Resepi Kek Batik Viral

Kongsikan Sekarang

Resepi Kek Batik Viral

Resepi Kek Batik Viral
Resepi Kek Batik Viral

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE:

Bahan-Bahan:

– 1 pek biskut Marie
– 250g mentega/butter
– 200g serbuk Milo
– 3 sudu besar serbuk koko, ayak
– 3/4 tin susu pekat

Cara Penyediaan:

No photo description available.

Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Saya guna loyang berukuran 8″x8″.

Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.

Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.

Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.

Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.

Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips:

Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Saya gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza.

 

 

baca Juga Resepi Kek :(Resepi) Kek Batik yang senang dan sedap!

 

Terdapat banyak lagi resepi kek yang anda boleh baca dalam websit ini. oleh itu anda boleh klik dibawah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *