Resepi Donut Gebu Viral

Kongsikan Sekarang

Resepi Donut Gebu Viral

Resepi Donut Gebu Viral

Image may contain: dessert and foodImage may contain: food

Resepi Donut Gebu ala Stephy
Untuk 26 biji donut
Bahan bahan:
11g yis mauripan (yg paket kecik tu)
500gm tepung gandum
satu sudu teh garam (dilarutkan dlm air suam)
3 sudu makan gula
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan susu tepung (tukar dengan susu pekat pun boleh)
Susu tepung utk salut donut (nak salut berapa tebal tu ikut selera masing2 hehe)

Cara cara:
1. Larutkan gula dalam air suam dan campurkan yis. (Air tu jgn simpan banyak sgt. Cukup2 untuk melarutkan gula shj.) Biarkan selama setengah jam sehingga yis kembang atau naik.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung, marjerin dan susu tepung. Gunakan tangan dan kacaukan adunan sehingga sebati.
3. Campurkan yis yg dh kembang tadi dan air garam ke dalam tepung tadi dan adun kan sehingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat. (Kalau doh lembik campur sedikit tepung.)
4. Tutupkan adunan dengan kain basah dan biarkan selama setengah jam utk mengembang.
5. Bila doh dh mengembang, canaikan doh di atas permukaan rata dan boleh bentukkan donut menggunakan acuan. (Dapur tkda acuan jadi sy gunakan gelas)
6. Dah siap bentukkan doh menjadi donut, susun kan donut di atas pinggan dan tutup dengan kain basah selama setengah jam lagi.
7. Untuk menggoreng donut, saya cadangkan utk guna kuali yg leper dan minyak letak cukup2 sampai setengah daripada ketebalan donut je.
8. Bila minyak dah panas, kecilkan api sehingga tahap yg plg kecik dan goreng donut sehingga keperangan.(Jangan pkai api yg besar smasa menggoreng donut. Nanti dlm donut tak cukup masak.)
9. Toskan donut yg dah siap digoreng dan rehatkan selama 10 minit sebelum disalutkan dengan tepung susu. (Kalau nak yg manis boleh salutkan gula kastor)

Selamat mencuba😘😘😘

Kredit to:De Valeur Exclusives

 

Baca juga Resepi Kek batik viral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *