Bentuk Pemerintahan di Filipina STPM Semester 3
Bentuk Pemerintahan di Filipina
4.3.1 Bentuk Pemerintahan
4.3.1 Bentuk Pemerintahan
Soalan 156: Huraikan Bentuk Pemerintahan di Filipina
Pendahuluan
- Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.
- Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi Penting:
- a)Presiden sebagai ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama enam tahun bagi mengetuai kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi dipilih secara langsung oleh rakyat.
- b)Parlimen Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu “House of Representatives” dan “Senate House of Representatives” (HoR). HoR mempunyai 260 orang anggota (Seramai 208 dipilih secara langsung, 52 orang dipilih melalui sistem Parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula terdiri daripada 24 orang anggota dipilih oleh rakyat. Parlimen Filipina memiliki kuasa menggubal undang-undang.
- c)Sistem pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki kedudukan yang bebas dan tersendiri.
- d)Berdasarkan Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan dalam struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis Nasional (National Assembly) dan Mahkamah Agung (Supreme Court).
- e)Antara 1972 – 1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan terhadap anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta penyelesaian rombakan perlembagaan oleh Majlis Perlembagaan.
- f)Semasa rejim Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang pemerintahan serta memperkenalkan undang-undang Darurat Perang.
Kesimpulan
- Apa-apa yang berkaitan
Soalan 157 : Huraikan Bentuk Pemerintahan di Thailand
Pengenalan
- Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
- Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
Isi-isi Penting:
- a)Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara. Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
- b)Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan agenda politik yang tersendiri. Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan memiliknegarakan semua punca penghasilan negara termasuk tanah tidak menyenangkan Pya Manopakorn. Pya mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak jawatan dan lari ke luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan persidangan Dewan Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi berparlimen.
- c)Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun 1933. Semasa Pya Bahol, pilihan raya diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram sebagai Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak dilaksanakan.
- d)Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol yang uzur. Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera dalam kerajaan Thailand. Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau dengan sikap anti orang Cina dan barat. Beliau menjadi seorang diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.
- e)Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Tahiland dan memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal kerana perselisihannya dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Bulan November 1947 golongan tentera rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan kuasa dan kerajaaannya sering bertukar kuasa.
Kesimpulan
- Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
- Di Thailand sering berlaku perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM