannya menyebabkan Britain mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang-barang utama itu dilakukan oleh Britain. Dari sudut Negara-negara Komanwel , mereka sedar bahawa hubungan sedia ada dengan Britain dan negara–negara   Komanwel yang lain serta penglibatan perdagangan dan sterling Area akan member faedah seperti pemindahan teknologi dan kepakaran , perkhidmatan perkataandan sebagainya.
  • Disamping itu, Britain juga mengambil insiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu jawatankuasa perhubungan pelajaran Komanwel. jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu  Negara–negara  menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial , ekonomi, dan politik berdasarkan model barat.penerapan sistem undang-undang, biroraksi, ekonomi dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran Negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.
  • Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan Negara anggota Komanwel ialah Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan . Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991. Majoriti Negara- Negara anggota Komanwel mahukan dasar ini dihapuskan, namun Britain bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.  Sama ada disedari atau tidak, Komanwel akan berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan Negara-negara anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai kerjasama diadakan dalam  bidang ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-lain menyebabkan Negara-negara anggota terasa berat untuk meniggalkan Komanwel

b)    India

  • India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota “ bukan berkulit putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .
  • Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan India telah digubal .sistem  diarchy telah diperkenal di India . Melalui sistem ini ,pentadbiran wilayah –wilayah di India dibahagikan kepada bahagikan, iaitu perkara-perkara yang tertentu yang ditadbir oleh  gabenor wilayah dan  India .
  • Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada kerajaan atau Parlimen British . Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji pemberian taraf berkerajaan sendiri di India .Suruhanjaya  ini dipengerusikan oleh Sir John Simon.

Penutup

  • Apa-apa yang bersesuaian

Soalan 129 : Huraikan pencapaian Pertubuhan negara-negara Komanwel

Pendahuluan

  • Komanwel merupakan salah satu organisasi politik yang penting dan merujuk kepada pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931. Malah, Raja British dianggap sebagai Ketua Komanwel.

Isi-isi Penting:

  1. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
  • Mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel diadakan dua tahun sekali. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerjaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama.  Tujuan mesyuarat diadakan adalah membincang masalah-masalah yang dihadapi, hal ehwal dalam sebuah Negara dan persengketaan dalam kalangan negara anggota dengan mendapat keizinan daripada negara-negara tersebut.
  • CHOGM diadakan di tempat-tempat berikut New Delhi, India (1983), Nassau, Bahamas (1985), United Kingdom, London (1986), Vancouver, Kanada (1987), Kuala Lumpur, Malaysia (1989), Harare, Zimbabwe (1991), Limassol, Cyprus (1993), Auckland, New Zealand (1995), Edinburgh, United Kingdom (1997), Durban, Afrika Selatan (1999), Coolum, Queensland [Australia] (2002), Abuja, Nigeria (2003), Valletta, Malta (2005), Kampala, Uganda (2007), Sepanyol, Trinidad dan Tobago (2009), Perth, Australia (2011).
  1. Rancangan Colombo
  • Rancangan Colombo diperkenalkan pada tahun 1950 bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada Negara-negara yang kurang maju.
  • Malaysia turut menerima bantuan daripada Rancangan Colombo. Antara projek-projek yang menerima pembiayaan rancangan ini ialah projek pembinaan lebuh raya timur barat, pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak dalam bidang infrastruktur. Malah, dalam bidang pendidikan pula ialah pembinaan institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak dan dalam bidang pertanian pula ialah bantuan pembangunan tanah dan pertanian dan juga pengenalan kaedah pertanian moden.
  1. Bantuan Ketenteraan
  • Komanwel memberi bantuan dalam bidang ketenteraan kepada negara-negara anggota. Tentera negara Komanwel (Britain dan Australia) mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera Komanwel membantu Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis pada Zaman Darurat (1948-1960). Tentera yang terlibat ialah Britain, New Zealand dan Kanada.
  • Perjanjian Pertahanan British Tanah Melayu ditandatangani pada tahun 1957. Askar-askar dari negara Komanwel dihantar untuk menghadapi ancaman komunis. Malah, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.
  1. Perjuangan menentang Aparteid
  • Dijadikan sebagai sebuah platform oleh negara-negara anggota untuk menentang dasar aparteid yang diamalkan oleh Afrika Selatan dan Malaysia menentang dasar apartied sejak awal tahun 1960-an. Perjuangan menentang dasar ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada kebanyakan negara anggota Komanwel kecuali Britain.
  • Komitmen Malaysia dalam penentangan dasar aparteid terserlah dalam pengisytiharaan Deklarasi Kuala Lumpur tentang Afrika Selatan semasa Mesyuarat ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989. Malaysia menyeru agar sekatan ekonomi dikenakan terhadap rejim perkauman itu di Afrika Selatan.
  1. Bantuan Ekonomi
  • Negara-negara anggota Komanwel menikmati keistimewaan apabila menjalankan urusan perdagangan dengan negara-negara Komanwel yang lain. Hasil eksport ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah.
  • Namun demikian, dasar-dasar yang diamalkan oleh negara-negara Komanwel sekitar 1970-an dan 1980-an memihak kepada negara-negara maju. Perkembangan ini menyebabkan negara-negara mundur tidak berpeluang untuk bersaing dalam arena perdagangan di peringkat antarabangsa.
  1. Isu Senjata Nuklear
  • Komanwel memainkan peranan dalam isu pengurangan senjata nuclear. Pada tahun 1996, Komanwel mengutuk Perancis kerana tidak menghormati Perjanjian Pengurangan Senjata Nuklear (NPT). Pada tahun tersebut juga, Perancis telah menjalankan ujian nuklear di Pasifik Selatan.
  • Komanwel turut mengkritik India dan Pakistan kerana melancarkan ujian nuklear pada tahun 1998. Malah, isu mengehadkan penggunaan senjata nuklear dan senjata kimia turut dibincangkan.

Penutup

  • Komanwel turut memberi sumbangan dalam mempertahankan keamanan serta kestabilan dalam kalangan negara anggota. Umpamanya, Komanwel membantu memulihkan keamanan di negara Uganda yang meengalami kehancuran akibat Perang Saudara. Komanwel juga turut membantu Zimbabwe dalam usaha mencapai kemerdekaan.

4.4.3  Pertubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO)

Soalan 130: Bincangkan faktor-faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta United Kingdom dalam NATO

Pengenalan

  • NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibupejabat NATO ialah di paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dan keselamatan di Eropah barat.
  • Pada peringkat awal, Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat, United Kingdom , Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland, dan Luxembang. Kini keanggotaan dalam NATO telah meningkat kepada 28 anggota.

Isi –isi penting

  1. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.
  • Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua Negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap Negara anggota. Pada dasarnya , NATO bertujuan membendung semula pengaruh komunis yan diterajui Soviet Union.
  • Tambahan pula, Negara eropah timuryang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara jiran  mereka di eropah barat . Jadi , rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu kawal di peringkat awal lagi.
  1. Melibatkan Amerika dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah
  • NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari moscom dapat disekat dengan keberkesanan.
  • Tambahan pula, pada tahun 1949, Soviat union telah meletupkan bom atomnya yang pertama.
  1. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
  • Soviet union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tindakan menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan di Eropah. Soviet union didakwa oleh pihak Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia. menyebabkan Britian dan Amerika syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
  • Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika syarikat dan Amerika syarikat ialah NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika syarikat berbanding Negara-negara lain.
  1. Mengatasi ketidakupayaan Eropah terhadap kemampuan PBB
  • Dari sudut ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan. Dalam PBB kelemahan yang dipersoalkan ialah pihak atau Negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan Negara mana yang akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.
  • Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani man-mana konflik antarabangsa.

Penutup

  • Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan  NATO.
  • Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union,  kini selepas peristiwa 9/11 fokusnya juga berubah kepada menangani bahaya pengganas dan serangan siber.

Baca juga >>  Dekolonisasi dan Kedaulatan Sejarah Dunia STPM Semester 1

 

Sumber Nota Blog Sejarah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *