Karangan Peranan Ibu Bapa Mengawal Penggunaan Telefon Pintar

Kongsikan Sekarang

Karangan Peranan Ibu Bapa Mengawal Penggunaan Telefon Pintar

Karangan Peranan Ibu Bapa Mengawal Penggunaan Telefon Pintar

 

Telefon bimbit merupakan sesuatu alat komunikasi yang membenarkan seseorang untuk menghubungi
orang lain . Pada awal sejarahnya , Alexander Graham Belllah yang merupakan pencipta kepada alat
komunikasi yang dinamai telefon . Dengan perkembangan dan pemodenan terhadap ciptaannya , manusia
telah berjaya mengembang telefon kepada telefon selular yang biasa digunakan oleh orang ramai pada
zaman moden ini . Telefon telah menjadi satu kemestian kepada setiap pelajar yang bersekolah kerana
telefon akan membekal pelbagai maklumat kepada pelajar , tapi sebaliknya , telefon juga telah membawa
konotasi negatif apabila disalahgunakan . Oleh itu , ibu bapa berperanan penting untuk memantau
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak . Persoalannya , apakah peranan ibu bapa dalam
memantau penggunaan telefon bimbit dalam kalangan anak-anak?

Jika ditelusuri secara mendalam , ibu bapa boleh mengehadkan penggunaan telefon bimbit jika
mendapati anak-anak mereka ketagihan dalam permainan maya atau terlalu sibuk bersembang dengan
rakan-rakan melalui media sosial atau internet . Sebagai contoh , ibu bapa boleh membenarkan anak-anak
mereka untuk menggunakan telefon untuk waktu tertentu sahaja seperti meluluskan anak-anak mereka
bermain dengan telefon pada hari malam . Hal ini dapat mengurangkan ketagihan anak-anak terhadap
telefon bimbit . Dengan ini , anak-anak mereka dapat menumpuk perhatian terhadap pelajaran mereka ,
bukan permainan maya atau aplikasi-aplikasi lain yang tidak memberi sebarang manfaat . Ada peribahasa
melayu mengatakan bahawa pecah menanti sebab , retak menanti belah kerana jikalau masalah ketagihan
anak-anak terhadap telefon bimbit tidak diselesaikan dari awal , nescaya akan membawa implikasi makro
terhadap masa hadapan mereka.

Meniti wasitah yang seterusnya , ibu bapa boleh membeli telefon bimbit untuk anak-anak apabila anakanak mereka mencecah usia yang cukup matang untuk menggunakan telefon bimbit . Jikalau tidak , anakanak yang terdedah dengan telefon bimbit akan menyalahgunakan telefon bimbit ini untuk mencari
kesenorokan . Dalam jangka masa yang panjang , mereka akan ketagihan terhadap telefon bimbit sehingga
ketagihan mereka tidak dapat dikawal lagi . Keadaan ini amat berbeza jika ibu bapa membeli telefon bimbit
untuk anaknya pada usia yang cukup kerana mereka tahu tujuan telefon bimbit dan mereka akan
menggunakan telefon itu dengan optimum untuk mencari pengetahuan . Dengan ini , anak-anak akan
digalakkan untuk mengilmukan diri dengan hanya mencari apa-apa yang ingin ditanya melalui internet yang
juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan . Oleh itu , ibu bapa perlulah sediakan payung sebelum hujan
dengan mengetahui bilalah masa yang optimum untuk membeli telefon bimbit kepada anak-anak mereka
untuk mengelakkan ank-anak tenggelam dalam kesenorkan telefon.

Mengambil hujah yang seterusnya , untuk mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini seperti
dibincangkan di atas , anak-anak perlulah disuntik dengan pendidikan tentang telefon bimbit seperti
keburukan-keburukan penggunaan telefon dan kebaikannya jika menggunakan telefon bimbit ke tahap
optimum . Contohnya , ibu bapa boleh memberitahu anak-anak mereka ultraungu dan gelombang frekuensi

radio yang dibebaskan dari skrin telefon bimbit boleh menyebabkan penyakit barah seperti kanser otak . Hal
ini dapat menakutkan anak-anak untuk menggunakan telefon bimbit dalam jangka masa panjang dan akan
mengawal diri daripada penggunaan telefon bimbit . Selain itu , pelbagai kebaikan yang boleh dikaut
daripada penggunaan telefon bimbit juga boleh dijelaskan kepada anak-anak mereka supaya mereka
mengetahui tujuan penggunaan telefon bimbit apabila mereka mendapat telefon mereka yang pertama .
Oleh itu , ibu bapa perlulah sentiasa memberitahu anak-anak mereka tentang implikasi mikro dan makro
penggunaan telefon bimbit terhadap kehidupan anak-anak supaya mereka lebih hati-hati semasa
menggunakan telefon . Bak kata peribahasas di mana ada kemahuan , di situ ada jalan.

Memang tidak dapat dinakan bahawa ibu bapa boleh memberi perisian terentu untuk menyekat anakanak daripada melayari laman sesawang yang berbahaya dan dapat memberi impak besar dalam kehidupan
terutamanya pornogra . Dr Siti Mariah Mahmud pernah berkata ,” Saya kecewa apabila membaca laporan
sesbuah akhbar tempatan mendedahkan ramai remaja perempuan dan wanita dalam negara berkongsi
gambar lucah sendiri sama ada dengan lelaki yang dikenali atau tidak .” Oleh itu , ibu bapa perlulah
mengetahui sebab mereka bertindak seperti ini dengan menyekat laman sesawang yang tidak bermanfaat
supaya anak-anak tidak terjerumus dalam gejala yang tidak membawa manfaat seperti kelucahan . Bak kata
pepatah , sudah terhantuk baru terngadah kerana apabila anak-anak terjerumus dalam anasir-anasir negatif
, ibu bapa tidak boleh membuat apa-apa tetapi bimbang akan masa depan anak-anak .

Konklusinya , anak-anak merupakan penyambung warisan kepimpinan yang akan menjadi tonggak
kepada pembangunan negara sebagai insan yang terdekat dengan barisan pelapis ini , ibi bapa perlulah
sentiasa jelas dengan peranan mereka untuk mendidik dan mengelakkan anak-anak daripada perkaraperkara negatif dengan sentiasa memantau penggunaan telefon bimbit untuk keunggulan dan maruah
negara.

 

Baca juga contoh : Karangan Cara-cara Menghormati Guru

 

 

Baca Rangka Karangan di Bawah ini: 

 

*Awas* Rangka(Beri idea general shj) tak begitu lengkap , baca karangan untuk
isi yang lebih lengkap
Definisi TELEFON BIMBIT:
Telefon bimbit merupakan sesuatu alat komunikasi yang membenarkan seseorang untuk
menghubungi orang lain.
Isi-isi karangan: ↓↓Karangan di bawah↓↓

Isi 1:
Mengehadkan penggunaan telefon bimbit.
– Membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan telefon untuk waktu tertentu
sahaja.(Contoh)
– Sibuk bersembang dengan rakan-rakan melalui media sosial atau internet.(Huraian)
– Kurangkan ketagihan anak-anak terhadap telefon bimbit.(Huraian)
Isi 2:
Membeli telefon bimbit untuk anak-anak apabila mereka mencecah usia yang cukup
matang.
– Mengetahui bilalah masa yang optimum untuk membeli telefon bimbit kepada anak-anak
mereka.(Contoh)
– Cukup matang untuk mengetahui tujuan telefon bimbit.(Huraian)
– Mengawal ketagihan.(Huraian)
Isi 3:
Menyuntik pendidkan tentang telefon bimbit seperti keburukan dan kebaikan menggunakan
telefon bimbit.
– Memberitahu anak-anak mereka tentang implikasi mikro dan makro penggunaan telefon
bimbit terhadap kehidupan mereka.(Contoh)

– Menakutkan anak-anak untuk menggunakan telefon bimbit dalam jangka masa panjang
dan akan mengawal diri daripada menggunakan telefon bimbit.(Huraian)

Isi 4:
Membeli perisian tertentu untuk menyekat anak-anak daripada melayari laman sesawang
yang berbahaya.
– Menyekat laman sesawang yang tidak bermanfaat.(Contoh)
– Supaya anak-anak tidak terjerumus dalam gejala yang tidak bermanfaat seperti
kelucahan.(Huraian)
Fakta-fakta menunjukkan karangan matang:
– Alexander Graham Bell merupakan pencipta kepada alat telekomunikasi yang dinamai
telefon.
– Ultraungu dan gelombang frekuensi radio dibebaskan dari skrin telefon bimbit boleh
menyebabkan penyakit barah seperti kanser otak.
– Dr Siti Mariah Mahmud pernah berkata,”Saya kecewa apabila membaca laporan sebuah
akhbar tempatan mendedahkan ramai remaja perempuan dan wanita dalam negara
berkongsi gambar lucah sendiri sama ada dengan lelaki yang dikenali atau tidak.”
Peribahasa:
– Pecah menanti sebab , retak menanti belah
– Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan
– Sudah terhantuk baru terngadah
– menyedia payung sebelum hujan
Frasa-frasa menarik:
– membawa konotasi negatif
– mencecah usia yang cukup
– menggunakan telefon bimbit dengan optimum / ke tahap optimum
– tenggelam dalam kesenorokan telefon
– menyuntik pendidikan
– implikasi mikro dan makro
– penyambung warisan kepimpinan yang akan menjadi tonggak kepada pembangunan
negara
– barisasn pelapis
– keunggulan dan maruah negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *