Karangan Catatan Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Kongsikan Sekarang

Karangan Catatan Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Karangan Catatan Pengalaman Menyertai Perkhemahan

 

Isnin, 5 APRIL

8.00 pagi
Bertolak dari sekolah menuju ke Kem Dusun Minda, Kuala Nerang, Kedah.  Seramai 50 orang murid dan 12 orang guru menyertai perkhemahan ini.  Perkhemahan ini dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Sekolah..

10.00 pagi

Kami tiba di Kem Dusun Minda. Semua peserta perkhemahan dibahagikan kepada enam kumpulan.  Kami di berikan taklimat perkhemahan oleh Cikggu Hassan. Setiap kumpulan mula memasang khemah.

12.00 tengahhari

Kami mula memasak untuk makan tengahhari.  Menu pada tengahhari ini ialah ikan kembung, sayur dan telur.  Walaupun makanan yang dimasak ini hanya ringkas, namun kami makan dengan begitu brselera sekali kerana sudah kelaparan.

2.00  petang

Selepas makan dan sembahyang, kami bersedia untuk melakukan aktiviti kembara hutan.  Semua peserta di bawa mendaki sebuah bukit yang agak tinggi. Kami telah di beri tunjuk ajar tentang selok belok hutan oleh Pak Cik Hussin yang menjadi jurupandu kami. Walaupun kami agak keletihan tetapi, kami sungguh seronok dengan aktiviti yang lasak ini.

9.00 malam

Semua ahli mendengar ceramah motivasi oleh oleh Ustaz Ilham. Ustaz Ilham kemudiannya menerangkan perancangan esok hari.Beliau turut menekankan pentingnya semua ahli menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan pertauran perkhemahan

11.00 malam
Kami tidur di dalam khemah selepas ceramah motivasi yang tamat.

Selasa : 6 APRIL

8.00 pagi
Selepas sarapan, kami berkumpul di depan khemah untuk aktiviti pertama iaitu senaman ringan yang dipimpin oleh Cikgu Azmi. Selepas itu, bermulalah acara yang paling mencabar iaitu mengharung sungai.

Kami dibahagiakan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 7 orang ahli. Air sungai sangat sejuk dan penuh dengan batu-batu besar.. Perjalanan menjadi sangat lambat kerana di sesetengah tempat air sangat dalam. Lagipun ada di kalangan kami yang takut dengan kedalaman air. Walau bagaimanapun kami berjaya mengharung sungai sejauh 3 kilometer itu dalam masa 3 jam.

12.00 tengahhari

Sebaik saja sampai di kem, makanan tengah hari telah tersedia. Kami makan dengan lahapnya kerana kelaparan.

2.30 petang

Kami mula meruntuhkan khemah dan mengemas barang-barang yang kami bawa. Kami juga turut membersihkan kawasan perkhemahan agar bersih seperti sediakala.

3.30 petang

Kami bertolak pulang ke sekolah. Walaupun pengalaman perkhemahan ini agak meletihkan, namun begitu banyak pengalaman berharga yang dapat kami timba.

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca Juga :

Karangan Pengalaman Menyertai Kem Motivasi

 

Sumber rujukan Karangan Nasa2k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *