Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap pemerintahan kuasa barat di Mesir STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap pemerintahan kuasa barat di Mesir

 

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan Mesir dan Algeria

Soalan 111: Huraikan reaksi masyarakat tempat terhadap pemerintahan kuasa barat di Mesir ke-19 hingga ke-20 M.

Pendahuluan

  • Pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M, kebanyakan dunia Islam berada di bawah belenggu penjajahan Barat. Proses perluasan kuasa oleh Barat bermula semenjak abad ke-16 M hingga abad ke-18 M. Sejak adab ke-16 M, mesir merupakan sebahagian drpd kerajaan Uthmaniyah. Namun, pada akhir adab ke-18 M, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798 M.  Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya revolusi perancis.
  • Penjajahan british merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan  September 1882 M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.

Isi-isi Penting:

Pendudukan Perancis

  • Penguasaan perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar 3 tahun tahun sahaja. Perancis kemudiannya dapat  diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801 M.
  • Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar 3 tahun sahaja, namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politi mesir. Ini kerana, ia telah membawa kepada kejayaan penjajahan british ke atas Mesir pada tahun 1882 M.
  • Sebelum ini, british pernah mencuba menjajah mesir pada tahun 1807 M, namun usaha tersebut tidak berjaya. Selama tiga tahun perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. AntaranyaMembuka kilang senjata, Mengadakan perkhidmatan percetakan dan Menggalakkan pengkajian sains,termasuk menghantar para plajar mesir untuk belajar di barat.
  • Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh british dipimpin oleh Kononel ‘Urabi pasha.

Penjajahan British

              

  • Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883 hingga 1907 M. Dasar British yang jelas mendiskriminasi golongan pribumi menghidupkan kembali semangat nasionalisme.
  • Pengisian nasionalisme Mesir initerbahagi kepada dua aspek yang berbeza, iaitu Negara secular dan Islam. Perbezaan ini berlaku berikuan kemunculan golongan intelektual yang menerima pendidikan Barat yang tidak lagi melihat Islam sebagai al-Din dan memisakan peranan politik daripada agama.
  • Era penjajahan juga mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja dlam kalangan pentadbir malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera Mesir sendiri. Pada tahun 1914 M, Perang Dunia Pertama yang meletus menyaksikan kerajaan Uthmaniyah turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pihak British dengan mengisytiharkan mereka sebagai protectorate (naungan) ke atas Mesir .
  • Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919 M merupakan antara penyelesaian Perang Dunia Pertama bagi mengekalkan Mesir di bawah kekuasaan Bitish. Revolusi yang berlaku pada bulan Mac 1919 M ini dilihat sebagai satu kebangkitan nasional yang melibatkan para pelajar, pegawai kerajaan, golongan professional dan juga petani.

Ke Arah Kemerdekaan

  • Berikutan gerakan nasionasilme yang hebat, British mengisytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922 M. Kerajaan baharu yang ditubuhkan bersifat raja berperlembagaan. Antara tahun 1922-1936 M, pola yang sama berlaku secara berulang-ulang, iaitu raa menmbubarkan parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa kemenangan kepada parti Wafd.
  • Pada tahun 1948 M, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel, tetapi kalah dalam peperangan tersebut. Golongan nasionalis yang tidak berpuas hati telah menggulingkan institusi beraja pada tahun 1952 M dalam Revolusi Mesir  dan mengistiharkan Republik Arab Mesir pada tahun 1953 M.
  • Muhammad Naguib menjadi Presiden Republik Arab Mesir yang pertama. Beliau memerintah Mesir secara ketenteraan. Namun, tidak sampai setahun memerintah, beliau digulingkan pula oleh Gamal Abdel Nasser. Presiden Gamal Abdel Nasser mengambil langkah berani dengan memiliknegarakan Terusan Suez dan menubuhkan “Badan Penguasa Terusan” yang menguruskan terusan bagi pihak kerajaan  Mesir.
  • Tindakan Presiden Gamal Abdel Nessar memiliknegarakan terusan suez pada tahun 1956 M membangkitkan kemarahan British dan Perancis, lalu mengakibatkan konflik tentera, iaitu Krisis Suez.
  • Pada tahun Jun 1956 M, Presiden Gamal Abdel Nessar mengisytiharkan sebuah perlembagaan republic baharu yang menetapkanIslam sebagai agama rasmi, Mengakui kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada dunia Arab dan Penubuhan sebuah kerajaan berpresiden.

Gerakan Ikhwan al-Muslimin

  • Penguasaan British ke atas Mesir telah memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di negara itu. Perkembangan ini tidak di senangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Mereka bimbang kedudukan Islam akan terancam. Namun begitu, mereka juga cuba mereka cuba mencari jalan supaya orang Islam tidak ketinggalan.
  • Antara gerakan Islam yang memainkan peranan penting dalam memberikan reaksi terhadap penjajahan Barat, ialah Ikhwan al-Muslimin. Gerakan Ikhwan al-Muslimin berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan seperti syirik dan khurafat, Kembali kepada ajaran islam yang sebenar dan Mengecam penjajahan British yang zalim.
  • Gerakan ini juga memberikan tumpuan dalam bidang ekonomi dan sosial bagi menyedarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan.
  • Selain itu, Ikhwan al-Muslimin turut menubuhkan sekolah dan pusat kesihatan di seluruh Negara. Hasilnya, gerakan tersebut mendapat sambutan hebat bukan sahaja di Mesir tetapi juga di Negara-negara Arab yang lain.  Kebijaksanaan Hasan al-Banna dalam menggariskan polisi Ikhwan al-Muslimin yang berlandaskan pengajaran Islam seiring dengan  pelbagai aktiviti, terutamanya dalam hal ehwal kebajikan dan program sosial telah dapat menjadikan Ikhwan al-Muslimin satu pertubuhan Islam paling berpengaruh di Mesir. Kejayaan Ikhwan al-Muslimin membentuk satu pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir.

Penutup

  • Penjajahan British di Mesir dan Perancis pada abad ke-19 M dan abad ke-20 M membawa kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh seperti ‘Urabi Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir , mereka telah Berjaya menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan.
  • Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan, akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922 M.

Soalan 112: Bincangkan reaksi gerakan Ikhwan al-Muslimin terhadap penguasaan British di Mesir.

Pengenalan

  • Penguasaan British ke atas Mesir memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di negara itu. British juga menjauhkan agama Islam tertegak di Mesir. Perkembangan ini tidak disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehingga membawa kepada semangat anti British dan anti kuasa asing.
  • Gerakan Islam Ikhwan Muslimin merupakan pertubuhan terawal yang memberikan reaksi kesan daripada perluasan penjajahan Barat.  Gerakan ini diasaskan dan diketuai oleh Hassan al-Banna di Ismailliyah pada tahun 1928 M. Pada tahun 1932, Ikhwanul Muslimin membentuk struktur organisasi dan membuka cawangannya di Suez dan di al-Mahmoudiya dan pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin telah menerbitkan majalah mingguannya. Gerakan ini juga berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit berjihad mempertahankan kesucian agama Islam dan negara. Perjuangan Ikhwan al-Muslimin bukan terhad dalam aspek agama sahaja, malah mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, social dan kemasyarakatan.

Isi-Isi

  1. a) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang politik.
  • Pergolakan di Mesir berlaku di antara pihak istana yang bersekongkol dengan British dan juga Parti Wafd yang terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan.  Pemerintah Mesir kurang berwibawa dan tidak mengikut ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Sunah dalam pemerintahan. Raja-raja Mesir menjadi boneka dan berkompromi dengan pemerintah barat demi mengekalkan kuasa.  Akibatnya rakyat tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku dan Ikhwanul Muslimin yang mewakili golongan yang inginkan pemerintahan berlandaskan Islam dan tidak fanatik cuba melakukan perubahan dalam pemerintahan di Mesir
  • Gerakan ini telah bersatu padu untuk menggulingkan pemerintahan boneka, penaklukan dan pengawalan British di Mesir dan membersihkan Negara tersebut daripada “kerosakan” akibat daripada pengaruh barat. Tindakan gerakan ini telah memberi inspirasi dan kekuatan kepada rakyat untuk berani bersuara dan menentang pemerintahan raja yang autokratik dan pro-barat.
  1. b) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang ekonomi
  • Berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membantu pengaruh dan gerakan Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir. Gerakan Ikhwanul Muslimin menyebarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan. Pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat menyumbang ke arah perjuangan gerakan.
  • Tindakan ini membolehkan umat Islam berdikari dan tidak bergantung kepada British dalam menghadapi cabaran semasa.
  1. c) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang sosial
  • Dalam bidang keagamaan, golongan ini menyarankan agar umat Islam bangkit berjihad dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis.  Golongan ini juga menyeru agar masyarakat Mesir menghapuskan segala amalan khurafat dan tahyul yang boleh menyekat kemajuan dan kebebasan mereka. Amalan seumpama ini harus digantikan dengan amalan sebenar mengikut ajaran Islam dan menjadikan syariah sebagai paksi perjuangan. Gerakan ini juga menjalankan dakwah ke seluruh pelusok Mesir seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat awam
  • Bagi memastikan kebajikan rakyat, Ikhwanul Muslimin telah membuka sekolah-sekolah dan pusat-pusat kesihatan di seluruh negara. Gerakan tersebut turut menggesa agar program pembangunan yang dijalankan mestilah seimbang, utuh dan sesuai dengan tuntutan Islam. Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di Mesir bahkan di negara-negara Arab lain. Tindakan ini dapat melahirkan masyarakat Islam Mesir yang berilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam.
  1. d) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam hubungan luar
  • Golongan Ikhwanul Muslimin juga mengadakan hubungan yang akrab dengan negara-negara Islam lain. Tindakan ini dapat mengukuhkan perjuangannya di Mesir sekaligus mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam termasuk membantu saudara seagama yang ditekan oleh kuasa-kuasa barat. Contohnya masyarakat Islam di Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis.
  • Gerakan ini juga mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan Muhibbuddin al-Khatib
  1. e)  Reaksi Ikhwanul Muslimin terhadap pemerintah tempatan
  • Pengaruh Ikhwanul Muslimin mendapat sambutan hebat dan memiliki lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dangan bilangan pengikut seramai dua juta orang. Perjuangannya amat konsisten dalam menentang segala bentuk kezaliman terutamanya idea-idea kerajaan yang berbentuk penjajahan pemikiran yang dicedok dari Barat. Tindakan gerakan ini lebih agresif dalam membuat tuntutan daripada pemerintah Mesir, Presiden Gamal Abdel Nasser untuk melakukan perubahan pemerintahan bercorak Islamiah
  • Akibatnya telah berlaku pertempuran antara mahasiswa Ikhwanul Muslimin dengan penyokong pemerintah di Universiti Al-Azhar. Pada 13 Januari 1954, pertubuhan ini telah diharamkan oleh pemerintah

Kesimpulan

  • Walaupun Gerakan ini telah diharamkan  oleh pemerintah Mesir tetapi pengaruhnya masih lagi kuat dalam kalangan masyarakat Mesir. Kejayaan Ikhwan al-Muslimin membentuk satu pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir selaras dengan objektif penubuhannya yang menjurus kepada kepentingan masyarakat dan Negara.
  • Pengaruh perjuangan Ikhwanul Muslimin telah berkembang ke seluruh Negara Islam di dunia untuk melaksanakan pembentukan Islah dan pembebasan daripada penjajahan kuasa Barat.

Soalan 113:  Terangkan reaksi masyarakat tempatan di Algeria pada abad ke-19.                                                                                                   

Pengenalan

  • Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki uthmaniyah. Kelemahan pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria.  Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria bermula kerana isu kewangan.
  • Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria.  Campur tangan Perancis dalam politik bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang dari tentera Perancis yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.

Isi-Isi :

Penentangan Pada Zaman Husain Dey

  • Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah.  Beliau ingin mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak.
  • Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.

Penentangan Semasa Betrand Clausel

  • Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan orang Islam.
  • Keadaan ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Penentangan paling hebat berlaku pada tahun 1830-an dan 1840-an.

Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir

  • Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera.
  • Pengalaman yang diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan dalam dirinya.  Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang Perancis.

Peranan Dan Aktiviti Amir Abdul Qadir Dalam Penentangan

  • Amir Abdul Qadir ialah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Penentangan beliau berterusan sehingga tahun 1842. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila. Beliau bergabung dengan Abu Ma’zi untuk menentang Perancis di wilayah Oran.
  • Beliau berjaya menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Sepanjang penentangan selama 10 tahun, beribu-ribu umat Islam terkorban.

Kekejaman Thomas Robert Bugeaud

  • Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara berterusan dari tahun 1841 hingga 1847.  Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis.  Tindakan Bugeaud sangat ganas dan penduduk Algeria sangat menderita.
  • Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.

Undang-Undang 1848

  • Undang-undang 1848 membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat, iaitu masyarakat Eropah yang hidup mewah dan masyarakat Islam yang hidup menderita.Penduduk Eropah menyokong dasar perluasan.
  • Selepas tahun 1851, Raja Napoleon III memberikan tanah dirampas daripada penduduk Algeria kepada syarikat-syarikat Perancis.  Syarikat-syarikat ini mengupah penduduk tempat untuk bekerja di ladang-ladang mereka.

Pemberontakan Kabylia

  • Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk di kawasan Kabylia melancarkan pemberontakan.  Pemberontakan ini kemudian merebak ke kawasan-kawasan lain.  Lebih kurang satu pertiga penduduk Algeria terlibat dalam pemberontakan ini.
  • Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1872. Selepas pemberontakan berakhir, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin.

Kesan Pemberontakan

  • Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk menampung perbelanjaan Perancis. Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung dengan masyarakat Islam lain.
  • Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai kerajaan untuk mengelakkan penentangan peribumi. Perancis juga mengehadkan pendidikan orang Islam, mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang  khas untuk mengawal masyarakat tempatan.

Gerakan Algeria Muda

  • Pada tahun 1900, golongan modenis Islam Algeria (Algeria Muda) menghantar satu memorandum kepada pemerintah Perancis bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pendukung modenis Islam di timur tengah untuk membebaskan diri daripada Imperialisme Eropah secara politik, ekonomi, dan kebudayaan.
  • Selepas Perang Dunia Pertama, golongan Algeria Muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai orang Islam Perancis berusaha menuntut kemajuan dalam pendidikan dan hak politik.
  • Selain daripada golongan Algeria Muda, terdapat juga rakyat Algeria yang bangkit menentang penjajah Perancis dengan menjadikan dasar Pan-Islamisme sebagai penyesalesaian kepada masalah di Negara mereka. Gerakan ini berjaya menyekat kegiatan Kristianiti di Algeria dan Afrika Utara.

Kesimpulan

  • Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun 1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis.
  • Jihad yang berterusan telah berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar “negara sejuta syuhada”. Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.

Soalan 114: Jelaskan peranan yang di mainkan oleh Abdul Qadir dalam gerakan penentagan masyarakat islam Algeria terhadap Perancis.

Pendahuluan:

  • Gerakan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Amir Abdul Qadir.Beliau dilahirkan pada 26 September 1807 di Bandar Mascara, Wilaya Oren, Algeria. Ayahnya, Shaykh Muhyiddin al-Hasani, merupakan seorang tokoh ulama terkemuka di Algeria.
  • Pada tahun 1825, beliau bersama ayahnya menunaikan ibadah haji di makkah. Abdul Qadir bertemu Imam Shamil, pemimpin dan perjuang Chechnya yang berperang menentang penjajah Rusia di negaranya. Mereka berbincang megenai politik dan nasib umat Islam.

Isi-isi penting

  1. Pengalaman Abdul Qadir ini Berjaya menanamkan semagat dalam diri beliau dan pulang ke Algeria beberapa bulan sebelum penjajah Perancis. Dalam tempoh dua tahun, Abdul Qadir dilantik sebagai amir dan beliau Berjaya menyatukan perbagai puak dan melakukan penentagan terhadap Perancis. Abdul Qadir menggunakan teknik perang gerila selama hampir sedekad, dan dalam tempoh tersebut, beliau Berjaya megalahkan Perancis dalam beberapa petempuran. Sementara itu, wilayah barat Algeria menjadi kubu kuatnya untuk menentang Perancis.
  2. Abdul Qadir dikenali sebagai seorang ahlui sufi dan pejuang gerila yang memainkan peranan menyusun barisan tentera untuk menentang musuh. Antara tokoh lain yang berperanan dalam gerakan penentagan di Algeria ialah Abu Ma’zi yangberasal dari Mahhribi dan dating ke Algeria pada tahun 1835. Beliau memgerakkan masyarakat untuk menentang Perancis di wilayah Selatan Oran.
  3. Abu Ma’zi seterusnya memindakan aktiviti penentagannya di Zawawah dan bergabung dengan Abdul Qadir yang kemudiannya melantik beliau sebagai Gabenor di wilayah tersebut. Abu Ma’zi kemudiannya dipaksa pulang ke Maghribi pada tahun 1845, namun kembali semula pada tahun yang sma. Abu Ma’zi kemudiannya Berjaya mengerakkan penduduk Algeria dan Berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Situasi ini membingbangkan Perancis, lalu Jenerel Bugeaud menggerakkan pasukan tenteranya dan mereksut seramai 10 000 orang tentera dan Berjaya menewaskan pasukan Abdul Qadir.
  4. Selepas perang dunia pertama, struktur social masyarakat Algeria mengalami kemunduran dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Keadaan ini memaksa mereka memimjam daripada golonganYahudi, namun golongan tersebut memeras masyarakat dengan mengenakkan kadar bunga yang tinggi, iaitu sehingga 50 hingga 60 peratus. Begitu juga dengan golongan petani yang tinggal di daerah sekitar yang masih mempunyai tanah, yang juga mengalami dua kali pemindahan milik harta mereka, iaitu daripada tengan orang Algeria kepada Yahudi atau Eropah dan satu pihak lagi daripda golongan kelas menegah kepada golongn peniaga.
  5. Berakhirnya perang Rif, membawa semangat baharu kepada rakyak Algeria. Semangat social mula kelihatan dalam tindakan.Madrasah dan masjid bebas daripada kawalan pemerintah. Perang Rif ini juga di kenali sebagai Second Morrocan War yang melibatkan Perancis, Sepanyol dan juga Maghribi di kawasan pergunungan Rif. Perang ini bermula pada tahun 1920 dan memperlihatkan kekalahan Sepanyol menguasai Djebala.
  6. Pada tahun 1921, kegagalan yang lebih besar dialami oleh Sepanyol yang dikalahkan oleh pasukan pemimpin Shaykh Abdul Karin yang mengakibatkan kematian seramai 14 000 orang tentera yang pemimpin oleh Jenerel Silvestre. Perang ini kemudiannya diteruskan oleh Perancis, walaupun kekalah berpihat kepada umat Islam, ia memberikan suntikan semagat kepada rakyat Algeria untuk menentang penjajah. Dari satu, lahir sebuah msyarakat baharu di Algeria hasil sumbagan bersama dari segi kesedaran dan autonomi dalam membuat keputusan yang memberikan cirri sah kepada sesebuah masyarakat.

Kesimpulan

  • Abdul Qadir merintis herakan kemerdekaan di Algeria.Penentangan pertama yang dipimpin oleh beliau berlaku pada tahun 1832.
  • Abdul Qadir dikenali sebagai seorang yang tegas serta mempunyai semagat kecintaan yang tinggi kepada tanah air. Beliau juga ialah seorang ahli sufi yang bijak menyusun barisan tentera untuk menenteng musuh.

 

Kredit Nota Blog Sejarah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *