Sistem Beraja Nota Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Sistem Beraja Nota Sejarah STPM Semester 1

 

2.1 Sistem Beraja

2.1  Institusi Pemerintahan (China dan Rusia)

2.1.1  Institusi Pemerintahan China

Soalan 30: Bincangkan perlaksanaan sistem beraja di China pada zaman dinasti Ming dan Ching.

Pendahuluan

  • Perkembangan masyarakat di China menyaksikan kemampuan China menahan kemasukan barat sehingga pertengahan kedua abad ke 19. Masyarakat China masih mampu mempertahankan pemerintahan tradisional .
  • Dalam masyarakat China, sistem beraja ataupun maharaja menduduk hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.

Isi-isi penting

Dinasti Ming (1368-1644)

  • Era dinasti Ming (1368-1644) bermula dalam keadaan Negara China yang tidak tenteram akibat kebuluran, banjir, perang saudara dan kebangkitan penduduk China menentang pemerintahan mongol. Pemimpin China yang berwibawa bertindak merampas kuasa daripada pemerintahan mongol.
  • Pada tahun 1351 sehingga 1353, muncul pemberontakan yang mendakwa mendapat mandate dari syurga dan yang mendakwa keturunan kerabat maharaja dinasti sung. Kebanyakan pemipin pemberontakan ini daripada kalangan penduduk biasa dan dianggap sebagai hero oleh sejarawan China
  • Dinasti ming bermula daripada chu yuan-chang yang dianggap sebagai salah seorang pemimpin berdaulat. Pada tahun 1356 , beliau menguasai Nankingdan pada tahun 1357, beliau menguasai lembah sungai Yangtze dan terus mara ke bahagian selatan menerusi jalan laut.
  • Pemerintahan Nurhaci dikenali sbagai zaman kegemilangan Manchu . Beliau seorang pemimpin yang gigih dan tekun mencapai kejayaan . Beliau berkhidmat dengan tentera Ming dan pihak istana ming memberinya gelaran Dragon Tiger General. Nurhaci meletakkan puasat pentadbiran di Hetua Xinbin Liaoning) dan menggerakan usaha menyatukan puak-puak Manchu melalui kekerasan, perkahwinan dan pakatan.
  • Dinasti Manchu berasal dari puak Jurchad Nuzhun yang tinggal di marchuria . Orang Manchu terbahagi kepada kepada beberapa puak dan tinggal di hulu sungai Huiha.

Dinasti Ching (1644-1911)

  • Dinasti Ching, Dorgan meneruskan uasaha untuk memantapkan dinasti dan berusaha untuk menggunakan kesempatan krisis dalaman Ming dan keangkitan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tze Cheng dengan menawarkan bantuan tentera kepada tentera Ming.
  • Tentera Nang dibawah pimpinan Wu San kuei (1612- 1678) menerima tawaran Dorgan dan membuka pintu tembok China untuk member laluan kepada tenera Manchu masuk ke dalam empayar Ming. Mereka bertempur dan Berjaya menghalau Li Tzu Cheng .

Penutup

  • Pemerintahan diserahkan kepada Dorgan sebagai pemangku raja,
  • Dengan ini , tamatlah pemerintahan Dinasti Ming dan sekali lagi empayar China di perintah oleh orang asing.

Soalan 31 : Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran di China

Pendahuluan

  • Dinasti Ching yang diasaskan oleh orang Manchu ini menerima sistem pentadbiran yang berasaskan falsafah Confucius. Pemerintahan pada zaman ini bercorak autokrasi dan diperintah oleh raja yang berkuasa mutlak. Dalam menjalankan pemerintahan, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang terdiri daripada golongan aristokrat. Sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Ching merupakan warisan daripada zaman Ming.
  • Pemerintahan pada zaman Ching memainkan peranan dalam bidang eksekutif, perundangan, keagamaan dan intelektual.

Isi-isi Penting

Ketua Negara

  • Maharaja berusaha untuk mempertahankan Negara dari serangan luar dan berusaha untuk meluaskan empayarnya. Hal ini dapat dibuktikan pada peringkat awal Dinasti Ching. Maharaja Ching mendapat tentangan daripada keluarga Maharaja Ming yang berpusat di Nanking dan berjaya menewaskan penentangan tersebut.
  • berkuasa mutlak,  berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan, eksekutif dan  kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha  Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, pemerintahan beraja China di bawah pemerintahan dinasti Ching menyaksikan satu perubahan dalam dasar pemerintahan beraja. Maharaja Ching telah menjalankan dasar tutup pintu. Urusan mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja China.

Ketua pentadbiran

  • Bagi melicinkan sistem perntadbiran, maharaja telah membahagikan kepada tiga sistem iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan dan pentadbiran syurga atau anak syurgaPentadbiran awam berperanan dalam menguruskan pelantikan kakitangan awam.
  • Mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun setelah itu mereka dikehendaki untuk menduduki peperiksaan awam. Pentadbiran ketenteraan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal ketenteraan. Menjelang pemerintahan Dinasti Ching, terdapat seramai 8646 pengawal diraja.

Melantik pembesar

  • melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar di peringkat pusat dan wilayah

Ketua tentera

  • bertanggungjawab memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan empayar (awal Dinasti Ming)

Ketua hakim/perundangan

  • setiap arahan maharaja menjadi undang-undang.

Ketua Ekonomi

  • memajukan ekonomi dengan mengamalkan dasar tutup pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan timbangan. Berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) Penguasaan ekonomi ini diperlihatkan dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah pertanian. Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai, hsil pertanian, perdagangan penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
  • Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan keuntungan kepada golongan pembesar dan tuan tanah dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan cukai maharaja China. masyarakat China melihat pekerjaan sebagai pedagang adalah pekerjaan yang hina dan juga disebabkan oleh kedudukan pedagang adalah paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China. Maharaja China telah mengehadkan urusan perdagangan di Canton, pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.

Ketua Sosial

  • Ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga (lambang naga). Pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan

Ketua agama Buddha, Taoisme dan Confucius

  • memaastikan rakyat patuh ajaran agama serta memastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama  Kristian. Maharaja China mengamalkan ajaran confucianisme. Setiap individu harus memenuhi tanggungjawab bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni.
  • Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kepada keamanan dan kemakmuran. Oleh itu, maharaja membahagikan pentadbiran pusat kepada beberapa bahagian, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi yang dipecahkan kepada enam badan menteri dan Lembaga Penapis.

Penutup

  • Kesimpulannya, maharaja Ching memainkan peranan dalam beberapa perkara terutama dalam mengawal keamanan dan ketenteraman negara.
  • Maharaja juga berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem pemerintahan di China.

Soalan 32: Huraikan kedudukan dan peranan beraja di China pada zaman Dinasti Ching.

Pendahuluan

  • Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven atau mandate dari syurga.
  • Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau “anak syurga” dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja. Mereka mengamalkan kepada fahaman cofucius.

Isi-isi penting

Konsep mandat dari syurga

  • Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat . Merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat China. Maharaja akan menjana kemakmuran dan menentukan  kehidupan rakyatnya berada dalam teratur dan makmur.
  • Tidak bertamadun atau Menyifatkan wakil dari British sebagai wakil daripada Negara yang dibawah perlindungan China dan mreka  harus bersujud dihadapan maharaja Chieng Ling. Menganggap semua wakil dari barat sebagai pembawa ufti dan tidak boleh menghadap maharaja di Peking. Segala urusan hendaklah dilakukan melalui wizurai di canton. Akhirnya, China menjadi tumpuan bagi kuasa barat untuk mendpatkan kepentingan di China . Misalnya , rusia di Mongolia dan Manchuria , Jerman di semenanjung Shantung , British di Wiehawei , Perancis di selatan China ,Jepun mendapati Taiwan dan pulau Pescadores selepas Perang Sino- Jepun pada tahun 1894 -1895.

Ajaran Confucianisme

  • Maharaja China mengamalkan ajaran confuciusme. Setiap indivudu harus memenuhi tanggungjawab bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Ajaran confuciusme ini menekankan konsep tata setia kepada raja yang membawa kepada keadaan aman dan makmur.
  • Bagi pentadbiran pusat , pentadbiran dipecahka kepada beberapa unit iaitu secretariat Agung, Majlis tertinggi ( enam badan menteri) dan censorate (lembaga penapis).

Pengamalan dasar tutup pintu

  • Menghadkan urusan perdagangan hanya di canton. Urusan perdagangan dijalankan pada musim tertentu sahaja. Pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan mesti balik ke Macau. Para pedagang dikawal ketat dan urusan pedagangan diuruskan oleh co-hong yang bertanggungjawab memonpoli perdgangan,mengenakan cukai ke atas barangan, dan mengurus pengedaran barang-barang.
  • Orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.

Ketua Aspek Ekonomi

  • memajukan ekonomi dengan mengamalkan dasar tutup pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara seperti pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan timbangan. Berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) Penguasaan ekonomi ini diperlihatkan dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah pertanian. Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai, hsil pertanian, perdagangan penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
  • Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan keuntungan kepada golongan pembesar dan tuan tanah dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan cukai maharaja China. masyarakat China melihat pekerjaan sebagai pedagang adalah pekerjaan yang hina dan juga disebabkan oleh kedudukan pedagang adalah paling bawah dalam susun lapis masyarakat feudal di China. Maharaja China telah mengehadkan urusan perdagangan di Canton, pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.

Ketua Aspek Sosial

  • ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan memastikan alat-alat kebesaran diraja sentiasa dijaga (lambang naga). Pemimpin intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam kerajaan

Penutup

  • Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching, kejatuhan kuasa Maharaja  dan menamatkan kerajaan kejatuhan feudal yang elah memeritah China selama 267 tahun.

Soalan 33: Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja di China pada abad ke-16 hingga ke-18

Pendahuluan:

  • Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal. Raja menduduki hieraki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran.
  • Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Isi-isi penting:

Konsep mandat dari syurga.

  • Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau ‘anak syurga’ dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja. konsep mandat ini menjelaskan bahawa Tuhan telah menanugerahkan ke atas maharaja tersebut atau kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.
  • Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari rakyat. Sekiranya berlaku sebarang malapetaka, Ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapatkan mandat dari syurga.

Mengamalkan ajaran Confucianisme.

  • Ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagiaan dan menyatakan bahawa kerana yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik, raja mesti taat dan setia kepada Tuhan dan rakyat pula harus setia kepada raja. Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat. Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kepada keadaan aman dan makmur.

Menguasai ekonomi negara.

  • Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai,hasil pertanian, perdagangan, penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan golongan pembesar dan tuan-tuan serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Berperanan menjadi ketua tentera.

  • Urusan mempertahankan serangan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar memperlibatkan tanggungjawab maharaja China.

Berperanan dalam urusan dasar luar negara.

  • Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China.Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja China terhadap masyarakat

Barat pada zaman Dinasti Ming.

Penutup:

  • Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada negara China sebelum pertengahan abad ke-19.
  • Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja China membuka pintu negaranya kepada kuasa-kuasa Barat.

Soalan 34 : Huraikan peranan enam lembaga dalam pentadbiran Dinasti Ching.

Pendahuluan

  • Sistem pemerintahan beraja bermula dengan pemerintahan Raja Shih Ti pada zaman 2697 SM. Sistem pemerintahan ini bercorak dinasti bermula di China. Raja Yu mengasakan dinasti pertama di China yang dikenali sebagai dinasti Hsia. Gelaran ‘Maharaja’ atau ‘Huang Ti’ mula-mula digunakan oleh Shih Huang Ti (221-210 SM). Selain Sekretariat Agung dan Majlis Agung, terdapat sebuah badan yang dikenali sebagai enam lembaga.
  • Enam lembaga merupakan tulang belakang pentadbiran pusat kerajaan Ching. Antara lembaga merupakan yang diwujudkan termasuklah Lembaga Pentadbiran Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Upacara, Lembaga Peperangan, Lembaga Keadilan, dan Lembaga Kerja Awam. Antara peranan dan tugas lembaga-lembaga ini adalah seperti berikut .

Isi-isi penting

  1. Lembaga Pentadbiran Awam
  • Tugas utama lembaga ini adalah menguruskan pelantikan kakitangan awam. Kakitangan awam akan dilantik untuk tempoh tiga tahun. Selepas tamat tempoh tersebut, mereka dikehendaki menduduki peperiksaan awam. Peperiksaan diadakan untuk menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam.
  • Dalam hal pelantikan kakitangan awam, seseorang tidak dibenarkan memegang jawatan tinggi dalam wilayah kelahirannya. Dalam pada itu, dua orang daripada keluarga yang sama tidak dibenarkan berkhidmat dalam kawasan yang sama.
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Lembaga ini menduduki tempat kedua dalam enam lembaga. Lembaga ini mempunyai dua orang presiden dan empat orang naib presiden. Seorang superintenden dilantik untuk menguruskan lembaga ini.
  • Tugas utama lembaga ini adalah mengutip cukai daripada penduduk. Selain itu, lembaga ini juga mengendalikan urusan pendaftaran tanah.
  1. Lembaga Upacara
  • Tugas utama lembaga ini adalah mengendalikan upacara ritual. Antara upacara yang dikendalikan termasuklah upacara diraja, upacara korban, majlis perkahwinan dan upacara kematian.
  • Selain itu, badan ini juga menguruskan sistem pendidikan awam di peringkat daerah, provinsi, dan Bandar raya. Calon-calon yang lulus dalam peperiksaan awam dianugerahkan ijazah Shen-Shih.Mereka dianugerahkan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
  1. Lembaga Peperangan
  • Lembaga ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal ketenteraan. Lembaga ini menetapkan polisi ketentuan. Menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai-pegawai tentera. Lembaga ini tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pengawal-pengawal diraja. Pengawal-pengawal diraja terletak di bawah kawalan maharaja. Jabatan ini juga mengawal komunikasi  antara kerajaan pusat dengan provinsi.
  • Menjelang zaman Ching terdapat seramai 8646 pengawal diraja. Mereka diletakkan di bawah pemerintahan dan kawalan maharaja secara langsung.
  1. Lembaga Keadilan
  • Lembaga ini mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan undang-undang. Badan ini juga mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman dan memberi pengampunan kepada orang yang didapati melakukan kesalahan.
  • Di samping itu, ia juga mempunyai kuasa untuk membicarakan kes-kes rayuan.
  1. Lembaga Kerja Awam
  • Lembaga ini menguruskan kerja-kerja pembinaan bangunan awam. Selain itu, ia juga membaiki bangunan-bangunan awam.
  • Badan ini menjalankan tugas membeli dan menjual harta kerajaan. Ia juga bertanggungjawab membaiki jalan dan sistem perparitan. Badan ini juga membaiki tambak sungai, empangan dan sistem pengairan.

Penutup

  • Sistem pentadbir yang dilaksanakan  oleh Dinasti Chin memiliki keunikannya yang tersendiri sehingga mengakibatkan Dinasti tersebut mengalami kegemilangan. Terdapat enam lembaga yang mremainkan peranan pentimg dalam pentadbiran Negara China iaitu Lembaga Pertadbiran Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Upacara, Lembaga Peperangan, Lembaga Keadilan dan Lembaga Kerja Awam.
  • Setiap lembaga ini mempunyai fungsi masing-masing sehinggakan tidak berlaku sebarang pertindihan peranan mahupun fungsi dalam pentadbiran yang dijalankan sama ada kepada golongan pemerintah mahupun golongan diperintah.

Soalan 35: Jelaskan sistem pentadbiran wilayah pada zaman dinasti ching

Pendahuluan:

  • Pentadbiran kerajaan telah dijalankan oleh Jirgalang dan Dargon. Dargon meneruskan usaha untuk memantapkan dinasti ching. Dargon menggunakan krisis dalaman Ming dan kebangkitan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tzu-Cheng dengan menawarkan bantuan tentera kepada tentera Ming.
  • Dargon mengambil kesempatan atas kemenangan tersebut dengan menabalkan Fu-Lin sebagai maharaja pertama Dinasti Ching yang memakai gelaran Shun-Chih pada usia tujuh tahun. Oleh itu, urusan pemerintahan diserahkan kepada Dargon sebagai pemangku raja.

Isi-isi penting:

  1. Pada peringkat wilayah, kerajaan membahagikan empayarnya kepada 15 wilayah. Setiap wilayah dibahagikan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil, iatu prefektur yang memepunyai 157 unit, subprefektur (chou @ jabatan) yang terdiri daripada 234 unit hsien (daerah) berjumlah 1 171 unit. Struktur organisasi unit pentadbiran peringkat wilayah ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu pesuruhjaya kehakiman atau hakim dan komandor tentera wilayah. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, wilayah-wilayah terbahagi kepada daerah fu yang disatukan kepada lingkungan-lingkungan tao. Terdapat 18 buah wilayah, 184 buah daerah, dan 95 buah lingkungan. Setiap daerah mengandungi beberapa buah mukim (hsien) yang berjumlah 1 477 buah mukin.
  1. Urusan pentadbiran wilayah diserahkan kepada pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai pengawas. Pentadbiran pegawai awam di daerah diurus tadbir oleh 6 orang menteri, iaitu Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri keja-kerja Awam. Menteri tersebut juga dibantu oleh gabenor di setiap daerah yang dikenali sebagai Grand CordiNATOrs dan penyelia wilayah yang dikenali sebagai Supreme Commanders serta pegawai-pegawai tempatan.
  1. Pentadbiran ketenteraan berada di bawah lima ketua suruhjaya tentera dan setiap seorang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.  Pegawai pegawas mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat pentadbiran bagi memperkukuhkan kekuasaan pemerintahan maharaja.
  1. Pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor yang bertugas menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan, mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh Maharaja seperti Bendahari yang bertugas mengitup cukai, hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, pegawal Garam dan pegawai Bijirin, Tao-tai, iaitu seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.
  1. Pada peringkat awal Dinasti Ching, tugas maharaja dalam ketenteraan turut terbukti menghadapi penentangan daripada bekas keluarga Ming yang berpusat di Nangking dan berjaya menewaskan penentangan tersebut. Cucu maharaja Wan-li beralih ke selatan dan mendirikan pangkalan serta menyerang dari selatan. Penentangan ini berjaya dihapuskan dan beliau dihalau keluar dari China dan berlindung di Burma. Akhirnya penentangan itu dapat ditamatkan oleh Wu-San-kuei pada tahun 1662. Wu-San kuei dan kumpulanya digelar Three Feudatories yang menentang kerajaan, namun dapat ditumpaskan pada tahun 1681.

Penutup:

  • Ketiadaan maharaja yang berwibawa, dan idea pembahruan yang dilaksanakan oleh Dinasti Ching telah membawa kepada perkembangan Revolusi 1911 di China.
  • Revoluso 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching kejatuhan kuasa maharaja, dan menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah China selama 267 tahun.

2.1.1  Institusi Pemerintahan Rusia

Soalan 36: Bincangkan perlaksanaan sistem beraja di Rusia

Pendahuluan:

  • Kemerosotan kerajaan Golden Horde, iaitu pemerintahan bangsa mongol di Rusia pada tahun 1480 setelah memerintah Rusia sekitar dua setengah abad.membawa kepada pembebasan Rusia daripada cengkaman pertuanan mongul.kejayaan ini disebabkan oleh kemunculan Moscow dan kemelut politik dalam empayar mongul.
  • Kemunculan Moscow dalam beberapa siri percubaan menumbangkan pemerintahan khan akhirnya membuahkan hasil. Pemerintahan Moscow iaitu Dmitri pada tahun 1380 telah menyerang mongul di kulikovo (berhampiran sungai Don). Dimitri telah mengambil kesempatan di atas permasalahan politik berlaku dalm kerajaan Mongul dengan membina kententeraan dan kekuatan politik untuk berhadapan dengan tentera Mongul.

Isi-isi penting:

  1. Tentera Moscow berjaya menewaskan tentera mongul dan ini merupakan kejayaan terbesar tentera Rusia selama Rusia berada dalam cengkaman mongul. namun kejayaan ini hanya sementara sahaja apabila pada tahun 1382, Moscow dikuasai semula oleh tentera Mongul. Kemelut politik yang dihadapi dalam empayar mongul pada sekitar tahun 1360-an membawa kepada kejatuhan empayar mongul.kepecahan berlaku apabila Kublaiu Khan (1279-1368),seorang bangsa mongul dan pemerintah tertinggi empayar mongul dikalahkan oleh Dinasti Ming pada 1368.
  1. Kekalahan tersebut membawa kepada pepecahan dan kekalutan politik dalam empayar mongul. 25 orang Khan mongul bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan tertinggi iaitu Great Khan. tumpuan tidak memberi perhatian kepada masyarakat Rusia dan kesempatan ini digunakan oleh pemerintah rusia berasur-ansur berhenti membayar ufti ke sarai. Keenganan membayar cukai atau ufti selama beberapa tahun telah menyebabkan tentera mongul mendesar Moscow membayar tunggakan ufti kepada sarai.namun Moscow enggan memenuhi tututan sarai dan bersedia untuk berperang.
  1. Ahmad khan (1460-1480) yang menyedari kekuatan tentera Moscow semakin kuat telah mengadakan pakatan ketenteraan dengan Poland dan Lithuania untuk menyerang Moscow pada tahun 1480. namun pakatan ini tidak menjadi kenyataan dan Ahmad khan terpaksa menentang tentera Moscow yang diketuai oleh ivan 3. Dalam pertempuran ini Ahmad khan telah dibunuh oleh pengikut sendiri yang berpaling tadah kepada tentera Moscow. Ivan 3 berjaya mendapatkan semula kota Rusia dan disatukan dibawah pemerintahan yang berpusat di Moscow.
  1. Kejayaan Ivan 3 telah menyebabkan beliau dikenali dengan gelaran Ivan the Great. Ivan the Great menyifatkan dirinya sebagai pemerintah kepada semua bangsawan bangsa Rusia.dalam upacara keagmaan, gereja kristian ortodoks. pemerintah-pemerintah Rusia yang seterusnya terus mengekalkan gelaran tsar.  Keturunan Ivan the Great berakhir pada penghujung abad ke 16 apabila Rusia disifatkan berada dalam zaman kekacauan.
  1. Perebutan tahkta menyebabkan berlakunya perang saudara. keadaan huru-hara ini telah mengudang campur tangan asing kedalam negara Rusia. Pada ketika inilah Poland mengambil kesempatan memasuki Rusia dan menakhluk kota Kremlin. Sweden mengambil kesempatan zaman kekacauan ini dengan menahkluk pantai timur baltik dan merampas pusat perdagangan penting iaitu Novgorov. dibahagian selatan pula, Turki Uthmaniyah berperang dengan suku Cossack dan memperkukuhkan kedudukan mereka didaerah Crimea.

Penutup:

  • Dalam keadaan zaman kekacauan ini dewan perhimpuann bangsawan Rusia bersidang di Moscow pada tahun 1613 untuk melantik seorang Tsar dan memilih seorang bangsawan tsar iaitu Michael Romanov maka bermulalah keturunan romanov memulakan pemerintah diRrusia.
  • Dinasti Romanov ialah berkuasa selama 304 tahun hingga tahun 1917 di Rusia. pemerintahan yang berakhir ialah tsar Nicholas 2 pada bulan februari 1917.kerajaan tsar Nicholas 2 digulingkan dan kerajaan sementara dibentuk.

Soalan 37: Huraikan kedudukan dan peranan beraja di Rusia

Pendahuluan

  • Sistem pemerintahan Rusia telah mengamalkan sistem pemeriintahan beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917.sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun 1469.Sistemm pemerintah di Rusia menggunakan konsepcaesaropapism iaitu konsep gabungan unsur agama dan politik yang menghendaki rakyat taat setia kepada pemerintah Rusia.
  • Gelaran Raja atau maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran caeser  yang diguna pakai oleh pemerintah Byzantine. Sistem pemerintahan Rusia turut dipengaruhi oleh kerajaan Golden Horde yang bersifat autokrasi ini digunakan oleh pemimpin Moscow dalam membentuk kerajaan pusat yang ukuh di Rusia. Dalam konsep autokrasi ini, kuasa dipusatkan kepada seorang pemerintah iaitu Tsar dan membentuk kerajaan pusat.

Isi-isi penting:

Kedudukan Raja Rusia

Kedudukan Tertinggi

  • Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia,Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat.Rakyat perlu perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar  merupakan ketua dalam seiap bidang pemerintahan di Rusia.Tsar  berkuasa membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar  tidak boleh dibantah oleh rakyat.

Berkuasa Mutlak

  • Sebelum revolusi Rusia 1917,Rusia mempraktikkan pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1574, Ivan IV yang lebih dikenali sebagai “Ivan yang Ganas” telah memerintah Rusia dengan kuasa mutlak.Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun 1550,menubuhkan badan perwakilan feudal(zemskii sabor)pertama di Rusia dan Berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan dan Astrakhan.Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolon II mempunyai kuaa mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.

Hak Istimewa

  • Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari seg undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istimewa.Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.

Peranan Maharaja Rusia dalam pemerintahan

Ketua Negara

  • Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua Negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbirann.Baginda berkuasa dalam bidang politik,ekonomi dan sosial seperti zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.
  • Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri atau hubungan diplomatik dengan Negara-negara Eropah seperti Jerman untuk melatih tentera Rusia.

Melantik Menteri

  • Dalam sistem pemerintahan beraja Rusia,Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya. Selain itu, Tsar juga beruasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya, semasa pemerintahan Tsar Nicholas II Tsar akan memilih dan melantik menterinya  yang benar-benarr boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan.
  • Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Hal ini kerana,kuat atau lemah seseorang pemimpin bergantug kepada golongan menteri.

Bertanggungjawab menjaga keamanan

  • Tsar Rusia bertanggungjawab untuk memilih,menjaga keamanan dan keselamatan seluruh Negara Rusia daripada ancaman musuh. Sehubungan dengan itu,Tsar telah mengetuai ketenteraan untuk menjaga keamanan dan dasar perluasan wilayah.Oleh sebab Rusia sering terancam,pemerintah Rusia memperkuat tenteranya dengan menambah peruntukan ketenteraan seperti yang dilakukan oleh ‘Peter the Great’.
  • Peter telah memastikan peruntukan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.

Mengetuai bidang ekonomi

  • Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya Negara bertambah kukuh dan stabil.Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat semasa pemerintahan Peter the Great,Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II.
  • Semasa Peter the Great, beliau telah manggalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata,peralatan tentera, pembuatan makanan, sector pembuatan tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia muncul sebagai pembekal besi utama untuk paaran Eropah pada abad ke-18.

Ketua agama Kristian

  • Pemerintahan Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuh serta menyuburkan ajaran Kristian Ortodoks.Pemerintah Rusia perlu memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama.
  • Sebagai contoh,pemerintahan Peter the Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar agama.Bagi menjayakan hasratnya, beliau telah mengarahkan mubaligh kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran pemerintah

Penutup

  • Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan dan peranan raja atau maharaja di Negara-negara lain di dunia ketika itu.
  • Tetapi akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi  1917 di Rusia yang akhirnya menjadikan Rusia sebagai sebuah Negara Republik dan dipimpin oleh seorang Presiden.

Soalan 38: Huraikan pembaharuan yang dilakukan oleh Peter The Great pada tahun 1682 sehingga 1725.

Pendahuluan

  • Peter menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1682 hingga tahun 1725.Era pemerintahan Peter menyaksikan banyak pembaharuan uang membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan standing dengan Negara eropah yang lain.
  • Peter menggunakan pengalaman pengembaraanya ke Negara eropah seperti Jerman, Britain, Britain, Belanda, Austria dan Perancis yang diperoleh sebelum menjadi raja untuk memajukan empayar Rusia semasa era pemerintahan Peter, Rusia mengalami banyak pembaharuan dari segi politik, ekonomi, sosial dan perluasan kuasa.

Isi-isi penting

  1. Pembaharuan aspek Politik
  • Peter menyusun semula sistem pentadbirann Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan dinasti Rurik. Pada era Moscow, badan pemerintahan dan pentadbiran yang bertanggunjawab membantu urusan seharian ialah Duma, Zemski Sabor dan Prikazi. Penyusunan semula sistem pentadbiran penting untuk melshirksn sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu.
  • Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sabor digantikan dengan majlis senate yang mempunyai anggota seramai sembilan orang. Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis senate yang semakin memberat.
  • Peter juga menekankan tanggungjawab keputusan secara kolektif bagi menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu ntuk membuat keputusan.
  • Pada tahun 1712, pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg. Pada tahun 1914, nama St. Petersburg ditukar kepada Petrograd yang lebih menjurus kepada identity Rusia.Segala tindakan Peter ni telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai Tsar.
  1. Pembaharuan aspek Ekonomi
  • Peter memberi sokogan kepada industri perkilangan membuat senjata,perlatan teknikal tentera,dan pembuatan makanan.Tumpuan kapada sector pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangann kulit.Industri besi dan keluli dimajukan di ural yang kemudiannya menyebabkan Rusia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran eropah pada abad ke-18.
  • Bagi menambah hasil perbendaharaan Negara Peter telah memperkenalkan pelbagai cuki terhadap penduduk tempatan sebagai contoh,cuki tidak langsung dan cukai kepala.Semua cukai mesti dibyar dalam bentuk wnag tunai. Bagi memastikan kutipan cukai berjalan lancar kaedah banci diperkenalkan.Kaedah ii dapat memastikan jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan memudahkan kutipan cukai kepala.
  1. Pembaharuan aspek Sosial
  • Peter yang mengamalkan pemerintah berkuasa mutlak telah melakukan pembaratan melalui penampilan masyarakat Rusia dengan meminta pegawai  tinggi mencukur janggut dan mewajibkan mereka memakai pakaian ala Jerman dan Hungary. Hal ini diwajibkan kepad semua kecali petani dan institusi gereja. Mereka juga diwajibkan menghisap cerut. Bagi mereka yang enggan dikehendak membayar cukai yang telah ditetapkan.
  • Selain itu, bagi pembahagian tanah tak alih ia dibahagikan secara sama rata dalam kalangan anak lelaki pemilik tanah yang telah meninggal dunia. Namun, semasa pemerintahan Peter, beliau telah mengeluarkan dikri satu anak lelaki sahaja sekiranya tidak mempunyai anak lelaki maka akan diserahkan kepada anak perempuan atau saudara waris.
  • Peter turut mengubah sistem kalender Rusia yang menyambut tahun baru pada setiap September kepada sistem takwim Julius iaitu pada bulan Januari. Rakyat Rusia juga digalakkan menterjemah bahan bacaan dari Negara luar.kaum wanita diberi kebebasan untuk keluar dari rumah.
  • Di samping itu, untuk menjadikan Rusia sebagai Negara yang berdaya saing, Peter telah menghantar ramai pelajar Rusia untuk belajar di barat.Institusi juga banyak didirikan seperti The Navigator school, Naval Academy dan Artillery Academy serta ebuah university iaitu The Imperial Academy of Science.
  1. Pembaharuan  Aspek Agama
  • Peter juga memaikan peranan penting dalam menyuburkan agama Kristian. Beliau telah mengambil inisiatif dengan menawarkan kemewahan dan kebendaan untuk menukarkan pegangan agama orang Islam.Tetapi terdapat juga bentuk paksaan seperti merampas tanah orang islam yang tidak menukar agama dalam masa enam bulan dan mewajibkan mereka berkhidmat dalam ketenteraan untuk tempoh yang panjang dan sebaliknya sekiranya mereka bersetuju untuk bertukar agama.
  • Peter juga mengarahkan mubaligh Kristian untuk menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa masyarakat tempatan.
  1. Pengukuhan ketenteraan
  • Kedudukan Rusia yang sering terancam menyebabkan Peter mengukuhkan pertahanan melalui ketenteraan.
  • Peter telah maningkatkan peruntukan untuk ketenteraan.beliau telah memastikan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan sebahagian besar hasil perbebdaharaan adalah untuk ketenteraan.
  1. Perluasan Empayar
  • Peter telah berusaha untuk mencari jalan baruuntuk meluaskan empayar Rusia.Hal ini kerana jalan yang biasa digunaka tidak sesuai iaitu Laut artik yang mengalami suhu takat beku sepanjang tahun dan menghalang keluar masuk kapal-kapal Rusia.

Penutup

  • Kejayaan Peter the Great meluaskan empayar dan kredibiliti serta kepimpinannya yang sistematik telah membawa banyak perubahan yang baik kepada Rusia.
  • Pemimpin yang berbiwabawa ini telah membawa Rusia sebagai negara yang berdaya saing dengan negara-negara di Eropah pada ketika itu.

Soalan 39: Bincangkan pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II

Pendahuluan

  • Tsar Alexander II Lahir pada 17 April 1818 di Moscow dan anak sulung kepada Tsar Nicholas II. Pada tahun 1841, beliau berkahwin dengan Marie Alexandrovia. Menjadi Tsar Rusia pada akhir hayat ayahnya pada tahun 1855. Tsar Alexander II menaik takhta pemerintahan semasa negara Rusia mengalami zaman kemorosotan. Baginda mengutamakan politik dan mengamalkan dasar tolak ansur dalam menjalankan sistem pemarintahan.
  • Tindakan pertama yang diambil oleh baginda selepas manaiki takhta ialah menamatkan perang Crimea. Selapas menamatkan perang crimea, beliau mula mengalihkan perhatian kepada masalah dalam negara.

Isi-isi Penting:

  1. Membebaskan hamba abdi
  • Tsar alexander II mengambil langkah-langkah untuk memberi kebebasan sepenuhnya kepada golongan hamba. Baginda mendapat sokongan daripada golongan tuan-tuan tanah. Golongan hamba dibebaskan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh yang dihadapi oleh kilang-kilang kepas dan bulu yang berkembang di bandar-bandar besar.
  • Pada bulan mac 1861, tsar alexander II mengeluarkan satu rang undang-undang ini yang dikenali sebagai titah perintah Emansipasi. Mengikut rang undang-undang ini, golongan hamba abdi di Rusia dibebaskan.
  1. Memperkenalkan Zemstove 1864.
  • Tsar Alexander II juga melakukan pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan tempatan di rusia. Sebelum pembaharuan dilakukan. Dewan perhimpuan di peringkat wilayah dikuasai oleh golongan bangsawan. Baginda mengambil langkah-langkah untuk memecahkan monopoli golongan bangsawan dalam dewan perhimpuan.
  • Di samping itu golongan bangsawan, penduduk bandar dan petani juga diberi hak untuk memilih anggota majlis daerah (zemstove). Anggota zemstove daerah akan memilih anggota zemstove  wilayah. Peranan majlis-majlis daerah dan wilayah adalah seperti berikut: Menguruskan jalan raya dan jambatan; menguruskan pendidikan dan kesihatan awam dan menjalankan pemilihan jaksa pendamai.
  1. Pembaharuan dalam sistem pentadbiran undang-undang.
  • Prinsip perundangan barat digunakan dalam sistem pendidikan undang-undang di rusia. Sebagai contoh. Hakim dan mejistret diletakkan bebas daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Bagi menjamin keadilan, semua lapisan masyarakat diiktiraf sama taraf
  • Perbicaraan dijalankan secara terbuka dan sistem pembicaraan yang menggunakan sistem juri diperkenalkan.
  1. Dalam bidang ketenteraan.
  • Pada tahun 1874, baginda memperkenalkan beberapa perubahan dalam bidang ketenteraan. Rakyat daripada semua kelas diwajibkan berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera.
  • Tempoh perkhidmatan dalam tentera dikurangkan daripada 25 tahun kepada 15 tahun. Dalam tempoh tersebut mereka juga dikehendaki berkhidmat sebagai tentera tetap selama enam bulan. Di samping itu, mereka dikehendaki berkhidmat sebagai tentera simpadan atau tentera sukarela selama lima tahun.
  1. Kebebasan akhbar.
  • Tsar Alexander II juga membari sedikit kebebasan dalam bdang penerbitan akhbar dan majalah. Semasa pemerintahan baginda. Penapisan terhadap akhbar-akhbar juga dilonggarkan. Perkembangan ini menyebabkan bilangan akhbar yang diterbitkan juga bertambah.
  • Pada zaman pemerintannya terdapat 16 buah akhbar dan 156 buah majalah bulanan. Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II menimbulkan rasa tidajkpuas hati dalam kalangan rakyat.

Penutup

  • Tsar Alexander II merupakan pemerintah yang telah memberi sumbangan yang besar dalam memajukan dan memodenkan negara Rusia yang  mencapai kemajuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

Soalan 40: Huraikan faktor perubahan dasar perhambaan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II pada tahun 1855 hingga 1881

Pendahuluan

  • Tsar Alexander II Lahir pada 17 April 1818 di Moscow dan anak sulung kepada Tsar Nicholas II. Pada tahun 1841, beliau berkahwin dengan Marie Alexandrovia. Menjadi Tsar Rusia pada akhir hayat ayahnya pada tahun 1855. Tsar Alexander II menaik takhta pemerintahan semasa negara Rusia mengalami zaman kemorosotan. Baginda mengutamakan politik dan mengamalkan dasar tolak ansur dalam menjalankan sistem pemarintahan.
  • Tindakan pertama yang diambil oleh baginda selepas manaiki takhta ialah menamatkan perang Crimea. Selapas menamatkan perang crimea, beliau mula mengalihkan perhatian kepada masalah dalam negara.

 Isi-isi penting

  1. Pemberontakan golongan hamba
  • Berlaku pertambahan bilangan golongan kesan peningkatan pertanian atau dikenali sebagai Black Earth Region. Golongan hamba terdiri daripada golongan petani, tawanan perang dan individu bebas. Golongan petani yang menjadi hamba ialah golongan yang tidak dapat melunaskan hutang dan kos sewa tanah kepada tuan tanah persendirian. Tawanan perang yang menjadi hamba ialah tawanan semasa pemerintahan Ivan II, Ivan IV, Peter dan Catherine yang melaksanakan misi perluasan empayar. Individu bebas pula berubah menjadi hamba selepas berkahwin dengan golongan hamba. Golongan hamba sangat ramai dan melebihi separuh daripada penduduk di kawasan pertanian seperti Poland, Kier, Raizan, Tula, Minsk, Vladimir dan Kalaga.
  • Ketidakpuasan terhadap layanan yang diterima daripada pemerintahan telah menyebabkan beberapa pemberontakan petani dan hamba berlaku antara tahun 1820an hingga tahun 1860-an. Antara pemberontakan yang berlaku ialah pemberontakan di wilayah Vladimir, Riazan, Tambor, Sarator, Penza dan Vorotech telah memaksa Alexander II mengarahkan tentera untuk mematahkan pemberontakan. Alexander II merasakan penggunaan tentera tidak akan menyelesaikan masalah pemberontakan golongan hamba. Oleh itu, beliau membuat perubahan dasar terhadap sistem perhambaan di Rusia
  1. Tekanan golongan pelajar yang menyokong idea liberalisme
  • Golongan pelajar mahukan perubahan dilakukan dan mementingkan kebebasan individu. Mereka mendesak Alexander II menghapuskan perhambaan yang tidak sesuai dengan peradaban manusia dan tidak produktif untuk memajukan ekonomi Rusia.
  • Mereka mahu golongan hamba dibayar upah yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
  1. Kekalahan dalam perang Crimea
  • Kekalahan dalam perang Crimea yang berlangsung selama tiga tahun (1853-1856) telah menjatuhkan kredibiliti Alexander II. Perjanjian Paris yang ditandatangani oleh Alexander II menyebabkan Rusia kehilangan pangkalan lautnya di Laut Hitam.
  • Masalah kewangan dan perbendaharaan negara yang defisit diwarisi oleh Alexander II daripada Nicholas I turut menjejaskan imej Alexander II.

Penutup

  • Walaupun Alexander II melakukan menghadapi namun beliau masih mengamalkan autokrasi dalam pemerintahannya. Dasar beliau masih tidak diterima oleh seluruh masyarakat Rusia dan mendapat penentangan daripada golongan pelajar yang mahu kuasa Tsar dikawal dan menuntut demokrasi tulen di Rusia. Ketidakpuasan hati golongan liberalisme menyebabkan mereka berpakat untuk menjatuhkan Alexander II. Pada tahun 1866, satu cubaan untuk membunuh Alexander II dilakukan, namun berjaya dipatahkan.
  • Alexander II mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan kemasukan pelajar ke universiti, memecat pengarang akhbar yang menulis dan tidak memaparkan nama, menangkap dan membuang mereka yang memberontak ke Siberia tanpa menjalani perbicaraan mahkamah, dan membentuk Polis Rahsia untuk menangkap mereka yang mengkhianati Tsar.

Soalan 41: Bincangkan pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Alexander III.

Pendahuluan

  • Tsar Alexander III  dilantik selepas kemangkatan Tsar Alexander II pada tahun 1881. Beliau mengambil langkah-langkah untuk meneruskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tsar Alexander II.
  • Beliau juga mengambil tindakan bersifat agresif terhadap golongan revolusioner untuk mengekang golongan tersebut.

Isi-isi penting:

  1. Kawalan Terhadap Institusi Pendidikan
  • Kerajaan mengambil tindakan mengawal pentadbiran di universiti dan sekolah. Guru-guru yang mengamalkan fahaman liberal disingkirkan.
  • Kanak-kanak daripada kelas petani dan pekerja tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah.
  1. Sekatan Terhadap Kebebasan Akhbar
  • Kerajaan mengambil tindakan untuk mengawal penerbitan akhbar.
  • 14 buah akhbar tempatan telah ditutup.
  1. Pelantikan Kapitan Tanah
  • Pegawai-pegawai baharu dikenali sebagai Kapitan Tanah. Pegawai-pegawai dilantik daripada kalangan golongan bangsawan.
  • Mereka mempunyai kuasa mutlak terhadap pegawai tempatan yang lain. Mereka juga berkuasa menyingkirkan pegawai-pegawai lain.
  1. Perubahan dalam Zemstovs ( Majlis Tempatan )
  • Kerajaan turut melaksanakan pembaharuan dalam keanggotaan Zemstovs. Golongan Kapitan Tanah secara tidak langsung menjadi anggota Zemstovs.
  • Golongan Cerdik pandai seperti guru dan doktor tidak dibenarkan bertanding utuk kerusi majlis tempatan.
  1. Dasar Pengrusiaan
  • Melaksanakan dasar pengrusiaan di wilayah-wilayah sekitar Laut Baltik, Poland dan Finland.
  • Penduduk di sekitar wilayah-wilayah Baltik seperti Estonia dan Latvia diwajibkan menggunakan bahasa rusia. Bahasa Rusia dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah di Poland.
  1. Perubahan Dasar Agama
  • Tujuan perubahan diperkenalkan adalah untuk mempertahankan peranan dan kedudukan Gereja Ortodoks Rusia.
  • Pelbagai sekatan dikenakan terhadap Gereja Lutheran Protestan yang bergiat secara aktif di wilayah-wilayah sekitar Laut Baltik.
  1. Dasar Anti Yahudi
  • Penindasan dilakukan kerana ramai pemimpin revolusi di Rusia terdiri daripada orang Yahudi. Dasar ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah sebenar yang dihadap oleh negara.
  • Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi dilakukan dengan hasutan oleh pihak polis.

Penutup

  • Semasa pemerintahan Tsar Alexander III, tindakan keras seperti membunuh, menyeksa dan membuang negeri dikenakan terhadap golongan revolusioner.

Soalan 42: Huraikan dasar pemerintahan yang dilakukan oleh Tsar Nicholas II pada tahun 1894 hingga 1917

Pendahuluan

  • Nama sebenar beliau ialah Nikolai Alexandrerich Demorau. Lahir pada 06 mei 1868. Tempat lahir beliau ialah St. Petersburg, Russian Empire (sekarang  Russia). Anak pertama Tsar Eritch Aleksandr III dan isteri, Maria Fyodorovna.
  • Nama panggilan beliau ialah Nicky, Nicholas the short dan bloody Nicholas. Meninggal dunia pada 17 Julai 1918 di Yekaterinburg, Rusia.

Isi-isi penting:

  1. Dasar autokratik
  • Mempunyai kata pemutus dalam sebarang keputusan penting berkaitan dengan hal ehwal kerajaan pusat. Berkuasa dalam sebarang hal perundangan, pentadbiran, ekonomi dan ketenteraan. Berhak melantik dan melucutkan jawatan seseorang menteri. Menteri yang dilantik bertanggungjawab kepada Tsar. Mementingkan keluarganya dan bercita-cita untuk melantik puteranya sebagai pengganti serta mendengar nasihat isterinya sehingga menolak sebarang pembaharuan yang boleh menjatuhkan kekuasaan pemerintahan autokrasi di Rusia.
  • Tidak memberi hak asasi dan kebebasan kepada rakyat Rusia. Misalnya, golongan bawahan tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan atau membentuk pertubuhan  tanpa kebenaran daripada pemerintah. Organisasi yang berbau keagamaan tidak dibenarkan wujud tanpa kebenaran pihak pemerintah walaupun para penganut ajaran Kristian Ortodoks merupakan golongan majoriti dan berpengaruh di Rusia. Jika tidak mematuhi arahan Tsar, mereka akan dipenjarakan atau dihantar ke Siberia tanpa dibicarakan.
  • Mengehadkan kebebasan akhbar bagi membendung penyebaran idea subversif dalam kalangan masyarakat. Sebarang penulisan atau berita yang ingin disebarkan perlu melalui tapisan yang ketat. Kebebasan golongan Yahudi dihadkan. Tempat tinggal dikawal dan penempatan mereka dinamakan The Jewish Pale Of Settlement. Golongan Yahudi hanya boleh menceburi bidang pekerjaan yang ditetapkan dan hanya segelintir orang Yahudi yang mendapat tempat di Universiti.
  • Bagi mengawal pergerakan bawah tanah yang mengetengahkan ketidakpuasan hati rakyat dan membendung kebangkitan masyarakat yang melalui fasa perubahan akibat ledakan ekonomi, Nicholas II menubuhkan polis rahsia atau okhrana yang mempunyai jaringan wakil yang luas serta pemberi maklumat dari kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di Rusia. Oleh itu, penubuhan okhrana memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II
  1.  Pembangunan ekonomi
  • Pada tahun 1892, beliau telah melantik Sergei Witte sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia. Antara tahun 1892 hingga tahun 1903, Sergei Witte telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan Rusia dan melakukan pelbagai perubahan.
  • Memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api kerana landasan kereta api merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia. Pada tahun 1894, Kerajaan Rusia mengambil alih landasan kereta api St. Petersburg-Moscow, St. Petersburg-Warsaw dan St. Petersburg-Nizhniy Novgorod. Pembinaan landasan kereta api ke timur menerusi projek Rentas Siberia telah dimulakan pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1905. Perkembangan ini membawa kepada pembangunan ekonomi dan penghijrahan penduduk untuk membuka penempatan baharu di Siberia.
  • Menarik pemodal asing melabur di Rusia dengan mengambil beberapa tindakan yang strategik. Antara tindakan yang diambil ialah menstabilkan nilai semasa rouble dan menyekat kegiatan spekulasi serta menambah simpanan emas dengan meningkatkan jumlah eksport hasil pertanian.
  • Selain itu, menguruskan pinjaman luar dan menawarkan kadar bunga yang tinggi kepada pelabur Perancis, Britain dan Jerman. Di samping itu, mengendalikan sistem kewangan dengan baik dan memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di Rusia.
  1. Pembangunan pendidikan
  • Nicholas II kurang memperuntukan perbelanjaan dalam bidang pendidikan berbanding bidang ekonomi. Buktinya, hanya 150 juta rouble dibelanjakan pada tahun 1890 hingga tahun 1900 untuk pendidikan berbanding 120 juta rouble diperuntukan untuk pembinaan landasan kereta api setiap tahun.
  • Perkembangan pendidikan teknikal hanya diberi keutamaan oleh Sergei Witte demi memajukan ekonomi di Rusia. Pada tahun 1894, terdapat lapan buah sekolah teknik di Rusia meningkat kepada beratus-ratus buah di Kiev, Mosvow, dan St. Petersburg. Kesannya, kadar celik huruf meningkat daripada 20 peratus pada tahun 1890 kepada 38 peratus pada tahun1914.
  1. Kebangkitan golongan Intelegensia
  • Pemerintahan Nicholas II kurang aman dan tidak mendapat sokongan padu daripada rakyat Rusia. Nicholas II menghadapi kebangkitan daripada golongan intelligentsia. Namun, golongan intelligentsia menghadapi krisis dalaman sehingga berpecah kepada Slavophiles dan Westernizers.
  • Golongan Slavophiles menyakini pemerintahan Tsar dan ajaran Kristian Ortodoks sebagai kepercayaan terbaik. Malahan, golongan ini mahu mengekalkan komun di wilayah pertanian. Golongan Westernizers pula mahukan perubahan mengikut model negara Eropah seperti Perancis dan England yang mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan. Golongan ini menuntut hak asasi masyarakat bawahan dihormati dan tradisi lama yang membelenggu kemajuan masyarakat Rusia dihapuskan.
  • Perubahan yang dikehendaki ialah membebaskan rakyat daripada belenggu tunggakan hutang tanah, kemiskinan dan kebuluran. Kedua-dua golongan ini sependapat dalam mengekalkan institusi pemerintahan beraja dan inginkan Tsar melaksanakan pembaharuan.
  • Perkembangan pendidikan turut mempengaruhi perkembangan liberalisme di Rusia. Penubuhan Universiti di Rusia telah melahirkan banyak graduan dan peningkatan golongan profesional seperti pensyarah, peguam, penulis, doktor, ahli sains dan jurutera. Golongan profesional ini lebih cenderung kepada fahaman liberalisme. Mereka mendesak Tsar melakukan perubahan dengan kaedah dialog dan interaksi. Namun, mereka gagal dan beralih kepada corak radikal menerusi penglibatan dalam Union Of Liberation pada tahun 1903.
  1. Kebangkitan Gerakan Politik
  • Nicholas II turut meghadapi gerakan politik baru di Rusia seperti Parti Buruh Sosial Demokrasi(Russian Sosial Demokratik Labor Party) yang ditubuhkan pada tahun 1898 di Switzerland. Antara pemimpin yang terkenal ialah Vladimir Ilyich Lenin.
  • Dalam tempoh dua minggu ditubuhkan, polis Rusia telah menangkap pemimpin-pemimpin Parti Buruh Sosial Demokrat. Penangkapan ini diarahkan oleh Nicholas II kerana tidak mahu penyebaran idea yang mengugat kedudukannya sebagai Tsar yang berkuasa autokratik. Namun, Nicholas II tidak mampu membendung penyebaran fahaman Marxisme di Rusia kerana semasa dalam tahanan penjara, Lenin telah menggunakan masanya untuk mendalami teori Karl Marx serta membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan Nechaev.
  • Selepas dibebaskan, Lenin telah mengikuti Plekhanov dan menyebarkan fahaman Marxisme di Rusia. Melalui Parti Buruh Sosial Demokrat, Lenin menggunakan hak kebebasan akhbar di Barat untuk menerbitkan akhbarnya, iaitu Iskra. Menerusi akhbar Iskra, propaganda Marxisme dapat disebarkan kepada generasi muda di Rusia melalui saluran bawah tanah.
  • Namun, pada tahun 1903, parti ini meghadapi konflik dalaman dan berlaku perpecahan antara penyokong Lenin dan Menshevik. Lenin dan Bolshevik mengetatkan keanggotaan parti kepada revolusioner profesional. Manakala, Menshevik diketuai oleh Martov yang mahukan keahlian yang longgar, bebas bersuara pada setiap masa dan terbuka kepada umum.

6)   Kebangkitan Revolusi 1905

  • Nicholas II turut menghadapi peristiwa Ahad Berdarah yang menyumbang kepada Revolusi 1905. Peristiwa ini berlaku semasa Paderi Gapon yang membawa petisyen kepada Nicholas II di Winter Palace yang ditandatangani oleh 15 000 orang.
  • Malangnya, perkumpulan masyarakat untuk menyampaikan petisyen kepada Nicholas II di luar istana Winter Palace hanya sia-sia kerana Nicholas II tiada sebaliknya berada di Tsar Skoe, di luar St. Petersburg. Wakil dari Tsar pula tidak dibenarkan menerima petisyen itu bagi pihak istana.
  • Oleh yang demikian, daripada perkumpulan masyarakat yang bergerak secara aman, tidak membawa senjata, kemudiannya telah bertempur dengan tentera Rusia. Mereka telah disuraikan dengan cara kekerasan sehingga mengakibatkan seramai 130 orang terbunuh dan 299 orang tercedera.
  • Peristiwa Ahad Berdarah ini telah menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap Nicholas II. Pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Jerman turut mengecam tindakan tentera Nicholas II yang menggunakan kekerasan terhadap masyarakat massa.

Penutup

  • Nicholas II terdesak dalam mempertahankan kedudukannya sebagai pemerintah autokratik dan pada masa yang sama perlu menangani krisis politik yang semakin mencabar daripada demonstrasi kelas sosial di bandar St. Petersburg dan Moscow.
  • Masyarakat massa semakin berani memperjuangkan kehendak mereka yang ingin mengehadkan kuasa yang dimiliki oleh Tsar. Akhirnya, Sergei Witte menasihatkan Nicholas II untuk memilih sama ada pemerintahan secara diktator ketenteraan atau monarki berperlembagaan.
  • Akhirnya, Nicholas II akur dengan tuntutan masyarakat dan cenderung kepada Monarki berperlembagaan. Beliau mengisytiharkan manifesto pada 17 Oktober 1905.

Soalan 43: Huraikan faktor yang menyebabkan tercetusnya Revolusi 1905 di Rusia semasa pemerintahan Tsar Nicholas II

Pendahuluan

  • Tsar Nicholas II merupakan pemerintah atau Tsar yang terakhir memerintah Rusia. beliau merupakan seorang pemerintah yang lemah dan tidak mengambil langkah-langkah untuk memodenkan Rusia.beliau meneruskan pemerintahan bercorak autokratik iaitu sistem pemerintahan yang diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa mutlak dan menggunakan kekerasan semasa pemerintahan.
  • Tsar Nicholas II gagal memahami dan mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam negara semasa pemerintahannya. Perkembangan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap pemeritahannya.Kemuncak rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan Tsar Nicholas II menyebabkan tercetus Revolusi 1905

Isi-isi Penting:

  1. Perkembangan industri.
  • Pada pemerintahan Tsar Nicholas II, bidang perindustrian berkembang pesat. Terdapat ramai pelabur asing seperti Perancis, Inggeris, dan Jerman yang melabur dalam bidang perindustrian.
  • Hal yang demikian,muncul golongan kapitalis dan pekerja yang tidak puas hati dengan dasar yang dijalankan oleh Tsar Nicholas II
  1. Kemunculan parti-parti politik.
  • Perkembangan yang berlaku semasa pemerintahan beliau menyebabkan muncul parti-parti politik di Rusia, antaranya Parti Buruh Demokrat,Rusia,Parti Revolusioner Sosial,dan Parti Liberal.
  • Selepas kemunculan Parti Buruh Sosial Demokrat,pekerja-pekerja mengadakan mogok dan tunjuk perasaan.Tsar Nicholas II telah , mengambil langkah untuk menghapuskan pengaruh Parti Buruh Sosial Demokrat dengan menghantar ejen-ejen rahsia ke kilang.
  1. Perang Rusia -Jepun
  • Dalam peperangan tersebut Rusia mengalami kekalahan yang amat teruk kerana sebelum ini,Rusia merupakan kerajaan yang mempunyai kuasa besar dan kuat serta sering menang dalam peperangan.Kekalahan ini menyebabkan rakyat mempersoalkan kekuatan pasukan tentera kerajaan pusat.Kelemahan pemerintahan beliau menyebabkan rakyat ingin menghapuskan pemerintahan autokratik Tsar.
  1. Revolusi 1905 tercetus disebabkan Peristiwa Ahad Berdarah.
  • Dalam peristiwa tersebut,Paderi Gapon mengetuai perarakn untuk menyampaikan memorandum kepada Tsar Nicholas II.Untuk menyuraikan perhimpunan tersebut, tentera telah masuk campur dengan menggunakan kekerasan.
  • Lebih 130 orang yang terbunuh dan 299 orang tercedera dalam peristiwa tersebut. Rakyat mula hilang kepercayaan terhadap pemerintahan  Tsar dalam perkembangan ini.
  1. Kebangkitan golongan pekerja.
  • Peristiwa Ahad Berdarah menyebabkan demonstrasi dan mogok diadakan di seluruh negara. Pekerja-pekerja industri mengadakan mogok di bandar-bandar besar seperti St. Petersburg dan Moscow.

Penutup:

  • Tsar Nicholas II akur kepada tuntutan rakyat disebabkan penentangan yang hebat daripada rakyat terhadap kegagalan dan kelemahan pemerintahan  beliau.Beliau mengisytiharkan Manifetso Oktober 1905 untuk menghentikan kritikan rakyat.
  • Menerusi manifetso tersebut, beliau mengiktiraf hak asasi rakyat dan memperkenalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan.

2.1.2  Sistem Pembesar di China

Soalan 44: Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China pada abad  ke-16 hingga ke- 20.

Pendahuluan

  • Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
  • Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai sarjana)dan golongan bangsawan. Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang telah berjasa kepada maharaja.

Isi-isi penting

Peranan di Peringkat Pusat

  • Tiga fasa pentadbiran, iaitu pentadbiran awam, tentera dan tempatanMemegang jawatan penting dan Berkhidmat dalam jabatan kerajaanMenganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi ( Enam Badan Menteri) dan Lembaga Penapis

Sekretariat Agung

  • Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.

Majlis Tertinggi

  • Majlis  Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja.Melalui majlis ini, sebenarnya urusan  pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau dikenali sebagai Shangschu. Shanschu  pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.
  • Enam kementerian tersebut ialah kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.

Lembaga Penapis (censoreta)

  • Lembaga Penapis atau Censoreta menjadi mata dan telinga maharaja,iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar-pembesar China kepada maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.

Peranan di Peringkat Wilayah

  • Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah. Berperanan memelihara keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk. Berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat   Tugas gabenor ialah menjaga urusan pentadbir an wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraman, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam diri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai2 daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim
  • Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya,iaitu Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kerja Awam.  Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai2 pengawas kerajaan. Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai2 yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.

Ketua Tentera

  • bertanggungjawab memastikan keamanan wilayah. mendapat tempat istimewa dalam kerajaanPembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentry.
  • Ketua tentera memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di samping menjaga wilayah mereka sendiri.

Golongan Intelektual (gentry)

  • mendapat pendidikan Confucius. lulus dalam peperiksaan awam dan keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan  di istana. Golongan terpelajar (sarjana) mempunyai darjat paling tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting. Mereka ditempatkan di kementerian2 penting yang melibatkan penggubalan dasar, iaitu menganggotai Imperial secratariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.

Penutup

  • Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
  • Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.

Soalan 45: Bincangkan faktor kejatuhan sistem pembesar di China.

Pendahuluan

  • Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
  • Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai kerajaan Ch’ing .setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan kerana setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.

Isi-isi penting

  1. Kemerosotan nilai etika dan moral confucius
  • Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam kalangan pegawai berterusan apabila China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.
  • Perdagangan dengan barat  yang dijalankan di canton telah membolehkan pegawai mengutip cukai ke atas barangan import dan eksport dan pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi bergantung kepada jumlah perdagangan mereka.
  1. Konsep taat setia ditukar ganti dengan material
  • Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan pegawai kerajaan sudah ditukar ganti dengan material.
  1. Perbendaharaan negara China merosot
  • Bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan persenjataan negara. Pemberhentian sumbangan dari wilayah2 yang mengalami kebuluran dan pemberontakan.
  • Maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan dan hasil pertanian.
  1. Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan
  • Tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara
  • Masalah kewangan semakin meruncit pada akhir pemerintahan Dinasti Ching.
  1. Pembesar yang dilantik tidak melalui saringan yang ketat
  • Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji kebolehan mentadbir negara.
  1. Kandungan sistem peperiksaan awam
  • Kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius kurang relevan dengan dunia realiti
  • Pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh dengan cabaran bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.

Penutup

  • Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching,kejatuhan kuasa maharaja dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah selama 267 tahun di China.
  • Penamatan pemerintahan Dinasti Ching turut menghapuskan sistem pembesar di China.Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.

2.1.2  Sistem Pembesar di Rusia

Soalan 46: Bincangkan peranan dan Perlaksanaan sistem pembesar di Rusia

Pendahuluan

  • Sistem pembesar ialah institusi pemerintahan di China dan Rusia yang memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Pada mulanya, golangan pembesar juga dikenali sebagai golangan pemerintahan yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. tanggunjawab yang diberikan kepad pembesar yang melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu ukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.oleh hal yang demikian dalam sistem pembesar raja atau maharaja kedudukan pembesar adalah sangat penting dan berada pada aras ke-2 selapas raja atau maharaja.
  • Oleh itu, segala tindak-tanduk yang menjurus kepada keingkaran dan keenganan menjalankan tugas dan perintah raja dengan baik akan menyababakan kedudukan raja terancam . Namun, raja mempunyai badan yang memantau segala tindakan pembesar bagi memastikan ketaatsetian pembesar tidak terbelah-bahagi. Hal ini penting dalam memperkukuhkan kekuasaan raja dalam pemerintahannya.

Isi-isi Penting

Peranan Pembesar di Rusia

  1. Peringkat Pusat
  • membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi (Duma, Zemskii Sabor, Prikazi). Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
  • memberi perkhidmatan ketenteraan dan menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja
  • Menganggotai Jawatankuasa Tidak Rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara
  • golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran
  • Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk kawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintah
  1. Peringkat Daerah
  • Diketuai oleh gabenor atau naib gabenor
  • Majlis Daerah (Zemstvo) berperanan jaga infrastruktur dan pendidikan
  1. Peringkat Kampung (Komun / Mir)
  • Bertanggungjawab memungut cukai untuk kerajaan pusat

Pelaksanaan Sistem Pembesar di Rusia

  1. Penyusunan semula sistem pentadbiran agar sisten pentadbiran menjadi seragam, cekap dan tidak bertindih kuasa antara institusi tertentu. pada tahun 1711, Duma dan zemskii sabor telah digantikan kepada Majlis senate. Golongan bangsawan banyak membantu dalam urusan prntadbiran dan pemerintahan.Telah berlaku Mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat Rusia. Peranan institusi gereja  dalan empayar Rusia tidak dpat di nafikan. Ianya  berperanan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi dan politik. Namun, institusi gereja telah berkurang dan terletak di bwah kekuasaan pemeritah peter.
  1. Semasa pemerintahan Alexander 1 yang bersikap liberal dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander 1 tlah melantik  jawatankuasa khas yang dkenali sbgai Jawatan kuasa khas untuk menasihatkannya dlam hal ehwal berhubung dengan dasar Negara. Pada thun 1890 tlah meneruskan pendekatan liberal apabila alexander telah memperkenalkan perubahan  dlam pemilihan anggota Duma atau Parlimen.tlah mengadakan pilihah raya untuk memilih anggota duma dan mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat rusia.
  1. Pentadbiran Alaxander 2 di bantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran Negara. bagi  golongan bangsawan  dan dewan perhimpunan wilayah, Alexander talah meluluskan satu undang-undang pda thun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 wilayah akan mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Dearah) atau Zemstvo. Alexander 2 telah mwujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbiran di rusia. Prntadbiran hakim dan majistret terasing dripada krajaan lain dan rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial.
  1. Pentadbiran Tsar-Tsar di rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerinthan autokratik yang membawa kepada Penubuhan Polis Rahsia Khas. Tugas polis rahsia khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang memgugatpemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan menjadi mata dan telinga Tsar.
  1. Tsar memajukan ekonomi Rusia dengan melantik menteri-menteri yang akan menguruskannya. tugas menteri yang dilantik ialah merancang dan melaksanakan dasar ekonomi yang membawa kepada perkemnangan ekonomi di rusia. Sbagai contoh, semasa pemerintahan Nicoholas 2, sergei witte yang dilantik sbagai Menteri komunikasi dan pengangkutan rusia pda thun 1892. antara tahun 1892-1903, Sergei witte telah menjawat jawatan sbgai Menteri kewangan Rusia. Pengukuhan Ketenteraan di Rusia menjadi agenda utama pemerintahan Tsar. Ketenteraan membolehkan Tsar mempertahankan Rusia daripada ancaman Mongol, Tartar dan Turki yang berusaha selama 300 tahun untuk menakluki Rusia dan melaksanakan perluasan empayar.
  1. Rusia menjalankan dasar pemerintahan yang berbeza dalam kawasan empayarnya mengikut Tsar yang memerintah. misalnya, pemerinthan Nicholas 1 tidak mengamalkan liberal malah menjalankan pentadbiran auoktratik. manakala pemerintahan Alexander 1 menjalankan pemerintahan secara liberal.

Penutup;

  • Kemerosotan pemerintahan Tsar yang menyumbang kapada kejatuhan menteri-menterinya. Tindakan Tsar pada 26 February 1917 telah memansuhkan Duma untuk menangani situasi yang cemas  dan mempertahankan pemerintahannya di Rusia tidak diendahkan oleh Duma.
  • Ahli parlimen, iaitu blok prograsif yang dianggotai oleh golongan liberal iaitu price lvov (1861-1925) dan professor Milikov yang telah menubuhkan kerajaan sementara. Nicholas 2 akhirnya bersetuju turun takhta pada 15 March 1917.
  • Kejatuhan Tsar telah menjadikan Russia sebagai sebuah Negara republik pada 17 march 1917.

 

Baca juga >> Masyarakat Industri Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Sejarah 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *