Perjuangan Mencapai Kemerdekaan STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Perjuangan Mencapai Kemerdekaan STPM Semester 3

Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

 

3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

Soalan 143: Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Myanmar pada abad ke-20


Pendahuluan

  • Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah member kesan penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian kemerdekaan Myanmar.


Isi-isi Penting:

  1. Pakatan dengan Jepun
  1. Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakakatan ini, golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
  2. Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota.
  1. Membantu Jepun Menyerang Myanmar
  1. Pada Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera Kemerdekaan Myanmar. Pada Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap sebagai pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat tempatan.
  2. Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa rakyat British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan. Kekalahan British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan.
  1. Pengalaman dalam bidang pentadbiran
  2. Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.
  3. Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas pengunduran Jepun.
  1. Pembentukan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)
  1. Jepun telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa sebenar pentadbiran Myanmar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.
  2. Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain telah menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun. Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara terbuka menentang Jepun.
  3. Pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Myanmar.
  1. Kemerdekaan Myanmar 1948
  1. Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada April 1947 dan memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
  2. Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.
  3. Namun, satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah Thakin U Nu.

Kesimpulan

  • Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan mempercepat proses kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua.
  • Myanmar mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.


Soalan 144: Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Myanmar.

Pendahuluan:

  •    Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941 – 1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar, British mnyerah kalah.
  •    Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.Pendudukan Jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.


Isi-Isi Penting:

  1. a)Dasar Politik
  •    Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk mnyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka. Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr.Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri. Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr.Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu diisytiharkan.
  •    Jepun menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang tempatan.Jepun mngamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan pendudduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. Jepun bertindak mnyatukan kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya di panggil Maha Bama Asiayone.
  1. b)Dasar Ekonomi
  •    Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sector pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan. Dalam usaha untuk mngeksplotasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan ‘Kawasan KesemakmuranBersama Asia Timur Raya’.
  •    Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun manggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang, dan jut.
  1. c)Dasar Sosial
  •    Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.
  1. d)Kesan Politik
  •    Kemenangan Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.
  •    Slogan “Asia untuk Orang Asia” dan rancangan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan  mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan budaya Barat. Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengekploitasi ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slgan mereka itu.
  1. e) Kesan Ekonomi
  •    Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan Myanmar mengalami kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh Jepun membebankan rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.
  •    Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang tinggi, dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun mangakibatkan masyarakat tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah tanahuntuk menentang Jepun.
  1. f) Kesan Sosial
  •    Rakyat hidup dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang tidak terkawal. Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoirit. Akan tetapi, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar dengan kaum minotiti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin.
  •    Konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan kekejaman dan penindasan Jepun. Mereka sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan.

Penutup:

  •     Apa-apa yang berkaitan

Soalan 145: Huraikan dasar dan kesan pendudukan jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Indonesia.

Pendahuluan

  • Jepun menyerang negara-negara asia tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua Negara asia tenggara kecuali Thailand ditawan oleh jepun antara tahun 1941-1945.
  • Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan social. Pendudukan jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.

Isi-isi Penting:

  1. Dasar-dasar

Dasar Politk

  1. Penglibatan orang Indonesia dalam pentadbiran
  • Jepun memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sistem politik. Ini disebabkan jepun menghadapi kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam. Pada ogos 1942 setelah belanda ditawan, jepun telah melantik penduduk Indonesia untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang oleh belanda. Contohnya Soekarno dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu oleh Hatta.
  • Bilangan orang Indonesia yang dilantik menjadi penasihat semakin meningkat dalam pemerintahan. Jepun telah membentuk Dewan Penasihat di Jakarta dan diletakkan di bawah pemimpin Soekarno.
  1. Gerakan Tiga A
  • Jepun telah membentuk gerakan rakyat iaitu “Gerakan Tiga A” pada april 1942. Gerakan ini berasal dari slogan jepun iaitu “Jepun Ketua Asia” atau “Jepun Cahaya”.
  • Gerakan Tiga A bertujuan untuk mendapat bantuan orang Indonesia bagi memenuhi keperluan perang dan menjayakan pelaksanaan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Jepun menggunakan slogan kata tersebut untuk menyeru orang asia supaya bersatu di bawah kekuasaan tertinggi jepun untuk menentang kuasa barat.
  1. Pemerintahan jepun di Indonesia
  • pemerintahan jepun  di Indonesia bercorak ketenteraan. Jabatan Gabenor dan Jabatan Pembantu Residen dihapuskan. Kedudukan Residen sebagai Ketua Wilayah Keresidenan masih dikekalkan. Begitu juga dengan jawatan Bupati sebagai Ketua Wilayah kabupaten.
  • Pemerintahan tertinggi dan kuasa Gabenor Jeneral yang dahulunya di bawah pemerintahan Indonesia dijalankan oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai Saikoo Sikikan.

Dasar Ekonomi

  1. Bidang pekebunan
  • Kegiatan pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan pengawasan yang dibentuk oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK).
  • SKK mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli, dan menentukan harga hasil penjual pekebunan. Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya pekebunan kina iaitu ubat-ubatan dan karet iaitu getah berkembang maju.
  1.  Kegiatan pertanian
  • Jepun menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah pekebunan untuk penanaman padi. Contohnya, bekas pekebunan tembakau di sumatera timur telah ditanam dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang 10.000 hektar.
  • Tanah pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan dan Sulawesi pula, penanaman padi diwajibkan untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya di jawa. Usaha ini juga dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap pengimportan beras.
  1. Kegiatan perdagangan
  • Jepun mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya sendiri. Masalah pengeksportan berlaku kerana jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain.
  • Bidang perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun.
  1. Kesan-kesan dasar yang dilaksanakan

Kesan politik dan pentadbiran

  • Penduduk tempatan terutama golongan pertengahan diberikan tempat oleh pentadbiran tentera jepun dalam sistem pemerintahan dengan memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan. Ini memberikan pengalaman kepada mereka dalam urusan pentadbiran Negara.
  • Pendidikan ketenteraan diajar kepada pemuda Indonesia baik dalam PETA dan HEIHO. Ini merupakan pengalaman paling berharga untuk perjuangan kemerdekaan Indonesia. Pejuang-pejuang yang dilatih oleh tentera jepun ramai yang menjawat-jawatan penting dalam Jabatan Tentera selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 ogos 1945.

Kesan ekonomi

  • Pentadbiran tentera Jepun telah mengeksploitasi sumber kekayaan dengan cara semua ladang milik belanda, peralatan, dan kemudahan perusahaan seperti elektrik, telekomunikasi dan pengangkutan diambil alih atau disita oleh tentera jepun. Penduduk Indonesia dipaksa untuk bekerja di ladang untuk membiayai perbelanjaan perang.
  • Penduduk diwajibkan menyimpan padi, jagung, dan hasil ternakan dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan logistik jepun di medan perang. Menanam pokok jarak untuk diambil minyaknya dan diproses sebagai minyak pelincir untuk jentera-jentera dan kelengkapan perang tentera jepun.

Kesan sosial

  • Kejayaan jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu telah meniupkan semangat nasionalisme. Masyarakat tempatan menyedari bahawa orang asia yang dianggap lemah juga mampu mengalahkan kuasa barat. Penggunaan bahasa Indonesia semasa pendudukan jepun dapat menyatupadukan masyarakat Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi lambang perpaduan kebangsaan untuk menentang jepun dan belanda serta seterusnya mencapai kemerdekaan. Begitu juga, jepun membenarkan penggunaan lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini menyemarakkan perasaan cinta akan Negara dan menolak sebarang penguasaan asing.
  • Sistem Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam bidang ketenteraan. Lelaki dan perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun dikerah untuk menyertai Sistem Romusha. Usaha jepun ini menyemarakkan perasaan benci orang Indonesia terhadap pentadbiran jepun.

Kesimpulan

  • Pendudukan jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Segala pengalaman yang ditempuh oleh masyarakat tempatan telah diambil sebagai pedoman hidup untuk lebih bersemangat mengusir penjajah jepun dan barat. Kesan yang bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia seperti Soekarno yang pada mulanya bersikap pro-jepun bertukar kepada anti-jepun. Para nasionalis memainkan peranan penting dalam membawa Negara ke arah perjuangan menentang jepun secara gerakan bawah tanah dan seterusnya memperjuangkan kemerdekaan pada era selepas pendudukan jepun.
  • Pendudukan jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat jelata yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh.

Soalan 146: Bagaimanakah pendudukan Jepun 1942 – 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di Myanmar dan Indonesia?

               

Pendahuluan

  • Jepun telah menduduki Myanmar dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua negara ini telah menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi mencapai kemerdekaan. Pendudukan Jepun di Indonesia dan Burma tamat pada 1945. Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan Burma dan ini mempercepatkan proses           kemerdekaan kedua-dua buah negara.

Isi-isi Penting:

  1. Indonesia
  1. Kekalahan Belanda
  • kekalahan ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda
  • menambah semangat anti penjajah
  1. Peluang pentadbiran
  • peluang ini diberi kepada para pelajar dan nasionalis
  • mereka diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran
  • dapat keyakinan untuk memerintah Negara
  1. Penubuhan PUTERA
  • sikap Jepun yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas berpolitik. Sukarno , Hatta dan Shahrir dibebaskan dari penjara
  • Penubuhan PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan
  1. Penubuhan PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair )
  • dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak  Jepun
  • mempertahankan Indonesia daripada kuasa Berikat
  1. Pertubuhan-pertubuhan Jepun
  • Semendan, Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera. Pihak Jepun telah membantu penubuhan Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi )
  • Menentang Belanda
  1. Myanmar
  1. Kejayaan Jepun
  • menjatuhkan maruah British
  • menyemarakkan keazaman golongan Thakin untuk merdeka

 

  1. Bantuan Thakin kepada Jepun       
  • Jepun menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba Maw
  • mereka diberi latihan mentadbir sendiri yang memberi keyakinan kepada Thakin untuk menuntut kemerdekaan
  1. Penindasan Jepun
  • Jepun memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk mengeksploitasi sumber alam Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan Thakin menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis bagi menentang Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat

Kesimpulan

  • Pendudukan Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian kemerdekaan. Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap muslihat Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi kesedaran bahawa mereka tidak boleh mengharap kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan negara.
  • Oleh itu, para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu bekerjasama bagi menentang penjajah.

 

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *