Perjuangan Mencapai Kemerdekaan STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Perjuangan Mencapai Kemerdekaan STPM Semester 3

Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

 

3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan

3.2.1 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan – Pendudukan Jepun 1941-45

Soalan 78. Bincangkan dasar pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan.

Pendahuluan

  • Negara Jepun dikenali sebagai “Negara Matahari Terbit” bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.
  • Oleh itu, Jepun menakluki negara-negara lain untuk tujuan mendapatkan bahan mentah. Negara yang ditakluki Jepun seperti Manchuria, China, IndoChina, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pentadbiran Jepun memerintah selama 3  ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945.

Isi-isi penting

Dasar Politik:

  1. Sistem Pentadbiran bercorak ketenteraan
  • Pentadbiran Jepun memerintah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak selama 3  ½ tahun iaitu bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 12 September 1945 adalah bercorak ketenteraan. Kuasa tertinggi pemerintahan Jepun di Tanah Melayu terletak pada seorang Jeneral Jepun. Negeri-negei Melayu diketuai oleh seorang Gabenor atau Mayor. Beberapa biro pentadbiran seperti Hal-Ehwal Umum, Perusahaan, Kewangan, dan Perhubungan ditubuhkan di bawah pentadbiran Gabenor.
  • Di Sabah dan Sarawak pula, sistem pentadbiran Jepun juga bercorakan ketenteraan. Pentadbiran Sabah, Sarawak dan Brunei disatukan di bawah satu unit pentadbiran yang dipanggil Borneo Utara. Kuasa tertinggi dalam pentadbian ialah Gabenor Jeneral yang berpusat di Kuching. Pusat pentadbiran bertukar ke Sandakan selepas berlakunya pemberontakan Double Tenth di Sabah pada bulan Oktober 1943.
  1. Penglibatan Orang Melayu dalam Pentadbiran
  • Pemerintahan Jepun mengalami masala kekurangan pegawai awam. Demi mengatasi masala tersebut, Jepun telah mendirikan Kao Kunrenjo, iaitu Sekolah Latihan Kepimpinan. Sekolah ditubuhkan di Singapura, Pulau Pinang, dan Melaka yang membieri latihan pentadbiran kepada orang Melayu. Pelatih akan diberi jawatan dalam perkhidmatan awam selepas tamat latihan di sekolah tersebut. Sebagai contoh, di Tanah Melayu, Kapten Mohd. Salleh Haji Sulaiman dilantik sebagai Pegawai Daerah di Hulu Perak dan Ibrahim Yaakob dilantik sebagai Leftenan Kolonel mengetuai pasukan Pembela Tanah Air (PETA).
  1. Dasar Menggalakkan Pergerakan Nasionalisme Melayu
  • Sebaik sahaja Jepun berjaya menawan Tanah Melayu, Jepun memberikan sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KKM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun juga menubuhkan Pasukan Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Jepun menggalakkan pergerakan Melayu memberi bantuan kewangan kepada para nasionalis Melayu melalui KMM. Menjelang akhir pendudukan Jepun, Jepun telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.  KRIS merupakan satu badan yang akan melaksanakan  tugas memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama-sama Indonesia.
  1. Dasar berbeza-beza terhadap Kaum di Tanah Melayu
  • Jepun melayan orang Melayu dengan baiknya kerana memerlukan sokongan orang Melayu bagi meneruskan pemerintahan. Orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun dan Majlis Agama Islam ditubuhkan. Orang India dilayan dengan memuaskan kerana Jepun mengharapkan sokongan dan kerjasama orang India dalam rancangannya menguasai India. Bagi orang Cina pula, Jepun telah bertindak kasar terhadap mereka dan Jepun melakukan pembunuhan beramai-ramai dan bertindak zalim terhadap orang Cina. Layanan kasar ini berpunca daripada permusuhan antara Jepun dengan China.

Dasar Ekonomi

  1. Dasar Sistem ekonomi kawalan
  • Salah satu sebab Jepun menyerang negara kita adalah kerana sumber-sumber alam yang sangat diperlukan oleh industri Jepun. Sistem ekonomi beras ditukar kepada sistem ekonomi kawalan. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri dikuasai oleh pihak Jepun. Misalnya, perusahaan getah dan kayu balak tidak dapat diteruskan di Sabah.
  1. Dasar Sistem Permit
  • Jepun mempekenalkan sistem permit bagi mengawal semua jenis perdagangan dan pergangkutan. Dengan permit khas, beberapa barangan utama dikawal dengan ketatnya. Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi, maka Jepun telah memperkenalkan catuan beras. Penduduk perlu mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras dan dihadkan dua gantang beras sebulan.
  1. Dasar Pengenalan mata wang Pokok Pisang
  • Jepun memperkenalkan dan mencetak mata wang baharu bagi tujuan menambahkan penggunaan mata wang yang berimejkan Negara Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, mata wang ini tidak bernilai di pasaran antarabangsa dan hanya boleh digunakan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja.

Dasar Sosial

  1. Dasar Rancangan Penjepunan
  • Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara dan negara kita yang menjadi tanah jajahannya. Matlamat ini dicapai melalui pelaksanaan rancangan “Penjepunan” melalui ketaatan kepada Maharaja Jepun, wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan bahasa perhubungan dalam semua urusan lain. Kelulusan dalam bahasa Jepun menjadi syarat utama untuk tujuan kenaikan pangkat dalam pekhidmatan kerajaan Jepun di TM, Sabah dan Sarawak.
  1. Dasar Pendidikan
  • Jepun memperkenalkan sistem pendidikan untuk menjepunkan masyarakat tempatan. Sistem pendidikan Jepun memberikan tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada maharaja Jepun. Setiap pagi, murid-murid wajib menyanyikan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dan Aikoku Koshin Kyoku. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar dan buku-buku teks dalam bahasa Jepun banyak diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun memainkan peranan penting dalam menerbitkan pendidikan Jepun. Sekolah-sekolah Cina ditutup kerana Jepun mengamalkan dasar anti Cina.
  1. Dasar menindas terhadap kaum Cina
  • Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik dengan orang melayu dan India tetapi dasar menindas terhadap kaum Cina. Dasar berbaik dengan orang melayu kerana untuk medapatkan sokongan mereka melalui pengekalan institusi kesultanan melayu dan mengambil merka untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Dasar menindas orang Cina disebabkan perasaan membalas dendam ke atas orang Cina yang menyumbangkan sokongan kewangan dan peralatan perang kepada China semasa Perang China-Jepun 1937. Beribu-ribu orang orang Cina dan India kehilangan nyawa semasa bekerja dalam buruh paksa pembinaan projek membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan Thai-Burma.

Penutup

  • Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada negara asal kaum masing-masing. Perkembagang politik selepas pendudukan jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan negara.

Soalan 79: Jelaskan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial akibat daripada pendudukan Jepun di Tanah Melayu ( 1942 – 1945 )

Pendahuluan

  • Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945.
  • Pendudukan Jepun selama 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

Kesan politik

  1. a)Menyemarakkan semangat nasionalisme  kemenangan Jepun yang begitu mudah telah menjatuhkan imej British di kalangan orang Melayu yang anti British.
  1. b)Pengalaman mentadbir semasa zaman pendudukan Jepun memberi peluang kepada orang Melayu untuk menjalankan urusan pentadbiran yang tidak pernah diperolehi semasa pemerintahan British.  orang Melayu menyangka Jepun akan memerintah Tanah Melayu lebih daripada British tetapi tanggapan mereka salah. Kehidupan semakin sulit – timbul kesedaran nasib bangsa dan negara tetap sama selagi dijajah. Keadaan ini telah membangkitkan kesedaran politik apabila Jepun membenarkan dan bekerjasama dengan pemimpin Melayu menubuhkan parti politik untuk orang Melayu seperti KMM, PETA, KRIS

Kesan Ekonomi

  1. a)sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali. Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah tidak dapat beroperasi. rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.
  2. b)Jepun melancarkan kempen pertanian – rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.
  3. c)kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas Jepun. perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak dapat diimport.
  4. d)perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun
  5. e)orang ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.
  6. f)Petani dan nelayan dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

Kesan sosial

  1. a)perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera Jepun. permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus  pergaduhan kaum.
  2. b)orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.
  3. c)tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis .
  4. d)pembinaan jalan keretapi maut mengorbankan banyak nyawa.
  5. e)Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adapt istiadat dan kebudayaan orang Melayu.

 

Kesimpulan

  • Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi Tanah Melayu.Memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.
  • Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan

Soalan 80: Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan

Pendahuluan

  • Negara Jepun juga dikenali sebagai ‘Negara Matahari Terbit’ bersesuaian dengan kedudukan geografinya. Pada tahun 1868, kerajaan Meiji telah membawa pemodenan kepada Negara Jepun. Dalam perjuangannya ke arah pemodenan dan kemajuan, Jepun menghadapi beberapa masalah, iaitu kekurangan kawasan pertanian dan bahan mentah.
  • Di Eropah, perancis bersekutu dengan Britain menentang Jerman menyebabkan jajahan Britain dan Perancis di Timur tidak dipertahankan.

Isi-isi penting

  1. Kesan sistem pentadbiran tentera Jepun
  • Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran kebangsaan yang mendalam dalam kalangan orang Melayu sehingga orang Melayu telah bangun menentang British apabila mereka balik semula ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ini jelas dilihat dalam kes penentangan orang Melayu terhadap pengisytiharan Malayan Union dan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak. Orang Melayu sedar bahawa sultan mereka kehilangan kuasa politik sama seperti pada zaman penjajahan British. Mereka sedar bahawa Jepun hanya memperalatkan kuasa dan sokongan sultan demi pentadbiran mereka sendiri. Jepun masih mengekalkan institusi kesultanan Melayu tetapi sultan hanya sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu sahaja dan bukannya pemerintah negeri.
  • Orang Melayu sedar bahawa Jepun telah mungkir janji untuk memberikan kemerdekaan kepada tanah air apabila Jepun menyerahkan empat negeri Melayu Utara, iaitu Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand.
  1. Kesan penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran
  • Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri. Orang Melayu sedar bahawa semua bentuk penjajahan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka. Mereka sedar bahawa British tidak boleh diharapkan dalam melindungi tanah air mereka. Maruah dan imej British sebagai kuasa terunggul hilang apabila British kalah kepada tentera Jepun dalam masa yang singkat.
  • Orang Melayu sedar mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu dan mesti berusaha sendiri bagi mempertahankan hak dan kepentingan serta tanah air mereka. Pendedahan orang Melayu kepada organisasi ketenteraan dan separa tentera  telah menyemai semangat Jepun, kessetiaan, pengorbanan, dan sikap anti-Barat.
  1. Kesan pergerakan nasionalisme Melayu
  • Pembebasan para nasionalis seperti Ibrahim Yaacob telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan. Ibrahim Yaacob telah menggunakan bantuan kewangan Jepun untuk membeli akhbar Warta Malaya pada tahun 1941 bagi menyalurkan mesej nasionalisme, membangkitkan kesedaran politik dan menjadi alat propaganda anti-British. KMM telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah. KMM berjaya memperalatkan Jepun bagi tujuan nasionalisnya. Dengan sokongan yang diberikan oleh Jepun, KMM bergiat semula secara sulit dan berjaya menyemarakkan sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat Melayu.
  • Pendudukan Jepun telah menyemarakkan kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan apabila selepas pendudukan Jepun banyak parti muncul, antaranya ialah UMNO,MCA,MIC,AWAS,API, dan PKMM. Idea kemerdekaan juga disemai dalam kalangan orang Melayu semasa pendudukan Jepun walaupun KRIS gagal mencapai matlamt memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia dalam lingkungan Melayu Raya atau Indonesia Raya.
  1. kesan dasar berbeza-beza terhadap kaum di Tanah Melayu
  • Membangkitkan semangat kebangsaan yang mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada Negara asal. Orang India lebih cenderung kepada perjuangan kemerdekaan di Negara India. Orang Cina bersikap anti-Jepun dan berjuang mempertahankan Negara China daripada pencerobohan Jepun. Akibat dasar menindas terhadap orang Cina, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menjadi parti yang paling popular dalam kalangan orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun.
  • Permusuhan antara Jepun dan orang Cina menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu.
  1. Kesan Dasar Ekonomi
  • Sistem ekonomi kawalan menyebabkan ekonomi dan taraf hidup rakyat merosot. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan. Ini disebabkan pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Jepun.
  • Akibat percetakan wang kertas Jepun yang tidak terkawal dan kekurangan barangan pengguna, Tanah Melayu mengalami inflasi.
  • Perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun seperti Mitsubishi menyebabkan pengangguran semakin meningkat. System ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutmanya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya.
  • Program Grow Your Own Food Crops and Vegetable telah mencerobohi kawasan tanah simpanan Melayu.
  1. Kesan Dasar Sosial
  • Dasar penjepunan dan system pendidikan yang diperkenalkan oleh Jepun menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk tempatan. Namun, sistem pendidikan Jepun menyemai sifat kerajinan dalam kalangan belia terutmanya orang Melayu. Penduduk tempatan dipaksa menjadi lebih rajin dan kreatif. Berhadapan dengan situasi kekurangan bahan keperluan, mereka mencipta kain daripada benang nanas dan bahan api daripada susu getah.
  • Penduduk Tanah Melayu hidup sengsara dan menderita di bawah pemerintahan Jepun. Mereka ditindas dan diseksa oleh Kempeitai tanpa diberi peluang membela diri. Orang cina yang diseksa melarikan diri ke pinggir hutan untuk mengelakkan kekejaman.
  • Ramai orang India dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai yang meninggal dunia kerana kekurangan makanan dan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. Tambahan pula, tentera Jepun merampas ubat yang sedia ada.
  • Tindakan Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan tentera untuk menentang MPAJA menambahkan lagi permusahan antara orang Melayu dengan Cina.

Kesimpulan

  • Semangat kebangsaan yang bersemarak semasa pendudukan Jepun mempunyai haluan berbeza dan berpaksi kepada Negara asal kaum masing-masing. Orang Melayu memperjuangan pembebasan tanah air melalui kesatuan Melayu Muda, orang Cina lebih kepada bersikap anti-jepun kesan daripada Perang China-Jepun manakala orang India berjuang membebaskan Negara India daripada penjajahan.
  • Perkembangan politik selepas pendudukan Jepun memperlihatkan semua kaum di Tanah Melayu berganding bahu membentuk pakatan murni ke arah mencapai kemerdekaan.

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *