Tempat Menarik di kota marudu

Tempat Menarik Di Kota Marudu Sabah

Kongsikan Sekarang

Tempat Menarik Di Kota Marudu Sabah

Tempat Menarik Di Kota Marudu

Jika Anda Bukan Orang Kota Marudu Saya pasti anda tidak begitu mengetahui tempat-tempat Menarik bukan, Oleh hal yang demikian , Saya akan mengkongsikan Tempat Menarik Di Kota Marudu ini. Berikut Merupaka tempat menarik tersebut.

1. Panorama Paradise Resort

Tempat Menarik di kota marudu
Resort ini terletak di Bukit Pinotudung sejauh 24KM daripada Pekan Kota Marudu. Tempat yang tinggi, sejuk, dan berangin ini pastinya membuatkan anda merasa nyaman dengan alam semula jadi. Anda juga boleh melihat banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu daripada resort ini. Khabarnya, anda turut boleh merasai suasana romantik dengan melihat matahari terbenam.

2. Air Terjun Hatob

Tempat Menarik di kota marudu
Jika anda kaki berkelah dan juga gemar bermandi-manda, mungkin tempat ini paling sesuai untuk anda. Air terjun Hatob ini berhampiran dengan Kampung Lotong, Kota Marudu. Airnya memang dingin dan menyegarkan.

3. Gumagayo River Park

Tempat Menarik di kota marudu
Terletak di Kampung Tangkol kira-kira 20KM jaraknya daripada pekan Kota Marudu. Anda boleh melakukan banyak aktiviti di Gumagayo River Park ini seperti mandi-manda, berkelah, bergayut, BBQ dan bahkan berkhemah. Bukan itu sahaja, khabarnya ikan di sini sangat jinak, bolehlah anda melihat ikan menari-nari dalam air kan?

4. Teringai Beach Cafe & Lodge

Tempat Menarik di kota marudu
Daripada sungai, kita beralih pula kepada pantai di Kota Marudu. Antara yang paling popular adalah pantai Teringai. Jika anda datang ke sini pada waktu senja, anda boleh melihat keindahan pantai yang mendamaikan jiwa. Pergg macam lagu kan? Tapi ini yang anda boleh nikmati di sini. Teringai Beach Cafe & Lodge menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti inap desa rumah panjang kaum Rungus, makanan & minuman yang halal, serta anda boleh menempah rumah panjang ini untuk hari keluarga dan perkahwinan. Jarak tempat ini daripada pekan Kota Marudu adalah sejauh 37KM dan memakan masa 1 jam perjalanan.

5. Tasik Buyut

Tempat Menarik di kota marudu
Tasik Buyut ini terletak di Kampung Mangkalua iaitu kira-kira 12KM daripada Pekan Kota Marudu. Kepada Kelab Pencinta Alam atau Persatuan Geografi sekolah atau mana-mana universiti datanglah ke sini untuk melawat. Mungkin tidak sehebat Tasik Chini, tetapi daerah sekerdil kami mempunyai tasik, ia tetap menjadi kebanggaan kami.

 

6. Walai Rabbit’s Kota Marudu

Tempat Menarik Di Kota Marudu Sabah

Walai Rabbit’s terletakdi kampung Tunggung 6km dari Pekan Kota Marudu . Ia Cuma Mengambil masa 10 minit dari pekan untuk ke Walai Rabbit’s. Selain Haiwan Rabbit terdapat banyak haiwan lain contohnya ikan Talapia, Kura-kura, landang, Kijang, dan Rusa. Walai Rabbit’s Sesuai untuk seisi Keluarga untuk membawa anak-anak bagi aktiviti memberi makan haiwan tersebut. bagi kolam ikan talapia anda bolah masukkan kaki anda ke dalam kolam dan rasai urutan lembut dari mulut ikan tersebut. selain itu, Walai Rabbit’s menawarkan aktiviti berkayak di kolam ikan tersebut.

Itulah dia 6 tempat menarik untuk anda kunjungi di Kota Marudu.  Kota Marudu adalah daerah yang penuh dengan tempat-tempat yang menarik,.

Baca juga : Rakyat dan Sejarah Sabah

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *