Perang Dunia Pertama Nota STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Perang Dunia Pertama Nota STPM Semester 2

 

3.4 Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama 1914-1918

Jelaskan strategi tentera Barat di Asia Barat dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918

Pengenalan

  1. Perang dunia pertama berlaku pada 28 julai 1914 hingga tahun 1918 dan bermula di balkan. Perang dunia pertama yang berlaku melibatkan dua blok kuasa besar iaitu pakatan bertiga yang terdiri daripada britain, perancis, dan rusia menentang perikatan kuasa tengah yang terdiri daripada jerman, austria-hungry (kuasa-kuasa pusat). apabila perang berterusan, negara-negara lain menyertai pakatan bertiga manakala kerajaan turki uthmaniyah menyertai perikatan kuasa tengah.
  2. Perang dunia pertama berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti ekonomi, politik dan sosial. Faktor segera yang membawa kepada tercetusnya perang ini ialah peristiwa pembunuhan archduke franz ferdinand. Pihak berikat telah mengambil beberapa strategi dalam perang dunia pertama di terhadap negara-negara di Asia barat.

Isi-isi Penting:

  1. Strategi Pihak berikat di asia barat ialah menjatuhkan kerajaan turki uthmaniyah. Semasa perang dunia pertama, Kerajaan turki uthmaniyah berada di bawah pemerintahan sultan abdul hamid ll. Pihak berikat ingin menjahtuhkan pemerintahan terakhir khalifah islam di turki. Kekalahan kerajaan turki uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui parajurit anggota freemason yang menyertai tentera turki uthmaniyah. Muncul pegawai-pegawai muda tentera yang memainkan peranan penting dalam komplot rampasan kuasa menggulingkan institusi kesultanan turki uthmaniyah termasuk mustafa kamal.
  1. Mengalahkan turki uthmaniyah dari segi politik merupakan strategi yang dilakukan oleh pihak berikat di asia barat. Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan sultan dalam mengendalikan pemerintahan menjadikan institusi politik tidak memenuhi tuntutan semasa. Kelemahan kepimpinan semakin terserlah apabila ketidakmampuan khalifah dan kerajaan turki uthmaniyah dalam menghadapi kemaraan imperialisme barat. Kelemahan kerajaan turki semakin nyata apabila terpaksa tunduk kepada tekanan kuasa barat seperti melaksanakan tanzimat mengikut acuan barat dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran.
  1. Membahagikan sama rata tanah jajahan antara Britain dan PerancisPerancis mendapat mandat untuk menduduki Syria, Lebanon dibawah  mandat kelas A yang diakui oleh Liga Bangsa. British pula mendapat mandat untuk menduduki Iraq, Transjordan, Palestin di bawah mandat kelas A hasil Persidangan San Remo
  1. Selain itu, pihak berikat juga telah menyemarakkan semangat nasionalisme arab untuk melawan turki. bermula abad ke-18, berlaku pergolakan di kalangan di kalangan bangsa arab di al-jazirah yang tidak mahu mengiktiraf kerajaan turki uthmaniyah. Selain dipengaruhi oleh agenda barat, bangsa arab bertindak demikian kerana mereka mula menyedari kelemahan dan kemerosotan kerajaan turki uthmaniyah. British berjaya mempengaruhi pemimpin arab seperti keluarga saud dan sharif hussain di hijaz agar menetang penguasaan turki uthmaniyah di arabia.
  1. Pihak berikat telah mengadakan perjanjian sulit dengan zionis dan arab. Campur tangan zionis antarabangsa bermula sejak abad ke-16 masihi lagi dalam kerajaan turki uthmaniyah di bawah gerakan jawatankuasa persatuan dan kemajuan (CUP). bangsa yahudi mempunyai misi untuk mendapatkan bumi palestin tetapi terhalang oleh tindakan khalifah-khalifah turki uthmaniyah yang enggan menyerahkannya. Ahli kumpulan CUP menguasai pentadbiran kerajaan turki uthmaniyah selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid ll.

Kesimpulan

  1. Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang telah dilakukan oleh pihak berikat di asia barat seperti menjatuhkan kerajaan turki uthmaniyah, mengalahkan turki uthmaniyah dari segi politik, menyemarakkan semangat nasionalisme arab melawan turki dan mengadakan perjanjian sulit dengan zionis dan arab. Pihak berikat telah menjahtuhkan kerajaan turki uthmaniyah.
  2. Kekalahan kerajaan turki uthmaniyah sebenarnya telah dirancang melalui parajurit anggota freemason yang menyertai tentera turki uthmaniyah.kekalahan turki dalam perang dunia pertama menyebabkan runtuhnya pemerintahan khalifah islam dan turki telah menjadi sebuah negara republik.

Huraikan operasi tentera di Asia Barat dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918

Pengenalan

  1. Perang Dunia Pertama telah berlangsung pada tahun 1914 sehingga 1918 di antara dua blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia menentang Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman dan Austria-Hungry.
  2. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dan kekuasaan empayarnya. Terdapat beberapa operasi tentera di Asia Barat seperti di Anatolia, Semenanjung Sinai, Arabia dan Iraq.

Isi-isi Penting

  1. Anatolia

  2. Perang bermula dengan percubaan Turki menawan caucasus dan mengalahkan Azerbaijan dan terus ke Iran yang masih neutral pada tahap ini. Pada akhir tahun 1914, Rusia telah berjaya mengambil semula wilayah itu dan berjaya masuk ke timur Turki seperti Erzurum, Erzinjan dan Van. Pada bulan Mac 15, armada British cuba menawan selat Dardanelles tapi gagal.
  3. Pada bulan April, British dengan bantuan askar New Zealand, Australia dan French telah mendarat di Galipoli untuk menawan Istanbul. Tetapi usaha yang dilakukan oleh British tersebut telah membawa kegagalan dan pada bulan Januari 1916, British telah keluar daripada Gallipoli.
  4. Semenanjung Sinai

  5. Semenanjung Sinai merupakan semenanjung yang berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Laut Merah dan terletak di Mesir. Pada 15 Februari, tentera dari negara Turki cuba untuk melintasi Terusan Suez tetapi usaha tersebut telah gagal.
  6. Pada tahun 1916, British mencuba untuk melintasi Semenanjung Sinai untuk menawan palestin dan syria. Pada 17 Mei, dengan bantuan tentera daripada German, berlaku peperangan di antara Turki dan British di Palestin. Pada bulan Disember 1917, Comander Allenby telah berjaya menawan Palestin dan Syria telah jatuh ke tangan British pada 18 September.
  7. Arabia

  8. Sebelum berlakunya peperangan, Arabia telah berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah kecuali Aden dan Teluk Parsi yang merupakan kawasan jajahan British. British telah melakukan tipu muslihat untuk menghasut famili Saud bangkit memperluaskan kuasa. Usaha yang dilakukan oleh British tersebut telah berjaya menghasut famili Saud.
  9. British juga telah berjaya mengumpan keluarga Shariff Husin untuk menentang Turki. Perang telah berakhir dengan famili Saud telah berjaya menguasai Arabia. Anak Husin telah dihantar ke Iraq dan Syria tetapi usaha tersebut gagal.
  10. Iraq

  11. Operasi tentera di Iraq bermula pada 14 November, dimana British telah berada di Iraq dengan tujuan untuk menjaga telaga minyak di Iran. Tetapi tujuan utama British ialah untuk menawan Basra dan bertemu dengan askar Rusia yang datang dari Caucasus serta menutup jalan perhubungan Turki. Pada 17 Mac, baghdad telah berada di kekuasaan British.
  12. Siri Perjanjian Sulit

  13. Perjanjian constantinople telah dimeterai pada mac 1915 di antara Rusia, France dan British. Dalam perjanjian tersebut Rusia dikehendaki menakluk selat dan kws. perairan termasuk istanbul, Istanbul akan jadi pelabuhan bebas kepada semua Allies dan  tanah suci islam akan dibebaskan dari Turki dan diberi merdeka.
  14. Perjanjian London 1915

  15. Perjanjian ini dibuat antara Britain, France, Rusia dan Itali sebagai habuan Itali kerana bersama mereka. Itali berkuasa penuh di Pulau Dodecanese dekat perairan turki. Semua kuasa sultan Libya diserahkan kpd. Itali.
  16. Mereka bersetuju menyerahkan kepentingan Itali di Mediteranean sekiranya mereka menang dalam perang ini.
  17. Perjanjian Sykes-picot – may 1915 

  18. Perjanjian ini telah membatalkan semua perjanjian yang melibatkan Turki dengan kuasa-kuasa asing sebelum ini.
  19. Rusia diberi tanah di Erzurum, Trebizond, Van, Vitlis,
  20. France dpt.  pantai Syria, Adana dan tanah di sempadan dgn. yg. Rusia dpt.,
  21. Brit. dpt. Selatan  Iraq, Baghdad, Haifa dan Acre.
  22. Alexandretta diisytihar pel. bebas.
  23. Palestin akan jadi zon antarabangsa.

Kesimpulan

  1. Kesimpulannya, operasi tentera di Asia Barat dalam Perang Dunia Pertama telah berlaku di Anatolia, Semenanjung Sinai, Arabia dan Iraq. Peperangan di Arabia merupakan  operasi utama tentera di Asia Barat dalam Perang Dunia Pertama. Hal ini demikian kerana British telah berjaya menghasut famili Saud dan keluarga Shariff Husin untuk menentang Turki. British, Perancis dan Rusia bersepakat demi kepentingan mereka di Timur dan Eropah. Sharif Husain begitu  menaruh harapan tinggi kepada British untuk mendapatkan kemerdekaan bagi orang Arab.
  1. British merupakan kuasa dominan dalam menentukan wilayah. Kerana Yahudi , Amerika telah melibatkan diri secara aktif di Timur Tengah. Faktor ekonomi merupakan perkara yang dominan yang menyebabkan perluasan kuasa barat di Timur Tengah. Kewujudan nasionalis yahudi kerana telah dijanjikan tempat di Palestin, nasionalis Arab dan Imperialis Barat. Kesannya Turki Uthmaniyah telah tewas dalam Perang Dunia Pertama dan hilang kekuasaan di Asia Barat.

Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama tahun 1918 ke atas  empayar kerajaan Turki Uthmaniyah

Pengenalan

  1. Perang Dunia Pertama telah berlangsung pada tahun 1914 sehingga 1918 di antara dua blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia menentang Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman dan Austria-Hungry.
  2. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah menyertai Perang Dunia Pertama sebagai usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahannya kekal dan kekuasaan empayarnya. Terdapat beberapa kesan kejatuhan turki Uthmaniyah selepas Perang Dunia Pertama 1918.
  1. Pembentukan sistem mandat

  2. Perancis mendapat mandat untuk menduduki Syria, Lebanon dibawah  mandat kelas A yang diakui oleh Liga Bangsa
  3. British pula mendapat mandat untuk menduduki Iraq ,Transjordan ,Palestin di bawah mandat kelas A hasil Persidangan San Remo
  1. Kejatuhan Dinasti Qajar
  1. Pemerintah di Iran sejak abad ke 18
  2. Rampasan kuasa Reza Khan
  3. Penubuhan negara Rebublik
  4. Pembaharuan Reza Khan
  1. Kesan ke atas Arabia

Di Semenanjung Arab Saudi

  1. Persaingan Bani Hashim dan Keluarga Sa’ud
  2. Husain mengisytiharkan dirinya sebagai Raja
  3. Anaknya, Ali, Abdullah, Faisal dan Zaid dilantik sebagai raja kemudian digulingkan
  1. Kesan di Afrika
  1. Gerakan kebangsaan berkembang
  2. Afrika Utara (pergolakan di Libya)
  3. Mesir
  4. Barat Mesir (pergolakan Maghribi, Algeria dan Tunisia)
  1. Kesan ke atas Caucasia dan Timur Tengah
  1. Kesan ke atas Caucasia. w/pun perang tamat pd. nov. 1918, rusia jadi m’lah baru bila berlaku revolusi dan kesan sampingan iaitu: 1. penduduk bukan rusia berjuang utk. keluar dr. Rusia dan 2. Askar berikat menentang gerakan kominis. hal ini menyulitkan proses damai di asia tengah dan caucsia.
  2. Kesan ke atas Timur Tengah. revolusi melemahkan rusia dan penduduk georgia, armenia dan azerbaijan istihar merdeka pd. 1918. penduduk di asia tengah juga bergerak ke arah itu. turkestan, bukhara, dan kirhgiz istihar merdeka pd. dec. 1917. Pada 1918, barat mula campur  kurangkan pengaruh komunis.
  3. Pusat di tashkent terpaksa diserang bri. tapi gagal dan tinggalkan tempat pd. april 20.  lepas itu, rusia terus tawan kws. berkenaan spt. khiva jun 1919, ashkhabad pd. okt., bukhara pd. sept 20. azerbaijan jatuh pd. april 20, armenia pd. nov 20, georgia pd. mac 21.  kes. rusia berjaya kekalkan kuasa spt. zaman tsar, kalahkan semua muslim disana, bri. makin takau dgn. kuasanya di india dan t/t/.

Kesimpulan

  1. Kesimpulannya, British, Perancis dan Rusia bersepakat demi kepentingan mereka di Timur dan Eropah. Sharif Husain begitu  menaruh harapan tinggi kepada British untuk mendapatkan kemerdekaan bagi orang Arab.
  2. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah adalah kerana orang Arab dan Yahudi. British merupakan kuasa dominan dalam menentukan wilayah. Kerana Yahudi , Amerika telah melibatkan diri secara aktif di Timur Tengah. Faktor ekonomi merupakan perkara yang dominan yang menyebabkan perluasan kuasa barat di Timur Tengah. Kewujudan nasionalis yahudi kerana telah dijanjikan tempat di Palestin, nasionalis Arab dan Imperialis Barat.


     Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada penglibatan kerajaan Turki dalam perang dunia pertama 1914 hingga 1918.

Perang Dunia Pertama telah meletus bermula pada 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. Peperangan ini telah melibatkan pertempuran di antara dua buah pihak, iaitu  pihak Kuasa Bersekutu yang dikenali juga sebagai Kuasa Berikat  dan pihak Kuasa Pusat. Kuasa Bersekutu terdiri daripada kebanyakan kuasa barat seperti Perancis, Russia, Britain, Amerika Syarikat, Itali dan Kanada. Manakala Kuasa Pusat pula terdiri daripada Jerman, Australia-Hungary,Turki dan Bulgaria. Peperangan ini bermula di Balkan dan telah merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di dunia terlibat dalam Perang Dunia Pertama ini.Dawlah Uthmaniyah merupakan satu-satunya kuasa Islam yang terlibat dalam peperangan ini. Kesan daripada perang ini amat besar ke atas dunia Islam dalam mencorakkan senario politik umat Islam. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang telah membawa kepada penglibatan Kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918).

                 Antara faktor yang telah menyebabkan penglibatan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama ialah untuk faktor untuk mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah memihak kepada Jerman dan telah menyatakan persetujuan untuk menyokong Jerman dalam Perang Dunia Petama sekiranya Jerman memberikan bantuan dalam krisis Austria dan Serbia. Sebab utama Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman adalah kerana bimbang dengan rancangan Rusia yang ingin menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah di kawasan Balkan. Lagipun Jerman tidak di anggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa imperialis seperti Britain,Perancis, dan Rusia yang menjajah negara umat Islam.Kaiser Wilhelm ll(Jerman) menonjolkan imejnya sebagai pembela umat Islam. Kaiser Jerman cuba memujuk orang Islam bahawa mereka akan membantu perjuangan umat Islam dalam menentang penjajahan di Afrika Utara dan percubaan kuasa asing menduduki kawasan-kawasan yang masih berada di bawah penguasaan orang Islam. Dengan ini jelaslah bahawa faktor penglibatan kerajaan Turki adalah kerana berharap empayarnya dapat di pertahankan.

      Selain itu, faktor yang membawa kepada penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama ialah faktor untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah Turki. Perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menguasai Bosnia-Herzegovina, bekas wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah bermula sejak abad ke-19 lagi.  kuasa-kuasa Eropah khususnya Rusia berhasrat  untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah. Rusia menghasut orang Serbia di Bosnia-Herzegovina supaya memberontak terhadap pemerintahan Turki Uthmaniyah. Rusia juga membantu Serbia menentang Turki Uthmaniyah pada tahun 1878. Dengan bantuan Britain, empayar Turki Uthmaniyah masih bertahan daripada tekanan Rusia. Namun, apabila Britain mula berbaik dengan Rusia pada tahun 1907 dan sebelum itu Britain berbaik dengan Perancis pada tahun 1904 menyebabkan keselamatan Turki Uthmaniyah mula tergugat. Kemudian, ketiga-tiga kuasa Eropah itu berpakat untuk menguasai empayar Turki Uthmaniah dan meruntuhkan pemerintahan Khalifah Turki. Perkara ini jelas memperlihatkan faktor penglibatan Turki dalam Perang Dunia Pertama adalah untuk menguasai semula semua wilayahnya.

Seterusnya, pengisytiharaan jihad juga merupakan antara faktor penglibatan Kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Apabila perang meletus antara Jerman dan Britain, dua buah kapal Jerman, iaitu Goeben dan Breslau di serang oleh tentera laut British dari Laut Mediteranean ke Selat Dardanellas. Bagi melindungi perkara tersebut,dua buah kapal ini di beli oleh Turki Uthmaniyah. Admiral Jerman iaitu Wilhelm Souchon turut di pakaikan dengan pakaian seragam tentera Turki Uthmaniyah. Tindakan Turki Uthmaniyah tersebut telah menyebabkan Rusia dan Eropah memprotes kerana tindakan itu mencabar dasar berkecuali. Apabila kapal-kapal Turki Uthmaniyah menyerang Rusia pada bulan Oktober, Rusia dan sekutunya bertindak menyerang balas dengan mengisytiharkan perang pada 5 November 1914. Kerajaan Turki Uthmaniyah kemudiannya mengisytiharkan perang jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu Britain, Rusia dan Perancis. Pengisytiharan perang oleh Britain memaksa Turki mengeluarkan fatwa yang dikenali sebagai Jihad-i-Ekhbar Fard-I-Aenon. Jelas terbukti salah satu faktor Turki melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama ialah apabila jihad diisytiharkan.

Di samping itu, faktor penglibatan Kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama juga ialah Perjanjian Sykes-Picot. Perjanjian ini telah ditandatangani secara sulit antara British dan Perancis. Dalam perjanjian ini, Timur Tengah dibahagikan kepan zon-zon yang menjadi wilayah mereka selepas perang. Contohnya, kawansan Teluk dan utara Syria dikuasai oleh Perancis. Manakala Iraq, Haifa, Arced an Transjordan dikuasai oleh British. Palestin di bawah pengaruh international administration. Sebarang keputusan yang dibuat dalam perjanjian ini turut dibincangkan bersama Rusia sebagai sekutu dalam perang ini. Pada awalnya Rusia bersetuju. Namun kemudiannya menolak berikutan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 M. Rusia telah bertindak mendedahkan isi kandungan perjanjian Sykes- Picot kepada kerajaan Uthmaniyah. Hal ini menimbulkan kemarahan orang Arab kerana pihak British dan Perancis telah menunjukkan ketamakan melampau dengan penguasaan wilayah umat islam. Ini menjelaskan bahawa Perjanjian Sykes-Picot telah menjadi faktor Turki terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

Akhir sekali, Kerajaan Turki terlibat dalam Perang Dunia Pertama adalah disebabkan faktor Gencatan Senjatan Mudros. Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920. Pendudukan Tentera Bersekutu ke atas Constantinople dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki. Di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha Atartuk (seorang komander tentera yang tersohor ketika Pertempuran Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki yang menarik balik terma-terma Perjanjian SevresPada 18 September 1922, tentera-te’ntera kolonial diusir dan tertubuh sebuah negara Turki yang baharu. Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan sistem kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Jelaslah bahawa salah satu faktor penglibatan Kerajaan Turki ialah faktor Genjatan Senjata Mudros.

Kesimpulannya, Kerajaan Turki Uthmaniyyah terlibat  dalam Perang Dunia Pertama adalah didorong oleh bebapa faktor antaranya ialah faktor untuk mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan, faktor untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah Turki, faktor pengisytiharaan jihad, faktor Perjanjian Sykes-Picot dan faktor genjatan senjata Mudros. Namun, disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah menghasut gabenor-gabenor Turki Uthmaniyah di kawasan-kawasan tertentu dan penduduk tempatan yang anti-kerajaan di samping sokongan kuat pihak Berikat menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah tewas dalam Perang Dunia Pertama ini.

       Analisiskan faktor-faktor kekalahan kerajaan Turki dalam Perang Dunia Pertama.

Khalifah Turki Uthmaniyah berkuasa selama hampir lapan abad iaitu tahun 1299 hingga 1924 M. Semasa proses keruntuhannya, empayar Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang luas meliputi Semenanjung Balkan, Asia Kecil, Timur Tengah dan Afrika. Namun, disebabkan pelbagai faktor, akhirnya empayar Turki Uthmaniyah sehingga memberi impak kepada dunia Islam. Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Kelemahan pemerintahan merupakan salah satu faktor yang membawa kepada kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.Kelemahan pemimpin dan pentadbiran menyumbang kepada kemerosotan dan kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah.  Kebergantungan sistem birokrasi kepada kemampuan seorang sultan dalam mengendalikan pemerintahan menjadi institusi politik ini tidak memenuhi tuntutan semasa. Ini juga membuka peluang dan ruang kepada golongan elit politik untuk kepentingan peribadi.  Tiada pelan peralihan kuasa (succesion plan). Ini berlaku kerana tiada mekanisma dalam pelantikan pengganti khalifah yang layak untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga. Perebutan kuasa juga sering terjadi apabila tiada pelan peralihan kuasa yang disepakati dan ini menjejaskan keutuhan pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah.  Sistem Syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin berdasarkan kekuatan pengaruh dalam istana.   Keadaan ini telah mendorong ke arah putera-putera khalifah yang menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan kepimpinan. Dengan ini kelemahan pemimpin telah menjadi kesan yang mendalam kepada kejatuhan kerajaan uthmaniyah.

Selain itu, agenda terancang oleh pihak barat juga merupakan factor kepada kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia PertamaKerajaan Turki Uthmaniyah terlibat dalam Perang Dunia pertama 1914-1918 dalam menjadi sekutu jerman.  Dalam peperangan ini Turki menderita kekalahan teruk.  Sebenarnya kekalahannya ini memang sudah dirancang melalui parajurit anggota freemason (pertubuhan Yahudi) yang menyertai tentera Turki Uthmaniyah.Penjajahan ke atas barat ke atas dunia islam selepas Perang Dunia Pertama dan penguasaannya keatas Turki Uthmaniyah merupakan satu tamparan hebat dan lebih berbahaya dari serangan tartar ke atas baghdad pada zaman abbassiyah kerana meskipun mereka mengalahkan orang islam mereka juga beramai-ramai menganut ke agama islam.Kekalahan Turki Uthmaniyah keatas perang dunia pertama telah membawa kepada kehancuran sistem pemerintahan baharu dan merebohkan keyakinan dan moral umat islam. Demikian agenda terancang oleh pihak barat merupakan faktor yang menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyah sendiri  telah melibatkan diri dalam perang dunia.

Dalam pada itu, Kelemahan Ketenteraan juga merupakan salah satu factor kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Pembubaran pasukan elit tentera janissary oleh sultan mahmd II pada awal abad ke-19m memberi impak negative perpanjangan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah.  Tentera janissary merupakan tunjang kekuatan turki uthmaniyah dan kuasa yang mengembangi kekuasaan mutlak sultan  Pemodenan milimiar tidak mengembangi dengan peningkatan displin, ilmu, dan teknologi ketenteraan menyebabkan turki uthmaniyah tidak mampu untuk berdepan dengan persenjataan tentera barat.  Kesannya munculnya pegawai-pegawai muda yang berkomplot dalam mengulingkan kuasa kesultanan turki uthmaniyah. Dengan ini secara tidak langsung kelemahan ketenteraan menyebabkan kuasa kerajaan turki uthmaniyah mula goyah dengan kuasa ketenteraan yang lemah.

Di samping itu, Peranan Turki Muda juga merupakan salah satu lagi faktor kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Kedua. Kemorosotan kerajaan turki Uthmaniyah awal abad ke-20m membawa kepada kemunculan gerakaj nuthmani muid, turki muda dan gerakan secular.  Era kebangkitan golongan Uthmani muda, khalifah masih mampu bertahan.  Namum era, regim turki muda mereka Berjaya mendominasikan pentadbiran kerajaan dan ketenteraan.  Mereka berusaha memodenkan bidang pentadbiran kerajaan dan membubarkan institusi kesultanan Turki Uthmaniyah   Sekularisme menjadi prinsip utamadalam memproses pemodenann turki dan melemahkanpengaruh islam yang dinaungi oleh khalifah. Dengan ini wajarlah melalui peranan turki muda telah wujudnya pembaharuan dalam kerajaan.

Manakala perkembangan bidang pendidikan dan pengetahuan juga merupakan salah satu faktor kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Sekolah-sekolah dan institusi missionari di bawah kawalan barat dan ditubuhkan dalam wilayah Turki Uthmaniyah.  Ia menjadikan anak-anak umat islam semakin jauh daripada  daripada ajaran islam malah lebih dekat denga ajaran kristian .  mereka akhirnya takjub kepada ketamaduanan barat dan kurang kurang selesa dengann tamadun timur, sekolah-sekolah moden dengan kokurikulum, buku teks, guru-guru yang mendapat galakan missori memberi kesan yang cukup yang cukup yang hebat terhadap minda umat islam dari segi kecenderungan ilmu eropah.  Penghantaran pelajar ke eropah oleh kerajaan kerajaan turki uthmaniyah terutamanya dalam bidang pengajian sastera dan sains sosial telah membentuk pemikiran , nilai , dan tingkah laku baharu terhadap agama, nasiolisme,  dan reformasi politik barat contohny aziya  gokaip bapa nasiolisme turki merupak pemuja tamadun barat. Dengan ini jelaslah melalui perkembangan bidang pendidikan dan pengetahuan menyebabkan bangsa turki lebih tertarik dengan budaya eropah berbanding budaya timur.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang telah menjadikan turki uthmaniyah kalah dalam perang dunia pertama pada tahun 1914 hingga  1918.  Antara faktornya ialah kelemahan pemimpin, agenda terancang oleh pihak barat,kelemahan ketenteraan, peranan turki muda , dan perkembangan bidang pendidikan dan ilmu pengetahuanSituasi ini telah menyumbangkan kepadakeruntuhan kesatuan politik umat islam dan wujudnya kefahaman kebangsaan yang sangat sempit iaitu Fahaman Kebangsaan  Turki dan diikuti oleh fahaman yang mengembalikan semula semangat assabiyah jahiliah sebelum islam,. Paling penting kekalahan ini telah membawa kepada ambang keruntuhan kerajaan Turki Uthmaniyah yang menandakan berakhirnya pemerintahan khalifah di arena politik dunia.

     Bincangkan peranan gerakan kebangsaan Turki pimpinan Mustapa Kamal Attaturk dalam perang kemerdekaan Turki.

Nama asal beliau adalah Mustafa Kemal Pasha. Beliau dilahirkan pada tahun 1881 di SelânikEmpayar Uthmaniyah (hari ini Thessaloniki, Yunani). Nama ayah beliau adalah Ali Rıza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Mustafa Kamal Atatürk berusia 7 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Dia kemudian dibesarkan oleh ibunya iaitu Zübeyde Hanım. Apabila beliau berusia 12 tahun, dia dihantar ke sekolah tentera Selânik dan Manastır (kini Bitola, Republik Macedonia). Mustafa Kemal Atatürk menyertai Akademi Tentera Uthmaniyah di Manastır pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Dia kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya di dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil ‘Vatan ve Hürriyet’ (Tanah air dan Kebebasan). Beliau meninggal dunia pada 10 November 1938. Gerakan sulit ini aktif menentang Empayar Uthmaniyah yang dipimpin oleh autoritarian Abdul Hamid II. Terdapat beberapa beberapa peranan Gerakan Kebangsaan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attanturk dalam Perang Kemerdekaan Turki.

Gerakan Kebangsaan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal berperanan membawa kepada ModernisasiTurkidalam Perang Kemerdekaan Turki. Pada mulanya, mustaffa kamal telah menumpukan tenaganya kearah menyusun bidang pentadbiran, memperketatkan penguasaannya dan mensekularkan Turki agar negara itu lebih erat dengan Tamadun Barat. Sebenarnya, segala perkara ini telah pun dijalankan oleh mustaffa kamal sewaktu beliau sedang memikir menegakkan sebuah republik di Turki. Pada musim bunga 1923 bagi memperketatkan kuasanya ke atas hal ehwal negeri dan untuk membantu isnet inonu, orang kanannya memperkukuhkan kedudukannya sebagai serunding bagi pihak turki di persidangan Lausanne. Mustafa kamal telah membentuk sebuah parti politik iaitu parti republik rakyat  Terdapat pembaharuan yang telah dilakukan oleh oleh beliau semasa melakukan medernisasi kerajaan Turki uthmaniyah antaranya ialah memansuhkan bahasa arab dan menghalangkan penggunaan al quran di Turki Uthamaniyah kerana ingin mengikuti cara barat. Dengan ini jelaslah bahawa modernisasi kerajaan Turki Uthmaniyah telah menjadikan Turki menjadi sebuah negara yang bercorak Autoraktik yang dipimpin oleh Mustaffa kamal.

Selain itu, Gerakan Kebangsaan Turki juga turut membangkitkan semangat nasiolisme rakyatdalam Perang Kemerdekaan Turki.Setelah perang dunia tamat pada tahun 1918. Empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah bersama-sama sekutunya telah kalah. Para turki muda melarikan diri. Kini Mustafa kamal bebas mengambil beberapa tindakan yang dikehendakinya.  Mustaffa kamal telah menyusun strategi barisan pertahanan daripada pelbagai kelompok itu dan yang paling menarik ialah beliau mengistiharkan atas nama islam dalam menyebarkan pengaruhnya  Misalnya berdasarkan pimpinannya yang cekap dalam perjuangan ini, maka rakyat telah mula menyanjungi Mustafa kamal sebagai seorang Ghazi iaitu pejuang agama islam, sanjungan itu rupa-rupanya akan menyebabkan para pencinta islam akan berasa pilu apabila mengikuti aktiviti-aktivitinya. Dengan ini wajarlah melalui pimpinan Mustafa kamal telah memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan semangat nasiolisme dalam kalangan masyarakat di Turki Uthmaniyah.

Dalam pada itu, Gerakan Kebangsaan Turki turut berperanan mempertahankan Turki Uthmaniyah dalam Perang Kemerdekaan Turki. Pada tahun 1913, perang Balkan telah meletus dan orang-orang pelarian mula membanjiri wilayah uthmaniyah.  Mustafa kamal selaku seorang nasionalis melihat perkembangan ini dengan rasa marah bercampur baur dengan perasaan sedih.  Dalam pada masa itu , rejim turki muda yang dipimpin oleh tiga serangkai yang mashyur iaitu enver, Talat, dan jamal telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai membalas dendam terhadap campur tangan pihak berikat. Dalam hal ehwal empayar uthmaniyah selama ini mereka telah memberikan sokongan  utama kepada pihak Axis dalam perang dunia pertama. Mustafa kamal telah membankang melalui dasar ini yang dilihatnya sebagai satu jalan untuk menempah maut kerajaan Uthmaniyah.  Misalnya dia bermati-matian memperjuangkan Kerajaan Uthmaniyah dan namanya menjadi harum akibat kejayaannya   menewaskan tentera berikat di galipoli pada tahun1916. Demikian melalui perjuangan Mustafa kamal telah menjadikan negara Turki Uthmaniyah dapat dipertahankan daripada negara asing.

Akhir sekali, Gerakan Kebangsaan Turki turut berperanan mengukuhkan kuasa dalam  kerajaan Turki Uthmaniyahdalam Perang Kemerdekaan Turki.Dalam usaha untuk menguikuhkan kuasanya ,Ataturk sejak dari awal-awal lagi telah mempergunakan atau memperalatkan institusi ketenteraan. Sehubungan dengan ini ia telah mengawasi agar pihak tentera sentiasa diberikan layanan yang istmewa dan ditanamkan dengan displin, semangat kebangsaan turki dan ketaatan yang mutlak Terhadap Presiden  Republic Turki. Bagi memastikan pihak tentera menyokongnya misalnya ia juga telah meletakkan sahabat-sahabatnya ke dalam ketenteraan bagi memastikan sokongan dalam ketenteraan dapat dikekalkan. Dengan ini melalui pengukuhan kuasa, Mustafa kamal telah Berjaya meletakan pemerintahan pentadbirannya selama 20 tahun.

Kesimpulanya, terdapat beberapa peranan yang dilakukan oleh Mustafa kamal dalam gerakan kebangsaan iaitu modernasi turki, membangkitkan semangat nasiolisme rakyat, mempertahankan turki uthmaniyah, dan pengukuhan kuasa dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Oleh itu terdapat peranan yang dominan dalam peranan Mustafa kamal dalam gerakan kebangsaan iaitu modernasi turki bagi memastikan turki uthmaniyah menjadi sebuah kerajaan yang bercorak lebih baik sebelum pemerintahan sultan abdul hamid iii. Walaubagaimana pun setelah mencengkam turki selama 20 tahun atatuk telah jatuh sakit dan meningal dunia pada 10 november 1938.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *