Cara Halau Kelkatu Dengan Mudah dan Berkesan

Kongsikan Sekarang

Cara Halau Kelkatu Dengan Mudah dan Berkesan

Cara Halau Kelkatu Dengan Mudah

 

Cara Menghalau Kelkatu

1. Spray dengan baygond
Sapu kelkatu ni elok-elok di satu tempat kemudian spray.
Nanti ajal menjemputlah. Sabaq na..
2. Tutup lampu.
Tapi cuma releven aplikasikan di rumah.
Kalau owner kedai, jangan tutup lampu pulak. Itu namanya halau customer bukan halau kelkatu.
3. Letak besen berisi air paip bawah lampu
Cara praktikal dilakukan kat rumah. Kalau kelkatu jatuh dalam air tu, mereka dah tak boleh keluar. Menjimatkan tenaga sebab tak perlu sapu satu rumah.
4. Sapu plastik atau kertas licin dengan minyak dan gantung pada lampu
Sesuai dilakukan oleh owner kedai. Jangan masa minyak menitik-nitik tu terus gantung kat lampu. Boleh menambah minyak pada hati customer yang tengah sedap melantak kat bawah tu nanti.
5. Ikat beberapa keping cili kering pada lampu
Kelkatu pun tau cili tu pedas. Sebab tu dia tak berani rapat.
6.  Gantung plastik di lampu.
Sangkutkan satu pemegang beg plastik pada lampu dan hujung satu lagi biarkan tergantung. Nanti kelkatu terbang di lampu tersilap landing masuk plastik. Bila dah penuh, bungkus simpan elok-elok untuk buat umpan memancing.
7. Tutup lampu dan bakar sampah
Cara ni kejam nauzubillah tapi berkesan 😀
Kalau kelkatu dah mula masuk ke dalam rumah dan terus bertambah, takde apa yang boleh dilakukan selain tutup tutup ruang angin di bawah pintu dengan menggunakan kain. Tujuannya adalah untuk elakkan lebih banyak kelkatu masuk. Yang dah bebas bermain dalam rumah tu, terpaksalah bersihkan dengan cara manual, iaitu gunakan penyapu ye 😀
Selamat mencuba.
Kalau dah buat bagitau yang mana satu cara paling berkesan. Nanti saya nak cuba pulak 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version