Cara-Cara Membuat CornDog Ala-ala Korea

Kongsikan Sekarang

Cara-Cara Membuat CornDog Ala-ala Korea

Anda pernah makan Cheese Corn Dog yang merupakan salah satu Korean street food yang tengah popular sekarang ini? Kalau pernah makan, rasanya sedap kan?

Untuk segmen Makan & Libur kali ini, penulis nak kongsikan kepada anda tentang bagaimana untuk membuat cheese corn dog yang sangat sedap ini.

Hidangan ini sangat senang untuk dihasilkan dan ianya sedap untuk dijadikan hidangan minum pagi ataupun waktu petang.

Sebenarnya, rasa original resipi ini disalut denngan gula pada bahagian permukaan luarnya, tapi untuk kelainan resipi ini adalah dengan menyalutkan luaran corn dog dengan sebuk roti untuk tekstur yang lebih rangup.

Jom lihat video ini ini untuk ketahui cara membuatnya:

Bahan-bahan yang diperlukan Cara-Cara Membuat CornDog

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar yang sejuk
  • Keju
  • Cheddar/Mozarella
  • Sosej
  • Serbuk kari
  • Lidi sate

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk. Kacau sehingga rata.

2. Kemudian, masukkan telur dan susu segar yang sejuk. Kacau lagi sehingga adunan menjadi rata dan pekat.

3. Seterusnya, masukkan adunan tadi ke dalam cawan. Ketepikan.

4. Gulungkan sosej bersama cheddar atau mozarella dan cucuk lidi sate pada bahagian bawah sosej.

5. Setelah siap sesi gulungan sosej, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama 20 minit.

6. Selepas 20 minit, celupkan sosej ke dalam cawan yang berisi adunan tepung tadi dan gulingkan di atas serbuk roti.

7. Goreng menggunakan minyak panas.

8. Nak lagi sedap, tuangkan sos dan mayonis di atas Cheese Corn Dog. 

9. Siap untuk dihidangkan!

Mudah saja kan? Selamat mencuba!

 

Sumber Rujukan 

Baca Juga

Tempat Jual Barangan Rumah Terpakai Di Cash Converter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *