Ciri-ciri utama seni bina Islam STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Ciri-ciri utama seni bina Islam STPM Semester 2

 

2.5 Seni Bina

2.5 Seni Bina

Soalan 101: Huraikan ciri-ciri utama seni bina Islam

Pengenalan

  • Perkembagan tamadun islam tidak dapat lari daripada keagungan seninya termasuklah seni ukiran,khat,bina dan sebagainya. Perkembangan seni bina islam selari dengan  pencapaian sni khat,ukir,sains dan teknologi serta seni lukis. Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang dikagumi.
  • Zaman pertengahan  merupakan zaman perkembangan dan kegemilangan seni bina islam yang merupakan gabungan unsur –unsur  daripada bangsa Parsi,Roman,Turki, dan Byzantine yang meninggalkan kesan kegemilangan  sebagi contoh bangunan-bangunan di sepanyol dan India. Dua kawasan yang  menjadi sebutan sehingga kini kerana meninggalkan  kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India.

Isi–Isi Penting:

  1. Mempunyai ruang udara utk keselesaan mengerjakan ibadat di dalam masjid atau di rumah kediaman. seni bina islam di Andalusia mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti yang dinyatakan oleh Titus Burkhardt iaitu luahan perasaan, keamanan, ketenangan dan keheningan merupakan cirri-ciri yang diterapkan dalam seni bina islam. Ciri-ciri ini semestinya wujud tanpa sebarang percanggahan diantara unsur-unsur kerohanian dengan kebendaan.
  1. Terdapat ukiran dan Hiasan – Tulisan Khat dapat dibuktikan melalui masjid cordova. Al- maqqari dan beberapa orang penulis telah memberikan pendapat mereka tentang masjid cordova. Mereka semuanya terpesona dan menganggap masjid cordova teristimewa sekali kecantikannya begitu menabjubkan sehingga tidak dapat digambarkan dengan perkataan .Ringkasnya,masjid ini merupakan expression seni bina Andalusia yang hebat sekali.
  1. Reka bentuk bangunan sesuai dengan iklim dan keadaan setempat. Bangunan selamat digunakan untuk jangka waktu yang lama – cth usia masjid sehingga beratus tahun lamanya.
  1. Terdapat ruang bilik memisahkan lelaki dan wanita. ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuru, ruang persiraman diraja dll berfungsi untuk keselesaan dan keindahan
  1. Bumbung dan menara sebagai ciri seni bina Islam. Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud memanggil orang ramai melakukan sembayang berjemaah di masjid atau suara muazzin itu kedengaran sampaike tempat jauh. Menara masjid cordova menjulang 36 meter dan mempunyai dua tangga untuk naik dan turun. Kebanyakan menara azan di Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’ yang memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.

Penutup

  • Bentuk pembinaan bagunan-bangunan dalam kedua-dua kawasan tersebut tetap tidak dapat lari daripada keagungan seninya yang merangkumi samaada seni ukiran, khat , ukir , sains dan teknologi , seta seni lukis . Kesemuanya saling melengkapi antara satu sama lain dan akhirnya menghasilkan satu binaan yang amat dikagumi.
  •  Dua kawasan yang menjadi sebutan hingga ke hari ini kerana meninggalkan kesan yang cukup menbanggakan dalam aspek seni bina ialah Andalusia dan India. Kesan perkembangan ilmu  yang begitu meluas merangkumi bidang matematik, kejuruteraan, geologi, seni ukir dan seni khat telah membawa kepada satu hasil yang bernilai dalam bidang seni bina.

Soalan 102: Huraikan konsep dan ciri-ciri seni bina islam kerajaan Andalusia abad ke-13 Masihi

Pendahuluan :

  • Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan , reka bentuk, reka letak yang dibina oleh manusia. Alfred Frazer berpendapat, seni bina islam merupakan gambaran dari sudut agama, dan tumpuannya ialah pada bangunan masjid, madrasah, istana, pasar dan rumah kediaman.
  • Seni bina islam merupakan gabungan unsur-unsur daripada bangsa parsi, Roman, Turki dan Byzantine. Merupakan hasil usaha serta kreativiti orang islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani memandangkan kejiwaan manusia sangat dipengaruhi oleh rohaninya.

Isi-isi penting :

  1. Konsep Seni Bina Islam
  • Unsur seni bina islam mula bertapak di Cardova dan bandar-bandar lain di Andalusia yang meliputi bangunan , masjid , istana dan taman yang mempunyai ciri-ciri keislaman.
  • Menjadi kelaziman bagi kaum muslimin untuk membina masjid ketika membuka sesuatu Bandar.
  1. Mempunyai Menara Tinggi
  • Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan dan dibina tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan sembahyang berjemaah di masjid atau suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat jauh. Kebanyakan menara di Andalusia berbentuk segi empat dan dipanggil murabba’.yang memperlihatkan gaya yang dipinjam daripada masjid-masjid di Syria.
  • Menara-menara yang dibina di istana merupakan satu ciri seni bina islam di Andalusia. Sebagai contoh , di sekeliling dinding Alhambra terdapat menara-menara yang megah sebanyak 13 buah da nada antaranya menjangkau 26 meter.
  1. Menggunakan Teknik Pencahayaan
  • Dititikberatkan agar isi bangunan lebih terdedah kepada pancaran cahaya yang tidak terik mahupun tidak terlalu kurang sehingga menyebabkan ruang dalam sesebuah bangunan nampak muram. Dengan sistam pencahayaan yang baik dalam seni bina islam , bangunan yang dibina kelihatan lebih cerah , hening , dan tenang.
  • Jesteru itu bangunan-bangunan yang dibina di Andalusia sama ada masjid atau istana mengambil kira soal pancaran cahaya yang menembusi sesuatu. bangunan itu.
  1. Tempat Terbuka atau Taman Dalam Bangunan
  • Kawasan terbuka atau diletakkan di tengah-tengah Bandar atau di dalam bangunan yang dipenuhi dengan pokok-pokok untuk memberi bekalan oksigen yang segar dan menapis udara kotor di sekeliling.
  • Selain itu, pemandangan taman yang indah juga dapat menenangkan jiwa. Di Alhambra misalnya , terdapat taman-taman yang dilengkapi dengan kolam dan pancutan air.
  1. Seni Ukir Islam
  • Turut berkembang pesat pada zaman pemerintahan kerajaan-kerajaaran islam di Andalusia. Ukiran-ukiran yang mempamerkan seni khat dan corak geometri merupakan ciri utama seni bina di Andalusia.
  • Ukiran dan hiasan berbentuk ayat-ayat al-Quran , hadis-hadis dan kata-kata hikmat menghiasi dinding-dinding istana dan masjid.  Sebagai contoh , di istana Alhambra iaitu di dinding masjid dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli dengan ayat-ayat menggunkan tulisan arab seperti al-Qudratu bi’llah , al-mulku li’llah dan La ghaliba illa’alah.
  1. Pembinaan menara
  • terdapat dua buah menara (tower) yang tinggi dan berkilau yang dibina di ata banjaran Sierra Nevada. tujuan binaan menara untuk melihat keindahan kota Granada yang dikelilingi taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang menghijau
  • istana didirikan menara untuk memantau sebarang pergerakan yang mencurigakan iatu untuk keselamatan
  1. Ruangan khas
  • ruangan khas atau bilik yang mempunyai fungsi tersendiri. contohnya istana al- Hamra’ yang mempunyai beberapa bilik khas, dewan besar dan halaman yang dihiasi kolam air pancut dan taman, 128 batang tiang bulatdaripada marmar, ruang duta, ruang persalinan permaisuru, ruang persiraman diraja dll
  • berfungsi untuk keselesaan dan keindahan
  1. Mempunyai nilai keindahan
  • ukiran khaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, puji-pujian, gelaran pemerintah dsb. contohnya binaan Masjid al- Mulk yang didirikan oleh Sultan Muhammad II
  • di pintu masuk tertulis tulisan Arab ‘Azza Maulana al-Sultan Abdillah.’ Dan di bawahnya terdapat syair yang menyentuh kemurniaan agama Islam. dibahagian dinding masjid diukir hiasan yang berselang dengan ayat al-Quran. mihrab masjid pula dipenuhi hiasan berwarna emas dan struktur mihrab bertahtakan permata zamrud, yaqut dsb
  1. Kategori keseniaan
  • terdapat dua jenis keseniaan di Granada iaitu keseniaan yang lahir di Granada dikenali sebagai keseniaan Granada dan keseniaan di luar Granada dikenali sebagai Mudejar. kesenian di luar Granada dihasilkan oleh orang Islam dan bukan Islam abad ke-13 dan 14. contohnya Alcazar di Seville
  • keseniaan di Granada pula melambangkan seni bina dan reka bentuk Islam kerana dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Contohnya istana al – Hamra’

Kesimpulan

  • kemampuan kerajaan Islam Nasriyyah membina bangunan yang mempunyai nilai keseniaan yang unik yang menggabungkan seni Islam denganseni-seni  tempatan asing menggambarkan nilai ketamadunan yang tinggi
  • bangunan-bangunan ini telah dimanafaatkan oleh orang kristian apabila kerajaan Islam Andalus dihancurkan oleh tentera Kristian selepas itu

Soalan 103: Huraikan bentuk seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India sehingga abad ke-17 Masihi.

Pengenalan

  • maksud seni bina: bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh manusia. seni bina islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam
  • merupakan hasil usaha serta kreativiti orang Islam untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani. zaman kekuasaan kerajaan Mughul di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang menggabungkan seni bina Islam dengan seni bina tempatan dan Parsi

Isi-Isi

  1. Istana
  • istana yang terkenal ialah Taj Mahal yang dibina oleh Syah Jehan sebagai tanda cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal didirikan di Agra dihujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan. binaan bangunan ini terdiri daripada batu mamar merah, batu mamar biru dan putih sebagai bahan binaannya di sekeliling bangunan tersebut terdapat tembok yang dihiasi dengan takukan-takukan
  • di bangunan tersebut juga didirikan masjid yang mempunyai seolah-olah tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. terdapat juga masjid-masjid lain yang berdinding tebal tanpa jendela serta memmpunyai kubah yang runcing. istana lain ialah terletak di Fathpur Sikri yang diperbuat daripada batu merah dan dihiasi dengan pintu gerbang. istana ini dikelilingi dengan tembok batu yang mempunyai tempat bersemayam pemerintah
  1. Masjid
  • masjid penting sebagai tapak kemunculan kerajaan dan tamadun Islam. dilengkapi dengan menara dan kubah serta mihrab. menara yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat). binaan kubah menggabungkan gaya Parsi dan tempatan
  • contoh, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang didirikan di dalam kompleks. contoh, Masjid Lama di Delhi yang mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran
  1. Makam Diraja
  • merupakan lambing kemegahan seni bina yang dihasilkan oleh kerajaan Moghul di India. diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus yang terpisah daripada bangunan induknya
  • contoh, makam Humayun (pemerintah kedua kerajaan Moghul) dibina hasil gabungan seni bina India-Parsi, terdiri daripada batuan merah, bata putih, mamar hitam dan putih, tamannya dihiasi pancutan air, dikelilingi oleh tembok
  1. Kubu
  • kubu yang terkenal dikenali sebagai Kota Merah yang merupakan istana dan pusat pentadbiran kerajaan Moghul. terdiri daripada kubu sepanjang 2 kilometer yang berfungsi sebagai tembok pertahanan Kota Delhi
  • merupakan campuran seni bina Parsi dan India dibina menggunakan batu mamar yang dihiasi corak flora dan dilengkapi pembinaan dua buah kubah
  1. Taman bunga
  • didirikan pada zaman pemerintahan Syah Jehan seperti Taman Bunga Shalamah di Lahore, Taman Dara Shikoh di Kashmir dan Taman Shalamar Bagh di Delhi terdiri daripada hiasan flora yang berwarna-warni serta pohon-pohon yang menghijau

Kesimpulan

  • seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Moghul banyak mengadunkan seni bina tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan
  • kewujudan seni bina tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolah bidang kesenian

Soalan 104: Huraikan ciri-ciri seni bina Islam kerajaan India abad ke-16 hingga ke-17 M.

Pendahuluan:

  • Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama islam disebabkan sifat agama islam yang menyukai sesuatu yang indah. Islam bertapak di India sejak abad ke-10 M.  Kerajaan Islam pertama di India diasaskan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi (997-1030 M ) yang berketurunan Turki diikuti Sultan Mahmud Ghori (1175-1206 M). India seterusnya diperintah oleh kesultanan Delhi (1206-1526 M )
  • Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara Islam dan budaya tradisional India, segala bentuk budaya tempatan tetap diterima dengan mudah oleh Islam.  Maharaja Akbar dan Maharaja Syah Jahan merupakan pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada perkembangan kesenian khususnya seni bina Islam di India.

Isi-isi penting:

  1. Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks
  • yang mengandungi pelbagai kemudahan. contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah Bandar yang didirikan oleh akbar pada pertengahan abad ke-16 M.
  • kompleks ini mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah pekerja, hospital dan bilik rekod. begitu juga dengan kubu Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk masjid dan istana.
  1. Bahan-bahan binaan untuk membina masjid dan monumen lain menggunakan bahan-bahan seni bina Hindi
  • terutamanya bekas pembinaan candi-candi hindu. Misalnya terdapat tiang-tiang masjid yang dibina msih menunjukkan ukiran-ukiran unsur hindu secara jelas. hal ini terjadi kerana bahan-bahan binaan yang digunakan diambil daripada peninggalan bangunan-bangunan candi. contohnya, masjid tertua delhi, masjid qutubbudin. Gapura (pintu gerbang) pada dinding bahagian depan yang berhadapan dengan dinding yang mengarah ke kiblat masih mempamerkan ciri-ciri bangunan ala-india.
  • Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung, kubah dan menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah. sebanyak 43 jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada tujuh  keajaiban dunia
  1. Bentuk-bentuk binaan lebih memperlihatkan penonjolan ciri-ciri tempatan.
  • Sejak kerajaan Monghul memerintah, seni bina islam di india banyak menerapkan ciri-ciri dan gaya seni Parsi. selain minat yang mendalam dalam bidang seni,pemerintah-pemerintah monghul pernah diasuh oleh ahli-ahli seni dari parsi.
  • Maharaja Akbar pernah diasuh oleh dua orang pelukis terkenal parsi,  iaitu mir sayyid ali dan abd al-samad. kedua-dua pelukis ini kemudiannya dilantik menjadi pelukis istana.
  1. Seni bina Islam juga mempunyai menara yang tinggi.
  • menara Qutubminar misalnya mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat.
  • selain itu, terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter menghiasi setiap penjuru Taj Mahal.
  1. Bentuk binaan masjid di India umumnya menyerupai bentuk masjid lapangan
  • yang dilengkapi dengan Gapura yang dihiasi indah dengan motif-mitif arab.Misalnya Taj Mahal merupakan bangunan yang didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk berbentuk lengkung yang menawan.
  1. Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India berunsurkan jambangan bunga atau geometri
  • Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam sekitar dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan bunga dan bentuk geometri.
  1. Monumen lain yang terdapat pada kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur atau tempat pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya.
  • Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan bahan-bahan merah yang kekal lama.
  • kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari bangunan yang menjadi induknya.

Penutup:

  • Seni bina di india dipengaruhi oleh seni bina Parsi. Selain Andalusia, india juga sehingga kini menjadi sebutan kerana meninggalkan kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina.
  • Ini membuktikan bahawa betapa besarnya jiwa dan kemahiran umat Islam pada masa lampau.

 

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *