Perkembangan Ekonomi Perdagangan Nota Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

 Perkembangan Ekonomi Perdagangan Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Ekonomi Perdagangan

3.1.2.1  Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Portugal

Soalan 69. Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan dan perniagaan di Portugal.

Pendahuluan

  • Sejarah Portugal sebagai sebuah negara eropah dan negara atlantik bermula sejak awal zaman pertengahan.
  • Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman Penerokaan di eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar di amerika selatan, afrika, asia, dan Australia

Isi-isi penting

  1. Galakan Putera Henry
  • Putera henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakn misi perdagangan hamba yang  mendatangkan keuntungan.
  • Hasilnya, menjelang tahun1460, portugis berjaya menguasai rangkaian pelabuhan dari Madeira dan cape verda.
  1. Keadaan politik
  • Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti Avis telah melahirkan  pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan perkapalan.
  1. Perang salib
  • Ekoran perang salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan semenanjung Iberia yang sekaligus melahirkan masyarakat eropah yang berfikiran terbuka.
  • Penaklukan wilayah islam yang menyebabkan ilmu pelayaran islam telah sampai kepada masyarakat eropah membantu mereka untuk menjelajah negara luar.
  1. Kemajuan dalam penemuan baharu
  • Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal, dan sebagainya.
  • Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran dalam membina kapal jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan luas.
  1. Kemunculan tokoh pelayar Portugal
  • Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz yang berjaya belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat afrika antara tahun 1482-1484. Bartholomew telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkn ekspedisi ke timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Selepas tu, mengelilingi Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur afrika hingga ke Malindi.
  • Hal ini, menyebabkn banyak kapal portugis belayar ke timur untuk memperoleh lada hitam, batu permata, dan rempah-ratus

Penutup

  1. Kesimpulannya, faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah memberi sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.

3.1.2.1  Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Belanda

Soalan 70: Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan dan perniagaan di Belanda.

Pendahuluan

  • Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian
  • Malah kedudukannya geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda muncul sebagai kuasa perdagangan di eropah pada abad ke-16 hingga ke-18.

Isi-isi penting

  1. Bekalan tenaga yang murah
  • Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui kincir angin dan tanah gambut. Dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Hal ini menyumbang kepada pembinaan kapal-kapal besar yang boleh digunakan untuk berdagang sekaligus dapat memajukan ekonomi.
  • Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang maju.
  1. Pembukaan pelabuhan Antwerp
  • Menyebabkan barangan dari England di hantar ke eropah melalui pelabuhan di Belanda. Malah, pelabuhan ini bertindak sebagai pelabuhan pengantara di mana barangan dari kawasan lain juga dihantar untuk di edarkan di England.
  • Oleh itu, pelabuhan ini menjadi pusat pertukaran barangan di eropah dan asia.
  1. Dasar ekonomi merkantilisme
  • Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme di eropah. Perdagangan dan perniagaan berkembang pesat dan maju mengikut kebijaksanaan pedagang-pedagang
  • Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang terkaya di eropah ketika itu.
  1. Angkatan marin perdagangan
  • Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar dan terutamanya fluytsiaitu kapal pengangkut sederhana dan tahan lasak. Ini membolehkan eropah menguasai perdagangan balak, bijirin, kain, garam, dan ikan herring pada tahun 1600.
  • Dalam negeri pula, bahan mentah diimport dengan banyak dan menghasilkan barang siap melalui pelbagai jenis perdagangan. Hal ini membangunkan industri pembersihan gula, pelaburan, penyulingan, pemeraman, hasil tembakau, tenunan sutra, pembuatan tembikar, kaca, senjata, kertas, dan percetakan.
  1. Tindakan mengecualikan negara Belanda dari menggunakan pelabuhan sepanyol dan Portugal.
  • Keadaan ini menyebabkan Belanda terpaksa mencari sumber bahan mentah dan pasaran baru bagi memasarkan barangan mereka. Belanda telah menjual bijirin yang telah diproses kepada empayar uthmaniyah.
  • Mendapat keuntungan yang lumayan melalui perdagangan di kawasan carribean dan selatan amerika.

Penutup

  • Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan peniagaan di Belanda  telah memberi banyak sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.

 

Baca juga >> Sistem Ekonomi Kapitalisme Nota Sejarah STPM Semester 1

 

Sumber Nota Blog Sejarah 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *