Perjuangan secara perlembagaan STPM Semester 3

Kongsikan Sekarang

Perjuangan secara perlembagaan STPM Semester 3

Perjuangan secara perlembagaan

 

3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan

3.2.2 Perjuangan secara perlembagaan

Soalan 81: Huraikan sebab-sebab dan bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946 .

Pendahuluan

  • Idea penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden Amerika Syarikat pada Ogos 1941. MU dilaksanakan selepas British kembali ke Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.
  • Penentangan terhadap perlaksanaan MU  didorong oleh beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya.

Isi-isi Penting:

  1. Sebab-sebab penentangan
  1. Kedaulatan dan kuasa sultan terancam
  • Dalam kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor MU menjadi Pengerusi Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi pengerusi.        
  • Orang Melayu bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan, tidak rela sultan dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British

       

  1. Pemberian taraf kerakyatan
  • Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu terutamanya kaum Cina. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.
  • Perlaksanaan MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.

iii.     Cara Mac Micheal mendapatkan tandatangan sultan

  • Mac Micheal dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia Kedua. Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
  • Orang Melayu marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum sultan menandatangani perjanjian.
  1. Cara-cara penentangan
  1. Tunjuk perasaan secara besar-besaran di seluruh negara
  • 15 Dis 1945     –   demonstrasi anjuran Persatuan Melayu Kelantan
  • 19 Jan 1946     –   demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
  • 01 Feb 1946     –  Persatuan Melayu Kelantan anjur demonstrasi.
  • 10 Feb 1946     –   demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita
  1. Kongress Melayu Se Malaya
  • oleh Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56 pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.
  1. orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU
  2. raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.

iii.    kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang kuat untuk menentang MU.

  • kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum 1941.

iii.     Sokongan bekas pegawai British

  • bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.
  • Mereka menulis dalam akhbar Times  –  menyatakan kekesalan terhadap pengenalan perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.

Kesimpulan

  • Penentangan orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan. MU akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Soalan 82:  Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946.

Pendahuluan

  • British perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur. MU bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan
  • Orang Melayu dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU. Orang Melayu melakukan penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada awal tetapi menentang pada tahap berikut. Dasar penentangan berbeza dengan orang Melayu

Isi-isi Penting:

  1. Reaksi Orang Melayu
  • Jelas menentang penubuhan MU. Penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan secara kolektif iaitu cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan dan cara kolektif termasuklah melalui persatuan. orang Melayu melakukan demonstrasi besar-besaran. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.
  • penentangan terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO. Boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan. orang Melayu menentang MU kerana tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan MU akan menentukan kehidupan mereka, Sultan diugut dan dipaksa menandatangani penerimaan MU, Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak memuaskan hati orang Melayu dan Sultan kehilangan kuasa secara mutlak
  1. Reaksi Orang Bukan Melayu
  • ini disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal berkaitan kerakyatan.  Reaksi mulai timbul apabila rancangan MU ditangguhkan. Orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial . melahirkan bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union ( pertubuhan berhaluan kiri). bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action  –  bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action. AMCJA ditubuhkan Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli.
  • Memperjuangkan 6 prinsip iaitu: penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, anggota Dewan Undangan Pusat dipilih oleh rakyat, hak yang sama bagi semua kaum yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia, Kedaulatan raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari badan berunsur demokrasi, Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja dan Perhatian khas diberi untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.
  • orang Cina di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan  kepada perkembangan politik negara China  –  menganggap penerimaan MU membatalkan kebangsaan Negara China secara automatik. Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah Melayu pada awalnya  –  menumpukan perhatian kepada keadaan politik di India dan perjuangan parti Kongres India. sikap mulai berubah setelah UMNO dan orang Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang kerakyatan  –  mereka menuntut hak kerakyatan yang sama.

Kesimpulan

  • Rancangan MU telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Soalan 83: Huraikan bentuk penentangan dan faktor kejayaan orang melayu menggagalkan pentadbiran Malayan Union 1946.

Pendahuluan :

  • Pada tahun 1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir Edward Gent. Rancangan ini berusaha menggabungkan Negeri-negeri Melayu Besekutu (NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah Malayan Union. Singapura dipisahkan menjadi tanah jajahan mahkota British.
  • Kerajaan Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur. Pengistiharan ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan September  tahun 1946.

Isi-isi Penting:

  1. Bentuk penentangan melalui Peranan Akhbar
  • Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara, Majlis, dan utusan Melayu menyuarakan bantahan secara berterusan. Ketiga-tiga akhbar ini menyeru orang melayu di seluruh Tanah Melayu supaya membantah dan menolak Malayan Union serta menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu.
  • Akhbar utusan Melayu mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum meluluskannya. Utusan melayu juga mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk barisan bersatu bagi melindungi kepentingan orang melayu. Warta Negara telah memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union.
  1. Bentuk penentangan melalui Demonstrasi / rapat umum.
  • Pada 15 Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 10 000 orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana. Pada 19 Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 50 000 orang telah diadakan di Alor Star. Perarakan anjuran Persatuan Melayu kedah disertai ulama, pelajar, orang kampung,  dan kaun tani. Pada 3 Februari 1946, perarakan oleh 5 000 orang melayu membantah kertas Putih.
  • Orang Melayu telah mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams.
  1. Bentuk penentangan melalui Peranan Sultan
  • Sultan Negeri-negeri Melayu menghantar kawat ke London membuat bantahan terhadap penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. Sultan juga menghantar kawat kepada tokoh yang berpengaruh di British dan bekas pegawai tadbir British di Tanah Melayu.
  • Sultan telah berkumpul di kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams. Sultan memulaukan pengistiharan Malayan union yang diadakan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur.
  1. Peranan Akhbar
  • Seruan akhbar tempatan menjadi salah satu faktor penting menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan Union. Akhbar tempatan seperti Majlis, Warta Negara, dan Utusan Melayu telah menyuarakan bantahan secara berterusan terhadap rancangan pengenalan Malayan Union. Akhbar ini membangkitkan kesedaran tentang rancangan British menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif Malayan Union terhadap orang melayu.
  • Pada 12 Oktober, Utusan Melayu menyeru supaya Raja-Raja melayu memikirkan kesannya jika Malayan Union tidak dihapuskan. Majlis menyeru orang melayu menentang Malayan union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu serta merdeka dan berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan.
  1. Faktor sokongan rakyat
  • Hampir semua orang Melayu menentang Malayan Union. Mereka menentang melalui demontrasi di Alor Star, Kota Bharu, dan Johor Bharu.
  • Mereka sedar bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan union akan mengancam status quo mereka sebagai peribumi.

Penutup :

  • Penubuhan Malayan union mendapat tentangan yang kuat oleh orang melayu. Sebab penentangan ini ialah syarat kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan, tindakan Harold MacMichael dan kedudukan orang melayu.
  • Bantahan orang melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli. Orang melayu membantah cara ugutan dan paksaan yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan.

Soalan 84: Jelaskan sebab-sebab penentangan dan faktor-faktor kegagalan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak kepada British.

Pendahiuluan:

  •    Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946, Raja Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.
  •    British mendesak Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka dilindungi dan lebih terjamin. Penyerahan Sarawak menunjukkan tindakan British mencerobohi kedaulatan negeri Sarawak kerana Sarawak kepunyaan peribumi Sarawak dan bukannya milik keluarga Brooke atau kerajaan British.

Isi-Isi Penting:

  1. a)Sebab-Sebab Penentangan
  •  Ketua2 bumiputera tidak puas hati dengan cara tipu muslihat yang digunakan oleh Gerald MacBryan semasa mendapatkan persetujuan mereka mengenai rancangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Ketua2 bumiputera Sarawak tidak dibawa berunding atau diberitahu terlebih dahulu mengenai rancangan tersebut.
  •  Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
  •  Tindakan Charles Vyner Brooke akan menutup peluang Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.
  1. b)Faktor-Faktor Kegagalan Anti-Penyerahan Sarawak

1)      Tiada pemimpin yang berwibawa

  •  Selepas kematian Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, tiada pemimpin lain yang berwibawa untuk menggerakkan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak.
  •  Pemimpin yang berkaliber seperyi Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha telah menubuhkan Young Malay Association yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.

2)      Tiada pertubuhan kebangsaan

  •  Di Tanah Melayu, pertubuhan nasionalis, iaitu UMNO Berjaya menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union. Fenomena seperti ini tidak terdapat di Sarawak. Hana terdapat beberapa pertubuhan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak dan pertubuhan lain yang menentang.
  •  Tiada satu organisasi nasional yang Berjaya menyatupadukan semua pertubuhan ini untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.

3)      Tindakan menindas oleh British

  •  Kerajaan British bertindak keras terhadap penyokong Gerakan Anti-Penyerahan. British mengelarkan Pekeliling No.9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak menyertai Gerakan Anti-Penyerahan.
  •  British bertindak keras terhadap ahli Rukun 13 yang terlibat dalam komplot membunuh Gabenor Kedua Sarawak. Mereka dijatuhi hukuman gantung sanpai mati dan lima belas orang lain yang terlibat dipenjarakan. British juga mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.

Penutup:

  •    Apa-apa yang berkaitan

Soalan 85: Bincangkan faktor-faktor dan langkah-langkah pembentukan persekutuan tanah melayu 1948

Pendahuluan :

  • Persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan perjanjian Malayan Union 1946.
  • Kegagalan Malayan Union membuktikan kejayaan orang melayu menentang penjajahan british di tanah melayu.

Isi-isi penting :

Faktor-faktor pembentukan

  1. Perpaduan orang melayu daripada semua golongan.
  • Perpaduan dalam kalangan orang melayu dan raja – raja melayu telah wujud sehingga berjaya mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
  • Keupayaan orang melayu memujuk dan mendesak british untuk menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union.
  1. Sikap politik orang melayu yang sederhana.
  • Sikap politik sederhana orang melayu telah mendorong british memulakan rundingan bagi mencari jalan penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk Raja-Raja Melayu supaya memulaukan Malayan Union.
  • Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti mengangkat senjata seperti yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
  1. UMNO tidak menuntut kemerdekaan.
  • UMNO dan Raja – Raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan Malayan Union, tetapi mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British. Faktor inilah menyebabkan british menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • British bimbang orang melayu akan terpengaruh dengan perjuangan parti politik radikal seperti PKMM, API, dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari Indonesia.

Langkah-langkah pembentukan

  • Jawatankuasa Eksekutif yang dibentuk oleh british terdiri daripada 12 orang ahli yang mewakili pegawai kanan british, pemimpin UMNO, dan wakil Raja – raja Melayu. Mesyuarat jawatankuasa itu telah diadakan di King’s House, Kuala Lumpur.
  • Terdapat lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang melayu iaitu UMNO dan Raja-raja Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union, mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka dalam Malayan Union, dasar perlindungan terhadap negeri melayu dan orang melayu hendaklah dikekalkan dan menuntut supaya kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua negeri melayu diakui serta dipulihkan semula.

Penutup

  • Perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 januari 1948 antara raja-raja melayu dengan british di King’s House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan pada 1 februari 1948. Pengenalan rakyat raja melayu iaitu orang melayu yang lahir di sesebuah negeri melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara automatik telah membuktikan penerusan dasar perlindungan british terhadap kedudukan istimewa orang melayu, status quo negeri-negeri melayu dilindungi, kedudukan agama islam dan adat istiadat melayu.
  • Institusi raja melayu dikekalkan dengan bidang kuasa raja yang jelas dalam pentadbiran. Setiap negeri mengadakan perlembagaan bertulis dengan british yang dikenali sebagai undang-undang tubuh negeri.

Soalan 86: Bandingkan reaksi masyarakat setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada British pada tahun 1946.

Pendahuluan

  • Selepas Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran tindakan Vyner Brooke dan SBBU. British bertanggung jawab membangunkan semula Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.
  • Penyerahan di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti penyerahan berlaku dengan hebat.

Isi-isi Penting:

  1. Sabah
  2. tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan. kesedaran politik masih belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang penyerahan tersebut. Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran
  3. kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.
  4. pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan antara pertubuhan awal yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan,   Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.
  1. Sarawak
  2. wujud penentangan kerana bertentangan dengan Perlembagaan  1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak. penyerahan kepada British akan melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Charles Vyner Brooke tidak berunding terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepada British.
  3. Persatuan Melayu Sarawak (PPM) pimpinan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah. PPM Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat dihukum penjara. kegiatan Rukun 13 lumpuh
  4. PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. 30 Ogos 1950 setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951

Kesimpulan

  • penentangan memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya.

Soalan 87: Galurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak

Pendahuluan :

  • Selepas perang dunia kedua, SBUB tidak mampu mentadbir Sabah kerana keadaan ekonomi Sabah merosot akibat peperangan. SBUB kemudiannya menyerahkan pentadbiran Sabah kepada kerajaan British. 15 Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British. Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British dan Sarawak diisytiharkan sebagai tanah jajahan mahkota British pada 1 julai 1946.
  • Kerajaan British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

Isi-isi penting :

Perkembangan perlembagaan di Sabah

  1. Tahun 1950 (perlembagaan baharu)
  • 17 oktober 1950, British mengisytiharkan perlembagaan baharu bagi Sabah yang merupakan langkah awal ke arah berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada 9 orang ahli yang dilantiknya sendiri yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor.
  • Melalui Majlis Undangan, bumiputera Sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman dalam urusan pentadbiran negeri. Tokoh-tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli Majlis Undangan ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun.
  1. Tahun 1952 (Majlis tempatan)
  • Majlis tempatan yg pertama ditubuhkan di Kota Belud. Berfungsi sebagai jabatan kerajaan peringkat daerah atau bandar dan menjadi asas kepada pemilihan perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi.
  • Bertanggungjawab dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik, pertanian, kesihatan dan ternakan.
  1. Tahun 1960 (pindahan perlembagaan)
  • Kerajaan British meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Semua ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi mereka dilantik oleh Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.
  • Parti UNKO, UNSO, Pasok Momogun dan SCA digabungkan menjadi Parti Perikatan Sabah yang diketuai oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha.

Perkembangan perlembagaan di Sarawak

  1. Tahun 1946
  • British menggunakan Perlembagaan 1941 yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan Brooke seagai asas pentadbirannya di Sarawak. Di bawah Perlembagaan 1941 terdapat Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi.
  • Fungsi Majlis Negeri sama dengan Majlis Perundangan yang berkuasa meluluskan perbelanjaan negeri Sarawak manakala fungsi Majlis Tertinggi sama dengan Majlis Eksekutif iaitu berunding dengan Gabenor berkaitan dengan pentadbiran.
  1. Tahun 1947
  • Majlis Tempatan yg ditubuhkan pada akhir tahun 1947 merupakan satu usaha memberi pengalaman pentadbiran dan kepimpinan kepada masyarakat tempatan.
  • Majlis Tempatan berfungsi mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di kawasannya dan mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain.
  1. Tahun 1956
  • Pilihan raya majlis daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pada hujung tahun 1959, semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya. Pilihan raya tersebut memberi peluang kepada rakyat memilih wakil bagi memperjuangkan kepentingan mereka secara tidak langsung.
  • Hasil daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa parti plitik ditubuhkan seperti SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA.

Penutup :

  • Parti Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya yang diadakan pada tahun 1962.
  • Pada November 1962, Perikatan Sarawak telah dibentuk. Pembentukan ini adalah bagi menghadapi pilihan raya pada tahun 1963 dan telah memenangi 138 kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Soalan 88: Huraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Pati Komunis Malaya

Pendahuluan

  • Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM bukanlah tenaga utama dalam arena politik tempatan, malah ia hanya melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah secara haram. PKM telah beralih kepada dasar agresif apabila dasar berpelembagaan gagal mencapai cita-cita mereka untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.
  • Dasar baharu yang digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa menentang pemerintahan British.

Isi-isi penting

  1. Undang- undang Darurat
  • Undang- undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan beberapa langkah telah dilaksanakan. Satu sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dan mempunyai kad pengenalan. Mereka mesti membawa kad pengenalan ke mana sahaja. Kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anggota komunis, anggota Min Yuen, atau tali barut komunis tanpa perbicaraan.
  • Sekatan jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan bebas komunis dan mengelakkan bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak komunis. Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati berbahaya akan dibuang negeri atau dihantar balik ke China. Kerajaan juga mengharamkan parti-parti radikal seperti API, AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union.
  1. Pengharaman Perti Komunis Malaya dan parti berhaluan kiri
  • Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.
  • Parti-parti radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, PETA, PERAM, dan Hizbul Muslimin turut diharamkan.
  1. Rancangan Briggs
  • Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai pengarah gerakan pada bulan Mac 1950. Briggs telah mengenal pasti bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk melumpuhkan pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera MRLA yang berada di hutan. Briggs telah melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs yang mengesyorkan penempatan semula setinggan di kampung baharu yang merupakan sokongan kepada mereka. Selain itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku penyelewengan.. Kad catuan makanan membolehkan orang ramai membeli barangan makanan mengikut catuan yang ditetapkan.
  • Min Yuen tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan maklumat kepada pengganas komunis. Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar dari hutan dan bertempur dengan pasukan keselamatan British.
  1. Pasukan keselamatan
  • Kerajaan bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan Home Guard diperingkat kampung dibentuk untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga keamanan dan keselamatan. Kerajaan seterusnya melatih seramai 24000 orang Mata-mata Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong yang terpencil.
  • Kerajaan British juga bertindak membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel untuk memperkukuh pasukan keselamatan negara demi membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Pasukan ini berjaya mengebom dan melakukan serangan hendap di kawasan yang menjadi sarang komunis terutamanya di hutan dangan bantuan Tentera Udara British.
  1. Perang Saraf (Perang Psikologi)
  • Perang saraf bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat bersama kerajaan dalam perjuangan menentang komunis.
  • Antara usaha yang dijalankan adalah Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”, Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh pengganas komunis, Mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran, dan Pelaksanaan Sistem Ahli.
  1. Pengampunan beramai-ramai
  • Sebagai langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu  Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada rakyat. Radio Malaya menyiarkan syarat pengampunan ini pada setiap hari.
  • Gerila komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan keselamatan sedia membantu komunis yang ingin menyerah. Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada Persekutuan Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti komunis mereka dibenarkan bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis yang ingin balik ke China, permintaan mereka dipertimbangkan.
  1. Pertemuan Baling
  • Pada 28 dan 29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock)  Tandengan wakil Parti Komunis Malaya (Chin Peng, Chien Tien, dan Rashid Maiden) Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng supaya membubarkan PKM, meletakkan senjata,dan menyerah diri.
  • Chin Peng setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai satu parti yang sah dan bebas di Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan Baling gagal mencapai matlamatnya.

Kesimpulan

  • Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan dalam menangani ancaman komunis. Pada permulaannya, kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis dengan keganasan tanpa melibatkan rakyat.
  • Kerajaan sedar tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan sehingga ke peringkat akar umbi.

Soalan 89: Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.

Pendahuluan

  • Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat kekejaman Jepun. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.
  • 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.  Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan komunis di Tanah Melayu.

Isi-isi Penting:

  1. Kesan Politik
  1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan. Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
  2. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan idea PKM. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.
  3. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Pilihanraya diadakan di George Town (Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.
  1. Kesan Sosial
  1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman komunis. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
  2. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang menjadi sarang komunis. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
  3. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup – terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
  4. Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata kerajaan.  Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan  – kesannya 307,000 orang Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 -1957  1.2 juta orang Cina mendapat kerakyatan.
  5. Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
  6. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.

Kesimpulan

  1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui kegagalan. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republic komunis .
  2. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membenteras pemberontakan komunis. Kegiatan komunis mulai merosot – darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960.

 

 

Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2

Sumber nota Sejarah blog STPM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version