Penentangan terhadap kuasa asing STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Penentangan terhadap kuasa asing STPM Semester 3

Penentangan terhadap kuasa asing STPM Semester 3

 

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing

2.2 Penentangan terhadap kuasa asing

Soalan 35: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kedah terhadap Siam pada 1821-1842.

Pendahuluan

  • Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan.

Isi-isi Penting:

Penentangan

  • Hubungan diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud. Ini terbukti dengan penghantaran bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.
  • Kedah dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan hebat. Perang pembebasan Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin, Tunku Long, dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan mereka turut disokong oleh rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Terdapat dua bentuk penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka.

Sebab-Sebab Penentangan

  1. Hubungan Siam-Kedah
  • Bagi Kedah pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak ada natijah politik. Ini bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza tentang status masing-masing. Siam memaksa Kedah menghantar bunga emas dan perak tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga buruh dan askar, serta membekalkan makanan dan senjata.
  • Siam juga mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan tentera menentang Burma pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini berikutan keengganan Perak menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500 orang askar untuk menawan Tonkah dan Burma.
  1. Hubungan Siam-Burma
  • Pada abad ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma. Kedua-dua kuasa ini cuba menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga manusia dan sumber.
  • Kedah terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar suai-faedah, iaitu dasar diplomasi yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat dalam sesuatu masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam atau Burma akan menang, Kedah terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut.
  1. Perselisiahan dalam negeri Kedah
  • Sultan Ahmad Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku Ibrahim, dan Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah mencetuskan pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya dipatahakan.
  • Tunku Bisnu dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat dengan Gabenor Singgora dan Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan membuat hubungan sulit dengan Burma.
  1. Hubungan Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor
  • Sultan Ahmad Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri Thammarat kerana beliau cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi pangkat Chao Phaya oleh istana Bangkok.
  • Pada 12 November 1821, Siam, menghantar angkatannya  ke Kuala Kedah. Askar-askar Siam melakukan keganasan dengan menembak rumah-rumah di tebing sungai, menangkap orang lelaki dan menyeksa mereka hingga mati. Mereka juga merampas barang-barang dan membawa tawanan perang balik ke Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor menegakkan kekuasaanya di Kedah. Beliau meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai Gabenor dan seorang lagi anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor.
  1. Faktor Agama
  • Orang Siam beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan agama di Kedah menggunakan pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam seperti syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas Agama.
  • Penentangan terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang Kedah diberikan semangat mati syahid.

Penutup

  • Pada tahun 1823, Tunku Abdullah memimpin seramai 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai. Namun, perjuangan ini gagal kerana Siam mendapat bantuan British. Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka pada tahun 1831. Sekali lagi, perjuangan tentera Melayu dicabar oleh Siam yang mendapat bantuan British. Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam melalui Bruas pada tahun 1836. Malangnya, rancangan tersebut gagal kerana penglibatan British Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.
  • Perang pembebasan Kedah diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838. Tentera Kedah berjaya menawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah sehingga mara ke Songkla. Namun, Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British.

Soalan 36: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di Naning pada tahun 1831-1832

Pendahuluan

  • Naning ialah sebuah kawasan penempatan minangkabau yang terletak antara negeri Sembilan dengan Melak. Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku seri meleggang.Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato’Anjak ,Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831,penduduk Naning di bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang british.
  • Penentangan mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan .Mereka juga menentang perturan dan undang-undang british yang cuba dipaksa ke atas mereka.Perjuangan Dol Said selama 2 tahun ini lebih berbentuk perang gerila.Namun penentangan mereka ini gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhir nya menyerah kalah diri kepada british . Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.

Isi-isi penting

Aspek Politik

  1. British mencabar kedaulatan Naning
  • Selepas perjanjian surat-surat kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795-1818. Kolonel Taylor yang menjadi pemerintah british di Melaka telah melawat Naning pada tahun 1801. Taylor telah menadatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju akan taat setia dengan Syarikat Hindia Timur  Inggeris (SHTI) . Naning juga bersetuju membayar hasil padi empat ratus gantang setahun.
  • Semasa Robert  Farquhar menjadi residen Melaka, beliau berusaha untuk memperkukuhkan pengaruh british di Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45 1/2sen ke atas setiap perahu Naning yang dating ke Melaka. Beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang di hantar ke Melaka. Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak membicara dan menjatuhi hukuman di serahkan kepada pihak berkuasa Melaka .Secara implisit,Farquhar ingi mengukuhkan kuasa british ke atas Naning.Perkara ini  di tentang oleh penguhulu Dol Said kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.
  • Bagi penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan british tidak berasas, bagi mereka Melaka tetap merdeka sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri
  1. Pelaksanaan undang-undang british.
  • British cuba menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Said dengan memperkenalkan peraturan  penghulu. Peraturan penghulu ialah menetapkan bahawa penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang berat.Tindakan british ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan Naning.
  • Pada tahun 1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. pihak british berasa marah kerana menggikut peraturan penghulu,kes tersebut sepatutunya di bawah ke mahkamah Melaka. Penghulu Dol Said didakwa telah melanggar undang-undang british. Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan british.Beliau diugut akan di lucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.

Ekonomi

  1. Pelaksanaan cukai
  • Gerakan anti-cukai merupakan satu isu penting dalam perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, pemungut Hasil Tanah Melaka,iaitu W.T Lewis telah mencadangkan kepada Robert Fullerton supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning
  • Beliau membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun. Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.
  1. Sistem pemilikan tanah.
  • British ingin melaksanakan system pemilikan tanah untuk memudahkan pengutipan cukai. Undang-undang british berbeza dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka yang ditadbir secara adat perpatih di Naning.
  • Peraturan 19 tahun 1830 diluluskan berkaitan soal tanah. undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip cukai satu persepuluh dari hasil pertanian. SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan.  Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat oleh penduduk Naning sehingga mencetuskan perang Naning.

Penutup

  • Kebangkitan Dol Said bermula apabila satu peperangan antara orang melayu Naning dan tentera british meletus pada tahun 1831-1832.Sebelum itu Dol Said telah di beri amaran oleh british di Melaka bahawa beliau akn di pecat daripada jawatan penghulu  dan digantikan dengan orang lain.
  • Penentangan di Naning adalah untuk mempertahankan adat dan cara hidup tempatan penduduk Naning.peduduk Naning yang di pimpin oleh Dol Said tidak dapat menerima undang-undang dan peraturan british.

Soalan 37. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri perak pada tahun 1874-1875.

Pendahuluan                                                                                                 

  • Sultan Abdullah merupakan sultan perak yang bersetuju dengan penempatan seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu.
  • Di Perak, penguasaan British yang didalangi oleh J.J.W Birch ditentang oleh orang tempatan dan penentangan ini berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4 November 1874, J.J.W Birch merupakan Residen British yang pertama bertugas di Perak dan beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Perang Perak.

Isi-isi penting

Sebab penentangan.

  1. Campur tangan dalam adat resam tempatan (percanggan makna adat)
  • Mengikut Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh agama dan adat resam orang Melayu tetapi segala urusan pentadbiran am negeri dijalankan berdasarkan nasihat British.
  • Bagi orang Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik, perdagangan, ekonomi dan kebudayaan. Bagi orang Melayu juga, unsur keagamaan dan kenegaraan ini tidak boleh diasingkan.
  1. Sistem pewarisan takhta
  • British telah campur tangan dalam sistem pengganti sultan. Tindakan tersebut telah mencabar strukur negeri-negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke melanti Raja Abdullah sebagai sultan.
  • Tindakan ini juga, bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak. Pelantikkan Raja Abdullah oleh British ini boleh dipesoalkan kerana beliau dilantik dtidak disokong dengan alat kebesaran Perak seperti Sultan Ismail.
  1. Pemungutan cukai
  • Pembesar Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Brich mewujudkan sebuah khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk menguruskan pembayaran gaji. Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan behak ke atas pungutan cukai di daerah mereka. Hasil cukai tesebut merupakan sumber pendapatan dan sumbe unutk menanggung anak buah mereka.
  • J.W.W. Birch telah menghapuskan peraturan masyrakat Melayu dan sekali lagi campur tangan dalam adat istiada Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.
  1. Amalan perhambaan
  • Birch juga secara terbuka menentang adat hamba hutang malah sanggup memberi pelindungan kepada hamba abdi yang lari dan berlindung di kediamaannya. Dalam perjanjian Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan perhambahan.
  • Pada pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap bertentangan dengan kerajaan “bertamadun”. Birch telah melanggar perjanjian Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambahan kerana perhambahan termasuk dalam adat orang Melayu.
  1. Perundingan dan kehakiman
  • demi memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch telah memperkenalkan undang-undangan awam dan jenayahnya sendiri.
  • Penguatkuasan undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa buah balai polis didirikan seperti di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia dan Kota Lumut.

Penutup

  • Penentangan terhadap British di Perak berkait rapat dengan cita-cita British untuk menguasai dan mentadbir Tanah Melayu. Sultan Abdullah terperangkap dalam rangkaian imperiasilme British apabila baginda menandatangani perjanjian pangkor dan besetuju menerima seorang Residen British.
  • Peluasan kuasa British menyebabkan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar tercabar.

Soalan 38: Bincangkan penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

  • Pada tahun 1874, British mengiktiraf  Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada tahun yang sama, British telah melantik Kapten W.I. Tatham, Penolong Residen untuk membantu Dato’Kelana Syed Abdul Rahman dalam pentadbirannya.
  • Pelantikan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan W.I. Tatham ditentang hebat oleh Yam Tuan Antah dan pembesar lain di kawasan Terrachi, Gunung Pasir, Hulu Muar, dan Jempol.

Isi-isi penting                 

1.Penentangan

  • Kebangkitan Yam Tuan Antah bermula apabila beliau menghantar satu pasukan untuk menghalang juruukur British, iaitu Daly dan beberapa orang polis daripada membuat siasatan. British meminta bantuan dari Sungai Ujong dan pasukan di bawah pimpinan Leftenan Hinxman telah dihantar. Lanjutan daripada itu, pertempuran berlaku antara pasukan British dengan pasukan Yam Tuan Antah.
  • Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan pasukan Yam Tuan Antah. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol, Hulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan Inas.
  1. Kronologi penentangan di Negeri Sembilan
  2. a)Walaupun British tidak melibatkan diri di kawasan Yam Tuan Antah tetapi sudah terdapat kebangkitan menentang British yang dipimpin oleh Yam Tuan Antah sendiri.
  3. b)Hal ini adalah kerana nilai-nilai tradisi di Negeri Sembilan tercabar dengan penglibatan British di Sungai Ujong.
  4. c)Semasa pertabalan Yam Tuan Antah sebagai Yam Tuan Seri Menanti, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman tidak hadir. Ini adalah kerana beliau ingin melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yam Tuan. Dato’Kelana Syed Abdul Rahaman tidak mengiktiraf pelantikan Yam Tuan Antah dan Yam Tuan  pula tidak mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Yam Tuan bimbang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang disokong oleh British akan meluaskan kuasanya.
  5. d)Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman bersikap sedemikian kerana mendapat sokongan British. Brittish sememangnya mempunyai hasrat meluaskan kuasa mereka di Negeri Sembilan yang kaya dengan bijih timah.
  6. e)Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman kemudiannya menuntut hak ke atas Terachi yang merupakan kawasan hak Yam Tuan Antah. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman seterusnya melantik seorang Penghulu mengawal Terachi.
  7. f)British sekali lagi mengambil kesempatan membantu Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman. Residen British di Sungai Ujong, iaitu P.J. Murray telah dihantar ke Terachi untuk membuat siasatan.

Kesimpulan

  • Yam Tuan Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan pertempuan dengan British pada tahun 1876.
  • Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol,Hulu,Muar,Terachi,Gunung Pasir dan Inas.

Soalan 39: Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Pahang pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

  • Pada abad ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing di Negeri-negeri Melayu. Di Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan British pada 1891-1895.
  • Penentangannya yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam dan adat istiadat tempatan.

Isi-isi Penting

Penentangan di Pahang terhadap British

  • Pahang menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di Pahang ialah J.P. Rodger yang dilantik pada oktober 1888.
  • J.P. Rodger melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan pembesar-pembesar melayu.

Sebab-sebab penentangan di Pahang

  1. Perasaan tidak puas hati Sultan Ahmad

        

  • Sultan Ahmad kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri tidak bermakna apabila segala keputusan dibuat oleh residen.
  • Residen yang memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah menghapuskan amalan perhambaan.
  1. Ketidakpuasan hati pembesar
  • Pembesar-pembesar melayu yang menjadi pemimpin  dalam gerakan menentang British tidak puas hati dengan peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan mereka.
  • Pembesar-pembesar melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah Dato’ Bahaman (Orang Kaya Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar Berempat).
  1. Perasaan tidak puas hati rakyat
  • Rakyat berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen British telah memperkenalkan sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
  • Rakyat mesti mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga dikerah menjadi buruh paksa.

Penutup

  • Kebangkitan Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut Dato’ Bahaman. Pejuang-pejuang Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.
  • Kebangkitan Pahang tamat pada tahun 1895.

Soalan 40. Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kelantan pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan :

  • Pada tahun 1903, W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Penentangan terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV. Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan.

Isi-isi Penting:

Proses Penentangan

  • Engku Besar Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah berjumpa dengan Tok Janggut dan meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang British di Pasir Puteh. Kebangkitan Tok Janggut bermula apabila Encik Latiff  menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai. Sarjan Che Wan telah ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain Berjaya melarikan diri lalu membuat laporan kepada Encik Latiff.
  • Tok Janggut dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir Pureh. Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai Perdana Menteri. Mereka hanya menduduki pasir Puteh selama 3 hari sahaja. Pada tahun 1915, British dari negeri-negeri melayu menawan semula Pasir Puteh dan Tok Janggut dan pengikut terpaksa melarikan diri.  Belaku pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan Tok Janggut terkorban manakala Engku Besar Jeram tercedera diselamatkan oleh Awang Deraman dan melarikan diri ke Reman, Thailand.

Sebab-sebab Penentangan:

Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan Ahmad

  • Campur tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri. Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.
  • Pelantikan Che’ Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah daripada jawatan Tok Kweng.
  • Sebelum campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che’ Andak. Engku Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar cukai kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai. British telah melayannya seperti rakyat biasa.

Peraturan baharu sistem cukai yang diperkenalkan oleh British

  • Undang-undang Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut, setiap rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah itu.
  • Satu sistem cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini, semua tanah sama ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.

Sikap kasar pegawai yang bertugas.

  • Penduduk Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala mereka dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.
  • Tambahan pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya, mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali tetapi gagal membayar dlm masa yang ditetapkan.

Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai Daerah Pasir Puteh.

  • Pelantikan ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi Kelantan tetapi berasal dari Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari 1915.
  • Penduduk Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak pengutipan telur penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini tanpa sebarang bayaran.

Penutup :

  • Kesan kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British bertapak lebih kukuh dikelantan.
  • Kebangkitan di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di Terengganu.

Soalan 41 : Bincangkan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke 19 hingga ke 20

Pendahuluan :

  •    British Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu enggan mengiktiraf  Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British dengan Siam kerana baginda tidak diberitahu dan dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat. Selepas menghadiri rundingan dengan British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.
  •    Selepas kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British, Sultan Muhammad II bersetuju menerima seorang penasihat British, iaitu J.L Humpreys pada tahun 1919. Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British telah mencabar nilai-nilai masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British tercetus pada tahun 1922, 1925 dan 1928.

Isi-Isi Penting :

(a)                Penentangan

  1. Penentangan 1922
  •    Penentangan pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong. Penduduk pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah. Akibat penentangan tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk tanam. Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.
  •    Pihak kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad. Akhirnya setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan mahkamah.
  1. Penentangan 1925
  •    Pada tahun 1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam. Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah. Bagi penduduk Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.
  •    Kebangkitan pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu. Walaubagaimanapun, tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kebangkitan pada tahun 1925 itu.
  1. Penentangan 1928
  •     Kebangkitan 1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau British. Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting. Haji Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu. Golongan agama menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala yang kafir mesti ditentang. Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong. Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan telah menyerang bangunan kerajaan.
  •     Atas nasihat British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Amar Diraja seramai 25 orang untuk menawan semula Kuala Berang. Satu pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar untuk menangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah.

(b)    Sebab-SebabPenentangan

  1. Faktor Politik
  •    Terengganu dibahagikankepada 3 wilayah. British telah meletakkan Penolong Penasihat dan Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran. British telah membelakangkan system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar daerah. Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat.
  •    Peranan sultan telah diambil alih oleh Penasihat British. Elaun tahunan sultan dikurangkan daripada $9500 kepada $3500. Sultan turun daripada takhtanya dan digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
  1. Faktor Ekonomi
  •    Pada tahun 1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau mengambil hasil hutan. Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.
  •    Pada tahun 1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat lesen sebelum memburu binatang. Pada tahun 1924, peraturan tanah yang diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada mahkamah untuk menyelesaikan massalah tanah mereka.
  1. Faktor Sosial
  •    Terdapat pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas. Kebangkitan sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.
  •    Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah.

Penutup:

  •    Penduduk Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan kuasa mereka di Terengganu

Soalan 42: Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan :

  • Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
  • Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company untuk memerintah sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali sebagai SBBU).

Isi-isi penting :

Faktor Agama

  • Penentangan Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu menentang kuasa sepanyol di Filipina.
  • Seorang pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat Salleh sebagai Mahadi Baru. Pengaruh islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat kebesaran yang mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar islam. SBBU bimbang dengan pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.

Faktor Ekonomi

  • SBBU menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu. Penduduk tempatan juga dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah membina telegraf melalui amalan buruh paksa.
  • SBBU membuka tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk di beberapa kawasan. Suku Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang pegawai british di keningau sebagai memprotes tindakan SBBU.

Faktor Politik

  • Pada tahun 1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh melarikan diri apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di pulau jambangan. Pada tahun 1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk berunding dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan keras pegawai british terhadap penduduk.
  • Mat Salleh ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi percubaannya gagal. Mat Salleh tidak dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBBU. SBBU bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.

Penutup :

  • Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20 telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.
  • Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan masyarakat tempatan.

Soalan 43. Nilaikan penentangan dan sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan :

  • James Brooke menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
  • Keluarga Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan terhadap pemerintahan Brooke.

Isi-isi penting :

  1. Penentangan Linggir (1849)
  • Linggir ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar. Serangan ini dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
  • Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
  1. Penentangan Syarif Masahor (1853)
  • Syarif Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan pembesar yang dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan antara dua orang pembesar di Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang Iban. Ini menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Gabenor Sarikei.
  • Syarif Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu James Brooke di Kanowit dan Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah dikalahkan oleh tentera James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.
  1. Penentangan Rentap (1853)
  • Rentap ialah pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama sebenar beliau ialah Libau dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari Hulu Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun.  Tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu Allan Lee.
  • 1854, James Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di Bukit Sadok. 1861, Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan seterusnya beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
  1. Penentangan Banting (1893)
  • Banting ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau digelar Ijau Layang. Banting dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di Karpuas enggan membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen Bahagian Kedua pada akhir tahun 1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.
  • Perasaan anti-pentadbiran Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting pada tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh menyebabkan Banting bertindak balas. 1901, seorang Iban dari kawasan sempadan Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh di Semat menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan Mei 1902. 1908, Banting dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.
  1. Penentangan Asun (1930-an)
  • Asun bermula dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau, Brooke melantik beliau sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati oleh masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah.
  • Vyner Brooke melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen Bahagian Ketiga mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang yang boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Orang Iban membantah arahan tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.
  • Residen Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan rundingan namun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember 1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun dipenjarakan dan selepas itu dibuang daerah ke Lundu.

Kesimpulan

  • Apa-apa yang berkaitan

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *