Ciri-ciri pendidikan dalam Islam STPM Semester 2
2.2 Pendidikan
2.2 Pendidikan
Soalan 72: Bincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan dalam Islam
Pendahuluan :
- Pendidikan dapat didefinasikan sebagai usaha menyerapkan ilmu pengatahuan , sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang individu bagi menempuh kehidupan yang semakin kompleks. Pendidikan islam dikaitkan dengan beberapa istilah khusus antaranya tarbiyah , ta’lim , tadris , ta’dib dan irsyad.
- pendidikan merupakan satu proses abadi yang membawa perkembangan mental dan fizikal serta kesedaran manusia terhadap Tuhan. Pendidikan Islam dikaitkan dengan beberapa istilah seperti tarbiyah iaitu proses pembentukan peribadi seseorang individu, ta’lim iaitu proses pemindahan ilmu, ta’dib iaitu proses pembentukan sahsiah sebagimana yang kehendaki oleh Islam dan irsyad iaitu petunjuk berasaskan syariah
Isi-isi penting :
Falsafah Pendidikan Islam
Proses Pendidikan Sepanjang Hayat
- tiga falsafah yang kaitkan dengan pendidikan Islam ialah akidah, ilmu dan amal
- Bermula dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina , kekayaan , dan warna kulit.
- Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan atau fardhu , sama ada kepada kaum lelaki mahupun wanita. Oleh itu , menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk mencari ilmu kerana agama islam sendiri memandang tinggi dan menghormati orang yang menuntut ilmu.
Ciri-ciri Pendidikan Islam
Sumber utama berlandaskan al-Quran dan Sunnah
- Sumber yang sah dan hakiki , diikuti sunnah atau hadis Rasulullah SAW. Selain itu, berpandukan sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan parkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-quran dan sunnah.
- Focus utama ialah memenuhi keperluan kerohanian , menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati , pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa merdeka Menurut ibn khaldun, matlamat pendidikan islam ialah mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan iaitu mengajarnya tentang syiar-syiar agama menerusi al-Quran dan sunnah.
Mempertingkatkan daya pemikiran
- Tahap pemikiran yang tinggi , seseorang itu dapat membuat pelbagai pekerjaan dan menambahkan daya kreativitinya.
- Memperlengkapkan akhlak manusia sesuai dengan fungsi kejadian manusia sebagai khalifah dan hamba Allah SWT yang wajib mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjangkan amal ma’ruf nahi munkar.
Pembangunan seimbang antara aspek Naqliah dan Aqliah
- Membolahkan manusia mengenali pencipta-Nya dan mentaati segala perintah dan suruhan-Nya.
- Bersifat dinamis , melibatkan proses pendidikan sepanjang hayat , iaitu bermula daripada buaian hingga ke liang lahad.
Memenuhi keperluan kerohanian
- Menanamkan kepercayaan dan pemikiran dan hati, Pemulihan akhlak
- Membangunkan jiwa merdeka dan Menekankan nilai dan keikhlasan manusia yang bekerja atau melakukan sesuatu kerana Allah SWT.
Melengkapkan keperluan sosio-budaya
- Seseorang individu akan dapat melengkapkan sosiobudaya kehidupannya dengan membekalkan kemahiran , kesenian , termasuk muzik , syair , khat , seni bina dan lain-lain.
Merupakan satu proses sepanjang hayat dan bersifat dinamis
- setiap individu diberi kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tanpa mengira jantina, warna kulit, kedudukan atau kekayaan. sebagai satu proses sarwajagat pendidikan mestilah dibiarkan mengalir tanpa sekatan
- sehubungan dengan itu, sememangnya menjadi kewajipan setiap individu untuk menuntut ilmu kerana Islam memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu
Sumber utama ialah al-Quran dan sunnah
- al-Quran dan sunnah merupakan sumber dalam falsafah pendidikan Islam. Sumber al-Quran ialah sumber yang sah dan hakiki diikuti oleh sunnah. selain itu pendidikan Islam juga berpandukan sumber akal, iaitu ijtihad dan qias. Sumber ini dapat menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.
- sumber-sumber ini telah menonjolkan prinsip-prinsip yang ideal demi membentuk insan sempurna yang mengabdikandiri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaanNya
Mewujudkan pembangunan yang seimbang
- pembangunan yang seimbang ialah dari aspek naqliah dan aqliah supaya dapat mengenali penciptaNya dan seterusnya mentaati segala perintahNya. penekanan diberi kepada semua aspek pertumbuhan manusia agar sentiasa seimbang supaya dapat melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah Allah di bumi ini.
- pembelajaran yang diterima oleh seseorang individu dapat membawa kesedaran kepadanya tentang tujuan dia dicipta. Kesedaran ini akan mendorongnya membangunkan dunia mengikut ajaran agama Islam
Menekankan nilai dan keikhlasan manusia
- Pendidikan akan merangsang seseorang untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pendidikan dapat memimpin manusia ke arah kemajuan hidup yang lebih ideal
- Pendidikan juga merupakan penilaian bagi kejayaan atau kegagalan seseorang dalam kehidupannya
Melahirkan golongan pelajar yang bersikap positif
- Pendidikan dapat mempertingkat daya pemikiran dan kreativiti seorang individu agar dapat menjalankan pelbagai pekerjaan
Menjadi teras kepada pembentukan insan soleh
- falsafah pendidikan bertujuan melahirkan insan yang beriman dan beramal. Insan seperti ini akan bersifat takwa, memiliki sifat-sifat kemanusian yang tinggi dan berkeperibadian mulia.
- dengan kekuatan akhlak yang terpuji dan ilmu yang mendalam, seseorang individu akan mengetahui baik dan buruk tindakannya
Kesimpulan
- Secara amnya, pendidikan Islam bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah supaya merasai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Menurut al-Farabi, objektif utama falsafah Islam adalah untuk mendapatkan ilmu demi mentauhidkan Allah SWT. Pendidikan islam adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT , membentuk akhlak terpuji , menyedarkan manusia tentang hubungan dan tanggungjawabnya serta sebagai persediaan menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
- Tujuan khasnya , mengharapkan perubahan-perubahan yang berlaku , khususnya tingkah laku melalui penurunan ilmu yang dilaksanakan secara sistematik.
Soalan 73: Huraikan faktor-faktor perkembangan pendidikan kerajaan Khalifah Umaiyah abad ke-8
Pendahuluan
- Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat banyak kemajuan yang telah disumbangkan menjadi tapak tamadun Islam yang telah diasaskan Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.
- Kemajuan yang telah disumbangkan oleh kerajaan Bani Umayyah termasuklah bidang pendidikan.
Isi-isi penting :
Faktor kemajuan yang dinikmati dalam bidang pendidikan didorong oleh:
- Perkembangan kerajaan Bani Umayyah
- Khalifah-khalifah Bani Umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar Islam dan seterusnya mengembangkan pendidikan Islam
- Contohnya, khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan (661-681M) telah Berjaya menakluk Rom, Bukharan, Samarkhand, Sind, Kabur, Khyber, Afghanistan, Tiensan (Siankiang, China) dan Afrika Utara seperti Tripoli.
- Perkembangan ilmu pengetahuan
- Khalifah-khalifah Bani Umayyah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi menyatakan bahawa Khalifah Muawiyah akan membaca sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa Arab, dan peperangan serta cerita-cerita bangsa asing.
- Usaha perkembangan ilmu dapat dilihat apabila Khalifah al-Walid menjadikan Bandar Khufah sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid dan sekolah dibina dengan menekankan pengajaran ilmu al-Quran, hadis, bahasa, geografi, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Ketika inilah lahir bebrapa imam terkemuka seperti Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di Iraq.
- Perkembangan masyarakat Islam
- Perluasan kuasa turut membawa perkembangan masyarakat Islam. Mereka bukan lagi terdiri daripada orang Arab, tetapi berkembang meliputi bangsa Eropah, India dan China. Oleh itu, perkembangan ini membawa kepada keperluan pendidikan Islam.
- Selain itu, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, iaitu :
- Gerakan agama
- Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama.
- Berlaku dengan luasnya pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama bersemangat melihat Islam gemilang di persada dunia telah memperkembangkan ilmu keagamaan.
- Gerakan falsafah
- Kemunculan ilmu falsafah sebagai satu bidang ilmu yang banyak menggunakan akal untuk berhujah. Diwujudkan untuk melawan fahaman Yahudi dan Nasrani yang telah meresap ke dalam masyarakat pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
- Cendikiawan Islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yang lengkap dan mantap serta bukti yang kukuh.
- Gerakan sejarah
- Perkembangan ini sejajar dengan perkembangan ilmu keagamaan seperti ilmu al-hadis, sejarah Islam dan lain-lain.
- Perkembgan ini penting dalam menyediakanputera-putera khalifah memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi mentadbir Negara.
Penutup
- Kemajuan pendidikan yang dicapai pada zaman Bani Umayyah ialah dari segi penambahan institusi pendidikan dan perkembangan ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu falsafah, ilmu sejarah, ilmu geografi, ilmu bahasa dan sastera, qira’at (cara-cara membaca al-Quran), ilmu tafsir, hadis dan lain-lain.
Soalan 74: Huraikan perkembangan pendidikan kerajaan Khalifah Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12
Pendahuluan
- Zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan berteraskan wahyu al-Quran dan hadis manakala sumber pendidikan berasal dari al-Quran dan hadis serta sumber ilmu dari luar seperti India, Parsi dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan, ilmu lain ialah sains, perubatan, fizik, kimia, matematik, geografi, falsafah, astronomi, falak dan sebagainya.
- Pengajian pada zaman Bani Abbasiyyah terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: Peringkat permulaan atau rendah, Peringkat menengah dan Peringkat tinggi
Isi-isi penting :
Institusi pendidikan
- Masjid
- Dijadikan tempat atau sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Selain itu, diadakan juga Majlis muzakarah, iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain.
- Istana
- Khalifah telah menggunakan sebagai salah satu institusi pendidikan pada masa itu. Istana khalifah dipenuhi dengan golongan cendikiawandan bijak pandai dan khalifah sendiri merupakan seorang yang berpengetahuan dan cinta kepada ilmu pengetahuan.
- Madrasah
- Satu institusi pendidikan baru dalam era Bani Abbasiyyah. Namun merupakan lanjutan daripada institusi sebelumnya dalam pelbagai bentuk. Madrasah juga dikenali sebagai sekolah-sekolah tinggi yang ditubuhkan pada zaman pemerintahan Nizam al-Mulk.
- Perpustakaan
- Didirikan untuk membantu masyarakat Islam menuntut ilmu terutamanya di pusat pengajian seperti masjid dan sekolah. Fungsi utama ialah tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik dan belajar secara halaqah.
Perkembangan ilmu
- Ilmu hadis
- Pada abad ke-3 H, menyaksikan perkembagan ilmu mustalah hadis, iaitu satu ilmu yang menyaring hadis-hadis sahih dan palsu dengan memeriksa peribadi perawi-perawi hadis sejak mula meriwayatkan hadis sehingga ke akhirnya. Perkembangan ini membawa kepada penulisan kitab-kitab musnad.
- Ilmu kalam
- Ilmu kalam ialah ilmu yang membicarakan kepercayaan keagamaan dengan bukti yang meyakinkan. Di dalam ilmu ini dibahas tentang cara ma’rifat atau mengetahui secara mendalam tentang sifat-sifat Allah dan para Rasul dengan menggunakan dalil-dalil yang sah.
- Ilmu tasawuf
- Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah yang ke-3, lahir tokoh tasawuf seperi Rabiyah al-Adawiyah yang mempopularkan fahaman hudd atau cinta kepada Allah. Pada peringkat ke-4, Abu Mansur al-Hajjaj telah dijatuhkan hukuman mati kerana fahaman pantheisme.
Pertumbuhan ilmu sekular
- Ilmu falsafah
- Pengajian falsafah sebagai satu ilmu dalam Islam yang dipelopori oleh Abu Ishak al-Khindi yang mengarang berates-ratus buah kary meliputi aspek mantik, falsafah, muzik, matematik dan lain-lain. Ibn Maskawaih terkenal sebagai ahli falsafah akhlak, melalui bukunya tahzibul akhlak.
- Keraguan terhadap ilmu falsafah menyebabkan al-Ghazali beralih kepada ilmu tasawuf dan Berjaya menguasai sebahagian besar pemikiran umat Islam dan Berjaya menggugat pengaruh falsafah Yunani pada zamannya.
- Ilmu sains dan perubatan
- Ilmu sains dan perubatan turut mengkaji bidang biologi, zoology, fizik, geologi, matematik, serta kimia yang banyak membantu dalam bidang perubatan pada zaman tersebut.
- Ilmu sejarah
- Kemahiran dalam ilmu hadis telah memberi manfaat yang besar dalam melahirkan ulama sejarah yang Berjaya menghasilkan kajian yang teliti berasaskan fakta yang benar.
- Ilmu alam dan geografi
- Umat Islam tidak ketinggalan dalam ilmu geografi. Berasakan karya terjemahan Ptolemy oleh Thabit bin Qurrah lahirlah buku Suratul Ard oleh Khawarizmi. Hasil daripada pengembaraan ilmiah, umat Islam telah menghasilkan kitab geografi yang sangat bernilai.
- Kesenian
- Perkembangan ilmu seni dan budaya juga dapat dilihat pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Misalnya Firdausi menghasilkan karya epic yang agung iaitu Shah Nameh. Epic ini mengambil masa lebih 30 tahun untuk disiapkan dengan pelbagai gambar raja dan pahlawan.
Penutup
- Pada keseluruhannya, perkembangan ilmu pengetahuan semasa zaman Bani Abbasiyyah bukan sahaja dalam bentuk keagamaan tetapi meliputi pelbagai ilmu lain seperti sains dan perubatan.
Soalan 75: Huraikan perkembangan dan faktor-faktor perkembangan Pendidikan pada zaman khalifah umayyah pada abad ke-7 hingga ke 8
Pendahuluan
- Pada zaman pemerintahan bani umayyah , terdapat banyak kemajuan yg telah di sumbangkan menjadi tapak tamadun islam yg telah diasaskan oleh nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan khulafa al-Rasyidin. kemajuan yang disumbangkan oleh kerajaan bani umayyah termasuklah bidang pendidikan.
Isi-isi penting:
Perkembangan pendidikan kerajaan bani umayyah
- Khalifah-khalifah bani umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar islam dan seterusnya mengembangkan pendidikan Islam. Contohnya , khalifah Muawiyah bin abu sufyan ( 661-681M) telah berjaya menakluk Rom, Bukharan , Samarkhan , Sind , Kabur , kyber , Afghanistan , Tienshan (Sinking , China) dan Adrika utara seperti Tripoli .
- Manakala khalifah abdul malik bin marwan (685-705M) berjaya menakluki negeri-negeri timur seperti Khujah , Fhurukush , dan Khatal .
- Khalifah al-walid bin abdul malik (705-715M) yang terkenal sebagai Balk, Sugh , Supania , Fargharah, Khawarizam atau Uzbekistan , India seperti Sind, Afrika utara sperti Mesir dan pergunungan atlas, andalus seperti cordova dan teledo hingga ke china .
- Khalifah-khalifah bani umayyah memainkan peranan penting dlm perkembangan ilmu pengetahuan. mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi menyatakan bhw khalifah Muawiyah akan menbaca smpai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita bangsa arab , dan peperangan, serta cerita2 bangsa asing .
- Usaha perkembangan ilmu pengetahuan dpt dilihat apabila khalifah al-walid menjadikan Bandar kufah sebagai perkembangan ilmu . pada zaman khalifah umar bin abdul aziz (717-702M) . kota kufah , Damsyik , dan basrah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan islam.
- Malahan, masjid dan sekolah dibina sebagai institusi perkembangan islam dengan menekankan pengajatan ilmu al-quran , hadis , bahasa , geografi , sains , matematik , perubatan , dan sebagainya .
- Ketika inilah , lahir beberapa imam terkemuka spt imam abdul malik di hijjaz dan imam hanifa di Iraq .
Faktor-faktor perkembangan pendidikan bani umayyah
Gerakan agama
- Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama . Proses ini berlaku dgn luasnya pda zaman khalifah umar bin abdul aziz.
- Para ulama yg bersemangat melihat islam gemilang di persada dunia telah memperkembangkan ilmu keagamaan .
Gerakan falsafah
- Kemunculan ilmu falsafah sbgai satu bidang ilmu yg banyak menggunakan akal untuk berhujah . Gerakan falsafah ini diwujudkan untuk melawan fahaman yahudi dan nasrani yg telah meresap ke dalam msyarakat pda zaman pemerintahan bani umayyah.
- Para cendiakawan islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yg lengkap dan mantap serta bukti yg kukuh .
Gerakan sejarah
- Perkembangan ini sejajar dhn perkembangan ilmu keagamaan spt ilmu al-hadis , sejarah islam dan lain2 .
- Perkembangan ini penting dalam menyediakan putera-putera khalifah memahami ilmu ketatanegaraan , sistem pemerintahan , dan pentadbiran bagi mentadbir negara .
Penutup
- Pemerintahan bani umayyah yg mementingksn pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain drpd ilmu agama spt fiqah , tauhid , tafsir al-quran dan hadis , mata pelajaran lain yg diajar ialah ilmu hisab, sejarah, sastera , ilmu perubatan, kesenian dan falsafah .
- Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh utk perkembangan seterusnya .
Soalan 76: Huraikan faktor-faktor perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyah.
Pengenalan
- Pendidikan merupakan suatu keperluan bagi segenap lapisan masyarakat dan menjadi asas untuk menggerakkan ketamadunan bangsa. Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat
- Kerajaan Abbasiyah (750-1258M) ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah. Pendidikan telah berkembang pesat di zaman kerajaan Abbasiyah sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu keduniaan
Isi-Isi
- Usaha dan galakan para khalifah
- Khalifah mendirikan pusat-pusat pengajian. Khalifah Harun al-Rasyid membina perpustakaan yang ulung iaitu Baitul Hikmah di Baghdad. Khalifah al-Makmum menghimpunkan setiap kitab dari daerah taklukannya seperti Syria, Afrika dan Mesir untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah al-Mukhtadid Billah menyelia sudut-sudut dan tempat tertentu di istananya untuk majlis ilmu
- Khalifah memberi pelbagai kemudahan untuk menetap di Baghdad, perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa kepada golongan cerdik pandai. Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-Rasyid dan al-Makmum menggalakkan kegiatan penterjemahan
- Aktiviti penterjemahan pelbagai ilmu
- Bidang penterjemahan bermula dengan ilmu mantik sehingga tertubuhnya Sekolah Tinggi Penterjemahan yang pertama di dunia. Penterjemahan dipimpin oleh Hunain bin Ishak dan 90 orang murid-muridnya. Penterjemah lain seperti Ishak bin Hunain, Hubaisy dan Thabit Qurrah
- Buku-buku falsafah, sains, matematik, perubatan dan astronomi daripada pelbagai bahasa diterjemah ke dalam bahasa Arab. Kesannya lahirlah pelbagai ilmu pengetahuan dan tokoh-tokoh dalam bidang tersebut
- Kemunculan golongan ulama/tokoh ilmu
- Lahirnya tokoh-tokoh atau golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar. Abul Ali al-Hussein ibn Abdullah ibn Sina atau dikenali sebagai Ibn Sina menghasilkan berpuluh-puluh karya dalam bidang falsafah dan perubatan. Abu Hamid al-Ghazali atau dikenali sebagai al-Ghazali yang mengarang lebih kurang 300 buah buku merangkumi falsafah, keagamaan, dan politik
- Maskuih yang menghasilkan buku sejarah yang menyentuh hal-hal kemasyarakatan khususnya bidang ekonomi. Beliau menulis dengan lengkap sejarah permulaan Bani Buwayh dan hal ehwal pemerintahan Bani Abbasiyah. Tokoh-tokoh lain seperti al-Kindi, al-Farabi, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal al-Bukhari dan lain-lain pakar dalam hadis dan fikah
- Kewujudan prasarana pendidikan yang baik
- Terdapat institusi pendidikan seperti masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pusat pengajian yang lengkap dan moden didirikan di seluruh negara seperti di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah, Balk dan lain-lain. Pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian peringkat rendah, menengah, dan tinggi. Masjid dijadikan tempat utama bagi mempelajari al-Quran, hadis, fikah, tafsir dan kesihatan. Di masjid diadakan majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir dan lain-lain berkenaan isu semasa
- Istana khalifah dipenuhi golongan cendekiawan dan cerdik pandai. Istana lebih berfungsi sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan . Madrasah menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran. Madrasah an-Nizamiyah dianggap sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama bertaraf universiti. Pembinaan perpustakaan yang berperanan sebagai tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah. Antara perpustakaan terkenal ialah Baitul Hikmah, Dar al-Hikmah, dan Khizanat sabur (Dar al-Ilm)
- Sistem pendidikan yang tersendiri
- Terdapat tiga peringkat pengajian iaitu rendah, menengah dan tinggi. Peringkat permulaan atau rendah yang bertempat di kuttab atau pondok. Kurikulum peringkat rendah ialah mempelajari al-Quran, sirah Rasulullah s.a.w. , membaca, menulis, puisi dan ilmu hisab. Di peringkat menengah, ilmu yang diajar ialah ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawwuf, bahasa, usul fiqah, sejarah, geografi dan sebagainya
- Peringkat tinggi ialah pengajian di universiti yang memberi tumpuan kepada pengkhususan ilmu. Antaranya ialah matematik, astronomi, geometri, kimia, zoologi dan perubatan
- Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyah
- Keadaan politik yang stabil membolehkan prasarana pendidikan disediakan
- Sumber kewangan untuk pembinaan kebanyakan pusat pengajian ketika itu diambil daripada hasil tanah-tanah wakaf atau perbendaharaan negara
Kesimpulan
- Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyah merupakan titik peralihan penting ke arah mewujudkan sistem pendidikan yang lebih tersusun. Kedudukan guru mula mendapat tempat dengan disediakan segala kemudahan dan kemudiannya dibayar gaji. Seterusnya murid-murid telah ditempatkan di sekolah mengikut aras pembelajaran masing-masing
- Pada zaman pemerintahan al-Makmum, kota Baghdad dikatakan telah mencapai puncak kegemilangannya serta mendapat jolokan sebagai pusat kebudayaan antarabangsa
Soalan 77: Huraikan institusi Pendidikan pada zaman khalifah umayyah pada abad ke-7 hingga ke 8
Pendahuluan
- Kemajuan pendidikan yg dicapai pda zaman pemerintahan bani Umaiyyah ialah dri segi penambahan institusi pendidikan dan perkembangan sains , ilmu perubatan , ilmu falsafah , ilmu sejarah , ilmu geografi , ilmu bahasa, dan sastera , qira’at (cara-cara membaca al- Quran)
- Pada zaman pemerintahan bani umayyah, terdapat pelbagai institusi pendidikan untuk membolehkan perkembangan pendidikan dilaksanakan. Antara institusi pendidikan tersebut ialah masjid, istana, kuttab dan halaqah.
Isi-isi penting
- Istitusi Masjid
- Merupakan institusi pendidikan utama yg bermula sejak permulaan islam . pemerintahan bani umayyah telah mendirikan bnyk masjid spt masjid amawiyin (umawi) di damsyik , masjid di kufah , basrah , dan fustat yg menjadi pusat oendidikan .
- Pda zaman pemerintahan khalifah Khalid al-walid (705-715M) , beliau berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan menghapuskan buta huruf dalam kalanagn umat islam dengan mendirikan masjid dan kuttab sbgai pusat pendidikan dan pusat ibadat di seluruh wilayah islam .
- Khalifah Khalid al-walid telah membina masjid amawiyin di damsyik yg mengambil masa selama 8tahun . masjid ini telah dijadikan tempat ibadat dan tempat belajar kaum muslimin . di dalam masjid ini terdapat halaqah atau kelompok2 yg dipenuhi dgn pelajar2 yg terdapat drpd pelbagai mazhab.
- Guru-guru diberi gaji dan ada yang berkhidmat secara sukarela. Kurikulum yang diperkenalkan ialah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah seperti bahasa , kesusasteraan , ilmu hisab , dan ilmu falak .
- Institusi Istana
- Pda masa pemerintahan bani umayyah , istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan . istana khalifah yg menjadi pusat pembelajaran ialah di damsyik , Syria . istana khalifah dijadikan pusat pembelajaran dan tempat penyimpanan bahan2 bacaan yg ditulis dalam bahasa yunani . bahan2 bacaan ini kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa arab .
- Khalifah muawiyah bin abi sufyan sering mengundang para ulama dan cendiakawan ke istananya bgi membicarakan ilmu sejarah bangsa arab, sejarah peperangan dan sejarah raja2 parsi , sistem pemerintahan dan pentadbiran .
- Pendidikan di istana memberi tumpuan kpda putera2 khalifah dan anak2 pembesar diajar mata pelajaran sejarah , kesusasteraan , ilmu pidato , tatasusila . dan moral , cara2 bergaul dgn msyarakat dan rakyat jelata . kesemua mata pelajaran yg diajar ini adlah sebagai pengetahuan dan pengalaman serta persediaan untuk menghadapi kehidupan bermsyarakat serta mjadi pemimpin .
- Institusi Kuttab
- Terdapat 2jenis kuttab, iaitu untuk orang awam yg dikenakan yuran pengajian dan kuttab al-sabil untuk kanak2 miskin dan yidak dikenakan bayaran yuran pengajian .
- Pengajian di kuttab memfokuskan kpd pengajian al-quran dan asas2 ilmu agama bagi persediaan untuk melangkah ke peringkat yg lebih tinggi yg lebih dikenali sbgai halaqah .
- Halaqah
- Pengajian halaqah diadakan di masjid. halaqah ialah satu sistem pengajian tradisional di mana murid-muird berkumpul dlm bentuk bulatan mengelilingi guru dgn menadah kitab yg diajar . jangka waktu pengajian tdk di tentukan tetapi semakin lama belajar , semakin tggi ilmu seseorang itu . Pada kebiasaannya , pengajian halaqah dilaksanakan di peringat tinggi di mna murid2 nya sudah mempunyai asas2 ilmu yg kukuh .
- Pendidikan halaqah telah berkembang di negara2 islam yg lain termasuk nusantara .
- Guru-guru yang Mengajar
- Guru-guru yang mengajar diberi kepercayaan menyebarkan ilmu pengetahuan di institusi pendidikan mempunyai pengetahuan yg berbeza-beza mengikut tahap pendidkan . Kuttab bagi Guru-guru yang kurang pengalaman. Istana bagi Guru2 bnyk pengalaman dan ilmu pengetahuan berbanding guru2 di masjid yang digelar muaddib. Mereka mengajar putera2 khalifah dan anak2 pembesar ilmu pengetahuan dan mendidik mreka dri segi budi bahasa , moral , dan sahsiah . Masjid tenaga Pengajar terdiri drpd golongan ulama yg terkenal. Antaranya , Abdullah bin abbas , khatib al-baghdadi , dan Hassan al-basri, Abdullah bin abbas merupakan ahli dalam bidang tafsir , hadis , fiqah , dan sastera. Beliau pernah menjdi guru dimasjid al-haram pda zaman khalifah abdul malik bin marwan . Khatib al-baghdadi telah berkhidmat di masjid amawiyin di damsyik pd tahun 456H. sebagai guru mata pelajaran al-hadis . Hassan al-basri merupakan ulama fiqah dan usuluddin yg terkenal di Iraq . antara yg pernah mjadi muridnya ialah wasil bin ‘Ata yg mrupakan pengasas mazhab Mu’tazilah .
Penutup
- Pemerintahan bani umayyah yg mementingksn pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran yg diajar di institusi pendidikan . Selain drpd ilmu agama spt fiqah , tauhid , tafsir al-quran dan hadis , mata pelajaran lain yg diajar ialah ilmu hisab , sejarah , sastera , ilmu perubatan, kesenian , dan falsafah .
- Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi abbasiyah , namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh utk perkembangan seterusnya .
Soalan 78: Huraikan institusi pendidikan kerajaan Khalifah Abbasiyyah abad ke-11 hingga ke-12 .
Pendahuluan
- Zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah 750-1258M dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu (al-Quran) dan hadis, manakala sumber pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan hadis serta sumber ilmu dari luar seperti dari India, Parsi, dan Greek. Selain daripada ilmu keagamaan, ilmu lain ialah ilmu sains, perubatan, fizik, kimia, matematik, kimia, geografi dan sebagainya.
- Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah, institusi pendidikan ialah masjid, surau, kuttab dan istana yang dijadikan sebagai pusat pemerintahan ilmu pengetahuan dan pendidikan.
Isi-isi penting
- Masjid
- Masjid dijadikan tempat atau sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Selain itu, di masjud juga diadakan majlis muzakarah, iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama, sarjana, ahli fikir, dan lain-lain yang berkenaan dengan isu semasa. Contohnya, Masjid al-Mansur yang didirikan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pada 145H di Baghdad dan diperluaskan serta diperbaharui oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Mata pelajaran yang disampaikan ialah ilmu hadis dan syair.
- Pada tahun 383H/993M , Khalifah al-Qadir telah melantik seorang imam untuk memimpin solat jumaat. Tenaga pengajar yang bertugas di masjid jamek akan dipilih dan dibayar gaji oleh pemerintah. Bidang pengajian juga hendaklah mendapat kelulusan pemerintah. Khalifah al-Qadir telah melantik Abu n-Najm Badr menjadi gabenor jajahan timur islam. Semasa pemerintahannya, beliau telah membina 3000 kompleks masjid-khan atau kolej masjid berasrama bagi menyediakan tempat tinggal untuk para pelajar. Institusi yang dibina membolehkan penyebaran pengajian falsafah tabiie dan sains.
- Istana
- Khalifah telah menggunakan istana sebagai salah sebuah institusi pendidikan pada masa itu. Istana khalifah dipenuhi dengan golongan cendekiawan dan bijak pandai dan khalifah sendiri merupakan seorang yang berpengetahuan dan cinta kepada ilmu pengetahuan. Bagi memperlihatkan cinta khalifah kepada ilmu pengetahuan, golongan cendekiawan dan bijak pandai diberi pelbagai kemudahan menetap di Baghdad dan diberi perbelanjaan tetap dan kedudukan istimewa. Contohnya, Khalifah al-Makmun yang merupakan seorang khalifah yang cintakan ilmu pengetahuan tertarik dengan pengajian ilmu dan pengajaran sastera.
- Beliau telah menghimpunkan setiap kitab dari daerah-daerah takhluknya seperti Syria, Afrika, dan Mesir. Kitab-kitab yang dikumpul dan bermutu tinggi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Oleh itu, istana kerajaan lebih berfungsi sebagai gedung ilmu pengetahuan daripada pusat pemerintahan. Baghdad terkenal di seluruh pelusukdunia bukan sahaja sebagai ibu kota Dau-lah ‘Abbasiyyah dan kemegahan istana diraja malah menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan yang termasyhur pada masa itu.
- Madrasah
- Merupakan institusi pendidikan yang baharu dalam era Bani Abbasiyyah. Namun institusi ini merupakan lanjutan kepada institusi pendidikan yang sebelumnya dalam pelbagai bentuk. Faktor pembentukan madrasah sebagai salah satu institusi pendidikan dan terpisah daripada bangunan masjid ialah kerana suasana pengajian di masjid yang dipenuhi dengan perdebatan dan perbincangan yang seringkali menyebabkan suasana bising dan menggangu peribadatan orang lain. Selain itu, ketidakmampuan masjid untuk menampung jumlah pelajar yang besar dalam bentuk halaqah yang ramai.
- A. Shalaby menyatakan bahawa madrasah pada awalnya belum mempunyai kurikulum yang seragam.kurikulumnya bergantung kepada kepakaran guru-guru, pandangan tentang kepentingan sesuatu ilmu, dan hubungan dengan pihak yang membangunkan madrasah. Madrasah merupakan institusi pendidikan yang menyediakan kemudahan fizikal pembelajaran untuk para penuntut ilmu serta menjadi model kepada institusi pengajian tinggi yang muncul kemudiannya. Madrasah juga dikenali sebagai sekolah-sekolah tinggi yang ditubuhkan pada zaman pemerintahan Nizam al-Mulk (456H-485H)
- Perpustakaan
- Perpustakaan juga memainkan peranan yang penting dalam memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Perpustakaan didirikan bagi membantu masyarakat islam menuntut ilmu terutamanya di pusat pengajian seperti masjid dan sekolah. Fungsi utama perpustakaan ialah tempat membaca, membuat rujukan, menyelidik, dan belajar secara halaqah.
- Antara perpustakaan yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyyah ialah perpustakaan awam, perpustakaan separa-awam dan perpustakaan persendirian. Perpustakaan awam adalah seperti Baitul Hikmah yang merupakan perpustakaan pertama yang dibina di dunia islam. Perpustakaan ini dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid. Perpustakaan Baitul Hikmah menjalankan pelbagai aktiviti seperti pengkajian buku-buku, pengkajian ilmiah, dan disediakan sebuah tempat khas untuk majlis perbincangan dan syarahan. Beberapa tokoh saintis termasuklah al-Khawarizmi dan Hanayn bin Ishaq pernah berkhidmat di perpustakaan ini.
- Manakala perpustakaan separa awam pula dimiliki oleh golongan khaifah dan raja.perpustakaan ini bertujuan mencari kemasyhuran dan minat mendalam terhadap ilmu pengetahuan. Keahlian perpustakaan ini diterhadkan kepada gollongan berpangakat tinggi dan terkenal. Contohnya, Ibnu Sina, tokoh perubatan yang terkenal dan dihormati dibenarkan memasuki perpustakaan Sanianid setelah mendapat kebenaran khas. Contoh perpustakaan separa awam ialah Perpustakaan al-Nasir Lidnilah, Perpustakaan al-Musta’sim billah, dan sebagainya. Perpustakaan persendirian pula adalah seperti Perpustakaan Ibnu al-Khasysyab dan perpustakaan sekolah.
Penutup
- Kesimpulannya, pada zaman pemerintahan Bani Abasiyyah, institusi pendidikan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu masjid, surau, madrasah, perpustakaan dan sebagainya.yang moden dan lengkap didirikan di seluruh negara terutama di Baghdad, Madinah, Kufah, Kaherah dan lain-lain.
- Di samping institut tersebut, pusat pengajian yang terkenal ialah madrasah yang mencakupi pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi.
Soalan 79: Huraikan perkembangan pendidikan dan institusi pendidikan Islam di Mesir abad ke-8
Pendahuluan :
- Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah didatangi oleh Amr bin al-As, salah seorang pemimpin yang diarah oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq untuk memasuki dan membuka negeri-negeri Syria dan Palestin untuk meminta izin membuka Mesir. Khalifah Umar al-Khattab mementingkan ilmu pengetahuan yang berbentuk kerohanian dan fizikal. Beliau mengingatkan Amr bin al-As agar mengajar anak-anak di Mesir berenang, menunggang kuda, dan riwayat yang baik serta syair yang indah.
- Hasil daripada arahan Khalifah Umar ini telah mengembangkan ajaran Islam serta keilmuan di Mesir. Namun begitu, gerakan keilmuan di Mesir hanya tertumpu di kota Fustat dan kota Iskandariah. Para sahabat nabi hanya memilih daerah Fustat (Kaherah) dan Iskandariah sebagai tempat tinggal mereka. Selepas zaman sahabat dan tabiin, barulah orang Islam mendirikan tempat tinggal di daerah lain dan tidak mendirikan masjid.
- Hanya selepas Khalifah al-Makmun berjaya menghapuskan orang Kibti dalam pemberontakan pada tahun 216H, barulah orang Islam menguasai Mesir sepenuhnya dan membawa ilmu pengetahuan bercorak agama dan bahasa.
Isi-isi penting :
- Perkembangan pendidikan
- pemerintah Mesir mendapat idea untuk menubuhkan sekolah yang mana guru-guru terdiri daripada para sahabat. Sekolah ini menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat. Para pelajar akan mempelajari ilmu hadis dengan menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali hadis-hadis tersebut. Selain itu, mereka akan mengkaji al-Quran dan hadis serta mengeluarkan hukum-hukum daripadanya. Dari sekolah ini, muncul beberapa ulama yang terkenal seperti Sulaiman bin Aiter Al-Tujaibi dan Abdul Rahman bin Juhirah Abu Abdullah Al-Khaulani.
- Perkembangan ilmu semakin terserlah semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Khalifah Umar merupakan seorang yang cintakan ilmu pengetahuan. Pada zaman pemerintahannya, beliau menggalakan kegiatan penulisan dan penyusunan dalam bidang ilmu kalam, ilmu hadis dan usul fiqah. Malahan falsafah Yunani mulai meresap ke dalam bahasa Arab dan kesusasteraan pada zaman pemerintahannya.
- Di samping perkembangan ilmu bercorak agama, terdapat juga perkembangan ilmu bercorak sastera. Perkembangan ini bermula selepas orang Arab tiba di Mesir. Kata-kata yang bernas dan bernilai akan diambil seperti ucapan dan perutusan daripada Amr bin al-As. Masyarakat Mesir juga diperkenalkan dengan syair dan puisi apabila penyair Arab mengunjungi Mesir terutamanya pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Walaupun mendapat pendedahan daripada penyair Arab, namun tidak ditemui penyair-penyair ulung dalam kalangan orang Mesir sendiri. Sajak-sajak yang dihasilkan sama ada pada zaman Bani Umayyah dan zaman Bani Abbasiyah oleh orang Mesir hanya ada dalam beberpa rangkap sahaja.
- Kedai buku juga berfungsi sebagai tempat terpancarnya ilmu pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Banyak kedai buku muncul di Mesir. Di kedai buku ini, para ilmuwan akan dating berkumpul dan berbincang sesama mereka. Sekiranya terdapat buku-buku yang baik dalam bahasa asing, mereka akan menterjemahkannya dan dijual kepada orang ramai degan harga yang murah. Aktiviti ini telah menyemarakkan lagi perkembangan ilmu di Mesir.
- Institusi pendidikan (masjid)
- Masjid menjadi pusat kegiatan agama di Mesir. Kegiatan agama ini dijalankan secara meluas di Masjid Amru Ibnul al-As di Kota Fustat. Kegiatan ini telah dipelopori oleh para sahabat yang mengunjungi Mesir. Para sahabat berkumpul dan membincangkan serta mencatatkan hadis-hadis mereka. Malah, ada hadis-hadis tersebut hanya diketahui oleh mereka sahaja.
- Masjid Amru Ibnul al-As dijadikan pusat pengajian dan dikatakan terdapat sehingga 40 kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi oleh pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Secara umumnya, kelompok pengajian yang berada di Masjid Amru al-As bukanlah dikhususkan kepada pelajaran ilmu fardu ain sahaja seperti al-Quran, hadis, tauhid, fiqah, dan lain-lain. Bahkan semua bidang ilmu kifayah seperti ilmu hisab, ilmu bintang, dan perubatan turut dipelajari. Antara 8 kelompok majlis pengajian yang terdapat d masjid ini ialah Kelompok Imam Shafi’e, Kelompok Al-Majdiah dan Kelompok Al-Shibiah.
- Institusi pendidikan (kuttab)
- Selain masjid, kuttab juga dijadikan sebagai pusat pengajian di Mesir. Kuttab ialah tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Kuttab menjadi tempat bagi kanak-kanak untuk belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz diatas luh (papan batu). Guru-guru akan membaca ayat-ayat al-Quran kepada kanak-kanak dan kanak-kanak itu akan menulisnya atas luh. Setelah itu, guru akan melihat tulisan mereka dan membetulkan sekiranya terdapat kesalahan. Murid-murid akan membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran tersebut. Setelah dapat menghafaz dengan fasih, mereka akan dating semula kepada guru dan menghafaznya di hadapan guru.
- Selain itu, kanak-kanak di kuttab juga diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Di kuttab, ilmu pengetahuan akan diberi secara percuma kepada semua golongan tidak kira kaya atau miskin dan sama ada lelaki atau perempuan. Pembelajaran di kuttab dilakukan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan.
Penutup :
- Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk keagamaan dan fardu ain. Namun, ilmu fardu kifayah seperti prosa dan puisi, falsafah, ketuhanan dan perubatan turut berkembang.
Soalan 80: Huraikan perkembangan institusi pendidikan di Mesir pada abad ke-8 Masihi.
Pengenalan
- Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Pendidikan menjadi sebahagian yang tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan satu ibadat yang penting. Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Atas permintaan penduduk Mesir sendiri, Amru bin al-As telah dihantar bagi menamatkan pemerintahan Rom yang kejam. Kejayaan Amru al-As memulakan era pertapakan dan perkembangan agama Islam.
- Terdapat beberapa institusi pendidikan yang dijadikan sebagai pusat pengajian Islam di Mesir.
Isi-Isi Penting
- Masjid
- Menjadi pusat kegiatan agama di Mesir. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengarahkan Amru bin al-As, supaya mendirikan masjid dalam kawasan yang dikuasai kerajaan Islam. Peranan masjid sebagai pusat ibadat, pusat kemasyarakatan dan institusi pendidikan. Masjid terawal ialah Masjid Amru al-As, berkembang sehingga terdapat 40 buah kelompok majlis pengajian yang sentiasa dipenuhi pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Pengajian tertumpu kepada pelajaran ilmu fardu ain (al-Quran, hadis, tauhid, fiqah) dan ilmu kifayah (ilmu hisab, ilmu bintang dan perubatan). Antara kelompok utama ialah kelompok Imam Shafie yang dikenali juga sebagai ‘Zawiyah’. Terdapat juga kelompok yang dikenali sebagai al-Majdiah, yang diwujudkan oleh Majduddin Abu al-Asybal. Beliau telah menempatkan Abdul Wahab al-Bahnasi di Mesir.kelopok al-Shibiah pula diusahakan oleh al-Sahib Muhammad Bin Fakhruddin. Beliau telah menempatkan dua orang tenaga pengajar yang masing-masing daripada Mazhab Shafie dan Maliki.
- Masjid Ahmad bin Tolun, ramai ulama dan ahli fikah berkhimat sebagai guru. Kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fikah, membaca, ilmu hisab dan perubatan. Masjid awal yang menjadi asas kepada terdirinya masjid tersohor di Mesir ialah Masjid al-Azhar, didirikan oleh Jauhar al-Siqili. Masjid ini mempunyai ruang khas untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak yatim.kemudahan penginapan juga disediakan. Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah serta dalam bentuk kuliah, para guru membaca, menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan yang timbul diajukan kepada seseorang guru dalam majlis halaqah. Para pelajar juga digalakkan menghafal sesuatu pelajaran kerana melalui halafan pengukuhan ilmu pengetahuan dapat dimilki dengan mudah.
- Kuttab
- Tempat belajar yang merupakan bangunan yang berasingan daripada masjid. Tempat bagi kanak-kanak belajar pada peringkat permulaan. Mata pelajaran yang diajar ialah al-Quran dan menulis ayat-ayat yang hendak dibaca dan dihafaz di atas luh atau papan batu.
- Turut diajar tatabahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Ilmu pengetahuan diberi percuma dan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dengan perempuan.
- Sekolah
- Guru-guru terdiri daripada para sahabat. Menggunakan buku-buku hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat.
- Pelajar mempelajari ilmu hadis menggunakan kaedah hafalan dan menulis kembali hadis.
Kesimpulan
- Tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi umat Islam Mesir. Contohnya kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah berkembang menjadi Universiti al-Azhar
- Pada keseluruhannya perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah
Soalan 81: Huraikan Perkembangan Pendidikan dan Institusi Pendidikan Islam Di Acheh Abad Ke- 16 hingga Ke-17 Masihi
Pendahuluan
- Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511, Acheh mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan di Alam Melayu. Acheh turut memainkan peranan sebagai pusat pengajian Agama Islam yang utama di Nusantara.. Institusi pendidikan islam di Acheh merupakan institusi yang tersususn & terancang..
- Pendidikan asas bermula di madrasah @ meunasah, diikuti dengan pendidikan menengah di Rangkang ,dan seterusnya pendidikan tinggi dijalankan di bale. Pengajian islam berkembang dengan pesat merangkumi fiqah,usuluddin, dan tasawwuf. Pendidikan di acheh terbahagi kepada lima peringkat :
Isi-isi Penting:
- Madrasah atau meunasah
- Merupakan institusi pendidikan awal yang biasanya didirikan di setiap kampung. Para pelajar diajar membaca Al-Quran, membaca & menulis huruf Arab ,dan belajar perkara asas dalam islam. Selain itu, pelajar turut mempelajari ilmu fardu ain seperti Rukun Iman, Rukun Islam, fiqah, ibadat ,dan akhlak.
- Para pelajar dilatih bernasyid yang berhubung dengan agama, iaitu Dinakan dike(zikir) atau seulaweut(selawat) pd setiap malam jumaat. Kanak-kanak yg khatam al-Quran diajar beberapa kitab agama yang di tulis dalam bahasa jawa dan acheh seperti kitab perukunan dan risalah masail al-muhtadin. Sejarah islam diajar dengan cara bercerita.
- Masjid
- Berfungsi sebagai pusat pendidikan dan pusat kegiatan umat islam. Merupakan pusat pendidikan yang bersangkutan dengan pendidikan menengah pertama
- Beberapa masjid di naik taraf menjadi pusat pendidikan tinggi seperti masjid baiturrahman.
- Rangkang
- Untuk melanjutkan pelajaran agama yang lebih tinggi, pelajar akan belajar di rangkang atau disebut pondok,pasantren, atau madrasah. Para pelajar mendirikan pondok-pondok kecil mengelilingi masjid yang dijadikan asrama . Terdapat beberapa tahap rangkang yang bergantung kepada tahap ilmu yang dimiliki olh guru yg mengajar.. Pelajar yang pintar pada kebiasaannya berpindah dari satu rangkang ke rangkang yang lain untuk mengikuti pelajaran daripada guru yang lebih mahir. Ada antara pelajar yang melanjutkan pelajaran ke makkah , india , dan mesir.
- Rangkang yg terkenal ialah terletak di banda acheh barussalam. Banyak ulama terkenal dari luar Negara datang mengajar di situ dan pelajar-pelajarnya datang dari pelbagai daerah. Mata pelajaran yang di ajar ialah fiqah ,ibadat ,tauhid, tasawwuf, sejarah islam, dan bahasa Arab. Pelajar menggunakan buku-buku yg di tulis dalam bahasa melayu selain daripada buku bahasa Arab. ilmu umum turut diajar seperti geografi, sejarah, dan matematik.
4.Dayah
- Di Acheh, dayah disamakan dengan sekolah menengah atas di Indonesia atau madrasah Aliyah. Hampibr setiap daerah Nanggore(negeri) terdapat dayah. Terdapat dayah yang berpusat di masjid bersama rangkang tetapi kebanyakkan dayah berdiri sendiri di luar lingkungan masjid dengan menyediakan sebuah balai utama,iaitu aula yang di gunakan sbagai tempat belajar sembahyang. Pusat pengajian Tinggi Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan islam tinggi yang pertama di Asia yang melahirkan banyak ulama yang menjadi pendakwah islam di nusantara. Kesemua mata pelajaran diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab
- Dua jenis dayah,iaitu dayah bersifat khusus dan dayah bersifat umum. Dayah bersifat khusus seperti dayah untuk wanita sahaja, dayah yang khusus untuk mengajar dalam bidang pertanian, ilmu pertukangan, ilmu perniagaan, dan sebagainya menurut syariat islam. Antara dayah yang terkenal ialah dayah cot kala dan dayah teungku chik.
- Mata pelajaran yang diajar di dayah teungku chik ialah bahasa Arab, fiqah, jinayat( hukum pidana ) , fiqah munakahat( hukum perkhawinan ) ,fiqah duali( hukum tatanegara ) , sejarah islam, sejarah Negara-negara, ilmu mantik, tauhid/filsafat, tasawwuf, akhlak, ilmu falak, tafsir, hadis, dan sebagainya. Menurut Beaulieu (pengembara perancis ) yang mengunjungi Acheh pada abad ke-17, menyatakan bahawa ajaran islam yang berkembang sejak sekian lama telah dapat membasmi buta huruf dan buta ilmu.
- Jamiah/universiti baiturrahman
- Masjid baiturrahman dinaik taraf menjadi jamiah / universiti baiturrahman. Sultan Iskandar Muda Makhota mendirikan masjid baiturrahman yang digunakan khas untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. Terdapat 17 dar ( fakulti ) seperti fakulti ilmu tafsir dan hadis, fakulti ilmu kedoktoran, fakulti ilmu kimia, fakulti pertanian,fakulti peperangan, dan lain-lain.
- Tenaga pendidik terdiri daripada ulama atau sarjana dari Acheh dan Negara islam yng lain seperti Arab, Turki, Parsi, India, dan lain-lain. Pada zaman pemerintahan Sultan Alaidin Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah (1607-1636), terdapat 44 orang guru besar di Jamiah baiturrahman.
Penutup
- Kewujudan institusi pendidikan ini telah melahirkan golongan ulama dan intelektual islam seperti syeikh Nuruddin Al-Raniri, Abdul Ra’uf Singkel, Hamzah fansuri, dan lain-lain
- Kesannya telah membantu perkembangan agama islam di nusantara.
Soalan 82: Huraikan Faktor-faktor kemunculan Acheh sebagai pusat ilmuan Islam pada abad ke-16M
Pendahuluan
- Pendidikan dapat didefinisikan sebagai usaha menyerap ilmu pengetahuan sama ada secara teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau watak seseorang imdividu dalam menempuh kehidupan yang semakin kompleks.Pendidikan dalam perspektif Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat iaitu bermula daripada dalam buaian hingga ke liang lahad.
- Islam memberikan kebebasan kepada semua orang untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira jantina,kekayaan dan warna kulit.Acheh berkembang menjadi pusat ilmuan selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511.Terdapat beberapa faktor yang menyebkan Acheh muncul sebagai Pusat Keilmuan/Pendidikan Islam pada abad ke-16.
Isi-isi penting
Peranan pemerintah
- Mempunyai inisiatif mengembangkan ilmu pengetahuan. Istana dijadikan Pusat pengajian Islam terutamanya untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan. Memberikan galakan dalam bidang intelektual Islam seperti menubuhkan Balai Gadang yang dianggota oleh para ulama.
- Antara sultan yg trkenal ialah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dan Sultan Iskandar thani
Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi
- Peluasan wilayah membolehkannya muncul sebagai perdagangan
- Pemerintah memberikan tumpuan kpd perkembangan system penddikan dan intelektual
Hubungan diplomatik
- Hal ini telah membawa kpd kemasukan kitab agama dan para ulama
- Kemudahan dan perlindungan kpd para ulama luar yg menetap di Acheh spt Muhammad al-Yamani
Kewujudan pelbagai system pendidikan
- Kewujudan tiga peringkat pendidikan yg sistematik
- Ia menjadi tumpuan penduduk di Nusantara sehingga digelar ‘serambi makkah’
Peranan ulama luar
- Sheikh Abdul Qadir,Nuruddin al-Raniri bnyk membantu prkembangan pndidikan dan intelektual di Acheh.
- golongan ini mnjadi tnaga pengajar di Jamiah Bait al-Rahman dan mnghasilkan karya yg brmutu trmasuk karya sastera brcorak tasawuf
Kelahiran ulama tempatan
- kesan daripada prkmbangan system pendidikan di Acheh mghasilkan penulisan brcorak keagamaan,politik dan sejarah
- antara tokoh yg trkenal ialah Hamzah Fansuri,Shamsuddin al-Sumaterani dan Bukhari al-Jauhari
Peranan bahasa Melayu
- Berfungsi sebagai bahsa penulisan intelektual dan mencapai tahap ligua franca
- Ia menjadi asas perkembangan tulisan jawi srta membolehkan karya dari Asia Barat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
Iklim intelektual yg bebas
- Ia telah menggalakkan polemic dan menyuburkan ilmu pengetahuan
- Berlakunya polemic antara fahaman Wahdatul Wujud dgn Wahdatul Syuhud
Kejatuhan Melaka
- Membolehkan Acheh mengambil alih peranan Melaka bukan shj pusat perdagangan ttp pusat pendidikan Islam
Kesimpulan
- Perkembangan Acheh sebagai pusat pendidikan bermula Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511,hal ini menyebabkan Pusat pendidikan Melaka telah diambil alih oleh kerajaan Acheh. Munculnya Acheh sebagai Pusat Ilmuan disebabkan beberapa faktor. Faktor-faktor ini telah menyebabkan Acheh semakin berkembang sebagai Acheh sebagai Pusat Ilmuan disebabkan beberapa faktoryang telah mengantikan Kerajaan Melaka.
Kredit Nota Blog Sejarah