Kutip Rm6.4 Juta, Mael Tote The Movie Catat Sejarah Filem Telaris Astro

Kongsikan Sekarang

Kutip Rm6.4 Juta, Mael Tote The Movie Catat Sejarah Filem Telaris Astro

Mael Totey The Movie Memecahkan Rekod Lama

Selepas meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta.
Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.

Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.

 

Sementara itu menerusi satu posting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *