Sistem Pemerintahan STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Sistem Pemerintahan STPM Semester 3

Sistem Pemerintahan STPM Semester 3

 

4.1 Sistem Pemerintahan

4.1 Sistem Pemerintahan

Soalan 152: Huraikan sistem pemerintahan Republik di Filipina


Pendahuluan

  • Semasa Frank Murphy dilantik sebagai Gabenor Jeneral Amerika Syarikat di Filipina, beliau menyokong kemerdekaan Filipina.  Setelah Manuel Quezon mengetuai rombongan kemerdekaan ke Amerika Syarikat, Presiden Amerika Franklin Roosevelt bersetuju menerimanya pada Mac 1934.  Akta Tydings-McDuffie diluluskan dan Kerajaan Sementara Filipina ditubuhkan pada 4 Julai 1936.
  • Filipina mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.


Isi-isi Penting:

  • Selepas kedatangan Jepun, pilihan raya umum diadakan pada 23 April 1946. Parti Nasional mencadangkan Sergio Osmena sebagai Presiden, Parti Liberal pula cadang Manual A. Roxas dan Parti  Modenis cadang Hilario C. Moncado.
  • Manual Roxas mendapat mandat dan sokongan dari Amerika Syarikat.  Seterusnya mengisytiharkan Republik Filipina sebagai sebuah negara merdeka pada 4 Julai 1946. Beliau menjadi Presiden Republik Filipina yang pertama.
  • Filipina mengamalkan pemerintahan Republik Demokrasi berpresiden.  Pentadbirannya terbahagi kepada tiga badan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Presiden mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua kabinet.
  • Beliau dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh enam tahun sekali dan mempunyai kuasa veto.
  • Demokrasi berparlimen di Filipina adalah mencontohi sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat, iaitu Presiden dipilih melalui pilihan raya di seluruh negara.

Kesimpulan

  • Kesinambungan waris pemerintahan Filipina tetap diteruskan sehingga sekarang. Presiden Filipina menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Presiden juga adalah tonggak kestabilan negara dalam memelihara sistem demokrasi di Filipina.

Soalan 153: Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932

Pengenalan

  • Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan  sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan.  Raja merupakan ketua negara dan mengetuai  tiga badan utama kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
  • Ssitem demokrasi berparlimen di Thailand pula berdasarkan kedudukan raja sebagai penaung dan pelindung. Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja mempunyai keistimewaan tertentu dan dihormati dari segi perundangan.  Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Raja Thailand merupakan ketua negara dan Perdana Menteri merupakan Ketua Kerajaan

Isi-isi Penting:

  1. a)Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa sebarang kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
  2. b)Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama  kerajaan iaitu badan eksekutifbadan perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
  3. c)Badan perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan Negeri. Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan empat tahun sekali.
  4. d)Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Sivil.

Kesimpulan

  • Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand.
  • Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *