Sistem Pemerintahan STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Sistem Pemerintahan STPM Semester 2

 

1.3 Sistem Pemerintahan

1.3 Sistem Pemerintahan

Soalan 14: Huraikan ciri-ciri dan Kandungan yang terdapat dalam Piagam Madinah

Pengenalan

  • Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dengan memberikan contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan umat manusia. Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara islam di Madinah berteraskan wahyu yang telah di turunkan oleh ALLAH SWT untuk menjadikan panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh manusia.
  • Al-Quran menegaskan konsep keadilan akan melahirkan kesetiaan rakyat terhadap pemerintahnya. Keadilan yang di maksudkan bukan merujuk kepada rakyat biasa sahaja, tetapi juga kepada golongan atasan pemerintah supaya berlaku adil dalam semua hal serta dalam semua keadaan bagi mencetuskan keadilan dan kesejahteraan dalam sesebuah kerajaan.

Isi-Isi Penting:

Ciri-ciri Piagam Madinah

  • Piagam ini mengandungi 23 fasal mengenai orang Islam dan 24 fasal berkenan orang bukan Islam Madianah, ciri-ciri Piagam ini ialah;
  1. a)Undang-undangnya berdasarkan wahyu Allah SWT
  2. b)Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin ummah dan Negara Madianh;
  3. c)Semua anggota piagam mempunyai hak dan kebebasan beragama.
  4. d)Piagam ini menjamin keselamatan kepada orang Islam dan orang bukan Islam;
  5. e)Orang Mukmin daripada golongan Ansar dan Muhajirin adalah bersaudara;
  6. f)Semua anggota memikul tanggungjawab memperkukuh ekonomi dan mempertahankan Negara.

Kandungan Piagam Madinah

  1. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya seperti orng islam, yahudi dan musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup. Kandungan umum piagam Madinah meliputi perkara-perkara yang berikut; Perjanjian yang berkaitan dengan golongan muslimin, Perjanjian yang berkaitan dengan golongan yahudi, Perjanjian yang berkaitan dengan golongan Musyrikin dan Perjanjian yang melibatkan semua pihak, berkaitan dengan peraturan-peraturan umum.
  1. Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil SAHIFAHMADINAH atau PIAGAM MADINAH yang digubal pada tahun pertama dan kedua hijrah. Undang-undang ini melibatkan antara penduduk madinah, iaitu antara orang islam sesama islam dan antara orang islam dengan kaum yahudi.
  1. Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu yang terdiri daripada orang islam dan bukan islam. Kaum yahudi pada mulanya memberikan sambutan yang baik. Baginda telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka. Baginda telah membentuk undang-undang yang dikenali sebagai SAHIFAH setelah kedua-dua pihak saling mempercayai .
  1. Piagam yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad SAW merupakan piagam pertama di dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya kerana mampu memenuhi tujuan dan objektif berhubung kewajiban dan tanggungjawab rakyat serta keperluan-keperluan lain. Piagam Madinah terdiri daripada 47 FASAL . Secara umumnya piagam madinah terbahagi kepada lima bahagian umum : Fasal 1 merupakan pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan ALLAH SWT dan kerasuan Nabi Muhammad SAW. Fasal 2 hingga 11 menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara islam Madinah. Fasal 12 hingga 23 menerangkan kewajiban umat islam dari segi tanggungjawab sesama sendiri dan perkara-perkara yang patut ditinggalkan. Fasal 24 hingga 38 merupakan fasal yang menyebut keduduk kaum Yahudi dalam negara islam di Madinah. Fasal 39 hingga 47 pula menerangkan kedudukan yathrib (madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan.
  1. Sahifah ini juga memberi garis panduan tentang prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara islam yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum. Wahyu ALLAH SWT merupakan sumber utama undang undang negara. Masyarakat di madinah dianggap sebagai sebuah ummah yang bertanggungjawab ke atas negara mereka. Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin masyarakat, Semua anggota masyarakat bebas menganut sebarang agama, Setiap anggota SAHIFAH mesti menjalinkan hubungan yang erat dan Memberi jaminan keselamatan kepada orang bukan islam.
  1. Piagam Madinah secara khususnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu; Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat islam dengan kaum yahudi dan tanggungjawab sesama sendiri . Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan kedua hijrah , iaitu sebelum Perang Badar. Bahagian kedua mengandungi 24 fasal yang membabitkan kaum yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap islam Madinah.Bahagian ini ditulis selepas Perang Badar .

Penutup:

  • Kesimpulannya Piagam Madinah ini menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan penduduk Madinah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Piagam ini menyusun sebuah negara kota serta menggariskan hak-hak ,tanggungjawab dan peraturan antara mereka berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
  • Piagam ini telah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina negara islam yang aman dan damai.Piagam ini penting untuk membentuk negara yanng berdaulat ,malah piagam ini dianggap undang-undang bertulis yang pertama di dunia dan berjaya membuktikan keunggulan Nabi MUhammad SAW.

Soalan 15: Bincangkan kepentingan Piagam Madinah pada masyarakat dan negara Islam pada Zaman Nabi Muhammad SAW.                                                                                                                                                          

Pendahuluan:

  • Istilah Piagam atau Sahifah merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan tanggungjawab pemerintah dan orang yang diperintah. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia. Piagam ini digubal oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda berada di kota Madinah sejak tahun pertama Hijrah. Menurut Professor Hamidullah, kemungkinan bahagian pertama digubal pada tahun pertama Hijrah manakala bahagian kedua ditambah pada tahun kedua Hijrah selepas Perang Badar.
  • Tujuan piagam ini digubal adalah untuk dijadikan panduan bagi menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat di Madinah. Piagam ini dibuat antara orang Islam dengan orang Yahudi  dan antara orang Islam sesama Islam [Muhajirin dan Ansar]. Bahagian pertama piagam ini berhubung dengan peraturan bagi orang Islam manakala bahagian kedua berhubung dengan peraturan bagi orang Yahudi.

Isi-isi penting:

  1. Kelahiran Negara Islam
  • Piagam Madinah membolehkan Nabi Muhammad SAW membina sebuah Negara Islam yang berdaulat dan bermaruah. Piagam ini membantu melahirkan sebuah Negara yang aman dan damai terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan.
  • Penyebaran Agama Islam dan Hubungan Diplomatik. Dengan kewujudan Perlembagaan Madinah, agama Islam dapat disebarkan ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dengan mudah. Rasulullah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran seperti Rom dan Parsi.
  1. Penyatuan Penduduk Madinah.
  • Piagam ini meletakkan asas bagi menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan ini menyatupadukan penduduk beragama Islam dan bukan Islam di awah satu unit politik yang diterajui oleh Nabi Muhammad SAW. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebagai satu masyarakat atau ummah yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab terhadap Negara Islam. Penduduk Islam yang terdiri dua kumpulan Muhajirin dan Ansar diasuh menjadi satu kumpulan yang kuat bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan daripada perpecahan mereka. Persaudaraan Islam bertujuan mempereratkan hubungan persahabatan sesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.
  • Piagam ini membuktikan bahawa Islam tidak memutuskan hubungan dengan bukan Islam. Terdapat toleransi dalam Islam demi menjaga keharmonian hidup masyarakat. Piagam ini berperanan supaya masyarakat berbilang bangsa hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindarkan permusuhan.
  1. Mewujudkan Sistem Politik Yang Teratur
  • Piagam Madinah membuktikan bahawa Islam mempunyai satu sistem politik yang teratur dan kemas. Sistem politik Islam berlandaskan kepada syariah, akidah dan akhlak Islam. Perlembagaan Madinah juga melahirkan pemerintah yang berpegang teguh kepada prinsip Musyawarah.
  • Dalam konteks ini, semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah mereka. Piagam ini juga mewujudkan peraturan tatanegara bagi menyelesaikan segala masalah penduduk Madinah.
  1. Nabi Sebagai Pemimpin
  • Piagam Madinah meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai sebagai seorang negarawan yang berwibawa. Ketokohan baginda bukan sahaja terserlah dalam aspek akidah tapi juga dalam hal ehwal duniawi.
  • Perlembagaan Madinah meletakkan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua dan hakim negara. Sebagai ketua negara, baginda berjaya menyelesaikan masalah perselisihan kaum dan mewujudkan satu institusi kehakiman dan keadilan di Madinah.
  1. Menggariskan Tanggungjawab Mempertahankan Madinah
  • Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa penduduk Madinah sama ada yang Islam atau bukan Islam harus mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi menentang negara Islam.
  • Semangat cintakan Negara Madinah dipupuk bagi menghindari permusuhan sesama sendiri.
  1. Kebebasan Penduduk Dijamin
  • Perlembagaan Madinah menjamin kebebasan hak asasi kaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain. Masyarakat Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama dan adat istiadat masing-masing tanpa sekatan. Kebebasan itu meliputi kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikir dan bersuara, kebebasan beramal, kebebasan bekerja dan sebagainya. Jaminan kebebasan ini meliputi segala aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
  • Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah antara perkara yang disetujui oleh Rasulullah SAW dalam Piagam Madinah. Orang Yahudi tidak boleh memaksa penduduk Madinah untuk menganut agama mereka. Orang Yahudi tidak boleh menindas golongan yang lemah. Mereka yang mematuhi perlembagaan, akan diberi jaminan perlindungan dan keselamatan.
  1. Ekonomi
  • Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.
  • Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang – pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur–ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya. Kegiatan riba diharamkan.

Kesimpulan

  • Kepentingan Piagam Madinah jelas terserlah dari segi politik, sosial dan agama.Dari segi agama, piagam ini mempunyai pengertian yang besar terhadap perkembangan Islam. Ia juga melambangkan bahawa Islam sentiasa dapat dipraktikkan dalam peraturan-peraturan berkerajaan.
  • Perlembagaan ini menyusun masyarakat yang sebelum ini tidak pernah mempunyai peraturan dalam erti kata yang sebenar.Perlembagaan Madinah adalah perlembagaan yang unggul dan tiada tolok bandingan sehingga ke hari ini.

Soalan 16:  Huraikan faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah.

Pendahuluan

  • Latar belakang tentang Piagam Madinah.
  • Pembentukan negara Islam Madinah.

Isi-isi Penting

Faktor-faktor penggubalan Piagam Madinah

  • Keperluan sistem perundangan yang khusus diperlukan bagi menangani masyarakat orang Islam dan bukan Islam.
  • Bertujuan menyatukan pelbagai suku kaum yang terdapat di Madinah.- Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan kedudukannya untuk memantau serta mengambil tindakan yang diperlukan bagi- mewujudkan iklim politik yang stabil.
  • Mengelak timbulnya senario yang tidak diingini dalam kalangan kaum Aus dan Khazraj serta membendung eksploitasi kaum Yahudi.
  • Bertujuan mendapat pengiktirafan negara-negara jiran- keselamatan negara terjamin, lambang negara yang berdaulat.
  • Mengukuhkan keamanan negara- masyarakat Madinah bersama-sama menggembleng tenaga menghadapi ancaman musuh,larangan menandatangani apa-apa jua persetujuan dengan pihak luar tanpa persetujuan Baginda.

Kesimpulan

  • Piagam yang digubal ini menjadi garis panduan tentang prinsip umum mengenai dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

Soalan 17: Huraikan Sturuktur dan bentuk pemerintahan Nabi  Muhammad di Madinah.

Pendahuluan

  • Berpandukan piagam madinah ,Rasulullah SAW, mengemudi Negara dan meletakkan asas-asas sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di madinah boleh di bahagiakan kepada dua peringkat ,iaitu zaman Rasulullah SAW, dan zaman khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh tersebut, struktur pentadbiran islam yang mantap telah Berjaya di bentuk dn menjadi panduan  kepada zaman-zaman selepasnya.
  • Selepas peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW. telah mengambil langkah awal dengan   menyatupadukan umat islm dan bukan islam melalui konsep pembentukan ummah. Semasa  ketibaan Baginda di kota madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang arab dan yahudi.Orang arab islam, terdiri dari ansar aus dan khazraj. Dan orang muhajirin. Manakala orang yahudi di madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Isi-Isi Penting:

  1. Bagi mententeramkan keadaan gawat di madinah, Baginda telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di madinah dan menulis satu piagam ,iaitu sahifah al-madinah. Sahifah al-Madinah atau piagam madinah menjadi sistem perundangan dan teras pentadbiran baginda.Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang tanggungjawab orang islam dan bukan islam yang mendiami kota madinah. Sistem ini menjadi sistem pemerintahan yang bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.
  1. Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin tertinggi Negara. Sebagai ketua Negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan pemimpin masyarakat.Baginda akan merujuk kepada majlis Syura apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rasulullah Saw mengetuai sendiri kuasa eksekutif (perlaksanaan), kehakiman, dan legislatif (tasyri’i-penggubalan undang- undang.
  1. Jawatan yang diwujudkaan untuk membantu ketua Negara hanyalah beberapa jawatan sahaja. Oleh itu, apabila seseorang yang dilantik memegang jawatan, mereka menerimanya dengan sukarela dan mereka tidak menerima sebarang gaji atau pendapatan daripada Negara. Walaubagaimanapun, tidak ada ahli parlimen dan tidak ada ahli mesyuarat yang khusus dan tetap. Struktur organisasi pentadbiran telah dibentuk oleh baginda dan mengandungi jawatan-jawatan seperti yang berikut; Ketua negara, Nuqaba; Sohib al-sirr; Pemegang amanah Rasulullah SAW; Wali (gabenor); Kadi, Penulis (wahyu,surat dan sebagainya); Penterjemah dan Pekerja (‘amil’)
  1. Bagi memantapkan pemerintahan di kota madinah, satu intitusi pemerintahan telah ditubuhkan, iaitu majlis syura. majlis syura ini terdiri daripada  ketua  golongan muhajirin, ansar, para sahabat yang terdekat, panglima tentera dan merekaa yang arif dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui majlis ini, sistem perbincangan  dan rundingan (musyawarah)diadakan dalam menentukan sesuatu keputusan  dan tindakan. keputusan  dan ketetapan dalam pemerintahan atau pentadbiran dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan tersebut. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip musyawarah dan menjalanan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk asal madinah. Demikian juga semasa baginda mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah tentang cara-cara umat islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang quraisy.
  1. Dalam mempertahankan kota Madinah, baginda telah membina angkatan tentera islam. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama islam daripada ancaman musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini membolehkan umat islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang musyrikin Makkah seperti dalam perang badar,perang uhud,dan perang khandak. Ekspidisi ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil ‘ghazwah’; Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai ‘sariyah’;
  1. Baginda telah meletakkan kuasa keagamaan di Madinah ialah agama islam. Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja Sebagai pusat ibadatmalah menjadi pusat pemerintahan serta penyebaan ilmu,kebudayaan ,dan oertemuan umat islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat  ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW,hal ini menunjukkan  bahawa dalam pentadbiran di kota Madinah , agama dan politik tidak dipisahkan
  1. Di Madinah, pemerintahan  memberi perhatian kepada soal keadilan social agar tidak terdapat jurang status sosial yang ketara. Nabi Muhammad SAW mengharamkan amalan perhambaan dengan menyeru para sahabat supaya membeli dan  membebaskan hamba-hamba. Baginda turut memansuhkan kedudukn seseorang berdasarkan keturunan dan warna kulit. malah, martabat dan kedudukan golongan wanita turut diangkat.

Kesimpulan

  • Sistem pentadbiran  Negara pada zaman  baginda adalah sangat ringkas,sesuai dengan tahap kemajuan tamadun pada masa itu, Baginda bertindak sebagai ketua badan legislatif, kehakiman dan eksekutif.

 

Kerdit Sumber Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *