7 Cara Untuk Menghilangkan Ulser Pada Bibir

Kongsikan Sekarang

7 Cara Untuk Menghilangkan Ulser Pada Bibir

 

huhuhu..hari ini Saya rasa agak terganggu untuk membuat kerja sebab terasa pedih bila nak bercakap, makan, minun saya baru perasan pada bibir saya ada ulser pulak..huhuhu.puas saya mengingat apa sebab ulser pada mulut saya.. tapi hari ini saya nak kongksikan Bagaimana cara menglingkan ulser.

7 Cara menghilangkan Ulser

Lazimnya ia akan hilang dalam masa 1-2 minggu. Sungguhpun tiada ubat yang dapat menyembuhkannya serta-merta, ada beberapa bahan dan cara menghilangkan ulser mulut yang boleh anda lakukan di rumah.

Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah!

1. MADU
Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.

Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. GEL ALOE VERA
Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi.

Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.

3. BAKING SODA
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. Atau, anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

4. GARAM
Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari.

Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

5. TUAMKAN DENGAN UNCANG TEH
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.

Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

6. MINYAK VITAMIN E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya.

Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.

7. KUMUR LARUTAN ANTISEPTIK
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser.

Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.

 

Pantang Larang Semasa Ulser
Pastikan anda:

menggunakan berus gigi yang lembut dan halus untuk memberus gigi
banyakkan meminum air kosong
minum menggunakan straw sekiranya perlu
makan makanan yang lembut

Elakkan:

memakan makanan pedas, berempah, atau berasid seperti jus oren
meminum minuman yang terlalu panas
memakan makanan yang keras seperti keropok, kerepek, atau kacang

 

Semoga membantu Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version