Sistem Ekonomi Kapitalisme Nota Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Sistem Ekonomi Kapitalisme Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Sistem Ekonomi Kapitalisme

3.1.1  Sistem Ekonomi Kapitalisme: England


Soalan 64: Huraikan faktor-faktor pertumbuhan industri di England.

Pendahuluan :

  • Revolusi Perindustrian diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada mesin. Perkembangan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di England dan Amerika daripada ekonomi berasaskan pertanian dan ekonomi komersial kepada negara perindustrian.
  • Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi. Ini membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlipat kali ganda, modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan menambahkan bilangan kelas pekerja dan kelas pertengahan.

Isi-isi penting :

  1. Perkembangan bidang pertanian
  • Selepas 1750, berlaku pertumbuhan pesat dalam bidang pertanian yang meningkatkan pengeluaran makanan di England. Penambahan makanan ini telah membawa kepada peningkatan penduduk. Pada tahun 1701, penduduk England dan Wales ialah 5.5 juta telah bertambah kepada 6.2 juta pada tahun 1751. Oleh itu, sektor pertanian menjadi cekap dan produktif dalam menampung bekalan makanan di England.
  • Perusahaan tekstil turut berkembang , memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil untuk menghasilkan tekstil di England.
  1. Modal dan bahan mentah
  • Kekayaan diperoleh daripada perdagangan dan industri kapas yang dilabur di bank pusat. Oleh itu, England mempunyai modal yang banyak dan dipusatkan di Bank England serta pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk barangannya.
  • England mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi. Empayar England di luar negara juga menjamin sumberr bahan mentah dan pasaran untuk barangan siap.
  1. Tenaga buruh dan pengangkutan
  • Kepesatan pertumbuhan penduduk pada pertengahan abad ke18 di bandar dan desa menyumbang kepada peningkatan permintaan barang keperluan dan keperluan tenaga buruh bagi memenuhi pekerjaan di bandar dan kilang.
  • Kemajuan sistem pengangkutan membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh negara.
  1. Peranan kerajaan
  • England menguasai industri perindustrian di Eropah kerana hasil kekayaan daripada amalan dasar merkantilisme. England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka. Pada abad ke18, kemunculan kelas pedagang diterima secara terbuka telah merapatkan hubungan antara kedua golongan.
  • England juga mempunyai kelengkapan kebendaan dan pengetahuan yang membantu mereka memasarkan barangan ke luar negara. Golongan puritan turut membantu mereka melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam industri.
  1. Penciptaan baharu dan teknologi
  • Penciptaan baharu dalam Revolusi Perindustrian seperti mesin menyemai benih oleh Jethro Tull (tahun 1700), Rotterham, sejenis bajak yang membantu proses menyemai berjalan dengan lebih lancar (tahun 1730an). Pada tahun 1798, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah digunakan.
  • Ini menyebabkan kurang penggunaan tenaga manusia dan menghasilkan lebihan hasil pertanian. Pengeluaran hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sumber bahan mentah kepada sektor perkilangan. Kesannya, berlaku Revolusi Perindustrian.

Penutup :

  • Revolusi Perindustrian di England memperlihatkan beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan industri di negara tersebut. Terutamanya dalam bidang penghasilan barangan
  • Pertumbuhan industri di England telah menjadikan England sebuah negara perindustrian yang menguasai perdagangan di Eropah.

Soalan 65 : perkembangan ekonomi kapitalisme di England.

Pendahuluan :

  • Kapitalisme merupakan sistem konomi dan sosial yang mementingkan pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Revolusi Perindustrian telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme di England.
  • Sistem kapitalisme di England mengamalkan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan ekonomi kapitalisme di England.

Isi-isi penting :

  1. Perkembangan bidang pertanian
  • Sektor pertanian menggunakan sistem tanah dan kaedah pertanian baharu telah meningkatkan hasil tanaman. Petani di England mengamalkan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang. Pemagaran tanah dapat memisahkan kawasan yang dimiliki dan diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh orang lain. Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan tanah yang disewa atau dimiliki.
  • Seterusnya, penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera diperkenalkan. Antaranya penggunaan alat penggali dan penabur oleh Jethro Tull. Penggunaan alat ini telah memudahkan para petani untuk menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang ditetapkan. Ini menyebabkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur dan membersihkan tanah.
  • Bagi menyuburkan tanah pula, kemajuan sains telah berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani. Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja yang meningkat terutamanya dalam ladang-ladang yang luas. Kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan baja kimia. Penggunaan kaedah dan pengenalan tanaman baharu juga telah meningkatkan sumbangan pertanian kepada ekonomi England.
  1. Perkembangan sektor penternakan
  • Para petani juga turut mengamalkan sisitem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk. Bulu-bulu binatang juga boleh digunakan untuk industri membuat kain dan najis binatang dijadikan baja.
  • Antara tahun 1730 hingga tahun 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan ternakan yang besar saiznya. Hasilnya, baka biri-biri yang terbaik dapat dihasilkan. Kaedah ini telah tersebar luas dan digunakan di England. Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi keperluan England.
  1. Kemajuan sektor perindustrian
  • Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa kepada penciptaan mesin pemintal yang pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764. Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin tenun pertama yang menggunskan kuasa air. Kemajuan dalam perindustrian telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang batu untuk menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan besi. Pada akhir abad ke18, kuasa wap telah digunakan dalam industri untuk mengendalikan jentera.
  • Pelbagai kaedah baharu ditemui bagi memajukan industri perindustrian di England. Antaranya, Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli daripada keluli belum tempa. Penggunaan teknologi tersebut membolehkan pertambahan pengeluaran dalam industri tekstil pada abad ke18. Industri besi juga menunjukkan pertambahan dalam pengeluaran selepas Revolusi Perindustrian di England. England mempunyai banyak sumber bijih besi telah mengeluarkan besi yang lebih bermutu.
  1. Kemajuan sistem pengangkutan
  • Revolusi Perindustrian telah membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api dan terusan. Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan kayu balak dari Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun `787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi sebagai rangka kayu sebagai dinding. Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo  berbanding kapal yang dibina menggunakan kayu. Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjim stim dan keluli menggantikan besi dalam industri pembinaan kapal.
  • Perluasan permintaan barangan perkilangan turut mempengaruhi pembinaan jalan raya di Britain. John Macadam memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini mempermudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Lebuh raya tol juga dinaiktaraf dan diperluaskan lagi. Penambahbaikan sistem jalan raya ini dibuktikan dengan penjimatan masa perjalanan antara saru kawasan dengan kawasan yang lain.
  1. Penghijrahan dan pertambahan penduduk
  • Perkembangan perindustrian telah menyumbang kepada pertambahan penduduk. Pada tahun 1850, menyaksikan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan bandar. Peningkatan penduduk disebabkan oleh migrasi penduduk luar, misalnya pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
  • Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan Ireland-England dan penduduknya lebih tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil. Jika mereka tidak berhijrah akan lumpuh disebabkan kekurangan tenaga pekerja.

Penutup :

  • Perkembangan industri di England dipengaruhi oleh beberapa faktor.
  • Perkembangan yang dilalui oleh masyarakat England kesan Revolusi Perindustrian memperlihatkan perkembangan sistem ekonomi di England.

3.1.1  Sistem Ekonomi Kapitalisme: Amerika Syarikat

Soalan 66: Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri di Amerika syarikat.

Pendahuluan

  • Terdapat pelbagai faktor yg mmbuatkn peningkatan ekonomi di Amerika Syarikat dgn sebab mmpunyai sumber aasli yg byk, tenaga buruh yg ramai, penggunaan teknologi maju, teknik pemasaran yg di gunakn kpd pengguna & mmggunakn dasar2 kerajaan yg tlh di ttpkn.

Isi-isi penting :

  1. Sumber Asli dan  Negara yang luas
  • Amerika mrpakn sbuah Negara bsr serta mampu myediakn pnawaran tanah yg luas blum dterokai spnuhnya. Prkmbngan revolusi prindustrian tlh mnambahkn pgeluaran hasil pertanian,mningkatkn pnggunaan teknologi,& mgurangkn prmintaan tenaga buruh dlm prtanian.
  • Pnawaran tenaga buruh tlh dgunakn dlam bidg industri tanpa mnjejaskn bidang prtanian d Amerika. Amerika juga kaya dgn sumber asli sprti kayu balak,arang batu,&minyak yg mbwa kpda prtumbuhan industri arang batu,besi keluli & minyak.
  1. Imigrasi, buruh dan perbandaran.
  • Amerika mnjdi tumpuan imigran dr perancis pd thn 1695, & imigran Jerman mlarikan diri dr tnh air mereka krna tdk mahu trhimpit dgn pperangn antara Jerman & perancis.
  • Kmsukan buruh2 ini hsil galakkn drpd undang2 Buruh Kontrak yg tlh dwartakn pd thn 1864. Kdtgn buruh2 luar & penghijrahn pnddk dr desa ke bndr tlh mdrong pertmbuhn ekonomi krna mmpunyai tenaga buruh yg bnyak. Prtumbuhn prindustrian & prdagangan trut mndrong prtumbhn Bandar antara thn 1860 – thn 1900.
  1. Kemajuan Teknologi
  • Pnciptaan teknik pgeluaran besi keluli scra bsr2an & pmbinaan & pertumbuhan jaringan pengangkutan peringkat kebangsaan.
  • Penciptaan baru slaras dgn pggunaan tenaga elektrik & telefon tlh mmudhkn sistem komunikasi & mningkatkn hsl mgluaran prklangan di Amerika. Ciptaan telegraf – Samuel F.B. Morse ( 1844 ), Telefon – Alexander Graham Bell ( 1876 ), Cahaya elektrik – Thomas Alva Edison ( 1879 ) dan Kereta – Henry Ford ( 1893 )
  1. Teknik pemasaran
  • Membantu pnjualan brngan siap & mmajukn bidang prniagaan di Amerika. Contohnya, mail order house iaitu prhidmatan mghntar brg mlalui sistem pos . Brgan dpt d hntar & d trima o msyrt luar bndr. Gedung jualan besar. mnawarkn plbgai brngn & prkhidmatan di 1 tmpt.
  • Teknik pengiklanan. mempromosikn brngan mula brkmbg pd thn 1869. Ekspo Antarabangsa. Columbian yg prtama di Chicago tlh d anjurkn pd thn 1893.  mrpkn upacara sosial & bdaya yg pplar & brjaya mnrik 27 juta plawat dan plbgai brngan pgguna tlh di prknlkn kpd rakyat Amerika.
  1. Peranan kerajaan.
  • Memainkn peranan penting dalam prtumbuhan industri dan perdagangan di Amerika. Antaranya; Mwujudkn kstabilan mata wang; Tarif yg brsesuaian; Mmbnrkan pgguna mggunakn sumber semula jadi; Mmbntuk polisi imigrasi yg longgar; Mgenakn kdr cukai yg rndh; dan Mwujud kn sistem prbankan kbgsaan
  • Kerajaan mwujudkn bbrpa akta bgi mnggalakkn  & melindungi prdagangan. Antaranya : akta landasan krta api pasifik pda thn 1862 & thn 1864 yg mmbolehkan kerajaan amerika mnyumbangkn tanah awam kpd syrikat2 swasta utk mmbina landasan krta api merentas benua. Kerajaan jga mnyumbang bantuan kewangan , iaitu mnjanjikn byrn $ 48 ribu dolar bgi stiap batu jln krta api yg di bina di kwsn prgunungan . kerajaan jga mmberi pinjaman yg disubsidi slm 30 thn  dgn kadar faedah yg rendah di bawah harga pasarn. Dan pengenalan akta ladang & akta majlis tanah .

Penutup:

  • Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
  • Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di negara tersebut.

Soalan 67: Bincangkan  perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika syarikat pda abad ke-18.

Pendahuluan

  • Peperangan Amerika dgn Britain yg berakhir pda thn 1812 mmbuka era baru bgi Amerika. Rakyat Amerika berusaha gigih agar dapat brdikari dri segi ekonomi dan tidak dibelenggu olh Britain. Slps thun 1812, Amerika mula mengalihkan prhatian kpd dasar dlm negeri. Ekonomi masyarakat Amerika beralih drpd mengusahakan prladangan kpd prkilangan.
  • Pda abad ke-18 hingga ke-19 ekonomi Amerika beralih kpd prkembangan industri baru sprti industri kereta api, pemprosesan makanan , besi keluli, dan perlombongan selari dgn industri lma sprti industri tekstil dan pmbungkusan daging.

Isi-isi penting

  1. Pertanian & industri.
  • Pda thun 1800, 6 drpd 7 pekerja di Amerika mrupakan petani dan ketika itu tiada Bandar yg mmpunyai pndduk melebihi 100 000 org. Pda thun 1860, populasi brtambah kpd 30 juta org dan 9 buah Bandar di Amerika mmpunyai kpd tan pnddk melebihi 100 000 org dan hanya 50% pekerja Amerika adlh petani. Hal ini, mmperlihatkn bahawa benua Amerika yg luas dan hanya bberapa kwsan yg masih mnjalankn kegiatan prtanian dan prladangan.
  • Sebahagian drpd kwsn selatan dan barat Amerika masih mngusahakan pertanian sbgai sumber ekonomi yg utama. Negari2 di selatan mngusahakn prtanian sbgai sumber ekonomi yg utama  dan mmerlukan byk buruh utk mengusahakn kegiatan prladangannya. Hasil keluaran negeri di selatan yg utama ialah kapas , gula , beras , dan tembakau dibawa ke negeri di utara bagi tujuan pemasaran dlm negeri atau luar. Hasil pertanian dri negeri2 dibarat tengah seperti gandum,daging dan tenusu dibawah ke utara dan kemudian dipasarkn ke luar Negara.
  • Perkembangan pertanian mmbawa kpd perkembangan perindustrian dan perkilangan diutara. Kebanyakan pekerja datang dri dearah pedalaman New ,England. Mereka dri keluarga yg sma trmsuk kanak2 & wanita. Selain drpd aktiviti prdagangan yg dijlnkn di wilayah utara, aktiiti pemasaran barangan turut dijlnkn sma ada utk dlm negeri atau luar Negara.
  1. Perkembangan sistem pengangkutan.
  • Slps kerajaan meluluskn akta ladasan kereta api pasifik pda thun 1862, sistem landasan kereta api Amerika tlh berkembang pesat. Jaringan landasan kereta api tlh meningkat drpd 31 ribu kpd 53 ribu dan mnjelang thun 1880-an prluasan landasan kereta api berada pda kemuncaknya apabila jumlah prbatuan meningkat sehingga 165 ribu batu.
  • Landasan kereta api merentas benua yg pertama dibarat siap dibina pda thun1869. Landasan kereta api union pasifik yg dibina di sebelah barat sungai Missouri brcantum dgn landasan kereta api central pasifik yg dibina di sebelah timur sacramento,California tlh brtemu di promontory point Utah. Kesan pembinaan jaringan landasan kereta api; Menggalakkn prpindahan pendduk; Mmbuka petempatan baharu; Mmpercepatkn penghantaran barang dri bndr ke desa dan serata Amerika dan Menjadi satu cara pengiklanan utk mnggalakkn kedatangan imigran dri dlm dan luar ke tempatan baru itu.
  1. Industri minyak.
  • Industri ini brmula di Amerika dgn pengunaan minyak tanah bgi tujuan pemanasan dan cahaya smsa perang saudara ( 1861-1865 ). Telaga minyak yg pertama dijumpai  di Pennsylvania pda thun 1859. Seterusnya pda penghujung abad ke-19, industri minyak tertumpu di Cleveland, pittburg, Philadelphia.
  • Usahawan yg mula melibatkn diri dlam industri minyak ialah John D. Rockefeller pada thun 1863. Pda thn 1879, John dan rakan2nya mnubuhkan stantart oil of New jersey dan pda thn 1870, syarikatnya sendiri , iaitu standart oil company of ohio tlh mnjadi pengeluar trbesar di Cleveland, Ohio. Kejayaan syarikat ini brterusn apabila mngeluarkn 90% drpd minyak Amerika dan mnjadi pengeluar utama minyak pd 1880.
  • John D. Rockefeller tlh mnggunakn pelbgai keadah utk memonopoli industri minyak. Antarannya , mmbeli syarikat pesaing mmbeli scra trbuka arau scra senyap, mmulau, dan memufliskn syarikat lain melalui perang harga.  Kejayaan memonopoli perniagaan ini tlh brkembang kpd bidang lain dgn kewujudan syarikat2 lain. Misalnya, persyarikatan gula, tembakau, dan sebagainya. Hal ini mmperlihatkn perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika.
  1. Industri besi keluli
  • Sprti indusri minyak ,indusri keluli juga menuju kpd penyatuan. Andrew Carnegie ialah org yg bertanggungjawab mmajukn indusri keluli di Amerika. Menjelang tahun 1894, firmanya menguasai 25 % drpd pengeluaran Negara .
  • Pda thn 1901, Carnegie menjual syarikatnya kpd J.Pierpont Morgan. Morgan tlh mmulakn penyatuan sehingga mmbawa kpd penubuhan U.S Steel Corporatin. Syarikat ini tlh Berjaya mngatasi pesaingnya dan menguasai industri keluli di Amerika .
  1. Perniagaan besar.
  • Perniagaan bsr muncul mlalui gerakn penyatuan syarikat2 di Amerika syarikat yg mmbentuk prsyarikatan dlm industri2 utama di Amerika syarikat. Langkah yg dimulakn olh carriegie & Rockefeller tlh mnjadi ikutan industri2 lain di Amerika syarikat. Kemunculan prniagaan bsr tlh mmbawa kestabilan ekonomi kapitalisme di Amerika. Selain itu, dpt mndominasi ekonomi & mngawal psran di Amerika.
  • Gelombang pnyatuan besar ini brmula pd thn 1895 – 1905. Dri thn 1895- thn1904, lebih kurang 300 syarikat lenyap stiap thn. Dri thn 1898-1902, lebih drpd 2600 syarikat lenyap. Syarikat2 besar yg mnguasai psrn ialah syarikat Dupont & General Electric yg mndominasi 58 % psrn bhn kimia & kuasa Elektrik
  1. Perdagangan antarabangsa.
  • Kelahiran perniagaan bsr yg mgeluarkn lebihn brngn prtanian & brngan prindustrian tlh myebbkn Amerika mmerlukn psran yg lbh luas serta kprluan bhn mntah bg mykong kesinambungan & kejayaan ekonomi Amerika. Amerika mrsakn prbhan dsr pmencilan kuasa kpda prluasn empayar akn mmbri manfaat kpda prdagangan antabangsanya. Prbhan ini mmperlhatkn pningkatan prdagangan antarabangsa . pda thn 1897,nilai eksport yg tinggi brbandig nilai import sbnyak $286 juta dolar mrupakn  yg trbsr dlm sejarah Amerika.
  • Prdgangan Amerika dgn Cuba .Amerika mrpakn psran utama gula dr Cuba.pd thn 1894,hmpir 90% hsil eksport  Cuba ke Amerika & Cuba mgimport 38% dr Amerika. Brasaskan kpntingn industri & dagangan trsebut,Amerika mnruskan dsr prluasan kuasanya.pd thn 1898, presiden McKinley mbyar $20 juta dolar kpda Filipina. Sepanyol myrahkn Cuba, Guam, Puerto Rico,dan kpulauan Filipina kpda Amerika.

Penutup:

  • Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
  • Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776.

Soalan 68: Huraikan Faktor-Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di Amerika Syarikat Pada Abad Ke-18 hingga 19.

Pendahuluan

  • Perkembangan Ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang  Amerika Syarikat dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dalam sektor perindustrian.
  • Perkembangan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai (1860-an hingga 1914)

Isi-Isi Penting :

Kekayaan sumber asli

  • pertengahan abad ke-19, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di Amerika Syarikat. Perkembangan sistem ekonomi ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat dalam Sektor perindustrian.A ntara nya : KEKAYAAN SUMBER ASLI – Amerika Syarikat ialah  negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu, besi, keluli, dan  minyak.
  • Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di Amerika Syarikat disumbangkan Pennslyvania.

Bekalan tenaga Buruh

  

  • Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang  ramai meransang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai.
  • Bekalan tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk hasil keluaran negara. Kekayaan sumber asli merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan kapitalisme di Amerika Syarikat.

Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing

  • Kehadiran buruh dari luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan  tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan  kedatangan buruh Amerika Syarikat.Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai buruh dari China yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.
  • Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dari luar bandar ke kawasan bandar.Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti New   York , Chicago ,  dan  Boston.

Kemajuan teknologi

  • Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baharu muncul di AmerikaSyarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan muncul pencipta-pencipta terkenal di  Amerika Syarikat.
  • Antara pencipta dan hasil ciptaan ialah Samuel F. B . Morse yang  mencipta Telegraf , Graham Bell yang mencipta Telefon, Thomas Alva Edison yang mencipta Elektrik, Henry Ford yang mencipta Kereta, Wilbur dan Orville Wright  yang mencipta Kapal Terbang. Sehingga akhir abad ke-19, syarikat-syarikat di Amerika syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta. Selain itu muncul kaedah baharu untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.

Teknik Pemasaran baharu

  • Selepas itu, muncul teknik pemasaran baharu, iaitu barangan dihantar melalui pos. Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck and Company dan  Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.Dimajukan kerana kemajuan Sistem pos dan landasan  kereta api. Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan  luar bandar. Seteleah itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan  pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di bawah satu bumbung,
  • Antara gedung yang terkenal ialah Macy (New York), Filene (boston), Marshall Field (Chicago), dan Wannamaker (Philadelphia). Pada masa yang sama, sistem pengiklanan juga wujud. Mengadakan Ekspo Perdagangan untuk memasarkan barangan yang di hasilkan oleh kilang,sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago pada tahun 1893 menarik 27 juta pengunjung.

Pengangkutan Jalan air

  • Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan kapal Wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat.
  • Pada tahun 1807, kapal  wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.

Pembinaan terusan

  • Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerikat Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan jalan raya.
  • Antara Terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York. Berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini mengurangkan kos  untuk menggerakkan barangan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 hari  kepada enam hari. Menjadi sebuah pelabuhan terkemuka  di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain seperti Pennslyvania, Ohio, dan Indiana juga melabur dalam pembiaan terusan.

Penutup

  • Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat perang amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian dan perniagaan besar.
  • perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan sistem ekonomi kapitalisme.

Baca juga >> Sistem Ekonomi Feudalisme Eropah Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *