Sistem Sosial Masyarakat Vietnam dan Indonesia

Kongsikan Sekarang

Sistem Sosial Masyarakat Vietnam dan Indonesia

Sistem Sosial Masyarakat Vietnam dan Indonesia

1.2 Sistem Sosial

1.2 Sistem Sosial

Soalan 114: Jelaskan konsep dan susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19M.

Pendahuluan

  • Susun lapis masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari China dan pengaruh ajaran agama Confucius.
  • Susun lapis masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas kemunculan kerajaan islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi-isi penting

Konsep Masyarakat

  • Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri daripada golongan pemerrintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah merangkumi raja dan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa.
  • Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian lapissan masyarakat yang jelas antara golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarrakat Vietnam dan Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah dan hilang kuasa akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya imperalisme pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Susun lapis masyarakat Vietnam

  1. Maharaja
  • Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan mengikut keluarga atau dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan mendapat pendidikan confucius yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati. Baginda dianggap ‘Anak Syurga’ yang mendapat mandat untuk memerintah daripada Tuhan.
  • Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, sekiranya seseorang maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat, maka tindakan itu akan memberi kesan kepada negara.
  1. Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)
  • Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam masyarakat Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja. Golongan Quan atau Mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.
  • Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti menyampaikan maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan. Mereka juga bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara serta mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan ditugaskan mengetuai kementerian seperti kementerian kewangan dan kementerian kehakiman.
  1. Rakyat
  • Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri daripada rakyat biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan terbesar ddalam susun lapis masyarakat Vietnam namun mereka tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Rakyat biasa yang pandai dan berpengetahuan dalam ajaran Confucius dengan mendalam berpeluang menjadi pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti sosial wujud dalam sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun kain atau menghasilkan tembikar.
  • Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang tinggi dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi sawah.

Susun Lapis Masyarakat Indonesia

Struktur masyarakat di Acheh

  1. Sultan
  • Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt Acheh.Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung kepada masyarakat Acheh.
  • Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat, memakmurkan negara dan menjamin keselamatan negara. Sultan Acheh berkuasa mutlak dengan memerintah seluruh negara dan keseluruhan jajahan takluknya.
  1. Kerabat Diraja
  • Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosila masyarrakat Acheh.
  • Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah Acheh.
  1. Pembesar/Uleebalang/Golongan Bangsawan/Ulama
  • Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam hierarki sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan dan pertahanan. Mereka menggunakan gelaran Teuku. Golongan bangsawan pula terbahagi kepadda dua, iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan kerabat diraja.
  • Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian ilmunya dan sering menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.
  1. Rakyat
  • Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat Acheh. Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.
  • Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama seperti petani, nelayan, pelayar dan pedagang.

Struktur masyarakat di Pulau Jawa

  1. Sultan
  • Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa seperti Sultan Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di wilayah dan jajahan takluknya.
  • Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam
  1. Priyayi atau Bangsawan
  • Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara golongan bangsawan  dan petani adalah rapat dan bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.
  • Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja. Priyayi sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan (Bupati).
  1. Golongan Rakyat
  • golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan. Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam padi.
  • Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan.

Penutup

  • Raja masih merupakan tonggak dalam susun lapis masyarakat Vietnam dan Indonesia kerana terikat dengan sistem feudal yang diamalkan.
  • Kemaraan kuasa Belanda di Indonesia dan Perancis di Vietnam telah mengubah susun lapis masyarakat di kedua-dua negara.

 

 

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *