Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina
Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina
4.2 Pembangunan Ekonomi
4.2 : Pembangunan
Soalan 154: Huraikan Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina.
Pendahuluan
- Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa, budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara.
- Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946, Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi Penting:
- Dalam krisis kewangan Asia 1998 Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu oleh pengiriman wang oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara. Di samping itu juga insentif-insentif kerajaan kepada firma-firma tempatan dan asing untuk melabur dengan menyediakan Akta Galakan Pelaburan 1967. Namun Filipina terpaksa membangunkan ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang tinggi dan kadar hutang yang meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan perbelanjaan sosial.
- Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam pembangunan ekonominya dan banyak berurusan dengan Amerika Syarikat. Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti Quirino, Magsaysay dan Macapagal telah mengambil beberapa dasar dan langkah untuk memulihkan ekonomi Filipina.
- Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada perusahaan gula, perusahaaan kelapa, perusahaan abaka, perusahaan getah dan perusahaan perlombongan dan perindustrian. Dalam perusahaan-perusahaan itu diperkenalkan beberapa tarif untuk meningkatkan pengeluarannya.
- Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi kepentingan penduduk tempatan seperti memperkenalkan Akta Organik 1902 dan Akta Nombor 2874 Filipina tahun 1919.
Soalan 155: Pembangunan dan Dasar Ekonomi Thailand
Isi-isi Penting:
- Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan banyak dasar dan program pemodenan ekonomi. Ekonomi Thailand bergantung kepada pertanian padi, getah, bijih timah, kayu jati, jut dan sebagainya.
- Pada tahun 1936 kerajaan Thailand mula mengusahakan perusahaan minuman keras.
- Kerajaan Thailand juga melaksanakan ekonomi agresif termasuk memiliknegarakan jalan keretapi dan kapal terbang, membina Sekolah Sains Chulalongkorn untuk memberi latihan teknikal, memperhebatkan bidang perindustrian, dengan membina kilang kapas, kilang kertas, kilang gula, kilang mengetin dan sebagainya. Kerajaan juga mengubah suai kadar tarif untuk melindungi perusahaan desa.
- Semasa pemerintahan Phibun sebagai Perdana Menteri, dasar ekonomi anti Cina dilaksanakan. Beliau menubuhkan beberapa perbadanan untuk menggalakkan masyarakat peribumi Thailand terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan dan berusaha mengambil alih dari kuasa lain.
- Kerajaan Thailand juga berjaya memajukan industri penghasilan beras, getah, kayu-kayan, tembakau, besi dan keluli serta gelas. Industri terbaru Thailand tahun 1959 ialah pembinaan kilang penapis minyak dengan kemampuan pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong sehari.
Kesimpulan
- Apa-apa yang berkaitan
Baca juga Pembentukan Negara Bangsa STPM Semester 2
Sumber nota Sejarah blog STPM