Sistem Sosial STPM Semester 3
Sistem Sosial STPM Semester 3
1.3 Sistem Sosial
1.3 Sistem Sosial
Soalan 13 : Terangkan konsep dan susun lapis masyarakat melayu pada abad ke-19
Pendahuluan
- Taraf seseorang dalam masyarakat ditentukan oleh beberapa faktor; keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan, kewibawaan serta tugas.
- Kedudukan hierarki seseorang dalam masyarakat Melayu boleh berubah melalui 2 cara. Pertama, pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya. Kedua, melalui taraf pencapaian.
Isi-isi Penting:
- Konsep susun lapis
- Konsep susun lapis masyarakat bermaksud pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial yang berlainan kedudukan dan disusun dalam satu hierarki.
- Pada asasnya, susun lapis masyarakat melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat setaraf dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab.
- Susun Lapis Masyarakat
- Susun lapis masyarakat Melayu tradisional bercorak hierarki. Terdapat 2 jenis golongan dalam masyarakat; golongan pemerintah dan golonagn diperintah. Golongan pemerintah merupakan kelas atasan yang dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan diperintah pula merupakan kelas bawahan iaitu rakyat jelata.
Golongan Pemerintah
- Terdiri daripada sultan, raja atau Yang Dipetuan Besar, keluarga dan kerabat diraja serta pembesar negeri, iaitu golongan bangsawan, ulama, pendeta, dan penghulu. Golongan pemerintah menerima penghormatan dan ketaatan berdasarkan taraf dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat. Bertanggungjawab dalam menjalankan urusan pentadbiran negeri.
Sultan/ Raja
- Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri. Dalam urusan pentadbiran, baginda dibantu oleh kerabat diraja atau para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta seluruh jajahan takluknya.
- Berperanan sebagai lambang perpaduan negeri, menjadi sumber segala gelaran dalam negeri, bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan memajukan negeri. Sultan atau raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata.
Keluarga dan Kerabat Diraja
- Golongan anak raja dan kerabat diraja, iaitu mereka yang bergelar ‘Raja’ atau ‘Tengku’.
- Golongan ini tidak ramai tetapi mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi negeri.
Golongan Bangsawan dan Pembesar
- Terdiri daripada para pembesar dan kaum kerabat yang amat berpengaruh dalam kalangan pemerintah atau pentadbir.
- Pembesar dilantik oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Pembesar yang diberi hak untuk mentadbir biasanya dapat mempertahankan daerah itu dengan kekuatan sendiritanpa sokongan sultan.
Golongan Ulama dan Pendeta
- Dianggap sebagai golonagn cerdik pandai. Golongan ini sering menjadi sumber rujukan dalam perkara-perkara tertentu yang memerlukan khidmat nasihat mereka. Golongan ulama pakar dalam bidang agama Islam. Dilantik menjadi guru, ketua agama dan kadi. Mereka berperanan menyebarkan agama Islam. Disamping itu, mereka juga bertanggungjawab menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.
- Golongan pendeta mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
Penghulu
- Ketua pentadbir di peringkat kampung yang dilantik dalam kalangan rakyat biasa. Penghulu menjalankan perintah yang diarah oleh pembesar daerah dan mewakili penduduk kampung untuk menyatakan pandangan atau masalah yang dihadapi.
- Antara bidang tugas penghulu ialah menyelusaikan sebarang pertikaian yang timbul dalam kalangan anak buahnya, memelihara keamanan kampung, mengarah rakyat melaksanakan arahan pemerintah, dan menjadi lambang perpaduan kampung.
Golongan Diperintah
- Merupakan golongan yang paling ramai dan terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu rakyat biasa atau rakyat asing yang bebas dan golongan hamba. Mempunyai peranan penting dari aspek fizikal dan tradisi kemasyarakatan terutamanya dalam mendukung institusi beraja dan pembesar.
- Berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.
Rakyat Biasa
- Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan dan biasanya tinggal di kawasan luar istana atau kampung-kampung kecil. Kebanyakannya terdiri daripada petani, nelayan, pedagang, dan tukang. Mereka tidak mempunyai sebarang kuasa politik dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam pentadbiran.
- Dari segi ekonomi, hasil pengeluaran mereka berbentuk sara diri, iaitu hanya cukup untuk menanggung hidup sekeluarga. Terdapat juga yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun, pawang, dan guru agama.
Rakyat Asing
- Selalunya bukan orang melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi tujuan tertentu seperti pedagang, mubaligh, dan santeri. Santeri ialah orang yang merantau dari tempat ke tempat lain untuk menuntut ilmu.Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan atau menjalankan kegiatan ekonomi.
- Tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan
Golongan Hamba
- Menduduki hierarki paling bawah. Menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api, dan menjadi askar.
Penutup
- Terdapat dua golongan dalam susun lapis masyarakat iaitu golongan memerintah dan golongan diperintah. Golongan memerintah merupakan golongan kelas atasan manakala golongan diperintah merupakan golongan kelas bawahan.
Soalan 14: Bincangkan golongan yang diperintah dan tanggungjawab mereka terhadap pemerintah.
Pengenalan
- Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.
- Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan hamba. Mereka merupakan kelas bawahan yang tetapi bilangannya adalah banyak. Namun rakyat mempunyai kuasa mobiliti yang tersendiri yang tidak dapat disekat oleh golongan pemerintah.
Isi-isi Penting:
- Rakyat Biasa
- Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan. Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana
- Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja. Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya
- Orang Asing
- Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu. Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan mereka selesai.Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri (orang merantau kerana menuntut ilmu) dan mubaligh. Rakyat asing boleh dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu: melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada Jawa dan Pasai, melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong. Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi.
- Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tempatan.
- Hamba
- Terbahagi kepada hierarki yang berbeza taraf kedudukan antara mereka. manakala sebahagiannya akan terlibat dengan pekerjaan dalam rumah. Antara jenis hamba:
- a)Hamba raja (biduanda) – paling tinggi kedudukannya. Akan dibebaskan dengan kerelaan raja.
- b)Hamba Abdi – hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba hulur, hamba serah, dan anak hamba.
- c)Hamba berhutang – orang berhutang, anak emas, hamba waris, hamba bayar.
- d)Hamba abdi dan hamba berhutang akan berkhidmat untuk tuannya sebagai pengikut
- Antara peranannya:
- a)menyediakan tenaga kerja manusia bagi melakukan pelbagai aktiviti dalam masyarakat.
- b)menyumbang tenaga bagi menambah harta tuan
- c)menjadi pegawai kepada tuannya
- d)menjadi lambing ketinggian taraf sosial golongan yang memiliki hamba.
Kesimpulan
- Golongan yang diperintah memberikan ketaatsetiaan yang sepenuhnya kepada pemerintah sama ada sultan ataupun pembesar. Manakala golongan pemerintah akan memberikan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Di sinilah wujudnya hubungan timbal balik di antara golongan pemerintah dan yang diperintah.
Soalan 15: Jelaskan peranan golongan hamba dalam sistem sosial masyarakat melayu tradisional
Pendahuluan
- Golongan hamba menduduki susun lapis masyrakat yang paling bawah sekali. Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan dan perintah yang ditentukan oleh pemilik (tuan) mereka.
- Dalam masyarakat melayu tradisi, perhambaan mempunyai pengertian yang tersendiri berbanding dengan sistem perhambaan yang biasa di fahami. Terdapat 3 jenis hamba, iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
Isi-isi penting
- a)Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja rumah
- b)Hanba berhutang terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti dalam bidang pertanian dan melombong bijih timah
- c)Hamba lelaki biasanya di berikan tugas di luar rumah untuk tujuan pertahanan atau penghasilan pertanaian seperti membajak, menanam, menuai, dan memagar hutan baru atau bertugas melombong bijih timah.
- d)Ada juga hamba lelaki yang di bawa mengikut tuannya berdagang atau berniaga
- e)Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah dan menjadi dayang kepada pemerintah. Mereka juga menjadi tukang masak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air membelah kayu dan menganyam. Ada kalanya mereka bekerja di sawah untuk menuai padi
- f)Ada di kalangan hamba perempuan itu yang di tugaskan untuk memperoleh pendapatan bagi tuan mereka, khususnya hamba wanita yang di paksa melacurkan diri dan sebahagian pendapatan tersebut diserahkan kepada tuan hamba mereka
- g)Golongan hamba juga berperanan untuk mencuci perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar
Penutup
- Golongan hamba menduduki satu daripada lapisan sosial dalam masyarakat melayu tradisi. Mereka mempunyai peranan tertentu yang perlu dilaksanakan dan membentuk sebuah institusi sosial yang tersendiri
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM