Intelektual Perkembangan Ilmu Nota Sejarah STPM Semester 1
Intelektual Perkembangan Ilmu
3.2 Intelektual (England dan Perancis)
3.2.1 Perkembangan Ilmu
Soalan 78: Huraikan Faktor–faktor Perkembangan Zaman Pencerahan
Pengenalan
- Pencerahan (enlightment), satuzaman yang berlaku selepas Zaman Renaisans dan Reformasi. Revolusi Intelektual yang melahirkan pemikiran yang liberal dan moden.
Isi-isi Penting:
Faktor-faktor Perkembangan Zaman Pencerahan
- Pengaruh Renaisans
- Melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal. Kemunculan negara bangsa, ciptaan baharu, kemajuan seni bina, seni lukis dan lain-lain. Melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka.
- Pengaruh Reformasi
- Menamatkan konsep dunia kristian dan melahirkan aliran pemikiran baharu seperti Protestan, Anglican, dan Presbyterianism. Kemunculan Negara Mutlak, mempunyaikuasa Autonomi dan bebas dari ancaman gereja. Idea baharu seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.
- Pengaruh Ahli Falsafah
- Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu mempengaruhi Zaman Pencerahan. Semangat Zaman pencerahan di peroleh daripada revolusi saintifik dan intektual pada abad ke-17.
- Idea tentang kemajuan merupakan ciri-ciri dominan dalam tamadun Eropah pada abad ke-17 hingga abad ke-20.
- Kemunculan Kelas Pertengahan
- Golongan budiman mula meninggalkan tabiat lama sesuai dengan Zaman baharu.kemunculan golongan Borjuis(kelas Pertengahan), merupakan golongan yang lebih berpendidikan.
- Columbus Maggelan dan Francis Drake, merupakan tokoh yang terlibat dalam penjelajahan. Prasangka terhadap budaya asing terhakis akibat cara pemikiran baharu iaitu secara Empiris dan sebab munasabah
Kesimpulan
- Apa-apa yang berikatan
Soalan 79: Huraikan sumbangan ilmu pada zaman Pencerahan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Eropah.
Pendahuluan
- Zaman Pencerahan Ialah Zaman yg telah melahirkan masyarakat Eropah yg lebih terbuka berdasarkan konsep toleransi, kebebasan, perlembagaan dan tdak lagi dkongkong oleh gereja Zaman Ini telah meninggalkan beberapa kesan yang nyata dalam bidang politik , sosial dan ekonomi .
Isi-isi Penting:
Perkembangan Politik
- Raja-raja dikenali sebagai ‘enlightened despot’ ingin memerintah dengan penuh kesedaran. Raja percaya bahawa perangai manusia jugamengikut undang-undang yg boleh dtemui melalui alasan dan pemerhatian. Mereka juga percaya bahawa undang-undang ini ditemui dan menjadi kewajipan mereka untuk mempraktikkan dengan tegas abad-18, mereka menfokuskan perhatian kepada cara-cara menggunakan kuasa politik utk mmperbaiki taraf hidup manusia. seorang pemerintah pada zaman pencerahan melihat negara sebagai entiti yang suci, kddukan negara sangat tinggi dan mereka dapat memajukan negara tanpa had Mereka melaksanakan pemusatan kuasa kerajaan dgn menghapuskan keistimewaan yang dinikmati
- Federik The Great telah mengambil langkah mwujudkan toleransi agama, memajukan pendidikan awam, mewujudkan perkhidmatan awam, menyatukan undang-undang dan memajukan pentadbiran keadilanJoseph II berusaha untuk membebaskan serf dalam masayarakat. Sesetengan pemerintah cuba utk menghapuskan sempadan provinsi lama. Mereka membina jentera pentadbiran sebuah negara yang moden yang boleh berfungsi terus tanpa campur tangan raja. Mereka menghapuskan imuniti yg dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan elit di peringkat bandar. Penyeksaan dan hukuman berat ditolak oleh pemerinta pada zaman pencerahan, mereka cuba membentuk mahkamah rayuan di peringkat daerah dan provinsi .
Perkembangan Ekonomi
- kegiatan ekonomi mempunyai hubungan yang rapat dengan pendapatan negara dan ketenteraman awam. Sistem perburuhan serfdom dianggap kaedah pengeluaran yg tidak berperikemanusiaan dan tidak ekonomik Di Eropah timur dan tengah, pemerintah berusaha menghapuskan sistem perburuhan ini .
- Raja-Raja pada zaman ini berusaha utk mlahirkan masyarakat tani yang bebas, maju dan dinamik. perindustrian, raja-raja menghapuskan semua sekatan ke atas perjalanan ekonomi negara, mereka menggalakkan penubuhan syarikat. Perdagangan bebas dilaksanakan, Sekatan kastam dikurangkan kemudahan infrastruktur dibina Perjanjian-perjanjian perdagangan diadakan untuk meningkatkan hubungan dengan negara-negara lain
Perkembangan Sosial
- Idea progresif merujuk kpd kepercayaan bahawa khidupan manusia akan menjadi lebih baik berbanding dari zaman nenek moyang mereka. idea ini tel;ah menyumbang kepada kepada kehidupan yg lebih baik utk generasi yg akan datang . Dua Matlamat utama raja-raja zaman ini adalah untuk mengurangkan kuasa gereja dan memodenklan sistem pendidikan .
- kuasa POPE dikurangkan dan mereka kini memerlukan kebenaran diraja sebelm melakukan pelantikan. Agen-agen dari rom turut hilang kuasa mereka untuk melawat monastri . latihan dan tugas paderi di ambil ahli oleh negara . Golongan paderi dijadikan agen dalam bidang pendidikan , kesihatan dan kebajikan. Institusi monastri telah dimansuhkan dan harta milik institusi dirampas .
- Kuasa menapis surat khabar diambil daripada gereja dan ditadbir oleh negara. Toleransi diperluas kepada semua golongan. Pendidikan di peringkat universiti , sekolah rendah, menengah di perluas . mata pelajaran praktikal dan kaedah moden disatukan untuk melatih pgawai-pgawai awam juruteknik dan buruh biasa serta susun sosial juga dipulihkan
Penutup
Sumbangan paling utama pemikir zaman ini adalah menyediakan Eropah utk era yg lebih progresif . Perkembangan intelektual telah melahirkan ramai pemikir yg mengemukakan idea-idea yang berharga dalam politik , ekonomi dan sosial.
Soalan 80: Huraikan Perkembangan ilmu di England
Pendahuluan
- Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan renaisans yang bermula di itali pada abad ke-14.Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16.Di England,Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth yang dapat dilihat dalam beberapa peringkat.
- Peringkat pertama ialah zaman Renaisans.zaman Renaisans terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama dan peringkat kedua Renaisans bermula pada abad ke-14 hingga ke-17.Renaisans peringkat pertama ialah pergerakan intelektual,sastera dan seni yang bermula di itali manakala Resainans peringkat kedua merupakan revolusi yang berlaku dalam bidang keagamaan akibat reformasi protestan.
- Peringkat kedua ialah Reformasi protestan yang berlaku pada abad ke-15.Renaisans dalam bidang keagamaan yang membawa kepada pecahnya gereja katolik dan terbentuknya gereja protestan. Peringkat ketiga ialah revolusi sains yang berlaku pada abad ke-16 dan abad ke-17.revolusi sains ialah perubahan dan penemuan dalam bidang sains tentang cara melihat dunia semula jadi.
- Zaman terakhir ialah zaman pencerahan yang berlaku pada abad-18.zaman pencerahan ialah perubahan masyarakat dari era kejahilan kepada era baru ekoran perkembangan sains dan manusia.
Isi-isi penting:
Kelahiran zaman Renaisans
- Zaman Renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama, politik, sosial, dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme, dan kritis turut berkembang. Renaisans bermaksud kelahiran semula yang merujuk kepada perkembangan keilmuan , keintelektualan, sastera dan seni. Resainans bermula di Itali (1350) dan akhirnya merebak keseluruh Eropah. zaman Renaisans dianggap sebagai zaman pemulihan semula selepas tragedi black Death dan masalah politik yang melanda pada Eropah pada abad ke-14.
- Semasa berlangsungnya zaman Renaisans, berlaku beberapa perubahan dalam masyarakat Eropah yang mencukupi beberapa aspek:
- a)Aspek keintelektualan yang mementingkan semangat inkuiri atau penyelidikan dan menekankan pemikiran logic dan falsafah.
- b)Aspek politik yang membawa zaman Renaisans pembentukan monarki baharu seperti Portugal, England ,Belanda, dan Perancis.pada abad ke-15,berlaku perubahan dalam sistem pemerintahan di Eropah yang meliputi kuasa raja (meningkat),kuasa bangsawan (dikurangkan) ,dan usaha untuk menguasai Gereja.
- c)Aspek sains, zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi sains yang tercetus pada abad ke-17.ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang bertentangan pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle.Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian dan hasil penemuan hendaklah disertakan dengan bukti Empirikal.
- d)Aspek seni dan seni bina. zaman Renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistic.Teknik ini berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara realistic.sebagai contoh,Leonardo da Vinci melukis aNATOmi manusia dan alam semula jadi.perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter merupakan contoh seni bina agung yang dibina dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal seperti Michealangelo, Raphael dan Sangallo.
Reformasi Protestan
- Reformasi protestan dipelopori oleh tokoh martin Luther dan john calvin. faktor tercetusnya reformasi kerana ketidakpuasan hati dengan dokrin, ritual dan organinisasi gereja Roman katolik dan merupakan perusahaan pembaharuan Gereja roman katolik (GRK).
- Golongan reformasi ini berusaha untuk menghapuskan dokrin palsu dan juga amalan rasuah dikalangan penguasa gereja.reformasi diperluaskan lagi dengan alat pencetakan dan pembaharuan dalam bidang teologi kontemporari iaitu menilai semula hubungan antara manusia dan tuhan.
- Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi.Kitab bible telah diterjemahkan dalam bahasa Jerman sekaligus telah merangsang perkembangan literasi.
Revolusi Sains
- Revolusi sains,bermula di Itali dan berkembang keseluruh Eropah dan melahirkan masyarakat yang maju.pada abad ke-16 dan 17,banyak penemuan baru dalam bidang sains.kemunculan dan perkembangan revolusi sains telah menjadi batu asas kepada sains moden.Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud sebelum ini.hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.
Zaman Pencerahan
- Zaman pencerahan,revolusi sains telah membawa kepada munculnya zaman pencerahan.zaman pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada kejahilan @ zaman kegelapan kepada zaman era baru yang moden.Antara tokoh yang terkenal pada zaman pencerahan ialah John Locke, Voltaire, Charles Louis de Secondat dan Montesquieu.
Penutup
- Zaman Resainans telah melahirkan masyarakat Eropah yang perpengatahuan.perkembangan dalam bidang Intelektual,agama,sains dan kesenian telah membawa perubahan yang besar dalam aspek pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea baru sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.
Baca juga >> Perkembangan Ekonomi Pertanian Nota Sejarah STPM Semester 1
Sumber Nota Blog Sejarah