Masyarakat Jahiliah Sejarah Islam STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Masyarakat Jahiliah Sejarah Islam STPM Semester 2

Masyarakat Jahiliah Sejarah Islam

 

1.1 Masyarakat Jahiliah

1.1    Masyarakat Jahiliah

1.1   Bincangkan konsep masyarakat jahiliah di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6 Masihi.

Pengenalan

  • Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah  SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi.
  • Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.
  • Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.

Isi-Isi Penting:

Konsep Jahiliah

  1. a) Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Islam
  • Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat
  • Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua
  • Ekonomi – amalan riba dan suka menipu
  • Ilmu pengetahuan dan pendidikan – Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.
  • Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial – Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.
  • Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah
  1. b) Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Barat
  •             Pendapat  P.K  Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun. Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat  disangkal dan dipersoal. Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’  sebagai  “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15). Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT  dan mengalami kejatuhan.
  •             Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif
  •                Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll
  •     Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman
  •      Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah dll

Penutup

  • Terdapat percanggahan pendapat dengan Sarjana Islam  dan Barattentang konsep Jahiliyah.
  • Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman Jahiliah.


Soalan 1.2 : Huraikan konsep dan struktur masyarakat Jahiliah

Pengenalan

  • Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah  SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi.
  • Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.

Isi-Isi Penting:

Konsep Jahiliah

  • Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.
  • Pendapat  P.K  Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun.
  • Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna Jahiliah dapat  disangkal dan dipersoal.Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya (pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba’  sebagai  “negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan” (surah Saba, ayat 15)
  • Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT  dan mengalami kejatuhan.

Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

  • Masyarakat Arab jahiliah mengamalkan sistem susun lapis masyarakat yang jelas. Masyarakat arab jahiliah mengamalkan sistem berkabilah. Kabilah merupakan unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat pada zaman Jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan pertalian darah atau keturunan. Setiap kabilah mempunyai nama dan kemegahan dan dipertahankan melalui semangat asabiyyah yang tinggi.
  • Oleh kerana semangat asabiyyah yang tinggi, kabilah telah berperang sesama kabilah dan peperangan ini berlanjutan pada masa yang singkat mahupun pada masa yang panjang seperti perang al-Basus di antara Kabilah Bakar dan Kabilah Taghlib. Sekiranya kabilah lain dapat menewaskan kabilah lain, maka anggota kabilah yang tewas akan dijadikan hamba abdi atau tebusan untuk keluarga mereka.
  • Ketua kabilah dikenali sebagai ‘Syeikh’ dan haruslah mempunyai  ciri-ciri kepimpinan dari segi kepintaran,berani pemurah dan berupaya mempengaruhi anggota-anggota kabilahnya. Seorang  syeikh sangat dihormati oleh anggota kabilahnya. Walau bagaimanapun, tabiat masyarakat jahiliah pada umumnya lebih suka hidup bebas tanpa kekangan mana-mana pihak dan peraturan.
  • Umumnya,  masyarakat Jahiliah yang mengamalkan semangat asabiyyah yang tinggi menyebabkan peperangan dan perbalahan berlaku dan seterusnya membawa kepada  perpecahan dan kemunduran. Kesannya masih dirasai sehingga hari ini.

Kesimpulan:

  • Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.


Soalan 2Sejarawan Islam dan Barat berbeza pendapat tentang Masyarakat Jahiliyah sebagai masyarakat yang bertamadun.  Bincangkan.

Pendahuluan

  • Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang bermaksud sesat dan bodoh. Masyarakat ini telah bermula apabila jatuhnya kerajaan Saba’ dan Himyar pada tahun 300 M sehingga bermulanya kerasulan nabi Muhammad SAW pada tahun 620 M di Makkah dan Madinah.
  • Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat  Yang Tidak Bertamadun manakala menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan.

Isi-Isi Penting:

  1. a)Pandangan Sarjana Islam – Merupakan Masyarakat Yang Tidak Bertamadun, kerana:
  • Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat
  • Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua
  • Ekonomi – amalan riba dan suka menipu
  • Ilmu pengetahuan dan pendidikan – Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.
  • Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial – Tidak berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.
  • Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi dan meningkatkan imej kabilah
  1. b)Pandangan Sarjana Barat – PK Hitti History of the Arab”
  • Masyarakat Jahiliyah adalah bertamadun tetapi hanya jahil dari segi agama dan akhlak sahaja. Masyarakat Arab Hadari adalah masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah dan Taif
  • Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun dengan perlantikan Ketua
  • Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll
  • Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di Syam dan Yaman
  • Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan dilekat pada dinding kaabah dll

Penutup

  • Terdapat percanggahan pendapat dengan Sarjana Islam tentang konsep dan ciri-ciri Jahiliyah.
  • Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman Jahiliah.

Soalan 3: Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Pendahuluan

  • Pengertian Jahiliah berasal dari perkataan Jahala terbitan daripada perkataan Jahlatun yang bermaksud sesat dan bodoh. Zaman jahiliah berlangsung selama kira-kira 300 tahun di Semenanjung Tanah Arab. Zaman ini bermula setelah runtuhnya Empangan Maarib dalam kerajaan Saba’ pada sekitar tahun 300M dan berakhir setelah turunnya al Quran serta  Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul pada tahun 610M.
  • Menurut Islam, masyarakat ini merupakan Masyarakat  Yang Tidak Bertamadun manakala menurut pandangan Barat masyarakat ini adalah bertamadun berdasarkan hujah-hujah yang dinyatakan.

Isi-Isi Penting:

  1. Dari aspek sosial  masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Masyarakat jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan dan dijadikan sebagai barang dagangan.
  1. Dari aspek politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah.  Setiap kabilah diketuai oleh seorang syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap keputusan bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.
  1. Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan menjadi sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh masyarakat  Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Perdagangan dijalankan secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.
  1. Dari aspek agama dan kepercayaan, masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah  mengamalkan agama Wathani iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti Majusi, Hanif  sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur, pokok bukit dan sebagainya.
  1. Dari aspek ilmu pengetahuan pula, masyarakat  jahiliah dianggap masyarakat yang tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi.

Kesimpulan:

  • Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.


Soalan 4: Bincangkan ciri-ciri kehidupan  masyarakat arab pada zaman  Jahiliyah

                       
Pendahuluan

  • Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):Bererti bodoh dan sesat. Definisi jahiliyah oleh P.K. Hitti menyatakan mereka hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan. Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk. Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran): Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Zaman yang tidak mempunyai peradaban  @ tamadunZaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
  • Era/jangka masa zaman jahiliyah: Berlaku  selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir Himyar.Sekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M


Isi-isi Penting:

Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Arab Jahiliyah

1.              Mengamalkan Pertanian
  • Selepas keruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
  • Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman.
  1. Menjalankan kegiatan Perdagangan
  • Orang Arab menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah.
  • Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
  1. Melakukan Rompakan
  • Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy.
  • Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.
  1. Menjalankan Penternakan
  • Kegiatan utama kaum Badwi ialah menternak secara nomad. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2. Mereka  berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
  • Ekonomi masyarakat Quraisy tidak berkembang kerana permusuhan yang ketara antara golongan yang kaya dengan miskin.
  1. Struktur Masyarakat
  • Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
  • Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah). Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
  1. Semangat Assabiyyah
  • Mereka ada perasaan setiakawan atau assabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu berlaku peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja. Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
  1. Kedudukan wanita
  • Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat atau keluarga. Mereka menanam anak perempuan hidup-hidup .
  • Mereka  lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.

Kesimpulan:

  • Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam  sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan. Oleh itu,  Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.


Soalan 5: Bincangkan sistem agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pendahuluan:

  • Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib yang mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada seluruh kehidupan manusia. Pada zaman Jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis kepercayaan iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur suci, upacara-upacara keagamaan, penyembahan dan mempunyai Tuhan masing-masing. Kepercayaan adat pula merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka.
  • Masyarakat arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan agama Samawi (Langit) yang diturun Allah melalui nabi-nabi tertentu dan mempunyai kitab dan agama Ardhi (agama ciptaan) yang direka sendiri oleh manusia.

Isi-isi penting:

  1. Agama Hanif
  • Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. Ia diturunkan di kota Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan agama ini kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth iaitu amalan-amalan kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya bersembayang, berpuasa dan tawaf mengelilingi kaabah.
  • Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya setelah sekian lama kewafatan nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala sehingga terdapat segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru dan Umayyah Abis Salt.
  1. Agama Nasrani
  • Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah.
  • Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.
  1. Agama Yahudi
  • Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah.
  • Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.
  1. Agama Wathani atau Penyembahan Berhala
  • Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat.
  • Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah.  Berhala-berhala ini dimiliki setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah. Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.
  1. Agama Majusi.
  • Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api. Agama ini agak lama dan kabur. Para pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk menyembah bulan, air dan api.
  • Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita).  Agama ini mengizinkan perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.
  1. Agama Penyembahan Cakerawala.
  • Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan.
  • Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab. Mereka beranggapan bahawa matahari sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari sebagai Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.
  1. Kepercayaan Aninisme
  • Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi. Mereka menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas memerah susu kambing dan sebagainya.
  • Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.
  1. Kepercayaan Adat
  • Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem sosiobudaya. Menghalang perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular membalas dendam. Meyakini pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya. Roh si mati boleh menjadi seekor burung Hammah.
  • Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar dari rumah.

Kesimpulan

  • Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan polytheisme. Namun, selepas kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu mengesakan Allah.
  • Agama berhala dapat ditamatkan. Bagaimanapun agama-agama lain masih di amalkan seperti agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama. Antara penekanan dalam ajaran Islam yang di bawa oleh Rasululah ialah aspek Akidah, Akhlak, Ibadah dan Syariah.


Soalan 6: Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah sebelum  kedatangan Islam.

                                                                                                                                            

Pendahuluan:

  • Nama asal Makkah ialah “Makaroba”  diubah kepada “Bakah” dan akhirnya kepada Makkah. Sebelum kedatangan Islam, Makkah telah berkembang sebagai pusat perdagangan, ibadat dan kebudayaan. Sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w, Madinah dikenali sebagai Yathrib. Kota ini terletak 500 km dari Makekah dan merupakan bandar kedua terpenting di Hijaz. Madinah subur dengan pertanian dan berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam di Utara dan Makkah di selatan.
  • Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Makkah dan Madinah dikenali sebagai masyarakat Jahiliah.

Isi-isi penting:

  1. Golongan Masyarakat Di Makkah
  • Penduduk terawal kota Makkah sekitar 2400 tahun dahulu didiami oleh puak Amaliqah dan seterusnya puak Jurhum. Pada waktu inilah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Nabi Ismail telah membina kaabah di Makkah. Kemudian Bani Khuzaah berjaya menguasai pemerintahan kota Makkah selama tiga tahun.
  • Sekitar abad ke-5 M kota Makkah diperintah oleh kaum Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Qilab. Di bawah pemerintahan kaum Quraisy, kota Makah menjadi pusat ibadah dan pusat perdagangan. Kaum Quraisy merupakan satu kelompok besar daripada keturunan Arab Adnaniyah. Mereka berasal dari Fihr. Perkataan quraisy berasal dari kata taqarrasya yang bererti penyatuan sempena kejayaan Qusay bin Kilab menyatupadukan kaum Quraisy di Makkah. Kota Makkah merupakan  kota yang bebas daripada pengaruh Byzantine
  • Puak Quraisy yang masyhur di Makkah – Bani Hasyim, Bani Umaiyah Bani Yazqah, Bani Adi dan Bani Taym. Tokoh-Tokoh yang masyhur seperti Nabi Muhammad s.a.w (Bani Hasyim), Muawiyah Bin Abu Sufyan (Bani Umaiyah) Khalid al Walid (Bani Makhzum), Abu Bakar al-Siddiq (bani Taym) dan Umar al-Khattab (Bani Adi). Kaum Quraisy yang tinggal di pingir kota Makkkah dikenali sebagai Quraisy al-Zawahir. Mereka terkenal dengan tentera yang gagah bertugas mengawal kota Makkah. Mereka juga disebut Arab Badwi
  • Kaum Quraisy al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Makkah.Mereka melibatkan diri dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik. Dikenali sebagai Arab Hadari Perebutan kuasa yang berlaku antara anak-anak Qusay bin Kilab menyebabkan kaum Quraisy berpecah kepada dua puak yang bertentangan iaitu Abd al-Dar dan Abd Manaf. Abd al-Dar disokong oleh Makhzum, adi dan Sahm. Sementara Abd Manaf disokong oleh Asad, Taym dan zuhrah. Puak-puak yang berpecah ini kemudiannya berpecah pula kepada puak-puak yang lebih kecil.
  1. Golongan Masyarakat Di Madinah
  • Penduduk awal Madinah di katakan berketurunan Arab. Setelah itu tiba pula kaum Yahudi dan kaum Arab dari Selatan Semenanjung Arab. Pada amnya mereka terbahagi kepada dua kelompok bangsa iaitu bangsa Arab dan Yahudi dan daripada setiap itu pula terbahagi kepada beberapa puak dan sub suku. Kaum Arab asli Madinah tidak diketahui asal usul mereka dan tidak pula disebutkan oleh sumber-sumber Arab tentang suku dan nama anggotanya.
  • Puak Arab yang baru tiba dibahagi kepada 2 kelompok besar iaitu kaum Aus dan Khazraj atau dikenali dengan nama bani Qailah. Daripada kelompok besar ini berpecah kepada beberapa kelompok suku atau bani. Jika dilihat kepada jumlah suku ternyata suku Khazraj adalah lebih besar dan lebih berpengaruh daripada suku Aus.
  • Penyatuan kuasa Aus dan Khazraj menyebabkan kaum Yahudi berasakan tidak puas hati dan mereka bertindak memecah belahkan perpaduan kaum Aus dan Khazraj dengan melaga-lagakan mereka. Puak Yahudi yang sememangnya merancang untuk memecah belahkan orang Arab.
  • Kaum Yahudi Berasal dari Palestin. Terdapat lebih 20 suku kaum Yahudi yang tinggal di Madinah. Antara suku kaum tersebut hanya 3 yang terkenal dan berpengaruh iaitu Bani Qunaiqa, bani Nadhir dan Bani Quraizah. Bani Qainuqa merupakan kaum Yahudi yang paling ramai dan terawal sampai ke Madinah . Mereka menetap di di kawasan barat daya berhampiran Musalla yang melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan dan pertukangan. Memihak kepada kaum Khazraj. Bani Nadhir merupakan kaum Yahudi kedua mendiami Madinah. Mereka telah melarikan diri dari Palestin kerana menghadapi tekanan daripada tentera Rom. Mereka menjalani kehidupan yang agak berasingan dari petempatan Arab dan bertutur dalam loghat mereka sendiri. Mereka menetap di Bukit al-Nadhir. Terlibat dengan aktiviti pertukangan, pertanian dan perniagaan. Mereka pengikut kepada kaum Aus ketika berlaku perselisihan antara Aus dan Khazraj.
  • Bani Quraizah tiba agak lewat dan terbahagi kepada 2 suku iaitu Bani Ka’ab dan Bani Amru. Mereka tinggal di luar kota Madinah iaitu di bahagian selatan di wadi Mahzur dan terlibat dalam aktiviti pertanian. Kehidupan mereka agak mewah antara bani-bani yang lain. Memiliki perlatan senjata dan makanan yang encukupi. Bani ini juga memihak kepada kaum Aus dalam perbalahan antara Aus dan Khazraj.

Kesimpulan

  • Sebelum kedatangan Islam latar belakang masyarakat di Kota Makkah lebih kepada semangat assabiyah dan juga pelbagai keturunan Arab sehingga akhirnya mewujudkan kepada kekuasaan Kaum Quraisy yang menimbulkan tuntutan untuk berkuasa.
  • Di madinah pula, pelbagai kaum dan keturunan yang setentunya memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk memimpin mereka

Soalan 7.      Bandingkan budaya kehidupan masyarakat Arab Badwi dan Hadhari di Semenanjung Tanah Arab pada abad ke-6 Masihi.

       Pendahuluan

  • Definisi jahiliyah (dari segi bahasa):Bererti bodoh dan sesat. Definisi jahiliyah oleh P.K. Hitti menyatakan mereka hanya jahil dari segi agama sahaja, bukan dari segi ilmu pengetahuan. Alasannya ialah zaman tersebut tiada nabi dan kitab sebagai petunjuk.Ciri-ciri jahiliyah (mengikut al-Quran): Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Zaman yang tidak mempunyai peradaban  @ tamadunZaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
  • Era/jangka masa zaman jahiliyah: Berlaku  selama 3 abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga @ peringkat akhir HimyarSekitar tahun 300M hingga turun Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M

     Isi-isi Penting:

     Persamaan

  1. Struktur Masyarakat
  • Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
  • Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah). Mereka bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
 
  1. Semangat Assabiyyah
  • Mereka ada perasaan setiakawan atau assabiyah yang sentiasa terjalin rapi. Selalu berlaku peperangan antara kabilah. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah mereka. Peperangan antara mereka sering melibatkan 2 atau banyak suku dan memakan masa yang lama walaupun disebabkan oleh perkara kecil sahaja. Contoh; Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabi’ah.
3.              Nilai-nilai sosial
  •    Nilai-nilai dan norma-norma masyarakat Arab sentiasa bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
  •    Menganggap budaya membunuh, merompak dll sebagai amalan yang mulia
  1. Kedudukan wanita
  • Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam masyarakat atau keluarga. Mereka menanam anak perempuan hidup-hidup .
  • Mereka  lebih suka mempunyai ramai anak lelaki kerana beranggapan anak perempuan apabila besar kelak boleh menimbulkan masalah social dan ekonomi.
 
5.              Kegiatan Ekonomi
  • Masyarakat Hadari mengamalkan kegiatan ekonomi Pertanian Selepaskeruntuhan empangan Maarib di Yaman menyebabkan ketidakstabilan politik dan kemerosotan ekonomi masyarakat Arab.
  • Manakala masyarakat Badwi Pengeluaran pertanian di selatan Semenanjung Tanah Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. Aktiviti pertanian terhad, hanya tertumpu di kawasan subur yang mempunyai oasis seperti di Yaman. Kegiatan utama Badwi ialah menternak haiwan. Antara binatang ternak seperti unta, kambing dan biri2. Mereka  berpindah randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan mereka. Binatang ternakan menjadi status kekayaan.
  1. Kepercayaan dan agama
  •    Amalan dan Kepercayaan utama kaum Hadhari dan Badwi adalah mengamalkan kepercayaan dan agama wathani. Agama Wathani masyarakat Arab berkembang ke seluruh pelusuk tanah Arab Utara dan Selatan. Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat.
  •    Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah. Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.

        Perbezaan

  1. Petempatan
  •   Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir)
  •   Keadaan tempat yang berbeza ini mempengaruhi corak kehidupan dan kebudayaan kedua-dua masyarakat ini.
  1. Sosio-Politik
  •   Struktur masyarakat Arab boleh dibahagi kepada 2 iaitu Arab Hadari (yang tinggal di bandar) dan Arab Badwi (yang tinggal di padang pasir). Kabilah yang terkuat akan diangkat sebagai ketua kota-kota. Sebagai contoh, Bani Hasyim diangkat sebagai ketua Makkah. Mereka tertakluk kepada sistem berkabilah. Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (semangat asabiyah).
  •   Manakala masyarakat Arab Badwi tidak mempunyai struktur politik yang jelas kerana sentiasa hidup secara nomad dan tidak menetap lama dalam sesuatu kawasan bergantung kepada punca oasis.
  1. Aktiviti harian
  • Orang Arab Hadari menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Aktiviti perdagangan berlaku antara selatan dengan utara – perdagangan dua musim iaitu musim sejuk di Yaman dan musim panas di Syam dan pada musim haji tertumpu di Makkah. Terdapat rombongan perdagangan dalam bentuk kumpulan yang dikenali sebagai kafilah. Perdagangan dijalankan dalam sistem barter. Barang dagangan utama ialah bijiran, wangi-wangian, rempah ratus, gaharu, berhala dan sebagainya.
  • Masyarakat arab Badwi sering Melakukan Rompakan. Puak Badwi melakukan rompakan ke atas kafilah2 perdagangan kaum bangsawan Quraisy. Rompakan menjadi pekerjaan utama dan satu pekerjaan yang mulia.

     Kesimpulan:

  • Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dalam  sosial dan ekonomi penuh dengan kejahilan dan kesesatan. Oleh itu,  Allah Taala telah melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh bumi Arab dan seluruh dunia.

Baca juga >> Perhubungan Luar Sejarah Dunia STPM Semester 1

Sumber Nota Sejarah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *