Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

 

3.5 Pembentukan Negara Bangsa

3.5 Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 123: Jelaskan pembentukan konsep negara bangsa di dunia Islam

Pendahuluan

  • Mengikut John Stuart  Mill, “bangsa” (a nation) bermaksud bahagian rumpun manusia yang terikat dengan rasa takjub bersama yang tidak wujud dalam hubungan antara rumpun tertentu dengan rumpun bangsa lain. Rasa kesatuan sedemikian, lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama.
  • Manakala “negara” (a state) merupakan sebuah entity undang-undang yang berdaulat serta mempunyai kerajaan yang sah memerintah ke atas rakyatnya di dalam kawasan yang ditentukan sempadannya dengan jelas.

Isi-isi penting:

  1. Konsep negara bangsa
  • Dalam hal ehwal antarabangsa, negaralah yang berperanan memainkan hubungan dengan negara-negara lain dan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sama ada dalam keadaan perang atau damai.
  • Konsep negara bangsa menjadi matlamat tertinggi bagi nasionalisme abad ke-19 dan 20. Kerana bangsa, anggota masyarakat beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya.
  • Kemunculan konsep negara bangsa (the nation state) merupakan fenomena politik zaman moden yang penting di Eropah, Amerika, Asia dan Afrika.
  1.           Istilah Timur Tengah
  • Manakala istilah “Timur Tengah” merupakan ciptaan Barat, khususnya Britain, pada akhir abad ke-19 dan dipakai meluas sehinggalah sekarang. Penentuan takrif atau kawasan yang dicakupi oleh sesuatu istilah seperti Timur Tengah (Middle East) dan yang seumpamanya adalah penting kepada sesebuah negara tertentu, terutamanya apabila ia melibatkan soalan penggubalan polisi umum serta tindakan tertentu dalam hubungan luar negeri.
  • Sememangnya istilah Timur Tengah tiada satu definisi yang utuh. Hanya berasaskan kawasan yang sering dicakupi daripada penggunaannya yang pelbagai seperti Timur Dekat  (The Near East) dan Asia Barat (West Asian). Istilah “Timur Dekat” digunakan untuk merujuk kerajaan Uthmaniyah dan setelah perang dunia Pertama tamat. Berikutan kehancuran kerajaan Uthmaniyah, istilah ini menjadi kurang popular.
  • Pada tahun 1951, Ernest Davies, Setiausaha Rendah Britain menjelaskan dalam House Of Commons bahawa istilah “Timur Dekat” yang berkait dengan kerajaan Uthmaniyah sudah tidak dipakai lagi di Britain dan istilah “Timur Tengah” digunakan secara rasmi. “Timur Tengah” ini merangkumi Mesir, Turki, Iran, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Muscat, Aden dan Yaman.
  • Sehubungan dengan “Doktrin Eishenhower” pada tahun 1957, Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada masa itu, diminta memberikan definisi “Timur Tengah” bagi tindakan bantuan ekonomi dan ketenteraan. Mengikut penjelasannya, “Timur Tengah” meliputi kawasan yang terletak di antara Libya di bahagian Barat, Pakistan di bahagian Timur, Turki di bahagian Utara dan Semenanjung Arabia di bahagian Selatan, termasuk Sudan dan juga Habshah.
  • Berikutan krisis di Lubnan dan revolusi di Iraq pada tahun 1958, konsep “Timur Tengah” diperjelaskan lagi oleh Jabatan Negara, Amerika Syarikat, iaitu merangkumi Mesir, Syria, Israel, Jordan, Lubnan, Iraq, Arab Saudi dan negara-negara teluk. Bahkan ada juga yang memberi pendapat yang lebih ketara dengan menyamakan “Timur Tengah” dengan dunia islam.
  • Keseluruhannya, pemakaian istilah “Timur Tengah” dan “Timur Dekat” berorientasikan Eropah. Justeru, bagi sesetengah kalangan dalam negara Asia seperti India dan Malaysia, cenderung memakai istilah “Asia Barat”.
  1. Pembentukan Negara Bangsa Di Dunia Islam
  • Perkembangan dan perubahan yang berlaku pada abad ke-20 yang melahirkan negara bangsa di Timur Tengah difahami dengan jelas jika dikaitkan dengan zaman-zaman sistem islam yang universal. Bermula pada Nabi Muhammad s.a.w yang mencetuskan perubahan asasi lagi menyeluruh kepada cara hidup orang Arab. Zaman ini berjaya merubah pola kesetiaan kepada kabilah-kabilah yang berpecah-belah kepada tauhid dan munculnya satu perpaduan dalam konsep “ummah”. Pada zaman ini, lahirnya negara islam di Madinah pada tahun 622. Nabi Muhammad s.a.w memegang peranan sebagai pemimpin politik dan pengisytiharan perlembagaan atau piagam Madinah menyediakan kepada orang Arab satu wadah kesatuan politik.
  • Pembukaan Kota Makkah pada tahun 630, membawa sebahagian besar kabilah-kabilah di semenanjung Tanah Arab memeluk agama Islam dan menjadi anggota ummah tersebut. Penegakan konsep “ummah” ini merupakan kejayaan besar dalam menukarkan sistem berkabilah kepada sistem pemerintahan negara universal di Semenanjung Tanah Arab. Fasa-fasa seterusnya memperlihatkan peringkat perkembangan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, zaman Umayyah dan zaman Abbasiyah adalah mewarisi dan memperluaskan sistem pemerintahan negara universal tersebut.
  • Walaupun terdapat juga aspek dasar kelemahan dalam sistem politik secara praktis di akhir zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman berikutnya, namun sebagai sebuah tamadun, Islam tetap menjadi dominan dan syariah terus berkuat kuasa sebagai undang-undang dasar negara. Serangan Hulagu Khan ke atas kota Baghdad  pada tahun 1258, mengakhiri zaman Abbasiyah dan menandakan bermulanya zaman kelemahan tamadun Islam.
  • Lebih kurang 41 tahun kemudian, teraju kepimpinan politik beralih kepada orang Islam Turki, iaitu dengan pengasasan kerajaan Uthmaniyah pada 1299. Zaman kekuasaan Uthmaniyah yang berakhir dalam tahun 1918, masih dikira sebagai zaman mewarisi sistem kerajaan Islam universal. Institusi khalifah yang ditegakkan menjadi faktor  politik terpenting mengikat perpaduan ummah.

Kesimpulan:

  • Perkembangan yang berlaku pada abad ke-20 melahirkan negara bangsa di timur. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mencetuskan perubahan dalam cara hidup orang Arab dengan wujudnya satu perpaduan dalam konsep “ummah” dan lahirnya negara Islam pertama di Madinah pada tahun 622.
  • Konsep negara bangsa pada abad ke-19 dan 20 berkait rapat dengan kesediaan masyarakat beridentitikan diri mereka dengan negara dan menumpahkan kesetiaan mereka kepadanya. Sistem politik pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan zaman Islam seterusnya mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing, namun Islam tetap menjadi dominan dalam aspek pentadbiran.

Soalan 124: Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara bangsa

Pendahuluan

  • Negara ialah suatu komuniti politik tersusun yang menguasai sesuatu kawasan dan mempunyai kedaulatan luaran dan dalaman yang boleh menguatkuasakan monopoli terhadap penggunaan kekerasan yang difikirkan wajar. Negara juga boleh didefinisikan sebagai suatu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah yang menguruskan serta mengendalikan peraturan dalam sesuatu masyarakat.
  • Perubahan dan perkembangan politik di Eropah pada zaman awal dan pertengahan telah membawa kepada pembentukan negara bangsa. Sejarah kemunculan konsep ini adalah seawal abad ke-15 kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh negara bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol.
  • Idea ini meledak di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.
  • Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa.

Isi penting :

  1. Kemunculan Semangat Nasionalisme
  • Semangat nasionalisme (kesedaran kebangsaan) ialah sifat utama bagi kemunculan negara bangsa. Sebagai contoh, pada zaman kemunculan negara bangsa seseorang yang dilahirkan di Perancis berfikir sebagai seorang Perancis dan bukan sebagai seorang British atau Portugis. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk Negara bangsa masing-masing. Penyatuan dan pembentukan Negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.
  • Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914-1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan Negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan serta menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan.
  • Oleh itu, muncullah Negara bangsa yang baharu. Tujuh Negara bangsa baharu yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh Negara bangsa pada abad ke-19.
  1. Keruntuhan Sistem Feudal
  • Sistem feudal dan keinginan raja untuk menegakkan kembali kuasanya telah mendorong pembentukan negara bangsa. Sistem ini telah wujud di Eropah sejak keruntuhan empayar Rom pada abad ke-5 Masihi. Hal ini telah menimbulkan susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat seperti Raja, Vassal (golongan bangsawan) dan Serf (petani dan rakyat biasa).  Raja memiliki semua tanah dalam negara dan baginda berperanan melindungi golongan bawahannya. Baginda telah memberikan tanah kepada golongan bangsawan (Lord) atau Vassal sebagai tanda taat setia kepadanya. Sebahagian daripada hasil tanaman pula diberikan kepada raja sebagai balasan.
  • Oleh itu, lama-kelamaan kedudukan Vassal semakin kukuh dan kuasa raja pula semakin berkurangan dan terpaksa bergantung pada sokongan kepada kebanyakan Vassalnya. Kesedaran raja untuk menegakkan semula kuasanya telah menyebabkan raja menubuhkan pasukan tentera dan berperang dengan Vassal-vassalnya. Hal ini telah menyebabkan berlakunya proses penyatuan kawasan persekitaran yang biasanya didiami oleh kelompok masyarakat daripada bangsa yang sama.
  • Kesannya, sistem feudal tidak lagi diterima oleh masyarakat Eropah. Sebagai contoh, di England, Raja Henry VII telah Berjaya menggubal undang-undang baharu yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri dan melarang mempunyai lambang kuasa khas.
  1. Kesan Perang Salib
  • Perang Salib telah membawa kesan yang penting kepada proses pembentukan negara bangsa. Perang ini berlaku antara orang Kristian di Eropah dengan Orang Islam di Timur Tengah selama 200 tahun (1095-1291). Tujuan utama orang Kristian berperang dalam Perang Salib adalah untuk membebaskan Baitulmuqaddis dan Palestin daripada orang Islam.
  • Paus (Pope) yang merupakan ketua agama Kristian telah meminta pemimpin Negara Eropah untuk membantu membebaskan tanah suci orang Kristian itu. Pemerintah-pemerintah di Eropah telah mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Vassal untuk menyumbangkan tenaga Serf sebagai tentera.
  • Hal ini telah menyebabkan kekuatan ketenteraan Vassal semakin berkurangan, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan Serf yang pulang daripada medan peperangan tidak kembali kepada Vassal. Mereka berkunjung ke bandar-bandar dan peluang ini telah digunakan oleh raja-raja untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Raja-raja telah melaksanakan ekspedisi-ekspedisi ketenteraan untuk membawa Vassal ke bawah kekuasaannya dalam usaha membentuk negara bangsa.
  1. Perkembangan Bandar
  • Perkembangan bandar dan peranan bandar yang menjadi pusat pembangunan, terutama dalam membangunkan ekonomi telah mengubah sistem ekonomi tradisional yang lebih mementingkan pertanian.
  • Perang Salib telah membawa kepada pembentukan bandar-bandar baharu dan kemunculan bandar-bandar lama semula. Ekonomi bandar berkembang pesat dengan bertambahnya penduduk dan penggunaan wang. Oleh itu, golongan Serf mula berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan, manakala askar-askar yang kembali dari medan peperangan juga tidak pulang ke kampung mereka.
  • Hal ini telah melemahkan kekuasaan Vassal yang bergantung pada penguasaan tanah serta kesetiaan Serf di tanah kawalan mereka. Kemerosotan kuasa Vassal telah menambahkan kuasa dan pengaruh raja yang Berjaya meluaskan kekuasaannya ke seluruh negeri.
  1. Kemunculan Golongan Pertengahan
  • Kemunculan golongan pertengahan di bandar akibat kemajuan pesat dalam ekonomi perdagangan dan perindustrian telah menyebabkan golongan ini menyokong pemerintah yang kuat, yang boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
  • Mereka memerlukan perlindungan daripada sebuah kerajaan pusat yang berkesan. Oleh itu, mereka sanggup membayar cukai bagi mendapatkan kestabilan politik untuk menjalankan perdagangan dan perniagaan.
  • Kepentingan dan pengaruh golongan bangsawan atau Vassal telah digantikan oleh golongan pertengahan dan pengusaha justeru, raja kini boleh mengumpul lebih banyak wang melalu percukaian yang dikenakan terhadap golongan bangsawan. Sebagai balasan, raja dapat menggaji tentera dan pegawai perkhidmatan awam untuk memberikan perlindungan kepada kelas pertengahan dan bentuk kerajaan yang mereka perlukan.
  1. Kemajuan Ekonomi dan Institusi Kebangsaan
  • Penubuhan institusi kebangsaan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan Negara bangsa. Kemajuan perdagangan dan ekonomi akibat Perang Salib menyebabkan sistem feudal tidak dapat memenuhi keperluan penduduk Eropah seperti menjamin keamanan dan menyediakan kemudahan awam, khususnya di kawasan bandar.
  • Raja-raja di England dan Perancis melihat perkembangan ini sebagai memberi peluang kepada mereka untuk meluaskan kuasa dan kawalan.
  • Mereka mula membentuk institusi-institusi kebangsaan bagi sebuah kerajaan, antaranya pentadbiran pusat, tentera kebangsaan dan undang-undang kebangsaan. Kesemua institusi ini merupakan permulaan negara bangsa dan membawa kepada kemerosotan sistem feudal.
  1. Perkembangan Bahasa Kebangsaan
  • Pembentukan negara bangsa juga dibantu oleh perkembangan bahasa kebangsaan. Pada Zaman Renaissance (yang wujud selepas Perang Salib berakhir), buku-buku tidak lagi ditulis dalam bahasa Latin tetapi dalam bahasa pertuturan masyarakat berkenaan.
  • Situasi ini berlaku berikutan penciptaan mesin pencetak. Hal ini juga menyebabkan penduduk di kawasan pedalaman Perancis mula bercakap serta berfikir seperti orang Perancis dan akhirnya berjaya mewujudkan identiti yang sama untuk penduduk sesuatu wilayah.
  • Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan dan bukannya bahasa dialek tempatan. Situasi ini berjaya menarik minat rakyat untuk membaca dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan negara bangsa.

Kesimpulan

  • Kesimpulannya, pembentukan negara bangsa dapat dicapai disebabkan oleh faktor-faktor di atas, khususnya kemunculan semangat nasionalisme. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai sekiranya masih ada perasaan etnosentrik dalam kalangan masyarakat, iaitu perasaan merendahkan sesuatu bangsa dan budaya kaum lain kerana merasakan bangsa sendiri lebih hebat.
  • Negara bangsa ini dapat membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan semangat patriotik yang kental.

Soalan 125: Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

  • Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
  • Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.

Isi-isi Penting :

  • Pembentukan negara bangsa Turki bermula sejak empayar Turki Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II apabila baginda memperkenalkan sistem pemerintahan berperlembagaan menggantikan sistem pemerintahan khalifah. Selain daripada menukar sistem pemerintahan Turki Uthmaniyah, baginda juga tidak lagi mengamalkan sistem syura yang menjadi amalan dalam sistem pentadbiran Islam.
  • Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II meluluskan draf perlembagaan yang dirangka oleh Midhat Pasha dan beberapa pembantunya berdasarkan Perlembagaan Belgium dan Prussia. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II menambah satu fasal dalam perlembagaan tersebut yang membenarkan Sultan membuang sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara. Melalui perlembagaan ini, Sultan ddiisytiharkan sebagai khalifah bagi seluruh dunia Islam. Perlembagaan ini juga menekankan persamaan hak untuk semua rakyat tanpa mengira agama.
  • Selain itu, tumpuan pembaharuan baginda ialah dalam bidang pendidikan. Beliau sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan memuliakan golongan cerdik pandai. Perbelanjaan negara telah diperuntukkan untuk menyelenggara sekolah dan institusi pendidikan tempatan. Baginda menubuhkan sekolah dan pusat penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu perubatan, penternakan ulat sutera, perikanan dan perhutanan. Pada ketika itu, pembinaan sekolah diperhebatkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di wilayah naungannya. Penduduk tempatan mendapat faedah daripada pembinaan sekolah tersebut khususnya sekolah atau kolej ketenteraan. Pendekatan pembinaan sekolah di wilayah naungan berlaku dalam rentak dan pendekatan yang berbeza. Wilayah Yaman dan Hijaz tidak didirikan sekolah tentera sebaliknya menceduk ilmu pengetahuan dari sumber Islam yang tulen. Pada zaman itu, di Syria terdapat aktiviti penyebaran agama Kristian Katolik dan Protestan yang hebat dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pendekatan di Syria secara umumnya dan Lubnan khususnya adalah cenderung kepada kebudayaan Eropah.
  • Sultan Abdul Hamid II menggunakan seluruh tenaganya untuk merealisasikan matlamat penubuhan Pan-Islamisme. Baginda cuba menghidupkan kembali sistem dan gelaran khalifah dalam kalangan umat Islam seluruh dunia dan mengharapkan penjajah terutamanya Britain merasa gerun kerana menjajah berjuta-juta umat Islam. Namun, dasar Pan-Islamisme yang dibawa oleh Sultan Abdul Hamid II tidak bertahan lama kerana benih-benih nasionalisme Barat yang telah ditanam sekian lama dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki sehingga berjaya membuahkan bibit-bibit perpecahan dan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
  • Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Slogan ini merupakan semangat daripada Revolusi Perancis 1789.
  • Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
  • Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.

Penutup :

  • Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
  • Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

Soalan 126: Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan

  • Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 – 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri. Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
  • Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
  • Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

Isi-isi Penting :

Faktor Dasar Pan-Islamisme

  • Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia.
  • Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
  • Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam.
  • Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

Faktor Pendidikan

  • Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
  • Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti

  • Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah.
  • Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi.
  • Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah.
  • Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Faktor komunikasi dan pengangkutan

  • Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
  • Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya.
  • Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.
  • Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
  • Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam.
  • Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini.  Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini.
  • Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

Faktor Dasar Turkifikasi

  • Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
  • Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
  • Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
  • Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi Turki.

Penutup :

  • Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
  • Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

Soalan 127: Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.

Pendahuluan

  • Pembentukan  negara bangsabermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu perasaan  cinta dan  taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat kebangsaanini telah membawa kepada kemunculan negara bangsa di Turki. Kesedaran ini semakin kuat kerana negara mereka dijajah, melalui kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Ekoran ini negara Turki telah dibahagi-bahagikan.
  • kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam hal ini faktor politik, merupakan salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa di negara ini.

Isi-isi

  1. Politik
  1. Masalah Dalaman pemerintahan negara Turki
  • Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya. Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
  • Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”.  Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
  • Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara. Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
  • Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusia dan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi Turki.
  1. Tindakan kuasa barat
  • Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
  • Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.
  1. Gerakan pan-Islamie/ gerakan islah
  • Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
  • Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.
  1. Faktor lain
  1. Faktor ekonomi
  • Menangani hutang negara. Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
  • Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan pengangkutan. Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.Stesen-stesen  telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya. Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.
  • Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling. Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam. Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini.  Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini. Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.
  1. Faktor sosial
  • Pendidikan. Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam. Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.
  • Faktor hubungan dengan golongan minoriti. Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi. Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah. Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.


Kesimpulan

  • Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah. Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.
  • Faktor politik merupakan faktor utama pencetus ke arah pembentukan negara bangsa dan faktor lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.

Soalan 128: Huraikan perkembangan era Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah dan Kemunculan negara bangsa di Timur Tengah

Pendahuluan

  • Konsep negara bangsa di dunia Islam, menjadi fenomena politik berikutan kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Dasar capitulationss oleh kerajaan Uthmaniyah dan juga pelaksaan sistem millet untuk memenuhi toleransi agama pada abad ke-19 M, menjadi agitan politik.
  • Idea-idea persamaan dan persaudaraan yang tersabar di Eropah mempengaruh masyarakat Islam, terutamanya Kristian dan Yahudi. Situasi ini mendorong Perancis, British dan Rusia bersaing untuk melindungi masyarakat Kristian Katolik, Prostestan dan Yahudi dalam kerajaan Uthmaniyah.

Isi-isi Penting:

  1. Bagi melemahkan kuasa Islam Uthmaniyah, kuasa-kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang berusaha mengusai lautan yang melingkungi dunia Islam dan sistem perdagangan antarabangsa. mereka tidak lagi menggunakan pendekatan kekuatan ketenteraan sebagaimana dalam Perang Salib. Oleh itu, Zaman kemunculan kerajaan Uthmaniyah dapat dilihat dalam rangka dasar hubungannya dengan kuasa barat. Negara-negara Kristian memahami aspek kekuatan dan kelemahan kerajaan Uthmaniyah sejak abad ke-16 M lagi. Berikutan daripada ini, sumber kekuatan ekonomi dan kuasa laut kerajaan Uthmaniyah mula tercabar. Kemenangan yang dicapai oleh kerajaan Uthmaniyah semasa era keagungannya dalam menghadapi Kristian Eropah menyebabkan meraka memandang mudah berkaitan dengan perkembangan yang berlaku di luar negara.Hubangan secara diplomatik secara timbal balik dengan kuasa Eropah menyebabkan yang berlaku di luar negara. Hubangan diplomatik secara timbal balik dengan kuasa Eropah dianggap tidak penting walaupun diplomat Eropah dibenarkan berada di Istambul.
  1. Pada abad ke-17 M, sikap kerajaan Uthmaniyah terhadap Eropah mula berubah melalui beberapa Perjanjian yang memaksa kerajaan Uthmaniyah menyerahkan wilayahnya kepada barat. Contohnya, kepada Habsburg hampir keseluruhan Hungary dan sebahagian besar Silvania dan Croatia. Di samping menyerahkan sebahagian Ukraine dan Prodolia kepada Poland. Perkembangan ini dipandang sebagai bermulannya era kemorosotan kerajaan Uthmaniyah serta tidak menjadi ancaman kepada Kristian Eropah. Kuasa Eropah yang bercita-cita besar ke atas kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu ialah Rusia. Disamping itu, Austria juga berminat dengan Balkan dan menjadi pengimbang untuk menyekat pengaruh Rusia daripada menjadi beditu kuat. Fasa baharu ini memperlihatkan persaingan pengaruh dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah seperti Rusia, Austria, Jerman, Perancis dan Bratish yang mempunyai kepantingan masing-masing. Persaingan yang berlaku ketika era kemerosotan kerajaan Uthmaniyah ini dinamakan “The Eastern Question”, iaitu kuasa Barat mencari peluang untuk mengusai wilayah kerajaan tersebut.
  1. Dalam masa yang sama, persoalan lain yang perlu dihadapi oleh kerajaan Uthmaniyah ialah bagaimana untuk mengembalikan kekuatan serta menyelamatkan perpaduan negara. Pd abad ke-19, situasi kelemahan kerajaan Uthmaniyah dilihat semakin serius. Kekalahan dalam perang Crimea pd thn 1875 M, bertambah jelas buat Perancis dan Inggeris bahawa kerajaan Uthmaniyah sudah tidak mempunyai sumber kekayaan yang boleh di kaut lagi. Oleh itu, kerajaan ini dianggap tidak lagi menjadi sekutu penting dalam pakatan tentera. Berikutan itu, British dan Perancis mula berpaling tadah dan menyertai Rusia dalam merampas wilayah kerajaan Uthmaniyah. Pd thn 1875 M, British menduduki Cyprus dan Rusia menyerang Bulgaria. Pd thn 1878 M, Rusia memaksa Uthmaniyah menyerahkan tiga  buah wilayah di bahagian Timur, iaitu Batum, Ardahan dan Kars. Pd 1881 M, Perancis menakluki Tunisa, British mengusai Mesir dan akhirnya pd thn 1909 M, Bulgaria mengistiharkan kemerdekaan dan Austria merampas Bosnia dan Herzegovina. Imperilisme baharu Eropah, yang bermula pd thn awal kurun ke-19 M itu telah mengakibatkan penembusan idea-idea Barat secara berunsur-unsur dalam kehidupan masyarakat Timur Tengah. Idea-idea tersebut akhirnya dimanifestasikan dalam bentuk nasionalisme dan sekularisme. Fahaman kebangsaan moden yang mencetus konsep “negara bangsa” adalah bersumpah Revolusi Perancis.
  1. Masalah dalaman menjadi punca utama memudahkan penembusan pengaruh asing pd abad ke-19 M yang akhirnya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah pd abad ke-20 M. Keutamaan yang diberikan oleh Uthmaniyah dalam dasar capitualations dan juga pelaksaan sistem millet untuk memenuhi toleransi agama pd abad ke-19 M menjadi aditasi politik. Pengaruh idea-idea persamaan dan persaudaraan yang tersebar meluas di Eropah menyebabkan masyarakat bukan Islam, terutamanya Kristian dan Yahudi bangkit memperjuangkan konsep tersebut. Kelemahan yang semakin ketara ini, dimanipulasi oleh Perancis, British dan Rusia dengan masing-masing mengaku menjadi juara untuk melindungi kepentingan masyarakat Kristian Katolik, Protestan dan Yahudi dalam kerajaan Uthmaniyah. Idea-idea Revolusi Perancis dan campur tangan asing tersebut ternyata membangkitkan masyarakat bukan Islam, terutama di bahagian Eropah Kerajaan Uthmaniyah yang menuntut persamaan status serta kemerdekaan sepenuhnya daripada kerajaan Uthmaniyah. Polisi yang dipilih ke arah modenisasi Negara ialah nasionalisme Turki.  Melalui Pan-Turanisme, darah Turki tidak hanya menjadi identity etnik malahan juga identity politik. Penggulingan Sultan Abd al-Hamid 2 (1876-1909 M), menandakan satu era perubahan yang keluar dari rangka dasar Pan-Islamisme dan Ottomanisme.
  1. Perang Dunia Pertama yang berakhir pada 1918 M, membawa kepada perubahan yang besar ke atas Timur Tengah, khususnya dunia Arab. Semasa peperangan berlangsung, British mengistiharkan Deklarasi Balfour yang menjadi asas penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin pada tahun 1948 M. Antara tahun 1920 M hingga 1948 M, dunia Arab mengalami satu tempoh kemunculan entiti politik yang berasingan di bawah rejim-jejim yang didukung oleh Perancis, British, Sepanyol dan Itali. Setelah Algeria , Tunisia dan Maghribi jatuh di bawah kekuasaannya pada tahun 1920 M, Perancis berjaya menawan Syria. Kesatuan Syria yang dinikmati selama berada di bawah kerajaan Uthmaniyah turut dileburkan menjadi enam buah negeri, iaitu Great Lebanon, ‘Alawiyyah, Damsyik, Aleppo, Druze dan Alexandretta. Rasional di sebalik pemecahan sedemikian ialah kea rah mewujudkan pandangan kedaerahan. Iraq, Palestin, Transjordan diletakkan di bawah British. Kedua-dua kuasa Eropah ini, iaitu British dan Perancis, menguatkan cengkaman masing-masing ke atas wilayah yang diperuntukan atas nama kuasa mandate.
  1. Berikutan itu, perjuangan nasionalisme Arab bertukar arus kepada penentangan kuasa-kuasa Eropah. Selepas Perang Dunia Kedua memperlihatkan banyak daripada Negara-negara Timur Tengah mencapai kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur oleh penjajah Barat. Kuasa-kuasa penjajah seperti British, Perancis, Sepanyol dan Itali di bahagian-bahagian sesama mereka wilayah Arab Afrika manakala wilayah Arab Asia dibahagikan di antara British dan Perancis. Penjajahan Perancis di Lubnan, British di Iraq dan Palestin, Itali, di Libya dan Sepanyol di Maghribi meningggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk tempatan hingga ke tahap mengisi kemerdekaan. Proses kelahiran Negara bangsa di Timur Tengah berkait rapat dengan penjajahan Barat yang begitu ketara terutama selepas Perang Dunia Pertama.

Penutup

  • Konsep Negara bangsa ini juga menjadi fenomena politik yang menyeluruh berikutan kejatuhan kerajaan Uthmaniyah dan kebangkitan gerakan nasionalisme di rantau tersebut. Penjajahan Perancis di Syria dan Lubnan, British di Iraq dan Palestin,  Itali di Libya dan Sepanyol di Mighribi meninggalkan kesan yang mendalam ke atas penduduk tempatan hingga ke tahap mengisi kemerdekaan.
  • Selepas Perang Dunia Kedua, banyak daripada Negara-negara Timur Tengah mencapai kemerdekaan dalam sempadan-sempadan politik yang diatur oleh Barat.

Soalan 129: Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Mesir Pada abad Ke-20

Pendahuluan

  • Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya. Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabiala Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
  • Namun, penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sulta salim 3 menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.Angkatan tentera ini diketuai oleh Muhammad Ali Pasha.

Isi-isi penting:

  1. Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniyah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Namun, penganti-penganti Ali Pasha yang banyak dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang sebanyak 100 Juta Pound Euro dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbir Mesir.
  1. Pada tahun 1882, Britain meletakkan seorang Prokonsul British di Mesir dan bermulanya  penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir. Ia berlaku selepas pemberontakan Urabi dalam menentang diskriminasi yang dikenakan kepada tentera fellhahin (atau penduduk asal Mesir) berjaya dipatahkan, Semasa berada di bawah cengkaman British, banyak perubahan yang telah berlaku di Mesir. Antaranya ialah sistem pemerintahan Khedif (Gabenor) diletakkan di pengawasan Britain dan sistem buruh paksa yang menjadi amalan tradisonal di Mesir dihapuskan.
  1. Sebelum tahun 1914, sistem pendidikan British mengenakan yuran pendidikan kepada pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan, walhal di bawah pemerintahan Khedif sebelum ini, pendidikan di Mesir adalah percuma. Ini meluaskan jurang perbezaan kelas dalam masyarakat Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah, Britain menggalakkan penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah atau Amiiyah dalam pengajaran di dalam kelas. Ini mengukuhkan lagi identiti Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.
  1. Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Mesir secara rasmi diumumkan sebagai jajahan British yang berlindung di bawah Kerajaan Diraja British. Namun, disebabkan kekacauan dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa menyertai Perang Dunia Pertama, rakyat mula bangkit memberontak. Pada 13 November 1918, satu delagasi (wafd)  yang terdiri daripada pemimpin nasionalis yang diketuai olah Saad Zaghlul telah menemu Pesuruhjaya Tinngi British di Mesir, Jeneral Ser Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir secara formal dan menuntut untuk menghantar seorang wakil ke perundagan Damai Paris. Permintaan delagasi wafd  ini ditolak mentah-mentah oleh British malah pemimpin utama deligasi ditangkap dan dibuang negeri serta-merta ke Malta. Tindakan British ini mencetuskan kebangkitan nasional yang melibatkan seluruh penduduk Mesir tanpa mengira darjat,pekerjaan mahupun agama.
  1. Kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dibendung lagi oleh British dan pada Disember 1919, mereka menghantar satu suruhanjaya peninjau yang dikenali sebagai Misi Milner untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan bersyarat. Empat Prasyarat Kemerdekaan Mesir menyatakan Kerajaan Diraja British bertanggugjawab untuk menguruskan: Keselamatan sitem komunikasi (Terusan Suez) empayar British di Mesir, Pertahanan di Mesir, iaitu dicerobohi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa asing. Perlindungan bagi kepentingan orang asing dan golongan minoriti di Mesir dan Kepentingan di Wilayah Sudan.

Penutup

  • Akhirnya pada tahun 1992, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
  • Sejurus kemerdekaan diumumkan, Perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad 1 ditabalkan menjadi Sultan Mesir Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

Soalan 130: Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir abad ke-20.

Pendahuluan

  • Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya. Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabila tentera Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
  • Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sultan Salim III menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.

Isi-isi penting

  1. Kemunculan golongan nasionalis
  • Diskriminasi pihak British telah mewujudkan golongan nasionalis yang menuntut kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti di Barat. Pihak tentera(orang Mesir) telah dikawal rapi oleh pihak British, manakala lulusan undang-undang tidak disekat aktivitinya. Golongan pemimpin ini ialah Mohammad Farid dan Mustafa Kamil.
  • Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir. Mereka telah menjalankan kegiatan untuk menghasut pelajar agar memusuhi pihak British. Hal ini berkembang dengan subur dan merasakan diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.
  • Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara tetapi sebahagian besar penduduknya merasakan mereka adalah sebahagian daripada orang Arab. Pihak British cuba menghapuskan keadaan tersebut dengan menggalakkan masyarakat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan identiti Mesir.
  • Generasi baharu Mesir akan  tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.  Oleh itu timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama Mesir.
  1. Pembukaan Terusan Suez
  • Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan British untuk sama-sama menguasainya sehingga mereka berjaya memeteri perjanjian  dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang akan membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
  • Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif ismail dibelenggu masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka menguasai Terusan Suez.Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak penjajah akan menempatkan tentera di kawasan terusan itu.Penduduk tempatan sememangnya  tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perkembangan tersebut.

  1. Faktor Politik
  • Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918 tidak memihak kepada penduduk tempatan. Mesir masih berada di bawah empayar Utmaniyah yang diwakili oleh Khedif, namun kuasa pemerintahan sebenar berada di tangan pihak British yang sudah bertapak kukuh sejak tahun 1882.
  • Kedua-dua pihak yang memerintah, iaitu Khedif dan pihak British tidak berusaha membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap untuk menerima kritikan serta protes daripada rakyat yang tidak sukakan mereka.
  1. Kebudayaan masyarakat
  • Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular. Akhbar dan majalah di Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir merupakan sebahagian daripada Eropah.
  • Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.
  1. Kedudukan ekonomi
  • Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projek Terusan Suez. Ini bermakna sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung kepada kedudukan ekonomi penjajah.
  • Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil buminya, namun hasil-hasil itu dikaut oleh pedagang-pedagang kaya dari Barat.
  • Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi Barat terhadap negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.

Penutup

  • Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
  • Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version