LPMI 192 B’RI YANG TERBAIK PADA TUHAN

Kongsikan Sekarang

LPMI 192 B’RI YANG TERBAIK PADA TUHAN

LPMI 192 B’RI YANG TERBAIK PADA TUHAN

 

1. B’ri yang terbaik pada Tuhan,
Tenaga muda kaub’ri;
Dengan semangat yang tahan
Kebenaran lindungi.

Yesus menjadi teladan,
Tunjukkan hidup b’rani;
Pada-Nya engkau baktikan,
B’ri yang terbaik sejati.

CHO:
B’ri yang terbaik pada Tuhan,
Tenaga muda kaub’ri
Pakai jubah kes’lamatan,
Kebenaran lindungi.

2. B’ri yang terbaik pada Tuhan,
Hatimu sepenuhnya;
Pertama dalam layanan,
Serahkan semuanya.
Nanti terima pahala,
Oleh Yesus diberi
Gembira layani Dia,
B’ri yang terbaik sejati.

3. B’ri yang terbaik pada Tuhan,
Ker’na dib’ri-Nya cinta
Datang membayar tebusan
Tinggalkan syurga mulia.
Sedia di salib mati
Buangkan dosa keji
B’ri pujian yang tertinggi
B’ri yang terbaik sejati.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version