Masyarakat Industri Nota Sejarah STPM Semester 1

Kongsikan Sekarang

Masyarakat Industri Nota Sejarah STPM Semester 1

 

1.4 Masyarakat Industri

1.4.1  Masyarakat Industri di England

 

Soalan 19: Huraikan ciri-ciri masyarakat Industri yang diamalkan di Eropah.

 

Pendahuluan

  • Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan  menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunkan mesin.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantika masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.

Isi-isi penting:

  1. Kegiatan ekonomi
  • Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan  dan pendapatan bagi menyara hidup. Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan  secara meluas dalam pengeluaran barangan.
  • Mereka menghasilkan barangan secara    besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke sektor industri perkhidmatan.
  1. Pengkhususan kerja
  • Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlakupengkhususan kerja. Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran
  1. Mobiliti sosial
  • Mobiliti bermaksud pergerakan sebagai salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telahmenyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Tambahan pula peningkatan dalam pengeluaran menyebabakan mereka menerima  pendapatan yang tinggi.
  • Hal ini menyebabakan masyarakat dapat menikmati kehidupanyang mewah dan makmur.Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan menengah dalam masyarakat.
  1. Kemunculan kelas
  • Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha lombong.  Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang-kilang perindustrian.
  • Dalam pada itu, golongan pekerja mat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan profesional. Perkembangan ini menyebabakan taraf kehidupan golongan pekerja  meningkat.
  1. Urbanisasi
  • Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja  di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Kebanyakan daripada penduduk dari luar bandar ke bandar untuk bekerja di kilang. Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar perindustrian.
  • Ini menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar.   pekerja secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar perindustrian. Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di England ialah  Manchester, Leeds, Liverpool, dan Lyons.
  1. Literasi
  • Masyarakat industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpendidikan.Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat ini menggunakan ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial yang lain.
  1. Semangat keusahawanan
  • Masyarakat industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalampertumbuhan sektor perindustrian. Antara pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).
  • Mereka mempubyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi dalam bidang perindustrian dan mereka juga memiliki modal yang mencukupi bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.
  1. Perkembangan sains dan teknologi
  • Masyarakat industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang dan teknologi. Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan sektor perindustrian.
  • Perkembangan ini menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan perindustrian. Pada peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh Thomas Newcomen dan James Watt.

Penutup

  • Kemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian yang rapat dengan Revolusi Perindustrian Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.

Soalan 20: Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di England dan Jerman.

Pendahuluan

  • Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
  • Negara England dan Jerman mengalami Revolusi Perindustrian memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran untuk pasaran, pengkhususan dalam bidang ekonomi, pengeluaran secara besar-besaran, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan menggantikan usaha manusia dan kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada pemilikan harta atau modal.

 Isi-isi penting:

  1. Kegiatan ekonomi
  •   Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil. Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.Sebelum revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau mesin maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara besar-besaran.
  •  Barangan yang berlebihan telah diperdagangkan atau dieksport. Selain itu, dalam Revolusi Perindustrian turut merangkumi beberapa aspek iaitu perubahan dalam teknik atau kaedah pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan memperdagangkan barang kilang yang dihasilkan.
  1. Mobiliti sosial
  • Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi . Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
  • Peladang-peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. Mereka rela mengambil risiko untuk melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan.
  1. Pengkhususan kerja
  • Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian drpd kerja utk menghasilkan sesuatu barangan. (pengkhususan kerja). Pembelian mesin memelrukan pelaburan modal yang tinggi. Pemodal-pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak bidang kerana ingin mengawal kos pengeluran. Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedah kerana para majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih. Mereka dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut.
  • Apabila prestasi dibaiki, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Sekiranya kuantiti barangan industri ditingkatkan, barangan tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara. Biasanya mereka hanya mengkhusus dalam satu bidang sahaja. Contohnya, bidang tekstil.
  1. Kemunculan kelas
  • Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat. Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
  • Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool.  Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.
  1. Masyarakat literasi
  • Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan.  MI terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.  Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.
  • Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.
  1. Penggunaan sains dalam proses pengeluaran
  • Pada tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya digunakan secara meluas dalam perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini, pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Kesannya, kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat ditingkatkan.
  • Peningkatan penghasilan arang batu membantu proses Revolusi Perindustrian. Arang batu menjadi sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.  Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan. Pada tahun 1736-1819 James Watt berjaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya, enjin itu dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.. Menjelang akhir tahun 1780an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
  1. Penggunaan sumber-sumber modal secara pesat
  • Sebelum teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia, haiwan atau air. Contohnya, sebelum enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk mendayungnya. Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak. Keupayaan terhad tenaga manusia dan binatang akan mengakibatkan sesuatu kerja atau tugas tidak dapat dijalankan secara berterusan. Apabila mesin berkuasa wap digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau didaratan, masalah ketidakupayaan ini dapat diatasi.
  • Penggunaan mesin oleh pengusaha-pengusaha ini menyebabkan barangan daat dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi murah.

Penutup

  • Perkembangan industri di England dan Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Soalan 21: Huraikan faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di England

Pendahuluan

  •  Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan pengusaha industri dan pekerjan.

Isi-isi Penting:

  1. Faktor pertambahan penduduk.
  • hal ini menyebabkan bekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi.oleh itu, pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian meningkat. peningkatan penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.
  1. Faktor kekayaan bahan mentah.
  • Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di England.England muncul sebagai pengeluar terbesar keluli dan mendahului Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu.
  • Penguasaan tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.
  1. Perkembangan merkantilisme di England
  • juga turut menyumbang kepada peningkatan dalam revolusi perindustrian. perkembangan merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi perindustrian.
  • sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja menerusi dasar apprentice.dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir yang terlatih dan mudah diserapkan dalam mana-mana industri.
  1. Faktor revolusi pertanian.
  • Revolusi pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. peninkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian.
  • Perkembangan ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini menyebabkan England tidak perlu mengimport makanan dari luar Negara.dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang perindustrian.
  1. Faktor keadaan iklim
  • Di England turut membantu perkembangan dalam bidang perindustrian. selain itu, perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas.
  • Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk membasuh , meluntur, dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.
  1. Faktor kelemahan Negara-negara lain.
  • revolusi perindustrian di England muncul kerana kelemahan Negara-negara lain contohnya Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector perindustrian adalah kerana kongkongan adat, kemajuan ekonomi yang tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang perindustrian.
  • selain itu, Negara perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian adalah kerana penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal industri, dan cukai yang tinggi dikenakan terhap pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai perindustrian.
  1. Faktor kemajuan sains dan teknologi
  • Kemajuan sains dan teknologi juga menyumbang kepada peningkatan perindustrian di England. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.
  • Oleh itu, penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di England. Tambahan pula, para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan perindustrian.

Penutup:

  • Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, dan  peniaga,.

Soalan 22: Bincangkan Kesan-kesan revolusi perindustrian di England

Pengenalan

  •  Revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun (1760 – 1860). Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun (1860 – 1914).  Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
  • Revolusi perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan      dalam bidang ekonomi.  Antara kesan Revolusi Perindustrian dalam bidang ekonomi ialah kemajuan dalam pertanian, perkembangan dalam industri tekstil, kemunculan bandar perusahaan, perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan serta perkembangan dalam industri batu, besi, dan keluli.


Isi-isi Penting:

Kesan Ekonomi

  1. Kemajuan Dalam Pertanian

  •  Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah perjanjian.  Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka.  Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah awam dijadikan tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir  diperkenalkan oleh Lord Townshed.  Dalam sistem penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud.  Sebaliknya tanah rang ditanam dengan tanaman rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen di dalam tanah.
  •  Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham.  Beliau member sumbangan dalam kaedah menebus guna tanah pertanian.  Beliau memperkenalkan tanaman akar seperti lobak putih, parnsnip, Swedes, dan mangolds. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu.  Beliau mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri yang terbaik.
  •  Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan. Petani juga terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang sama. Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan petani. Kemajuan dalam pertanian menyebabkan pelbagai kaedah baharu diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini digunakan untuk menggali lubang dan menabur benih pada jarak tertentu.  Kaedah ini juga memudahkan petani kerja menggemburkan dan membersihkan tanah pertanian.
  1. Perkembangan Dalam Industri Tekstil

  • Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Penemuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat. Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England.  John Kay, James Hargreaves, Edmund Cartwight, Sir Richard Arkwight, dan Samuel Crompton merupakan tokoh yang mencipta mesin dalam industri tekstil.
  1. Kemunculan Bandar Perusahaan

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.  Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham.  Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air.

  1. Perdagangan

  • Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat. Perdagangan antarabangsa menyebabkan negara industri menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.  Bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa, England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian.

  1. Kemajuan Dalam Bidang Pengangkutan

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem pengangkutan yang baik disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran.  Antara tokoh yang memberikan sumbangan dalam pembinaan jalan raya ialah John Metcalf, Thomas Telford, dan John McAdam. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap direka oleh George Stephenson pada tahun 1825. Pada tahun 1761, James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut arang batu ke bandar perusahaan Manchester.

  1. Perkembangan Industri Arang Batu, Besi, Dan Keluli

  • Revolusi Peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli meningkat. Perkenbangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu turut meningkat. Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain dalam pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder, Abraham Darby the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir William Siemens, dan Sir Henry Bessemer merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan keluli.


Kesan Sosial


1.Pertambahan Penduduk

  •  Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England.  Antara tahun 1800 dan 1850, bilangan penduduk di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor yang menyebabkan pertambahan penduduk adalah seperti peningkatan taraf hidup, kemajuan dalam kesihatan, pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi penduduk.
  • Pertambahan penduduk menyebabkan berlaku penghijrahan penduduk ke luar negara seperti India, Australia, dan China.

  1. Perubahan Gaya Hidup

  •  Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Revolusi ini menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula merosot.
  • Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Dalam konteks ini, status keturunan tidak menentukan kejayaan seseorang.

  1. Kemunculan Golongan Kelas Menengah

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul golongan kelas menengah yang mempunyai kuasa politik. Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen. Golongan ini menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan pekerja dalam parlimen.  Antara tokoh yang memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England ialah David Ricardo.  Pada abad ke-18, ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.

  1. Kemunculan Golongan Proletariat

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat.  Mereka terdiri daripada pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian. Golongan pekerja melancarkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi membantah penggunaan jentera di kilang-kilang.

  1. Kepupusan Industri Kecil

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman mereka untuk bekerja di kilang perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan industri kecil yang dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.

  1. Kesesakan Di Bandar Perindustrian

  • Antara bandar perindustrian yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons.  Kesesakan yang berlaku di bandar perindustrian menyebabkan timbul masalah perumahan, kesihatan, dan sanitasi.  Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun, dan batuk kering.

  1. Pengkhususan Kerja Dan Pengeluaran Besar-Besaran

  • Menyebabkan berlaku pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran secara besar-besaran.
  • Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.

  1. Ekspoiltasi Terhadap Pekerja Wanita Dan Kanak-Kanak

  • Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerjadi kilang dan lombong arang batu. Ekspoiltasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada batasan had masa kerja.  Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja di kilang selama 13 hingga 15 jam sehari.  Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta Kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama lapan jam sehari.
  • Pada tahun 1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita bekerja di lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.


Penutup

  • Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara perindustrian.
  • Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doctor, peguam, dan jurutera.

Soalan 23: Bincangkan kesan-kesan ekonomi ke atas Revolusi Perindustrian di England.

Pendahuluan

  • Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barang serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Revolusi perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam bidang ekonomi.

Isi-isi Penting:    

  1. Kemajuan dalam pertanian.
  • Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan yang pesat dalam teknologi pertanian. Berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah pertanian. Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan dan telah menjadikan tanah awam menjadi tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend.
  • Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik serta sistem pemajakan jangka panjang diperkenalkan oleh Coke Holkham. Beliau menyumbang dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam perternakan lembu dan biri-biri. Penggunaan baja tiruan diperkenalkan hasil daripada kemajuan dalam bidang sains. Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan perternakan. Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan pelbagai kaedah pertanian baharu diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih.
  1. Perkembangan dalam industri tekstil.
  • Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil. Kemajuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan cepat. John Kay mencipta mesin penenun yang dikenali sebagai Flying Shuttle pada tahun 1733. James Hargreaves mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Spinning Jenny pada tahun 1765.
  • Edmund Cartwight mencipta mesin menenun kain yang menggunakan kuasa air. Sir Richard Arkwright mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Water Frame yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1769. Samuel Crompton mencipta mesin pemintal yang dikenali sebagai Mule yang dapat mempertingkatkan pengeluaran tekstil sehingga sepuluh kali ganda.Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England. Perkembangan ini menyebabkan ramai penduduk di England mencari pekerjaan di kilang-kilang.
  1. Kemunculan bandar perusahaan.
  • Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang. Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Pertambahan penduduk di kawasan bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi teruk. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang tidak baik.
  • Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan pesat. Pedagangan antara bangsa tidak terhad kepada komoditi, malah melibatkan pengeluaran barang industri secara besar-besaran. Kerajaan England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian dan memansuhkan tarif import bahan-bahan mentah bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan pasaran.
  1. Kemajuan dalam bidang pengangkutan.
  • Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran. John Metcalf memperbaiki sistem saliran di jalan raya. Thomas Telford membina jalan raya dalam dua lapisan. John McAdam membina jalan raya dengan menggunakan batu hancur dan jalan raya tar. Kemajuan ini menyebabkan penggunaan kereta kuda dan kereta sorong meningkat.
  • Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada tahun 1801. George Stephenson mereka lokomotif berkuasa wap pada tahun 1825. Kereta api pertama di Britain beroperasi antara manchester dengan Liverpool pada tahun 1829. Sistem pengangkutan laut berkembang ekoran daripada kemajuan dalam teknologi pembinaan kapal. James Bridley membina Terusan Worsley untuk mengangkut batu ke bandar perusahaan Manchester.
  1. Perkembangan industri arang batu, besi dan keluli.
  • Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan untuk arang batu, besi dan keluli meningkat. Arang batu diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk melebur bijih besi. Arang batu terdapat dalam kuantiti yang besar di New Castle dan Wales. Kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli dan arang batu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri di England.
  • Abraham Darby the Elder memajukan kaedah melebur besi dengan bahan bakar daripada arang batu yang dipanggil Coke pada tahun 1712. Abraham Darby the Younger memperbaiki hasil ciptaan ayahnya dengan menggunakan relau bagas pada pertengahan abad ke-18. Henry Cort menemui kaedah menghasilkan besi yang lebih kuat.
  • Benjamin Hunstmen menghasilkan keluli yang berkualiti tinggi. Sir William Siemens menemui kaedah yang lebih baik dalam penghasilan keluli pada tahun 1865 dan Sir Henry Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli daripada bijih besi.

Kesimpulannya:

  • perkembangan Revolusi Perindustrian telah memberikan kesan yang sangat mendalam kepada negara England dalam bidang ekonomi. Perkembangan ini sekaligus meningkatkan kemajuan negara England dalam bidang ekonomi.

Soalan 24 :Bincangkan kesan-kesan sosial ke atas revolusi perindustrian di England

Pendahuluan :

  • Pengertian masyarakat industri ialah masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barang serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Masyarakat ini mengamalkan pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran. Terdapat dua golongan dalam masyarakat ini, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.  Seorang tokoh, berbangsa Scott mengemukakan konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Istilah ‘masyarakat industri’ diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosiali Perancis.

Isi-isi penting :

  1. Pertambahan penduduk
  • Pertambahan penduduk meningkat dua kali ganda, sekitar tahun 1800 dam 1850. Pada tahun 1800, bilangan penduduk di England bejumlah 11 juta dan meningkat kepada 21 juta orang pada tahun 1850.
  • Antara faktor yang menyebabkan berlaku pertambahan penduduk ialah: Peningkatan taraf hidup penduduk, Kemajuan dalam kesihatan, Pengurangan kadar kematian di dalam dan luar Negara, Penghijrahan penduduk dari luar Bandar ke Bandar dan Migrasi penduduk dari Ireland. Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya penghijrahan penduduk keluar ke negara seperti India, Australia dan China.
  1. Perubahan gaya hidup
  • Revolusi perindustrian mnyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke Bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
  • Suasana kehidupan di Bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula merosot dan menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti jenayah dan pelacuran. Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Status keturunan tidak menentukan kejayaan.
  1. Kemunculan golongan kelas menengah 
  • Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen bagi menyuarakan hak dan kepentingan mereka. Mereka menuntut hak-hak ekonomi serta golongan pekerja dalam parlimen. Antara tokoh yang terlibat untuk memperjuangkan hak pekerja dalam parlimen England ialah David Ricardo. Pada abad ke-18 ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.
  • Mereka berjaya mempertahankan hak mereka dengan meluluskan akta-akta bagi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka. Antara akta yang diluluskan oleh parlimen British bagi mempertahankan golongan menengah adalah: Pada tahun 1813 –  Pemansuhan monopoli Syarikat HIndia Timur dan 1814 – Pemansuhan Akta Perantis.
  1. Kemunculan golongan proletariat
  • Revolusi perindustrian menyebabkan kemunculan kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Golongan ini terdiri daripada pekrja yang berkerja di kilang-kilang perindustrian. Mereka terlibat dalam pekerjaan memintal, menenun atau bekerja di kawasan lombong.
  • Pengenalan jentera berkuasa wap telah menyebabkan ramai pekerja di Britain kehilangan pekrjaan dan belaku masalah pengangguran. Gerakan luddite dilancarkan bagi membantah penggunaan jentera di kilang.
  1. Kepupusan industri kecil :
  • Revolusi perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman untuk bekerja di kilang perindustrian.
  • Perkembangan ini menjejaskan industri keil dijalankan di kawasan luar Bandar terjejas.
  1. Kesesakan dibandar perindustrian
  • Penghijrahan penduduk dari kawasan luar Bandar menyebabkan berlaku kesesakan dibandar perindustrian. Antara Bandar yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons. Kesesakan ini menyebabkan timbul masalah peumahan, kesihatan dan sanitasi.
  • Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun dan batuk kering kerana Bandar yang sesak tidak mempunyai sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang baik.
  1. Pengkhususan kerja dan pengeluaran besar-besaran
  • Revolusi perindustrian menyebabkan berlskunys pengkhususan kerja dan pengeluaran secara besar-besaran. Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.
  1. Eksploitasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak
  • Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerja di kilang dan lombong arang batu. Kemalangan sering berlaku yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Pekerja wanita dan kanak-kanak dipaksa bekerja berjam-jam dengan pendapatan yang rendah. Eksploitasi ini berlaku kerana tiada batasan had masa bekerja. Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja dikilang selama 13 hingga 15 jam sehari.
  • Penindasan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membela nasib mereka. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama 8 jam sehari. Pada tahun 1842, parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita bekerja do lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.

Penutup :

  • Revolusi perindutrian yang tercetus di England pada abad ke-18 dan abad ke-19 telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap Negara Eropah. Revolusi ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat industri. Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat industri mempunyai kedudukan sosial yang menarik dalam sebuah masyarakat. Masyarakat ini tinggal di kawasan Bandar dan terlibat secara langsung dalam sektor perindustrian.
  • Masyarakat ini juga terdiri daripada golongan proletariat (kelas pekerja) dan pengusaha kilang-kilang. Kemunculan masyarakat industri menybabkan muncul pertubuhan dan pergerakan yang memperjuangkan hak dan nasib golongan pekerja yang tertindas. Perkembangan ini menyebabkan perubahan dalam sistem sosial di negar Eropah.

Soalan 25: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas keadaan pekerja kilang di England.


Pendahuluan

  • Revolusi perindustrian memperlihatkan perubahan yang belaku di Britain dan negara perindustrian. Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
  • Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.  Seorang tokoh, berbangsa Scott mengemukakan konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Istilah ‘masyarakat industri’ diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosialis Perancis menerangkan tentang beberapa kesan revolusi ke atas keadaan pekerja kilang-kilang di England.


Isi-isi Penting:

  1.    Perkembangan drastik dalam perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan. Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunya tempoh masa kerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja setiap minggu.Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup hidup sahaja.
  1. Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita antaranya kilang besi, kilang kulit kawasan perlombongan dan pembinaan.dianggarkan pada tahun 1840an, 6000 pekerja wanita telah bekerja di lombong-lombong. Buruh kanak-kanak di ambil bekerja di kilang dan lombong arang batu dan bekerja selama empat belas jam sehari. kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.mereka terpaksa menarik da menolak kereta sorong di dalam lombong arang batu.kanak-kanak yang bekerja dalam sektor perkilangan pula menghadapi risiko kehilangan jari.
  1. Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin.Jika ke tandas atau berehat pekerja akan didenda. Keadaan ini menyebabkan pekerja keletihan dan mengakibatkan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam mesin.
  1. Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang. Rumah pekerja hanya dibina sederet, tiada tandas dan tiada bekalan air etapi dikenakan sewa yang tinggi. keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda seperti taun dan batuk kering.
  1. Tekanan yang dialami oleh pekerja menyebabkan mereka mengambil beberapa tindakan untuk menentang penindasan.Antaranya penganggur telah meminta kerajaan menyekat penggunaan mesin namun ditolak oleh Parlimen. Para pekerja membuat rusuhan antara yang terkenal ialah rusuhan Luddite yang dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir dari bahagian penenunan. Mereka berjaya kerana kerajaan berjaya memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan membenarkan pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
  1. Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk meninjau keadaaan kanak-kanak yang sedang bekerja. Penggubalan Akta kilang pada tahun 1833 iaitu masa bekerja kanak-kanak dihadkan tidak lebih daripada 9 jam. Beberapa akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang. Akta tersebut ialah Akta Lombong 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta sepuluh jam 1847 yang menghadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10 jam.


Penutup

  • Perkembangan industri di England kepada perkembangan masyarakat meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

1.4.2  Masyarakat Industri di Jerman

Soalan 26: Faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman

Pendahuluan:

  • Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
  • Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai  telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan  bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.Antara ialah faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman.

Isi-isi Penting:

  1. Antara faktor perkembangan masyarakat industri di Jerman ialah revolusi perindustrian ini menyaksikan perubahan penggunaan sumber tenaga manusia kepada penggunaan mesin. Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah,iaitu selepas revolusi perindustrian di England.Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914.Revolusi tersebut meninggal kesan mendalam di Jerman yang merangkumi aspek politik,ekonomi,dan sosial.
  1. Seterusnya, revolusi perindustrian di Jerman berkembang apabila kerajaan Jerman memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan kemudahan infrustruktur. antaranya ialah pembinaan jalan raya,terusan,dan jalan kereta api.Selain itu,kerajaan Jerman juga memberi perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf. Kerajaan Jerman juga memperkenalkan beberapa undang-undang yang memesatkan perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18. Misalnya,pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.
  1. Selain itu, pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang murah dalam sektor perkilangan. Pada abad ke-19,jumlah penduduk Jerman meningkat daripada 23 juta orang kepada 56 juta orang.Pertambahan penduduk Jerman ini memperlihatkan bahawa satu pertiga daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.Kesannya membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak tinggi dalam pasaran perindustrian.
  1. Tambahan pula, pertumbuhan perindustrian turut digalakkan dengan pertambahan penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar-bandar utama di Jerman. Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawansan Ruhr, Saxony, Silesia,  dan Berlin.Penduduk di kawasan ini bertambah sekali ganda dan membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan.
  1. Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah turut menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.Sumber bahan mentah yang ada ialah arang batu,bijih besi,bijih timah di Ruhr,Lorraine dan Silesia pada tahun 1870.kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada peningkatan pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0 juta tan kepada 15.5 juta tan.Jerman juga terkenal dalam industri tekstil.Industri ini telah berkembang sejak tahun 1870 di Saxony, barat Bavaria, Wurttemberg ,dan Rhineland.

 

Kesimpulannya,

  • perkembangan masyarakat industri di Jerman dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jerman menyebabkan Jerman mempertingkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang.

Soalan 27: Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 hingga ke 19

Pendahuluan

  • Masyarakat industri mengalami ledakan dunia Eropah dalam kekayaan kebendaan kesan kemunculan baharu dalam perindustrian, sumber kuasa, dan pengeluaran .

 Isi-isi penting

  1. Kemajuan dalam teknik penyelidikan
  • Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiiti.
  • Beberapa perbadanan Jerman telah member sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang. Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
  1. Kemajuan kewangan
  • Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman  menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. 1840an, Bank of Prusia  berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital. Bantuan modal mempercepatkan perkembangan industri  di jerman pada tahun 1870an.  Hal ini menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
  • Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto of Stuttgard (1851), Deutsche Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872). Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu, serta sisitem pengangkutan darat dan laut.
  • Jerman menyelaraskan tariff dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
  1. Perluasan perdagangan antarabangsa
  • Pada tahun 1870-an, berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masaah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman berkembang kepada 243.8% dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
  • Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaa mengambil alih bahagian Barat daya Afrika, Togonland, dan Cameron. Seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
  1. Kejuruteraan manusia
  • Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih efektif.
  • Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit de corps’.
  1. Kemajuan sistem pengangkutan
  • Pembinaan jalan keretapi  dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil pembangunan industri  besi dan keluli. Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman. Kerajaan juga menyediakan  kadar perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke negara-negara Eropah lain.
  • Kemajuan ini membolehkan Jerman mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain Negara Eropah. Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman  bernilai 100 juta pound sterling.
  1. Peluasan perdagangan antarabangsa
  • Perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan mentah.
  • Perindustrian di Jerman telah berkembang  kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.
  1. Dasar kerajaan Jerman

  • Pada 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 187-1910. Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Pada tahun 1884, Reichstag meluluskan Undang-undang Insurans Kemalangan. Memanipulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
  • Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang menghasilkan ramai tenaga mahir dan diiktiraf oleh Negara lain. Undang-undang insuran sosial dikuatkuasakan pada tahun 1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika ditimpa kemalangan semasa bertugas. Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh  satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.

Penutup

  • Perkembangan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.


Soalan 28 : Bincangkan kesan-kesan revolusi perindustrian di Jerman

Pendahuluan

  • Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah berasaskan pelbagai bahan, sumber dan bentuk.
  • Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang dan besi.


Isi-isi Penting:

Kesan ekonomi

Kemajuan Teknologi

  • Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti berikut:  Tenaga elektrik digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan jentera, Petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan Keluli menggantikan besi sebagai galian utama.
  • Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan baharu. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak pasaran.

Kemajuan Penyelidikan

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan.
  • Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan.

Pengeluaran Besar- Besaran

  • Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal dan kereta.
  • Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran.

Imperialisme Baharu

  • Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh di Asia dan Afrika.
  • Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang dikenali sebagai imperialisme baharu. Imperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China. Negara-negara industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara industri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.

Peningkatan Peranan Kerajaan.

  • Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import. Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan barangan tempatan.
  • Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal perniagaan dan buruh,  Menyediakan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan professional dan Pasaran baharu dibuka bagi menjamin pembekalan bahan mentah dan bahan api.

Perluasan perdagangan antarabangsa

  • Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan Bismark supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman. Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
  • Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884.  Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungasn perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China.

Kemajuan sistem kewangan 

  • Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman. Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan  perniagaan di Jerman. Di Bank turut menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di Timur Jauh,  Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah.
  • Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank. Bantuan  modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan.

kesan sosial 

Dasar kerajaan Jerman

  • Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883.  Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (reichstag) meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan.
  • Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman. Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.

Kemelesetan Ekonomi

  • Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-kilang menghentikan pengeluaran. Tambahan pula, kilang-kilang perindustrian juga mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja.
  • Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami kesukaran hidup.

Kebajikan pekerja

  • Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga kebajikan golongan pekerja. Sebagai contoh, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Insurans Sosial pada tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.
  • Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang dihentikan kerja akibat penyakit.

Kemajuan sistem pengangkutan

  • Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api.
  • Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.

Penutup

  • Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua jenis kesan terhadap negara tersebut. Kesan dari segi ekonomi dan sosial. Antara kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah pengeluaran besar-besaran, kemajuan penyelidikan serta lahirnya kuasa imperialisme baharu.  Dari segi sosial pula, kesan yang dapat dilihat ialah kemelesetan ekonomi akibat pengeluaran yang berlebihan serta kebajikan pekerja yang dijaga oleh kerajaan Jerman.
  • Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan perkembangan di Jerman dari semua aspek. Revolusi perindustrian di Jerman telah menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.

Soalan 29: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan di Jerman 

Pendahuluan

  • Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan pengeluaran tenaga mahir. Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara lain.
  • Terdapat beberapa kesan revolusi ke atas dasar kerajaan Jerman.

Isi-isi penting:

  1. Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans pada tahun 1883. Fungsi undang-undang insurans tersebut ialah menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Banyak pusat kesihatan didirikan  di daerah-daerah dan kos pembiayaan di tanggung stau pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada kalangan pekerja. Reichstag telah meluluskan
  1. Undang-undang Insurans Kemalangan pada tahun 1884, yang meliputi pembayaran bagi rawatan perubatan. Pencen bagi pekerja industri yang berhenti kerja akibat penyakit.Kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan.Skim ini seterusnya diperluaskan kepada pekerja dalam bidang pertanian. Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.
  1. Memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reighstag pada tahun 1878. Kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah yang difikirkan ‘terancam’ serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran.
  1. Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman. Kesemuanya di kawal oleh pengurusan professional yang lebih kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran dan penghormatan kenaikan pangkat dalam masyarakat perdagangan daripada kepentingan individualistic dan kewangan. Kakitangan awam mentadbir jalan kereta api, lombong, telegraf, dan perkhidmatan telefon di Jerman.
  1. Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan. Jerman di kenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah. Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke atas Perancis pada tahun 1870 hingga tahun 1871 menyebabkan semua Negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.

Penutup:

  • Kegagalan  golongan liberal memanfaatkan kesepakatan  mereka dengan Bismarck dalam kes tarif telah membawa perubahan besar dalam dasar ekonomi pasaran bebas di Jerman. Bismarck  mengamalkan dasar ekonomi pasaran bebas walaupun tidak di sukai oleh segolongan tuan tanah dan pengusaha industri.
  • Jerman mengalami kekurangan bijirin dalam Negara sendiri dan pemansuhan dasar ekonomi bebas. Tahun 1879, Bismarck telah memperkenalkan Undang-undang Tarif.

Baca juga >> Masyarakat Maritim – Nota Sejarah STPM Semester 1

Sumber Nota Blog Sejarah 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *