Masyarakat Islam Sejarah Islam STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

Masyarakat Islam Sejarah Islam STPM Semester 2

Masyarakat Islam

 

Masyarakat Islam

1.2    Masyarakat Islam

Soalan 7: Kehidupan manusia pada zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada masyarakat Tanah Arab.

Pendahuluan:

  • Jahiliyah berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh. Zaman ini berlangsung sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.
  • Kitab suci Al Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut: Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun. Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Isi-isi penting

  1. Perbezaan konsep ketuhanan
  • Masyarakat Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme.  Terdapat lima agama yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
  • Islam menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T
  1. Perbezaan aspek politik
  • Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah. Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
  • Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan dilanjutkan oleh Khulafa al- Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah
  1. Perbezaan aspek ekonomi
  • Mengikut kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing di kawasan subur seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur. Arab Hadari pula tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan, membuat patung dan membuat senjata. Terlibat dalam kegiatan perdagangan.
  • Walau bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli. Ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan paksaan
  1. Perbezaan aspek ilmu pengetahuan
  • Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.  Kebanyakan mereka merupakan masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan naluri dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis hanya kira-kira 17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengetahuan berlaku dalam bentuk lisan
  • Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu politik, ekonomi, sosial dan budaya.
  1. Perbezaan aspek sosial
  • Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat kelas dan keturunan seperti atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum wanita begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.
  • Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup bebas, berfikir dan menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti dengan sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T.

Kesimpulan

  • Sebelum kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacir dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 8:  Sejauh manakah prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam telah menimbulkan penentangan daripada masyarakat Arab Quraisy di Makkah?

Pengenalan

  • Nabi Muhammad telah berusaha menyebarkan ajaran Islam di Makkah secara berperingkat-peringkat. Dakwah Nabi  pada mulanya dilakukan secara rahsia dan kemudian secara terbuka. Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. sahaja
  • Namun selepas dilakukan secara terang-terangan dan mendapat tempat di hati sebilangan ramai orang, barulah mereka menentangnya. Prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam merupakan salah satu sebab masyarakat Arab Quraisy menentang Nabi


Isi-isi Penting
Kesimpulan
x


  1. Prinsip persamaan taraf dalam ajaran Islam
  • Di dalam Islam semua manusia adalah sama taraf. Prinsip ini bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
  • Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiyah yang menjadi pegangan mereka
  1. Perbezaan dari segi amalan dan kepercayaan
  • Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
  • Orang Arab Quraisy pula mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun mereka iaitu menyembah patung berhala dan mempercayai animisme
  1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh
  • Penentangan ini berlaku disebabkan orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah
  • Puak Arab Quraisy bimbang jika memeluk agama Islam, kuasa dan kepimpinan Kota Makkah akan terus berada di tangan Bani Hashim yang telah memegangnya sejak zaman nenek moyang Rasulullah
  1. Bimbang hilang punca pendapatan
  • Puak Arab Quraisy ingin mempertahankan pusaka nenek moyang mereka iaitu penyembahan berhala. Islam melarang pengukiran, penjualan dan penyembahan patung berhala
  • Puak Arab Quraisy bimbang mereka akan kehilangan punca pendapatan dan perniagaan berhala akan terjejas
  1. Takut hari pembalasan
  • Mereka takut tentang  pembalasan pada hari Kiamat. Dalam ajaran Islam perbuatan dosa akan dibalas dengan seksaan api neraka
  • Mereka sedar telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran seperti minum arak, berzina, membunuh, mengamalkan riba dan sebagainya
  1. Perasaan  iri hati
  • Mereka berasa iri hati akan kedudukan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul
  • Selain itu Nabi juga disanjung oleh ramai orang kerana sifat-sifat mulia yang ada pada baginda
  • Penentangan masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap Nabi bukan sahaja disebabkan oleh prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam tetapi juga disebabkan oleh faktor-faktor lain. Tentangan daripada masyarakat Quraisy Mekah sedikitpun tidak merencatkan usaha Nabi untuk berdakwah malah semakin menambahkan keazaman baginda untuk menyebarkan ajaran Islam
  • Dalam menghadapi tentangan tersebut, Nabi telah mengarahkan pengikut baginda berhijrah ke Habsyah. Penentangan masyarakat Quraisy Makkah menerima tamparan hebat apabila beberapa orang pembesarnya telah memeluk Islam seperti Umar al Khattab

Soalan 9: Perihalkan penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berada di kota Makkah dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya.

Pendahuluan

  • Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr.  Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan kemudian setelah mula menegaskan kesesatan  golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun temurun.
  • Terdapat beberapa sebab masyarakat Makkah menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

Isi-isi penting:

Sebab-sebab Penentangan Rasulullah Semasa di Kota Makkah

1.1    Faktor Agama

  • Ajaran Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada keesaan Allah, akidah, dan tauhid. Perkara-perkara dalam rukun iman seperti percaya hari kiamat sukar untuk diterima oleh masyarakat Makkah Sukar menerima hakikat seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka yang dianggap oleh mereka bertentangan dengan ajaran nenek moyang
  • Apatah lagi menyembah berhala adalah dilarang dalam Islam dan dianggap perbuatan syirik. Menganggap Rasulullah s.a.w. cuba menghapuskan ajaran nenek moyang yang diwarisi

1.2 Faktor Politik

  • Suku-suku lain di Makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w. akan mengambil alih kuasa di Makkah. Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim yang melindungi baginda dalam menyampaikan ajaran Islam. Sebab itulah Bani Hasyim dikenakan pemulauan social oleh suku lain di Makkah selama hampir tiga tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w.
  • Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w. ditentang dan dituduh cuba mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran baru.

1.3    Faktor Sosial

  • Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang bertakwa dengan Allah. Begitu juga dengan prinsip keadilan, persaudaraan sesama manusia
  • Sedangkan golongan masyarakat Makkah telah biasa dengan fahaman asabiyah yang kuat dan menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan hamba. Sekali lagi ajaran Islam dianggap sangat bertentangan dengan fahaman sosial yang telah diwarisi

1.4 Faktor Ekonomi

  • Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. amat menentang keras penyembahan berhala yang dianggap menyekutukan Allah. Sedangkan tumpuan golongan pedagang ke Kota Makkah antara lainnya disebabkan berkembangnya perusahan peralatan berhala
  • Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w. berkembang akan menghapuskan kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyakat sumber pendapatan penduduk Makkah yang mengusahakan berhala
  1. Bentuk Penentangan yang Dilakukan oleh Masyarakat Makkah

2.1 Propaganda penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w

  • Mereka menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan pangkat, kedudukan dan status. Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah s.a.w.
  • Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan memperolok-olokkan baginda. Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar dengan batu.

2.2 Melakukan Penyiksaan

  • Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya golongan yang lemah dan hambah dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan menghentikan ajaran Islam
  • Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar. Begitu juga dengan keluarga Ammar bin  Yasir yang diseksa oleh Bani Makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia

2.3 Melakukan Diplomasi

  • Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah s.a.w. dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah s.a.w. menghentikan ajaran Islam
  • Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota Makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w.

2.4    Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w.

  • Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas masih menemuai kegagalan. Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya Abu Talib akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya
  • Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat Makkah mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku yang terdapat di Kota Makkah. Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah untuk segerah berhijrah ke Madinah

2.5    Peperangan

  • Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah.Beberapa siri peperangan berlaku antara Islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti Perang Badar, Uhud, dan Perang Khandak
  • Tujuannya adalah untuk melenyapkan ajaran Islam bersama-sama dengan Rasululah s.a.w. dan pengikutnya
  1. Cara Rasulullah S.A.W. Mengatasi Penentangan

3.1    Penebusan Pengikut Islam

  • Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan Islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi
  • Contohnya Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar

3.2    Melakukan hijrah ke Habsyah

  • Untuk meringankan baban dan tekanan ke atas pengikut Islam, Rasululllah s.a.w. telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah yang dilakukan sebanyak dua kali dalam sejarah
  • Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 10 lelaki dan 5 perempuan dan keduanya pada tahun ke-7 setelah baginda dilantik sebagai Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan

3.3    Dengan Perlindungan

  • Pengikut Islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku yang mempunyai kedudukan. Rasulullah s.a.w. sendiri berlindung di bawah jagaan bapa saudaranya iaitu Abu Talib di samping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati oleh masyarakat Makkah
  • Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat Kota Makah masih menghormati Qanun al-Jiran (menghormati tetamu dan jiran)

Kesimpulan

  • Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
  • Akhirnya,  sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Soalan 10: Huraikan Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah

Pendahuluan:

  • Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan Negara islam di Madinah.
  • Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat islam yang terdiri membawa kepada perkembangan budaya dan msyarakat Islam yang terdiri dripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa  al- Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

Isi-isi penting:

Aktiviti dakwah

  • Antara usaha Nabi Muhammad SAW untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah melalui dakwah. Langkah-langkah dakwah di ambil sama ada secara sulit atauterang-terangan.  Secara sulit, baginda berdakwah kepda keluarga, anak-anak angkat, saudara mara dan para sahabat. Baginda menyeru mereka beriman kepda Allah SWT dan rasul-NYA serta meninggalkan amalan menyembah berhala.
  • Baginda juga menyeru mereka kebaikan, iaitu ma’ruf dan meninggalkan kejahatan, iaitumunkar  seperti minum arak, brjudi, berzina, mencuri dan membunuh. Dakwah yang dijalankan oleh baginda adalah secara lemah lembut. Hanya beberapa org dalam kalangan penduduk Makkah yang memeluk islam setelah kira-kira tiga tahun dakwah dakwah secara sulit di jalankan. Orang pertama yang memeluk islam ialah: Siti khadijah (wanita), Ali bin Abu Talib (kanak-kanak) dan Abu Bakkar al-siddiq (lelaki dewasa)
  • Peringkat dakwah secara sulit telah dilakukan secara sulit telah dilakukan secara berhati-hati melalui individu tertentu seperti Abu Bakar al-Siddiq dan al- Arqam bin Abi al-Arqam yang menghadiahkan rumahnya sebagai markas untuk menyebarkan agama Islam. Mereka yang memeluk islam di Makkah terdiri daripda golongan miskin dan kaya, termasuk Abu bakar al- Siddiq dan uthman bin Affan. Namun begitu, bilangnya terlalu kecil berbanding dengan Madinah selepas hijrah.
  • Selepas 3 tahun berdakwah secara sulit, turun wahyu supaya Nabi Muhammad SAW bedakwah secara terang-terangan. Walaubagaimanapun sambutan daripada kaum keluarga baginda agak dingn, terutamanya tentangan oleh bapa saudaranya, Abu Lahab sehingga turun ayat al-Quran yang mengutuk perbuatan tersebut, iaitu surah al-Lahab, ayat 1-5. Selepasnya turunnya ayat al-Quran, maka bermulalah aktiviti dakwah secara terang-terangan Allah swt mengarahkan baginda supaya memberikan peringatan dan amaran kepada kaum keluarga baginda supaya patuh dan setia kepada orang yg beriman. Namun begitu, Abu Lahab enggan menurut perintah Allah SWT dan Rasul-NYA serta terus menentang dan memusuhi baginda dan agama islam.

Tentangan dan Cabaran

  • Kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dan mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi terdahulu. Tujuan mereka semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan kerasulan baginda. Kaum Quraisy mula terasa terhina kerana Nabi  Muhammad SAW menyelar agama berhala mereka, iaitu agama nenek moyang mereka. Mereka meminta agr abu talib menasihati anak saudaranya, tetapi Nabi Muhammad SAW tetap meneruskan seruan islam. Sikap dan pendirian Abu Talib memihak Nabi Muhammad SAW menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan meminta agar Nabi Muhammad SAW di serahkan kepada mereka.
  • Setelah usaha tersebut gagal, mereka cuba memujuk Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan islam, tetapi tawaran ini di tolak. Kaum Quraisy kemudiannya  menggunakan cara kompromi dengan mencadangkan agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan mereka akan menyembah Tuhan Nabi Muhammad SAW. Tawaran ini di tolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Kaafirun,ayat 1-6 yang bermaksud “terdapat pemisahan mutlak antara agama Islam daripada agama berhala.”
  • Kaum Quraisy tdk mahu beralah kerana tdk mahu kuasa yang ada pda mereka tergugat. Selepas gagal denagn pelbagai cara,akhirnya kaum Quraisy mengambil tindakan menyeksa orang Islam. Walaupun orang islam diseksa dgn dahsyat,namun bilangan org yang memeluk islam terus bertambah.
  • Umat islam telah berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan kaum Quraisy, di samping berdakwah utk menyebarkan agama islam. Peristiwa tersebut  berlaku pada bulan rejab tahun 615 M. Mereka selamat sampai di Habsyah dan di berikan perlindungan oleh rajanya Najasyi. Nabi Muhammad SAW pula terus berdakwah di Makkah. Kaum Quraisy masih tdk berpuas hati dan menghantar dua org utusan meminta agar raja Najasyi memulangkan org islam. Namun usaha tersebut gagal kerana raja Najasyi sendri telah tertarik dgn islam.
  • Berita pengislaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Zulhijah tahun 616 M yg juga merupakan seorg pemimpin yang berperpengaruh dalam kalangan masyakat di Makkah. Kaum Quraisy semakin berpecah kerana umar bin al khattab merupakan orang kuat mereka.
  • Pemulauan yg berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan melakukan urusan jual beli, perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya di benarkan keluar pada musim haji. Peluang ini di gunakan oleh nabi Muhammad  SAW menyebarkan agama islam kepada jemaah haji yg datang dari seluruh semenanjung Tanah Arab.

Sebab-sebab kaum Quraisy menentang Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

  • Kuasa dan pengaruh yang di pegang selama ini berhubung dengan kepimpinan kota Makkah perlu di kekalkan.
  • Agama islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia. Konsep ini sangat bertentangan dengan konsep sistem sosial masyarakat jahiliah.
  • Pusaka nenek moyang mereka juga harus di pertahankan.mereka bimbang akn hilang punca pendapatan daripada penjualan berhala yang telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang mereka.
  • Takut akan hari pembalasan kerana mereka telah banyak melakukan dosa di dunia.
  • Iri hati dgn kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai seorg Nabi dan Rasul.
  • Kematian Abu Talib dan Siti Khadijah menyebabkan tiada perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW.hal ini memberikan kekuatan kepada kepada kaum Quraisy utk menentang.

Proses penentangan

  • Selepas kematian Abu Talib dan siti Khadijah, penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW semakin  kuat. Keadaan ini memaksa baginda mencari perlindungan di Ta’if kerana di Makkah baginda tiada lagi tempat berlindung. Nabi Muhammad SAW telah pergi ke Ta’if secra bersendirian untuk meneruskan usaha dakwah di samping mendapatkan pertolongan dripada pemimpin Ta’if, namun usaha ini gagal. Kegagalan tersebut tdk melemahkan usaha baginda untk meneruskan perjuangan menegakkan agama islam.baginda terus menyeru kpada kabilah-kabilah Arab yg datang ke Makkah utk menunaikan haji agar menerima islam.
  • Nabi Muhammad SAW berasa tersisih daripda masyarakat Makkah setelah seruannya ditolak oleh kaum Quraisy dan Bani Thaqif di Ta’if. Kaum Quraisy tdk senang melihat org islam berhijrah ke madinah kerana dikhuatiri mereka akan mewujudkan kuasa baharu d sana. Satu komplot utk membunuh Nabi Muhammad SAW telah di usulkan oleh Abu Jahal. Dgn ini berharap ajaran islam akan terkubur dan mereka yg berhijrah ke Madinah akn pulang semula ke Makkah. Nabi Muhammad SAW tlh mengetahui komplot pembunuhan trsebut. Oleh itu, Ali bin Abi Talip menawarkan diri utk tidur di tmpat baginada.baginda telah berhijrah bersama-sama abu bakar secara senyap-senyap. Berita tentang kegagalan menangkap Nabi Muhammad SAW telah mnggemparkan masyarakat seluruh penduduk Makkah.
  • Dalam suasana yg tertekan akibat ancaman Quraisy itu, berlaku peristiwa yg menakjubkan iaitu israk dan mikraj pada 27 rejab tahun ke-11 kerasulan baginda. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang amat besar ke atas Nabi Muhammad Saw. Peristiwa israk dan mikraj telah menggemparkan masyarakat Quraisy Makkah. Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pembohong. Namun keadaan tersebut tdk mengugat iman org islam dan Abu Bakar merupakan org yg pertama menyakini peristiwa israk dan mikraj. Disebabkan itu, beliau mndapat gelaran al-siddiq (yang membenarkan).
  • Kepentingan israk dan mikraj adalah menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Bermulanya fardu solat lima waktu sehari semalam keada umat islam, Dapat memeperkukuh iman dan nead org islam, Membuktikan  bahawa Nabi Muhammad SAW diutus bagi seluruh umat mnusia sepanjang zaman hingga kiamat dan telah melahirkan kira-kira 150 org masyarakat islam Makkah hasil daripada usaha dakwah.

Kesimpulan

  • Pada tahap awal penyebaran Islam, Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan mengatasi penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar Islam.
  • Akhirnya,  sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8 H.

Soalan 11: Huraikan konsep dan ciri-ciri ummah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

Pendahuluan

  • Umat Islam sebagai ummah yang bertanggungjawab mengembangkan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini sesuai dengan tujuan manusia diciptakan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan batu asas kepada umat islam melalui pembentukan generasi islam yang pertama ketika baginda S.A.W masih hidup. Generasi islam yang pertama adalah contoh ummah yang memiliki ciri-ciri yang lengkap dan menjadi contoh kepada umat islam selepasnya
  • Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan, ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat islam   tanpa mengira bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-isi penting

Konsep Ummah

  • Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat atau ummah berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi dan sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti masyarakat, kumpulan atau manusia.
  • Konsep ummah berbeza dengan konsep masyarakat. Konsep masyarakat terbatas dengan geopolitik, bahasa, Negara & bangsa tertentu. Istilah masyarakat timbulkesan daripada pergolakan sosiopolitik di Eropah yang menekankan aspek nasionalisme atau semangat kebangsaan sesebuah masyarakat & Negara. Manakala dalam Islam, konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang di anggotai oleh pelbagai jenis kaum & bangsa disatukan oleh komitmen terhadap Islam.
  • Oleh itu, setiap individu muslim secara langsung menjadi anggota dalam kesatuan ummah atau umat Islam. Dalam erti kata yang lain, mereka bersatu berasaskan tauhid (keimanan kepada allah) & bukan berlandaskan warna kulit, bahasa dan bangsa. Atas dasar Islam, maka tidak wujud permusuhan kelompok atau kaum. Oleh itu, terbentuklah ummah atau umat Islam yang aman damai, harmoni dan  lahirlah tamadun umat islam yang gemilang.

Ciri-Ciri Ummah

  1. Ummah yang berilmu
  • ummah islam yang pertama di makkah dan di madinah dibina atas dasar ilmu bersesuaian dengan prinsip islam yang meletakkan ilmu sebagai asas keimanan dan ibadah. Rasulullah S.A.W telah menerapkan kepentingan ilmu sejak permulaan dakwah. Justeru, baginda menjadikan rumah al-Arqam bin abi al-Arqam sebagai markas untuk menyampaikan ilmu akidah dan islam.
  • Baginda S.A.W turut mengutus Mus’ab bin Umair untuk menjadi guru al-Quran kepada penduduk madinah selepas perjanjian aqabah pertama, Melalui sirah, baginda S.A.W telah meletakkan prinsip bahawa penyebaran islam hendaklah berasaskan kepada dakwah ilmu bukannya di sebarkan melalui mata pedang.
  1. Ummahwasatiyyah
  • ummah wasatiyyah bermaksud ummah yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara yang melandasi kehidupan. ummah wasatiyyah ialah ummah yang adil terhadap seluruh manusia dan tidak bersikap ekstrem dan melampau dalam menjalani aktiviti kehidupan mereka.
  • Baginda S.A.W sentiasa mengajar para sahabat supaya bersikap menjalani aktiviti kehidupan yang meliputi politik,ekonomi,dan sosial. Rasulullah S,A,W menyatakan bahawa baginda ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T tetapi baginda berkahwin dan mempunyai keluarga. hal ini sebagai petunjuk bahawa perlu ada keseimbangan dalam memenuhi keperluan rohani dan jasmani.
  • Baginda S.A.W juga pernah melarang seorang sahabat yang begitu gemar membaca al-Quran sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan kesihatan diri. Baginda menasihatinya dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu ada hak yang perlu dipenuhi, iaitu hak kepada Allah, hak kepada isteri, hak kepada tubuh badan dan sebagainya.
  1. Ummah ukhuwwah
  • ummah ukhuwwah bermaksud umat islam adalah saling bersaudara antara satu dengan yang seperti ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ayat 10. ikatan persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah S.A.W antara umat islam membentuk satu ummah yang sanggup berkorban jiwa, tenaga, dan harta untuk saling membela dan mempertahankan antara satu dengan yang lain.
  • semangat persaudaraan yang kental dapat dilihat ketika peristiwa kepungan ekonomi selama tiga tahun di Makkah, walaupun berada dalam kesusahan, mereka tetap bersatu padu, bersama-sama melalui kesusahan dan kepayahan serta tetap istiqamah di samping Rasulullah S.A.W.
  1. Ummah yang berjihad
  • Nabi Muhammad S.A.W mendidik generasi sahabat agar sanggup berkorban untuk mempertahankan dan mendaulatkan islam. Islam ialah agama keamanan yang menghormati agama dan orang lain. Namun, peperangan peperangan disyariatkan sebagai jalan terakhir untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.
  • Islam menggalakkan peperangan tetapi hanya dibenarkan dalam tiga keadaan sahaja, iaitu mempertahankan diri, mempertahankan kebebasan berdakwah, dan mempertahankan orang yang dizalimi.

Penutup

  • Ciri-ciri sesuatu ummah, iaitu ummah yang beribadah dan menyembah Allah S.W.T, ummah yang berilmu ummah wasatiyyah, ummah Ukhuwwah, ummah yang bersatu padu dan menghormati penganut agama yang mendaulatkan islam dan ummah yang berjihad.

Soalan 12: Terangkan konsep ummah dan usaha-usaha pembinaan masyarakat Islam di Madinah.

Pendahuluan:

  • Nabi Muhammad s.a.w diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir. Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula daripada era Khulafa` al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.
  • Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat @ ummah berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi & sebagainya. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti masyarakat,kumpulan @ manusia.
  • Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan, ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap masyarakat islam   tanpa mengira bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.

Isi-Isi Penting:

Konsep Ummah

  • Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali.Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim a.s, umat Nabi Isa a.s., dan umat Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi yang berada di Madinah ketika itu.
  • Dengan kata lain, ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyarakat yang mematuhi undanh-undang Negara Islam sama ada mereka seagama ataupun tidak. Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada umat Islam yang tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w
  • Sebelum ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, agama Islam tersebar di Madinah menerusi usaha mereka yang menyertai Perjanjian Aqabah I dan II serta 12 orang naqib yang dilantik oleh baginda. Oleh itu,penyebaran Islam di Madinah lebih mudah daripada berbanding di Makkah. Meskipun begitu, usaha kearah mendaulatkan agama Islam di Madinah bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak rintangan dan cabaran telah di hadapi oleh baginda serta sahabat terutama setelah agama Islam mendapat tempat yang kuat dan kukuh dari segi politik dan ekonomi.
  • Sebelum itu tidak ada rintangan,ini terbukti apabila umat Islam dapat mendirikan sebuah masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan boleh beribadat secara terbuka di kota tersebut berbanding ketika berada di Makkah. Keadaan ini sudah tentu memberi peluang kepada baginda berfikir menerusi bimbangan wahyu untuk membangunkan umat Islam. Tujuan ini tidak mungkin terlaksana melainkan setelah umat Islam bersatu padu.Oleh itu,langkah baginda seterusnya adalah menyatupadukan umat Islam Madinah dan membentuk Negara Islam.

Usaha-usaha Penyatuan Ummah

1 Menyatukan Aus dan Khazraj

  • Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan Perrang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa,malah peperangan antara mereka berlarutan sekian lama.
  • Permusuhan ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah.Oleh itu, bagi mewujudkan Negara dan pentadbiran Islam yang aman, masalah persengketaan Aus dan Khazraj haruslah diatasi terlebih dahulu.
  • Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulallah SAW menerapkan akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian lama.

2 Membina Masjid

  • Masjid menjadi lambing kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah,baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat. Rasulallah SAW terus menunaikan solat selepas masjid itu siap.
  • Pembinaan masjid ini menujuikkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk berkumpal. Masjid juga menjadi institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang (bernesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah.
  • Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang dibina di Madinah ula ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja.

3 Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

  • Setelah Nabi Muhammad SAW Berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,Rasulallah SAW berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulallah berbuat demikian adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan kepentingan umum juga, termasuklah social dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk membangunkan sebuah Negara yang benar-benar kukuh.
  • Dengan persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampong halaman mereka sehelai sepinggang.

4 Menggubal perlembagaan Negara-Sahifah Madinah

  • Sebelum membentuk sebuah Negara, perlembagaan Negara dibentuk untuk menjamin keamanan dan pengurusan pentadbiran Negara sama ada dalam bidang politik, sosial, agama, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, perlembagaan untuk Negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam.
  • Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini secara terbuka. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi Muhammad SAW seperti tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madianah, kebebasan beragama, al-Qurqn sebagai asas peraturan, perlembagaan dan kedudukan Rasulallah SAW sebagai ketua Negara.

5 Melaksana Syura

  • Pelaksanaan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting dalam sesebuah pertubuhan atau pentadbiran Negara Syura ialah sebuah konsep perbincangan bagi menyelesaikan masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perbalahan pendapat., pandangan dan sebagainya dalam rangka untuk menyatukan persafaham dan permuafakatan antara semua pihak dalam pelbagai perkara.
  • Daripada segi pentadbiran Negara, syura dikaitkan dengan khalifah berdasarkan dasar yang dibuat, iaitu; Melaksanakan hukum-hukum Islam; dan Menjaga maslahat ummah. Dua dasar inilah yang dijamin melalui pelaksanaan system syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemeritah.
  • System syura atau mesyurat telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW melibatkan semua peringkat, yang bertujuan untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial akan dibincangkan dan diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarakat diberikan peluang untuk memberi dan mengemukakan pendapat selagi tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.

6 Menyusun pentadbiran

  • Nabi Muhammad SAW ialah pemimpin agung umat Islam dan baginda merupakan pemimpin dan orang pertama yang menegakkan Negara Islam di Madinah. Oleh itu, baginda bertindak sebagai ketua Negara Islam dan juga pemimpin masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah tentera serta panglima dalam peperangan. Baginda menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam dengan menubuhkan struktur pemerintahan, iaitu memebentuk organisasi kerajaan yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di peringkat pusat dan wilayah.
  • Selain itu, baginda turur menubuhkan dan membentuk system kewangan yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain-lain. Selain bidang kewangan, Nabi Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah Negara. Tujuannya adalah untuk mempertahankan kesucian serta kedaulatan agama dan Negara. Rasulallah SAW telah Berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Khandak, Mu’tah, dan sebagainya.
  • Dengan menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah sistematik-dengan matlamat dapat menggerakkan Negara Islan dengan lebih tersusun semua pihak akan bertanggungjawab terhadapnya, maka perpaduan ummah dapat dibentuk dengan jayanya.

7 Dakwah dan Diplomatik

  • Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Kegiatan tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah di hantar untuk menjalin hubungan diplomatic disamping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
  • Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatic dapat dilihat sebagai usaha membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad kepada tanah Arab Madinah tetapi diluar wilayah dan sempadan Negara Islam.

Penutup:

  • Pembentukan ini merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka masa panjang untuk kemenangan Islam.
  • Kesetiaan yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu jaminan terhadap kejayaan Islam di Madinah. Nabi telah berjaya membentuk ummah sungguhpun berhadapan dengan cabaran getir terutama daripada pihak Yahudi

Soalan 13. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin pada zaman Khalifah al-Rasyidin.

  • Zaman khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh pemerintahan di Madinah mempunyai struktur pentadbiran islam yang mantap telah Berjaya di bentuk dn menjadi panduan  kepada zaman-zaman selepasnya. Khalifah pada zaman ini terdiri daripada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali Abi Talib
  • Semasa  pemerintahan Khulafa al-Rasyidin di kota madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang arab dan yahudi. Orang arab islam, terdiri dari orang-orang Ansar dan orang-orang muhajirin. Manakala orang yahudi di madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Isi-isi utama

Peranan golongan Muhajirin

  1. Membantu Khalifah dalam urusan keagamaan dan pentadbiran
  2. Berkorban harta untuk agama
  3. Mengukuhkan ketenteraan Islam
  4. Menjadi utusan dakwah ke luar negara
  5. Membantu golongan Ansar dalam bidang ekonomi kerana kepakaran mereka dalam aspek pertanian

Peranan golongan Ansar

  1. Membantu menyebarkan Islam di Madinah
  2. Membantu golongan golongan Muhajirin
  3. Membantu Khalifah dalam aspek keagamaan dan pentadbiran
  4. Menjalankan usaha dakwah
  5. Mempertahankan agama dan negara Islam Madinah
  6. Mengukuhkan ketenteraan Islam
  7. Menyumbang harta benda dan buah fikiran

Kesimpulan

  • Kedua-dua golongan Muhajrin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu mempertahan dan mengembangkan risalah Islam yang dibawa oleh Khulafa al-Rasyidin
  • Masing-masing mempunyai peranan besar yang menjadi gandingan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Khalifah al-Rasyidin di Madinah

Soalan 14: Huraikan struktur masyarakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Pendahuluan

  • Konsep masyarakat
  • Latarbelakang pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin

Isi-isi penting:

Masyarakat Islam

  • terdiri daripada bangsa Arab yang berasal dari keturunan Semitik di kawasan lembah Sungai Tigris dan Furat. Mereka terbahagi kepada dua kelompok yang utama iaitu Arab Selatan (Keturunan Qahtan)  dikenali Arab Aribah dan Arab Utara (Keturunan Adnan) dikenali sebagai Arab Mustaribah.

Golongan al-Riddah

  • iaitu golongan yang menentang Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Mereka adalah golongan yang murtad, enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku sebagai Nabi Palsu sepertimana Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi di Yaman.
  • Golongan ini telah ditentang secara habis-habisan oleh Khalifah Abu Bakar melalui ketenteran di seluruh pelosok Tanah Arab dan khususnya di Iraq dan Yaman. Peristiwa ini telah memberikan kemenangan kepada pihak Islam danb bermulanya perluasan wilayah di luar Tanah Arab seperti Iraq, Syria dasn Mesir.

Kaum Mawali

  • Kaum mawali ialah golongan hamba yang memeluk Islam.  Dalam kerajaan Khulafa al-Rasyidin, golongan Mawali dianggap sebagai masyarakat kelas kedua.
  • Namun terdapat juga sebahagian daripada mereka yang berjaya menaiki hierarki politik yang tinggi dan menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.

Kaum Syiah

  • Kaum Syiah ialah pengikut-pengikut Khalifah Ali yang setia dan wujud selepas peristiwa Majlis Tahkim.   Selepas Muawiyah bin Abu Sufyan secara nyata memperdayakan Khalifah Ali dalam Majlis Tahkim, golongan ini menjadi semakin aktif.  Golongan Syiah menjadi kuat dan fanatik selepas kuasa sebagai Khalifah yang disandang oleh Khalifah Ali Abi Talib telah diambil alih oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
  • Bagi golongan ini, perjuangan mereka yang suci adalah untuk mengembalikan hak khalifah kepada keturunan Ali.   Bagi khalifah-khalifah Umaiyyah pula, golongan Syiah adalah puak pemberontak.

Kaum Khawarij

  • Golongan Khawarij adalah bekas tentera dari pasukan Khalifah Ali bin Abu Talib yang bertindak untuk meninggalkan beliau kerana mereka menuduh beliau terlalu berkompromi dengan Muawiyah bin Abu Sufyan.
  • Setelah meninggalkan pasukan Khalifah Ali, golongan ini menjadi semakin radikal dan berbahaya. Menurut golongan ini, kedua-dua khalifah Ali dan Muawiyah adalah bersalah.  Golongan ini juga dianggap sebagai pemberontak oleh pemerintah Umiayah.

Penganut Agama Nasrani

  • Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah.
  • Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

Penganut Agama Yahudi

  • Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah, Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah.
  • Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.

Kesimpulan

  • Masyarakat Islam selepas  zaman Khalifah al-Rasyidin menjalani kehidupan secara sempurna.  Mereka adalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan.
  • Keadaan politik yang selalu bergolak menjadikan masyarakat ini menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan.  Ajaran agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

Baca juga nota >> Masyarakat Jahiliah Sejarah Islam STPM Semester 2

Sumber Nota Blog Sejarah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version