Tiada Istilah Cop Parking Mana-mana Permis Denda Rm2000 dan 6 Bulan Penjara.

Kongsikan Sekarang

Tiada Istilah Cop Parking Mana-mana Permis Denda Rm2000 dan 6 Bulan Penjara.

 

Ramai Tak Tahu, Tindakan ‘Cop’ Tempat Parking Sebenarnya Boleh Dikenakan Hukuman Penjara, Denda

Pada hari ini, boleh dikatakan hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kenderaan, tak kira motorsikal, kereta, van dan sebagainya.

Perkara ini bukan sahaja menyebabkan jalan raya menjadi semakin sesak, malah ia juga menyebabkan tempat parkir menjadi semakin terhad.

Lihat sahaja di bandar-bandar besar, seringkali kita lihat ada pemandu yang terpaksa menghalang kereta lain dan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi oleh pemilik kereta yang dihalang.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perangai sebahagian daripada kita yang tanpa segan silu cop parkir yang disediakan untuk kegunaan orang awam seperti di rumah pangsa, apartmen mahupun di hadapan kedai.

Akan tetapi ramai yang tidak sedar bahawa tindakan cop parkir ini adalah satu jenayah dan pelaku boleh dikenakan denda dan hukuman penjara sehingga satu tahun.

Hukuman berkaitan gejala ini telah dikongsikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melalui Facebook-nya baru-baru ini.

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

INFO:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel keaduantrafik@jpj.gov.my
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.

Sumber: FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *