Sistem dan Institusi Ekonomi STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Sistem dan Institusi Ekonomi STPM Semester 2

 

2.1 Sistem dan Institusi Ekonomi

2.1  Sistem dan Institusi Ekonomi

Soalan 54: Huraikan konsep asas dan prinsip ekonomi dalam islam

Pendahuluan

  • Menurut pandangan islam, ekonomi merujuk kepada suatu  ilmu  yang mengkaji kegiatan  manusia selaras dengan tuntutan syariat, sama  ada di peringkat  perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredhan Allah SWT.
  • Ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman, beramanah dan bertanggungjawab.

Isi-isi Penting

Asas-asas ekonomi Islam

  • Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan makhluk bagi mencapai kesempurnaan islam
  • Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubugan manusia dengan pencipta-NYA dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep tauhid.
  • Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa melalui amalan seperti  zakat dan sedekah.
  • Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan tidak melakukan sebarang kerosakan.
  • Konsep persaudaraann dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan keimanan seseorang melibatkan kasih saying,hormat-menghormati,bertanggungjawab dan rela berkorban.
  • Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan ataupun kebahagian yang diperoleh sama ada di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang berteraskan syarak.

Prinsip-Prinsip ekonomi Islam

  • Hak milik individu. Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang di anugerahkan oleh Allah SWT.Hak milik dalam islamadalah tidak mutlak tetapi terikat dengan hokum dan peraturan islam.
  • Hak milik umum ini pada kebiasaannya di urus oleh pihak pemerintah dan di agihkan secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama
  • Aktiviti ekonomi yang di uruskan. melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan.Barang pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh islam iaitu yang bersih,suci,berguna dan tidak membahayakan

Penutup

  • Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut  perspektif islam merupakan suatu  bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 55: Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi Islam

Pendahuluan.

  • Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat islam, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk diri, masyarakat dan negara, dari segi rohani dan jasmani.
  • Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam khasnya dan umat manusia amnya.

Isi-isi penting

  1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
  • Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah kepada allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi islam dilaksanakan selain dasar ini.
  • Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah, bertanggungjawab dan tidak mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.
  1. Matlamat jangka panjang diutamakan.
  • Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat
  • Bagi individu yang mengushakan perniagaan,matlamat jangka dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di akhirat.
  1. Memberi kemakmuran kepada masyarakat.
  • Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran dan kesenangan kepada masyarakat  Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk maningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat.
  • Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan seumpamanya tidak ada sama sekali dalam senarai aktiviti ekonomi islam Sebagaimana yang di amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di madinah,kerana ia membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
  1. Keuntungan dunia dan akhirat.
  • Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat keuntungan meterial dan pahala daripada aktiviti yang dilakukan nabi muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa,”peniaga yang amanah berada di bawah naungan arash pada hari pengadilan.” Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan.
  • Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti ekonomi, semakin tinggi usaha yang dilaksanakan. Seterusnya, aktiviti ekonomi akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dn mengutamakan golongan yang lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.

Penutup.

  • Sistem ekonomi islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah
  • bertanggungjawab dan sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam.

Soalan 56: Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan harta dan aktiviti ekonomi yang dilarang oleh Islam.

Pengenalan

  • Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani
  • Kerangka pemikiran Islam jelas mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi kerana asas ekonomi Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa, manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Umat Islam dibenarkan menjalankan kegiatan ekonomi bagi memperoleh pendapatan selagi cara yang digunakan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah

Isi-isi

Prinsip asas ekonomi Islam

  • Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT. sebagai Penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan makhluk untuk mencapai kesempurnaan Islam.
  • Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubungan manusia dengan pencipta-Nya dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep Tauhid.
  • Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa melalui amalan seperti zakat  dan sedekah.
  • Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan tidak melakukan sebarang kerosakan.
  • Konsep persaudaraan dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan keimanan seseorang melibatkan kasih sayang, hormat menghormati , bertanggungjawab dan rela bekorban.
  • Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan atau pun kebahagian yang diperoleh sama ada di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang berteraskan syarak
  • Dalam Islam, hak milik terbahagi kepada dua iaitu  hak milik individu dan hak milik masyarakat atau negara (umum).

Hak milik individu :

  • Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak tetapi terikat kepada hukum dan peraturan Allah.
  • Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya menjaga dan memelihara agama, jiwa,  kehormatan dan keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara haram.
  • Pemilikan harta individu yang tidak terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada pengembangan harta yang banyak.
  • Umat Islam diingatkan supaya perolehan harta yang banyak boleh mendatangkan kecintaan yang berlebihan terhadap harta dan seterusnya melalaikan manusia daripada melakukan ibadat dan mengingati Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan kekufuran.
  • Pemilik harta juga harus membelanjakan harta ke jalan Allah SWT. dengan menderma,membuat amal jariah dan mengeluarkan zakat. Jika seorang hartawan tidak mengeluarkan zakat,nasib orang miskin tidak akan terbela dan mereka akan terus berada dalam kemiskinan dan kemelaratan.

Hak milik umum :

  • Harta yang dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta umum yang sedia ada atau ciptaan Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya. Harta ini perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
  • Harta milik umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan secara adil  dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.
  • Melibatkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak membahayakan.
  • Dalam proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
  • Mesti dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam perkara-perkara yang diharuskan sahaja.

Aktiviti ekonomi yang diharamkan :

Riba

  • Islam mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi yang berasaskan riba. Pengamalan riba yang bermaksud pembayaran kembali kepada peminjam yang dilakukan oleh individu atau berkumpulan terhadap modal kewangan dengan melibatkan tambahan nilai melebihi daripada asal sesudah selesai tempoh pembayaran yang dipersetujui bersama.
  • Riba jelas diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah yang bermaksud “…Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Oleh itu, riba jelas hanya akan menyusahkan peminjam dan dianggap sebagai penindasan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Rasuah

  • Islam turut mengharamkan amalan rasuah kerana akan melibatkan unsur penipuan dan dapat meruntuhkan nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan kestabilan negara. Kesan pengamalan rasuah amat ketara iaitu melibatkan penyalahgunaan kuasa, melemahkan pentadbiran dan ekonomi negara akan turut terjejas.

Judi

  • Islam juga mengharamkan judi kerana mendatangkan kerosakan akhlak dan moral manusia. Orang yang mengusahakan  perjudian dan melibatkan diri dalam perjudian akan menanggung dosa. Allah SWT. telah berfirman dalam surah “ al-Maidah yang bermaksud “…Sesungguhnya (minum) arak ,berjudi,….adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan.” Malahan , judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas dan sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain sahaja.

Pelacuran :

  • Kegiatan pelacuran juga adalah sumber ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Kegiatan ini melibatkan perkhidmatan untuk mendapatkan wang menerusi penzinaan. Jelasnya, amalan ini akan merosakkan masyarakat, merendahkan moral serta menjejaskan keturunan.

Mencuri dan merompak :

  • Kegiatan mencuri dan merompak juga merupakan aktiviti ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Maidah yang bermaksud “ Lelaki dan wanita yang mencuri potonglah tangannya sebagai balasan kejahatan yang dilakukannya dan seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
  • Hal ini membuktikan bahawa Islam amat tegas dalam hukum mencuri kerana kegiatan ini bukan sahaja meruntuhkan moral individu malahan turut mengancam keharmonian masyarakat dan negara.

Kesimpulan :

  • prinsip ekonomi Islam lebih mementingkan pemilikan harta untuk dikongsi bersama dan mengharamkan ekonomi yang menjurus kepada kemusnahan diri, agama, masyarakat dan negara
  • pihak berkuasa atau pemerintah wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras sebarang penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta antara individu di satu pihak dan masyarakat dipihak yang lain

Soalan 57: Bincangkan kegiatan dan sumber pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7 Masehi.

Pendahuluan

  • Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah oasis. kawasan yang subur dan kaya dengan kegiatan ekonomi terutama perdagangan dan pertanian.
  • Apa-apa yang berkaitan.

Isi-isi Penting:

Kegiatan ekonomi

  • Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian. Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum. tamar adalah tanaman yang penting dan memberi faedah kepada penduduk madinah. Barangan yang di perdagangkan ialah kurma, bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh golongan yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga yang mengamalkan riba. Manakala Puak Aus dan kharaj mengusahakan tanah yang kering kontang dan hidup dalam kemiskinan.
  • Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib al-Bagdadi mencatatkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum kedatangan islam dan terus berkembang pada zaman islam seperti ukaz, majannah, Zu al-majaz dan hubashah

Sumber pendapatan ekonomi

Derma

  • Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah yang mencabar sehingga mencapai kemuncak kegemilangannya. Rasulullah pernah meminta umat islam supaya memberikan sumbangan kepada kebajikan satu kabilah yang baru memeluk islam. Contoh; makanan, pakaian, sementara orang ansar mendermakan wang.
  • Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma kepada tabung bersama. contohnya; dalam perang khandak, sa’ad bin ubadah, jabir bin Abdullah menderma kan makanan dan kurma kepada tentera islam. Abu bakar mendermakan seluruh wang yang di milikinya berjumlah 4 000 dirham dan umar mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma dalam bentuk wang, masyarakat islam juga menderma dalam bentuk hartanah.
  • Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi Muhammad s.a.w juga turut menyumbang.contohnya; mukhairiq daripada bani nandhir yang nabi memeluk islam sebelum perang uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu tujuh buah dusun kepada nabi Muhammad s.a.w

Rampasan Tunai dan harta benda

  • Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama sekiranya mereka di perangi oleh musuh yang berniat untuk menghalang penyebaran islam. Nabi Muhammad s.a.w bersama tentera islam menentang tentera Quraisy pada 623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai 313 orang telah memenangi Perang Badar mengalah kan tentera Quraisy seramai 1000 orang. Merupakan kemenangan pertama dan menghasilkan rampasan seperti senjata, 150 ekor unta,10 ekor kuda,tikar kulit,dan pakaian.
  • Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan islam daripada bayaran tebusan tawanan perang yang membayar sejumlah wang untuk membebaskan mereka. Sumber pendapatan berdasarkan harta rampasan perang di nikmati oleh orang islam selepas menyertai peperangan, Antaranya; perang khandak, al-kurd, muraisi, khaibar, pertempuran di dumat al-jandal, serangan abu salamah ke Qatan, pertempuran wadi al-Qura.

Rampasan hartanah

  • Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di peroleh daripada puak yahudi,  iaitu Bani Fityun yang di usir keluar dari Madinah. Seterusnya,  amwal Bani Qunaiqah; iaitu kubu serta pasar mereka di ambil oleh orang islam yang telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di lantik oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi amwal Khaibar. Meliputi kebun kurma yang luas dan ladangnya telah di isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai al-fai’ atau safiy yang membiarkan di miliki oleh petani dengan syarat menyerahkan 50% hasilnya.
  • Tanah khaibar yang di bahagikan kepada orang islam dan Negara islam , iaitu tanah khumus di urus oleh 2 orang pegawai. Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh pejuang islam tanpa pertempuran. Nabi Muhammad s.a.w melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk berbincang dengan orang Yahudi.

Jizyah

  • Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar golongan zimmi bagi perlindungan yang diberikan oleh Negara islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah boleh di bayar secara  tunai atau barangan. Mereka yang enggan membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w mengesyorkan  kadar bayaran ditetapkan satu dirham setiap kepala.
  • Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah setiap lelaki. Jizyah juga di kutip daripada orang kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2 000 pakaian yang perlu diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1 000 pada bulan safar.

Saqadat

  • Saqadat ialah istilah yang digunakan bagi cukai agama yang dikenakan ke atas umat islam. Zakat diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w keatas setiap orang islam, tiadk kira lelaki atau perempuan.zakat dikenakan keatas oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang ternakan. Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf al-ushr bagi hasil gandum mereka.
  • Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi Muhammad s.a.w menunjukkan perintah membayar zakat ternakan bagi orang islam,misalnya, Bahilah diwajibkan membayar fariz (lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah (unta tua) sebanyak 5 ekor. Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau separuh daripada hasil pertanian mereka.

Penutup

  • Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut  perspektif islam merupakan suatu  bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal (lahiriah) dan spiritual.
  • Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.

Soalan 58: Bincangkan kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12.

Pendahuluan

  • Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan perindustrian. Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang  penyediaan sumber ekonomi. Contohnya, dengan menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi yang tinggi.
  • Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin seperti gandum dan barli serta buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal, pisang dan tembikai.

Isi-isi penting

  1. Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah mengambil beberapa langkah. Antaranya adalah dengan melebarkan sungai dan terusan bagi mengairi kawasan pertanian,membina empangan dan menggalakkan penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian.
  2. Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini mendorong kepada kemunculan ramai cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan aktiviti pertanian pada zaman itu.
  3. Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghiribi dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian dan ternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.
  4. Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan Abbasiyah bagi memajukan sektor perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan untuk mengelak berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan.
  5. Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para pedagang pada zaman tersebut adalah seperti Baghdad, Basrah, Amman, Aden, Kaherah dan Iskandariah.
  6. Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah.Kilang-kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan,hamparan dan permaidani.
  7. Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh Mesir,Andalus dan maghiribi, manakala oleh Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.

Penutup

  • Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan ini secara tidak langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
  • Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan, ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan prasanara seperti tali air,masjid dan sekolah.

Soalan 59: Bincangkan Kegiatan ekonomi Kerajaan Kesultanan Melaka abad ke-15 Masehi

Pendahuluan

  • Ekonomi menurut pandangan islam ialah mengkaji aktiviti manusia yang selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan, pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ini menjelaskan bahawa ekonomi islam adalah menyeluruh yang merangkumi aspek rohani dan jasmani.
  • Kegiatan ekonomi utama bagi Kerajaan Kesultanan Melaka adalah ekonomi sara diri dan perdagangan sehingga menjadi pusat entrepot utama perdagangan di Nusantara pada abad ke-15.

Isi-isi penting

Aktiviti Ekonomi Sara Diri

  • Masyarakat Melaka masih terikat dengan aktiviti ekonomi yang bersifat sara diri. Masyarakat melayu tradisional Melaka menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi untuk mendapatkan keperluan harian atau barangan bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Antara aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah pertanian menanam pokok  buah-buahan, menternak binatang, berburu, mengutip hasil hutan dan sebagainya.
  • Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama apabila wujudnya  tanah bendang,sawah dan lading. Seterusnya, kelaziman orang melayu Melaka adalah membuat dusun selai mengerjakan sawah padi.
  • Masyarakat Melayu  Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan menjadi sumber protein utama bagi masyarakat melayu. Mereka ke laut mengunakan sampan yang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.
  • Aktiviti berburu juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi sara diri. Masyarakat melayu mencari hasil hutan seperti rotan,damar dan getah jelutung di samping perburuan binatang. Masyarakat melayu juga menternak binatang. Binatang juga diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.

Aktiviti  Ekonomi  Perdagangan

  • Aktiviti perdagangan bukanlah satu aktiviti ekonomi baharu bagi masyarakat melayu Melaka. Aktiviti perdagangan telah menjadi warisan dan merupakan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah berlangsung sejak zaman awal kerajaan  melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke-17 hingga awal abad ke-13. Pelbagai kemudahan dan keistimewaan Melaka yang membolehkan Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal.
  • Perkahwinan antara pemerintahan Melaka juga meningkat dan memajukan perdagangan Melaka.

Penutup

  • Masyarakat melayu  Melaka telah melakukan pelbagai aktiviti ekonomi pada zaman pemerintahan  kerajaan islam di Melaka.
  • Kemakmuran Melaka membolehkan penyebaran  islam turut berkembang di Melaka.

Soalan 60: Bincangkan faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pelabuhan entrepot pada abad ke-15 masihi

Pendahuluan

  • Ekonomi berasaskan perdaganagan merupakan kegiatan ekonomi utama kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Hal ini disebabkan kejayaan Parameswara mengubah landskap Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan yang berorientasikan perdagangan
  • Kemuncak kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa berlaku setelah raja Melaka Islam iaitu sewaktu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan pd abad ke-15

Isi-isi Penting:

  1. Kedudukan geografi yang straegik
  • Menjadi tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara,Timur dan Barat Membolehkan pedagang singgah berdagang, mendapatkan makanan,minuman serta membaiki kapal yg rosak. Perlabuhannya terlindung daripada tiupan angin monsoon olh Banjaran Titiwangsa dan Kepulauan Sumatera. Muaranya yg dalam mmbolehkan kapal brlabuh dgn mudah.
  • Kawasan bbrbukit mnjdi panduan kpd pedagang dan Paya bakau menjadi banteng pertahanan semula jadi
  1. Kemunculan pemimpin dan pentadbir yg berwibawa
  • Parameswara, Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah serrta Bendahara Tun Perak tlh Berjaya memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yg terkenanl di serata dunia.
  • Para pemimpin menjadi tulang belakang yg membawa kpd keagungan politik dan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka.
  1. Peranan dan pengaruh agama
  • Empayar Melaka merupakan Empayar Islam. Pengislaman parameswara lh mnyebabkan ramai pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke Melaka.
  • Saudagar-saudagar Islam merupakan pedagang utama di Alam Melayu
  1. Hubungan persahabatan Melaka dengan China
  • Mendapat pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh. Melaka terselamat dari siam
  • Suasana yg aman dan damai membolehkan perdagangan berjalan lancar. China telah menggalakkan pedagangnya dtang berdagang ke Melaka sekaligus membolehkan berlakunya perkembangan perdagangan dua hala
  1. Dasar imprealisme Melaka
  • Berjaya menguasai kawasan yg luas dan sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran tempatan. Hasil-hasi tempatan dibawa ke pelabuhan untuk dniagakan
  • Penguasaan Melaka ke atas pinggir laut Sumatera tlh menyebabkan Melaka memperoleh emas dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan
  1. Peranan orang laut
  • Dilantik menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada ancaman lanun
  • Mengetahu selok-belok imlu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka

Kesimpulan.

  • Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenl pada abad ke-15.Perkembangan ini disebabkan beberapa faktor seperti kedudukan yang strategik.kedudukan Melaka di Selat Melaka berseuaian dengan laluan kapal-kapal untuk berdagang.
  • Melaka menjadi pelabuhan entrepot atau telah mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Iaitu sewaktu Islam mula berkembang di  Alam Melayu.

Soalan 61: Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Pendahuluan

  • Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
  • Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. Sumber Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama; Harta Masyarakat – Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.
  • Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

Isi-isi Penting.

  1. Sumber Baitulmal

Zakat.

  • Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
  • Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

Kharaj.

  • Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

Jizyah.

  • Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.
  • Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

Ghanimah dan Al-fay.

  • Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.
  • Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

Usyur.

  • Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %.
  • Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.
  1. Peranan Baitulmal

Membantu perkembangan ekonomi Islam.

  • Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
  • Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.

  • Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera.
  • Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.

  • Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
  • Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.

Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.

  • Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama.
  • Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

Menyimpan harta negara.

Kesimpulan

  • Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.

Soalan 62: Huraikan perlaksanaan sumber-sumber Baitulmal pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 M.

Pendahuluan

  • Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan Negara. Menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.
  • Institusi baitulmal wujud pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya, dinyatakan Abu Ubaidah adalah pemegang kunci baitulmal pada zaman tersebut. Ketika Khalifah Abu Bakar al-siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar bin al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 800 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal.

Isi-isi penting:

  • Peranan institusi ini menjadi  penting pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab, disebabkan harta Negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan ekspedisi. Antara sumber pendapatan ialah zakat, fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal.
  • Pada peringkat awal, Khalifah Umar bin la-Khattab telah melantik Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im untuk mengendalikan institusi yang sebelumnya ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.
  • Antara kepentingan atau peranan institusi baitulmal ialah bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan pendapatan Negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan Negara seluruhnya.
  • Matlamat penubuhannya untuk memberikan kemakmuran kepada umat Islam. Membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social, perdagangan dan perindustrian. Kepentingan yang seterusnya ialah menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan Negara, bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan. Sumber daripada baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang tetap ataupun secara sukarela.

Sumber-sumber Baitulmal

Zakat

  • Zakat daripada segi bahasa berasal daripada kata dasar zaka, iaitu bereti penambahan atau penyucian. Pada zaman Khulafa’ al-Risyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat disalurkan kepada lapan golongan asnaf.
  • Antara peranan serta kepentingan ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala, mensucikan jiwa daripada kekotoran dan serta memperoleh keberkatan. Zakat juga dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian, dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain.

Cukai

Kharaj

  • Hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Pada zaman nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan syarat membayar cukai dan bagi kawasan penganut Islam wajib mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq.
  • Tanah lain yang dikenakan kharaj ialah tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada bukan orang Islam. Kharaj pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj muqasamah. Antara  factor yang menentukan kadar kharaj ialah kualiti tanah, disiram air hujan atau menggunakan penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kawasan tanaman dengan Bandar.
  • Hasil yang diperoleh daripada daripada sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal dan akan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Jizyah

  • Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Orang kafir dhimmi yang wajib menbayar jizyah ialah orang yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
  • Jizyah dibahagi kepada dua kategori iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam. Biasanya jizyah dibayar setiap tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dirham.bagi sesetengaj mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 14 dirham bergantung kepada status seseorang individu.
  • Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya sesorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal membayar jaminan keselamatan nyawa atau harta benda orang-orang kafir dhimmi.

Penutup

  • Baitulmal telah membawa perubahan kepada dari segi pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
  • Zakat juga dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain.

Soalan 63: Huraikan perkembangan institusi Baitul Mal pada zaman pemerintahan khualafa al-Rasyidin.

Pengenalan

  • Baitul mal dapat didefinisikan sebagai perbendaharaan negara atau institusi yang bertanggung jawab menyelengarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Institusi ini berperanan menguruskan harta umum, tempat menyimpan barangan berharga dan barangan amanah seperti harta wakaf
  • sejarah penubuhan baitul mal dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhamad SAW tetapi pada masa itu, pendapatan negara sedikit iaitu hanya diperoleh melalui, zakat, sedekah, dan harta rampasan perang.  Oleh itu, Nabi Muhamad SAW mengagihkannya kepada sesiapa yang layak menerimanya. Oleh itu, peranan baitul mal ketika itu tidak ketara. sumber baitul mal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu harta masyarakat, harta negara dan harta umum

Isi-Isi

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

  • pada zamanKhalifah Abu Bakar telah wujud baitul mal. Buktinya ada dinyatakan bahawa Abu Ubaidah merupakan pemegang kunci baitul mal pada zaman tersebut
  • ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada baitul mal. namun, apa yang dapat dikatanya, pelaksanaanya ketika itu agak terhad dan tidak menyeluruh

Khalifah Umar bin al-Khattab

  • ramai sejarawan berpendapat bahawa institusi baitul mal ditubuhkan secara rasmi pada zaman beliau kerana berlaku perluasan kuasa dan kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ketika itu ialah zakat, al-fay’, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah. beliau melaksanakan pengurusan baitul mal secara sistematik. Beliau telah menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui aliran wang keluar dan masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Beliau melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi baitul mal yang dikenali sebagai Diwan atau Khazanah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitul mal. Cawangan baitul mal kemudiannya telah ditubuhkan di setiapwilayah Islam. Pegawai-pegawai akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada baitul mal peringkat pusat
  • Beliau melaksanakan fungsi baitul mal sebagai wakil dalam mengurus segala harta dan membelanjakan demi kepentingan rakyat dan negara dengan bersandar akidah, syarak dan akhlak Islam. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke dalamnya dan pengeluarannya yang bertentangan dengan syarak dan mengharamkan sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan merupakan amanah Allah SWT
  • Beliau telah mengisytiharkan peraturan iaitu para tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai rampasan perang sebaliknya membiarkan tanah-tanah di negeri yang ditaklukinya diusahakan oleh pemilik asalnya. sebagai balasan, tentera Islam mendapat elaun atau gaji daripada baitul mal. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya perselisihan faham sesama anggota tentera Islam yang boleh mengugat kestabilan negara di samping menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan
  • pada masa beliau juga, wang baitul mal dikhaskan kepada jaminan sosial bukan hanya kepada masyarakat Islam sahaja tetapi juga kepada bukan Islam. Contohnya seseorang yang uzur dan berusia lanjut sehingga tiada upaya menyara hidupnya akan diberikan elaun sara hidup dari baitul mal

Khalifah Uthman bin Affan

  • pada zaman beliau, timbul kontroversi mengenai baitul mal. beliau dituduh menyalahgunakan harta baitul mal untuk kepentingan diri dan keluarganya kerana mengerah rakyatnya membayar cukai yang lebih, tidak mengagihkan harta rampasan perang, dan berbelanja boros
  • sebenarnya apa yang dituduh itu tidak tepat dan merupakan pandangan orentalis. Hal ini kerana beliau memang terkenal dengan kekayaan dan sifatnya yang dermawan. Malahan bagi menambah harta baitul mal, beliau sebenarnya telah menyerahkan perdagangan yang besar kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitul mal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitul mal yang sebenarnya

Khalifah Ali bin AbiTalib

  • beliau meneruskan sistem baitul mal sebagai perbendaharaan untuk menyimpan harta. Beliau meneruskan kehidupanya yang sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang diterima oleh Khalifah Abu Bakar dan Khlaifah Umar. ketika peperangan, pengikutnya menggesa agar mengambil sebahagian daripada harta baitul mal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Mu’awiyah. Namun beliau menolak dengan alasan harta berkenaan adalah amanah Allah SWT
  • beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu Aqil bin Abi Talib supaya meminta sedikit sumber daripada baitul mal kerana kesederhanan hidupnya, beliau menolak dengan menyatakan ‘Adakah engkau mengkehendaki agar Allah swt membakar diriku di neraka jahanam kerana memberimu sesuatu daripada harta milik kaum muslimin’

Kesimpulan

  • penubuhan baitul mal pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam serta membantu golongan yang tidak bernasib baik di samping memastikan harta yang dimiliki dijaga sebaik mungkin berdasarkan syariat yang ditetapkan
  • Kewujudan institusi ini juga menggambarkan kehebatan kerajaan Islam dalam mengurus ‘amanah’ Allah SWT dan memanfaatkan sumber yang ada untuk digunakan bagi menjana ekonomi umat Islam

Soalan 64: Terangkan pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khalifah Abasiyyah  abad ke-9 hingga ke-11 M

Pendahuluan

  • Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.

Isi-isi penting

Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

  • Telah  wujud institusi baitulmal ,buktinya ada dinyatakan bahawa Abu Ubaidah adalah pemegang kunci Baitulmal ketika itu
  • Walau bagaimanapun,pelaksanaannya masih tidak formal dan sisitematik

Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab

  • Peranan institusi ini menjadi penting.Harta negara Islam kian bertambah dan pelbagai, antaranya ialah zakat fay, jizyah, sedekah, kharaz, usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap wilayah Islamsebagai cawangannya. Pegawai-pegawai akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada baitulmal peringkat pusat.
  • Khalifah Umar al-Khattab juga telah menyediakan buku kira-kira bagi mengesan perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik.Beliau tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke dalamnya atau pengeluarannya sekiranya bertentangan dengan syarak.
  • Mengharamkan sebarang tindaka untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan adalah amanah Allah SWT

Zaman Khalifah Uthman bin Affan

  • Timbul kontroversi  mengenai baitulmal.Khalifah Uthman bin Affan telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau juga dipercayai menorah rakyat membayar cukai yang lebih dan tidak mengagihkan harta rampasan perang di samping dituduh berbelanja dengan boros
  • Tuduhan bahawa beliau telah mengambil harta baitulmal adalah tidak tepat kerana Khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawannya.Malah bagi menambahkan harta baitulmal,beliau telah bertindak menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluargannya yang menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelim kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenarnya

Zaman Khalifah Abi bin Abi Talib

  • Baitulmal masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah dalaman. Walaupun digesa oleh pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada harta baitulmal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Mu’awiyah beliau telah menolak dengan alasan harta berkenaan adalah amanah Allah SWT
  • Beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan memenuhi permintaan saudaranya,iaitu Aqil supaya memeberikan sedikit sumber daripada baitulmal

Penutup

  • Penubuhan baitulmal pada zaman Khulafah’ al-Rasyidin sesungguhnya dapat menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam bahkan ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta memastikan harta yang dimiliki dijaga dengan sebaiknya berdasarkan syariat yang ditetapkan

Soalan 65: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai Kharaj pada zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-9 hingga ke-8M.

Pendahuluan

  • Kharaj ialah cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan,sama ada secara berperang atau secara damai.Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilk tanah tersebut yang beragama Islam atau bukan Islam.
  • Kharaj hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Isi-isi penting

Tanah yang dikenakan cukai Kharaj

  • Tanah-tanah yang dikenakan cukai Kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq.Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik memeluk agama Islam.
  • Selain itu,cukai Kharaj juga dikenkan ke atas tanah rampasan perang yang dimiliki tentera Islam dan pengusahanya terdiri dari golongan Dhimmi dengan kebenaran pemerintah Islam,tanah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam dan tempat tinggal golongan Dhimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.

Golongan Ahl al-Ayyam (Pemegang Amanah)

  • Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar memutuskan untuk dijadikan milik bersama dan akan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan dan pentadbiran badan induk yang dinamakan Pemegang Amanah atau golongan Ahl al-Ayyam.
  • Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat sementara bakinya diagihkan kepada mereka yang terlibat dalam penaklukan Iraq.

Kadar Kharaj

  • Kharaj wazifah/ masahah dikenakan mengikut keluasan kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam, dikenakan sekali dalam setahun. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan untuk setiap jarib anggur dikenakan Kharaj sebanyak 10dirham.
  • Kharaj muqasamah yang merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh daripada tanaman.Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani.Dikenakan setiap kali hasil pertanian diperoleh.
  • Kadar Kharaj adalah berdasarkan kemampuan dan tidak membebankan. Kadar maksimum ialah ½ daripada keseluruhan hasil dibayar dalam bentuk mata wang yang diusahakan.

Pelaksanaan cukai kharaj

  • Dikenakan kepada pemilik tanah penduduk dhimmi sahaja,Kharaj tdak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam. Kharaj tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya pemilik tidak berupaya,kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut kepada orang lain.
  • Pengutipan cukai dijalankan secara adil.Jika Kharaj tidak dapat dibayar disebabkan masalah kewangan,mereka akan dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga dia mampu.Sebaliknya jika seseorang itu mampu tetapi enggan membayar tindakan boleh diambil menerusi undang-undang atau dijual oleh kerajaan.

Penutup

  • Pelaksanaan dasar ini diteruskan oleh para Khulafa ar-Rasyidin tetapi semasa akhir pemerintahan khalifah Uthman bin Affan golongan Ahl al-Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk menguruskan cukai di Iraq sebaliknya diserahkan kepada pentadbiran gabenor.
  • Hasil cukai Kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur,rancangan memajukan pertanian, keamanan dll.

Soalan 66: Terangkan perlaksanaan Cukai Kharaj pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-7 hingga ke-11 Masihi

Pendahuluan

  • Perkataan Kharaj dipinjam daripada bahasa Byzantine bermaksud ufti. Dalam konteks sejarah Islam, Kharaj bukan bermaksud ufti tetapi bermaksud cukai tanah. kharaj ialah cukai tanah yang diperoleh sewaktu penaklukan, sama ada secara berperang atau secara damai. Kharaj dikenakan ke atas pemilik-pemilik tanah tersebut sama ada orang Islam atau bukan Islam.
  • kharaj merupakan satu daripada sumber kewangan negara yang penting dan dimulakan secara sistematik pada zaman Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H / 634-644M).

Isi-isi penting

1)      Pada zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur

  • Khalifah Abu Jaafar telah mengadakan beberapa perubahan untuk meningkatkan ekonomi negara dan melengkapkan pusat pentadbiran Baghdad. Bagi menjayakan rancangannya, Khalifah Abu Jaafar telah mengenakan cukai tanah atau kharaj kepada para petani.
  • Kaum pendatang dikenakan cukai perdagangan atau Usyur dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka. Pengutipan cukai-cukai tersebut telah menambah pendapatan perbendaharaan Negara.

2)      Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M)

  • Amalan kharaj ini diteruskan pada era pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M) hingga Khalifah Al-Muktamid (870-892M) dan kerajaan Tahiriyah yang diasaskan oleh Tahir Bin Hussain, panglima Khalifah Al Makmun.
  • Jasa Tahir Bin Hussain dalam membantu Khalifah Al-Makmun menewaskan saudaranya, Al-Amin menyebabkan Khalifah Al-Makmun memberi kemerdekaan kepada Khurasan dan mengiktiraf pemerintahan Tahir Bin Hussain. Kerajaan Tahiriyah telah menghantar Ufti atau Kharaj setiap tahun ke Baghdad.

3)       Pada zaman pemerintahan Al-Muqtadir (908-932M)

  • Pendapatan utama ialah dari hasil cukai daripada wilayah-wilayah yang ditakluki. Wilayah-wilayah ini perlu membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah atau kharaj, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol dan cukai pasir di Iraq berjumlah 1 547 734 dinar.
  • Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania ialah 226 370 dinar dan pendapatan lain ialah 1 768 015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam Baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara pada zaman Al-Muqtadir.

4)       Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Radni (934-940M)

  • Kerajaan Bani Abbasiyah mengalami zaman kemerosotan. Orang Turki mula menguasai hampir seluruh pentadbiran. Wilayah terpencil tidak lagi menaruh kepercayaan kepada pemerintahan pusat dan mengisytiharkan kemerdekaan dan bebas daripada pentadbiran Bani Abbasiyah. Misalnya, kerajaan Touloniyah (868-905M) mengisytiharkan kemerdekaan dan segala hasil negeri tidak lagi dihantar ke Baghdad.
  • Pada masa ini perbendaharaan negara merosot dan tidak lagi dapat mengutip Kharaj sehingga Khalifah sendiri tidak mempunyai sumber pendapatan dan tidak mampu membayar gaji tentera.

Penutup

  • Hasil yang diperoleh daripada sumber Kharaj ini akan disimpan di dalam Baitulmal dan akan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.

Soalan 67: Terangkan perlaksanaan cukai jizyah pada zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga ke-8

Pendahuluan:

  • Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-oramg kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta .
  • Secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori; Jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan Jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kearajaan islam.

Isi-isi penting

  1. Bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya meraka wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serts bukan ahli agama paderi atau pendeta. Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun , paling minima kadarnya ialah satu dirham, namun bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorng individu.
  2. Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut Islan atau kerajaan islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang kafir dhimmi. Selain itu, amalan pungutan jizyah ini diteruskan pada zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya ketika menghantar ekspedisi bagi menyaingi Byzantine dan Parsi sebelum peperang, panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam,berperang ataupun membayar jizyah.
  3. Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bn al-Khattab berukutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syam, Mesir dan sebagainya. Pemimpin Baitulmauqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin a-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan islam mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa.
  4. Penduduk Qibti menjemput Amru al-As untuk menghalau orang Rom dengan persetujuan membayar jizyah sebanyak 2 dinar setahun, di Syam pula dikenakan 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status individu. Sementara penduduk Adzerbaijian pula, walaupun diberikan kelongaran membayar jizyah pada tahun 22 H,namun tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
  5. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman bin Affan pula, Jizyah dikanakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah, Qairawan setelah termeterainya perjajjian damai.

Penutup:

  • Kesimpulanya, Perlaksanaan system jizyah pada zaman Abbassiyah, adalah sama seperti pada zaman khulafah al-Rasyiddin dengan beberapa perubahan kecil.

Soalan 68: Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman khulafa al-Rasyidin.

Pengenalan

  • jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka
  • walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta

Isi-Isi

  1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman Nabi Muhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi,   Sebelum berperang panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah
  • pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar satu dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal
  1. Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab
  • sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bin al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka
  • penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru Bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka bersetuju membayar jizyah dua dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1 – 4 dinar per individu bergantung kepada status individu. penduduk Azerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22H, namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu
  1. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
  • susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di Utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini
  • jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah termeterainya perjanjian damai
  1. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
  • Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan.  Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah

Kesimpulan

  • Peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanfaatkan untuk memajukan negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.

Soalan 69: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai Jizyah pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.

Pendahuluan

  • Kamus Dewan mentakrifkan jizyah sebagai satu pemberian ufti yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam yang di bawah pememerintahnnya. Kamus Bahasa Arab menyatakan bahawa jizyah ialah cukai perlindungan. Perkataan jizyah berasal daripada perkataan jaza yang membawa maksud ganti rugiatau balasan terhadap kebaikan atau keburukan. Kata jamaknya ialah jizan.
  • secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua  kategori, iaitu, jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam

Isi-isi Penting

Peranan cukai Jizyah

  • Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang- orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
  • Sebagai Perlindungan yang diberikan oleh negara Islam keatas keselamatan jiwa dan harta benda orang bukan Islam yang menetap atau bernaung di bawah pemerintahan Islam ini memberikan tanggungjawab kepada orang bukan Islam mempertahankan negara dan patuh kepada undang-undang negara yang melindunginya.
  • Malahan, orang bukan Islam diberikan kebebasan beragama dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera serta mendapat hak yang sama seperti orng Islam. Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya merek yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.

Perlaksanaan cukai jizyah

  • Umumnya, jizyah dibayar setiap awal tahun, di bayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Bayaran jizyah secara tunai ialah satu dinar atau kain senilai dengannya. Jika bayaran dalam bentuk barangan, ia mungkin sampai satu daripada hasil pertanian. Mereka yang enggan membayar jizyah dianggap tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat.
  • Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang kafir dhimmi.
  • Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem jizyah yang diamalkan pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Bani Abbasiyah telah menghapuskan perbezaan yang wujud antara keturunan Arab dan bukan Arab atau golongan mawali yang diamalkan pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
  • Hal ini adalah kerana pemerintahan Bani Abbasiyah banyak dipengaruhi oleh bangsa-bangsa asing.

(a) Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786 – 809 M)

  • Khalifah Harun memimpin angkatan tentera memerangi tentera Rom. Berlaku peperangan antara Baghdad dengan Constantinople kerana pemerintah Byzantine telah menyerang sempadan di Asia Minor. Tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom dan Khalifah Harun mengemukakan tiga pilihan seperti yang pernah dibuat oleh Khalifah al-Rasyidin, iaitu memeluk agam Islam, membayar jizyah, atau terus berperang.
  • Maharani Irene Leo IV, wakil utusan pemerintah Byzantine telah bersetuju membayar jizyah kepada Khalifah Harun.  Setelah kematian Maharani Irene Leo IV, Raj Nicephorus I menunjukkan sikap biadap apabila enggan meneruskan perjanjian yang ditandatangani oleh Maharani Irene Leo IV dan merasakan dirinya gagah dan dapat melawan tentera Islam. Malah, beliau menuntut Khalifah Harun membayar balik segala jizyah yang telah dibuat oleh Maharani Irene Leo IV.
  • Permintaan tersebut menyebabkan Khalifah Harun menghantar tentera untuk menemui raja tersebut. Angkatan tentera ini terus mara dan menawan bandar Heraclea, Tyans, Iconium, dan Emphesus. Seterusnya mara dan menawan Pulau Cypus pada tahun 805 M. Dengan kejayaan ini, Raja Nicephorus I bersetuju berdamai dan menyambung semula pembayaran jizyah.

(b) Zaman pemerintahan Khalifah al-Muqtadir (908-932 M.)

  • Memperlihatkan pendapatan utama daripada hasil cukai daripada wilayah seperti Iraq, Khuzistan, Parsi, Jazirah, Syiria, Mesir, wilayah Oman, Adharbayyah, dan Armania. Wilayah-wilayah ini membayar cukai tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai air, cukai tol, cukai pasir di Iraq berjumlah 1,547,734 dinar.
  • Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania pula ialah 226, 370 dinar, dan pendapatan lain ialah 1,768,015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara pada zaman al-Muqtadir. Wang yang diperoleh ini digunakkan untuk: Menampung perbelanjaan menjaga kota Makkah dan Madinah, Menyediakan jalan pergi haji atau pertahanan di perbatasan dan Membayar gaji tentera istana.

(c ) Zaman pemerintahan Khalifah al-Qadir (991-1074 M.)

  • Khalifah al-Qadir berjaya memenangi peperangan Turki, Wasit, dan Basrah. Kemenangan ini membolehkan banyak harta pampasan perang diperoleh. Malahan, serangan ke atas Batihah dan Basrah juga mencapai kejayaan.
  • Mereka yang tewas bersetuju membayar cukai jizyah sebanyak 1 000 dinar setahun kepada kerajaan pusat Abbasiyah.

Penutup

  • Pada zaman Bani Buwayh, khalifah tidak mempunyai kuasa dan hanya menjadi lambang sahaja, kerana yang berkuasa ialah pegawai kerajaan yang terdiri daripada orang Buwayh.
  • Ketika Bani Saljuk (1055-1242 M.) mengambil alih pamerintahan, kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan yang aman dan ini menyumbang kepada peningkatan kewangan negara. Khalifah-khalifah Abbasiyah seperti al-Gaim, al-Muqtadi, al-Muqtazhir hinggalah al-Mutansir hanya menerima bayaran tertentu sahaja. Ketika Abbasiyah diserang oleh tentera Moghul, pemerintahan Abbasiyah telah berakhir dan perbendaharaan negara diambil alih oleh orang Moghul.
  • Pelaksanaan sistem jizyah pada zaman Abbasiyah, adalah sama seperti pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin engan beberapa perubahan kecil.

Soalan 70: Terangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8M.

Pendahuluan

  • Zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisab dan genap setahun (haul). Zakat akan di berikan kepada orang yang berhak memilikinya dengan syarat yang khusus. Zakat harta benda di wajibkan oleh allah s.w.t sejak permulaan islam lagi,iaitu sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke madinah
  • Kewajipan zakat ketika itu hanya bertaraf pilihan (ikhtiar) tanpa di hadkan kadar nisab dan jenis harta benda yang hendak dikeluarkan zakat. Pada tahun kedua hijrah (632M),zakat difardukan secara ijabari (kuat kuasa) atau ilzumi (wajib) antara bulan syaaban hingga bulan syawal .Mulai tahun itu , keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayar oleh pemerintah

Isi-isi penting

Peranan Zakat

  • Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala , mensucikan jiwa daripada kekotoran dan dosa serta memperoleh keberkatan
  • Dapat mendamaikan  dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya , ia dapat mengeratkanhubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang social
  • Dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta
  • Dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain

Pelaksanaan Zakat

  • Pada zaman khulafah al-rasyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab tertentu. Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda. Khalifah abu bakar al-siddiq bertindak tegas dengan memerangi orang yang enggan membayar zakat
  • Zakat di salurkan kepada lapan asnaf,iaitu orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang miskin ,orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir, dan amil
  • Kutipan zakat bertambah meningkat kesan dasar perluasan kuasa yang dijalankan pada zaman khalifah umar bin al-khattab serta para khalifah berikutnya
  • Khalifah uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik-pemilik kuda .pengenalan zakat ternakan kuda initidak pernah dilakukan sebelumnya pada zaman nabi Muhammad s.a.w
  • Namun, khalifah uthman menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat islam sehingga berupaya memiliki binatang seumpama itu wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan keatas binatang unta

Penutup

  • Pelaksanaan zakat memberi banyak kepentingan
  • Dengan pengeluran zakat berdasarkan kaedah yang ditetepkan, ia membuktikan sifat mentaati hukum Allah S.W.T

Soalan 71: Terangkan peranan dan perlaksanaan zakat pada Zaman Khalifah Abbasiyah abad ke 9 hingga abad ke 11 Masihi

Pengenalan

  • Zakat merupakan  salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan fardu ain ke atas tiap- tiap orang yang cukup syaratnya . Kewajipan mengeluarkan zakat ini disebut dalam surah an-Nisa,ayat 77 iaitu , ‘dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat hartamu .’
  • Pemerintahan kerajaan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan perlaksanaan zakat .Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat pada zaman ini , kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat.

Isi- Isi Penting

Peranan zakat

  • Mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala , mensucikan jiwa daripada kekotoran dan dosa serta memperoleh keberkatan
  • Dapat mendamaikan  dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya , ia dapat mengeratkanhubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang social
  • Dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta
  • Dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain

Perlaksanaan zakat Khalifah Abbasiyah

  • Khalifah-khalifah Bani Abbasiyah menjadi penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Para khalifah meggalakan kebebasan berfikir dan bertukar-tukar pendapat bagi mewujudkan suasana perkembangan ilmu dalam negara islam.Suasana  keilmuan ini telah melahirkan mazhab-mazhab awal dalam Islam. Antaranya, Mazhab Hanafi,Mazhab Maliki, Mazhab Shafi’e, dan Mazhab Hambali yang telah membawa tafsiran zakat yang berbeza –beza dan kemudiannya telah memperanguhi urusan pentadbiran dan pelaksanaan zakat pada zaman pemerintahan untuk Khalifah Abbasiyah dan pemerintahan  Islam seterusnya.
  • Pemerintahan  Bani Abbasiyah telah membahagikan zakat kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah ialah zakat yang wajib ditunaikan  selepas selesai mengerjakan puasa pada bulan ramadandan tujuannya adalah untuk menyucikan orang yang berpuasa daripada ucapan dan perbuatan yang sia-sia. Orang yang berhak menerima zakat fitarh ialah hamba atau orang merdeka tidak kira jantina dan klasifikasinya . Selain itu juga , zakat fitrah juga harus diberikan sebelum solat Aidilfitri .Masa pemberian ini telah dipersetujui oleh para ulama.
  • Dalam mazhab hanafi menyatakan bahawa zakat fitrah tidak semestinya disegerakan kerana perintah menunaikan zakat tidak ada batasan waktunya. Sebaliknya, mazhab syafi’e pula menyatakan bahwa zakat fitrah bolrh ditunaikan  dalam bulan Ramadan kerana pada dasarnya puasa dan fitri iaitu berhentinya puasa. Mazhab syafi’e dijadikan asas bagi pemberian zakat fitrah. Oleh itu, zakat fitrah harus diberikan sebelum solat hari raya aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya akan dikira sedekah biasa. Hal ini telah dijelaskan oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Zakat fitrah  dikelurkan oleh seseorag islam, kaum keluarganya atau tanggungannya  yang beragama islam,iaitu isteri dan anak-anaknya. Manakala, Mazhab Maliki pula  lebih  mengutamakan kedua ibu bapa sebelum anak-anaknya.
  • Zakat harta merupakan harta benda yang diwajibkan zakat seperti binatang ternakan,emas,perak,barang perdagangan,dan biji-bijian. Zakat hasil ternakan mempunyai syarat-syarat yang harus diikuti ialah cukup nisab,haul,binatang peliharaan dipelihara dalam padanh rumput yang bebas dan tidak digunakan untuk berkerja.
  • Zakat emas dan perak ialah zakat yang wajib diberikan jika mencapai syarat seperti cukup hisab,haul (iaitu setahun) dan milik yang sempurna.Wanita yang memiliki ems dan perak dijadikan  perhiasan tidak wajib berzakat keran  wanita  dikehendaki berhias untuk suaminya. Namun, jika sekiranya emas dan perak dikumpul untuk menjadi harta kekayaan, maka wajib dikeluarkan  zakat  kerana ianya  bertujuan untuk barang simpanan.
  • Zakat barang dagangan dan pertanian. Syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk mengeluarkan zakat barang dagangan ialah niat untukmendapatkan keuntungan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Selain itu , cukup nisab dan haul. Manakala,  bagi zakat pertanian  mazhab syafi’e,hanafi dan maliki bersependapat bahawa waktu wajib mengeluarkan zakat tanaman dan buah-buahan ialah apabila sudah boleh dimakan.

Kesimpulan

  • Pemerintahan kerajaan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan mengukuhkan lagi dasar dan perlaksanaan zakat .Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat pada zaman ini , kadi yang pakar dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat.
  • Masyarakat islam yang berharta perlu mengeluarakan  zakat kerana dua sebab iaitu zakat merupakan suatu sebab yang diharap akan mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala. Selain itu, zakat merupakan suatu kenyataan  kesucian jiwa daripada kekotoran  dosa.

 

 

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version