peluasan kuasa barat terhadap kerajaan Uthmaniyah STPM Semester 2

Kongsikan Sekarang

peluasan kuasa barat terhadap kerajaan Uthmaniyah STPM Semester 2

 

3.1 Perluasan Kuasa

3.1 Perluasan Kuasa

Soalan 105: Huraikan peluasan kuasa barat terhadap kerajaan  Uthmaniyah

Pendahuluan

  •        sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan peluasan kuasa secara besar-besaran  melalui bidang perdagangan , kebudayaan, politik dan sbagainya seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat.  Bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat  bagi mencari kawasan baharu dan menakluki kawasan-kawasan yg telah dirancang terlebih awal. Norman Daniel melalui bukunya Islam, Europe and Empire menegaskan bahawa, “…..perluasan kuasa atau imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah empayar”.  Negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh turki Uthmaniyah yg mereka gelar sebagai orang sakit Eropah untuk merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta peninggalan empayar turki uthmaniyah.

Isi- isi penting

1) tuntutan kuasa autonomi

  • selain bersaing dgn wilayah dunia islam, kerajaan uthmaniyah jga trpaksa bersaing dgn kuasa 2 barat dlm abad ke -19. Cabaran dri dunia barat lebih menekankan kerajaan utmaniyah di sebabkan kuasa barat membawa ancaman politik dan jga tlah mnyebarkan fahaman @ semangat nasionalisme. Semangt ini pd mulanya brkembang di Greece , Serbia dan jga Romania . sepanjang abad ke -18 m, situasi kemerosotan jelas kelihatan dan tidak dpt di elakkan.
  • Sebahagian besar wallachia Serbia dan bosnia di sempadan sgai Morava , dwina dan unna berserta kupu 2 pertahanan di Belgrade serta semendria telah diserahkan kpd Austria dlm peperangan peterwadien dan Belgrae, kerajaan utmaniyah turut mengalami kekalahan.  Perjajnjian Belgrade telah di tandatangani pd tahun 1739 m merupakan percubaan utk brdamai tetapi usaha trsebut lebih menguntungkan rusia.pengistyiaran perang oleh krajaan utmaniyah trhadap rusia mendorong tentera rusia ke Bulgaria .
  • Peperangan trsebut di akhiri dgn perjanjian kucuk kaynarca pd thun 1774 m. menerusi prjanjian ini crimea mndpt kemerdekaan. sepanjang abad ke -19 M, hubungan di plomatik dgn negara2 eropah turut diwujudkan seperti  hubungan dgn perancis, british dan Holland. seterusnya pd tahun 1897 m, Greece mengistyiarkan perang ke atas utmaniyah apabila sultan abdul al hamid II menghantar tenteranya untk mematahkan pemberontakan bangsa greek di pulau crete. meskipu tentera uthamaniyah brjaya mngalahkan tentera greek yg di hntar di Athens bgi mnyokong pemberontakan, namun  ia terpaksa mmberi autonomi kpd crete atas desakan kuasa barat.

1.1 Uthmani muda

  • uthmani muda @ uthmani bru di kenali sbgai yeni osmanlilar. kebebasan yg di anjur oleh krajaan utmaniyah pd ketika itu tlah memberi peluang yg luas kpd golongan ini utk mengkritik dasar polisi kerajaan yg di lihat mengabaikan hak rakyat dan brtentangan dgn ajaran islam .golongan ini trdiri dripada sekumpulan intelektual yg brpendidikan barat yg brkrja sbgai wartawan dan prterjemahan di biro pentrjemahan prdana mnteri.antara tokoh utamanya ialah,nemik Kemal , ali suavi, nuri bey dan jga Mustafa fazil pasha.golongan ini muncul pd awal tahun 1960-an, berikutan ketidakpuasan hati mreka trhadap system pemerintahan yg di peruntukkan kuasa yg lebih kpd perdana menteri dan dasar era tanzimat yg pro barat.antara konsep pembaharuan yg dipelopori oleh golongan ini ialah mnukar system politik yg sedia ada kpa ;system khalifah brpelembagaan ;yg brteraskan system syura

1.2 Turki muda

  • kemunculan gerakan turki muda telah mnjadi satu titik tolak yg mmbawa kpd perubahan dlm krajaan uthmaniyah pd abad ke – 19 m. kebangkitan rakyat yg brlaku dlm revolusi turki muda adalah brtujuan untuk memperbaiki kelemahan yg ada. namun ia jga turut mnyumbang kepada kelemahan pemerintah kerajaan utmaniyah.semangat yg wujud dlm kalangan para pelajar ini dianggap sbagai asas kpd kemunculan pergerakan pelajar yg mnentang kerajaan.idea pergerakan ini di teruskan oleh Ibrahim temo yg merupakan seorg muslim Albania. beliau prnah mnjadi tenaga pengajar di akedemi perubatan tentera selama beberapa tahun.

2) konflik Uthmaniyah – Eropah

  • kerjasama antara kerajaan eropah dan rusia untuk menguasai wilayah 2 kerajaan uthmaniyah dpt di lihat pd zaman kemerosotan.kelemahan kerajaan uthmaniyah jga mnyebabkan wujudnya wilayah 2 yg menuntut kuasa autoriti dan kemerdekaan.austria dan rusia brminat dgn isu2 yg brlaku di Balkan dan menguasai pantai Mediterranean. British dan perancis jga mempunyai cita2x yg sma utuk menguasia kawasan trsebut.penglibatan british dan perancis dlm perang crimer membuktikan kebinbangan mereka trhadap pengaruh rusia.basi pihak uthmaniyah pula, mereka trpaksa brdepan dgn percaturan politik dripada jiran2 nya di Balkan.peperangan uthmaniyah – itali memberi kesan kpd wilayah kekuasaan kerajaan uthmaniyah. Sejak bulan oktober 1909 m, itali dan rusia membuat persepakatan bahawa itali akan menguasai trapoli dan kapal perang rusia mndapat laluan ke selat dardanelles.

1.1    Perang Balkan

  • perang Balkan prtama meletus apabila pasukan tentera Montenegro brgerak msuk ke utara Albania novi Pazar pd 8 oktober 1912 m.montenegro menuntut kuasa autonimi ke atas wilayah di eropah , persempadan wilayah brdasarkan etnik , melantik gabenor masyarakat kristian dan sbagainya.kerajaan uthmaniyah tidak mnerima permohonan trsebut,ini memberi kesan yg hebat kpd mereka trutamanya apabila greek-montenegro brjaya mnawan pulau Aegean dan jga mnyekat laluan ke Anatolia dgn menguasai rumelia.bulgaria pula memberi peluang kpd greek-montenegro,dan servia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan jga Edirne.siri peperangan perang Balkan ini mnyaksikan kekalahan kerajaan uthmaniyah.albania mndapat kemerdekaan dan mmberi sokongan pd itali utk brkuasa di adriatika.
  1. Permasalahan timur

3.1 Perancangan Kuasa Barat

  • permasalahan timur @ the eastern question ialah, persepakatan di antara Rusia, British dan perancis utk menguasai wilayah2 kerajaan uthmaniyah sekiranya kerajaan trsebut runtuh.menurut al-jabarti, permasalah timur ialah msalah agama yg tidak dpt di nilai dgn sepenuhnya sebab-sebab,  faktor-faktor serta rahsia yg mnyebabkan  permasalahan itu brlaku. walaubagaimanapun, kerajaan uthmaniyah berusaha utk mnyelesaikan msalah trsebut.

3.2 Perang crimea

  • perang ini mrupakan turning point kpd krajaan uthmaniyah dlm dasarnya trhadap masyarakat kristian eropah.walaubagaimnapun, selepas perjanjian paris 1856 m .kesangsian di lahirkan kpd british dan perancis kerana mengeksplotasikan hak2 persamaan yg di berikan kpd masyarakat islam.rusia dan british mengadakan perbincangan sulit , iaitu di antara raja Nicholas I dgn sir Hamilton Seymour, duta  british di st.petersburg pd awal tahun 1853 m. kedua-dua pihak mneliti semula persetujuaan yg di buat pd tahun 1844 m.prsetujuaan trsebut mnekankan bahawa apabila kerajaan utmaniyah runtuh,mereka akan brkerjasama dlm pembahagian kuasa ke atas wilayah kerajaan uthmaniyah.

4) Tanzimat dan pembaratan dlm kerajaan uthmaniyah

4.1 Tanzimat

  • Tanzimat ialah istilah yg brasal dri bhasa arab. Kata dasarnya ialah tanzim yg brerti mngatur.dri segi sejarah perkataan ini membawa pengertian satu gerakan pembaharuan, khususnya yg di laksanakan oleh kerajaan uthmaniyah pd thun 1839-1876 m. namun begitu berbeza dripada pembaharuan pd zama awal yg di laksanakan dlm skop yg lebih luas dan meningalkan kesan yg mndlm pd masyarakat turki.pada era tanzimat , tekanan dripada kuasa luar yg brlaku secara brterusan, khususnya oleh pihak british merupakan antara factor utama pelaksanaan pembaharuan kerajaan uthmaniyah,sama ada dri aspek pentadbiran mahupun perundagan.

4.2 Hatt-I shari gulhane

  • piagam trsebut yg di lancarkan pd tahun 1839 m, memberi hak yg sma kpd semua warganegara walaupun brlainan agama.aspek undang2 sperti,meclis-I adliye di naikkan bidang kuasanya. Selain kodifikasi undang2 yg brlandaskan syariat islam ,undang2 sivil yg di ambil dri barat turut dimasukkan.pd thun 1847 m, mahkamah sivil di tubuhkan dan wujudnya undang2 jenayah dan perdangangan yg baharu.Antara jaminan yg di berikan dlm piagam ini, pertama.keselamatan nyawa ,kehormatan dan harta benda. Kedua , menubuhkan system pungutan dan agihan cukai yg tetap dan adil.ketiga,mewujudkan satu system teratur dlm pemilihan tentera bgi mnjamin keadilan khasnya dlm system kerahan latihan dan sebagainya.

4.3 Hatt-I humayun

  • pada 1 febuari 1856 m, piagam hatt-I humayun pulak di perkenlkan. Segala jaminan yg di tentukan dlm hatt-I gulhane dan bersesuaian dgn dasar tanzimat adalah di sahkan dlm hatt-I humayun.di samping itu, piagam ini jga mnyebut bahawa masyarakat kristian dan bkn islam di benarkan utk mnganut mna2x agama dgn bebas dn tidak ada paksaan dlm bragama.
  • Piagam ini di umumkan pd thun 1856M, lebih byk menempukan pembaharuan mengenai kedudukan rakyat uthmaniyah brbangsa eropah.piagam ini di buat atas desakan negara2x eropah berikutan kekalahan kerajaan uthmaniyah dlm perang crimea.

Penutup

  • Abad ke-18 m dan abad ke-19 m, menyaksikan kerajaan uthmaniyah brhadapan dgn pelbagai tuntutan kuasa autonomi kpd wilayah2 yg di naunginya.
  • Situasi ini mndorong kpd perkembangan kegiatan intelktualisme dan politik dgn kemunculan gerakan uthmaniah muda dan jga turki muda.dlam perbahasan brkaitan perluasan pengaruh dan jga kuasa barat trhadap dunia islam mnyebabkan brlakunya konflik uthmaniyah-eropah sehingga mmbawa kpd trcetusnya perang Balkan pada tahun 1912-1913 m.

Soalan 106: Sejauhmanakah dasar imperialisme menyebabkan peluasan kuasa Barat pada abad ke-18 hingga ke-20.

Pengenalan

  • Sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan petempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh Barat. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, British, Belanda dan Perancis telah menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa ini berusaha keras merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta benda peninggalan empayar Turki Uthmaniyah.
  • Kuasa-kuasa Barat juga bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang dikuasai. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain dasar imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada perluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi perindustrian, bahan mentah, pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran falsafah dan pemikiran Barat.

Isi-Isi

  1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
  • Persaingan kuasa-kuasa telah telah menjadi ancaman kepada empayar Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah. Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh mereka.
  • Perancis misalnya telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada tahun 1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan kabilah Tunisia yang menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar.
  • Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthmaniyah (1877-1878) telah menyebabkan beberapa Wilayah seperti Romania, Serbia dan Montenegro telah mengistiharkan kemerdekaan setelah empat abad berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.
  1. Kesan Perjanjian Berlin
  • Perjanjian Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian Berlin, Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara. Namun selepas 30 tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal kerajaannya.
  • Dalam perjanjian Berlin (1878) Turki Uthmaniyah mendapat sokongan Britain dalam menentang Rusia. Sokongan Britain bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan Cyprus kepada Britain. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari kuasa pemerintahan Britain menguasainya.
  1. Konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia
  • Konflik antara dua kerajaan ini turut menyumbang kepada dasar imperialisme Rusia dalam wilayah Turki Uthmaniyah.
  • Peperangan pada tahun 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano pada tahun 1878M. Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa kepada kemerdekaan Serbia dan Montenegro. Rusia pula berjaya memiliki Caucasus.
  1. Kepesatan sektor perindustrian
  • Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa Eropah tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian.  Tambahan pula, hasilan Revolusi Perindustrian seperti jentera atau enjin berkuasa wap memajukan bidang pengangkutan. Kemajuan bidang pengangkutan memudah dan mempercepatkan perjalanan.
  • Begitu juga dengan penciptaan telegarf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada pewagai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Turki Uthmaniyah.
  1. Keperluan bahan mentah    
  • Faktor seterusnya adalah mengenai bahan mentah yang didapati oleh Turki Uthmaniyah.  Kerajaan Uthmaniya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum.
  • Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
  1.  Pembinaan Terusan Suez  
  • Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.
  • Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan yang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.
  1. Faktor agama     
  • Faktor agama juga merupakan sebab peluasan kuasa Barat di kawasan Emapayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini.
  • Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.
  1. Penyebaran falsafah dan pemikiran Barat
  • Tambahan pula, melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup) Barat ke dalam masyarakat peribumi.
  • British menyemai falsafah hidup Barat di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Sebaliknya, sesiapa yang menolak konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot, atau ketinggalan zaman.

Penutup

  • Jelas dasar imperialisme dan beberapa faktor yang lain telah membawa kepada peluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat, Kelemahan kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya.
  • Penglibatan Turki Uthmaniyahdalam kancah politik dunia juga menyebabkan empayar  ini dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul bebarapa negara bangsa yang baharu di Eropah.

Soalan 107: Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah

Pendahuluan :

  • Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal.
  • Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.

Isi-isi penting :

  1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
  • Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar Turki Uthmaniyah.
  • Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang kemudiannya membawa keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan kuasa-kuasa barat yang berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
  • Kuasa-kuasa barat bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
  • Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria. Kemudian, Tunisia dikuasai Perancis pada tahun 1881 dengan alasan untuk melindungi Algeria puak kabilah Tunisia yang menetap di sempadan.
  • Rusia berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1877-1878. Peperangan ini berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang terlepas dalam Perang Crimea (1854-1856). Rusia berjaya menewaskan Turki Uthmaniyah dalam peperangan (1877-1878) ini.
  • Dalam Perjanjian Berlin (1878), Britain menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketika itu, kerajaan Turki Uthmaniyah memerlukan sokongan Britain untuk menentang Rusia. Namun sokongan yang diberi bukanlah percuma. Britain mahukan Cyprus. Hal ini menyebabkan Cyprus berada di bawah dua kuasa. Dari sudut kedaulatan, Cyprus berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah tetapi dari segi kuasa pemerintahan, Britain menguasainya sungguhpun Cyprus disewa daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
  • Britain kemudiannya menguasai Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Syeikh Mubarak al-Sabah pada tahun 1899 yang antara lain isi perjanjiannya ialah bandar Kuwait atau sebarang tanah lain tidak boleh disewa kepada kuasa lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Britain. Pihak British juga membuat membuat perjanjian dengan penguasa wilayah di Hadhramaut, Bahrain dan Muscat (Oman).
  1. Revolusi Perindustrian
  • Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin, alat-alat elektrik dan kereta. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu transformasi yang memperlihatkan sesetengah kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.
  • Penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam proses perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.
  • Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para usahawan telah menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian arang batu, timbul masalah takungan air di dalam lubang yang digali. Masalah ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.
  • Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu. Oleh yang demikian, arang batu dapat dihasilkan dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan pengusaha besi yang memerlukan banyak arang batu.
  • Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan kemajuan bidang pengangkutan.sistem pengangkutan bukan sahaja melibatkan pengedaran bahan mentah dan barangan siap dalam negara tetapi juga menjana urusan eksport dan import.
  • Penciptaan lokomotif enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat iaitu kapal menggunakan enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan kapal layar.
  • Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
  • Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah turki Uthmaniyah.
  1. Bahan Mentah Petroleum
  • Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
  • Duta Britain datang sekali lagi meminta kebenaran untuk menggali punca air perigi di wilayah Syria dan Hijaz kononnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di sana. Tujuan mereka sebenarnya untuk mencari telaga minyak.
  1. Agama
  • Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa barat menghapuskan empayar Islam ini.
  • Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Golongan yang berselindung di sebalik alasan kajian ilmiah ini telah berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.
  1. Menyebarkan Falsafah dan Pemikiran Barat
  • Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)nbarat ke dalam masyarakat peribumi yang mereka jajah itu.
  • British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Peranan British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon Bonaparte semasa menakluki Mesir pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan kedaulatan dan ketaatan kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
  • Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden denagn jolokan seperti orang yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis) Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.

Penutup :

  • Tujuan sebenar negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh Turki Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai “Orang Sakit Eropah” adalah untuk membuat bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyah.

Soalan 108: Huraikan sejarah kemunculan dan perkembangan gerakan Uthmani Muda dan Turki Muda.

Pendahuluan

  • Uthmani muda atau Uthmani Baru dalam Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar. Kebebasan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu telah memberi peluang yang luas kepada golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang dilihat mengabaikan hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran islam.
  • Kemunculan gerakan Turki Muda telah menjadi satu titik tolak yang membawa kepada perubahan dalam kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19M. kebangkitan rakyat yang berlaku dalam Revolusi Turki Muda ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Namun, ia juga turut menyumbang kepqdq kelemahan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

Isi-isi penting

  1. Uthmani Muda
  • Uthmani Muda terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang bekerja  sebagai wartawan dan penterjemahan di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Antara tokoh utama kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
  • Secara umum, gerakan Uthmani Muda turut terpengaruh dengan gerakan lain yang muncul di Eropah seperti Young Spain, Young Italy dan Young France. Golongan ini muncul pada awal tahun 1860-an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pemerintahan yang memperuntukkan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri serta dasar dalam era Tanzimat yang pro-Barat.
  • Jati diri masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran dasar pembaharuan ala Barat yang semakin meluas. Penguasan Barat terhadap permerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mula mencengkam dan mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran disebabkan kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan kepada kuasa Eropah.
  • Antara konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem politik yang sedia kepada ‘’sistem khalifah perlembagaan’’ yang berteraskan sistem syura (menerusi penubuhan parlimen). Uthmani Muda yakin pemerintahan berlandaskan ‘’sistem khalifah perlembagaan’’ mampu mengembalikan kegemilangan kerajaan Uthmaniyah. Mereka melihat ajaran Islam sudah tidak diendahkan dan dalam masa yang sama, pengambilan budaya Barat terlalu berleluasa tanpa melihat kesesuaian dengan ajaran Islam.
  • Pengaruh gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan ‘Abd al-‘Aziz memandangkan pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi kerajaan Uthmaniyah yang mula goyah dan muflis..
  1. Turki Muda
  • Organisasi gerakan Turki Muda yang terawal dalam kerajaan Uthmaniyah telah ditubuhkan di Akademi Perubatan Tentera di Istanbul pada bbulan Mei 1887M apabila Kazim Nami Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan Ittihat Ve Terakki Cemiyeti atau Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress) atau CUP.seterusnya dalam masa dua tahun , iaitu pada bulan Mei 1889M. sekumpulan pelajar dari akademi tersebut telah membentuk satu pertubuhan rahsia yang bertujuan untuk menjatuhkan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909 M).
  • Idea pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo yang merupakan seorang muslim Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Perubatan Tentera selama beberapa tahun. Pada bulan Mei 1889M, Ibrahim Temo bersama beberapab orang rakannya, iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed Resad dan Abdullah Cevdet telah mencadangkan supaya satu  pertubuhan rahsia  diwujudkan dalam kalangan para pelajar. Pertubuhan ini mulanya dinamakan sebagai Ittihat Osmani Cemiyeti (Ottoman Union Commiitte).kemudiaan , nama pertubuhan tersebut ditukar kepada Ittihat Ve Terakki (Union and Progress) dan menjadi terkenal dengan nama tersebut. Perjuangan mereka kearah Constitutionalism, Ottomanism dan kebebasan, untuk menggulingkan Sultan ‘Abd-al-Hamid II dan menggantikan takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun mehmed Resad.
  • Gerakan Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar Negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa melarikan diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Di paris contohnya, sekumpulan rakyat Uthmaniyah yang berfahaman liberal telah bergabung untuk menggerakan idea revolusi. Namun begitu, agak sukar bagi mereka untuk bergabung kerana kewujudan perbezaan ideologi dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza walaupun tujuan mereka sama, iaitu menentang Sultan ‘Abd al-Hamid II.
  • Pada tahun 1889M, kumpulan tersebut dipimpin oleh Ahmid Riza (1859-1930M) yang terkenal dalam kalangan kumpulan Turki Muda di Eropah. Beliau telah meninggalkan jawatannya sebagai pengarah pendidikan di wilayah Bursa bagi mengetuai kempen menentang pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II dari luar Negara. Dalam pada itu, apabila Selanikli Nazim tiba di paris, beliau telah menemui Ahmad Riza dan mencadangkan supaya Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi pergerakan mereka.
  • Pada akhir tahun 1895 M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim menerbitkan akhbar dwibulanan, iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitnya akhbar tersebut. Akhbar Mesveret  kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan Berjaya disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi pemangkin semangat kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
  • Pada tahun 1895 M, Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk kumpulan Syeikh Naili yang terdiri daripada ulama dan kadi. Selain daripada Ahmad Riza, seorang lagi tokoh utama gerakan Turki Muda di luar Negara ialah Mehmed Afendi (1853-1912M). ketika berada dalam negeri, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di sekolah Perkhidmatan Awam pada tahun 1878M.
  • Beliau berhubung rapat dengan para penulis liberal dan mula menerbitkan hasil karyanya, iaitu Tarih-i Umumi dan Osmamli Tarih. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan hasratnya yang tidak kesampaian untuk mengubah keadaan, beliau telah pergi ke Mesir pada tahun 1895 M. Beliau menerbitkan akhbar Mizan dengan bantuan pesuruhjaya Tinggi kerajaan Uthmaniyah di Mesir. Beliau kemudiannya pergi ke Eropah dan mengumpul seramai yang boleh pengikutnya di sana.
  • Ishak sukuti pula pernah menubuhkan cawangan baharu gerakan Turki Muda dan turut menerbitkan beberapa buah naskah akhbar. Beliau kemudiannya pergi ke Geneva dan bekerjasama dengan Mizanci Murad dan Abdullah cevdet untuk menubuhkan cawangan baharu dan mula menerbitkan akhbar Osmanli. Mehmed murad pula mempunyai pandangan yang lebih jauh dengan cita-citanya untuk menyelamatkan Kerajaan Uthmaniyah daripada Kristianisasi dan menuduh sultan menjadi penyebab kepada ketidakupayaan kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada  dari dalam atau luar.

Kesimpulan

  • Kemunculan gerakan Uthmani Muda dan Turki muda berkait rapat dengan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan Barat menjadi pendorong kepada gerakan ini.
  • Reaksi yang diberikan adalah supaya kerajaan Uthmaniyah melaksanakan sistem kerajaan perlembagaan

Soalan 109: Bincangkan konflik Uthmaniyah-Eropah dan kesannya terhadap Kerajaan Uthmaniyah

Pendahuluan

  • Kerjasama antara kerajaan Eropah dengan Rusia untuk menguasai wilayah-wilayah kerajaan Uthmaniyah dapat dilihat pada zaman kemorosotannya Kelemahan kerajaan Uthmaniyah juga menyebabkan wujud wilayah-wilayah yg menuntut kuasa autonomi dan kemerdekaan
  • Austria dan Rusia berminat dengan isu-isu yang berlaku di Balkan dan menguasai pantai Mediteranean. Britain dan Perancis yg mewakili kuasa Eropah juga turut menyimpan cita-cita untuk menguasai kawasan tersebut.

Isi-isi Penting:

  1. a)Konflik Uthmaniyah-Eropah
  • Penglibatan Perancis dan Britain dalam Perang Crimea pada tahhun 1850-an, membuktikan kebimbangan mereka terhadap pengaruh Rusia. Austria Berjaya menguasai Bosnia dgn sokongan daripada Rusia. Manakala Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912 bagi menghalang monopoli olh Austria. Pakatan Greek-Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912.Pada bulan Oktober 1912 , Montenegro menandatangani perjanjian dgn Serbia dan Bulgaria dan bersedia utk berperang
  • Bagi pihak kerajaan Uthmaniyah, mereka tepaksa berhadapan dgn percaturan politik daripada jiran-jirannya di Balkan. Perang Uthmaniyah-Itali memberi kesan kpd wilayah kekusaan kerajaan Uthmaniyah.sejak bulan Oktober 1909,Itali dan Rusia membuat persepakatan bahawa Itali akan menguasai Tripoli dan kapal perang Rusia mendapat laluan ke Selat Dardanelles. Pada 29 September 1911,Itali melancarkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne yg ditandatangani pda 18 Oktober 1912, menyaksikan wilayah Tripoli dan Cyrenaica diserahkan kepada Itali. Manakala Pulau Dodecanese hanya diserahkan kepada kerajaan Uthmaniyah setelah keadaan menjadi damai. Itali terus menguasai pulau Dodecanese sehingga Perang Dunia Pertama.
  • Peperangan Uthmaniyah-Itali juga membawa kesan kepada wilayah di Semenanjung Balkan spt Serbia, Bulgaria, Montenegro dan Greek yg berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah. Wilayah-wilayah tersebut mengambil peluang membentuk gabungan utk mengadakan revolusi,menentang kerajaan Uthmaniyah yg kemudiannya membawa kpd konflik peperangan di Balkan
  1. b)Perang Balkan
  • Perang Balkan Pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke Utara Albania dan Novia Pazar pd 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas wilayah Eropah, persempadanan wilayah brdasarkan etnik,melantik gabenor masyarakat Kristian,majlis pentadbiran daerah,pendidikan secara percuma.
  • Kerajaan Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. ini memberi kesan yg hebat kpd mereka terutama apabila Greek-Montenegro Berjaya menawan Pulau Aegean dan menyekat laluan ke Anatolia  dgn menguasai Rumelia. Bulgaria pula memberi peluang kpd Greek-Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan Edirne
  • Siri kedua Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthmaniyah.Albania mendapat kemerdekaan dan memberi sokongan pada Itali utk berkuasa di Adriatik. Seruan ke arah perpaduan dan kesamarataan yg dilaungkan olh pemimpin Turki Muda slps Revolusi 1908. membawa kesan kpd kerajaan Uthmaniyah
  • Kerajaan Uthmaniyah bimbang sekiranya berlaku konflik yg besar tlh membuat perjanjian perdmaian terlebih dahulu dgn Albania pada bln September 1912 dan Itali pada bln Oktober 1912. Itali tdk hanya mndapat wilayah Tripoli dan Cyrenaica,bahkan memanipulasi isu perang di Balkan utk mndapatkan Pulau Dodecaness
  • Pentadbiran Turki Muda realitinya tidak bersedia tk berperang walaupun sering menumpaskan kebangkitan yg berlaku di Balkan. Kebangkitan kali ini amat kuat utk dihadapi olh kerajaan Uthmaniyah.wilayah-wilayah di Balkan mula bangkit utk menuntut kemerdekaan
  • Faktor menyebabkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran Turki Muda utk menangani kemelut di Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan. Perjanjian London yg ditandatangani pada 30 mei 1913, memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan Bulgaria, Serbia, Greek dan Mentenegro.
  • Peperangan di Balkan dianggap olh kebanyakan umat Islam sebagai Perang Salib yg dilancarkan olh masyarakat Kristian Eropah terhadap  saudara mereka disana

Kesimpulan

  • Konflik uthmaniyah- Eropah melibatkan percaturan antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa Eropah di rantau Balkan yg menuntut kuasa autonomi. Siri perang Balkan menyebabkan kerajaan Uthmaniyah berusaha untuk mempertahankan wilayah kekuasaanya
  • Perjanjian London yg ditandatangani pada 1913,memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan Bulgaria,Serbia,Greek dan Montenegro berikutan kekalahan dalam perang balkan

Soalan 110: Jelaskan dasar tanzimat yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah pada tahun 1839

Pendahuluan

  • Dari segi sejarah perkataan tanzimat membawa pengertian satu gerakan pembaharuan atau reformasi, khususnya yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah antara tahun 1839-1876
  • Pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan uthmaniyah boleh dilihat melalui implementasi piagam hatt-I sharif gulhane (1839) dan juga piagam hatt- humayun (1856)

Isi-isi penting

  1. a) Dasar Tanzimat
  • Tanzimat tidak berlaku secara mendadak, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh sultan salim III  (1789-1807) dan sultan Mahmud II (1808-183). Namun begitu berbeza pada pembaharuan pada zaman awal yang dilaksanakan dalam skop yang lebih luas dan meninggalkan kesan yang mendalam pada masyarakat turki khasnya dan umat islam amnya
  • Dasar pembaharuan tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan uthmaniyah daripada kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran dan memberi focus kepada masalah rakyat yang beragama kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada Negara atau kuasa luar. Pada era tanzimat tekanan daripada kuasa luar yang berterusan khususnya oleh Britian  merupakan antara factor utama pelaksanaan pembaharuan kerajaan uthmaniyah, sama ada dari aspek pentadbiran dalaman mahu pun perundangan
  • Kuasa eropah terbabit amat mengambil berat tentang nasib dan kedudukan golongan minorit kristian dalam kerajaan uthmaniyah yang selama ini dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. mereka akhirnya Berjaya memperoleh persamaan hak sebagaimana yang dinikmati oleh majority orang islam. Sultan Mahmud II merasakan pembaharuan yang perlu dilakukan adalah memodenkan bidang ketenteraan kerajaan uthmaniyah dan menghapuskan tentera janissary.
  1. b) Hatt-I sharif gulhane
  • Piagam hatt-sharif gulhane yang dilancarkan pada tahun 1839, memberikan hak yang sama kepada semua warganegara walaupun berlainan agama, menekankan keharmonian masyarakat , harta benda dan kehormatan warganegara
  • Aspek undang-undang seperti meclis-i ahkam-iadliye dinaikkan bidang kuasanya . selain kodifikasi undang-undang yang berlandaskan syariat islam ,undang-undang sivil yang diambil dari barat turut dimasukkan
  • Jaminan yang diberikan dalam piagam ini ialah pertama, keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang juga tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap harta yang dimilikinya
  1. c) Hatt-humayun
  • Diperkenalkan pada tahun 1856. segala jaminan yang ditentukan dalam hatt-I sharif gulhane dan yang bersesuaian dengan dasar tanzimat disahkan dalam hatt I – humayun. Kandungan hatt-I humayun mengesahkan segala segala janji yang dibuat melalui hatt-I sharif gulhane.
  • Sekiranya terdapat sebarang bentuk diskriminasi degan sebab agama, bangsa dan bahasa, ia akan dihapuskan

Kesimpulan

  • Tanzimat merujuk kepada era pembaharuan dan reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah untuk mengembalikan segala kegemilangannya. Dua dasar penting dalam tanzimat ialah hatti-I humayun. Pembahruan yang dilaksanakan menerima pengaruh barat, terutamanya dalam memberikan hak dan kesaksamaan kepada setiap rakyat kerajaan uthmaniyah.

 

Kredit Nota Blog Sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version