Karangan Pengalaman Menyertai Kem Motivasi

Kongsikan Sekarang

Karangan Pengalaman Menyertai Kem Motivasi

Pada 24 Februari yang lalu, saya telah berkesempatan untuk mengikuti satu kem motivasi. Kem motivasi ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah dan diadakan bertempat di sekolah saya. Seramai 200 orang peserta telah menyerai kem motivasi UPSR ini yang julung-julung kali diadakan.

     Kem motivasi ini telah diadakan selama sehari suntuk iaitu dari jam 8.00 pagi hingaa jam 5.00 petang. Kem motivasi telah dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan pemberian fail yang mengandungi pelbagai maklumat tentang kem motivasi tersebut. Para peserta terdiri daripada muridtTahun Empat, Lima dan Enam.

    Tujuan kem motivasi ini diadakan ialah supaya pelajar-pelajar dapat melengkapkan diri sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Pelbagai teknik menjawab soalan telah diberikan supaya pelajar-pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang. Ini penting supaya sebarang kesilapan tidak berlaku semasa peperiksaan dan memberi kesan yang negatif.

    Fasilitator kem motivasi ini terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan terdapat alumni-alumni sekolah. Mereka juga terdiri daripada para penggubah dan pemeriksa kertas. Selain memberikan ceramah motivasi, pelbagai jenis nota dan strategi menjawab soalan turut diedarkan kepada para pelajar.

    Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah motivasi, pertandingan kuiz dan aktiviti berkumpulan. Justeru itu, pelbagai pengetahuan dan pengalaman dapat diperoleh. Perkara yang menyoronokkan ialah kami dapat bertukar-tukar pendapat dan fikiran dengan pelajar-pelajar lain. Aktiviti berkumpulan ni juga telah mengeratkan lagi silaturrahim sesama para peserta.

    Kem motivasi ini benar-benar memberi banyak manfaat kepada saya. Selepas mengikuti kem motivasi ini, saya menjadi lebih yakin dan bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semoga kem motivasi seperti ini dapat  saya  lagi sebagai persediaan menempuh alam peperiksaan yang sebenar.

 

 

 

 

Baca juga :

Karangan Budaya Membaca Melahirkan Masyarakat Cemerlang

Sumber rujukan Karangan Nasa2k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *