Hukum adat dan Undang-undang STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Hukum adat dan Undang-undang STPM Semester 3

Hukum adat dan Undang-undang STPM Semester 3

 

 

1.2 Hukum adat dan Undang-undang

 

Soalan 6.  Apakah yang dimaksudkan dengan hukum adat dan undang-undang dalam masyarakat Melayu.

Pendahuluan

  • Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat secara   turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus  dipatuhi.
  • Undang-undang merujuk kepada peraturan tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang berperanan sebagai panduan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam sesebuah masyarakat serta bentuk hukuman yang bakal diterima jika sesuatu peraturan tidak dipatuhi.

Isi-isi penting

  1. a)Terdapat dua jenis hukum adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu, iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini dipercayai berasal dari tempat yang sama, iaitu Minangkabau, sebuah wilayah yang terletak di sebelah barat Pulau Sumatera, Indonesia.
  2. b)Kedua-dua hukum adat ini dalam bentuk tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat. Pemisahan antara kedua-dua adat ini bermula apabila seorang pembesar di Sumatera membahagikan pentadbiran kawasannya kepada dua orang anak lelaki beliau, iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dan Datuk Ketemenggungan.
  3. c)Undang-undang 99 Perak agak berbeza daripada undang-undang biasa kerana disusun dalam bentuk dialog dan bukannya berasaskan kepada fakta dan fasal.
  4. d)Undang-undang 99 Perak mempunyai pengaruh Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Undang-undang ini mengandungi hampir semua perkara berkaitan hak pemerintah, perhambaan, jenayah, harta, perkahwinan, dan pertelingkahan kecil.
  5. e)Undang-undang ini dikatakan undang-undang yang paling bertimbang rasa dalam Adat Temenggung. Undang-undang ini terdiri daripada 99 buah undang-undang yang menetapkan kesalahan dan hukuman bagi 99 kelakuan.
  6. f)Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu himpunan undang-undang yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri Johor. Perlembagaan yang digubal pada 14 April 1895 dinamakan sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895. Undang-undang ini digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.

Penutup

  • Kewujudan hukum dan undang-undang membuktikan bahawa masyarakat tempatan telah mempunyai satu sistem perundangan yang teratur untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka sebelum kedatangan penjajah.
  • Menerusi sistem perundangan ini, keamanan dan ketenteraman dapat dipelihara bagi membolehkan golongan pemerintah dan rakyat menjalankan urusan masing-masing dengan teratur. Jika timbul sesuatu masalah, mereka mempunyai undang-undang yang dapat dijadikan panduan dan rujukan sebelum sesuatu tindakan itu diambil.

Soalan 7: Terangkan bentuk dan pelaksanaan Adat Perpatih.

Pendahuluan

  • Adat merujuk kepada sesuatu peraturan tertentu yang menjadi amalan sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga menjadi sebati dan dianggap sebagai hukum atau undang-undang yang harus dipatuhi.
  • Istilah ‘Adat Perpatih’ berasal daripada gelaran Sultan Balun(Sutan Maharajo Bosa).iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang.Hukum adat ini tidak bertulis dan dihafal oleh ketua adat.Datuk Perpatih Nan Sebatang dikatakan mempunyai pendekatan yang berbeza dalam beberapa perkara terutamanya cara mentadbirkan negeri,beliau lebih mengutamakan kaum wanita dalam pemberian harta pusaka.Datuk Perpatih Nan Sebatang memerintah di sebelah Pagar Ruyong sejak itu bermulalah tersebarnya resam dan amalan Adat Perpaatih iaitu apabila orang Miangkabau berhijrah ke Tanah Melayu.Adat ini mulanya dibawa bersama untuk diamalkan dan lama-kelamaan menjadi sebahagian adat resam masyarakat tempatan.

Isi-isi penting:

Bentuk dan Pelaksanaan Adat Perpatih

  • Adat Perpatih merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan kepada generasi lain.Susunan hukum ini dikenali sebagai tambo atau kata perbilangan adat.Hukum adat ini didasarkan kepada dua jenis sumber,iaitu resam dan adat turun-temurun,dan hukum syarak yang diambil daripada mazhab Shafie.Kedua-dua sumber ini telah disesuaikan tetapi biasanya hukum adat ini tidak mengatasi hukum syarak.
  • Adat Perpatih mengandungi susunan peraturan yang lengkap meliputi setiap sudut kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan.Adat ini memberi panduan tentang susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik,aturan kekeluargaan dan perkahwinan, pembahagian harta,undang-undang jenayah serta hal ehwal kemasyarakatan.

Aspek Pemerintahan

  • Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan secara demokrasi dengan kedaulatan berada di atas tangan rakyat.Pemerintahan dijalankan secara muafakat melalui wakil-wakil daripada setiap suku.Pemerinthan mesti mematuhi undang-undang dan tidak boleh bertindak sesuka hati.Tiada siapa yang boleh menguasai teraju pemerintahan secara mutlak kerana setiap jawatan akan dilantik oleh jawatan lain.
  • Seseorang lelaki tidak mempunyai hak dalam mentadbir.Mereka yang melanggar adat akan dibicarakan dan dihukum.
  • Ketua pentadbir dan pemerintah yang tertinggi ialah Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar (Raja). Ini diikuti oleh Undang. Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Yamtuan dilantik oleh empat Undang, Undang dipilih oleh Lembaga. Lembaga dipilih oleh Buapak dan Buapak pula dipilih oleh Anak Buahnya.Ini bermakna sistem pelantikan mengikut Adat Perpatih dibuat berasaskan peringkat dari bawah ke atas.

Aspek Kekeluargaan dan Perkahwinan

  • Adat Perpatih mengamalkan hidup secara bersuku-suku yang membawa maksud hidup secara berkeluarga daripada sebuah keluarga yang besar.Setiap suku mempunyai nama yang tersendiri untuk memudahkan mereka mengetahui pertalian darah antara satu sama lain.Setiap suku dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil,iaitu Perut.Setiap Perut dipecahkan kepada Ruang dan setiap Ruang kepada Rumpun.
  • Susunan keluarga masyarakat berdasarkan matrileneal;di susur galur kepada keturunan sebelah ibu.Hubungan antara anggota masyarakat sangat rapat dan dianggap bersaudara.Adat Perpatih tidak membenarkan sesama suku kerana suku yang sama dianggap bersaudara.Perkahwinan hanya dibolehkan dalam suku yang berbeza.Sistem ini dikenali sebagai eksogami.

Aspek Pembahagian Harta

  • Adat Perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita,iaitu daripada pihak ibu(sebagai pengasa kelurga)kepada anak perempuan.Sekiranya ibu tidak mempunyai anak perempuan,harta akan diwariskan kepada adik perempuan,anak adik-adiknya atau cucu-cucunya.
  • Harta pasangan suami isteri dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu Harta carian-harta yang diperoleh oleh pasangan suami isteri sepanjang perkongsian hidup Mereka, Harta dapatan-harta yang sedia dimiliki oleh isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian harta kekal milik isteri, Harta pembawaan-harta yang sedia dimiliki oleh si suami sebelum berkahwin dan Harta sebelah-harta asal kepunyaan suami dan isteri yang diberi oleh ibu bapa sebelum mereka berkahwin.

Undang-Undang Jenayah

  • Hukuman dalam Adat Perpatih dilaksanakan dengan tujuan memperbaiki keadaan dan tidak menghukum pealah.Pesalah dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih lebih menekankan sifat bertimbang rasa.Seseorang yang melakukan kesalahan didenda mengikut kesalahannya dan masa diberi ganti rugu.Contohnya,hukuman atas kesalahan mencuri.Pesalah akan dihukum dengan memulangkan barang yang dicuri atau membayar ganti rugi.

Kemasyarakatan

  • Adat menetapkan bahawa perbincangan antara anggota masyarakat harus dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara dilakukan.Tindakan menyelesaikan masalah teebut digelar sebagai muafakat. Setiap anggota masyarakat harus bersikap bertimbang rasa serta menekankan nilai-nilai yang menunjukkan tentang hidup bermasyarakat. Adat ini menetapkan satu peraturan hidup yang berlandaskan kepentingan hidup bersama, bergotong-royong, dan bekerjasama. Setiap anggota masyarakat dalam Adat Perpatih dianggap mempunyai kebolehan dan kemampuan tertentu.
  • Apabila sesuatu yang diusahakan itu berjaya, adat tidak menekankan kepada kejayaan orang perseorangan sahaja tetapi kejayaan kelompok masyarakat.Begitu juga sebaliknya berlaku, semua anggota perlu menanggung kerugian atau kegagalan itu.

Penutup

  • Penghijrahan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu telah membawa masuk adat Perpatih yang telah banyak membantu untuk mengurus dan mentadbir masyarakat Tanah Melay dengan lebih teratur dan sistematik.

Adat Temenggung

Soalan 8: Terangkan bentuk dan pelaksanaan adat Temenggung.

Pendahuluan

  • Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang yand diamalkan oleh masyarakat secara turun-menurun sehingga menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh semua masyarakat.
  • Undang-undang ini disebut hukum adat dan terdapat dua jenis hukum adat iaitu adat perpatih dan adat temenggung yang mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan. Adat Temenggung merupakan adat yang Berasal dari sumatera.

Isi-isi Penting:

Aspek Politik

  1. Sistem Pemerintahan
  • Bercorak autokratik dan kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. Puncak struktur politik ialah raja atau sultan menjadi Ketua pentadbir, agama dan simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat, diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri dan daerah atau jajahan. Mereka dilantik oleh raja dan memerintah sebagai wakil raja. Pembesar bertugas pada peringkat mukim dan lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang memerintah kampung.
  • Pelantikan raja berdasarkan warisan dan raja yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung. Jika tidak ada putera, adindanya akan mengambil alih takhta dan jika kedua-duanya tidak ada, raja bendahara akan dilantik menjadi raja.
  1. Perundangan / Hukuman
  • Berpegang kepada perinsip pembalasan dan hukuman mati adalah hukuman paling berat. Dijatuhkan ke atas kesalahan berat seperti membunuh, memfitnah atau menderhaka terhadap raja.
  • Undang-undang dalam adat Temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu kesalahan. Dalam suatu kes, saksi amat penting.

Aspek Ekonomi

  1. Pembahagian Harta
  • Harta ialah hak individu dan melibatkan pembayaran cukai kepada penguasa tampatan. Sistem perwarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
  • Harta diwarisi oleh anak lelaki.

Aspek Sosial

  1. Kekeluargaan
  • Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
  • Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
  1. Perkahwinan
  • Isteri akan mengikuti suaminya dan tinggal bersama dengan ibu bapa suaminya. Isteri akan menjadi keluarga suaminya.
  • Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan hukum syarak). Perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya: Tidak melanggar hukum agama Islam, Tidak ada pertalian darah atau perkahwinan, Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain, Pasangan bukan daripada saudara susun dan Larangan berkahwin dengsn dua orang perempuan yang bersaudara.
  1. Kemasyarakatan
  • Pengelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.

Kesimpulan

  • Hukum berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun dan hukum syarak mengikut mazhab Syafie.
  • Hukum ini tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh ketua Adat.

Soalan 9: Bandingkan pelaksanaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung dalam masyarakat Melayu tradisional.

Pengenalan

  • Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu.  Pada peringkat awal, ianya hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dan wajib dipatuhi.
  • Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan, sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat.  Hukum Adat adalah berdasarkan dua sumber utama iaitu resam atau adat  turun- temurun  dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum syarak berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.

Isi-isi penting:

Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

  • Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggung.
  • Kedua-dua adat  ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah diraja yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi.
  • Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.

Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggung

  1. Asal-usul dan pengasasan
  • Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang.  Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat pemerintahannya terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan bertanggungjawab membawa masuk adat  ini ke Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada kurun ke-17.
  • Manakala menurut Terombo atau ‘lagu asal usul adat’, Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera. Beliau menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di Palembang.   Adat ini kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan diamalkan di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan wilayah Naning.
  1. Bentuk dan pelaksanaan
  • Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis.  Ianya merupakan pepatah yang diwariskan secara lisan.  Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo  atau perbilangan adat.  Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie.  Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.
  • Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu.  Adat ini kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau penggawa.
  1. Pentadbiran dan pemerintahan
  • Adat Perpatih mengamalkan pemerintahan berbentuk demokrasi.  Kuasa pemerintah dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku.  Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah (Perut).  Ketua pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam Tuam Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang menjadi ketua pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau, Johol dan Jelebu.  Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga.  Manakala Lembaga pula akan dipilih  oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut
  • Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak.  Buktinya ialah perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan.  Sultan juga bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun dari segi sosial.  Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah.  Rakyat wajib menurut segala titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya.
  1. Undang-undang perkahwinan
  • Adat Perpatih  melarang perkahwinan sesama suku.  Hal ini kerana ahli dalam satu suku mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara.  Perkahwinan sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan. Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku tersebut.  Oleh itu, perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza.  Sistem perkahwinan ini dikenali sebagai eksogami.  Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibunya.
  • Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada perundangan Islam.  Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah atau muhrim.  Bermakna perkahwinan di antara saudara seibu sebapa adalah dilarang.   Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami.
  1. Undang-undang keluarga
  • Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu memberi keutamaan kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku.  Bagi Adat Perpatih, ibu dianggap sebagai ketua keluarga.  Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri.   Dari segi hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding keluarga sebelah bapa.
  • Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan keturunan sesebuah keluarga.  Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira daripada sebelah keluarga.  Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam.  Dari segi hubungan kekeluargaan, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting.  Seseorang isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi ahli keluarga si suami setelah berkahwin.
  1. Pembahagian harta pusaka
  • Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui keturunan iaitu diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan.  Hal ini kerana, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam masyarakat dan menjadi asas wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa.  Suami tidak boleh memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.
  • Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak di mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya.  Selebihnya akan diberikan kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki adalah kerana berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding dengan anak perempuan.  Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi keadilan kepada semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.
  1. Undang-undang jenayah
  • Hukum jenayah Adat Perpatih  adalah bersifat pemulih.  Hal ini kerana adat ini tidak bertujuan  menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan.  Kesalahan membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.
  • Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat pembalasan.  Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh.  Walau bagaimanapun, hukuman yang dikenakan  oleh pemerintah kepada golongan rakyat adalah lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan.  Golongan pembesar yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri sahaja.

Kesimpulan

  • Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan  peranan penting dalam masyarakat Melayu tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah diragui. Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden yang dihasilkan dalam bentuk dokumen.  Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang  bertulis yang tertua di Tanah Melayu.  Dari sinilah wujudnya undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.
  • Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional masyarakat Melayu.  Meskipun demikian, adat-adat lama  masih kekal wujud hingga kini.

Soalan 10: Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan  undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20.

Pengenalan

  • Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia.  Dengan adanya peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram.  Masyarakat juga akan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dengan ini dapat pula membentuk pemerintahan yang adil dan saksama.  Keteraturan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Tradisional turut berpunca daripada wujudnya aturan atau undang-undang yang dilaksanakan.
  • Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan adaptasi dari Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut keperluan negeri masing-masing dan dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Isi-isi Penting:

Undang-undang 99 Perak

  • Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
  • Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
  1. a)Tugas dan tanggungjawab pemerintah
  2. b)Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
  3. c)Perkara-perkara jenayah
  4. d)Hal-hal kekeluargaan

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

  •  Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
  • Antara perkara yang terkandung ialah :
  1. a)Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing
  2. b)Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
  3. c)Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

 

Kesimpulan

  • Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.
  • Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.

Soalan 11: Huraikan prinsip-prinsip umum undang-undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak

Pendahuluan

  • Undang-undang 99 perak ialah undang-undang yang tertua sekali di Perak berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat tradisional. Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa sehingga tahun 1900.
  • Dipercayai bahawa undang-undang ini dibawa dari luar iaitu Syed Hassan dari Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin. Undang-undang ini mengandungi pelbagai aspek yang memperlihatkan ciri-ciri keislaman, unsur bertimbang rasa dan kompromi.

Isi-isi Penting:

Penzinaan

  • Fasal 6 hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang: Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri orang lain akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki membayar denda (emas). Bagi perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
  • Fasal 50 hukuman bagi pesalah yang melakukan zina: Jika kedua-dua penzina mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emass. Jika penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan dan dimaafkan.

Perkahwinan

  • Fasal 65: Undang-undang 99 perak memperuntukkan bahawa pasangan yang baru bernikah tidak dibenarkan bersama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga keimanan masing-masing.

Pembunuhan

  • Fasal 23 – Pembunuhan sesama orang Islam: Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
  • Fasal 4 – Orang kafir membunuh orang Islam: Orang kafir yang membunuh orang islam tidak akan dibunuh kerana orang kafir tersebut tidak akan sempat memeluk islam. Pewaris si pembunuh dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk   emas) kepada keluarga si mati.

Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar

  • Fasal 24 – Prokol istana: Seseorang itu perlu mematuhi beberapa peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti    menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan perhatian (tidak    boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
  • Fasal 77 – Peraturan raja: Fasal ini menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua. Jika tiada, maka anak raj yang paling kecil akan mewarisi takhta. Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara (anak yang dilahirkan oleh raja dan permaisuri daripada golongan diraja).

Peperangan

  • Fasal 74: Strategi untuk menang ialah meningkatkan belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal, mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang pemimpin yang mendapat sokongan orang ramai, dan tidak mengikut kata-kata orang lain.

Pembahagian harta

  • Fasal 33: Menyentuh terhadap pembahagian harta si mati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah pad, lombong, diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang dan harta dibahagikan seperti berikut, anak lelaki mendapat dua kali ganda lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan dibahgikan secara adil kepada anak. Anak     yang belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada anak lain.

Hal ehwal agama

  • Fasal 58: Syarat menjadi imam tatu khatib ialah mempunyai sifat yang mulia, pertuturan yang baik, menguasai maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah payah demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang wal masuk ke masjid pada hari jumaat, dan sanggup membaiki masjid yang rosak.
  • Fasal 79: Syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, mengetahui adat dan hukum negeri, mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan memiliki sifat yang mulia.

Penutup

  • Undang-undang ini tidak memperlihatkan unsur Islam kerana lebih menjurus kepada adat tempatan. Contohnya pembunuhan didapati tidak selaras dengan hukum Islam, yang perlu dibalas dengan bunuh.
  • Undang-undang 99 Perak menyentuh pelbagai aspek namun masih terdapat kelemahan dan kekurangan berbanding Hukum Kanun Melaka. Segala hukuman hanya berbentuk denda wang iaitu emas.

Soalan 12: Huraikan Prinsip-prinsip Umum Undang-undang Tubuh Negeri Johor.

 

Undang-undang Tubuh Johor

Pendahuluan:

  • Undang-undang tubuh kerajaan johor merupakan satu himpunan yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri johor semasa pemerintahan sultan abu bakar.
  • Undang-undang tubuh kerajaan johor telah dipindah sebanyak 4 kali. Pindaan pertama pada 1 april 1908. Pindaan kedua , pada 17 september  1912 dan pindaan ketiga, pada 12 mei 1914. Pindaan yang terakhir pada 17 julai 1918.

Isi-isi Penting:

Perlantikan Raja dan Bakal Pengganti Raja

  • Dalam menentukan soal perlantikan raja, beberapa fasal telah digubal salah satunya ialah fasal kedua, yang menyatakan bahawa syarat bakal pengganti raja mestilah berbangsa melayu, berdarah raja daripada keturunan pemerintahan Johor yang terdahulu, iaitu zuriat sultan Abu Bakar. Lelaki dan beragama Islam. Fasal ketiga pula, jika tiada keturuan  daripada zuriat Sultan Abu Bakar yang boleh ditabalkan menjadi raja, maka seorang anak lelaki daripada zuriat temenggung Ibrahim  boleh ditabalkan menjadi pengganti raja.
  • Fasal kelima di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyerahkan beberapa perkara dalam Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah pangkuan negeri untuk membuat pertimbangan berasaskan beberapa syarat iaitu; Seorang lelaki yang cukup umur dan sempurna akal; Berasal daripada bangsa melayu Johor dan rakyat kerajaan Johor; Beragama islam, diakui daripada darah yang merdeka; Mempunyai pengetahuan, boleh membaca dan menulis bahasanya; Memiliki budi perkerti, tabiat perangai dan tingkah laku yang baik dan terpuji.

Tanggungjawab memelihara kedaulatan negeri

  • Undang-undang tubuh kerajaan johor telah menetapkan kewajipan raja untuk memelihara kedaulatan negeri johor sepanjang masa. Fasal 15 menyatakan bahawa, melarang raja yang memerintah daripada menyerahkan atau membuat sebarang perjanjian untuk menyerahkan negeri atau sesuatu bahagian dari negeri Johor kepada sebarang kerajaan, kuasa Eropah dan Bangsa-bangsa yang lain. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memainkan peranan penting semasa dalam memelihara kedaulatan negeri Johor semasa kebangkitan orang melayu menentang cadanganpenubuhan Melayan Union. Kebangkitan orang melayu berpunca daripada kebimbangan mereka terhadap raja-raja melayu yang akan hilang kuasa sabagai pemerintah berdaulat.
  • Oleh sebab itu, apabila sultan Johor (sultan Ibrahim) memberi persetujuan dan memandatangani perjanjian Melayan Union, orang Melayu johor yang diketuai oleh para pembesar negeri telah bangkit menentang tindakan beliau. Mereka mendakwa tindakan sultan Johor menandatangani Perjanjian Melayan Union talah menyalahi peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang tubuh kerajaan,iaitu tidaj membenarkan sultan johor melakukan apa-apa tindakan yang boleh menggugat kedudukan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Peruntukan Berkaitan Agama Islam

  • Undang-undang tubuh kerajaan johor menyatakan agama bagi negeri Johor agama islam tetapi agama lain boleh mengamalkan dengan aman dan sempurna. Selaras dengan kedudukan sultan sebagai pemerintahtertinggi, baginda hendaklah memerintah mengikut undang-undang dan bertanggunjawap untuk memerihara agama Islam sebai agama negeri.
  • Peruntukan ini memperlihatkan dengan jelas bahawa perlembagaan bercorak Islam telah mendapat tempat dalam sistem pemerintahan kerajaan Johor. Dalam urusan pentadbiran keadilan negeri, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor menyatakan segala mahkamah, para pegawai, dan kakitangan kerajaan hendaklah menjalankan undamg-undang negeri dengan adil dan benar.

Perlantikan dan bidang tugas Jemaah Menteri

  • Fasal 28 hingga 44 memperuntukan perkara-perkara berkaitan Jemaah Menteri yang diinstitusikan secara bertulis dalan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Bilangan jemaah mernteri yang dilantik hendaklah tidak kurang daripada lapan orang dan tidak melebiho 12 orang yang diketuai olej Menteri Besar. Anggota jemaah menteri hendaklah dilantik daripada bangsa Melayu, rakyat johor, dan beragama islam. Mereka dikendaki mengangkat sumpah di hadapan dua orang saksi daripada kalangan pegawai kerajaan yang berbangsa Melayu dan beragama islam serta taat setia kepada raja dan kerajaan.
  • Anggota jemaah menteri ditugaskan untuk menbantusuktan dalam urusan pemerintahan negeri. Dalam hal ini, sultan boleh meminta pandangan dan fikiran anggota jemaah menteri. Namun segala keputusan yang diambil terletak di bawah tanggungjawap sultan.

Penutup

  • Masyarakat melayu tradisi mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun. Setiap golongan mempunyai peranan yang tersendiri dalam masyarakat.

 

Baca  juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber Nota STPM blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *