Perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Nabi Muhammad SAW

Kongsikan Sekarang

Perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Nabi Muhammad SAW

 

1.8. Perhubungan Luar

1.8.         Perhubungan Luar

Soalan 46: Bincangkan perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Nabi Muhammad SAW

Pendahuluan              

  • Negara Islam Madinah terbentuk sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri, khususnya kaum Aus dan kaum Khazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka.
  • Berikutan penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain mengantaran utusan diplomatic dan dakwah, baik dalam atau luar Semenanjung Tanah AAraPP

    Isi-isi Penting:

  1. Hubungan diplomatik terawal yang dijalinkan oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah berlaku sejak baginda di Makkah lagi. Umpamanya, baginda pernah mengarahkan agar orang-orang islam berhijrah ke Habsyah kerana baginda mendapati Raja Najasyi merupakan pemerinta yang adil. Baginda merealisasikan hasrat tersebut dengan menghantar Ja’afar bin Abi Talib mengetuai utusan dan ternyata orang-orang islam telah dilindungi daripada Quraisy Makkah pada masa tersebut.
  2. Kesan daripada peristiwa hijrah, baginda kini menjadi pemimpin tertinggi negara islam. Sehubungan dengan itu, baginda telah menghantar utusan-utusan sama ada dalam dan luar Semenanjung Tanah Arab yang secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan menyearkan agama islam di negara-negara berkenaan. Selain itu, baginda juga telah mengirim utusan-utusan ke negara seperti Bahrain, Oman, Yaman, Mesir, Ghassan, Byzantine dan Parsi bagi menjayakan misi dakwah dan politik.
  3. Nabi Muhammad SAW telah mengutus surat kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing untuk menyeru mereka memeluk islam. Surat-surat ini dibawa oleh wakil-wakil baginda ke negar-negara yang bersikap pro islam ataupun anti islam. Antara utusan yang dihantar ialah Amru bin Umayyah al-Damri ke Habsyah, Dihyah bin Khalifah al-Kalbi ke Byzantine, Abdullah bin Hudhafah al-Sahmi menemui Kisra (Maharaja Parsi) dan Hatib bin Abi Balta’ah menemui pemimpin Mesir, iaitu al-Muqawqis. Menurut sejarah, para utusan yang dihantar telah diberi layanan yang baik oleh ketua-ketua negara dan raja-raja berkenaan. Ini membuktikan utusan yang dihantar menggunakan cara-cara diplomasi yang sangat halus dan berkesan. Tujuan Nabi Muhammad SAW menghantar utusan ke luar juga adalah untuk menunjukkan bahawa orang islam pada ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dan dihormati.
  4. Kemuncak kepada wujudnya hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 H , iaitu selepas kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka kota Makkah. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Perutusan ( Am al-Wufud) kerana ramaidalam kalangan suku Arab yang dating atau menghantar utusan kepada baginda untuk memeluk islam atau menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan islam pimpinan baginda.

Kesimpulan

  • Kewujudan sesebuah negara tidak akan beerti seandainya negara berkenaan mengamalkan sikap pasif atau memencilkan diri. Sehubungan dengan itu, apabila negara islam ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW,
  • Baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain bukan sahaja untuk menyebarkan agama islam malah yang penting negara yang berdaulat diiktiraf oleh negara-negara lain. Hubungan boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah diplomatik.

Soalan 47: Perkembangan hubungan diplomatik pada zaman Khulafah al-Rasyidin

Pendahuluan

  • negara Islam terbentuk sebaik sahaja nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan tentangan yang hebat daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri, khususnya kaum Aus danKhazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh mereka.
  • berikutan penubuhan negara islam Madinah, nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain melalui penghantaran utusn diplomatik dan dakwah, baik dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab


Isi-isi penting

  1. Dasar-dasar Nabi Muhammad SAW ini diteruskan oleh para sahabat pada zaman Kulafah al-Rasyidin dan responnya melalui hubungan diplomatik ada yang menganut agama islam, sanggup membayar jizyah dan ada juga yang mengamalkan sikap anti islam sebagaimana  Byzentine  dan Parsi hingga memaksa negara islam menggunakan senjata untuk memmpertahankan kedaulatannya
  2. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan islam di Madinah daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi disebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan islam di Madinah. Ketika kewafatan rasulullah beliau menghantar Usamah bin Zaid ke Syam untuk melindungi umat islam daripada ancaman Rom.
  3. Perlantikan Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera oleh Kalifah Abu Bakar al-Siddiq. Beliau berjaya memimpin angkatan tersebut dalam peperang an Ajnadi pada tahun 13 Hijrah (634 Masihi) menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan timur dan Utara Palestin.kerajaan islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan keatas negara-negara yang enggan menjalinkan kerjasama.
  4. Khalifah Umar bin Al-Khattab menjalinkan hubungan perdamaian dengan kerajaan Baitulmuqaddis ekoran kebimbangan penduduk Baitulmuqaddis terhadap gereja agung mereka akan dimusnahkan  oleh orang islam. Petempuran tentera islam dalam Perang Yarmuk menyaksikan tentera islam yang berjumlah 40 000 orang berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120 000. Kejayaan ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
  5. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, empayar islam berkembang dengan pesat. Bliau menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi sekaligus berjaya menamatkan hayat Empayar Parsi. Beliau juga menawan Mesir, Palestin, Syam, Afrika  Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Penutup

  • hubungan diplomatik amat perlu dijalinkan oleh mana-mana kerajaan kerana secar tidak langsung rakan diplomatik akan mengiktirafkan negara yang baharu dibentuk ini.
  • malah melalui hubungan yang dijalinkan ini sumber pendapatan negara kian meningkat diperoleh daripada sumber zakat, jizyah, ghanimah dan sebagainya.

Soalan 48: Huraikan perkembangan hubungan diplomatik yang dijalankan pada zaman Nabi Muhammd SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.

Pengenalan

  • Pada zaman Nabi Muhammad saw terdapat beberapa perjanjian ataupun jalinan hubungan diplomatik yang dilaksanakan oleh Rasuullah S.A.W bersama dengan bangsa-bangsa dan negara-negara yang lain.
  • Semua ini membuktikan bahawa Islam mengharuskan hubungan diplomatik tersebut dilakukan untuk kebaikan secara bersama antara dua pihak yang terlibat dan tidak member sebarang mudarat dan keburukan.  Hubungan ini bermula selepas berlakunya perjanjian damai-Perjanjian Hudaibiyah pada tahun keenam Hijrah.

Isi-isi

Perjanjian Damai-Perjanjian Hudaibiyah

  • Berlaku pada bulan Zulkaedah pada tahun keenam Hijrah. Berlaku disatu tempa tbernama Hudaibiyah berhampiran Makkah. Umat Islam berasakan mereka berhak untuk menunaikan ibadah di Masjidil al-Haram selepas kemenangan Islam ke atas  Quraisy dan penyebaranIslam semakin meluas bangsa. Rasulullah S.A.W telah bermimpi melakukan ibadah umrah di Makkah dan berita itu telah dsiambut dengan gembira oleh sahabat-sahabat.
  • Isnin, 1 Zulkaedah tahun ke-6H, Rasulullah S.A.W memulakan perjalankan ke Makkah bersama 1400 orang Islam.Umat Islam keluar membawa pedang yang tersimpan dalam sarungnya dengan tujuan mempertahankan diri seandainya diserang sahaja. Dalam perjalanan, sesampai di Zi Tuwa, rombongan Rasulullah  dihalang oleh Khalid bin al-Walid yang ditugaskan oleh Quraisy bersama-sama 200 orang tentera berkuda untuk menyekat Rasulullsh saw.
  • Namun, Rasulullah dan rombongan berjaya melepaskan diri daripada pasukan Khalid dengan melalui jalan yang tidak digunakan orang untuk menuju ke Makkah. Sampai di Hudaibiyah, rombongan Rasulullah saw berhenti dan baginda menghantar Uthman bin Affan sebagai duta Islam kepada Quraisy. Uthman ditugaskan menyampaikan kepada Quraisy Makkah bahawa tujuan rombongan Rasulullah saw bukan untuk berperang tetapi untuk menunaikan ibadah umrah
  • Berita kematian Uthman tersebar luasdan Rasulullah saw telah mengambil ba’iah daripada rombongannya iaitu sumpah setia dan mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir kerana membela Uthman. Ba’iah ini dinamakan Ba’iah al- Ridwan dan menyebabkan kaum Quraisy telah menghantar Suhail bin Amru untuk membawa mesej perdamaian. Perbincangan antara Rasulullah saw dan Suhaik bin Amru mengasaskan Perjanjian Hudaibiyah berdasarkan beberapa ciri. Rasulullah menerima perjanjian ini kerana perjanjian tersebut amat menguntungkan umat Islam dalam jangka panjang walaupun ada sahabat yang tidak bersetuju. Perjanjian ini menjadi pengiktirafan terhadap kekuatan umat Islam

Surat Diplomatik

  • Rasulullah mengutuskan beberapa utusan kepada raja-raja dan pemerintah yang mempunyai kekuasaan di beberapa wilayah. Kandungan surat mengajak pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta kaum dan rakyat lain untuk memeluk agama Islam. Surat-surat ini ditandatangani dengan cop mohor berupa cincon perak yang berukiran kalimat ‘Muhammad Rasulullah’.
  • Sesetengah mereka menerima seruan Rasulullah dan memeluk Islam, namun terdapat beberapa yang lain menunjukkan sikap biadap dan angkuh menerima utusan tersebut. Baginda menggunakan segala cara untuk menyampaikan Islam ke merata dunia termasuklah pemerintah di Damsyik, pemerintah di Yamamah, Raja Iskandariah, Maharaja Rom, Raja Parsi dan beberapa pemerintah dan ketua negara yang lain.
  1. Surat untuk Raja Habsyah melalui utusan Amru bin Umaiyah
  • Nabi Muhammad saw mengutuskan Amru bin Umaiyah sebagai wakil menemui Raja Habsyah
  • Raja Habsyah ialah raja beragama Kristian yang bernamaAsyam bin al- Jabr atau lebih dikenali sebagai Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima surat Rasulullah saw dan kemudiannya membalas surat baginda.
  1. untuk Surat Raja Bahrain melalui utusan Ala’ bin Hadrami
  • Al’a bin Hadrami dihantar sebagai wakil membawa surat kepada Raja Bahrain
  • Raja Bahrain ketika ituMunzir bin Sawa(S’adi). Raja Munzir berbesar hati menerima utusan itu dan memeluk Islam.
  1. Surat untuk Raja Oman melalui Amr’ bin Al-‘As
  • Amr’ bin Al-‘As diutuskan menemui pemerintah Oman dengan membawa sepucuk surat.   Kedua-dua raja Oman, iaitu Jayfar dan Abbed bin Julundi memeluk Islam
  1. Surat untuk pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam melalui utusan Shuja’ bin Wahb  al-Asadi
  • Rasulullah saw mengutuskan Shuja’ bin Wahb al-Asadi dengan membawa surat menemui pemerintah Damsyik dan Gabenor Syam yang bernama Munzir bin Abi Shamsir al-Ghassani.
  • Sambutan yang diberi adalah kurang sopan dengan mengugut untuk menyerang Madinah.  Namun, pujukan Shuja’ berjaya menenangkan mereka dan melayan utusan ini dengan penuh hormat dan sopan. Namun mereka tidak memeluk Islam.
  1. Surat untuk pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin ‘Amr
  • Salit bin Amr’dihantar sebagai wakil Rasulullah menemui pemerintah Yamamah iaitu Hauzah bin Ali yang beragama Kristian
  • Beliau menyatakan persetujuan memeluk Islam namun dengan syarat dijadikan pemerintah sebagai separuh negara Islam. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia beberapa hari setelah beliau menyatakan syaratnya.
  1. Surat untuk Raja Iskandariah melalui utusanBatib bin abi Balta’ab
  • Hatib diutuskan sebagai wakil Rasulullah untuk menemui pemerintah Iskandariah (penguasa Mesir) Jarih bin Matthew (dikenali sebagai Raja Muqauqis).
  • Beliau berjanji akan mempertimbangkan perkara ini dan menyimpan surat Rasulullah dengan penuh hormat. Beliau juga mengirimkan hadiah kepada Rasulullah sebagai tanda persahabatan.
  1. Surat untuk Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-Kalbi
  • Dihiyah bin Khalifah bin al-Kalbi dihantar sebagai wakil menemui Maharaja Rom, Heraclueus.  Surat daripada Rasulullah menyeru Heracleus memeluk Islam diterima ketika mereka meraikan kemenengan ke atas Parsi. Walau bagaimanapun Heracleus menerima surat daripada Rasulullah dan ingin mengetahui kebenaran kenabian MuhammadS.A.W.
  • Abu Sufyan yang sedang mengetuai kafilah perdagangan Quraisy diminta memberi pendapat mengenai keperibadian, kedudukan social dan kejujuran Rasulullah untuk membuktikan kenabian Muhammad S.A.W. Heracleus mengakui kenabian Muhammad S.A.W dan melayan wakil baginda dengan penuh hormat tetapi beliau tidak memeluk agama Islam.
  1. Surat untuk Raja Parsi melalui Abdullah bin Huzaifa
  • Abdullah bin Huzaifah membawa Raja Parsi, Khasroe Pervez Raja Parsi begitu marah selepas membawa surat tersebut lalu mengoyakkan kerana berasa terhina kerana menganggap salah seorang ‘rakyatnya’ iaitu Rasulullah berani menulis namanya sebelum nama Raja Parsi. Abdullah kembali ke Madinah dan memaklumkan tindakan Raja Parsi mengoyakkan surat tersebut. Rasulullah menyatakan bahawa kerajaan dan empayar  Kharoe Pervez akan musnah sebagaimana beliau mengoyak surat baginda.
  • Hal ini terbukti apabila Parsi kalah dalam peperangan dalam peperangan dengan Rom. Seharusnya kerajaan Parsi telah jatuh dan hancur sehingga akhirnya ditakluki oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab.
  1. Surat untuk Amir, pemimpin dan pemerintah yang lain
  • beberapa pemerintah lain yang diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menerima seruan Rasulullah saw ialah: Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun kelima Hijrah. Walau bagaimanapun beliau dibunuh atas arahan daripada pemerintah Rom. Thumamah dari Najdyang memeluk Islampada tahun keenam Hijrah. Jablin, pemerintah Ghassan memelik Islam pada tahun ketujuh Hijrah. Kedar, pemerintahDaunataul Jandal memeluk Islam pada tahunkesembilan Hijrah. Dzul Kala bin Himyar, Raja Himyar memeluk Islam, baginda telah membebaskan 18,000 orang hamba dalam satu hari.
  • Dengan risalah-risalah ini bermakna Rasulullah saw telah menyampaikan dakwahnya kepada sebahagian besar raja-raja di dunia. Ada antara  mereka yang beriman dan ada sebahagian yang kufur dengannya.  Namun mereka yang kufur tetap memikirkan tentang risalah ini setelah kenal dan mengetahui nama ‘Muhammad’dan agamanya Islam.

Hubungan diplomatik zaman Khalifah al-Rasyidin

  1. a)Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, hubungan negara Islam dengan negara luar khususnya kuasa-kuasa besar dunia adalah agak tegang. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan Islam di Madinah daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan Islam di Madinah. Beliau meneruskan perancangan Rasulullah S.A.W yang tergendala kerana kewafatan baginda iaitu menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke Syam untuk melindungi umat Islam daripada ancaman Rom. Beliau melantik panglima perang, Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera yang dipecahkan kepada empat battalion tentera seperti yang berikut: Batalion pertama dipimpin oleh Yazid bin Abi Sufian ; Batalion kedua Dipimpin oleh Shurahbil bin Hasanah ; Batalion ketiga dipimpin oleh abu Ubaidah al-Jarrah ; dan Battalion keempat dipimpin oleh Amru bin al-As. Khalid berjaya memimpin angkatan tersebut dalam peperangan Ajnadin pada tahun 13 Hijrah (634M) menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan Timur dan Utara Palestin. Siasah hubungan luar pada zaman Khalifah Abu bakar diteruskan oleh Khalifah-khalifah selepas beliau.
  1. b)Kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan ke atas negara-negara yang enggan menjalinkan kerjasama. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam berkembang dengan pesat.  Beliau menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada empayar Parsi sekaligus menamatkan hayat Empayar Parsi.  Beliau juga menawan Mesir, palestin, Syam, Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Kota Baitulmuqqadis telah berjaya ditakluki tentera Islam pada 637 M
  1. c)Pada zaman Khalifah Uthman, wilayah Islam juga telah diperluaskan lagi hingga ke Afghanstan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli
  1. d)Pada zaman Khalifah Ali, hubungan diplomatic tidak dapat diperluaskan kerana sibuk dengan pergolakan dalaman.

Kesimpulan :

  • Hubungan diplomatik dari zaman Rasulullah S.A.W hingga ke zaman Khulafa al-Rasyidin memperlihatkan usaha penyebaran Islam secara aman dan perdamaian.
  • Walaupun terdapat penentangan daripada kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi namun hubungan diplomatik tetap dijalankan sebagai alternatif terbaik untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia.

Soalan 49: Bincangkan bentuk hubungan luar, iaitu naungan melalui bayaran jizyah semasa zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan Khalifah Bani Umaiyah.

Pendahuluan

  • Jizyah ialah ufti yang dibayar oleh Negara bukan Islam kepada Negara Islam. Boleh dianggap sebagai cukai politik dan dikenakan ke atas golongan pembayar jizyah yang digelar sebagai Zimmi.  Perlu dibayar secara tahunan mengikut kadar yang berpatutan sesuai dengan kedudukan dan kemampuan individu tersebut.
  • Orang bukan Islam atau Zimmi yang dikenakan jizyah ialah individu yang sihat, waras, tidak cacat, sudah mencapai akil baligh, orang lelaki yang merdeka dan orang yang tidak menderita penyakit berpanjangan. Orang miskin dan orang tua dikecualikan.
  • Pembayaran jizyah membolehkan mereka diberi hak yang sama seperti orang Islam dan dapat berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Islam. Jizyah yang dikenakan terbahagi kepada dua kategori iaitu, secara baik-jizyah dibayar atas kerelaan serta persetujuan antara orang bukan Islam dengan pemerintah Islam dan secara paksaan-pemerintah Islam akan menentukan kadar jizyah yang perlu diberi apabila berlakunya hubungan antara mereka dengan pemerintah Islam

Isi-isi Penting

  1. Zaman Khulafa’al-Rasyidin

Pembayaran jizyah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.

  • Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, jizyah menjadi lebih signifikan kerana dasar peluasan kuasa yang dilaksanakan oleh khalifah. Melalui pembayaran jizyah, hubungan diplomatik dan naungan antara Madinah dan kerajaan lain dapat dibentuk.  Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memberi pilihan kepada kerajaan Iraq dan Syria sama ada ingin diserang, membayar jizyah atau memeluk Islam. Iraq dan Syria bersetuju membayar 19 ribu dirham setahun sebagai jizyah.
  • Melalui jizyah juga, telah banyak kerajaan yang menjadi wilayah naunan kerajaan Madinah.  Contohnya,pada zaman Khalifah Abu Bakaral-Siddiq, kerajaan al-Anbar dan ‘Ain al-Tamartelah menjadi naunan kerajaan Madinah setelah panglima Khalid al-Walid berjaya menawan kedua-dua kerajaan tersebut.
  • Kerajaan-kerajaan tersebut telah melakukan pembayaran jizyah kepada Madinah dan menjadikan mereka berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.  Melalui pembayaran jizyah dan naungan pengaruh serta kedudukan kerajaan Madinah semakin kukuh sekali gus membantu Islam untuk tersebar dengan meluas.

Zaman Khalifah Umar al-Khattab, sistem jizyah masih diguna pakai dan dimantapkan.  Khalifah Umar al-Khattab menugaskan para Gabenor untuk

  • bertanggungjawab dalam urusan urusan pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah taklukan Islam. Sebagai contoh, gabenor-gabenor bagi wilayah taklukan Islam seperti Baitulmuqqadis, Babylon dan Byzantine bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal pembayaran jizyah oleh wilayah tersebut. Lebih banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah pada zaman pemerintahan Khalifah Umaral-Khattab berikuan dasar perluasan yang dilaksanakan oleh khalifah. Kebanyakan kerajaan-kerajaan wilayah ini membayar jizyah kepada pemerintah Islam dengan tujuan untuk mendapatkan perlindungan. Antara wilayah tersebut ialah Tripoli, Nabawan, dan Qairawan.
  • Semasa Khalifah Uthman bin Affan, wilayah-wilayah tersebut masih kekal sebagai negeri naungan kerajaan Islam Madinah dan hasil pungutan jizyah menambahkan lagi hasil pendapatan negara. Namun, akibat daripada perpecahan dan perang saudara yang tercetus semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib, banyak negeri yang asalnya wilayah naungan Islam tidak membayar jizyah dan membebaskan diri daripada menjadi wilayah naungan kerajaan Islam Madinah.
  1. Zaman Khalifah Bani Umaiyah
  • Para khalifah Bani Umaiyah masih lagi mengamalkan sistem jizyah tetapi konsep dan sistem pelaksanaannya berbeza antara khalifah-khalifah Bani Umaiyah mengikut falsafah masing-masing. Namun, melalui pembayaran jizyah, negeri-negeri tersebut menjadi negeri naungan kerajaan Islamyang berpusat di Damsyik.
  • Pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan, jizyah dikenakan ke atas golongan Mawali, iaitu orang bukan Islam berketurunan Arab, namun jizyah ini ditentang oleh puak Syiah kerana dianggap sebagai penindasan.
  • Pungutan jizyah juga pada masa itu bertujuan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan naungan Islam, iaitu Byzantine yang telah berjanji untuk melindungi keselamatan kerajaan Bani Umaiyah di samping untuk menambah pendapatan negara.

Pembayaran jizyah pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik,

  • oleh kerajaan naungan digunakan untuk meluaskan syiar Islam dan menambah pendapatan Negara.  Khalifah al-Walidbin Abdul Malik melakukan penaklukan dan menjadikan wilayah yang ditakluk sebagai naungan kerajaan Islam Bani Umaiyah dan dalam masa yang sama mengembangkan syiar Islam.
  • Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, jumlah pembayaran jizyah oleh wilayah-wilayah naungan Islam berkurangan.  Hal ini diakibatkan oleh dasar dan konsep yang diamalkan oleh Umar bin Abdul Aziz dalam hal pungutan jizyah.
  • KhalifahUmar bin Abdul Aziz menggunakan sistem yang diperkenalkan oleh Khlifah Umar al-Khattab dan tidak menjalankan peluasan kuasa sekali gus menyebabkantiada kerajaan-kerajaan baharu yang menjadi naungan pemerintahan beliau.
  • Khalifah Umar bin Abdul Aziz turut menggalakkan perkahwinan campur antara golongan bukan Arab dengan golongan Arab.
  • Apabila Khalifah Yazid bin Abdul Malik memerintah, beliau mengamalkan semula sistem jizyah para khalifah terdahulu dan menaikkan kadar bayaran jizyah sebanyak 20% yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan oleh golongan petani.

Kesimpulan

  • Jizyah yang dibayar oleh golongan Zimmi digunakan untuk pembangunan dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan mereka.
  • Layanan dan hak yang sama diberikan kepada orang bukan Islam dan orang Islam. Syiar Islam dapat dikukuhkan, banyak kerajaan yang menjadi wilayah naungan Islam

Soalan 50: Huraikan pelaksanaan sistem naungan pada zaman khulafa al-Rasyidin dan kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke-7 hingga 8

Pendahuluan;

  • Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan islam berkait rapat dengan cukai jizyah. Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi. Tujuan pelaksanaan cukai ini ialah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orang-orang bukan Islam.
  • Sumber jizyah ini sebenarnya telah pun dipratikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman khulafa’ al-Rayidin.

Isi-isi penting;

Sistem naungan zaman Khulifah’ al-Rasyidin:

  1. Pelaksanaan cukai ini sememangnya amat ketara pada zaman khulifah’ al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupunluar semenanjung tanah Arab. Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islam diwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah nanguan kerajaan Islam.
  2. Sewaktu pemerintahan kalifah Abu Bakar al-siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan diperintah oleh parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar, dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah nanguan kerajaan islam Madinah.
  3. Zaman khalifah umar bin al-khattab menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada dibawah naungan kerajaan islam. Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan khalifah dengan khalifah umar bin al-kattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa, nyawa, harta benda, jaminan kebebasn beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk Baitulmuqaddis kepada pemerintah Islam. Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera islam di bawah pempinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberpa siri peperangan.
  4. Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

Pelaksanaan sistem nanguan zaman kerajaan Umayyah:

  1. Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan khalifah al-walid bin abdul Malik, kejayaan ekspidisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasn menyatakan kesanggupan berada dibawah naungan kerajaan Islam. Kempen ketenteraan di india di bawah pempinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah sind, malah kemarahan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan pendudukanya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
  2. Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenornya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim. Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barabar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera islam ke Andalus.

Kesimpulan:

  • Naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti Islam.
  • Melalui hunbungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi.

Soalan 51: Huraikan hubungan luar yang melibatkan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan lain.

Pendahuluan

  • Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatic dengan Negara luar. Namun hubungan ini lebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke atas Negara wilayahnya.

Isi-isi Penting

  1. Hubungan Kerajaan Umaiyah di Andalusia
  • Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umawiyah sentiasa tegang  disebabkan permusuhan. Hal ini menyebabkan ABDUL RAHMAN BIN MU’AWIAH cuba melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah. Beliau Berjaya menubuhkan kerajaan Umawiyah di Andalusia dan menjadikan Qurtubah dan Cordova sebagai ibu negeri. Kerajaan abbasiyah berjaya mengepung sebahagian kawasan Andalusia dan berjaya menewaskan kerajaan Umawiyah.
  • Khalifah Abu Ja’afar Al-Mansur membuat revolusi untuk menjatuhkan Al-Ala Bin Mughias Al-Jazami di kota Bajah pada tahun 763(m). Abdul Rahman berusaha untuk memisahkan syam daripada jajahan Abbasiyah. Oleh itu, Abdul Rahman telah menulis kepada pengikutnya di syam untuk melantik anaknya Sulaiman sebagai pemerintah Andalusia selepas kematiannya.
  1. Hubungan Kerajaan Karolonji
  • Kerajaan yang kuat terletak di laut anriatik iaitu di selatan Perancis pada zaman sekarang. Pemimpin kerajaan ini ialah Raja Perancis yang bernama Raja Charlemagne dan telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar duta masing-masing khususnya pada zaman khlaifah Harun Al-Rashid. Pemerintahan kerajaan Raja Charlemagne. Beliau menjalin hubungan baik dengan negara islam seperti sering bertukar-tukar hadiah.
  • Kerjasama antara Sharlaman dengan khalifah Harun Al-Rashid dibuat dengan 2 tujuan.   Iaitu memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umawiyah bagi berdiri di Andalusia sesuatupun disebabkan kerajaan Umawiyah memiliki kekuatan yang cukup besar dan secara politik, Sharlaman memperoleh beberapa faedah dari Baghdad terutmanya dalam keilmuan. Hal ini kerana Eropah dan orang kristian pada ketika itu dalam zaman kegelapan ilmu.
  1. Hubungan Kerajaan Byzantine
  • Merupakan musuh tradisi karajaan islam sejak zaman berzaman. Permusuhan terhadap islam bertambah hebat sejak islam tersebar di Negara-negara dibawa jajahan Byzentine seperti Syam, Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan Abbasiyah lagi, telah berlaku pertempuran antara kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzentine di sempadan utara Syam. Kerajaan Byzentine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiyah pada awal penubuhannya dengan mengutuskan bala tentera berkuda untuk memerangi islam.
  • Keadaan yang berlaku memaksa khalifah Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di syam bagi mematahkan serangan tersebut. Namun,hasratnya menemui kegagalan kerana beliau meninggalkan dunia terlebih awal. Apadila al-Mansur dilantikmenjadi khalifah, beliautelah berusaha untuk menguasai kembali kawasan yang dirampas leh kerajaan Byzentine. Usaha ini telah menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
  • Beliau juga telah membina kekuatan di beberapa kawasanutama. Kawasan ini telah dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu: Kubu al-Jazariah, iaitu kawasan yang dikhaskan untuk mempertahankan kepulauan Furat dan utara Iraq. Antara kawasan yang terpentingdi dalam kawasan ini ialah Maltiah,Masisah dan Kubu syam yang terletak di barat kubu al-Jazariah. Kubu ini berfungsi untuk mempertahankan syam. Kekuatan terpentingnya ialah Tarsus dan Adnah.

Kesimpulan

  • Pemerintah Abbasiyah sibuk dengan kekacauan dalam negari dan ketidakstabilan politik menyebabkan Byzentine mengambil peluang dan menduduki kembali wilayah-wilayah meraka yang pernah diduduki oleh kekeuasaan Abbasiyah mulai dari masa pemerintahan khalifah al-Mansur hingga khalifah al-Mutawakkil.

Soalan 52: Huraikan kesan perjanjian ke atas hubungan luar pemerintahan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan lain

Pendahuluan:

  • Selepas pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz iaitu khalifah yang  kelapan Kerajaan Umayyah muncullah pula kerajaan baru iaitu Kerajaan Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.
  • selama hampir 23 tahun, iaitu dari tahun 786 hingga 809 masihi. Beliau juga merupakan seorang yang berani, warak , bijak, gagah dan meminati ilmu pengetahuan. oleh itu, terdapat beberapa kesan perjanjian ke atas hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan yang lain.

Isi-isi Penting:

  1. a)Mengeratkan hubungan dan hentikan konflik yang berlarutan.
  • Semasa pemerintahan zaman kerajaan Abbasiyah,khususnya sewaktu pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid,terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan beberapa buah kerajaan lain atas matlamat tersebut.
  • Hal yang sama juga berlaku berlaku semasa peemerintahan kerajaan Uthmaniyah, terutamanya pada zaman kegemilanganya
  1. b)Usaha menguasai Asia kecil
  • sebagaimana yang diketahui, hubungan antara kerajaan islam dengan kerajaan Byzantine sentiasa berada dalam keadaan tegang sewaktu zaman pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid.
  • Oleh disebabkan itu, untuk mengelakkan peperangan dengan kerajaan islam berlaku,wakil Raja Byzantine, iaitu Maharani Irene IV telah memeterai perjanjian damai dengan Khalifah Harun al-Rasyid dengan menyatakan kesanggupan membayar ufti sebanyak 90 000 dinar setiap tahun dan membenarkan perkembangan agama islam serta aktiviti perdagangan orang islam di Byzantine di lakukan. Perjanjian ini juga memutuskan gencatan senjata selama tiga tahun.
  1. c)   Maharani Irene IV melanggar perjanjian
  • Dengan tindakan maharani tersebut Khalifah Harun al-Rasyid bertindak menyerang dan menawan beberapa buah Bandar seperti Heraclea, Tyans, Iconium, Emphesus dan seterusnya mara ke pulau Cyprus. Kemaraan ini menyebabkan Nicephorus membuat perjanjian damai sekali lagi dan sanggup membayar ufti tahunan kepada kerajaan islam.
  1. d)  Jalinan hubungan yang baik
  • Kerajaan Abbasiyah pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid menjalinkan hubungan baik dengan Perancis. Kedua-dua kerajaan ini mewujudkan perjanjian kerjasama disebabkan mereka menghadapi musuh yang sama iaitu Kerajaan Umayyah di Andalus. Keakraban kedua-dua buah Negara ini dapat dilihat dengan adanya pertukaran hadiah. Umpamanya, Khalifah Harun al-Rasyid pernah mengirimkan sebuah jam yang menggunakan kuasa air bagi menandakan waktu kepada Raja Charlemagne, Perancis.

Penutup:

  • Dengan kebijaksanaan dan kewarakan khalifah Harun al-Rasyid iaitu khalifah yang memerintah kerajaan Abbasiyah kebaikan telah dapat diwujudkan melalui perjanjian dan kerajaan-kerajaan yang lain juga dapat memupuk semangat persaudaraan dan menjalinkan hubungan tanpa menyebabkan peperangan di antara satu sama lain. seperti  hubungan baik di antara perancis dapat di wujudkan kerana kerajaan Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah, Sepanyol (Andalus).
  • Namun, kerajaan Abbasiyah dan Byzantine pula adalah genting dan sering bermusuhan. Selepas pemerintahan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Fatimiyyah akan muncul dan berakhir dengan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Soalan 53: Huraikan hubungan luar dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan kerajaan Uthmaniyyah dengan kerajaan lain antara abad ke-17 – 19.

Pendahuluan;

  • Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M. Pada tahun1453 M, pemerintahannya berpusat di Istanbul.  Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.
  • Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan ke-17 M hingga abad ke-19 M. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi beberapa tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi manamatkan konflik yang timbul.

Isi-isi penting;

  1. Perjanjian Radsin
  • Telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1681 M dengan Rusia setelah kalah dengan teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam.
  • Ini bermakna orang Turki telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam setelah berjaya menguasai laluan tersebut untuk beberapa abad.
  1. Perjanjian Karlowitz
  • Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa menghadapi  masalah dari luar dan juga dalam negeri.  Di luar Negara, baginda terdedah kepada serangan tentera kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman SultanMustafa II.
  • Peperangan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Karlowitz. Kesan daripada perjanjian tersebut, sebahagian besar daripada wilayah Kerajaan Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam, temasuk Azou diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland.
  1. Perjanjian Passarowit
  • Turki telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala, Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia. Pada abad ke-18 M merupakan tempoh yang paling buruk yang pernah berlaku dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah.
  • Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria akhirnya telah berjaya mengalahkan tentera kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1716 M.
  1. Perjanjian Jassy
  • Termeterai antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia sewaktu pemerintahan Sultan Salim III. Ini kerana keadaan Kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula Kerajaan Greek-Byzantine.
  • Ini terbukti apabila perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia daripada kerajaan Uthmaniyah.Kemudian termeterailah perjanjian tersebut yang menyerahkan kembali Wilayah seperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada Kerajaan Uthmaniyah manakala Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.
  1. Perjanjian San Stefeno
  • Pada tahun 1876 M, kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan’Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui pada tahun 1878 M. Namun, perjanjian ini hanya menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaanya yang kini berpindah milik kepada Rusia.
  • Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Uthmaniyah ini telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip demokrasi.

Kesimpulan;

  • Hubungan boleh diwujudkan melalui perjanjian persahabatan. Kaedah sebeginilah yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Islam tatkala menjalinkan hubungan luar dengan negara-negara lain. Melalui perjanjian-perjanjianyang termeterai, kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja telah kehilangan wilayah, bahkan yang paling teruk ia telah menyumbang kepada kejatuhan kerajaan ini ekoran kemunculan gerakan Turki Muda.
    Keengganan Sultan Abd al-Hamid II melayan permintaan perjuangan Gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan. Bermulanya era pemerintahan sekular di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Attatartuk di Turki Uthmaniyyah.

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *