Masyarakat Pelbagai Kaum STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Masyarakat Pelbagai Kaum STPM Semester 3

Masyarakat Pelbagai Kaum STPM Semester 3

 

2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum

2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum

Soalan 64:  Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan  masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-20.

Pengenalan:

  • Maksud masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya, agama, bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut keperluan ekonomi.
  • Orang Melayu yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Negara China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pembentukan masyarakat majmuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.

Isi-isi Penting:

  1. Dasar British
  • British menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina  untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan . Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
  1. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
  • Perkembangan pesat perusahaan Bijih Timah telah menyebabkan kemasukan buruh dari china. Perkembangan ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di  Tanah Melayu terutamanya dalam sector perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.
  • Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong, orang India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api. Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani

 

  1. Kawasan penempatan yang berbeza
  • seperti orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu.
  • Masyarakat Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
  1. Faktor agama
  • Setiap kaum mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.
  • Mereka juga membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang Cina pula beragama Budha.
  1. Pendidikan / persekolahan
  • Pendidikan juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar.
  • Sekolah tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang getah. Buku–buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
  1. Sosio budaya
  • Setiap kaum Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa dan budaya.
  • Di samping itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.

Kesimpulan:

  • Pembentukan masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system social di  Tanah Melayu  yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.

Soalan 65: Huraikan sejarah dan faktor-faktor penghijrahan masyarakat Indonesia di tanah melayu pada abad ke-19 hingga ke20

Pendahuluan:

  • Masyarakat Indonesia yg berhijrah ke tanah melayu terdiri daripada beberapa komuniti spt jawa, banjar,bugis dan minangkabau. Penghijrahan ini di sebabkan dasar belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk Indonesia di pulau jawa.

Isi-isi penting:

  1. kesengsaraan social dan ekonomi penduduk Indonesia
  • Semasa pemerintahan belanda, pendduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan ditindas. Belanda hanya berminat mendapatkan bahan mentah semata2 dan tdk menjaga kebajikan penduduk tempatan. Pelaksanaan system kultur, petani jawa ditindas dan dipaksa menanam tanaman kontan yg diperkenalkan oleh belanda.penanaman padi merupakan tanaman utama diabaikan. Akibatnya drpd 300 000 org mati kebuluran di cheribon pd tahun 1949-1950.
  • Cukai yg membebankan jga diperkenalkan spt cukai buruh, cukai tanah, cukai harta, cukai kepala, cukai perniagaan dan cukai tol.
  1. Sistem sosial dan sifat keperwiraan.
  • Di minangkabau, system sosial mreka adalah berasaskan adat perpatih yg lebih memihak kepada kaum wanita menyebabkan anak lelaki mreka merantau, mengembara, belayar, dan berniaga mendorong orang bugis menjelajah jauh dri ngeri asal mereka.
  1. Kestabilan politik dan perkembangan pesat ekonomi tanah melayu.
  • Perkembangan  pesat di tanah melayu di tanah melayu menyebabkan pada abad ke-19 penduduk Indonesia memainkan peranan penting dalam perlombongan bijih timah. Dengan ini, pengusaha lading getah telah menggunakan orang banjar terutamanya dlm kerja2 menebas dan menggali parit.

4.Undang-undang tanah yg longgar.

  • Orang ramai jawa yg berhijrah kejohor akibat dprp dasar pembukaan tanha yg membolehkan mreka menerokai tanah baharu utk dijadikan kwsn pertanian, lading, dan kebun kecil. Disamping itu, tiada cukai yg diperkenalkan terhadap peneroka.

Penutup:

  • Penghijrahan beramai2 orang Indonesia ke tanah melayu pada akhir abad  ke-19 dan ke-20 telah membawa kepada perubahan yg ketara dalam msyarakat tanah melayu.

Soalan 66: Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

  • Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semakin ramai orang. Kebanyakan mereka golongan pedagang, saudagar dan mubaligh. Namun bilangan mereka tidaklah begitu ramai. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang kembali ke India setelah urusan masing-masing selesai. Manakala yang lainnya terus menetap di Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan.
  • Buruh asing India berhijrah secara ramai-ramai ke Tanah Melayu bermula pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, apabila semakin ramai tenaga buruh diperlukan untuk sektor pertanian.

Isi-isi Penting

1)      Faktor Penolak

  1. a)Pertambahan pesat yang berlaku di India telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang. Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi.
  1. b)Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
  1. c)Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa dihina dan tidak dapat menikmati hak yang sama dengan golongan yang berasal daripada kasta tinggi.
  1. d)Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah.
  1. e)Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.

2)      Faktor Penarik

  1. a)Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang getah. Oleh itu, oranh India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang getah.
  1. b)Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Pertanian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
  1. c)Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
  1. d)British di Tanah Melayu mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka sanggup bekerja walaupun dibayar gaji yang sedikit.  Selain ladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan kereta api. Orang Punjabi keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan tentera. Orang Tamil daripada India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di ladang.

3)      Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak

  •  Pada peringkat awal, kemasukan orang India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun 1820. Buruh dikehendaki mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang tertentu, biasanya lima tahun.
  • Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas. Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit dan tidak mendapat gaji. Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan dengan satu sistem lain iaitu Sistem Kangani.

4)      Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani

  • Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil. Majikan yang ingin memperoleh buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani itu bertanggungjawab membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang majikan masing-masing. Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani berkenaan.
  • Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan kebanyakannya datang secara berkeluarga. Cara ini memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
  • Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. Sistem kangani dibayar mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk mengambil seberapa ramai buruh yang ada.

Penutup

  • Selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh dari India dikurangkan. Pada tahun 1938, Sistem Kangani dihentikan setelah kerajaan India mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari negara itu. Bagi mengelakkan beban kewangan yang besar untuk membantu buruh-buruh yang diberhentikan itu, kerajaan British memutuskan untuk menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.
  • Melalui Ordinan Imigrasi dan Ordinan Orang Asing, kerajaan British telah berjaya mengawal kemasukan buruh asing dari negara China dan India ke Tanah Melayu dengan lebih teratur.

Soalan 67 : Huraikan faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

  • Masyarakat pelbagai  kaum di tanah melayu terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india. Terdapat juga golongan minority seperti kaum peranakan atau kacukan. sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di tanah melayu terdiri daripada orang melayu.
  • Orang cina berasal dari Negara China dan berhijrah ke tanah melayu sejak wujudnya jalinan  hubungan antara kerajaan melayu Melaka dengan negara china pada abad ke-15. Pedagang-pedagang cina telah membuka petempatan di Pahang, Kelantan, dan terangganu pada awal abad ke-17. Pada awal abad ke-19, british telah membuka petempatan di pulau pinang dan singapura. Orang cina berkerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan melibatka diri dalam pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan orang cina pada peringkat awal bertujuan untuk tinggal sementara dan tidak bermaksud untuk menetap dan menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka. Kedatangan mereka ke tanah melayu adalah semata-mata dipengaruhi oleh faktor ekonomi.

Isi-isi Penting:

  1. Sejarah kemasukan masyarakat cina di Sarawak
  • Kemasukan orang cina ke Sarawak berlaku pada pertengahan abad ke-18. Mereka di jemput oleh sultan–sultan melayu untuk mengusahakan lombong emas. Pada mulanya, bilangan orang cina kecil dan tinggal di kawasan seperti pengkalan Tebang. Pelombong-pelombong cina di Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian. Mereka tidak menubuhkan Kongsi.
  • Bilangan orang cina telah meningkat dari 45 000 orang pada tahun 1908 kepada 229 154 orang pada tahun 1960. Kemasukan oranfg cina berketurunan Foochow dari selatan China pada abad ke-20 dikendalikan oleh Wong Nai Siong , ketua Foochow di sibu. Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari hingga mac 1901. Orang cina Foochow ini mengusahakan ladang lada hitam dan gambir.
  1. Sejarah kemasukan masyarakat cina sabah
  • Orang cina mula memasuki sabah semasa pemerintahan syarikat borneo utara british  (SBUB). Untuk menggalakkan penglibatan orang cina dalam penanaman getah, tembakau, pembalakan, perdagangan, dan perlombongan, SBUB telah mengeluarkan pas kepada mereka.
  • Petempatan orang cina berkembang sehingga munculnya Bandar Sandakan, kota kinabalu, tawau, dan kudat.

5)      Faktor Penolak kepada kemasukan masyarakat Cina

  • Pertambahan pesat yang berlaku di China telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang.
  • Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi. Kesusahan ini ditambah lagi dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan merebaknya wabak penyakit.
  • Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah. Semua masalah ini menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk memulakan kehidupan baru.

6)      Faktor Penarik

  • Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di lombong-lombong
  • Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Perindutrian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
  • Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British.
  • Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari China.
  1. Cara-cara kemasukan orang Cina
  1. a)Melalui ejen atau sistem tiket kredit
  • Orang cina datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau. Ejen ini akan membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang pelayaran mereka dijelaskan.
  • Apabila sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang. Mereka dikenali sebagai Sin Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai  dibayar. Selesai menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali sebagai Lau khek bebas berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.
  • Pada bulan mac 1872,jawatan pegawai pelindung buruh dari china telah  diwujudkan di tanah melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari china.
  1. b)Sistem pengambilan kakitangan
  • Dalam sistem ini, majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara china untuk mendapatkan buruh. Majikan akan menyediakan segala keperluaan seperti tambangkepada bakal buruhnya.
  • Pegawai yang Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga sampai ke tempat majikan atau ke tempat kerja.
  1. c)Sistem pengambilan rumah kongsi
  • Dalam sistem ini, pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke tanah melayu. Pegawai yang mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh termasuk tambang dan perbelanjaan.
  • Setelah menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam kadar yang telah di tetapkan oleh rumah kongsi.
  1. d)Cara kemasukan orang cina adalah melalui tajaan oleh Charles Brooke
  • melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Di Sarawak, kemasukan orang cina berketurunan Foochow dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan antara ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke. Kesannya, lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak antara bulan januari hingga mac 1901.

Penutup

  • Terdapat pelbagai faktor dan cara kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak melalui beberapa sistem yang telah digunakan yang telah menjadikan masyarakat pelbagai  kaum telah terbentuk yang terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india.

Soalan 68: Huraikan perubahan kependudukan dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Pendahuluan

  • Masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum peranakan atau   kacukan. Sebelum pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di TM terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India di Kelantan, Melaka, Terengganu dan Seberang Perai.
  • Penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20 telah membawa perubahan ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan kumpulan etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM. Kemajmukan masyarakat di TM juga telah didorong oleh beberapa faktor.

Isi-isi Penting:

1)      Perubahan kependudukan

  1. a)Jumlah penduduk
  • Penghijrahan penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi jumlah penduduk. Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang Melayu di TM.
  • Tahun 1870, jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah ini telah meningkat sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India, orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.
  1. b)Jenis penduduk
  • Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap perkauman dan permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan India.
  • Tahun 1921, hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.
  1. c)Nisbah jantina
  • Penduduk melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan kaum lelaki Cina dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
  • Tahun 1901, bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang, tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang.

2)      Sebab-sebab kemajmukan masyarakat

  1. a)Amalan budaya yang berbeza
  • Orang Cina tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup mereka berkelompok berdasarkan puak masing-masing. Hubungan sosial dalam kalangan puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan interaksi kaum cina dengan masyarakat melayu juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa kumpulan etnik  yang berbeza seperti Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Kelompok ini menggunakan bahasa etnik masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan Melayu.
  • Orang cina dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan perayaan.
  1. b)Perbezaan agama
  • Penubuhan institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan india terpisah daripada masyarakat peribumi.
  • Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan india menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik masing-masing.
  1. c)Perbezaan dalam fungsi ekonomi
  • Orang melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani, nelayan dan pegawai rendah di pejabat British. Orang cina hidup di bandar utama dan menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan kepada perlombongan dan perdagangan.
  • Orang india tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar sebagai kerani dan buruh di pelabuhan.  Fungsi ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga kaum ini secara langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
  1. d)Perbezaan dalam sistem pendidikan
  • Orang cina menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar cina dan matapelajaran yang berteraskan peristiwa yang berlaku di Negara China dan bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india dari kelompok Tamil menubuhkan sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa penghantar Tamil. Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai negara India.
  • Pendidikan bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan tempatan.

Penutup

  • Penghijrahan masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM telah menyebabkan perubahan kependudukan di TM. Perubahan tersebut meliputi aspek jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.
  • Kependudukan masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat di TM telah didorong oleh beberepa sebab seperti amalan budaya yang berbeza, perbezaan agama, perbezaan dalam fungsi ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.

 

 

 

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version