Sumbangan Tokoh Negara Filipina dan Thailand Semester 3

Kongsikan Sekarang

Sumbangan Tokoh Negara Filipina dan Thailand

Sumbangan Tokoh Negara Filipina dan Thailand

 

4.3.2 Sumbangan Tokoh

Soalan 158: Huraikan sumbangan Macapagal dalam konteks pembangunan Negara Filipina

Pengenalan

  • Diosdado Pangan Macapagal lahir di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden Filipina ke-9 (1961-1965) sebagai ”Orang Terjujur” dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.

Isi-isi Penting:

  1. a)Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari Kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari Amerika Syarikat menyerahkan Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.
  2. b)Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana dianggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
  3. c)Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membiarkan wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang asing.  Melaluinya berjuta-juta peso dapat dipungut setiap tahun.  Beliau juga meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
  4. d)Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di Filipina.

Kesimpulan

  • Keseluruhannya, Macapagal telah berjaya melaksanakan program dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.

    Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram  dalam pembinaan negara Thailand pada tahun 1938 hingga 1957.


Phibun Songkhram

Pengenalan

  • Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara,Kanagawa,Jepun semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator ketenteraan pula.Sepanjang tempoh  tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan sosial.

Isi-isi Penting:

Aspek politik

  1. a)Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.Hasilnya ,Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.
  2. b)Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara.Beliau jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.
  3. c)Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur  kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah dijajah.

Aspek Ekonomi

  1. d)Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya.Demi membangunkan ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik.Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.
  2. e)Beliau juga turut memberi sumbangan kepada  kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.
  3. f)Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja.Selain itu,undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.
  4. g)Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara.

Aspek Sosial

  1. h)Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.
  2. i)Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang bermakna ‘Tanah Bebas’.Beliau juga berjaya menaikkan semangat  dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.
  3. j)Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar,sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa  Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.

 Kesimpulan

  • sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938 hingga 1957. Sumbangan beliau jelas  terutama dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan negara Thai.Program-program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.
  • Masyarakat Thailand juga berjaya disemai dengan nilai-nilai bangga akan negara .Namun demikian,sistem demokrasi berparlimen semasa pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera yang berkuasa mutlak.

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *