Perluasan Kuasa Asing STPM Semester 3
Perluasan Kuasa Asing STPM Semester 3
2.1 Perluasan Kuasa Asing
2.1 Perluasan Kuasa Asing
Soalan 117: Huraikan faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di negara-negara Asia Tenggara?
Pendahuluan
- Abad ke – 19 merupakan zaman imperialisme Barat. Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain telah memengaruhi kuasa-kuasa Barat mencari tanah jajahan di Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran.
- Faktor ekonomi memang penting dalam mempengaruhi kuasa-kuasa barat campur tangan di Asia Tenggara tetapi faktor-faktor lain juga penting.
Isi-isi Penting:
Faktor Ekonomi
- Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke 19 telah menyebabkan kepesatan sektor perkilangan. Ini menyebabkan peningkatan permintaan kepada bahan mentah. Produk dan hasil perkilangan telah menyebabkan pasaran yang lebih besar diperlukan bagi memasarkan barangan tersebut.
- Asia Tenggara dijadikan sebagai pembekal sumber bahan mentah kepada keperluan ekonomi Eropah dan tempat pasaran kepada hasil-hasil perkilangan mereka. Asia Tenggara mampu memberikan kekayaan kepada mereka kerena kawasan ini kaya dengan bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah asli, kayu jati, rempah ratus, teh, gula dan sebagainya. Sebagai contoh: British berminat dengan Myanmar kerana perdagangan kayu jatinya.
- Vietnam dijadikan sebagai pasaran barangan Perancis serta mendapatkan bahan-bahan mentah dari Timur untuk kegunaan industrinya di Perancis. Di Filipina, kemajuan dalam perusahaan mengilang tebu serta terciptanya mesin memproses tebu telah membawa kepada perkembangan pesat industri perladangan tebu. Ini telah secara tidak langsung membawa kepada campur tangan Sepanyol di Filipina untuk mendapatkan tebu.
Faktor Politik
- Masyarakat Barat sering beranggapan mereka mempunyai martabat yang lebih tinggi dan baik berbanding dengan bangsa lain. Keunggulan martabat ini dibuktikan dengan jumlah tanah jajahan yang dimiliki oleh mereka. Semakin banyak tanah-tanah jajahan, semakin tinggi martabat mereka di kalangan kuasa-kuasa lain. Keadaan ini telah menyebabkan Barat ingin membentuk empayar yang besar dan muncul sebagai kuasa dunia.
- Kebimbangan kuasa-kuasa Barat terhadap musuh mereka dalam persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan antara kuasa-kuasa Barat besar seperti Britain, Sepanyol, Belanda, Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat. Dasar British yang bercampur tangan di Tanah Melayu dengan alasan bimbang kuasa-kuasa asing lain terlebih dahulu menguasai Tanah melayu tersebut. Kebimbangan kuasa Perancis di Myanmar telah juga mendorong British menjalankan dasar imperialisme secara agresif ke atas Myanmar.
Faktor Kebudayaan dan Peradaban
- Kuasa-kuasa Barat menganggap kebudayaan dan peradaban orang Barat lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah yang disebut oleh orang British sebagai “white man’s burden”.
- Campur tangan Barat juga bertujuan menyebarkan agama Kristian di kalangan penduduk pribumi di Asia Tenggara.
Perkembangan Sistem pengangkutan dan perhubungan
- Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan menambahkan lagi minat kuasa-kuasa Barat terhadap dasar imperialisme di Asia Tenggara. Perkembangan sistem perhubungan laut seperti terciptanya kapal berkuasa wap – perjalanan laut menjadi lebih cepat, selamat, dapat membawa muatan lebih dan kos pengangkutan jadi lebih rendah. Pembukaan Terusan Suez 1869 telah meningkatkan lagi dasar imperialisme terhadap Asia Tenggara. Terusan ini memendekkan masa perjalanan, urusan perdagangan dan kos dapat dijimatkan.
- Ciptaan telegraf mempercepat urusan perniagaan pedagang Eropah dan ejen-ejennya di kawasan Asia Tenggara.
Kesimpulan
- Kesan perkembangan pesat Revolusi Perindustrian dan kepentingan ekonomi telah mendorong campur tangan Barat di Asia Tenggara.
- Namun, kepentingan politik, kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga penting.
Soalan 118: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19
Pendahuluan
- Perluasan kuasa merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan bagi menguasai politik dan ekonomi ke atas negara lain.
- Menurut George Nadel dan Perry Curtis, imperialisme ialah proses perkembangan kuasa melalui campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap politik dan ekonomi sesebuah kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa dan masyarakat yang lain.
Isi-isi Penting:
Faktor ekonomi
- Keperluan untuk memperoleh barang dagangan seperti rempah-ratus dan teh telah mendorong Belanda menjalankan dasar peluasan tanah jajahan di Timur. Perkembangan Revolusi Industri di Eropah pada tahun 1800 terutama di Belanda menyebabkan keperluan terhadap bahan mentah yang banyak, murah, dan berterusan bagi keperluan kilang mereka di Eropah.
- Perkembangan industri juga mewujudkan persaingan antara negara-negara Eropah yang lain.
Faktor perkembangan teknologi perindustrian
- Bijih Timah. Merupakan eksport utama Indonesia terutama di Pulau Bangka, Pulau Belitung, dan Palembang. Permintaan tinggi terhadap bijih timah di Eropah didorong oleh perkembangan industri mengetin. Disebabkan pengeluaran bijih timah di Eropah yang tidak dapat memenuhi permintaan, keadaan ini telah memaksa mereka beralih ke Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah.
- Petroleum. Penciptaan kereta bermotor, mesin berjentera, dan kapal terbang yang memerlukan petroleum sebagai bahan api telah menyebabkan permintaan terhadap petroleum melambung tinggi. Indonesia menjadi pilihan Belanda kerana, Kaya dengan pelbagai jenis galian seperti bijih timah, bijih besi, emas, dan petroleum, Iklim yang sesuai dan tanah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit, padi, dan tebu danKaya dengan pelbagai hasil hutan seperti rotan, kayu jati, dan damar.
Faktor Politik
- Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kuasa-kuasa Barat untuk menjamin keselamatan nasional dan kekuatan ketenteraan bagi melindungi kepentingan tanah jajahan mereka.
- Belanda memperluaskan kuasanya di Indonesia kerana bimbang pengaruh British di Tanah Melayu akan mengancam kepentingannya.
Kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan
- Telah meningkatkan minat kuasa Barat untuk menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas negeri lain.
- Kemajuan dalm perhubungan laut berlaku setelah terciptanya kapal berkuasa wap. Penciptaan sistem pengangkutan ini telah mendorong dan mempercepatkan dasar peluasan kuasa Barat di Asia Tenggara.
Cara Peluasan Kuasa Belanda di Indonesia
Peluasan kuasa semasa Marshal Daendals di Pulau Jawa (1808-1811)
- Marshal Daendals ditugaskan untuk menyusun semula pentadbiran Belanda di Pulau Jawa, mengadakan pembaharuan serta mengukuhkan. Dasar pentadbiran: Pentadbiran Belanda berpusat di Betawi, Pulau Jawa dibahagikan kepada 5 bahagian dan 38 buah daerah dan Pembesar tempatan dilantik sebagai wakil raja yang dibayar gaji sebagai pegawai Belanda dan berpangkat tentera.
- Dasar ketenteraan. Pertahanan di Pulau Jawa diperkukuhkan melalui penubuhan angkatan tentera laut di Selat Sunda, Timur Surabaya, dan Pulau Madura. Jalanraya diperbaik dan dibina bagi memudahkan operasi ketenteraan. Kilang senjata dan peluru juga dibina di Surabaya dan Semarang.
- Campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan: Belanda menyerang dan memusnahkan kota Bantam kerana keenggganan sultan Bantam menghantar buruh ke Betawi, Sultan Bantam dibuang ke Pulau Ambon manakala menterinya dibunuh dan Tindakan Sultan Amangkubuwono II, iaitu Sultan Jogjakarta yang bersekutu dengan British bagi memperkukuhkan tenteranya turtu menimbulkan kebimbangan Belanda.
Peluasan Kuasa Belanda semasa De Bus de Gisignes (1825-1830)
- Perang Jawa (1825-1830) berlaku akibat perasaan tidak puas hati Diponegoro. Putera kerajaan jogjakarta terhadap dasar pentadbiran Baron Van Der Capellan di Pulau Jawa.
- Akibat daripada peperangan tersebut, Belanda berjaya menguasai Banjumas, Bangelan, Madiun dan Kendiri yang sebelum ini dikuasai oleh sultan Jogjakarta.
Melalui Campur Tangan dalam Hal Ehwal Tempatan dan Perjanjian
- Perkembangan kegiatan perlombongan arang batu di Banjarmasin dan timur Pulau Kutai menyebabkan berlakunya perang antara Belanda dan Sultan Banjarmasin antara tahun 1859-1863. Pemerintahan Bugis di Sulawesi juga sering berlaku huru-hara akibat perang menentang Boni pada tahun 1858 dan 1859 yang membawa kepada campur tangan Belanda.
- Pada tahun 1858, pemerintah Deli, Serdang, Langkat dan Assahan telah membuat perjanjian dengan Belanda.
Melalui Penaklukan
- Pada tahun 1856, Belanda menakluk jajahan Lampung, jajahan Batak (1857), dan Bangkahulu (1868). Belanda menguasai Acheh melalui serangan yang dilancarkan pada tahun 1873-1899. Belanda berjaya menamatkan tentangan daripada pembesar tempatan dan menguasai Acheh sepenuhnya.
- Pada tahun 1894, Belanda menguasai Lombok.
Penutup
- Faktor perluasan kuasa asing di Belanda terdiri daripada faktor ekonomi, faktor perkembangan teknologi perindustrian, faktor politik dan kemajuan dalam sistem perhubungan dan pengankutan.
- Cara yang digunakan untuk memperluaskan kuasa ialah semasa Marshal Daendals ditugaskan unutk menyusun pentadbiran di Pulau Jawa dan juga melalui campur tangan dalam hal ehwal tempatan dan perjanjian.
Soalan 119: Bincangkan faktor-faktor dan cara perluasan kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19
Pendahuluan
- British meluaskan kuasanya terhadap myanmar peringkat demi peringkat bermula dengan perang inggeris-myanmar I (1824-1826), perang-inggeris-myanmar II (1852-1853) dan perang inggeris-myanmar III (1885).
Isi-isi penting
Faktor-faktor Peluasan kuasa asing
Masalah sempadan arakan
- Raja bodawpaya menakluki arakan pada tahun 1784, menyebabkan myanmar mempunyai sempadan yang sama dengan british di wilayah chittagong
- Pada 1811, masalah sempadan arakan menjadi rumit apabila seorang pemimpin pemberontakan arakan iaitu chin byan menyerang arakan dari pangkalannya di chittagong dan menawan mrohaung
Ancaman perancis
- Sewaktu british berperang dengan perancis di india pada tahun 1782, perancis telah mengambil kesempatan menghantar wakilnya, laksamana de suffren dan charles castleneau de bussy ke india selatan bertujuan untuk menegakkan semula kekuasaannya di india
- Usaha british ini sangat membimbangkan british. Perancis merancang mempergunakan myanmar sebagai tapak untuk menyerang british di india memandangkan kedudukan myanmar berhampiran denga india
Penentangan kebudayaan
- Hubungan antara british dengan myanmar menjadi renggang kerana perbezaan kebudayaan
- Rakyat myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya menjalin hubungan diplomatik dengan raja england
Cara perluasan
Perang inggeris-myanmar I
- Dasar perluasan kuasa myanmar di bawah raja bodawpaya
- Masalah pelarian arakan di chittagong
- Kepentingan perdagangan british di myanmar
- Dasar perluasan kuasa raja bagyidaw dan jeneral maha bandula
- Perang inggeris-myanmar meletus pada tahun 1824 dan tamatkan dengan perjamjian yandabo. Myanmar kehilangan arakan dan tanasserim
Perang inggeris burma II
- Putusnya hubungan diplomatik antara myanmar dengan british
- Raja tharrawaddy enggan mengiktiraf syarat-syarat perjanjian yandabo
- Tuduhan keatas kapten sheppard dan lewis melakukan pembunuhan dan penipuan
- Pergolakan politik mengancam kepentingan perdagangan british di myanmar
- Gabenor pego, maung menganiayai rakyat di rangoon
Perang inggeris-burma III
- Dasar luar raja mindon min yang berhubung dengan perancis dan itali. British bimbang perdagangan mereka tergugat
- Masalah hubungan diplomatik. Raja mandon min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan london. Beliau hanya boleh mengadakan hubungan diplomatik dengan wizurai india sahaja
- Kerajaan british menggalakkan imperialisme ke atas myanmar.
Penutup
- Keinginan untuk mendapat konsesi perdagangan dan sumber Kayu jati selain mencari jalan ke bhamo untuk perdangangan china mendorong perluasan kuasa british. Istana mynmar bersikap konservatif dan sangat berpengang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja. British tidak senang dengan adat tersebut
- Mynmar mengalami perubahan politik, sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa british.
Soalan 120: Bincangkan Peristiwa-Peristiwa (faktor-faktor) Yang Telah Mencetuskan Perang Ing-Myanmar I Pada 1824-1826
Pengenalan
- Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain.
- Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah mencetuskan peperangan antara dua negara ini.
Isi-isi Penting:
- Dasar meluaskan wilayah
- Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam.
- Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
- Masalah orang pelarian Arakan
- Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa dengan cara menyerang dan menakluki Arakan yang bersempadan dengan wilayah Chittagong yang berada di bawah penguasaan British di India. Ini menyebabkan sempadan Arakan-Chittagong menjadi tidak stabil kerana orang-orang pelarian Arakan telah bertindak memasuki wilayah Chittagong dan menjadikannyapusat pergerakan tentera mereka untuk menentang pemerintahan Raja Bodawpaya
- Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi Berjaya dihapuskan oleh Bodawpaya. Akibatnya pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong
- Pemberontakan oleh Chin Byan
- Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan pemberontakan di Arakan dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang pemerintahan Bodawpaya yang zalim.
- Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tebtera di Chittagong telah dibantah oleh Raja Bodawpaya dan menuduh British member bantuan kepada Vhin Byan untuk menyerang Myanmar. Usaha British untuk meyakinkan Myanmar bahawa British tidak member bantuan telah gagal
- Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik
- Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan. Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak wasangka kedua-dua pihak
- Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar. Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral British di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya hubungan diplomatic antara Myanmar dan British terputus
- Campur tangan Myanmar di Assam
- Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta. Baginda bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat pengaruh Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1820, beliau menyerang wilayah Assam manakala pada 1821 telah menyerang Chachar. Raja Manipur telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar. Raja Chacahr meminta bantuan daripada British. British telah bertindk mengisytiharkan Cahchar sebagai wilayah naungannya. Ini menimbulkan kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki Pulau Shapuri pada tahun 1823. Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang dan menakluki Chachar dan bersedia menyerang Chittagong
- Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang ke atas Myanmar pada 5 Mac 1824. Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan termetrainya Perjanjian Yandabo antara kedua pihak
Kesimpulan
- Keenganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah membawa kepada meletusnya Perang Inggeris Myanmar pada tahun 1824. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Feb 1826 bagi menamatkan perang ternyata memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa menerima konsep persamaan taraf.
- Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan masyarakat Myanmar malah telah melahirkan kesedaran nasionalisme di negara itu.
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM